RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 3 September 2011

31 OGOS - RAKYAT DIMINTA RAIKAN, NAJIB `HILANG' KE LUAR NEGARA?

Oleh: WFAUZDIN NS

KEMPEN kibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lalu ternyata gagal samasekali. Usaha giat yang dijalankan oleh Kerajaan di bawah menterinya Rais Yatim langsung tidak memberi kesan, melainkan pihak Kerajaan sendiri terpaksa memeriahkannya. Adakah ini kali pertama berlaku? Tidak, telah bertahun-tahun beginilah keadaannya.

Semenjak bila rakyat di negara ini hilang `mood' untuk merayakan sambutan Hari Kemerdekaan? Yang pasti, bermula tahun 98-99 seterusnya hingga kini kita tidak merasai kemeriahan seperti sebelumnya di mana ketika itu hampir kesemua kenderaan, kereta, motosikal bahkan basikal secara sukarela mengibarkan bendera kebangsaaan yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Malangnya, sebaik sahaja pimpinan Umno yang berkuasa ketika itu melakukan kezaliman terhadap DS Anwar pada tahun 1998, maka rakyat mula berfikir bahawa rupa-rupanya negara ini belum `merdeka' sepenuhnya. Rakyat mulai insaf bahawa negara ini diperintah oleh rejim yang rakus dan zalim. Seorang tokoh disayangi rakyat dan tokoh yang diharapkan dapat membersihkan Umno dan Kerajaan, seorang TPM yang bersih dari rasuah dan berakhlak sanggup dizalimi dan difitnah oleh rejim, apa ertinya kemerdekaan bagi rakyat?

Justeru itu, usah salahkan rakyat jika tahun hadapan seandainya Umno/Bn masih lagi berkuasa, sambutan Hari Kemerdekaan akan terus hambar. Laburkan lah wang berjuta atau berbilion ringgit sekali pun, ianya tidak mampu untuk membeli hati rakyat yang semakin celik sekarang.

Tahun ini, bukan sahaja rakyat yang tidak serius dengan sambutan Hari Kemerdekaan. Najib, PM kita pun mungkin hilang `mood' untuk meraikan. Malaysiakini melaporkan, Najib `hilang' pada 31 Ogos baru-baru ini dan dikatakan bercuti ke luar negara. Pesawat Khas beliau dilihat mendarat di Perth, Australia dan ketiadaan beliau juga disahkan oleh kakitangan pejabatnya. Pesawat yang tercatat "NR 1' yang berlogo `1 Malaysia' meninggalkan negara tatkala rakyat disuruh meraikan Hari Kemerdekaan. Itulah Najib, PM kita yang hebat dan patriotik.

Di bawah ini dipetik apa yang dicatat oleh Malaysiakini yang menjadi sumber rujukan artikel di atas./wfauzdin.blogspot.com

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'November Romeo 1'

Mengikut laman web AviationWA, sebuah pesawat Airbus A319-11X yang memaparkan logo 1Malaysia di ekor pesawat berkenaan mendarat pada jam 5:04 petang hari Rabu.

najib private jet 020911Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, di Singapura dan mempunyai nombor pendaftaran 9M-NAA.

AviationWA melaporkan pesawat itu mendarat semalaman dan menggunakan 'nama panggilan' "November Romeo 1" atau NR1, yang kebetulan sama dengan pangkal nama perdana menteri.

Kedua-dua laman web AviationWA dan blog Perth Airport Spotter melaporkan bahawa ini adalah lawatan pertama kapal terbang itu ke Perth.

Pesawat itu dikenalpasti milik Jet Premier One (M) Sdn Bhd, yang dipercayai sebuah anak syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (PMB), yang dimiliki oleh badan pelaburan kerajaan, iaitu Khazanah Nasional Bhd.

Semasa tahun 2007, perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa pentadbiran beliau membeli pesawat itu pada harga RM200 juta dan berkata keputusan tersebut adalah semata-mata keputusan PMB.

Sementara itu, seorang pembantu Najib berkata orang ramai masih boleh mengunjungi perdana menteri itu semasa majlis rumah terbuka di rumahnya Pekan, Pahang pada 18 September ini./Malaysiakini

Jumaat, 2 September 2011

11 SEPT - AYUH PAKAI BAJU KUNING RUMAH TERBUKA MALAYSIA DI PERMATANG PAUH

Baju Melayu KUNING untuk sambut Rais Yatim?

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 Sept ini.


DAN MEREKA LANCAR KEMPEN BAJU MELAYU/KURUNG KUNING UNTUK HADIR KE RUMAH TERBUKA TERSEBUT – Rais Yatim nah ambil ubat.....kalau batal malu....

Sumber: Umno-reform2

Khamis, 1 September 2011

ISU MAT SABU TIDAK LALAIKAN RAKYAT DARI MENGINGATI KEZALIMAN KERAJAAN

Oleh: WFAUZDIN NS

MENJELANG kita menyambut Hari Raya Idul Fitri, suasana Hari Raya dikejutkan dengan propaganda media kawalan Umno berkenaan isu Mat Sabu menyokong Komunis. Sepantas kilat Ketua Polis Negara memberi respon sepertimana pantasnya Umno memainkan isu ini walaupun belum dibuktikan lagi apakah benar Timbalan Presiden PAS itu menyokong Komunis.

Tidak sukar untuk kita memahami mengapa KPN bertindak sepantas itu kerana imejnya dimata rakyat tidaklah begitu baik lebih-lebih lagi sebelum dan selepas Perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu. Amat tidak bijak jika KPN mensia-siakan peluang yang terbuka luas ini untuk mengalih perhatian rakyat dari terus menyebut kezaliman pihak Polis sewaktu perhimpunan tersebut. KDN juga tidak melepaskan peluang untuk merebut isu ini agar rakyat terlupa darihal isu JPN yang kelam-kabut di dalam soal pemberian kad pengenalan biru kepada kaum pendatang yang melayakkan mereka mengundi di dalam Pilihanraya.

Soalnya, benarkah Mat Sabu menyokong Komunis? Saya tabik kepada Mat sabu yang berani membuat laporan terhadap TV3 dan Utusan di dalam isu ini. Keberanian Mat sabu itu sama seperti beraninya YB Fuziah Salleh, MP Kuantan yang membuat tindakan yang sama apabila beliau dituduh menipu rakyat berkaitan isu Lynas. Oleh yang demikian, kita tunggu sahaja siapa yang benar dan siapa yang salah di dalam kedua-dua isu ini.

Apa pun, hikmahnya dari peristiwa ini terutamanya tentang Mat sabu, rakyat di negara ini mula mencari fakta sejarah tentang beberapa tokoh yang sebenarnya berjuang untuk menentang penjajah dan siapa pula tokoh yang pernah menjadi `barua' penjajah. Dikatakan, di Johor nama Mat Indera salah seorang tokoh yang disanjung oleh Mat Sabu itu memang cukup dikenali terutamanya di kampung halamannya sendiri kerana beliau dianggap sebagai pejuang penentang penjajah.

Siapa pula yang pernah menjadi `barua' penjajah, iaitu yang bekerja makan gaji dari penjajah sebelum merdeka samada menjadi pemandu, kerani mahupun Gabenor kepada penjajah? Adakah mereka ini lebih pahlawan dari Mat Indera? Ini semua boleh kita semak melalui sejarah. Justeru itu, memang wajar Mat Sabu membuat laporan terhadap media yang seolah-olah menggelar Mat Sabu menyokong Komunis.

Bagi rakyat, samada Mat sabu di pihak yang benar atau tidak, rakyat tidak lupa kepada perangai beberapa pihak yang sama seperti pihak penjajah dan komunis itu. Jika penjajah anti kepada Islam, ada pihak yang sehingga kini sentiasa menentang perjuangan Islam. Jika Komunis itu dikatakan zalim, sering memukul dan memenjarakan orang yang tidak bersalah, masih ada pihak yang berperangai seperti itu sekarang. Ertikata, warisan penjajah dan Komunis itu sukar untuk dihapuskan.

Hanya rakyat yang boleh menghapuskan tradisi tersebut. Rakyat harus bangkit dan memilih kerajaan baru yang tidak akan terikat lagi dengan warisan penjajah, komunis mahu pun dengan Apco. Sudah semestinya kerajaan yang kita nanti-nantikan adalah Kerajaan Pakatan Rakyat. /wfauzdin.blogspot.com