RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 11 September 2015

TEKS KHUTBAH AIDIL ADHA PUN MAIN ISU PERKAUMAN DAN FITNAH?

Teks Khutbah Aidil Adha dari Majlis Agama Islam Pahang?

Aku nak terjemahkan dalam tulisan Rumi Teks Khutbah Aidil Adha berupa Assobiyyah ini;

KAUM MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH;

" DEWASA INI KITA MELIHAT PERPECAHAN UMAT ISLAM DI NEGARA KITA TERUTAMANYA BANGSA MELAYU BEGITU KETARA.

PERPECAHAN INI KERANA MENGUTAMAKAN PARTI POLITIK MELEBIHI PERPADUAN DAN PERSAUDARAAN ISLAM SEPERTI PARTI UMNO, PAS, PKR DAN DITAMBAH PARTI BARU YANG DINAMAKAN GERAKAN HARAPAN BARU (GHB) MALAHAN ADA DI KALANGAN UMAT ISLAM YANG MENYERTAI PARTI DAP YANG TERANG2 MENENTANG ISLAM.

SEPATUTNYA UMAT ISLAM BERGABUNG DAN BERSATU SUARA WALAUPUN BERLAINAN DASAR POLITIK MEREKA. INGATLAH FIRMAN ALLAH YANG MEWAJIBKAN KITA BERSATU DAN MELARANG KITA DARI BERPECAH BELAH KERANA IA MEMBAWA KELEMAHAN DAN KEHILANGAN KUASA PEMERINTAHAN UMAT ISLAM DI NEGARA INI.

FIRMAN ALLAH....dan seterusnya...."

Aku pelik, mengapa tergamak jabatan agama Islam mencemarkan kesucian nama Islam dengan teks khutbah berbentuk fitnah, bohong lagi tidak bermaklumat ini?

1. Fitnah - Menuduh DAP terang2 menentang Islam. Jika benar DAP terang2 menentang Islam, mengapa parti itu diberi kelulusan oleh ROS dan dibenarkan menyertai Pilihanraya? Apa status kerajaan Negeri P.Pinang di bawah DAP sekarang? Apa status YDP Negeri P.Pinang dan Mufti P.Pinang yang bekerja dengan Ketua Kerajaan DAP yg menentang Islam? Bukankah Non Muslim yang menentang Islam itu dikategorikan sebagai "Kafir Harbi' yg halal darah mereka? Apakah Khutbah ini menghasut umat2 Islam agar memerangi DAP? Mengapa tiada bukti atau laporan untuk mendakwa DAP terang2 menentang Islam? Apakah mimbar Khutbah kini menjadi mimbar penabur fitnah dan menghasut?

2. Jahil maklumat - Sah mereka yang mengarang teks Khutbah ini tidak tahu satu pun tentang politik semasa. Mana ada parti baru yang bernama GHB? Ertinya, pengarang Khutbah adalah dari mereka yang buta politik tetapi demi mengampu sanggup tunjukkan kejahilannya yg memalukan. Bayangkan Khutbah itu dibaca dan para jemaah sekarang terdiri dari mereka yang cerdik pandai. Tidakkah jatuh maruah Khatib yang membaca khutbah ini nanti?

3. Semenjak bila Umat Islam tidak bersatu? Apakah bersatu itu ertinya kita bersatu menyokong kezaliman? Bersatu dan berdiam diri tentang isu 1MDB dan duit dalam akaun pemimpin RM 2.6 Bilion? Bersatu membiarkan pencemaran Boksit yang kebanyakan mangsanya adalah org2 Melayu Islam?

Mengapa teks Khutbah tidak tertumpu kepada isu2 sebenar yg menjadi masalah besar umat Islam dan seluruh negara sekarang ini? Mengapa masih dengan teks perkauman yang terang2 bohong dan fitnah.

Jika teks ini benar untuk dibacakan pada Hari Raya Aidil Adha nanti, kita harap ianya ditarik segera kerana jelas memalukan umat Islam dengan berita fitnah, bohong dan tidak bermaklumat ini utk disebarkan bagi memperbodohkan rakyat, terutamanya umat2 Islam.

Khamis, 10 September 2015

USIN UG CEROI TAHU SEBAB APA PKR MAHU PAS?

Dari FB Usin UG Ceroi.

Tok faham sgt. Pkr sebenarnya bukan suka sgt kat parti tok. Al mklumlah, guru tok kerap kali kencing pkr ni. Yg letak calon byk tempat di kerusi pkr tu siapa lagi kalau tak guru tok? Masa tu guru tok bertaklid kpd mazhab syeikh Din Ayamas.

Guru tok pernah jaja aibkan presiden pkr kak wan sewaktu isu Mb Sgor dulu. Guru tok terang2 sebut kat khalayak ramai bahawa kak wan tak layak jd Mb. Walhal tok tahu, kak wan lebih hebat dr guru tok. Kak wan lebih lama jadi presiden parti. Guru tok jadi presiden selepas arwah us fadzil noor mninggal je.


Guru tok pernah jd ketua pembangkang. Kak wan juga pernah dan skrg pun dia dipilih jd ketua pembangkang, bukan guru tok. Guru tok jadi ahli parlimen dan adun hanya di gelanggang sendiri. Kak wan jd ahli parlimen dan berani btanding di luar gelanggang dan menang di Dun Kajang. Guru tok pernah kalah dlm praya di marang. Kak wan rekod tak pernah kalah.

Guru tok kelulusan agama di luar negara. Kak wan mndapat kepujian pelajar terbaik di bidang perubatan juga di luar negara.

Pkr pernah difitnah oleh guru tok dgn guru tok menyatakan calon2 pkr edar pil kuda. Lepas tu, guru tok letak calon di situ. Sampai skrg guru tok tak tahu siapa yg edar pil kuda.

Terlalu byk sebab Pkr teramat benci dgn guri tok, bukan parti tok. Dap pun sama. Dap cuma tak suka guru tok saja, bukan parti tok. Tapi parti tok terus tolak Dap kerana jatuhkan air muka guru tok. Guru tok jatuhkan air muka kak wan presiden Pkr takpe, sebab Pkr ni dah biasa guru tok buli.

Lihat, anwar tetap mahu parti tok bersama Pakatan. Azmin pun sama juga. Parti Amanah pun tak kisah utk terima parti tok. Ertinya, guru tok ni hebat.

Tok lihat guru tok dah jalan semakin mendada. Dia tahu semua pihak masih harapkan guru tok kecuali Dap. Umno pun harapkan guru tok. Waktu ini lah parti tok akan jual mahal. Jika perlu, jual bini pun takpe.

Hudud? Issyyy...guru tok tak pelik pun kalau bulan oktober ni usul hudud tak dibawa masuk parlimen. Yg penting Pakatan dah pun berpecah. Lagi pun, sampai sekarang usul tu puak2 tok tak siapkan lagi. Sbb tu speaker parlimen bgtahu sampai skrg usul hudud tu belum didaftarkan utk masuk parlimen. Guru tok cool je.

Kalau tak dpt buat hudud kat kelantan pun, tiada rugi apa2 walaupun guru tok dan nik doraeamar dah berjanji dgn rakyat kelantan utk buat hudud tahun ini juga. Guru tok atau nik Doraeamar berjanji kosong je...takde bia'ah cerai talak tiga pun. Sebab tu guru tok cool.

Tok yakin, guru tok sudah bersedia zahir dan batin utk dikencing sekali lagi. Kali ini bukan saja dikencing oleh amno dlm isu hudud, tapi guru tok akan tertipu dgn muslihat Pkr dan rakan2 mereka Dap dan Amanah. Guru tok perasan kuat, tapi tok yakin akhirnya parti tok tanpa dihalau akan keluar sendiri.

Adakah tok bimbang? Tidak. Tok lebih bimbang kalau2 guru tok tidak dikencing kerana kencing itu mainan guru tok.

Rabu, 9 September 2015

POLL - 48 % DARI 1, 024 PEMILIH MAHU PARTI BARU GANTI PAS

Poll berakhir 09 Sept 15 Jam 09.30 AM
ADA di antara kita sedia maklum, apa yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat iaitu perpecahan terutamanya di antara Pas dan Dap bukan kerana isu Hudud pun.  Perpecahan juga bukan bermula dari "Kajang Move".  Kalau ada hujah yang menyatakan sedemikian, tentulah mereka sengaja untuk melindungi kelemahan pihak mereka dengan menyalahkan pihak lain.

Apakah tertubuhnya kumpulan serpihan Pas iaitu dari G18, kemudiannya GHB dan akhirnya menjadi Parti Amanah Negara itu juga berpunca dari Hudud atau Kajang Move?  

Banyak pandangan berkaitan perkara ini.   Ada yang berkata, Hudud asdalah salah satu agenda Pas semenjak Pas ditubuhkan tahun 1951.  Dap sudah kenali Pas lama semenjak Dap tertubuh dan Dap bukan tidak tahu Pas mempunyai agenda Hudud.  Pas juga kenal Dap bukan sebelum muktamar baru-baru ini, tetapi begitu lama dan Pas tahu benar Dap memang tidak setuju dengan Hudud.  Waktu itu, berkali-kali pemimpin Pas menyatakan tidak salah pemimpin Dap tidak bersetuju dengan Hudud.

Sejarah pernah dicipta di mana parti yang mempunyai agenda Hudud ini boleh berganding bahu dengan parti yang sering dilabel sebagai parti kaum Cina yang rasis bahkan ada yang mengelarnya parti komunis, iaitu Dap.  Mereka bersatu bersama KEADILAN demi untuk melawan regim pemerintah yang zalim.  Siapa boleh nafikan ini semua atas kebijaksanaan Anwar Ibrahim yang kini terpenjara?  Siapa juga boleh sangkal ini semua kerana rahmat dan berkat serta berhikmahnya kepimpinan Mursyidul Am Pas waktu itu, Almarhum Tok Guru Nik Aziz?  Warisan kepimpinan Almarhum Ustaz Fafzil Noor, Presiden Pas sebelum Hj Hadi juga banyak memainkan peranan penyatuan ini.  Ertinya, waktu itu Pas tetap mahu Hudud dan Dap tetap tidak bersetuju dengan Hudud, namun kedua-duanya boleh bersatu.  Ajaib bukan?  

Tidak kurang juga yang menyalahkan "Kajang Move" sebagai punca perbalahan sekarang.  Kajang Move adalah strategi yang di luar jangkaan dengan misinya untuk menukar MB Selangor, TSKI yang sejak sepenggal selepas pemerintahannya mula menunjukkan besar kepala terhadap partinya sendiri dan tidak lagi menghormati rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat.  Beliau cuba mengkorporatkan Selangor dan beliau lupa beliau naik sebagai MB adalah melalui parti dengan mudah tanpa bersusah payah seperti rakan-rakan pejuang reformasi dahulu.

Menjadi seorang MB Selangor bukan saja perlu telus atau cekap mentadbir, tetapi mesti berdisiplin terhadap partinya.  Banyak kali beliau ditegur oleh Anwar secara terbuka mahupun tertutup, bahkan beliau sering dikritik setiap kali kongres KEADILAN kerana ahli-ahli parti melihat TSKI seolah-olah menjadi MB Selangor 'syok sendiri".  Mungkin ini adalah kerana terlalu banyak pujian diberikan kepadanya oleh Anwar sebagai MB yang cekap sehingga teguran Anwar terhadap mutu disiplinnya kepada parti tidak dihiraukannya.

Menukar MB Selangor adalah misi Kajang Move.  Kerusi MB Selangor dipersetujui sebagai Kerusi milik KEADILAN.  Majoriti Adun juga telah memahami mengapa TSKI patut diganti.  Kecuali Pas yang cuba bermain-main atau "Yoya Yola", bak kata Nik Amar.  Lupakan puncanya Pas bersikap begitu.  Cuma, kita mahu sebut perpecahan di dalam Pakatan Rakyat telah mula dihidu sebelum Kajang Move lagi iaitu sebelum PRU 13 lagi.  Betapa banyak Kerusi Pilihanraya yang telah dipersetujui untuk ditandingi hanya satu lawan satu, akhirnya berlaku juga pertandingan tiga penjuru.  Fitnah edar pil kuda dan berfahaman komunis terhadap calon-calon KEADILAN dan rakan dari PSM ditiup begitu hebat sehingga membusukkan imej KEADILAN menjelang Pilihanraya.

Tiada siapa boleh mempertahankan diri dari tuduhan mengedar pil kuda atau tuduhan berfahaman komunis kerana tuduhan dibuat tanpa nama, tanpa saksi dan tanpa bukti.  Malang sekali, yang membuat tuduhan itu bukan calang-calang orang.  Beliau seorang Presiden dan seorang yang digelar Ulamak.  Tidak terfikir oleh kita seorang ulamak boleh membuat fitnah umum sedemikian rupa.  Di dalam mahkamah sewaktu berjalan kes saman malu oleh salah seorang calon KEADILAN di Terengganu, Hakim jelas menyebut bahawa Hj Hadi tidak menfitnah si pengadu (Shamsul) kerana Hj Hadi tidak pernah sebut nama Shamsul sebagai pengedar pil kuda.  Penghujahan Hakim, "WALAUPUN TERDAPAT UNSUR-UNSUR FITNAH".  Itu point kita yang perlu kita faham mengapa sekarang ini berlaku perpecahan.

Itu belum lagi kita bicara tentang bagaimana Presiden KEADILAN dihina dan diaibkan di merata-rata tempat oleh Hj Hadi dengan menyebut Kak Wan 'tidak layak' untuk menjadi MB Selangor.  Mengapa pula sekarang layak sebagai Ketua Pembangkang yang memimpin semua Ahli Parlimen Pembangkang termasuk Hj Hadi?  Apabila Dap tidak setuju dan putus hubungan dengan Hj Hadi, bukannya dengan Pas, maka Pas terasa amat terhina lantas mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Dap, walaupun sampai sekarang tidak mengumumkannya secara resmi selepas MSU dan AJK Pas Pusat bermesyuarat. 

Jika Pas terhina apabila Presiden mereka tidak diterima oleh Dap, sepatutnya ahli-ahli KEADILAN lebih terhina dengan apa yang Hj Hadi anggap kepada Kak Wan.  Tapi, KEADILAN tidak seperti Pas yang lebih sayangkan Hj Hadi sehingga sanggup hilang kawan.

Ertinya, perpecahan berlaku lebih awal sebelum Kajang Move.  Kajang Move hanya 'kambing hitam' mereka saja untuk menghalalkan perpecahan ini.  Kemuncaknya, Muktamar Pas telah membongkar sikap beberapa pimpinan dan agenda sebenar mereka.  Tidak hairanlah ramai yang mahu parti Islam yang baru diwujudkan agar Pakatan Rakyat tidak lagi menanggung biawak hidup selepas ini.

Selasa, 8 September 2015

KENAPA HADI TAK SELAMATKAN RUMAHTANGGA INSAN YANG BEGITU LAMA BERKORBAN UNTUK PARTI ISLAM INI?

Share Dari: FB Usin Teleng

Orang nak bercerai biasanya akan minta nasihat dan pandangan dari ulamak agar kalau dapat elakkan perceraian yg walaupun halal tapi Allah tak suka. Beregar tiang Arasy bila lafaz cerai berlaku.

Ulamak pula tentunya insan mulia yg selagi boleh tak mahu melihat umat2 Islam bercerai di dalam rumahtangga mereka. Mereka seboleh2nya akan cuba menyelamatkan rumah tangga org lain yg berkrisis. Sebab itulah dikatakan ulamak itu pewaris Nabi.

Tapi ini tiada pada Hadi. Dia tahu ada 'bai'ah' cerai talak tiga dlm partinya jika seseorang wakil rakyat itu keluar parti. Apa dia buat bila berlaku krisis dalam parti?

Dia tak berusaha untuk perdamaian. Malah dia cabar org yg tak sependapat dengannya untuk keluar dan buat parti baru. Dia tahu ada "bai'ah talak tiga" jika itu berlaku. Tapi dia terus mencabar bukan mencari jalan untuk mengelakkan perceraian dari berlaku.

Hadi, kalau dia ada otak ulamak dan penyayang, dia patut buat dua perkara ini jika ada masalah dlm partinya.

Pertama, dia nasihat dan bawa berbincang dengan mereka yg mempunyai masalah pandangan berbeza dengannya. Buatlah muzakkarah sesama mereka.

Kedua, jika dia tak mahu pasangan itu tercerai akibat Baiah karut itu, wajar dia pecat mereka demi selamatkan rumahtangga mereka. Jika mereka dipecat, maka Bai'ah talak tiga terbatal. Hadi pun disanjung kerana bijak menyelamatkkan rumahtangga pasangan ini.

Tapi apa Hadi buat?

Dia dgn megah berkata, sengaja tidak mahu pecat kerana kalau mereka dipecat, mereka akan terlepas dari "Bai'ah cerai talak tiga". Ertinya apa? Ertinya memang Hadi sengaja mahu lihat keruntuhan dahsyat rumahtangga insan ini yg berpuluhtahun berjuang di dlm partinya. Hadi lebih pentingkan politik hampas partinya. Hadi jual maruah kaum Hawa demi politik fanatiknya. Hadi peruntuh Pas. Pas akan dikenali parti hampas selagi di bawah Hadi.

Isnin, 7 September 2015

JANGAN PAKSA PAS BERSAMA PAKATAN 2.0

ANWAR kata elok pakatan baru terdiri dari pkr, dap, pas dan Amanah. Itu idea anwar. Tetap mahu ke arah perdamaian wlaupun kita di bawah ini byk berbeza pandangan dgn anwar.

Org tanya pendapat aku. Aku kata dari segi teorinya mmg betul, pembangkang yg bersatu lebih baik dari pembangkang yg bpecah.

Tetapi, siapa anwar mahu paksa pas atau Dap untuk berbaik? Apa hak anwar utk menentukan pas terima Amanah? Harus diingat, pas awal2 lagi ada sebut mereka akan menarik diri dari bkerjasama dengan pkr jika pkr terima Amanah. Pas juga takkan buat "U-turn" utk bkerjasama dgn Dap kerana itu "bai'ah" mereka dlm muktamar. 

Soalan aku adalah;

Bilakah pas mahu umumkan putus hubungan dgn Dap secara resmi? Dewam ulamak dah luluskan usul tanpa bahas, MSU juga telah beri perkenan. Bila mahu umumkan secara resmi bahawa Pas telah putus hubungan dgn Dap? Tangguh pengumuman? Pas mesti berani bertindak dgn keputusan yg mereka sendiri buat.

Sehingga kini, pas tidak nyatakan secara resmi pas putus hubungan dgn pkr kerana pkr terima Amanah. Bukankah itu yg mereka pernah sebut? Tangguh juga?

Pakatan 2.0 tidak perlu 'buang' pas kerana sepatutnya Pas yg akan keluar sendiri dari Pakatan 2.0 atas dua sebab yg mereka sendiri janji, iaitu;

1. Pas putus hubungan dgn Dap adalah kputusan muktamad kerana MSU telah luluskan.

2. Pas tidak boleh bersama Amanah.

Maka, aku berpendapat Pakatan 2.0 tetap akan diwakili oleh Pkr, dap dan Amanah. Jgn paksa Pas bersama.