RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 21 Januari 2012

MB KEDAH MENYOKONG AUKU ?

Oleh:  WFAUZDIN NS

KEMELUT beberapa pelajar di KUIN, Kedah yang dikenakan tindakan mengikut AUKU agak mengelirukan kita sebagai penyokong PR.  MB Kedah, Us Azizan kini dijadikan sasaran bukan sahaja oleh puak-puak Umno, tetapi oleh sebilangan penyokong-penyokong PR sendiri kerana jelas kita ketahui bahawa AUKU amat ditentang oleh PR.

Us Azizan - MB Kedah

Diberitakan bahawa Us Azizan tetap bertegas untuk tidak menggunakan kuasanya (jika ada) bagi membebaskan kesemua pelajar berkenaan daripada kezaliman AUKU.  Namun demikian, difahamkan Us Azizan telah menawarkan rayuan untuk pelajar-pelajar berkenaan jika mereka mahu. Saya tidak pasti samada mereka telah membuat rayuan atau belum, tetapi pada pandangan saya jika benar AUKU itu zalim, mengapa perlu menunggu mereka membuat rayuan?

Saya tidak pasti samada Us Azizan turut bersetuju bahawa AUKU itu zalim.  Dan, saya juga kurang mengerti apakah kebijaksanaan yang dilakukan oleh MB Kedah ini bagi mengatasi isu berkenaan.  Atau, adakah sesuatu yang lebih memudharatkan pelajar-pelajar berkenaan sekiranya mereka dibebaskan dari cengkaman AUKU? 

Pada saya, sekiranya benar MB Kedah mempunyai kuasa untuk membebaskan mereka dari AUKU, dan AUKU sememangnya ditentang oleh PR, maka mahu tidak mahu Us Azizan wajib membebaskan mereka.  Jika tidak, di mana kredibiliti janji-janji kita di dalam PR selama ini untuk menghapuskan AUKU?  Adakah benar, MB Kedah tidak berupaya membebaskan mereka dari AUKU kerana PR tidak berkuasa di Pusat?  Saya rasa, tentu ada cara yang lebih bijak dan berhemah yang boleh dilakukan oleh MB Kedah bagi mengatasi masalah ini.

Amat malang sekali, setelah kita berkumpul di dalam Konvensyen di Kedah baru-baru ini, kita masih tidak mampu berbuat apa-apa bagi membantu pelajar-pelajar yang dizalimi seperti mereka.  Di bawah ini, saya ungkapkan semula tulisan Sdr Nur Hadi Mohamad yang telah memberikan komen beliau di dalam Malaysiakini berkaitan isu ini.  Fikir-fikirkan lah..../wfauzdin.blogspot.com

-----------------------------------------------------------------------------------

Bukan ke KUIN tu adalah sebuah IPT yg berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KERAJAAN PUSAT).

Jadi kesemua sijil / diploma / sarjana muda / sarjana yg dikeluarkan oleh KUIN diiktiraf oleh Malaysian Qualified Agency (MQA) yg juga di bawah KERAJAAN PUSAT.

5 pelajar yg digantung itu dikenakan hukuman yg telah ditetapkan dalam AUKU yg juga dicipta oleh Kerajaan Pusat.

Seandainya Kerajaan Negeri Kedah dan pihak pengurusan KUIN sewenang-wenangnya mengetepikan dan menolak AUKU yg telah termaktub dalam undang2 di Malaysia, pelajar-pelajar KUIN bersedia tak untuk KERAJAAN PUSAT menarik semua MQA yg telah dikeluarkan utk semua sijil2 mereka?

Bila Pakatan Rakyat berjanji untuk memansuhkan AUKU ni?

SETELAH Pakatan Rakyat memerintah MALAYSIA. Bukan sekarang yg baru menang berapa negeri je. Boleh ke nak buat MQA sendiri?  Susah la kalau belajar tinggi2 jadi mahasiswa tapi tak boleh fikir secara rasional.

Saya pernah dgr ucapan Ustaz Azizan dalam temuramah. Beliau tegas untuk semua pihak MENGIKUT SALURAN YANG BETUL dalam mengatasi masalah ini. Malah beliau secara bijak sebenarnya telah memberi CLUE kepasa pelajar2 yg digantung ini untuk MEMBUAT RAYUAN. Takkan la Ustaz Azizan nak ckp terang2, "Korang buat rayuan, nanti aku bagi lepas la..." Persoalannya, rayuan tu dibuat ke tak?

Jumaat, 20 Januari 2012

KES LIWAT DIRAYU - BUKAN MUDAH UNTUK MENJADI HAKIM YANG JUJUR

Oleh: WFAUZDIN NS

PELUANG dibuka sekali lagi untuk kita semua berhimpun apabila Peguam Negara akhirnya tunduk kepada tuntutan puak-puak kaki fitnah untuk merayu kes Fitnah Liwat II yang melibatkan DS Anwar Ibrahim dan pemuda yang tertinggal seluar dalam di rumah teman wanitanya iaitu Saiful.

Walaupun semua tahu Hakim Mahkamah Tinggi baru-baru ini telah menegaskan bahawa hanya tinggal keterangan lisan Saiful sahaja yang mahkamah perolehi, manakala bukti DNA ternyata hancur dan tidak langsung boleh digunakan, namun mahkamah di Malaysia tetap mahkamah di Malaysia.  Ini bukan soal hak atau keadilan Saiful, tetapi ini soal konspirasi yang telah berjaya dibuktikan sejak awal lagi kes ini dibuka.  Perlukah konspirasi yang terang jelas dapat kita lihat ini boleh diteruskan?  


Apakah dengan kes rayuan ini nanti boleh mengubah sikap Najib atau Rosmah mahu pun Musa Hassan untuk berani hadir ke mahkamah memberi keterangan?  Adakah di dalam kes rayuan ini nanti akan adanya bukti menunjukkan Saiful berada di dalam bilik bersama DS Anwar?  Mungkinkah terdapat bukti baru yang menunjukkan bahawa DNA DS Anwar itu selamat dan disahkan tidak terusik?  Mungkinkah juga di dalam kes rayuan ini nanti Seksyen Pertuduhan dari Liwat Suka Sama Suka berubah menjadi Liwat Paksa agar selari dengan keterangan Saiful sebelum ini?

Wujudkanlah beberapa kes rayuan sekali pun, kesemuanya tidak boleh memadam hakikat bahawa Saiful seorang pemuda lembik yang tidak mampu melawan seorang tua yang uzur.  Sudah tentu hakikat bahawa Saiful telah menjalinkan hubungan dengan salah seorang wanita Tim Pendakawa sebelum ini tidak boleh terpadam dengan kes rayuan ini nanti.  Mana mungkin kisah seluar dalam Saiful tertinggal di rumah teman wanitanya boleh dilupakan sebaik sahaja kes rayuan ini bermula.  Orang seperti ini boleh dipercayai keterangannya?  Di Malaysia, semua boleh.

Terlalu banyak persoalan tidak terjawab sepanjang kes ini berjalan sehingga kini.  Mengapa Najib berkata tidak mengenali Saiful, kemudiannya menyebut beliau mengenali Saiful kerana pemuda yang tidak mencuci dubur selama dua hari ini ke Pejabatnya untuk memohon biasiswa?  Kemudiannya, mengapa Najib bertukar cerita pula bahawa Saiful berjumpa dengannya untuk mengadu bahawa beliau diliwat?  Saiful diliwat secara paksa, kemudiannya minum kopi dan makan karipap?  Dikatakan pintu bilik terkunci, maka siapa yang menghantar kopi dan karipap?  Mengapa tuan rumah kondo disiasat Polis, tetapi tidak dipanggil memberi keterangan?  Mengapa CCTV hanya memaparkan Saiful berada di pintu lift, di mana CCTV yang menunjukkan Saiful memasuki rumah atau bilik yang dikatakan berlaku kejadian liwat?

Mengapa perlu banyak DNA di dubur Saiful termasuk DNA nya sendiri?  Mengapa keterangan awal Doktor di Pusrawi tidak digunapakai sedangkan di situlah Saiful mula-mula membuat pemeriksaan?  Itu hanya sebahagian persoalan yang sehingga kini tidak terjawab sepanjang perbicaraan lalu.  Maka, relevenkah kes ini dirayu?  Tidak serikkah mahkamah di negara kita menjadi bahan ketawa dunia luar?

Apa pun, ini satu lagi peluang yang diberikan kepada kita untuk terus berhimpun bagi menentang kerja fitnah ini.  Mungkin juga kita diberi peluang untuk merayakan lagi kemenangan kedua selepas kemenangan pertama di Jalan Duta pada 09 Jan yang lalu.  Lawan Tetap Lawan !!/wfauzdin.blogspot.com

KESIHAN BAPA SAIFUL, MUNGKINKAH SANGGUP ANAK MENIPU BAPANYA?

Oleh:  WFAUZDIN NS

SETELAH membaca rayuan dan keluhan bapa pemuda yang minum kopi dan makan karipap setelah kononnya diliwat itu, di SINI, maka saya merasa simpati juga kepadanya.  Terfikir oleh saya sampainya hati si anak memperdaya bapanya dengan cerita karut marut tersebut sehinggakan bapaknya benar-benar yakin bahawa memang anak jantannya itu kini kehilangan `teruna' akibat diliwat.

Mungkin tidak diceritakan perkara sebenar oleh si anak ini kepada bapanya bahawa liwat memang berlaku tetapi dengan plastik.  Atau, liwat berlaku secara `ghaib' mahu pun melalui `Bluetooth'.  Si bapa ini mungkin tidak pernah bertanya kepada anaknya, mengapa si anak mengadu kepada Polis dua hari selepas liwat dikatakan berlaku.  Mungkin juga, si bapa tidak tahu atau tidak diceritakan bahawa si anak ini mahu memohon biasiswa dan tempat untuk memohon biasiswa adalah di Pejabat PM iaitu Najib.  Si bapa ini juga mungkin tidak pernah mengambil tahu tentang pembelajaran anaknya sehinggakan gagal di dalam peperiksaan tetapi berhajat untuk memohon biasiswa secara terus dengan Najib.

hiasan

Adakah si bapa ini tahu tentang cerita anaknya tidak pernah membuang air besar bahkan tidak pernah mencuci duburnya selama dua hari?  Mungkin si bapa tidak tahu kerana beliau melihat anaknya pergi Solat Jumaat selamba sahaja dan sudah tentu anaknya telah membersihkan keseluruhan dirinya.  Banyak yang si bapa ini tidak tahu tentang anaknya itu.  Tahukah si bapa bahawa seluar dalam anaknya itu pernah tertinggal di rumah teman wanitanya?  Atau, adakah si anak pernah menceritakan hubungan sulit beliau dengan seorang wanita salah seorang dari Tim Pendakwa yang kemudiannya disingkirkan?

Kesihan si bapa ini kerana beliau mati-mati percaya bahawa anak jantannya itu diliwat secara paksa oleh orang tua yang uzur walaupun anak jantannya itu masih muda dan perkasa. Paling menyedihkan, si bapa ini tentu hairan mengapa Najib yang tahu banyak kisah tentang `trajedi' yang menimpa anaknya itu tidak mahu tampil untuk memberi keterangan di mahkamah.  Jika saya selaku bapa si pemuda ini, sudah pasti saya akan merayu dan melutut depan Najib agar sudilah kiranya membantu anak saya yang telah `teraniaya' itu.  Sudah tentu Najib akan tampil memberi keterangan dari A sehingga Z tentang apa yang beliau tahu untuk memberikan keadilan kepada pemuda ini.  Malangnya, Najib tidak berbuat demikian.  Mengapa?  Sudah tentu ada sebab musababnya kerana orang yang benar selalunya berani.

Tempoh untuk membuat rayuan hanya tinggal beberapa hari lagi.  Saya harap Peguam Negara tentu ada sebab untuk merayu atau tidak.  Bapa pemuda ini juga tentulah ada sebab mengapa beliau beriya-iya meminta agar kes ini dirayu.  Maklumlah, bukan mudah untuk berdepan dengan masyarakat jika masyarakat tahu keturunan kita ini kaki fitnah dan sanggup berbuat apa sahaja demi perut. /wfauzdin.blogspot.com


Khamis, 19 Januari 2012

PAKAR `MOTI-BASI' MEROYAN - HATI YANG BUSUK TERSERLAH

Oleh:  WFAUZDIN NS

PAKAR `Moti Basi' Hassan Ali tidak habis-habis meroyan lagi di media pencacai.  Kita tidak sabar-sabar mahu melihat Pakar `Moti Basi' ini mengelilingi dunia dengan `Road Show'nya ala `Road-Show' Anwar Ibrahim sewaktu mantan TPM tersebut dipecat dari parti dan kerajaan.

Adakah Pakar `Moti Basi' yang kini popular dengan gelaran `Pelesit' bukan `Parasit' ini boleh menyamai `Road-Show' Anwar Ibrahim?  Hakikatnya, Hassan Ali lebih beruntung kerana beliau berpeluang `Road Show' melalui media pencacai seperti TV 3 suku, berbeza dengan Anwar dahulu.  Setakat ini, tiada satu pun hujah dari Pakar `Moti Basi' ini melambangkan PHd beliau yang kelazimannya penuh fakta dan boleh diterima oleh golongan bijak pandai.  Sehingga kini, usahkan golongan cendiakawan, golongan orang-orang tua yang tidak tahu membaca pun mentertawakan Hassan Ali.  Siapa kata semua yang memiliki PHd itu cerdik?  Buktinya, lihat lah Hassan Ali.

Mulanya bersikap ego, mahu tunjuk bijak lebih bijak dari Tuan Guru Presiden PAS dan Tuan Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS apabila si hidung kembang ini mempertikaikan konsep Negara Berkebajikan PAS.  Akhirnya, setelah di `brain wash', beliau memohon maaf dan mengakui secara tidak langsung kedunguannya itu.  Tetapi, bila hati sudah busuk, beliau tidak serik selagi tidak boleh menjahanamkan PAS.  Beliau berbunyi lagi dengan suara `terjerit-jerit dan mencerit' bagai anjing tersepit memperkatakan keburukan Anwar pula melalui media musuh Pakatan Rakyat.  Sakitnya hati beliau terhadap Anwar tidak terkira mengalahkan bencinya Najib Altantuya kepada Anwar.  Najib pun tidak melarang orang ramai hadir menyokong Anwar di mahkamah bahkan membenarkan mereka berhimpun secara aman, tetapi Hassan Ali dengan ego, bongkak dan sombongnya mengajak orang ramai agar tidak hadir ke mahkamah pada 09 Jan yang lalu.

Egonya Hassan Ali ini sehingga beliau masih bertanya tentang kedudukannya di dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor, sedangkan beliau sedar dan tahu bahkan tidak mahu merayu apabila beliau `dicampakkan' dari PAS.  Ertinya apa?  ertinya beliau masih sayang dan cinta kepada `kemewahan' kerusi Exco.  Maka, berkatalah Pakar `Moti Basi' ini bahawa beliau seorang pejuang Islam tulin yang sanggup meninggalkan kerusi Exco yang berharga itu, demi Islam, kononnya.  Hey, Hassan, kamu tidak meninggalkan kerusi Exco lah.  Kamu dipecat dari PAS dan kerusi itu ditarik dari kamu, sedar atau tidak?  Pengorbanan apa kejadahnya?

Seribu syukur atas nikmat Allah mencabutkan jasad Hassan Ali dari PAS.  Jika tidak, boleh dibayangkan `Pelesit' ini akan bermaharalela dan merosakkan perjuangan PAS dari dalam.  Orang yang hasad dengki, ego, bongkak lagi jahil tidak boleh bersama PAS, seadanya./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 18 Januari 2012

RAKYAT TIDAK PERCAYA ANWAR KAKI LIWAT - BLOGGERS UMPORNO MESTI SALAHKAN MAHDEY KUTTY DAN TOK JIB

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAHDEY KUTTY meroyan sakan bila sehingga kini Peguam Negara belum buat keputusan samada mahu merayu atau tidak di atas keputusan Mahkamah yang membebaskan Anwar pada 09 Jan yang lalu.  Sebagaimana bloggers Umporno yang lain, Mahdey Kutty amat bimbang jika Anwar terlepas begitu sahaja, maklumlah bukan sedikit `belanja' dan masa yang mereka habiskan semata-mata untuk memperbodohkan rakyat di dalam perancangan menjatuhkan Anwar.

Aku mahu sebut sikit saja.  Andainya perancangan mereka gagal kali ini, mereka sepatutnya kena salahkan Mahdey Kutty dan Tok Jib serta sekutu-sekutu mereka.  Salah Mahdey Kutty dulu, apabila beliau tidak mahu jadi saksi beri keterangan di dalam kes Azizan Abu Bakar.  Semua tahu ketika itu Mahdey Kutty bercakap di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umporno sewaktu mahu memecat Anwar bahawa beliau tahu semua kisah dan skandal Anwar, maka Anwar mesti dipecat dari parti dan kerajaan.  


Di hadapan media dan TV, Mahdey Kutty beriya-iya sunguh mengaku beliau yakin dan percaya serta mempunyai bukti bahawa Anwar meliwat Azizan.  Malangnya, apabila kes tersebut dibicarakan dan Mahdey Kutty ini dipanggil sebagai Saksi, Mahdey Kutty tidak berani tampil.  Beliau mahu `soalan bocor' dahulu.  Jelas, kegagalan Mahdey Kutty membantu mahkamah untuk beri keterangan apa yang beliau tahu dan bukti apa yang beliau ada menyebabkan kes Liwat I ditertawakan dunia.  Akhirnya, Anwar setelah dipenjarakan didapati tidak bersalah.

Begitu juga kes fitnah Liwat II yang melibatkan seorang pemuda yang tertinggal seluar dalam di rumah teman wanitanya dan pemuda yang mempunyai `skandal' dengan salah seorang Tim Pendakwa dan juga pemuda yang tidak mencuci duburnya dua hari, bernama Sepol ini.  Mereka patut menyalahkan Haji Tok Jib kerana Tok Jib tidak mahu menjadi Saksi di mahkamah di dalam kes ini.  Semua tahu, Tok Jib melalak di depan media dan TV mengaku bertemu Sepol dan menceritakan Sepol mohon biasiswa, kemudiannya Sepol mengadu diliwat sehingga sejuk-sejuk tangan Sepol dan pucat wajah pemuda ini ketika bertemu dengannya di rumah Tok Jib.

Tok Jib juga pernah berkata, Anwar jangan mencabar beliau kerana beliau tahu semuanya tentang moral Anwar dan beliau takut Anwar demam jika beliau dedahkan.  Di dalam keadaan Tok Jib tahu segala-galanya itu, mengapa Tok Jib tidak mahu membantu mahkamah untuk memperkuatkan kes dan dakwaan bahawa Anwar meliwat Sepol pemuda yang sembahyang Jumaat tanpa mencuci dubur dan mandi hadas ini?  Itu lah yang menjadi sebab mengapa amat sukar untuk meyakinkan rakyat bahawa Anwar memang bermoral rendah.  Jadi, Bloggers pencacai Umporno harus menyalahkan Mahdey Kutty dan Tok Jib kerana tidak bersedia untuk membantu mahkamah di dalam kes yang mereka berdua `amat tahu' sebenarnya.

Oleh yang demikian, nasihat aku usahlah Bloggers Umporno menyalak lagi menyalahkan pihak lain.  Di dalam kes fitnah Liwat II ini, Anwar berkata Sepol ada hak untuk merayu.  Anwar tidak takut dan gentar jika Sepol merayu.  Biarpun seratus kali Anwar dibicarakan pun, rakyat tidak hairan samasekali kerana fokus rakyat kini ABU (Asalkan Bukan Umno).  Jika mahu fitnah ini lenyap dari muka bumi, lenyapkan Umno dahulu./wfauzdin.blogspot.com


ROAD SHOW HASSAN ALI - JANGAN BIARKAN BELIAU DISANGKA GILA

Oleh:  WFAUZDIN NS

TERTARIK dengan kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang menawarkan keselamatan buat Dr Hassan Ali untuk `Road Show' mendedahkan `Parasit-Parasit' di dalam PAS sehingga menyebabkan beliau tercampak keluar dari PAS.  Baca di SINI.

Maka, bermulalah episod di mana `Pelesit akan memburu Parasit'.  Jika mahu diikut `fatwa' Hassan Ali, elok benarlah jika kita semua, ahli keluarga kita serta semua mahasiswa jangan melibatkan diri di dalam `Road Show' Hassan Ali kerana itu adalah `masalah peribadi' beliau.  Bukankah Hassan Ali pernah beranggapan sedemikian terhadap DS Anwar ketika menghasut kita serta para mahasiswa agar tidak terlibat menyokong Ketua Pembangkang tersebut di mahkamah pada 09 Jan yang lalu atas `fatwa'nya bahawa itu `masalah peribadi' DS Anwar?

Beliau berkata, DS Anwar tidak perlu mengheret rakyat di dalam masalah peribadinya.  Nah, sekarang Allah bayar `cash' dan kini Hassan Ali menghadapi `masalah peribadi' dan ingin membuat `Road Show' pula.  Namun, atas ihsan dan budi baik Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS ini berjanji akan menentukan keselamatan Hassan Ali untuk bercakap apa sahaja yang terlintas di kepala otak Pakar Motivasi itu.  Mungkin tidak cukup ruang media pencacai yang selama ini Hassan Ali gunakan untuk menunjukkan betapa hebatnya beliau sebagai seorang pejuang Islam yang terbuang.

Saya rasa kita patut hadir untuk menyaksikan episod `Pelesit mencari Parasit' di dalam `Road Show' ini nanti.  Biarpun itu sebagai masalah peribadi Hassan Ali, tetapi kita sebagai manusia yang bermasyarakat patut simpati dengan beliau.  Masakan kita sanggup melihat beliau bertegang urat leher dan kembang kempis hidungnya bercakap seorang diri di atas pentas itu nanti.  Jika ini berlaku, saya khuatir Hassan Ali akan ditangkap oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana disangka gila berceramah seorang diri.  Bagi mengelakkan Hassan Ali ditangkap dan dimasukkan ke Hospital Tg Rambutan, marilah kita meraikan beliau beramai-ramai./wfauzdin.blogspot.com


Selasa, 17 Januari 2012

HASSAN ALI KINI MULAI BELAJAR MEMBUAT FITNAH

Oleh:  WFAUZDIN NS

DR HASSAN ALI setelah dipecat dari PAS kini mulai belajar dari beberapa pemimpin Umno untuk melakukan kerja fitnah.  Kononnya seorang pejuang Islam yang tulen, tetapi melakukan fitnah terang-terangan apabila mendakwa DS Anwar menyokong golongan Homoseks hanya berpandukan kepada media pencacai dan wawancara di Youtube yang beliau sendiri tidak melihatnya sepenuhnya wawancara berkenaan.  Baca apa yang `Pejuang Islam, kaki fitnah' itu sebut di SINI

Pada saya Dr Hassan Ali lebih bangsat dari segala bangsat demi kerana dendam dan hati yang busuk terhadap DS Anwar.  Beliau melepaskan dendamnya akibat terbuang dari PAS dan ingin meletakkan dirinya sebagai Pejuang Islam yang agung.  Apa sebenarnya masalah bangsat ini?  Mula-mula menuduh PAS tidak betul kerana prinsip Negara Berkebajikan.  Kemudiannya, tarik balik dakwaan beliau itu kononnya beliau terlebih cakap.  Selepas itu, menghasut orang ramai agar tidak menyokong DS Anwar Ibrahim semata-mata beliau mendengar khabar bahawa DS Anwar tidak bermoral.

Apabila dipecat dari PAS, beliau menuding jari ke atas DS Anwar mengakibatkan beliau dipecat.  Kemudiannya menyebut terdapat `parasit-parasit' di dalam PAS yang menyebabkan beliau dipecat.  Ertinya, sudah tentu bukan DS Anwar `parasit' kerana DS Anwar bukan berada di dalam PAS.  Tetapi mengapa si bangsat ini menuduh DS Anwar menyebabkan beliau dipecat?  Ini bermakna, hujah yang lintang pukang dari awal menunjukkan Dr Hassan Ali ini mempunyai hati yang busuk dan tidak hairanlah orang seperti ini dicampakkan oleh PAS selayaknya ke dalam tong najis.

Beliau menyebut, Tuan Guru Nik Aziz dan Hj Hadi lebih layak jadi PM dari DS Anwar.  Memanglah, jika ditanya pada kita sekalipun kita pun beranggapan sedemikian.  Tetapi, jika Tuan Guru Nik Aziz atau Hj Hadi bersetuju DS Anwar menjadi PM sepertimana Almarhum Ustaz Fadzil Noor juga pernah bersetuju DS Anwar jadi PM, apa masalahnya yang menyakitkan hati bangsat ini?  Apakah kerana dia rasa jika bukan Tuan Guru Nik Aziz atau Hj Hadi yang layak menjadi PM, maka beliau merasa beliau yang layak?  Jijik aku membayangkan orang ego, sombong dan bongkak ini mahu dilantik menjadi PM.

Dr Hassan Ali masuk PAS ketika PAS sudah segar bugar.  Beliau tidak pernah merasai kesusahan di dalam PAS sebagaimana Mat Sabu, Mahfuz dan beberapa orang lain rasai.  Usahkan mahu menyebut bangsat ini pernah dipenjarakan atau ditangkap di lokap mahu pun di bawah Akta ISA, mahu melihat bangsat ini hadir berhimpun di dalam demontrasi selaku pejuang pun susah.  Beliau masuk PAS beberapa tahun kemudian terus berada di pejabat penghawa dingin selaku Exco.  Apa keperitan yang beliau rasai sepanjang di dalam PAS? 

Islam tidak boleh tertegak hanya dengan ucapan tegang-tegang urat leher mahu pun kembang-kembang hidung berteori, wahai Hassan Ali.  Islam tidak boleh ditegakkan dengan bersekongkol dengan musuh-musuh Islam dan membuat fitnah.  Islam juga tidak boleh didaulatkan secara bersendirian.

Allah tidak memandang seseorang itu pada awal kehidupannya, tetapi Allah memandang seseorang itu pada akhir penghidupannya.  Dan, bangsat ini telah memilih jalan yang beliau lalui sekarang iaitu meninggalkan Jemaah Islam untuk bersama golongan-golongan munafik yang menjadikan fitnah sebagai cara hidup./wfauzdin.blogspot.com


Isnin, 16 Januari 2012

DI MANA KHIR TOYO ? HASSAN ALI BOLEH TUBUH PARTI BARU

Oleh:  WFAUZDIN NS

KHIR TOYO terus menyepi walaupun hari ini sudah masuk tarikh 16 Januari, ertinya sudah 8 hari daripada 09 Januari iaitu hari keputusan DS Anwar di dalam kes Liwat II.  Sebelum ini, mantan MB Selangor tersebut berjanji akan mengumumkan masa depan politiknya selepas 09 Januari iaitu tarikh yang mungkin `simbolik' buat beliau.

Wajah yang di `transformasi'kan sejajar dengan transformasi Najib

Sebelum ini juga, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas Khir Toyo di bawah Seksyen 36 (1), Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997 di atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isterinya suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam.

Khir Toyo telah membuat rayuan ke atas kes ini.  Difahamkan sehingga kini, wartawan telah mula mencari-cari mantan MB Selangor tersebut untuk mengetahui apakah tindakan beliau selepas ini di dalam kerjayanya sebagai ahli politik.  Saya mencadangkan agar beliau menubuhkan parti baru di mana Presidennya adalah Dr Hassan Ali, Timbalannya adalah beliau sendiri dan Ahli-Ahli Jawatankuasa yang lain bolehlah dipilih dari beberapa `ekor katak' yang masih belum bertuan seperti Zahrain, Zul Kulum, Gobalakrishnan dan beberapa orang lagi.

Itu sekadar cadangan saya sahaja.  Apapun kita masih ternanti-nanti kenyataan dari Khir Toyo. /wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 15 Januari 2012

ALHAMDULILLAH, HASSAN ALI TIDAK MAHU MERAYU KEPADA PAS

Oleh: WFAUZDIN NS 

ALHAMDULILLAH, selain dari kita baru sahaja mendapat nikmat kebebasan DS Anwar Ibrahim dari fitnah Liwat II baru-baru ini, terbaru satu lagi nikmat yang Allah kurniakan kepada kita apabila Dr Hassan Ali dikatakan tidak akan merayu untuk kekal di dalam PAS.

Memetik kenyataan beliau,"Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan ‘parasit’ ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti".  


Memang benar, beliau tidak boleh melakukannya di dalam parti iaitu untuk menghancurkan PAS dari dalam.  Segala gerak geri beliau yang bertopengkan perjuangan Islam, Melayu dan raja-raja itu telah lama dihidu oleh pemimpin-pemimpin dan kita sendiri.  Kononnya beliau gagal mendapat sokongan dari PAS di dalam isu arak dan murtad, tetapi beliau lupa bahawa beliau sebenarnya ketika itu berada di dalam sebuah negeri bernama Selangor yang jauh lebih baik dari Umno sebelum itu.  

Apakah isu arak di Selangor yang menyebabkan Dr Hassan Ali tidak mahu bersama PAS lagi?  Adakah cara Dr Hassan Ali sesuka hati merampas arak dari kedai-kedai 7 Eleven itu tanpa menghiraukan undang-undang yang di luar kawalan kerajaan negeri itu tindakan bijak?  Apakah tindakan berhikmah tetapi berkesan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan cara berbincang dengan pengusaha kedai-kedai berkenaan agar tidak menjual minuman keras tersebut di penempatan majoriti Melayu itu tidak kena dengan Dr Hassan Ali?  Jika begitu, mengapa tidak sahaja Dr Hassan Ali rampas semua arak-arak di Kilang arak terbesar di Shah Alam?

Adakah beliau tidak sedar, minuman keras yang kebanyakannya dijual di kedai-kedai 7 Eleven itu telah ditafsirkan oleh undang-undang persekutuan sebagai bukan minuman keras kerana di bawah peratusan alkohol yang dikatakan arak, maka kedai-kedai berkenaan mempunyai hak untuk menjualnya dan kerajaan negeri tiada kuasa untuk menghalangnya?  Namun demikian, langkah kerajaan negeri tetap dibuat secara berbincang dan meminta kerjasama pengusaha kedai-kedai berkenaan agar menjauhkan penjualan minuman keras tersebut di penempatan majoriti umat Islam.  Ini tidak pernah berlaku sewaktu Umno memerintah Selangor.

Tindakan paling bijak kerajaan negeri juga adalah dengan menawarkan modal perniagaan bagi umat-umat Islam yang mahu berhenti di kedai-kedai penjualan arak.  Alasan yang diberikan oleh Dr Hassan Ali kononnya perjuangan beliau di dalam isu arak ini sentiasa ditentang oleh beberapa pimpinan PAS Selangor merupakan alasan yang terlalu dungu.  Mengapa Dr Hassan Ali tidak menyalahkan JAIS yang sepatutnya ke depan di dalam isu ini?  Adakah JAIS hanya bekerja untuk menangkap mereka yang memberi tazkirah tanpa Tauliah sahaja?  JAIS sebenarnya sudah tahu bahawa undang-undang Persekutuan banyak menghalang tugas-tugas mereka sebab itu di zaman Umno memerintah lagi penjualan arak langsung tidak dikawal. Apakah JAIS hanya wujud di Selangor sewaktu PR memerintah sahaja?

Alhamdulillah, meskipun menyedari undang-undang berkaitan arak ini di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri mengambil beberapa langkah yang bijak penuh hikmah agar kesucian Islam tetap terpelihara.  Dr Hassan Ali bertindak seolah-olah Kerajaan Persekutuan diperintah oleh PAS atau Pakatan Rakyat. Dr Hassan Ali mungkin berangapan Selangor di bawah Umno lebih bersih dan suci dari kerajaan sekarang.

Isu Gereja pula, Dr Hassan Ali mendakwa PAS Selangor bersekongkol dengan DAP dan PKR menentang usaha beliau yang kononnya berjuang menentang gejala murtad.  Akhirnya, kita diberitahu isu Gereja ditutup kerana tiada bukti yang boleh menyatakan berlakunya kerja memurtadkan umat-umat Islam di Gereja berkenaan.  Bukankah sebelum ini, Dr Hassan Ali dan JAIS sendiri melalak di dalam TV dan media mendakwa mereka mempunyai bukti kukuh?  Di mana bukti itu?  Mengapa PAS tidak dibenarkan bertemu pihak Gereja dan JAIS?  Tidakkah baik jika PAS sendiri menyiasat isu berkenaan jika JAIS sendiri gagal menyiasat dan mendapatkan bukti?  Apakah kehendak PAS untuk bertemu pihak Gereja, maka Dr Hassan Ali anggap PAS menyokong Gereja?  

Dr Hassan Ali tidak perlu memberi berbagai alasan dan hujah dangkal beliau jika beliau tidak mahu merayu untuk dikekalkan bersama PAS.  Bersyukur lah kita dengan tindakan Dr Hassan Ali itu kerana PAS tidak harus memiliki seketul daging busuk yang bakal menjangkiti orang lain.  Biarlah daging busuk ini terpelanting dari PAS bersama beberapa ekor lalat yang menghurunginya./wfauzdin.blogspot.com

RAMAI ORANG AKAN SERTAI UMNO JIKA..............

Oleh:  WFAUZDIN NS

ANWAR cabar Najib berdebat lagi.  Aku rasa ini cabaran yang ke entah kali berapa.  Adakah kali ini Najib akan mempunyai `kejantanannya'?  Jawapannya ada pada Rosmah anak Mansor. 

Ramai yang berkata akan masuk Umno kalau Najib berani berdebat dengan Anwar.  Tidak perlu Najib menang dalam perdebatan itu, Najib berani berdebat dengan Anwar saja sudah cukup membuatkan ribuan orang akan masuk Umno walaupun untuk tempoh satu hari.  Jadi, inilah peluang untuk Najib menarik orang ramai sertai Umno iaitu hadir berdebat dengan Anwar walaupun terpaksa memakai `pampers' atau menyapu air liur yang meleleh seperti Shabery Cheek dulu.

Haji Najib...

Tidak sukar untuk membuktikan bahawasanya Najib ini anak jantan keturunan pahlawan Tok Gajah.  Beliau cuma kata bersetuju dengan cabaran Anwar, itu sudah cukup untuk kita kata bahawa anak Tun Razak itu memang jantan sejati.  Tetapi, jika sebaliknya maka rakyat keliru di antara Najib dan Rosmah siapa lebih betina dari betina.

Najib tak perlu bimbang di dalam perdebatan itu nanti,  Sudah tentu Anwar tidak akan pecahkan rahsia `trajedi hitam di hotel Port Dickson' atau kisah misteri Altantuya mahu pun kisah perampas bini orang.  Anwar hanya berhujah soal ekonomi dan Anwar sanggup Najib import segala pakar ekonomi untuk membantu beliau berdebat, bahkan Anwar pernah kata, jika perlu Najib boleh bawa satu bas kabinet beliau untuk berdepan dengannya. 

Jika Najib masih keberatan, maka tahulah kita siapa itu Najib dan mengapa Najib terlalu takut untuk berdepan dengan Anwar./wfauzdin.blogspot.com