Di Perak, hanya ada satu usul Percaya kepada MB Perak, terus Speaker Dun lakukan walaupun keputusannya memakan diri.
Peliknya, di Parlimen bawah kerajaan tebuk atap, tedapat tidak kurang dari 20 usul Tidak Percaya telah dibuat, dan terdapat juga dua usul Percaya kepada PM telah dibuat, namun Speaker buat pekak badak.
Maksudnya apa? Maksudnya, apa yang kita saksikan sepanjang Parlimen bersidang sekarang, sokongan kepada kerajaan dalam setiap pengundian bajet di peringkat kementerian, kerajaan tebuk atap ini tidak berupaya mendapatkan sokongan undi menyokong melebihi separuh.
Itu baru pengundian bajet untuk rakyat, belum lagi pengundian untuk menentukan Muhyiddin ini sebenarnya mendapat sokongan majoriti atau tidak sebagai PM. Seteruk-teruk si Peja, MB Perak yang terguling itu, beliau masih anak jantan kerana berani berdepan dengan undian menguji sokongan ke atasnya di Dun Perak.
Kalau Peja sebagai Timbalan Presiden Bersatu itu anak jantan, bagaimana dengan Presidennya? Apakah di peringkat persekutuan, Umno masih ada maruah untuk terus mendokong PM tahap murahan begini?