Oleh: WFAUZDIN NS
BENARKAH jangkaan beberapa penganalisis politik yang meramalkan Kerajaan PR yang diterajui oleh PAS di Kedah bakal tumbang di tangan Umno/Bn? Jika kita merujuk kepada laporan media kawalan Umno, begitulah dikhabarkan.
Tetapi hakikatnya malam tadi, bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar kita boleh menyaksikan sambutan rakyat Kedah yang tidak kalah dengan sambutan di Stadium Sultan Mohamad, Kota Bharu, Kelantan yang lalu di dalam Program Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Sekiranya pimpinan Umno menyaksikan situasi di atas, maka dengan sendirinya mereka mula berfikir apakah yang menyebabkan rakyat Kedah begitu meluat dengan Umno. Kedah adalah negeri mantan PM yang kononnya tersohor seluruh dunia iaitu Tun Mahathir Kutty. Tidak kisahlah samada Tun Mahathir ini Melayu asli atau tidak, kenyataannya rakyat Kedah tidak mahu Melayu yang menipu dan kaki rasuah. Buktinya, rakyat Selangor sudah pun menolak Khir Toyo walaupun Khir Toyo itu terlebih Melayunya.
Rakyat Kedah sudah tahu cerita bagaimana hilangnya hasil balak di Kedah sewaktu zaman parti sekutu APCO itu memerintah. Maka, kali ini mustahil rakyat Kedah mahu menempah bala untuk menyerahkan kembali kuasa kepada Umno.