RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 28 Januari 2012

KISAH PENGERUSI KUIL YANG BENGAP

Oleh:  WFAUZDIN NS

AKU ingatkan hanya masjid-masjid `milik Umno' saja yang gentar dengan DS Anwar Ibrahim.  Rupa-rupanya penyakit Umno ini sudah berjangkit kepada kuil pula.  Baru-baru sebuah kuil di Sungai Petani Kedah, Pengerusi Pengurusan Kuil itu sanggup membuat laporan Polis bagi menghalang DS Anwar bertemu dengan masyarakat Hindu di kuil berkenaan.  Baca di SINI.

DS Anwar dijangka melawat kuil berkenaan pada 07 Feb ini nanti sempena Perayaan Thaipusam.  Pengerusi Pengurusan Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam, Sungai Petani, Kedah, S. Dorai Singam mendakwa kehadiran Ketua Pembangkang itu bakal menimbulkan huru-hara.  Aku tidak tahu mengapa begitu bengapnya pemikiran seorang Pengerusi.  Semenjak bila kehadiran DS Anwar boleh menyebabkan huru-hara?  Setahu kita yang huru-hara itu adalah Umno kerana bimbang dengan pengaruh beliau.

Sudah tentu Pengerusi Kuil berkenaan berubah fikiran sekiranya yang hadir itu adalah Najib kerana Najib hadir akan membawa bersama `buah tangan' dan taburan duit.  Mentaliti kebendaan seperti ini amat memalukan dan mencemar imej kuil sebagai tempat ibadat mereka.  

Hakikatnya, mereka paling bimbang dengan kehadiran DS Anwar akan dapat mempengaruhi masyarakat kaum India yang kini sudah mula meluat dengan perangai Umno, apatah lagi baru-baru ini berlaku tragedi perkauman di Jalan Kebun./wfauzdin.blogspot.com

FOTO - HEBAT SANGATKAH UMNO DI JALAN KEBUN? PROGRAM MALAM TADI MEMBUKTIKAN MEMANG UMNO HEBAT !!

Oleh: WFAUZDIN NS 

MALAM tadi di Jalan Kebun, ramai yang menjangkakan sesuatu yang `panas' akan berlaku.  Maklumlah baru beberapa hari di kawasan itu telah diadakan Pelancaran ABU (Asalkan Bukan Umno) yang mana puak-puak bacul yang gentar Umno berkubur datang mengganggu program tersebut.

Maka, berlakulah apa yang tidak sepatutnya berlaku pada malam yang menampilkan Chegu Bard, Mat Sabu, pemimpin Hindraf dan beberapa NGO lain yang begitu jijik dengan Umno.  Apakah mereka ingat kita takut?  Mereka silap besar kerana kumpulan ABU tidak pernah kenal erti takut sepertimana Najib takut dengan debat. 

Maka, malam tadi diadakan program ceramah di kawasan yang sama tetapi kali ini kita hanya menampilkan tokoh wanita sahaja untuk melihat sejauh mana hebatnya pencacai-pencacai di situ.  YB Nurul Izzah sudah memadai untuk berdepan dengan pencacai-pencacai di kawasan itu.  Kali ini mereka tidak tampil seperti malam yang sudah.  Mereka tahu mereka akan `lunyai' dikerjakan sekiranya mereka biadab kali ini.

Puak pencacai pun merancang mengadakan program ceramah yang sama dan jarak lokasi ceramah mereka dengan ceramah anjuran kita lebih kurang 150 meter sahaja.  Aku pun tidak tahu mengapa permit dibenarkan di dalam keadaan jarak sedemikian.  Katanya, Jalan Kebun mereka mempunyai solid penyokong parti Melayu yang semakin layu itu.  Benarkah?

Lihat foto di bawah dan bandingkan sambutan orang ramai terhadap kedua-dua program yang diadakan serentak malam tadi;  Maka, sewajarnyalah puak pencacai yang bacul ini amat takut dengan Program ABU.

Ini ceramah UMNO.....

macam tempat zombi kampung pisang lak...

kerusi setia mendengar ceramah umno

ini lah jumlah yang ada setelah siap dicampurkan dengan kuncu-kuncu panglima buntal
 
Di bawah ini Ceramah Pakatan Rakyat. Ini baru YB Nurul Izzah sahaja yang tampil.....






keadaandi belah luar di setiap tingkap yang ada..

peniaga pun dapat mencari rezeki


melimpah keluar





Terima kasih kepada Blog Liang Lahad.Blogspot di atas ihsan foto-foto di atas./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 27 Januari 2012

HASSAN AKIDAH DAN TUAN GURU HJ HADI BERPAKAT JATUHKAN MB SELANGOR?

Oleh:  WFAUZDIN NS

KELAKAR gila.  Itulah yang boleh aku cakap apabila membaca tulisan di Umno-Reform2 di SINI.  Di sana ditulis bahawa ada pakatan dahulunya di antara Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi dengan Dr Hassan Ali untuk menjatuhkan MB Selangor, Tan Sri Khalid dan seterusnya PAS akan menjadi MB Selangor.
Sinonim dengan gelaran "Hassan Akidah"

Aku petik sedikit tulisan tersebut, " Beberapa nama yang terlibat dalam membocorkan dokumen itu disebut dan antaranya adalah SU Akhbar Presiden PAS dan SU Politik Presiden PAS – agar MB Khalid terpalit dengan dakwaan rasuah di keluarkan oleh PAS sendiri. PAS di bawah Hasan Ali – berusaha untuk menumbangkan MB dan menunjukkan kepada PR bahawa MB Selangor Khalid Ibrahim sudah hilang kepercayaan dan PAS sepatutnya menerajui Selangor" (Umno-Reform2).
 
Tuan Guru Hj Hadi - Presiden PAS
 
Apabila kita membaca keseluruhan artikel tersebut, kita seolah-olah dibawa ke dalam satu dunia bacaan humor yang kadangkala tidak lojik tetapi menarik untuk menjadi bahan ketawa.  Lojikkah jika berjaya sekalipun usaha untuk menyeret MB Selangor sebagai perasuah, maka PAS akan menjadi MB Selangor?  Jika terbukti Tan Sri Khalid melakukan rasuah, sudah tentu calon lain dari PKR akan menjadi MB Selangor, bukannya PAS kerana kedudukan kerusi di dalam Dun Selangor masih dikuasai oleh PKR, belum lagi dicampor dengan kerusi DAP.  
 
"Lurus bendul" dan ketelusan Tan Sri Khalid mendatangkan cemburu musuh-musuhnya
 
Aku bukan mengatakan PAS tidak layak jadi MB Selangor, namun realitinya adalah sekiranya bukan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor, mungkin tokoh lain dari PKR tetap akan menjadi MB Selangor.  Justeru itu, tulisan dari artikel berkenaan tidak masuk akal langsung dan hanya ditulis untuk menunjukkan Tuan Guru Hj Hadi adalah puak Dr Hassan Ali.  Jika benar begitu, mengapa Presiden PAS tidak merasai apa-apa apabila Dr Hassan Ali dipecat dari PAS?  

Rengkasnya, tulisan berkenaan bertujuan untuk memerangkap kita agar saling curiga mencurigai sesama PR, terutamanya PAS dan PKR.  PAS memang layak menjadi MB mana-mana negeri sekalipun hatta menjadi PM kerana sejarah menunjukkan bahawa pemimpin PAS tidak banyak kerenah atau kontroversi.  Selangor bertuah kerana Dr Hassan Ali sudah terpelanting dari PAS.  Bayangkan jika beliau masih berada di dalam PAS dan ditakdirkan Selangor diperintah oleh PAS dan Dr Hassan Ali pula menjadi MB Selangor, aku berani jamin bahawa Umno akan berpesta di Selangor./wfauzdin.blogspot.com

Berita Baik - Himpunan Bloggers dan Face Booker Pahang yang progresif!

Himpunan Penulis-Penulis Blogger dan Face Booker Pahang yang progresif! 
 
Tuan Hj Suhaimi - Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal/Ketua Cabang K.Krau/Blogger Lubok Kawah.Blogspot

Saya menawarkan diri menjadi Tuan Rumah kepada Perjumpaan para Bloggers dan FaceBookers yang progresif dari Negeri Pahang di Kuala Krau.

Perjumpaan ini bukan sahaja bertujuan untuk saling kenal berkenalan diantara satu sama lain, tetapi juga untuk menerima amanah bagi mengenengahkan perjuangan rakyat.

Bagaimana para bloggers dan facebookers di Negeri Pahang ini boleh memainkan peranan positif didalam perjuangan rakyat.

Di Negeri Pahang ini terdapat ratusan bloggers dan facebookers yang progresif, yang secara sendiri-sendirian berjuang untuk kepentingan rakyat.

Mereka terdiri daripada bloggers dan facebookers daripada pelbagai kaum, dan mereka akan mengenali antara satu samalain. Mereka akan menjadi lebih yakin dan seronok kerana ramai dari facebookers ini menggunakan nama-nama samaran, dan didalam Himpunan Bloggers dan Facebookers yang progresif dari Negeri Pahang nanti kita akan bariskan mereka dari semua Daerah, Lipis, Cameron Highlands, Raub, Bentong, Jerantut, Paya Besar, Maran, Temerloh, Kuantan, Indera Mahkota, Pekan, Bera, Rompin, Kuala Krau dan dari Daerah-Daerah/Kawasan Parlimen ini akan hadir bloggers dan facebookers dari kampong-kampong dan dari kalangan Orang Asal.

Dari perkampongan Penderas, Sg Mai dan Kg Mendoi akan hadir Sdr Shafei Deris, Sdr Daud Busu, dan Sdr Yusri Ahon yang sentiasa membimbing perjuangan Orang Asal menggunakan facebook masing-masing.

Dari rancangan-rancangan Felda di Gugusan Mempaga, Koyan, Jengka, Bera, Keratong dan Paya Besar akan hadir mereka yang berterusan memperjuangkan hak Peneroka Felda.

Dari pimpinan Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP akan hadir bersama pengalaman masing-masing.

Saya berhajat melantik rakan-rakan dari semua komuniti dari semua Daerah dan dari semua kaum untuk menjadi Penyelaras kepada Himpunan ini agar Perjumpaan ini mendapat success.

Insya Allah, kita boleh juga bersantai dengan makanan tradisi Temerloh iaitu masakan Ikan Patin Masak Tempoyak yang akan dimasak oleh Kak Hendon yang juga seorang facebooker.

Sila hubungi saya di talian 019 9882115 atau melalui emel: Lksuhaimi@gmail.com dan saya juga adalah blogger lubokkawah.blogspot.com dan facebook saya adalah diatas nama Suhaimi Bin Said dan Haji Suhaimi, manakala Twitter saya menggunakan lksuhaimi./
 
-----------------------------------------------------------

Oleh:  WFAUZDIN NS

SAYA amat menyokong penuh cadangan Tuan Hj Suhaimi Said.  Dimaklumkan bahawa perjumpaan tersebut dicadangkan pada 24 Feb ini nanti sempena Program Ceramah YB Azmin Ali di K.Krau. 
 
Sehubungan itu, kepada semua rakan-rakan Bloggers/Facebookers, mohon majukan nama anda dan blog/facebook anda terus kepada Tuan Hj Suhaimi untuk dikordinasikan.  Jangan lepaskan peluang Ikan Patin masak tempoyak!! 

BLOGGER UMPORNO CABAR ANWAR DEBAT ISU MORAL DENGAN NAJIB

Oleh:  WFAUZDIN NS

AKU terbaca satu blog pro Umno yang aku malas mahu letak link kat sini sebab aku takut ramai belia kita akan menjadi rosak akhlak apabila membaca blog fitnah dan lucah.  Blog tersebut menyarankan agar Anwar dan Najib berdebat di dalam isu `moral', bukannya di dalam isu dasar atau ekonomi negara.

Memang puak-puak tu amat suka kepada cerita-cerita seks dan lucah sebab itu muka-muka mereka lah yang selalu hadir ceramah Umi Hafilda yang pastinya boleh membuatkan mereka `resah, panas dan ghairah' mendengar cerita lucah dari betina tua yang bujang itu.  Maka, tidak hairanlah mereka tidak peduli soal dasar atau ekonomi negara, yang mereka mahu dengar adalah cerita lucah.  Sebab itu, mereka mencadangkan agar debat Anwar dan Najib mesti menjurus ke arah itu. 

Sebenarnya, mereka ketinggalan bas.  Awal-awal lagi Anwar sudah bersedia untuk berdebat dengan Najib atas tajuk apa sekalipun hatta soal moral.  Anwar menyebut sedemikian sewaktu Najib pernah berkata sekiranya beliau berdebat dengan Anwar, Ketua Pembangkang ini pasti demam.  Anwar telah menjawab bahawa beliau tidak kisah jika demam sekali pun asalkan Najib menjadi `jantan' bukan `betina' yang hanya pandai menyalak di depan media sahaja.  Anwar berulangkali menyebut beliau lebih suka berdebat soal negara dan kebaikan rakyat, tetapi jika Najib mahu berdebat di dalam isu moral sekali pun beliau bersedia menerimanya. 

Oleh yang demikian, Blogger pencacai Umno ini tidak perlulah menampakkan kebodohannya dengan membuat cabaran yang pasti akan menyusahkan bos mereka sendiri iaitu Najib.  Anwar telah lama mencabar Najib sebelum Blogger bengap ini membuat cabaran.  Sekarang, Blogger bengap dan lembab ini harus memulakan tindakan mendesak agar Najib bertukar menjadi `jantan sejati' untuk menyahut cabaran Anwar berdebat samada di dalam isu ekonomi mahu pun isu moral.  Beranikah Najib?  Jika Najib berani, esok aku mohon borang Umno !!/wfauzdin.blogspot.com

ISU KUIN - US AZIZAN PERLU FOKUS DAN LEBIH PEKA

Oleh:  WFAUZDIN NS

MB KEDAH, Us Azizan Razak terbukti seorang MB yang berupaya memerintah negeri Kedah jauh lebih baik dari MB sebelum ini.  Itu fakta yang tiada sesiapa pun boleh pertikaikan, malahan turut diakui oleh Jabatan Audit Negara.

Justeru itu, rakyat mahukan agar Us Azizan terus mengekalkan tahap kecemerlangannya itu sehingga menjelang PRU akan datang tanpa melakukan sebarang kesilapan besar yang boleh menghampakan rakyat.  Beliau bukan Maksum, justeru itu beliau adalah layak untuk menerima pandangan dari sesiapa pun demi untuk membantunya mempertahankan kecemerlangannya.

Di dalam isu KUIN di mana terdapatnya pelajar-pelajar yang dikenakan tindakan atas undang-undang zalim iaitu AUKU, sedikit sebanyak memerlukan kebijaksanaan beliau selaku MB Kedah di mana KUIN adalah di bawah Kerajaan Negeri, manakala AUKU di bawah Kerajaan Pusat.  Ertinya, Kerajaan Pusat lebih berkuasa di dalam isu ini.  Namun demikian, adakah kerana itu maka MB Kedah `terpaksa' bersetuju dengan AUKU?

Saya tertarik dengan tulisan MSO (Mohd Sayuti Omar) di dalam Harakahdaily, yang memberikan contoh seperti berikut, " Contohnya begini, kita tidak suka dengan tol yang dikenakan oleh pihak menguruskan lebuh raya sekarang ini kerana ia membebankan. Malahan kita berjanji untuk menghapuskannya kalau kita memerintah. Tetapi selagi kita belum memerintah, lebuh raya itu tetap terikat dengan perjanjian kerajaan, kita wajib membayarnya. Tidak membayar bermakna kita melakukan kesalahan yang boleh dikenakan tindakan (HarakahDaily).
 
Contoh yang diberikan oleh MSO di atas mengelirukan kita.  Apakah selama ini kita membayar tol di Lebuhraya dengan keadaan `terpaksa', maka lidah kita pun turut berkata bahawa "Kita menyokong kutipan Tol di Lebuhraya?"  Sudah tentu tidak.  Kita tidak akan berkata begitu kerana kita tidak bersetuju dengan tol ini, namun tangan kita `terpaksa' juga membayar tol tersebut.  Berbeza dengan isu di KUIN.  Sekiranya MB Kedah memang betul-betul tidak bersetuju dengan AUKU, walaupun KUIN `terpaksa' mematuhi AUKU yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat ini, perlukah MB Kedah berkata beliau menyokong tindakan ke atas pelajar-pelajar berkenaan?

Ini persoalannya.  Mengapa perlu menyokong tindakan ke atas pelajar-pelajar berkenaan walaupun dengan berbagai alasan sedangkan diketahui mereka itu diambil tindakan di bawah AUKU?  Kita sedar bahawa terdapat tangan-tangan ghaib di belakang pelajar-pelajar berkenaan untuk menimbulkan masalah atau isu, tetapi kita harus fokus kepada dasar kita bahawa AUKU TIDAK BOLEH disokong atas apa jua tujuannya.  
 
Justeru itu, apakah tindakan yang boleh Us Azizan lakukan?  Beliau wajar menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kedah MEMBANTAH AUKU yang dikenakan terhadap para pelajar berkenaan.  Sukar sangatkah untuk berkata sedemikian?  Selepas itu, kita tunggu apa jua keputusan pihak KUIN dan yang pasti Kerajaan Negeri Kedah terutamanya MB Kedah tidak tercemar dengan isu ini.  Amat malang sekali, isu semudah ini akan mencemarkan nama baik Kerajaan Negeri khususnya dan PR, amnya./wfauzdin.blogspot.com

28 JAN - MAJLIS KESYUKURAN PEMBEBASAN ANWAR DAN CERAMAH NURUL IZZAH DI JENDERAK UTARA

Ceramah Pakatan Rakyat di Felda Jenderak Utara 

 






CERAMAH PAKATAN RAKYAT OLEH YB NURUL IZZAH ANWAR, DATO FAUZI ABDUL RAHMAN, USTAZ SHAHRIL AZMAN AL-HAFIZ, REBIN BIRHAM, HAJI SUHAIMI SAID, MAN KADIR @ PAK JABIT DI MARKAZ PAS FELDA JENDERAK UTARA, KUALA KRAU, PAHANG. SILA HADIR BERAMAI-RAMAI./Lubok Kawah

Khamis, 26 Januari 2012

BERAHIM KATAKI BARU DISAKAT OLEH WANITA SUDAH MEROYAN

Oleh:  WFAUZDIN NS

BARU Faekah Husin sakat sikit, Berahim Kataki sudah meroyan. Faekah sebut, jawatan Exco Agama yang dipegang oleh Tan Sri Khalid, MB Selangor itu diperkenankan oleh Sultan Selangor malahan ada yang menyebut mungkin Sultan Selangor yang mencadangkan agar MB Selangor memegang portfolio tersebut.  Maka, Berahim Kataki melalak melolong tidak berkenan dengan hal tersebut, bak kata Faekah samalah seperti Berahim Kataki tidak berkenan dengan Sultan.

Maka, disakat sikit oleh Faekah orang tua dari Pasir Mas ini bahawa elok benarlah raja katak ini tidak `melompat' atau memasuki Selangor.  Bukankah Berahim Kataki juga pernah `halau' orang lain sebelum ini?  Apa yang Berahim Kataki tidak pernah sebut?  Sampai beliau pernah menghalau kaum lain balik ke negara asal usul mereka.  Jadi, Berahim Kataki tidak perlu meroyan bila kena atas batang hidung sendiri.

Mat Sabu juga pernah diugut agar tidak menjejakkan kaki ke Negeri Sembilan kononnya Mat Sabu sokong Komunis.  Ada Mat Sabu meroyan?  Malahan selang beberapa hari selepas diugut, Mat Sabu tampil di bumi adat perpatih itu.  Apa nak hairan?  Peguam Sivarasa dan beberapa pemimpin pertubuhan tertentu juga pernah dilarang memasuki Sarawak.  Faekah cuma menyakat Berahim Kataki kerana ingin mengetahui sejauh mana Berahim Kataki akan melatah.  Rupa-rupanya Berahim Kataki macam orang bodoh dan bengap.

Sebab itulah, jangan suka menghalau orang sesuka hati.  Bila kena atas batang hidung sendiri baru tahu.  Sekarang jelas, Faekah seorang wanita berjaya membuatkan Berahim kataki menjadi seperti budak-budak bodoh./wfauzdin.blogspot.com

BLOGGER BALIK KAMPUNG DI PENTAS CERAMAH

PADA 24hb Jan baru-baru ini, kat kampung aku di Kg Simpang Durian, Jelebu, N.Sembilan telah diadakan ceramah umum bersama Chegu Bard, Aiman Athirah dan Sdr Abd Rahman (Timb. P/Jaya PAS II N.Sembilan). 

Aku pun turut berada di pentas ceramah kerana teruja dengan kebangkitan anak Jelebu, khususnya di Spg Durian yang berazam untuk menguburkan Umno/Bn.  Iltizam, Rais Yatim mesti dikuburkan agar beliau merasai menyesal seumur hidup akibat telah membina semula jambatan yang dahulunya beliau bakar bersama Umno.


Jelebu, Ahli Parlimennya Rais Yatim selaku Menteri Komunikasi.  Bayangkan telah bertahun di Jelebu tiada pengangkutan awam.  Tiada bas di Jelebu, melainkan menghubungkan Seremban dengan K.Klawang iaitu tempat Rais Yatim.  Di tempat lain, terputus hubungan walaupun memiliki Menteri Komunikasi sebagai Wakil Rakyat.  Jika anda menaiki kereta dari Spg Pertang menuju ke kampung aku, sekiranya anda tidak muntah sepanjang perjalanan anda dianggap hebat.  Begitulah hebatnya jalanraya ke kampung aku.  Jika anda mengharapkan perkhidmatan terbaik di dalam komunikasi, anda tidak boleh mendapatkannya di Jelebu.  Jangan ingat, MP Jelebu Menteri Komunikasi, maka di kawasan ini mempunyai perkhidmatan komunikasi yang terbaik. 

Tiada jalan lain untuk mengubah semua ini, kecuali Umno/Bn wajib ditumbangkan di Jelebu dan N.Sembilan wajib diperintah oleh PR.  Program penerangan di Jelebu terutamanya di kampung aku akan diteruskan...

Selasa, 24 Januari 2012

PANAS !! - CERAMAH CHEGU BARD DI JELEBU MALAM INI (24 JAN )

Oleh:  WFAUZDIN NS

JIKA baru-baru ini aku dijemput untuk berceramah di atas kapasiti KOBAT (Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit) PKR Pahang di Jenderak, Pahang, kali ini tugas aku agak berbeza sedikit.  Paling menyeronokkan, aku ditugaskan di kampung aku sendiri iaitu di Kampung Simpang Durian, Jelebu, N. Sembilan.


 
Malam nanti (Selasa - 24 Jan 12), aku ditugaskan sebagai Pengerusi Program Ceramah Umum di Kg Simpang Durian, Jelebu, N. Sembilan.  Penceramah malam nanti adalah Us Abdul Rahman Ramli (P/Jaya PAS II N. Sembilan), Pn Aiman Athirah Aljundi (Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat) dan tokoh hebat, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia - SAMM iaitu Sdr Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard.

Orang ramai dijemput hadir dan mohon hebahkan.

Isnin, 23 Januari 2012

ISU LEMBU KONDO - NFC JEMPUT NGO, MENGAPA RAFIZI DAN JINGGA 13 TIDAK DIJEMPUT?

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA laki Shahrizat pun panggil beberapa NGO termasuk PERKASA untuk NFC berikan taklimat tentang syarikatnya yang dikatakan menyeleweng.  Berbagai alasan diberikan oleh laki Shahrizat untuk menunjukkan NFC itu bersih sebersihnya dan tiada satu sen pun wang rakyat disalahgunakan.

Seperti dijangka, puak-puak lembu pun bersetuju bahawa NFC memang bersih.  Kononnya rahsia NFC terdedah akibat orang dalam yang dedahkan kepada Rafizi, Pengarah Strategik PKR.  Soalnya, siapa dedah tak penting.  Tidak penting juga mengapa ianya didedahkan.  Apa yang penting, betulkah RM250 juta wang peruntukan dilesapkan secara tidak sah?  Mengapa Ketua Audit Negara tegur?  Benarkah ada pembelian kondo, tanah, mercedez dan hotel menggunakan peruntukan secara tidak sah?

Lebih penting adakah laki Shahrizat berani membuat laporan Polis terhadap pendedahan dari orang dalam tersebut?  Pelik juga, mengapa beberapa NGO dijemput itu tiada dijemput sekali Rafizi atau Jingga 13?  Bukankah mereka ini yang rancak memanaskan isu NFC?  Mengapa jemput beberapa NGO yang sememangnya suka menjadi `burung Belatuk?'. 

Rakyat tidak bodoh untuk menilai seperti Ibrahim Ali buat penilaian./wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 22 Januari 2012

PERISTIWA DI SHAH ALAM MALAM TADI - UNDI KAUM INDIA AKAN KEMBALI KE PAKATAN RAKYAT

Oleh:  WFAUZDIN NS

MALAM tadi diberitakan berlaku pergaduhan berunsurkan perkauman apabila puak-puak haramjadah yang gentar dengan kempen ABU (Asal Bukan Umno) merusuh di dalam program Ceramah Umum ABU bertempat di Dewan MBSA, Seksyen 30, Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor.

Puak-puak bangsat dan bacul ini berlagak bagai samseng memasuki Dewan di mana beberapa pimpinan PR dijadualkan berucap.  Program tersebut dihadiri oleh Mat Sabu, Chegu Bard, Peguam Harris dan pimpinan mewakili Hindraf.  Jelas, puak haramjadah ini ingin mencetuskan pergaduhan kaum dengan mengugut dan memukul beberapa orang dari kaum India yang turut hadir. 

Betapa bangsatnya mereka berpolitik sehinggakan seperti orang tidak bertamaddun lagaknya.  Mereka kekeringan hujah untuk berdepan dengan PR sehinggakan begitu takut dengan Kempen ABU.  Ternyata ini suatu bukti bahawa Kempen ABU amat berkesan dan mula meresahkan Umno menjelang PRU akan datang.  Mungkinkah tercetusnya peristiwa malam tadi, undi kaum India kembali membara menyokong PR kerana jelas puak haramjadah itu anti kaum India?  Apa gunanya lagi kaum India menyokong mereka sekarang?
 
Di mana suara pemimpin MIC?  Usah ditanya suara pemimpin Umno kerana semua tahu Umno tetap akan mempertahankan ketuanan Melayunya yang punah ranah sekarang.  Hanya PR sahaja yang boleh selamatkan Melayu dan Islam, bahkan semua kaum di negara ini.  Umno tidak mampu dan ini dapat dibuktikan dengan peristiwa malam tadi.  Terdesaknya mereka untuk merampas Selangor terserlah malam tadi di mana mereka mengunakan cara kekerasan untuk menghadapi PR.

Justeru itu, peringatan buat semua bahawa sekiranya kita mahu menganjurkan program, pihak penganjur mesti telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.  Tanamkan prinsip "Lembut lawan lembut, keras lawan keras".  Dengan manusia tidak bertamaddun ini, tiada guna lagi kita bersabar.  Seandainya pihak keselamatan gagal melaksanakan tugas, maka kita perlu membantu mereka./wfauzdin.blogspot.com

Di bawah ini, saya sertakan sedikit catatan dari Blog Chegu Bard tentang peristiwa malam tadi;
 
-----------------------------------------------------------------------

 
Pada 21 Januari 2012 jam 9.00 mlm telah disusun program Ceramah Umum ABU yang menampilkan Hj. Mohd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Peguam Haris Ibrahim (SABM), cheGuBard (SAMM) dan Sambulinggam (Hindraf) di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun,Shah Alam.

Kira - kira 8.45 malam, orang ramai memasuki dewan, kebetulan dengan waktu Isya yang lewat maka kehadiran awal ialah majoriti bukan Islam. Kira - kira 9.00 mlm semua penceramah sampai dan mula duduk diatas pentas. Serentak dengan itu datang kira - kira 20 orang pemuda menjerit perbagai cacian dan makian yang dilihat secara sengaja ditujukan kepada hadirin India. Malah ada yang membawa masuk motorsikal ke dalam dewan. Mereka bersenjatakan topi keledar dan kayu terus memukul beberapa tetamu yang hadir. Peralatan P.A dan projektor juga ada dirosakkan. Beberapa orang cedera, namun mereka tidak mahu ke hospital kecuali seorang pemuda berbangsa India terpaksa dikejarkan ke hospital kerana hampir pengsan dipukul.

Di luar dewan pula sebahagian dari kumpulan ini dengan senjata telah mengugut dengan menjerit kepada peniaga yang datang berniaga kerana program tersebut agar menutup perniagaan. Ada gerai yang menjual makanan ringan mengalamai kerugian apabila gerainya disepak dan barang makanan yang dijualnya berterabur di tanah.

Petugas dengan beberapa hadirin yang kebutulan ada yang baru datang berjaya menenangkan keadaan. Kumpulan pemuda - pemuda tersebut berundur ke seberang jalan mengadap dewan. Ketika kira kira 4-5 orang ganggota polis datang, jumlahnya mereka bertambah ramai begitu juga penyokong dan hadirin yang ingin hadir bersama ceramah ABU. Keadaan mula tegang, polis dilihat tidak mampu berbuat apa-apa.

Kira - kira jam 10.00 mlm penganjur memutuskan untuk menangguhkan program tersebut kerana bimbang soal keselamatan dan mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

Jelas serangan tersebut ditujukan kepada hadirin bukan Melayu khususnya India, dalam taklimat sebelum bersurai cheGuBard meminta agar kawan - kawan Melayu agar dapat memastikan kawan-kawan berbangsa India dapat di iring ke kenderaan dan selamat keluar dari kawasan kerana di keliling dewan pemuda - pemuda ada yang bersenjata bertambah ramai menjerit jerit ugutan perkauman.

Ada orang tempatan yang mengenai penyerang tersebut dengan orang kuat Umno, malah dari pakaian (ada berlogo Umno), aksi dan jeritan mereka yang menghalau orang India keluar kerana ini kawasan Melayu kubu Umno jelas menunjukkan serangan tersebut harus dipertanggungjawabkan kepada Umno. Mereka sedang mencipta pergaduhan kaum, mujur yang hadir tenang dan bertindak bijak.

Kejadian malam tadi membuktikan sikap sebenar Umno dan hipokrasi kempen 1 Malaysia. Adakah orang India sudah tidak selamat berada dikawasan ramai penyokong Umno ? satu lagi paku telah diketuk untuk menyiapkan keranda Umno menjelang PRU akan datang.

Umno harus dipertanggungjawabkan dalam kejadian serangan fizikal, ganas dan bersifat perkauman ini. PDRM dituntut bertindak profesional gambar rakaman semua tersedia dan diserahkan bersama dengan laporan yang dibuat penganjur.

Kejadian ini sama sekali tidak melemahkan. Malah semua rakyat dijemput untuk hadir ke


Pelancaran ABU Negeri Sembilan
28 Januari 2012, 9.00 malam
Taman Seremban Selatan.


Sekian


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
22 Jan 2012