
Demikian pandangan bekas Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Chua Chin Hui selepas melihat operasi ke atas premis yang menjual tiket loteri mendapat bantahan sesetengah pihak.
Chin Hui berkata, beliau hairan kerana ada yang masih belum memahami dasar kerajaan negeri khususnya berkaitan judi sedangkan orang ramai termasuk bukan Islam diberi peluang mengikuti sesi penerangan mengenainya.
Katanya, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw mengeluarkan kenyataan salah mengenai penguatkuasaan loteri.
“Saya hairan bagaimana beliau (Pang Chaw) boleh mengeluarkan kenyataan menyeleweng itu sedangkan beliau juga pernah menjadi Ahli Majlis MPKB.
“Setahu saya, lesen menjual loteri tidak pernah dikeluarkan lesen oleh MPKB sejak Pas memerintah Kelantan tahun 1990,” katanya kepada Sinar Harian.
Chin Hui berkata, loteri atau segala bentuk perjudian merupakan amalan bercanggah dengan amalan dan budaya sihat semua masyarakat, tidak mengira agama dan bangsa.
Katanya, beliau menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein pada 8 Mac lalu yang mengatakan bahawa kejadian bunuh diri meningkat kerana masalah kewangan kritikal dan judi merupakan antara puncanya./Sinar













1pm: Ramai petugas dan golongan yang hadir ke kawasan pengundian mengambil peluang untuk berehat, termasuk sekumpulan aktivis daripada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM).
Kumpulan penyokong dengan kekuatan masing-masingnya seramai kira-kira 100 orang itu berhimpun di pinggir jalan yang menuju ke pusat pengundian berkenaan.
Pada waktu ini juga, seramai kira-kira 30 orang anggota polis bertugas mengawal keadaan. Jumlah ini adalah lebih ramai berbanding pada awal pagi ini.





