AMK Selangor mengajak semua rakyat bangkit menyatakan pendirian mengangkat ketuanan rakyat marhaen, ketuanan petani pesawah dan peladang, ketuanan pemandu teksi, ketuanan pekerja awam dan swasta, ketuanan peneroka kota dan desa dan menghumban agenda "Ketuanan Melayu" yang dipergunakan segelintir elit dan korporat untuk mengaut kekayaan demi kepentingan diri sendiri. Ketuanan ini lebih mulia daripada agenda "ketuanan Melayu" yang kini gagal memartabatkan bangsa Melayu malahan mengkhianati Melayu dan rakyat Malaysia.
AMK Selangor yakin inilah masanya untuk rakyat Selangor menyatakan pendirian tegas agar hak milik air dikembalikan semula kepada rakyat agar harganya stabil di samping menikmati kemudahan yang lebih baik. Dasar penswastaan air jelas hanya memberikan keuntungan kepada segelintir korporat sedangkan hak asasi rakyat untuk menikmati kemudahan air pada harga yang stabil dan munasabah terabai.
AMK Selangor menyatakan pendirian tegas bahawa isu air ini perlu diselesaikan segera tatkala kerajaan persekutuan berdolak dalik melindungi dasar penswastaan jelas merugikan rakyat..
AMK gesa agar mobilasi kekuatan ini dizahirkan dengan turun bersama-sama mengiringi Menteri Besar Selangor ke Istana Negara sebagai titik tolak perjuangan memartabatkan ketuanan rakyat agar pengurusan air dikembalikan semula kepada rakyat.
Ayuh kita gerakkan rakyat pada 5 Disember ini dan bersama ribuan rakyat berkumpul di Masjid Negara samada menggunakan kenderaan awam, sewa atau persendirian. Detik itu kita nobat jadikan saat Ketuanan Rakyat adalah sejarah penggerak kebangkitan seluruh rakyat Malaysia.
*Kenyataan media oleh Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (gambar kiri) selaku Ketua AMK Selangor merangkap Timbalan Ketua AMK Malaysia/MerdekaraReview
KUALA LUMPUR 2 Dis - Orang Melayu sepatutnya bimbang dengan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) yang dilihat menarik seluruh institusi Melayu ke tahap yang lebih hina daripada sekarang apabila mengelar Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai 'pelacur politik'.
KUALA LUMPUR 2 Dis - Keputusan Umno menangguhkan pemilihan jawatan di peringkat cawangan, bahagian dan pusat memberikan gambaran parti itu berada di dalam keadaan yang cukup lemah serta ketidakyakinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap keupayaan ahlinya untuk melalui proses demokrasi dalam parti itu.

KUALA LUMPUR 1 Dis - Konsep 'Ketuanan Melayu' yang sering dilaungkan oleh pemimpin Umno kononnya untuk mempertahankan hak dan kedudukan istimewa orang Melayu sebenarnya mirip dan hampir sama dengan fahaman mengagungkan bangsa yang dipelopori oleh Hitler di Jerman, sistem Apartheid di Afrika Selatan, Klu Klux Klan di Amerika Syarikat serta National Front (Barisan Nasional atau BN) di United Kingdom.



Nik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan bagaimanapun berkata pelantikan itu tidak seharusnya bercanggah dengan syarat-syarat yang termaktub dalam dasar kebangsaan negara dan Islam.



Katanya, konsep Najib hampir sama dengan prinsip Wawasan 2020 yang diterajuinya dalam percubaan mewujudkan bangsa Malaysia bagi mencapai perpaduan kebangsaan.
Persidangan sehari ini dihadiri Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Exco-exco Kerajaan negeri dan wakil-wakil anak syarikat kerajaan negeri.



