RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 2 Mac 2012

`IBLIS' PERNAH ISLAMKAN UMNO?

Oleh:  WFAUZDIN NS

PERCAYAKAH anda bahawa Umno pernah memelihara `Iblis'?  Dan, paling ajaib `Iblis' ini wujud di dalam Umno hanya untuk memperbertulkan Umno agar kelihatan lebih Islamik walaupun tidak boleh disamakan dengan PAS yang darah dagingnya adalah Islam.

Aku masih ingat, sebelum `Iblis' ini masuk gerombolan Umno, Umno tiada banyak bezanya dengan MCA dan MIC cuma Umno untuk Melayu, itu sahaja.  Aspek agama Islam, bagaimana MCA dan MIC memandang Islam, begitulah otak-otak pemimpin Umno melihat Islam.  Hukum Islam pada mereka hanya berkisar soal haid, nifas dan nikah kahwin.  Sebab itu tidak pelik satu makhluk tua yang pernah menjadi pemimpin Umno dan pemimpin negara sehingga kini lidahnya fasih menghina hukum Allah.  Itu berkat terlalu lama berada di dalam parti yang wujud hasil dari kerja penjajah.

Anwar Ibrahim
Umno hanya boleh dipuji sedikit (jika mahu puji) adalah sewaktu `Iblis' ini diimport menjadi ahli Umno.  Beliau tidak mengambil masa terlalu lama untuk naik menjadi pemimpin di dalam Umno dan kesemua jawatan di dalam Umno beliau tidak pernah naik hasil dari telunjuk pemimpin lain, ertikata naik dengan pengaruh orang lain.  Pak Lah naik jadi Presiden Umno dan PM kerana telunjuk orang tua yang rosak akidah bernama Mahathir Kutty.  Kemudian Najib juga naik kerana telunjuk Pak Lah.  Jawatan utama di dalam Umno mereka `faraid' sesama mereka, manakala yang di bawah menjadi `berok Pak Yeh'.

Mungkin Islam lebih baik di bawah tok aji ini?

Manusia yang dianggap seperti `Iblis' oleh Nazri Aziz ini bernama Anwar Ibrahim dan beliau naik di dalam Umno adalah kerana kekuatan pengaruhnya.  Beliau bertanding Ketua Pemuda Umno menewaskan tokoh hebat bernama Suhaimi Kamarudin.  Bukan seperti Najib yang menang bertanding Ketua Pemuda Umno adalah kerana sokongan dan pengaruh dari Anwar Ibrahim juga waktu itu.  Begitu juga, hebatnya Ketua Wanita Umno waktu itu bernama Rafidah Aziz, beliau tumbang di tangan Siti Zaharah Sulaiman kerana Siti Zaharah disokong kuat oleh Anwar Ibrahim.  Bahkan, orang tua rosak akidah bernama Mahathir Kutty berjaya menang tipis ke atas Ku Li di dalam perebutan Presiden Umno juga adalah kerana kekuatan pengaruh Anwar berada bersamanya ditambah pula dengan tipu daya mamak bendahara itu.

Tangisan buaya, rakyat terpedaya...

Anwar berjaya `mengislamisasikan' Umno walaupun ketika itu beliau bermula hanya dengan jawatan Menteri biasa sehinggalah ke jawatan nombor dua tertinggi iaitu Timbalan Perdana Menteri di mana kerja-kerja dan program berbentuk Islamik diteruskan oleh Anwar di dalam kerajaan.  Pada ketika itulah imej Umno berada di tahap tertinggi, manakala PAS agak sukar untuk berdepan dengan Umno kerana kerja-kerja Islamik yang dilakukan oleh Anwar di dalam Umno sedikit menyukarkan PAS untuk berkempen.  Benar, sepertikata Almarhum Us Fadzil Noor, Presiden PAS ketika itu bahawa konsep Penerapan Nilai-Nilai Islam yang diperkenalkan oleh Anwar di dalam kerajaan hanyalah sekadar tempelan seumpama wanita memakai gincu di bibir, namun bagi Melayu ketika itu Anwar Ibrahim sedang cuba untuk memperbaiki Umno.

Jangan pelik kalau bapak dia hina hukum Hudud....

Universiti Islam, Bank Islam, Takaful dan beberapa sistem kewangan berunsurkan Islam diperkenalkan di dalam kerajaan adalah dari idea Anwar Ibrahim.  Sistem pendidikan yang menekankan moral dan akhlak, pelajar lelaki memakai seluar panjang, pelajar perempuan pula berbaju kurung dan bertudung adalah hasil dari Anwar sewaktu beliau memegang jawatan Menteri Pelajaran.  Kakitangan pejabat kerajaan ditetapkan seminggu sekali mengadakan majlis tazkirah di jabatan masing-masing juga adalah di antara program yang dibentuk oleh Anwar.  Beliau juga tampil mendahului sejarah pemimpin utama di dalam Umno yang mampu menjadi Imam Solat dan membaca Khutbah kemudiannya baru lah Pak Lah sewaktu Pak Lah menjadi PM.  Sejarah Umno tidak pernah mencatatkan Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Hussein Onn, jauh sekali Mahathir Kutty kerana Mahathir adalah tokoh utama di dalam sejarah Umno yang paling kuat menentang hukum Allah sehingga kini.   

`Kasih Sayang 1 Malaysia"
Namun, oleh kerana sejak azali lagi Umno memang dilahirkan bukan untuk perjuangan Islam, maka kemasukan Anwar ke dalam Umno tidak menjadikan Umno itu Islam.  Walaupun beberapa usaha Anwar untuk memperbaiki Umno agar lebih Islamik disokong kuat oleh ahli-ahli Umno di akar umbi, tetapi Umno hakikatnya amat anti kepada tokoh Islamik.  Siapa tokoh Islamik yang boleh berjaya di dalam Umno?  Us Nakhaie Ahmad, bekas Naib Presiden PAS memasuki Umno hanya layak menjadi tukang baca doa makan.  Begitu juga bekas Imam Masjid Negara, us Firdaus yang sekarang mungkin kembali menjadi Imam kampong.  Jamil Khir pula sibuk mendirikan mahligainya di samping belasah duit zakat.  

Ahli-ahli Umno dan Bn pun naik meluat dengan perangai pemimpin mereka

Akhirnya Anwar menerima kifarah' apabila dipecat dari Umno dan kerajaan.  Bahkan, beliau difitnah dan dizalimi oleh puak-puak yang tidak mahu Islam itu berkembang.  Hikmahnya, Anwar Ibrahim seorang tokoh Islam kini boleh mengenali siapa Umno sebenarnya.  Beliau sedar beliau telah tersasar sewaktu memilih Umno dahulu, justeru itu beliau kini berusaha sedaya upaya untuk menebus kembali kesilapannya yang lalu. 

Kini, Anwar bersama kita.  Tidak hairanlah sekarang ini Umno cuba untuk mengungkit kembali sejarah lampau Anwar ketika berada di pihak Jahiliyyah dahulu.  Kita tidak lagi memandang sejarah lampau Anwar, kerana Khalifah Islam bernama Omar Al-Khatab yang dijanjikan Syurga oleh Nabi itu juga lebih hebat sejarah lampaunya dari Anwar.  Allah memandang manusia di akhir usianya, bukan di awal usianya.  Apatah lagi Nazri Aziz yang menggelar Anwar seumpama `Iblis', apakah jasa Nazri Aziz terhadap Islam?  Lihat sahaja akhlak keluarga beliau kita akan tahu sikap Nazri Aziz dan Mahathir terhadap Islam tidak banyak bezanya./wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 1 Mac 2012

VIDEO - TELITI CAKAP BELIAU, JIKA TIDAK KAFIR, APA HUKUMNYA?




Betapa bodohnya insan yang bercakap di atas.  Hukum HUDUD adalah ciptaan Ahli Fekah, katanya.  Hudud tiada di dalam Al-Quran, katanya lagi.  

Orang tua di atas juga menyamakan `rogol' dengan `zina' apabila beliau bercerita pasal hukum Hudud.  Bagaimana mangsa rogol boleh terbela walaupun mangsa mengenali orang yang merogolnya tetapi tiada 4 orang saksi?  Itu hujah si tua bengap dan jahil di atas.  Ertinya, beliau memahami `rogol' sama seperti `zina'. 

Begitulah jika merasa diri sendiri amat hebat dan tidak takut kepada mati kafir.  Orang jahil ini juga dahulu pernah hina janggut Nabi dan pakaian Nabi.  Peliknya, orang tua sejahil ini masih menjadi tokoh pujaan parti keris telanjang.

Aku cadangkan orang tua yang mengaku membaca Al-Quran di dalam Bahasa Inggeris ini dibawa ke Klinik pulih akidah iaitu di Klinik JATI Sdn Bhd, kepunyaan Dr Hassan Jati./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 29 Februari 2012

KEBERANIAN NURUL IZZAH MEWARISI SIFAT BAPANYA

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMALAM aku ditunjukkan oleh seorang sahabat, orang kuat Pejabat KEADILAN Pahang tentang SMS yang beliau terima dari YB Nurul Izzah, MP Lembah Pantai.  SMS itu ada kaitan dengan peristiwa `pondan siam' budak Lepar Hilir yang cuba berlagak kasar dengan Nurul Izzah sewaktu anak sulung DS Anwar itu sedang berucap di satu program ceramah di Felda Lepar Hilir pada 26 Feb baru-baru ini.

YB Nurul Izzah - Cekal dan berani

Di dalam SMS itu Nurul Izzah menasihatkan sahabat saya itu agar tidak melakukan sesuatu terhadap `pondan siam' yang hanya berani menunjukkan samsengnya kepada seorang wanita.  Beliau tidak mahu sebarang nama buruk diletakkan kepada parti, maka Nurul Izzah melarang sebarang perbuatan membalas dendam terhadap `pondan siam' berkenaan.


Apa yang aku cukup respek dengan Nurul Izzah ini adalah keberaniannya.  Walaupun beliau cuba dikasari pada malam itu, namun di dalam SMS nya beliau menyatakan hasratnya untuk datang kembali ke tempat yang sama untuk meneruskan ceramahnya yang dibatalkan angkara perbuatan bacul puak-puak Umporno Lepar.  Malahan, beliau menyebut akan mengadakan dua program serentak pada masa terdekat ini iaitu di kawasan Felda Lepar dan juga di kawasan Najib, iaitu di Felda Cini.  Lagi diugut, makin bertambah program Nurul Izzah di Pahang.

Aku difahamkan program kali ini akan diadakan pada bulan Mac ini nanti.  Pihak penganjur juga telah dimaklumkan tentang tarikh yang telah dipilih dan pada kali ini KEADILAN Pahang akan pastikan kejadian `bapok siam' menjadi gila babi di lokasi ceramah tidak akan berlaku lagi.  Ini jaminan KEADILAN, melainkan `bapok siam' ini masih mahu mencari pasal./wfauzdin.blogspot.com


Selasa, 28 Februari 2012

KES US BADRUL AMIN - BENAR TETAP BENAR, SALAH TETAP SALAH

Oleh:  WFAUZDIN NS

TERKEJUT !!  Menipu kalau aku kata aku tidak terkejut apabila diberitahu Us Dr Badrul Amin ditahan oleh JAIP di sebuah hotel di Kuantan pada 25 Feb yang lalu.  Terkejut kerana ditahan untuk siasatan kes khalwat pada malam itu bersama seorang wanita berstatus isteri orang.  

Memang kita tahu, status seseorang bukan jaminan seseorang itu mempunyai moral yang baik atau tidak.  Begitu juga status Ustaz mahupun seseorang Mua'lim sekalipun kerana semakin kuat ilmu agamanya semakin kuat pula dugaan yang dihadapinya.  Maka sesiapa sahaja boleh diuji dengan berbagai ujian untuk menentukan tahap keimanannya termasuk Us Dr Badrul Amin.

Ramai kawan-kawan aku baik dari PR mahupun Umno mahu tahu apa pula yang aku mahu komen tentang isu yang melanda Us Dr Badrul Amin.  Aku lambat untuk mengulas isu ini, pertamanya pada waktu kejadian aku agak sibuk membantu parti di dalam program ceramah DS Anwar di Pejabat Keadilan Pahang dan selama dua hari aku boleh dikatakan berkampong di pejabat tersebut tanpa sempat membuka laptop untuk `update' blog mahupun facebook.  Maklumlah, notis untuk mengadakan program ceramah DS Anwar amat singkat dan kami terpaksa bekerja sepenuh masa sepanjang tempoh tersebut.

Cerita tentang Us Dr Badrul Amin ditahan oleh JAIP aku terima sewaktu aku berada di Ibu Pejabat Keadilan, lokasi DS Anwar berceramah pada 25 Feb iaitu hari Us Dr Badrul Amin ditahan.  Aku terperanjat besar kerana siapa sangka peristiwa ini menimpa ke atas beliau?  Hati kecil memang tidak percaya, tetapi akhirnya dengan pengakuan daripada beberapa pimpinan parti akhirnya aku percaya bahawa Us Dr Badrul Amin memang telah ditahan oleh JAIP atas kes khalwat.  Aku percaya beliau memang telah ditahan, betul atau tidak beliau melakukannya?  Wallahu Aklam.

Awal pagi 26 Feb, aku sempat SMS Us Dr Badrul Amin bertanyakan kisah tersebut.  Beliau membalas SMS aku.  Beliau berkata beliau ok dan bertanya pada aku samada sudahkah aku membaca kenyataan media yang telah beliau hantar kepada Harakahdaily?  Aku pun kata aku akan lihat kenyataan media yang beliau sebutkan itu.  Itu saja SMS aku dengan Us Dr Badrul Amin dan aku telah pun membaca kenyataan media beliau.

Bagi aku, itu kenyataan media beliau dan kenyataan media bukan sebagai bukti beliau tidak bersalah.  Tahanan oleh JAIP juga bukan bererti beliau memang bersalah.  Aku tetap mempunyai pendirian yang sama seperti pendirian aku terhadap kes DS Anwar, iaitu perbicaraan mestilah dibuat secara adil.  Us Dr Badrul Amin mesti diberi hak untuk membuktikan beliau tidak bersalah manakala JAIP pula mesti diberi kebebasan untuk melaksanakan tugasnya secara profesional.  Ini sejajar dengan kenyataan resmi Keadilan yang mahukan perbicaraan mesti adil dan profesional, iaitu adil kepada yang dituduh, adil kepada pihak JAIP.

Sehingga kini aku tidak anggap JAIP mempunyai konspirasi kerana setakat ini aku belum nampak kepincangan JAIP, tetapi selain dari JAIP aku tidak pasti samada memang wujud konspirasi atau tidak.  Urutan peristiwa kelihatannya banyak versi.  Ada yang sebut ditahan sewaktu Us Dr Badrul Amin bersendirian di dalam bilik, ada yang sebut ditahan ketika beliau hanya bertuala dan bersama wanita itu.  Itu yang diceritakan di dalam beberapa blog, bukan dari mulut Us Dr Badrul Amin dan bukan juga dari kenyataan JAIP.  Ertinya, mungkin benar mungkin tidak.

Apabila situasi ini berlaku dengan berbagai cerita, maka adalah adil dan wajar kita serahkan kepada JAIP yang bakal membuat laporan hasil dari siasatannya untuk ditimbangkan samada kes ini perlu dibicarakan atau tidak.  Sekiranya kes ini dibicarakan, srtiap babak di dalam perbicaraan itu nanti amat penting.  Pihak yang menuduh dan menahannya perlu tampil dengan segala saksi atau bukti yang ada manakala si dituduh akan tampil untuk mempertahankan dirinya sekiranya beliau merasakan beliau tidak bersalah.

Tindakan KEADILAN yang menggantung Us Dr Badrul Amin dari jawatannya di dalam parti amat tepat dan adil sehingga kes beliau selesai.  Tindakan KEADILAN yang menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan tindakan selanjutnya juga adalah bukti menunjukkan KEADILAN profesional di dalam menghadapi kes ini.  Aku turut bersetuju jangan sesiapa pun cuba `cover' kes ini atau cuba `mencipta cerita baru atau nasi tambah' untuk tujuan tertentu di dalam isu sebesar ini.  

Kebenaran mesti kita bela, kesalahan pula mesti kita tentang tidak kira sesiapa pun dan apa jua statusnya di dalam parti./wfauzdin.blogspot.com


MEREKA BUKAN SAHAJA TAKUT KEPADA ANWAR, NURUL IZZAH PUN MEREKA KECUT

Oleh:  WFAUZDIN NS

AKU mendapat berita, malam semalam (26 hb Feb 2012) program ceramah yang dihadiri oleh YB Nurul Izzah di Felda Lepar Hilir telah diganggu secara samseng oleh puak-puak tidak bertamadun.  Program ceramah tersebut adalah di antara beberapa siri program serentak gempur Pahang oleh KEADILAN Pahang sejurus Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan baru-baru ini.

Ketika kejadian, aku berada di program ceramah bertempat di Kg Kempadang yang dihadiri oleh YB Saifuddin Nasution.  Pada masa yang sama YB Nurul Izzah dan YB Nik Nazmi berada di Lepar Hilir iaitu satu kawasan felda yang berada di kawasan Parlimen Paya Besar.  Di situ sememangnya ramai penyokong Umno totok yang sekian lama telah diperbodohkan, namun sejak kebelakangan ini sambutan ke atas Pakatan Rakyat semakin meningkat.  Ini yang amat menggerunkan beberapa pemimpin Umno dan YB di situ kerana mereka khuatir sekiranya dibiarkan aktiviti atau program PR terus diadakan di situ, para Peneroka Felda akan menjadi cerdik dan mereka yang cerdik sudah tentu tidak akan menyokong Umno lagi.

Dua beranak ini digeruni Umno
Diberitakan malam semalam, program awalnya berjalan baik termasuk ucapan oleh YB Nik Nazmi yang tidak pun diganggu.  Namun, apabila YB Nurul Izzah tampil ke pentas untuk berucap, tidak sampai lima minit puak-puak balaci upahan ini menyerbu dan terus merosakkan peralatan PA Sistem.  Berlaku kekecohan dan dikatakan seorang tua mengalami kecederaan serius di bahu.  Laporan Polis dikatakan telah dibuat pagi semalam oleh pihak Penganjur.  Persoalannya, mengapa boleh berlaku sedemikian dan mengapa pihak polis tidak bertindak lebih awal untuk mencegahnya?  Malas aku menjawab soalan ini kerana bukan sekali dua pihak Polis gagal bertindak cekap.

Program terpaksa dihentikan dan hajat mereka untuk menggagalkan ucapan YB Nurul Izzah berjaya.  Mengapa takut sangat kepada seorang wanita muda ini?  Jika pemimpin  mereka memang penakut dan bacul untuk berdepan dengan ayah YB Nurul Izzah iaitu DS Anwar, itu kita faham kerana kehebatan Ketua Pembangkang ini.  Sehingga kini tidak ada seekor pun pemimpin  Umno yang mempunyai kejantanan untuk berdepan secara terbuka dengan DS Anwar.  Berbuih mulut Ketua Pembangkang ini mencabar Najib untuk berdebat samada di dalam isu ekonomi, hala tuju negara, isu Israel bahkan DS Anwar bersedia juga untuk berdebat di dalam isu moral.  Malangnya, budaya takut dan menakutkan orang lain memang budaya puak yang berotak lembu kondo ini.

Bayangkan, sekiranya dengan anak perempuan DS Anwar bernama Nurul Izzah pun puak ini amat takut sehingga terpaksa `melembukan' beberapa Melayu yang bengap untuk menghalang ceramah beliau, di mana letaknya moral puak-puak ini?  Keganasan yang mereka lakukan malam semalam akan dikenang oleh para Peneroka tempatan di Lepar Hilir bagi mereka menilai kembali sokongan mereka terhadap parti yang mereka sanjung selama ini. 

Adakah kita gentar dengan ancaman seperti itu dan akhirnya kita akan berhenti dari memberi kesedaran kepada Peneroka Felda di Lepar Hilir?  Jawapannya tidak.  KEADILAN Pahang kini sedang mengatur program yang sama dengan penceramah yang sama di lokasi yang sama.  Apakah yang akan berlaku pula selepas ini?  Biarlah masa dan keadaan yang menentukan kerana prinsip kita di dalam KEADILAN, kita tidak akan pernah merasa takut atau serik dengan `lembu-lembu dicucuk hidung' ini.

Buat Penganjur, belajarlah dari kejadian ini agar kita mesti sentiasa berada di tahap kesiapsiagaan yang tinggi apabila kita menganjurkan sesuatu program.  Kita harus faham, demokrasi di negara ini terlalu jijik kerana negara ini dipimpin oleh pemimpin yang penakut./wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 26 Februari 2012

TUDUHAN KHALWAT - KENYATAAN US DR BADRUL AMIN


Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.


Dr. Badrulamin Bahron
Sumber: http://amenoworld.blogspot.com/2012/02/terkini-penjelasan-penuh-ustaz.html#ixzz1nT5UPKVG