Khamis, 4 Oktober 2012

ANWAR TAKUT SEEKOR KATAK?

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA, Ibrahim Alkataki pun teramat marah dengan DS Anwar Ibrahim kerana Ketua Pembangkang itu sudah berlepas ke Paris.  Raja katak ini mendakwa DS Anwar takut untuk berhadapan dengannya sebab itu beliau ke Paris (Berita dari Utusan Meloya). Orang gila mana mahu percaya akan kata-kata Ibrahim Alkataki itu kecuali yang bengap seperti beliau juga.

Mengapa Raja katak ini tidak marah dengan Najib apabila Najib tidak menggunakan peluang terbuka untuk berhadapan dengan DS Anwar sewaktu beliau membahaskan Bajet "Santa Clause" Najib baru-baru ini?  Bukankah DS Anwar berjanji untuk memberikan sepenuh ruang bahkan masa 10 minit untuk Najib bercakap sekiranya Najib hadir pada hari DS Anwar bahaskan bajet?  Pertarungan Perdana yang sepatutnya menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia adalah pada dua sesi, iaitu sesi Najib membentangkan Bajet dan sesi Ketua Pembangkang membahaskan Bajet tersebut.  Malangnya, Najib tidak langsung ada keberanian seperti DS Anwar yang setia menanti Najib merepek menaburkan 'gula-gula' beracun Jumaat lalu.  Najib menghilangkan diri sewaktu sesi yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Lihat ni....PAS tolong kawe...kalau tak mapuh kawe demoo.....

Ibrahim alkataki pula yang perasan kononnya DS Anwar takut dengan beliau.  Mengapa sewaktu Najib tidak hadir, Ibrahim Raja katak ini tidak bangun membantu Najib mencelah sewaktu DS Anwar bahaskan belanjawan?  Beberapa orang Ahli Parlimen dari Bn telah diberi laluan yang selesa oleh DS Anwar untuk mencelah, tapi ketika itu Ibrahim Raja katak masih berada di bawah tempurung.

Siapa Ibrahim alkataki yang merasa hebat sangat ini?  Orang yang menumpang atas ihsan PAS sebagai Ahli Parlimen ini tidak sedar diri dan masih merasa beliau hebat.  Setakat hero kepada geng-geng baling kasut ke dalam masjid, tidak layak untuk Ibrahim alkataki menyamai tarafnya dengan DS Anwar.  Umno sendiri pun telah campakkan Raja katak ini ke dalam longkang sebelum dikutip oleh PAS.

Hakikatnya, seluruh rakyat Malaysia sudah kenal siapa Najib.  Hebatnya Najib hanya di hadapan TV semata-mata kerana di situ beliau tidak boleh disoal.  Hebatnya Ibrahim alkataki adalah beliau pengukir sejarah tokoh politik yang paling kerap cium tangan bos-bosnya terdahulu dan kita tidak lupa kaki ampu ini adalah tokoh politik yang pertama mengunjungi DS Anwar di German sewaktu DS Anwar keluar dari penjara dan mendapatkan rawatan di German.  Tidak pula dipastikan sewaktu di German, Ibrahim Raja katak ini melutut atau mencium tangan DS Anwar./wfauzdin.blogspot.com

"UBAH SEKARANG, SELAMATKAN PAHANG" BAKAL MENJATUHKAN BN

Oleh:  WFAUZDIN NS

PAHANG adalah di antara negeri yang dikatakan kekal di bawah Bn selain dari Johor dan Melaka.  Inilah yang disebut oleh beberapa penganalisa politik memandangkan Pahang mempunyai semua kawasan Parlimen yang memiliki ramai pengundi dari warga felda, kecuali di kawasan Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang kini diwakili oleh PKR.

Ramalan mereka tidak sedikitpun menjatuhkan semangat PR untuk terus berusaha mendapatkan sebanyak mungkin kerusi Dun di negeri Tok Gajah ini, di samping keyakinan sekurang-kurangnya 5 kerusi Parlimen akan dirampas serta terus mengekalkan kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.  

Justeru itu, Konvensyen PR Pahang akan diadakan pada 21hb Oktober ini di Restoren Sekilau, Kuantan mulai jam 08.00 pagi bagi membuktikan semangat kerjasama dan perpaduan di dalam PR di negeri ini amat mantap untuk memberi cabaran semaksima mungkin terhadap Bn.  Berthemakan " UBAH SEKARANG, SELAMATKAN PAHANG" dipercayai mampu memberi kesedaran kepada rakyat Pahang bahawa PR bersedia untuk menjadi sebuah kerajaan yang jauh lebih baik dari Bn.

Komitmen pimpinan tertinggi PR untuk membantu pimpinan PR di negeri ini bagi merealisasikan hasrat untuk menawan Pahang terbukti apabila tiga pimpinan utama PR akan hadir pada Konvensyen PR Pahang pada tarikh tersebut.  Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim bersama-sama dengan Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Muhamad Sabu dan pemimpin kanan DAP, Dr Tan Seng Giaw akan hadir dan seterusnya akan memberikan ceramah pada malam itu.

Ceramah ketiga-tiga pemimpin tersebut pada 21 Oktober 2012 mulai jam 09.00 malam bertempat di Dataran PASTI, Taman Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan pastinya akan mendapat sambutan hebat rakyat di negeri ini.   Rakyat Pahang tidak akan melepaskan peluang untuk bersama-sama pemimpin-pemimpin utama ini bagi menyemarakkan semangat menghadapi PRU ke 13 tidak beberapa lama lagi./wfauzdin.blogspot.com 

Selasa, 2 Oktober 2012

TOLAK PEMIMPIN BACUL SEPERTI INI

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA kita telah melihat sendiri di Parlimen pagi semalam, Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim bangun dan membahaskan Bajet 2013 yang baru dibentangkan oleh Najib selaku Menteri Kewangan, di mana Najib sendiri tidak hadir mendengar jauh sekali berani untuk bersoal jawab dengan DS Anwar, maka jelaslah bahawa Najib selama ini hanya 'syok sendiri' dengan bajetnya itu.

Sewaktu Najib membentangkan Bajet, Ketua Pembangkang bersedia untuk mendengar walaupun banyak ucapan bajet beliau seperti ceramah politik dan memburuk-burukkan DS Anwar khususnya dan PR, amnya.  Ertinya, DS Anwar tahu menjaga adab dan lebih profesional selaku Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang.  Malangnya, Najib tidak bersedia untuk menjadi seorang yang berani dan profesional kerana gagal hadir sewaktu Ketua Pembangkang membahaskan bajet beliau.

Pencacai Umno selalu berkata, Najib selama ini bukan tidak berani untuk berdebat dengan DS Anwar tetapi bagi Najib 'debat bukan budaya' kita.  Jika debat di tempat umum menjadi ketakutan buat Najib, amat malang sekali jika di Parlimen pun Najib masih tidak bersedia untuk berdepan dengan DS Anwar.  Adakah Najib hanya seorang PM yang hanya berani berkokok di dalam TV sahaja?

Bukan kita sengaja mahu merendah-rendahkan kewibawaan Najib, dan bukan tujuan kita untuk mengangkat DS Anwar sebagai hero.  Tetapi hakikatnya begitulah, perkara seperti ini tidak pernah berlaku di negara-negara maju yang lain selain dari negara yang mengamalkan pemerintahan diktator dan korup. 

Sekarang, rakyat boleh menilai sendiri siapakah yang lebih layak diangkat sebagai pemimpin kita.  Adakah kita mahu pemimpin yang bacul dan penakut? 

Ahad, 30 September 2012

VIDEO - ANWAR SERU HIMPUNAN DI BUKIT JALIL PADA 03 NOV INI BERGANDA DARI BERSIH 3.0



Oleh:  WFAUZDIN NS

DI DALAM ucapan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim di dalam video di atas, beliau menyeru agar seluruh rakyat yang cintakan demokrasi BERSIH agar turun ke Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 03 Nov 2012 ini nanti.

Perhimpunan tersebut adalah kelangsungan daripada Himpunan BERSIH 1, 2 dan 3.0 yang begitu menakutkan rejim Umno/Bn.  Justeru itu, DS Anwar mahu perhimpunan pada 03 Nov ini nanti akan mencatatkan kehadiran berlipat kali ganda dari Himpunan BERSIH 3.0 kerana ini lah perhimpunan yang boleh menyedarkan Najib dan SPR bahawa rakyat tidak sanggup lagi melihat penipuan demi penipuan di dalam sistem Pilihanraya di negara ini.

Ayuh, mulai saat ini gembelingkan tenaga dan jadikan Himpunan pada 03 Nov ini nanti sebagai salah satu maudhuk kepada setiap program ceramah PR mulai sekarang./wfauzdin.blogspot.com