MAKA, Ibrahim Alkataki pun teramat marah dengan DS Anwar Ibrahim kerana Ketua Pembangkang itu sudah berlepas ke Paris. Raja katak ini mendakwa DS Anwar takut untuk berhadapan dengannya sebab itu beliau ke Paris (Berita dari Utusan Meloya). Orang gila mana mahu percaya akan kata-kata Ibrahim Alkataki itu kecuali yang bengap seperti beliau juga.
Mengapa Raja katak ini tidak marah dengan Najib apabila Najib tidak menggunakan peluang terbuka untuk berhadapan dengan DS Anwar sewaktu beliau membahaskan Bajet "Santa Clause" Najib baru-baru ini? Bukankah DS Anwar berjanji untuk memberikan sepenuh ruang bahkan masa 10 minit untuk Najib bercakap sekiranya Najib hadir pada hari DS Anwar bahaskan bajet? Pertarungan Perdana yang sepatutnya menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia adalah pada dua sesi, iaitu sesi Najib membentangkan Bajet dan sesi Ketua Pembangkang membahaskan Bajet tersebut. Malangnya, Najib tidak langsung ada keberanian seperti DS Anwar yang setia menanti Najib merepek menaburkan 'gula-gula' beracun Jumaat lalu. Najib menghilangkan diri sewaktu sesi yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat.
Lihat ni....PAS tolong kawe...kalau tak mapuh kawe demoo..... |
Ibrahim alkataki pula yang perasan kononnya DS Anwar takut dengan beliau. Mengapa sewaktu Najib tidak hadir, Ibrahim Raja katak ini tidak bangun membantu Najib mencelah sewaktu DS Anwar bahaskan belanjawan? Beberapa orang Ahli Parlimen dari Bn telah diberi laluan yang selesa oleh DS Anwar untuk mencelah, tapi ketika itu Ibrahim Raja katak masih berada di bawah tempurung.
Siapa Ibrahim alkataki yang merasa hebat sangat ini? Orang yang menumpang atas ihsan PAS sebagai Ahli Parlimen ini tidak sedar diri dan masih merasa beliau hebat. Setakat hero kepada geng-geng baling kasut ke dalam masjid, tidak layak untuk Ibrahim alkataki menyamai tarafnya dengan DS Anwar. Umno sendiri pun telah campakkan Raja katak ini ke dalam longkang sebelum dikutip oleh PAS.
Hakikatnya, seluruh rakyat Malaysia sudah kenal siapa Najib. Hebatnya Najib hanya di hadapan TV semata-mata kerana di situ beliau tidak boleh disoal. Hebatnya Ibrahim alkataki adalah beliau pengukir sejarah tokoh politik yang paling kerap cium tangan bos-bosnya terdahulu dan kita tidak lupa kaki ampu ini adalah tokoh politik yang pertama mengunjungi DS Anwar di German sewaktu DS Anwar keluar dari penjara dan mendapatkan rawatan di German. Tidak pula dipastikan sewaktu di German, Ibrahim Raja katak ini melutut atau mencium tangan DS Anwar./wfauzdin.blogspot.com