RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 25 Ogos 2012

TERKINI - CHEGU BARD BAKAL BERTANDING DI P.PINANG?

Oleh:  WFAUZDIN NS

BARU-BARU ini aku sempat bersembang dengan beberapa orang budak SAMM sempena kunjungan berhari raya.  Sudah tentu kami banyak bercerita tentang isu-isu politik semasa khususnya berkaitan aktiviti SAMM itu sendiri.

Di dalam perbualan kami, aku cuba bertanyakan pendapat dia orang tentang Chegu Bard, Penyelaras SAMM.  Di mana agaknya tokoh muda yang hebat ini bakal bertanding di dalam PRU akan datang?  Aku sendiri merasakan tentulah Chegu Bard akan bertanding semula di Parlimen Rembau, apatah lagi orang-orang Rembau kini memang mahukan Chegu Bard bertanding di situ.  Sebenarnya kerusi Parlimen Rembau dikatakan asalnya adalah Kerusi untuk PAS tetapi pada PRU 12 yang lalu Chegu Bard menawarkan diri untuk bertanding menentang Ketua Pemuda Umno KJ di situ.  PAS sudi meminjamkan kerusi tersebut untuk beri laluan kepada Chegu Bard.  Keputusan PRU 12 di Parlimen Rembau, pada awalnya berpihak kepada Chegu Bard tetapi seperti biasa undi subsidi tiba dan beliau tewas tipis kepada KJ.  

Kali ini, di mana pula Chegu Bard akan bertanding?  Jika ikutkan pilihan Chegu Bard, aku yakin beliau pasti memilih untuk bertanding semula di situ memandangkan rakyat di Rembau amat senang dengan tokoh muda ini.  Apatah lagi beliau adalah Ketua Cabang KEADILAN Rembau.  Orang-orang PAS di Rembau juga amat senang dengan beliau sehinggakan diberitahu sekiranya bukan Chegu Bard yang bertanding di Rembau, PAS akan letakkan calon partinya di situ.

"Ada berita menarik", kata rakanku budak SAMM tersebut.  Kali ini PAS akan mengambil semula kerusi Parlimen Rembau.  "Habis tu, ke mana mahu diletakkan Chegu Bard?" tanyaku.  Member aku tersenyum, dengan bangganya dia menyebut, " Kali ini Chegu Bard, InsyaAllah, akan masuk ke Parlimen".  

Semua tahu hubungan Chegu Bard dengan DS Anwar dan hampir seluruh kepimpinan tertinggi KEADILAN sekarang amat baik walaupun pada suatu ketika beliau dikatakan suka berperang dengan kepimpinan parti.  Sikap Chegu Bard yang tidak hipokrit dan tidak suka mengampu-ngampu pimpinan dan prinsipnya yang berpegang teguh kepada prinsip dan disiplin parti itulah yang menyebabkan beliau sering mengkritik kepimpinan.  Rupa-rupanya sikap beliau ini lah yang menyebabkan kepimpinan merasakan Chegu Bard adalah aset penting kepada parti.  Kepimpinan beliau di dalam SAMM amat berjaya dan berpengaruh.  Pada waktu tertentu beliau lantang mengkritik kepimpinan parti termasuk DS Anwar sendiri, tetapi apabila pihak musuh menyerang DS Anwar dan parti, Chegu Bard tampil mempertahankannya.  

" Di mana Chegu Bard akan bertanding? Soal aku kepada temanku itu.  " Di negeri sebelah Utara," Jawabnya rengkas.  Aku termenung sekejap.  Tetapi apabila aku ingat balik, ada lojiknya kata-kata temanku itu.  Sebulan dua ini kita sering menyaksikan banyak aktiviti Chegu Bard dan aktiviti SAMM tertumpu di sebelah Utara.  

Aku cuba meneka sendiri di negeri dan kawasan manakah Chegu Bard akan bertanding jika negeri sebelah Utara ditawarkan kepada beliau.  Kedah tidak mungkin.  Perlis jauh sekali.  Hanya satu iaitu di P.Pinang.  Ya, Chegu Bard kerap berkunjung ke sana sekarang.  Malahan dimaklumkan Himpunan SAMM peringkat Kebangsaan akan diadakan di Penang.  Tetapi di kawasan mana Chegu Bard akan bertanding? Walaupun temanku cuba untuk merahsiakan kawasan di mana Chegu Bard bertanding, aku dapat merasakan bahawa Chegu Bard tidak akan merampas kerusi rakan-rakan sendiri di dalam PR.  Jika itulah keadaannya, maka Chegu Bard pasti akan diletakkan di Parlimen Nibong Tebal.  Kerusi itu kini disandang oleh bekas MP KEADILAN yang kini menyertai Parti KITA iaitu YB Tan Tee Beng.

Amat tepat sekali jika benar beliau diletakkan di situ.  Chegu Bard bukan asing di negeri Utara kerana isteri beliau pun jika tidak salah aku adalah anak orang Utara, iaitu di P.Pinang itu sendiri.  

Mungkin ada yang bertanya mengapa selaku Ketua Cabang KEADILAN di Rembau beliau mesti dibawa ke negeri lain?  Jawapannya bagi aku, di Negeri Sembilan hubungan beliau dengan kepimpinan negeri dikatakan agak dingin.  Keduanya, kerusi Parlimen Rembau eloklah diserahkan semula kepada PAS.  Ketiganya, mungkin parti mahu melihat tokoh muda ini berada di saf hadapan pejuang PR bersama-sama Sdr Rafizi, Fariz Musa, Mat Sabu dan ramai lagi tokoh muda yang lantang.  Tentunya Parlimen selepas PRU akan datang akan lebih panas lagi berganding dengan YB Nurul Izzah samada ketika itu PR menjadi Kerajaan atau tidak.

Apa pun, kita mengharapkan Chegu Bard akan diberi kemenangan walau di mana beliau bertanding kerana pejuang yang tidak mengharapkan jawatan dan kedudukan akan diberkati jika diberi jawatan, InsyaAllah.

Jumaat, 24 Ogos 2012

JAMUAN HARI RAYA DAN PROGRAM CERAMAH YB NURUL IZZAH PADA 28 OGOS INI DI PAHANG

Oleh:  WFAUZDIN NS

TANPA membuang masa, KEADILAN Pahang terus melangkah meneruskan gerak kerja Pilihanraya sejurus musim menyambut Hari Raya Eidul Fitri dengan mengadakan Program Bersama Naib Presiden, YB Nurul Izzah Anwar pada 28hb Ogos (Selasa) ini.

Program bermula di Keratong 8, pada tarikh tersebut mulai jam 2.30 petang di kawasan perniagaan Felda Keratong 8, Muadzam Shah, Rompin, YB Nurul Izzah akan bersama rakyat di dalam Jamuan Hari Raya Eidul Fitri.

Pada sebelah malamnya pula, satu jamuan makan malam berthemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" akan diadakan di Restoren Mexica, Bandar Kuantan mulai jam 07.30 malam.  Turut bersama pada program itu adalah Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman dan juga Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh.

Disenaraikan untuk bersama YB Nurul Izzah pada program itu adalah YB William Leong (MP Selayang), YB Abdullah Sani Saat (MP Kuala Langat), YB Chai Tong Chai (Adun Chuah), Sdr Tan Ah Kaw (Ahli Majlis MBSA) dan pimpinan PR kawasan Kuantan.

Jamuan makan malam tersebut adalah bagi mendapatkan dana PRU akan datang.  Sehubungan itu, sesiapa yang ingin membantu menyumbangkan dana serta untuk bersama di dalam majlis makan malam tersebut bolehlah mendapatkan kopun dengan menghubungi No Tel 019-9866126 (Sdr Siew), 013-9929494 (Sdr Kamal) atau 013-9449428 (Sdr Aru).

Pada malamnya pula, YB Nurul Izzah akan berceramah di Markas PAS, Balok Makmur dan kemudiannya akan berceramah di Taman Seri Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai di dalam semua program tersebut.

Khamis, 23 Ogos 2012

APA BEZA KARPAL, NASRUDDIN DAN HASSAN ALI?

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA desakan yang meminta PAS mendesak DAP agar memecat Pengerusinya Karpal Singh kerana Karpal dilihat lantang menentang hukum Hudud.  Pertamanya secara peribadi aku tidak bersetuju dengan cara Karpal yang langsung tidak berhikmah atau bijak di dalam menyuarakan pendapatnya.  Ada yang mahu menyamakan isu Karpal ini dengan isu pemecatan Hasssan Ali oleh PAS.

Mereka mendakwa jika PAS boleh pecat Hassan Ali, mengapa DAP tidak boleh pecat Karpal Singh?  Benarkah isu ini boleh disamakan?  Apa salah Karpal Singh terhadap DAP dan apa pula salah Hassan Ali terhadap PAS?

Baiklah, kita semua tahu sejak dahulu lagi bahawa DAP tidak pernah bersetuju dengan hukum Hudud dan hal ini PAS pun maklum lama sudah.  PAS pula konsisten untuk memperjuangkan hukum Islam termasuk hukum Hudud walaupun dengan berbagai pendekatannya.  Pendirian PAS yang tegas ini pun DAP sudah lama tahu.  

Apabila Karpal sejak dari dahulu lagi lantang menentang hukum Hudud, apakah kerana itu Karpal mesti dipecat?  DAP memang tidak menyokong hukum Hudud, dan Karpal menyebut benda yang selari dengan prinsip DAP, salahkah Karpal?  Begitu juga PAS tetap tegas memperjuangkan hukum Hudud, dan pendirian PAS ini dipertahankan secara lantang oleh Ketua Pemuda PAS, Us Nasruddin Tantawi.  Salahkah Us Nsdruddin? Jawapannya, kedua-duanya tidak salah kepada parti masing-masing TETAPI amat tidak bijak di dalam pendekatannya terutama oleh Karpal Singh.

Ketidak bijaksanaan Karpal itu tidak sampai ke peringkat DAP perlu memecat beliau.  DAP boleh bertindak dengan menegur Karpal Singh di atas ketidak bijaksanaan beliau itu.  Karpal tidak boleh memaksa PAS berpendirian sama seperti DAP kerana PAS mempunyai dasarnya yang tersendiri.  Buat Us Nadruddin Tantawi pula, beliau bertindak bijak apabila terus lantang bersuara SELAGI Karpal Singh bersuara mengkritik dasar PAS tersebut.  

Mengapa mahu disamakan dengan apa yang menimpa Hassan Ali?  Amat jauh bezanya.  Hassan Ali dipecat kerana mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan keputusan  Majlis Syura PAS.  Beliau mengkritik Dasar Negara Berkebajikan yang telah dipersetujui oleh Majlis Syura sebagai satu pendekatan PAS tanpa menggadaikan matlamat penubuhan Negara Islam termasuk hukum Hudud.  Itu bezanya.

Karpal Singh memang tidak bijak langsung di dalam menyuarakan dasar partinya tanpa menghormati dasar PAS.  Ketua Pemuda PAS pula bertindak bijak membela PAS dari terus dikritik oleh Karpal.  Maka, di dalam isu ini tiada kena mengena langsung dengan Hassan Ali.  Menyamakan isu ini dengan isu Hassan Ali hanyalah kerja puak-puak yang mahu melihat PAS dan DAP terus berbalah, dan kerja ini biasanya adalah kerja pihak yang spesisnya lebih kurang Umno juga.

Sebelum aku tutup bicara, mari kita fikirkan secara lojik iaitu seandainya Karpal Singh atau DAP menyokong hukum Hudud, adakah kita fikir Umno akan terima dan laksanakan Hudud?  Kalau DAP konsisten sejak dahulu menentang rasuah, itu pun Umno tidak mampu untuk menghalang rasuah di kalangan pemimpinnya, adakah Umno mampu laksanakan perkara lebih besar seperti hukum Hudud ini?  Jadi yang lebih penting buat kita adalah kuburkan Umno dahulu kerana Umno lah sebenarnya penghalang hukum ini.

Selasa, 21 Ogos 2012

BIARKAN MCA DAN DAP SAJA BAHAS SOAL HUDUD JIKA UMNO TAKUT

Oleh: WFAUZDIN NS

BN semakin pening sekarang.  Orang kata tiada kerja mahu cari kerja.  Menjelang PRU, maka pemimpin Umno/Bn mula main isu Hudud.  Nah, sekarang isu ini jerat diri sendiri dan semakin terserlah bahawa Umno tidak pernah serius dengan Hudud.

Baru-baru ini Pengerusi MCA Selangor sudah beri amaran kepada rakyat, jika tidak mahu hukum Hudud dilaksanakan maka rakyat kena tolak PR.  Sebelum itu, Presiden MCA sendiri pernah sebut hukum Hudud boleh bawa negara ke belakang.  Najib pun pernah sahkan bahawa negara ini tidak akan laksanakan hukum Hudud.  Cakap Najib ini kita lebih  yakin kerana mustahil Najib mahu hukum Hudud sedangkan hukum asas iaitu menutup aurat pun Najib gagal perintahkan ke atas isterinya untuk ditaati.  Hukum Hudud jauh sekali.

Terbaru, Pengerusi MCA Kedah pula di dalam Sinar hari ini membuat kenyataan mrnyokong Hudud.  Patut dipuji kenyataan itu walaupun apa jua nawaitunya.  Apa yang penting ini menunjukkan bahawa hukum Hudud ini semakin diminati untuk dibahaskan.  Sepatutnya hukum ini menarik minat pemimpin Umno dan semua pemimpin Islam untuk membahaskannya.  Beranikah Umno untuk berbahas atau muzakarah di dalam isu ini?  

Jawapannya mudah.  Semenjak bila Umno berani?  Oleh kerana pemimpin Umno dayus untuk berbahas atau muzakkarah di dalam isu Hudud ini maka pemimpin Non Muslim yang berani tampil membawa isu ini.  

Karpal Singh menolak Hudud berlandaskan Perlembagaan.  Chua Soi Lek menolak Hudud kerana bimbang negara mundur ke belakang, begitu juga dengan Pengerusi MCA Selangor.  Najib pula sebut Hudud tidak akan dilaksanakan.  

Samada Karpal, Soi Lek atau Pengerusi MCA Selangor tolak Hudud atau menyokong Hudud seperti Pengerusi MCA Kedah ianya tidak membawa hukum apa-apa pun.  Sebaliknya jika orang seperti Mahathir dan Najib yang berbelit-belit lidah untuk mencari jalan agar Hudud tidak akan dilaksanakan, hukumnya amat berat sekali.  Kecualilah jika mereka satu kepercayaan agama dengan Soi Lek.  Kesimpulannya, Umno tidak akan terima Hudud kerana hukum ini akan menakutkan mereka yang kaki merompak dan menyamun hak rakyat.  Bayangkan kalau Kak Ijat atau Khir Toyo juga sokong Hudud, tentu tidak masuk akal samasekali.

Isnin, 20 Ogos 2012

HINA ISLAM, JANGAN DITANYA KEPADA BANGSAT-BANGSAT INI

Oleh: WFAUZDIN NS

PENGERUSI MCA Selangor, Datuk Donald Lim secara terus terang menentang sebuah negara Islam dan memberikan amaran kepada rakyat Selangor jika mereka tidak mahu kepada Negara Islam termasuk Hukum Hudud, mereka mesti mengelak dari mengundi PR di dalam PRU akan datang.  Kenyataan beliau ini tidak menghairankan kerana Umno tidak pernah menunjukkan minat untuk menegakkan Islam, justeru itu memang sesuai MCA duduk sekelambu dengan Umno.

Kenyataan Pengerusi MCA itu jangan ditanya kepada seekor lebai malang di Kelantan yang baru-baru ini memberi hukum 'Kafir Harbi' kepada DAP, sudah tentu lebai malang ini akan berkata MCA berhak berkata apa jua terhadap Islam kerana MCA adalah sekutu Umno.  DAP lain, kerana DAP adalah sekutu PAS dan PKR dan PAS atau PKR tidak pernah menyumbang kepada pondok lebai malang ini duit sebanyak RM 2 Juta.  Itu bezanya.

Usahkan Hukum Hudud, cita-cita Kerajaan Selangor untuk mengasingkan tempat duduk di antara lelaki dan wanita di dalam panggung wayang ditentang hebat oleh pemimpin MCA ini.  Usaha Kerajaan PR Selangor itu dianggap satu tindakan Islamisasi oleh Kerajaan Negeri dan ini amat tidak disukai oleh MCA.  

Apa komen Umno ? Apa pula fatwa oleh Harussani? Jamil Khir atau Mashitah sudah bisukah?  Lebai malang dari pondok Kelantan itu sudah kekenyangan kah sehingga menjadi ular sawa senyap bila perut telah diisi?  

Wahai Hassan Jati, mengapa diam sedangkan Selangor itu negeri yang kawasannya kamu wakili?  Apa khabar pula Us Nasha?  Perlukah PAS keluar dari PR dan duduk sekelambu dengan Umno dan MCA?  

Usahlah ditanya kepada balaci-balaci ini kerana mereka semuanya bangsat belaka.  

Ahad, 19 Ogos 2012

PR HANCUR JIKA ANWAR BERSARA?

Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM lepak Google semalam, DS Anwar sekali lagi tegaskan untuk bersara dari politik sekiranya PR gagal di dalam cita-citanya untuk merampas Putrajaya dari Umno/Bn.  Aku yakin kenyataan DS Anwar itu ikhlas dari lubuk hatinya walaupun beliau amat yakin di dalam PRU kali ke 13 nanti rakyat akan menolak Umno/Bn secara total.

Apa pun kenyataan yang dibuat oleh DS Anwar samada ianya dianggap sebagai perang psikologi sekalipun, rakyat tetap istiqomah untuk menukar kerajaan kali ini.  Samada DS Anwar bersama kita atau tidak, musuh kita tetap sama iaitu rejim Umno/Bn.

Di dalam sembang-sembang bersama rakan-rakan dan saudara mara ketika bertemu selepas Solat Eidil Fitri pagi tadi, rata-rata mereka tidak lagi sabar menanti PRU agar riwayat Umno cepat dikuburkan.  Di dalam ertikata lain, tanpa DS Anwar pun Umno tidak akan boleh bernafas lega lagi.

JIKA TIDAK BERSAMA UMNO JANGAN HARAP HUKUM ISLAM TERTEGAK

Oleh: WFAUZDIN 

MAHATHIR Kutty merepek menjelang Raya.  Mantan PM yang terkenal sebagai tokoh menentang hukum Hudud ini menyebut bahawa Hudud hanya boleh dilaksanakan jika PAS bersama Umno.  Sama seperti jika kita dengar Ketua Perompak menasihatkan Pengurus Bank agar mengupah budak-budak dia untuk mengawal bank jika mahu bank 'selamat'.

Mahathir tahu hayat Umno semakin kritikal sekarang dan Umno tiada pilihan lain untuk meneruskan hayatnya melainkan mesti mendapat sokongan PAS.  Umno sudah tidak boleh berharap dengan MCA, MIC, Gerakan dan jauh sekali dari parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak.  Usaha untuk melaga-lagakan PAS dengan DAP dalam isu Hudud banyak makan tuan kerana MCA baru-baru ini sebut jika tidak mahu Hudud, sokonglah MCA.

pelik bin ajaib apabila Mahathir sebut Hudud hanya boleh terlaksana jika PAS bersama Umno.  Jika itu teorinya, sejarah pernah memperlihatkan PAS bersama Umno berpuluh tahun dahulu.  Adakah ketika itu ada usaha-usaha dari Umno untuk merealisasikan hukum Hudud?  Bahkan, Umno membuli PAS semahu-mahunya sehingga PAS terpaksa membawa diri sendiri.

Alangkah hebatnya Umno sehingga tidak tertegak hukum Allah di bumi ini tanpa berbaik dengan Umno.  Melucukan, yang bercakap itu pula tokoh yang pernah mempersendakan Sunnah Nabi dan hukum Hudud itu sendiri.  Kelakar juga yang bercakap itu anaknya pernah mempunyai saham di dalam industri arak.

Cukup-cukuplah Umno berpolitik seperti tiada arah.  Semua jadi serba salah buat Umno sekarang.  Masalah paling besar Umno sekarang adalah rakyat tidak lagi percaya dengan parti ini walaupun kadangkala yang dibuatnya itu baik, tetapi rakyat tetap akan kata Umno tidak akan buat baik jika tidak bersebab.  Umno mahu berbaik dengan PAS pun rakyat sudah tahu apa muslihatnya.