RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 8 Mac 2014

SAMPAI BILA DUBUR SEPOL BOLEH BERTAHAN?

Aku ada menulis sebelum ini, PKR mesti bersedia untuk menamakan calon lain di PRK Dun Kajang.  Aku terdetik untuk menyebut begitu kerana aku rasa 'game' puak ini sudah mula dapat dibaca sebaik saja Kerusi Kajang dikosongkan dan SPR lewat umumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi.  

Aku tahu bukan saja di kalangan penyokong Umno saja yang seronok melihat kezaliman yang berlaku kepada Anwar, tetapi ada dari rakan-rakan kita sendiri yang mungkin tidak bersedih dan bersimpati dengan Anwar.  Bermula dari rancangan Anwar "Kajang Move' ini diatur sudah ada suara-suara itu, tetapi aku tidak hairan kerana bagi aku di dalam kelompok manusia ini kita tidak boleh lari dari menemui rakan-rakan yang tidak sanggup bersusah bersama.  

Anwar tiba di Sekamat, Kajang





Anwar dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara petang semalam oleh Mahkamah Rayuan.  Dubur Sepol kali ini berjasa besar kepada Umno biarpun aku yakin untuk sementara waktu.  Jaminan RM10 Ribu membolehkan Anwar dapat bertemu para penyokongnya dari PR mahupun dari yang tidak berparti.   Lokasi pertamanya malam tadi adalah bertemu para penyokongnya di Sekamat, Kajang.  Ertinya, di dalam keadaan senang Anwar di Kajang hampir setiap malam semenjak Kerusi Kajang dikosongkan, waktu susah pun Anwar tidak lupa Kajang.  Meskipun Anwar awal-awal sudah beritahu, beliau tidak layak lagi bertanding di PRK Dun Kajang pada 23 Mac nanti akibat hukuman zalim tersebut, namun beliau hadir juga ke Kajang.

Ribuan menyambut Anwar di Sekamat

Anwar dengan penuh semangat dan tegas berkata, "Kajang Move" akan tetap diteruskan dan beliau tetap akan berperanan di Kajang untuk menentukan Umno/Bn hilang dari bumi Malaysia khususnya di Selangor.  Putrajaya tidak akan dilupakan walau apa pun rintangan yang berlaku dan ianya akan bermula di Kajang, ujarnya.  Kekuatannya sekarang adalah sokongan rakyat selain dari semangat kuat yang diberikan oleh isterinya, DS Wan Azizah.  Anwar berkata, waktu melihat isterinya menitiskan air mata sewaktu hukuman dijatuhkan, beliau membisikkan kepada isterinya tidak perlu menangis kerana perjuangan untuk rakyat mesti diteruskan.  Beliau yakin, ada hikmah yang lebih hebat dan besar hasil dari ujian ini.

Sebelum itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berucap dengan agak lantang dan emosional sekali.  Kali ini beliau kelihatan amat berminat dengan "demontrasi jalanan".  Reformasi 2.0 akan dibincangkan di dalam PR untuk diadakan bagi menentang kezaliman ini, katanya. 

Selepas berucap rengkas di Sekamat, Anwar sepatutnya turun ke Stadium Kajang pula untuk menemui lebih kurang 3 Ribu rakyat yang menantinya di sana.  Malangnya, beliau terpaksa berpatah balik ke belakang kerana ada urusan penting yang segera perlu diselesaikan dengan para Peguamnya malam tadi.  Namun, kehadiran Nurul Izzah, anakanda sulung Anwar dapat mengubati kesedihan para penyokong Anwar di Stadium Kajang.  Beliau dengan lantang menyatakan, Anwar hanya simbol bagi menunjukkan kezaliman Umno/Bn dan selepas ini satu persatu pimpinan PR akan ditekan oleh rejim zalim ini.  Apa pun katanya, rakyat pasti bersedia untuk bangkit melawan rejim yang semakin rakus ini.

Asyik mendengar pidato Nurul Izzah
Suasana di Stadium Kajang
Apa yang boleh dilihat malam tadi, sebaik saja hukuman dijatuhkan ke atas tokoh hebat ini, rakyat tidak perlu menanti notis lagi.  Ribuan rakyat turun ke Kajang untuk menyatakan rasa dukacita mereka, berkongsi kesedihan mereka di samping untuk menunjukkan semangat rakyat semakin tinggi untuk menjatuhkan Umno/Bn.  Sekali lagi dubur Sepol menjadi penyambung hayat kerajaan 47% ini.  Sampai bila dubur itu boleh bertahan?  

Jumaat, 7 Mac 2014

KES LIWAT II - BERSEDIA UNTUK GANTI ANWAR DI DUN KAJANG

HARI ini (07/3/14-Jumaat) hari terakhir kes rayuan Fitnah Liwat II oleh Pendakwa ke atas DS Anwar Ibrahim.  Jika dibaca keterangan oleh Pendakwa semalam, aku tak rasa ada yang berubah melainkan pusing-pusing kat situ juga malahan tak menjawab pun tentang 'keaslian' sampel DNA yang kononnya milik DS Anwar Ibrahim.

Harus diingat, DNA bukan bererti air mani walaupun air mani itu salah satu dari elemen yang boleh dikaitkan dengan DNA.  Ertikata, DNA tidak semestinya air mani tetapi air mani itu semestinya dari DNA.  Melalui perbicaraan sebelum ini, tiada satu bukti makmal pun yang menunjukkan terdapat air mani DS Anwar Ibrahim berada di dalam dubur Sepol.  Yang ada cuma DNA, bahkan dibuktikan lebih dari satu DNA telah ditemui.  DNA boleh diperolehi melalui berbagai cara samada melalui peluh, rambut, air liur atau melalui bekas minuman.

Jangan lupa DS Anwar pernah bermalam satu malam di lokap.  Jangan lupa tuala good morning, air mineral dan berus giginya juga telah diambil selepas itu dari lokap.  DNA tentunya boleh diperolehi dari semua barangan tersebut.  

Keterangan setakat semalam oleh Peguam DS Anwar Ibrahim cukup meyakinkan.  Kerosakan sampel DNA yang disimpan di dalam almari bukan di tempat sejuk seperti yang sewajarnya sudah cukup untuk membuktikan sampel itu tidak terjamin lagi.  Tentu lebih terang lagi jika Pegawai Penyiasat Jude Priera dibenarkan hadir ke mahkamah sekali lagi untuk memberi keterangan lebih jelas tentang bagaimana beliau mengendalikan sampel DNA berkenaan.  Malangnya watak penting ini gagal dibawa masuk atas sebab yang amat menghairankan.

Hari ini mungkin akhir bagi Peguam Anwar memberikan keterangan.  Hari Sabtu dan Ahad adalah hari cuti.  Mungkin Hakim akan bentangkan semula keterangan kes dari kedua-dua pihak pada Hari Isnin (10/3/14) di sebelah pagi.  Keputusan diramalkan sebelah petang hari yang sama.  Seandainya kes tidak memihak kepada DS Anwar, peluang untuk menfailkan rayuan lagi terhad kerana kesuntukan masa waktu habis pejabat.  Besar kemungkinan DS Anwar masuk lokap dahulu sementara urusan Peguam melakukan apa tindakan selanjutnya.  

Jika DS Anwar dilokap pada Isnin (10/3/14), kita sedar pada pagi 11./3/14 adalah hari Penamaan Calon PRK Dun Kajang.  Biasanya jam 09.00 pagi bermula waktu penamaan calon.  Persoalannya sempat atau tidak Anwar mengemukakan borang pencalonan pada pagi tersebut?  Hari yang sama difahamkan Persidangan Parlimen dibuka dan sepatutnya Anwar akan membahas titah DYMM.  

Dengan siatuasi yang tidak menyedapkan hati kita, PR harus bersedia dengan plan alternatif yang lain agar Kerusi Dun Kajang mesti ditandingi juga oleh wakil dari PR.  Tentu Saifuddin Nasution dianggap releven untuk bersedia sekiranya apa-apa yang berlaku kepada Anwar.  

Harus diingat, kita berdepan dengan rejim jahat.  Mahu tidak mahu, kita mesti lawan dan tumpaskan mereka.  Aku tidak tahu jika masih ada yang sanggup membantu secara tidak langsung untuk memenangkan Bn.  Mungkin ada di antara rakan-rakan kita yang sanggup berbuat demikian hanya kerana emosi dan dendam, tetapi aku yakin semangat PR masih utuh kerana kezaliman Umno/Bn sudah sampai ke tahap paling bangsat dan keji sekali.  

Semoga tiada 'Abdullah Bin Ubai' yang menjadi jarum dalam lipatan atau musuh di dalam selimut kali ini.

Khamis, 6 Mac 2014

ISU PIL KUDA - JIKA PILIH MAHKAMAH PUN TIDAK TERJAWAB PERSOALAN PIL KUDA DAN KOMUNIS, ELOKLAH BERDAMAI

DENGAR khabarnya bekas calon PKR, Samsul dan ahli keluarganya telah bersetuju untuk tarik semula saman ke atas Tok Guru Hj Hadi.  Alhamdulillah, isu ini yang sejak awal cuba dileraikan oleh pimpinan akhirnya terlerai.

Sepertimana kata SUA PKR, Saifuddin Nasution dan juga Anwar, parti dari awal lagi cuba menasihati bekas calon PKR itu agar cuba selesaikan isu tersebut dengan baik, namun pada waktu itu Samsul dan keluarganya tetap mahu teruskan kerana ingin membersihkan namanya, itu pun setelah beliau menghantar surat mohon penjelasan dari Tok Guru Hj Hadi.

Memang benar, jika kita ikuti video ucapan Tok Guru, beliau sedikit pun tidak sebut nama sesiapa yang dimaksudkan dengan pil kuda dan Komunis itu, tetapi jelas ianya merujuk kepada beberapa kawasan yang ditandingi sesama PR.  Ertinya, dakwaan Tok Guru itu jelas ditujukan kepada calon PKR walaupun namanya tidak disebut. Di antara kawasan yg dirujuk oleh Tok Guru Hj Hadi itu termasuklah kawasan yang ditandingi oleh Samsul, selain dari kawasan Damansara dan Sg Acheh.  Maka, Samsul mahu bersihkan namanya maka beliau pilih untuk mohon penjelasan, tetapi penjelasan gagal diberikan dengan jelas siapa yang dimaksudkan oleh Tok Guru maka Samsul guna saluran mahkamah. 

Apakah benar Tok Guru menfitnah?  Tidak boleh kita kata begitu kerana belum terbukti Tok Guru menfitnah kerana tidak dibicarakan pun lagi.  PKR cuma boleh nasihat Samsul untuk selesaikan isu ini dengan baik tanpa libatkan mahkamah, tetapi PKR tiada hak paksa beliau untuk berbuat demikian kerana mustahil PKR boleh nafikan hak seseorang untuk membersihkan namanya.  Begitu juga, PAS tidak boleh paksa Tok Guru Hj Hadi mohon maaf kerana itu hak Tok Guru sebab dia yang buat dakwaan dan dia tentu ada bukti atau fakta yang kukuh untuk membuat kenyataan sedemikian.

Sekarang, dikhabarkan ada usaha untuk selesaikan di luar.  Apabila ada usaha yang baik seperti ini, terdengar pula bunyi-bunyi menuduh Samsul takut mahu ke mahkamah.  Ada suara mahu kes ini diteruskan agar boleh dibuktikan siapa yang bersalah, samada memang benar Samsul terlibat dengan pil kuda atau memang benar Tok Guru Hj Hadi hanya menfitnah.  Pada aku, ada baik dan buruknya jika diteruskan kes ini di mahkamah.

Jika diteruskan, baiknya adalah kita boleh tahu kebenarannya.  Katakanlah, memang benar Samsul terlibat di dalam pil kuda, maka parti wajib mengambil tindakan tegas pecat Samsul.  Parti tidak boleh terima ahli yang terlibat di dalam kes jenayah berat seperti ini apatah lagi untuk menjadi calon pilihanraya.  

Jika sebaliknya, Tok Guru gagal buktikan Samsul terlibat dengan Pil Kuda, tentulah imej Tok Guru tercalar amat teruk kerana mana mungkin Presiden PAS sebuah parti Islam boleh melakukan kerja fitnah?  

Tetapi kita harus ingat, asas di mahkamah nanti adalah benarkah Tok Guru tuduh Samsul telibat dengan pil kuda?  Jawapannya kita tahu, iaitu Tok Guru tak sebut pun nama Samsul.  Tetapi Samsul termasuk di dalam mereka yang dirujuk di dalam ucapan Tok Guru itu.  Ertinya, di dalam 3 atau 4 calon dari PKR yang bertanding sesama sendiri iaitu dengan calon PAS, ada yang terlibat dengan pil kuda dan komunis.  Adakah kesemua calon itu terlibat?  Jika maksud Tok Guru hanya satu atau dua kawasan saja, ertinya begitu sukar untuk kita pastikan tuduhan yang samar seperti ini.  Parti mahu bertindak pun tidak boleh kerana tidak diberitahu siapa yang terlibat.

Samsul mungkin tidak berjaya saman Tok Guru kerana Tok Guru tidak sebut namanya walaupun dia salah seorang dari yang dimaksudkan.  Sebagai contoh, Anwar menyatakan di dalam ucapannya ada Naib Presiden PAS yang menganut Syiah.  Agaknya marah tak PAS jika dikatakan begitu?  Naib Presiden PAS ada tiga, Salahuddin Ayub, Husam dan Us Tuan Ibrahim.  Maka, Husam pun saman Anwar.  Anwar tidak sebut nama Husam walaupun Husam berada sebagai salah satu dari yang disebut sebagai Naib Presiden.  Mungkin Salahuddin Ayob atau Us Tuan Ibrahim yang Syiah.  

Menang sukar mahu tentukan di dalam kesamaran begini.  Oleh itu, kaedah yang boleh kita setuju samada selesaikan di luar melalui perbincangan atau teruskan ke mahkamah walaupun mahkamah mungkin tidak boleh putuskan samada betul fitnah atau betul terlibat dengan pil kuda dan komunis itu.  Mungkin Mahkamah akan nyatakan, Tok Guru Hj Hadi tidak fitnah Samsul kerana nama Samsul tidak disebut.  Adakah kes akan selesai dengan baik?  Jawapannya tidak, sebab tuduhan masih berjalan selagi tuduhan tidak dijelaskan dengan tepat.

Aku rasa molek sungguh jika selesai di luar mahkamah kerana mahkamah pun tidak akan boleh nyatakan siapa dia pengamal pil kuda atau komunis.  Kebaikan selesai di luar mahkamah lebih banyak dari keburukannya.  Sesama adik beradik, eloklah berdamai.

Selasa, 4 Mac 2014

HASSAN JATI UMPAMA HANTU TIDAK BERTUAN

"BILA aku mimpi saja, kau datang.  Aku mimpi saja kau datang....." (Dialog Filem Labu-Labi).  Bila Pilihanraya saja kau muncul, bila pilihanraya saja, kau muncul.  Itulah dia Hassan Jati.  Sudah lama menjadi bisu semenjak Umno/Bn gagal perolehi 2/3 majoriti di dalam Parlimen bahkan hilang 7 Kerusi Parlimen kepada PR.

Kali ini Hassan Jati muncul lagi kerana ada PRK di Dun Kajang.  Beliau bertambah tercabar bila yang datang ke Kajang itu adalah Anwar.  Anwar musuh Nombor Wahid buat Hassan Jati, sebab itulah sewaktu keputusan Mahkamah Jalan Duta di dalam kes fitnah Liwat II terhadap Anwar dulu, semua pimpinan PR termasuk PAS bersetuju untuk hadir beri sokongan moral kepada Anwar, kecuali Hassan Jati.   Waktu itu beliau masih ahli PAS dan secara terbuka mengajak ahli-ahli PAS jangan sertai himpunan sokongan terhadap Anwar.  Alhamdulillah, tidak ramai yang yang termakan hasutan ejen Syaitan dikenali.

Hati siapa tidak sakit bila ramai yang menyokong Anwar waktu itu dan tidak memperdulikan nasihat beliau sebagai Pakar Motivasi?  Mereka yang hadir menyokong Anwar waktu itu bukan kerana batang tubuh Anwar tetapi mereka tahu kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar melampau batasan.  Kita juga beri sokongan kepada mangsa-mangsa kezaliman yang lain seperti Teoh Beng Hock, Kugan dan sebagainya.  Ertinya tiada istilah taksub pada Anwar pun.

Bila Anwar dirasakan melakukan perkara yang silap, bukan sedikit yang menegurnya.  Begitu juga jika Presiden PAS sendiri lakukan kesilapan ada yang menegur.  Itulah hebatnya kita di dalam PR.  Berbeza dengan Umno/Bn.  Hassan Jati berani tegur Najib?  Mahu tegur Rosmah pun tergagap-gagap Pakar Motivasi ini.  Silap-silap Rosmah yang 'Motibasi' kan dia.

Hassan Jati kata, undi untuk Anwar di Kajang sama dengan undi rosakkan akidah.  Ertikata lain, undilah calon MCA dari Bn walaupun terang-terang MCA itu pernah beri amaran pada Umno agar jangan buat Hudud.  Presiden MCA dulu, Chua Soi Lek pun beberapa kali hina hukum Islam.  Tapi bagi Hassan Jati, itu tiada masalah asalkan jangan sokong Anwar.  Ini lah wajah sebenar Hassan Jati yang di dalam hatinya terdapat seketul daging yang teramat busuk.  Memang wajar PAS buang insan sebusuk ini daripada disimpan kerana akhirnya nama PAS pun akan turut tercemar dengan kuman yang dibawa oleh Hassan Jati ini.

Umpama Hantu tidak bertuan.  Umno tidak ingin bela Hassan Jati.  PAS sudah buang.  Mahu masuk PERKASA pun dia tahu martabat dia akan jatuh jika berada bawah ketiak Ibrahim Alkataki.  Kalau jadi bos, mungkin dia teringin.  Mahu sertai TIBAI, lagi lah Hassan Jati merasa getik (geli) duduk bawah kelangkang "Mur Shit Am" nya iaitu Zahid Md Arip.  Mahu sertai PKR, alamak....malu beb!!!  Lagi pun PKR lebih rela bela anjing daripada bela Hassan Jati sebab anjing pun kalau dia gigit orang mesti ada sebab.  

Akhirnya jadi lah Hantu tidak bertuan.  Bila Hantu tiada tuan, bertambah jahat lah jadinya.  Ke hulu ke hilir cari mangsa.