Sabtu, 29 Januari 2011

APABILA MUHYIDDIN TERLALU BERPOLITIK, BUKU PUN SALAH CETAK

Silap cetak, Muhyiddin perlu tanggungjawab

Jan 29, 11

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga menteri pelajaran perlu memberi penjelasan terperinci berhubung kesilapan mencetak 400 ratus ribu buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun 1 sehingga menyebabkan buku itu ditarik balik, kata Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

pkr congress 281110 shamsul iskandarBeliau dipetik oleh TV Selangor sebagai berkata Muhyiddin selaku menteri yang bertanggungjawab perlu menjelaskan kerugian yang mencecah hampir RM4 juta itu.

"Beliau adalah individu yang bertangungjawab ke atas kesilapan sehingga memberikan kesan implikasi bukan sahaja terhadap pelajar sekolah malah ke atas implikasi ekonomi.

"Ini jelas merupakan satu pembaziran yang membabitkan jumlah wang yang begitu besar, jumlah RM4 juta ini jelas menunjukan timbalan perdana menteri yang juga menteri pendidikan mengambil sikap endah tidak endah.

“Dan sikap melepaskan batuk di tangga dalam usaha kerajaan memberi ingatan kepada rakyat supaya berhemah dan berjimat cermat dalam berbelanja tetapi dalam hal ini wang itu dihabiskan begitu sahaja," kata Shamsul.

kbsr english year 1 book, pull back by education ministryAkhbar semalam melaporkan, kementerian pelajaran akan menarik balik hampir 400,000 buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun 1sekolah kebangsaan kerana mengandungi pelbagai kesalahan dan menggantikan dengan buku teks cetakan baru, Mac depan.

Harga seunit buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun satu adalah RM8.20 dan jika mengambil kira keperluan hampir 400,000 naskah maka jumlahnya mencecah RM4 juta.

Ditanya apa tindakan yang patut diambil kepada pihak terbabit berhubung kerugian ini, Shamsul menegaskan Muhyiddin perlu dipertanggungjawabkan.

Letak jawatan

"Kalau berlaku di mana-mana negara, pada saya dari segi tanggungjawab, sudah pasti menteri berkenaan harus meletakan jawatan dan mengambil sikap tindakan bertanggungjawab kerana ia membabitkan wang rakyat yang begitu besar.

NONE“Sebab itu kami memberi ingatan dan teguran yang keras kepada TPM dengan mengambil mudah jawatan TPM dan juga menteri pelajaran dan jangan sibuk menyerang pembangkang dan sibuk berpolitik.

"Pada saya menteri kewangan, Datuk Seri Najib (Razak) harus mengambil tindakan yang tegas, paling tidak pun memberi kata-dua kepada menteri pelajaran supaya perkara ini tidak berlaku lagi," katanya.

nutp national union of teaching professionSementara itu, setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Loke Yim Phang yang juga dihubungi TV Selangor berkata perkara yang menyebabkan kejadian itu masih belum diketahui puncanya sama ada disebabkan kesilapan manusia atau masalah percetakan namun kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku.

"Sesuatu benda itu bila diterbitkan mesti tepat, kerana ia akan menyebabkan pembaziran, kalau kita hendak fokus kepada kualiti asasnya buku yang hendak dikeluarkan perlu ada kualiti.

"Bagi saya kita kena pastikan bahawa dalam proses percetakan sesuatu buku untuk pelajar itu kita tidak boleh lupa kepada kualiti," katanya./Malaysiakini

PKR LEMBAB UNTUK TENDANG `KATAK HITAM' INI

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA `katak hitam' pun melompat keluar. PKR nampaknya terlalu lembab untuk menendang keluar `katak hitam' ini sehinggakan terpaksa sang katak melompat sendiri. Tepat sekali masa yang dipilih oleh `katak hitam' ini iaitu mengumumkan keluar dari PKR beberapa jam sahaja rakyat Dun Tenang akan mengundi. Apa ertinya?

Ertinya, `katak hitam' ini berusaha untuk menentukan agar calon PAS tewas di Dun Tenang. Maka, media hari ini terutamanya TV menyiarkan berita `sang katak hitam' yang keluar dari PKR atas alasan tidak percaya lagi kepada Anwar dan Azmin. Itu sahaja. Masakan beliau mahu cerita tentang beliau tidak dipilih sebagai Naib Presiden PKR yang dilantik, sebaliknya N.Surendran yang dipilih.

Di dalamj Twitternya, `katak hitam' ini menyebut, " Selamat Pagi kepada semua Rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam Parti PKR Dan teruskan kerja saya melalui NGO Baru."

Cuba kita semak semula, siapakah yang menjadi `katak' yang berani mengosongkan kerusi mereka? Semuanya sekadar keluar parti dan lepaskan jawatan di dalam parti kemudian sebut tidak lagi percaya kepada pimpinan parti. Siapa berani kosongkan kerusi mereka untuk lihat samada mereka punyai pengaruh atau tidak? Semuanya bacul dan mahu makan gaji dan elaun `haram' sebagai Wakil Rakyat.

`Katak Hitam' ini pernah berjanji tidak akan keluar dari PKR kerana beliau masih yakin dengan PKR cuma tidak yakin dengan Anwar dan Azmin. Tetapi hari ini, `lidah yang makan biawak' ini bercakap macam `lidah biawak' juga. Beliau tahu beberapa jam lagi Dun Tenang akan mengundi, maka inilah saatnya untuk berbakti kepada Umno. Maka, jelas agenda `katak hitam' ini. Cuma, saya kesal PKR terlalu lembab untuk tendang `katak hitam' ini./wfauzdin.blogspot.com

TIDAK DAPAT SASAR CALON PAS, SENJATA DI HALA KEPADA SUAMINYA PULA

Oleh: WFAUZDIN NS

MERAPU tidak sudah-sudah Muhyiddin di Tenang. Beliau sudah tidak Tenang lagi apabila semua hujahnya tidak menunjukkan kredibiliti sebagai seorang TPM.

Bayangkan isu suami calon PAS yang mendapat MC pun beliau boleh pertikaikan. Beliau belum pun tanya doktor kerajaan yang memberikan MC kepada suami Puan Normala, beliau sudah menganggap suami calon PAS itu berbohong tentang sakitnya. Kenyataan beliau di dalam Malaysiakini, " Muhyiddin meminta pengundi di DUN Tenang, supaya membuat penilaian mereka sendiri terhadap perbuatan Ma'arof memberikan perakuan yang disifatkannya sebagai bohong untuk mendapatkan cuti sakit".(Malaysiakini)

Wahai Muhyiddin, mengapa tuding jari pada Ma'arof suami Puan Normala? Siasat dulu doktor yang memberinya cuti sakit tu. Masakan pesakit boleh tipu doktor dan doktor tidak langsung membuat pemeriksaan sebelum memberikan cuti sakit? Jangan jadi kurang cerdik dan memperlekehkan tugas seorang doktor. Jika doktor itu cuai dan tidak laksanakan tugas dengan betul, tindakan hendaklah diambil ke atas doktor. Jika suami Puan Normala `membeli' MC dari doktor, kedua-duanya perlu diambil tindakan.

Hakikatnya Muhyiddin terasa tertekan dengan sokongan semakin meningkat disaat akhir buat calon PAS. Serangan Muhyiddin selama ini tidak berkesan malahan hujahnya sering menjadi bahan tertawa. /wfauzdin.blogspot.com

UMNO GELABAH, MUHYIDDIN MERAPU TENTANG NIK AZIZ

Oleh: WFAUZDIN NS

SEBELUM saya berbicara lanjut tentang kenyataan dari pemimpin yang jahil tentang Islam ini, mari kita baca petikan dari kenyataan beliau terhadap Mursyidul Am PAS seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini;

"Beliau yang juga menteri pelajaran berkata, label jahiliah terhadap mereka yang tidak mengundi PAS itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seseorang yang dikatakan mursyidul am dan dipanggil ustaz."

Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan itu dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong semalam, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.

Muhyiddin berkata, Nik Aziz telah mengeluarkan pelbagai fatwa songsang termasuk menyatakan orang Pas tidak boleh memakan sembelihan orang Umno.

NONE"Tetapi di DUN Tenang ini, kita nampak orang PAS makan di kedai-kedai orang Umno," katanya sambil menambah, Nik Aziz juga mengeluarkan fatwa melarang wanita daripada menjadi calon dalam pilihan raya.

Beliau meminta umat Islam tidak terperangkap dengan fatwa songsang Nik Aziz itu." (Malaysiakini)

Pertamanya, beliau menyebut Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Aziz tidak patut mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana beliau dipangil `Ustaz'. Muhyiddin silap, Tuan Guru Nik Aziz tidak dipanggil `Ustaz' tetapi beliau dipanggil `Tuan Guru' yang martabatnya lebih tinggi dari Ustaz. Beliau tidak seperti Ustaz Nakhaie, Ustaz Firdaus (bekas Imam Besar Masjid Negara), jauh sekali seperti Ustazah Mashitah. Mereka ini pun hanya orang-orang Umno yang menggelar mereka `Ustaz', sedangkan gelaran itu pun tidak layak dipegang oleh mereka kerana seorang `Ustaz' tidak akan bersekongkol dengan parti sekular seperti Umno.

Kedua, menyerlahkan kebodohannya lagi apabila dikatakan Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan `fatwa' bahawa tidak boleh memakan sembelihan orang-orang Umno. Bila masa Tuan Guru Nik Aziz `berfatwa' sedemikian? Bolehkah Tuan Guru memberikan `fatwa' selain dari Mufti atau Majlis Fatwa? Ini fitnah yang dicipta oleh pemimpin sekutu Apco terhadap Tuan Guru Nik Aziz. Apa yang kita diajar, sekiranya seseorang itu menghina hukum Islam atau menolak hukum Islam maka sembelihannya tidak boleh kita makan kerana menghina hukum Islam dan menolaknya bererti kufur. Bolehkah kita makan sembelihan orang yang Kufur ini? Mengapa Umno pula yang terasa?

Ketiga, beliau mempersoalkan mengapa orang-orang PAS makan dikedai orang-orang Umno. Ini jelas menunjukkan PAS tidak mahu bermusuh dengan Umno, jauh sekali mengkafirkan Umno. Usahkan makan, terdapat anak orang PAS yang dikahwinkan dengan anak orang Umno. Ini tiada masalah, selagi mereka tidak memperlihatkan penderhakaan atau penentangan terhadap hukum Islam. PAS sedar, ahli-ahli Umno ramai yang jahil dan dikelabukan oleh pemimpin mereka tentang Islam. Justeru itu, PAS ingin memberikan kefahaman kepada mereka agar mereka tidak menentang Islam di dalam keadaan mereka tahu hukumnya.

Keempat dan akhir sekali, pemimpin jahil ini terus menerus mencipta fitnah bahawa Tuan Guru Nik Aziz pernah berfatwa melarang kaum wanita menjadi calon PAS. Mungkin ketika PAS mencalonkan seorang wanita berpuluh tahun dahulu beretanding di Terengganu, Muhyiddin belum lahir dari perut ibunya. Maka, beliau tidak tahu cerita. Tuan Guru Nik Aziz tidak mengeluarkan hukum melarang wanita bertanding, cuma beliau pernah menyebut bahawa PAS akan memilih wanita sebagai calon pilihanraya mengikut situasi dan keadaan semasa.

Jelas kepada kita, tidak banyak yang Muhyiddin tahu tentang sejarah PAS jauh sekali dasar PAS. Sebab itu, tidak hairan jika Muhyiddin selamba sahaja apabila Chua Soi Lek menghentam hukum Islam di dalam isu berjabat tangan baru-baru ini. Amat malang jika umat Islam di Tenang masih ingin mengikut nasihat pemimpin yang jahil ini./wfauzdin.blogspot.com

HARI TERAKHIR, PEMIMPIN MESTI KETUK PINTU RUMAH PENGUNDI

Pilihanraya kat Tenang ni, aku rasa kerja kuat sikit je lagi kita boleh menang. Nampaknya Umno dah banyak tersasar strategi mereka kerana yang bikin kacau rosakkan strategi Umno adalah MCA melalui Presidennya.

Umno dah terkunci mulut nak cerita pasal Islam. Paling kuat dia akan cerita pasal Melayu, kemudiannya biasalah cerita pasal pembangunan...peruntukan...blaa..blaaa...semua pasal perut. Nak cerita pasal agama, Chua Soi Lek dah hentam gila Islam. Habis, camne?

Pastu, Umno kumpulkan budak-budak yang paling bangang kat situ suruh kacau ceramah PR. Budak-budak ni pun dapat T-Shirt pengelap kaki sehelai sorang dengan topi, terus bertukar jadi beruk. Kununnya nak tunjuk berani untuk cover Najib, Muhyiddin dan Maslan yang bapak penakut untuk berdebat tu.

Hari terakhir ni, eloklah semua pimpinan utama masuk ke setiap penjuru Tenang berkempen. Cara ceramah mungkin kurang berkesan. Elok pemimpin sendiri ketuk setiap pintu rumah kerana kadangkala keinsafan, kesedaran dan hidayah tu datang bila mereka menatap wajah pemimpin. PR, terutamanya PAS banyak pemimpin yang dihormati dan disegani. Mereka inilah yang patut berkempen dari rumah ke rumah disaat-saat akhir ini. Jangan harapkan jentera kempen dikalangan pimpinan bawahan je./budakmental

Jumaat, 28 Januari 2011

ISU CUTI SAKIT - JANGAN SAMAKAN NORMALA DENGAN BIBI ROSMAH

Oleh: WFAUZDIN NS

TIADA isu lagi untuk Umno menyerang kredibiliti calon PAS, Puan Normala Sudirman yang jauh lebih baik daripada calon Umno/Bn, Azhar yang tercemar akibat kes kecuaian dan salahguna kuasa di dalam kes lelongan tanah itu. Akhirnya, Umno mensasarkan suami calon PAS iaitu Ma'arof Abd Talib kununnya menyalahgunakan cuti sakit.

NONEIni merupakan satu tekanan buat calon PAS dan suaminya yang kini dilihat semakin mendapat sokongan dari pengundi-pengundi di Dun Tenang. Apakah benar cuti sakit itu disalahgunakan? Di dalam peraturan cuti sakit bagi kakitangan kerajaan, apakah ada larangan tertentu buat mereka yang mendapat cuti sakit sehingga menemani isterinya melakukan lawatan pun diangap salah?

Adakah selama ini sesiapa yang mendapat cuti sakit mesti berada di rumah berehat atau tidor sepanjang masa? Siapa boleh menafikan tugas dan tanggungjawab suami adalah berada di sisi isteri bagi menjaga keselamatannya? Isteri pula mesti ditemani suami ataupun muhrimnya hatta menunaikan fardhu Haji sekalipun. Apatah lagi, jika si isteri berjuang dan terpaksa menemui berbagai jenis manusia di merata pelosok kampung, wajarkah si suami membiarkan si isteri keseorangan?

Puan Normala Sudirman tidak tergamak meniru Rosmah Mansor yang merayap merata luar negara dan menginap di hotel mewah tanpa sang suami. Biarlah Rosmah berperangai begitu kerana Najib `redha'.

Sebelum ini, jabatana pelajaran negeri mengeluarkan notis menukarnya ke sebuah sekolah di Johor Bahru, selepas tercetus spekulasi yang isterinya bakal dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang. Apa pun, kita mengharapkan ini semua tidak melemahkan semangat Puan Normala dan suaminya.

Kita berbangga kerana suami Puan Normala amat bertanggungjawab terhadap isterinya. Muhyiddin jelas menghina profesyen kedoktoran yang memberikan cuti sakit seolah-olah pengesahan dari doktor kerajaan itu diragukan./wfauzdin.blogspot.com

Azmin: Hapus tol bukti Buku Jingga boleh dilaksana


Jan 28, 11 5:58pm

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kenaikan tol bagi Lebuhraya Karak dibekukan serta pembatalan tol di persimpangan Salak dan Taman Connaught bermula Mei ini, adalah pengakuan dan penerimaan BN bahawa janji-janji di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat boleh dilaksanakan, kata Azmin Ali dalam satu kenyataan media.

NONEBeliau yang juga timbalan presiden PKR berkata selepas ikrar Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga yang mengariskan untuk menghapuskan tol, barulah kerajaan BN melaksakannya sekarang.

"Adalah bukti Pakatan Rakyatlah yang kini memimpin perubahan dalam negara ini melalui idea-idea dasarnya yang pro-rakyat dan kini menjadi asas perbincangan utama ke arah perubahan," katanya.

Beliau bagaimanapun mengalu-alukan keputusan perdana menteri itu tetapi mahukan Najib berterus-terang dan mengesahkan bahawa kerajaan pusat tidak akan membayar pampasan kepada syarikat konsesi.

"Sama ada pampasan tunai secara langsung mahupun pampasan tidak langsung dalam bentuk anugerah aset atau kontrak secara terus.

azlan“Sewajarnya keputusan besar yang akan mendatangkan kesan kewangan kepada perbelanjaan negara seperti ini dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu, bukannya diputuskan mengikut kemahuan Perdana Menteri," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.

Tindakan ini katanya, bukti penerimaan perdana menteri terhadap janji Buku Jingga adalah praktikal dan ada kelebihan ekonomi.

"Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa beliau enggan berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Begitu pun, demi rakyat saya menyeru kerajaan persekutuan untuk terus melaksanakan janji Buku Jingga terutamanya menghapuskan ISA, kerana ini boleh dilakukan dengan mudah," kata Azmin.

PKR akan terus memantau tindakan Kerajaan Persekutuan dan menyokong tindakan mana-mana pihak yang didasarkan pada Buku Jingga kerana ia akan menguntungkan rakyat./Malaysiakini

SUK SELANGOR - TEMPOH `PANTANG' 6 BULAN BUAT DATUK KHUSRIN ?

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA berita menyebut bahawa SUK Selangor yang tidak `digemari' oleh Kerajaan PR Selangor, Datuk Khusrin akan tetap diberi peluang menjadi SUK Selangor untuk `dipantau' selama 6 bulan. Sekiranya beliau mampu bertugas secara profesional tidak sepertimana semasa beliau menjawat jawatan Pengarah JAIS, kemungkinan besar beliau diterima menjadi SUK Selangor berterusan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan perjumpaan dengan Datuk Mohd Khusrin Munawi pada 7 Februari ini bagi membincangkan sekitar isu berkaitan perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor itu. Berkenaan tempoh 6 bulan tersebut, MB Selangor tidak mahu mengulas lanjut.

Pada pandangan saya, bagi menjernihkan keadaan dan bagi `mencuci arang di muka ' Datuk Khusrin, memang wajar beliau diberi tempoh tersebut. Di dalam tempoh `pantang' berkenaan, Kerajaan Selangor mestilah memantau beliau secara serius. Tidak mustahil di kalangan Exco Selangor sendiri ada `musang berbulu ayam' dan menjadikan kehadiran Datuk Khusrin di Pejabat SUK sebagai `jentera' untuk menjatuhkan Kerajaan PR Selangor. Ini tidak mustahil.

Mahu tidak mahu, suka atau tidak Kerajaan PR Selangor terpaksa menerima `tetamu tidak diundang' ini. Tentulah lebih baik sekiranya Datuk Khusrin berundur sendiri sekiranya beliau mengerti situasi sekarang. Rakyat tentu memujinya jika beliau berundur atas dasar menghormati kerajaan pilihan rakyat. Malangnya, Datuk Khusrin tidak memikirkan itu semua asalkan beliau merasakan beliau dipilih atas kelayakannya menjadi SUK walaupun dinaikkan gred dari Gred C melangkau ke Gred A secara `pelik'.

Kerajaan PR Selangor jangan mudah lalai dan terlena dibuai mimpi mulai sekarang. Kita telah kenal siapa yang masuk dan kita `restu' kemasukannya. Langkah jangan silap nanti rakyat akan menyalahkan `kebodohan' kita sekiranya kerajaan ini tumbang bukan melalui pilihanraya atau demokrasi. Pengajaran yang boleh dipelajari di Perak patut kita sedari dan waspada selalu./wfauzdin.blogspot.com

UMMI HAFILDA - DI ANTARA NYAMUK RAJA NAMRUD ATAU NYAMUK PEMBAWA PENYAKIT ?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMAKIN hampir tarikh mengundi di PRK Dun Tenang, maka muncul lagi wanita ini. Ummi Hafilda yang juga adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang juga dikatakan telah di`buang' dari status anak kepada Arwah ayahnya hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman untuk berjumpa dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan membuat laporan polis tentang beberapa isu fitnah yang dihadapinya.

Ummi bagaimanapun gagal berjumpa mahupun membuat laporan polis dengan Bakri kerana beliau difahamkan Bakri mempunyai urusan penting yang lain. “Kita sudah buat temu janji hari ini dengan Datuk Seri (Bakri) malangnya beliau ada urusan penting lain dan kita akan buat satu lagi temu janji yang baru pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak,” kata peguam mewakili Ummi Mohd Khairul Azam Abdul Aziz ketika ditemui FMT.

Mengapa Ummi memilih untuk berjumpa terus dengan Datuk Bakri? Apa salahnya beliau membuat laporan Polis sahaja dan sertakan apa yang patut beliau sertakan tanpa berbincang dengan Pegawai Atasan Bukit Aman ini? Perlu bincang apa lagi, buat laporan dan biarlah Polis lakukan siasatan sepertimana orang lain tanpa berjumpa dan berbincang terlebih dahulu dengan Pegawai tersebut.

Kisah `nyamuk' dengan Raja Namrud kununnya dijadikan alasan untuk wanita berumur ini untuk menjatuhkan karier politik DS Anwar. Beliau lupa, nyamuk yang diutuskan Allah bagi menghapuskan Raja Namrud adalah kerana raja tersebut zalim. Itu bukan nyamuk biasa jauh sekali untuk dibandingkan dengan wanita yang mengaku Islam tetapi tidak menutup aurat ini. Beliau boleh menjadi `nyamuk' tetapi mungkin sebagai `nyamuk' pembawa penyakit iaitu penyakit fitnah.

Wanita tua yang malang ini terus membuat fitnah ke atas abang dan kakak iparnya. Beliau mendakwa Azmin telah melacurkan isterinya kepada DS Anwar. Baca di sini. Untuk pengetahuan, wanita malang ini telah diberi kesempatan untuk menjadi Saksi Pendakwa semasa kes Liwat 1 dahulu, tetapi tiada apa pun yang mampu beliau buktikan untuk mensabitkan salah laku samada DS Anwar mahupun abangnya Azmin dan kakak Iparnya Shamsidar. Malahan, Azmin tampil dengan berani untuk mengadakan ujian DNA ke atas salah seorang anaknya yang dituduh adalah hasil kecurangan isteri beliau bersama DS Anwar, namun terbukti anak itu adalah anak Azmin dan Shamsidar. Keterangan wanita tua ini hancur lebur di mahkamah.

Kini beliau muncul kembali dengan membuka semula cerita lama yang diperbaharui. Meloyakan tekak bila melihat wanita tua ini membuat muka sedih menceritakan dirinya yang kununnya telah hilang maruah dan diaibkan. Siapa yang aibkan diri kamu jika bukan kerana perbuatan kamu sendiri? Baru-baru ini dikatakan Azwan Ali juga adik beliau turut meloya dengan perangai wanita tua ini. Kesihan nasibnya seperti sampah terbuang di lorong Hj Taib./wfauzdin.blogspot.com

SEBUTIR PERMATA DI BUMI FELDA ? KESIHAN......

Oleh: WFAUZDIN NS

FELDA oh felda...di sinilah tempatnya untuk PAS mencari kemenangan di dalam PRK Dun Tenang pada 30 hb ini nanti. Kaum Cina sibuk minta dirikan sekolah atau perbesarkan sekolah, dikatakan orang felda minta padang Futsal. Celah gigi je untuk ditunaikan padang Futsal.

Kaum Cina bertanya mengapa harga barang semakin tinggi, diberitakan Melayu felda bertanya bila mahu turap jalan. Seorang pemimpin Cina sekutu mereka bertanya, apa ada pada nilai-nilai Islam yang mengharamkan wanita Islam bersalam dengan lelaki yang bukan Muhrim, pemimpin Melayu sekutu Apco menjawab, jangan timbulkan isu salam lagi. Bukan mahu marah, cuma jangan timbulkan saja.

Calon puak sekutu Apco akan dipanggil ke mahkamah nanti atas kes kecuaian dan salahguna kuasa sehingga terlelong tanah orang. Tetapi calon tu sebut, itu fitnah peribadi dan semuanya dah selesai. Apa yang selesai? Selesai kesemuanya tanah-tanah Melayu?

Apabila ada pemimpin Cina dari pihak sini yang dulunya masuk penjara kerana mempertahankan anak gadis Melayu Islam yang diperkosa oleh anak Thamby Melaka, pemimpin Cina dari Pulau Mutiara ini hadir bercerita tentang bagaimana negeri di bawahnya begitu mengambil berat tentang kemajuan Islam, datang pula puak-puak Melayu berkumpulan menyorak ceramahnya sambil menjerit-jerit macam beruk lapar pisang. Maklumlah, dah dapat T-Shirt dacing baghdad dengan topi sudu sudah dikira kaya Melayu puak tu.

Masa Pilihanraya Kecil di Galas, saiz badan calon kita dipertikaikan kununnya gemuk tak larat berjalan. Gemuk tentunya berpenyakit. Bagaimana mahu berkhidmat kepada rakyat nanti, dakwa puak tu. sekarang calon mereka tidak gemuk, tetapi kurang sedikit dari Pelawak Kuman. Ertinya, calon mereka bagus bentuk badannya.

Merungut puak-puak mereka di dalam hati, manakan tidak calon mereka tiada apa jawatan dalam parti yang melayakkan menjadi calon, tetapi oleh kerana Pak Sembab suka, maka jadilah calon. Buang masa yang lain dok bina kerjaya politik sikit punya lama, alih-alih dapat kepada yang goyang kaki di rumah. Mewarisi kerusi ayah, cukuplah. Yang lain tu, pandai-pandai la nak hidup.

Bagaimana hebat pun puak tu merungut, disumbat lima puluh ringgit dan tabur sikit dedak atau jagung ayam, hilanglah bisingnya. Macam ayam daging, biar mereka gemuk, lepas tu pakat sembelih. Kesihan...../wfauzdin.blogspot.com

Pengurus Felda akui perjanjian serah ladang oleh peneroka longgar

Khairil Abdul Rahim


TEMERLOH, 27 Jan: Perjanjian penyerahan ladang di antara peneroka dengan Felda untuk diuruskan oleh Felda Plantations sangat longgar kerana tandatangan kedua pihak tanpa saksi, tidak dimati setem dan tiada tarikh tamat.

Peguam Ahmad Nizam Hamid berkata, ini diakui sendiri oleh seorang pengurus rancangan Felda dalam perbicaraan di Mahkamah Magistret Temerloh hari ini.

Pengurus Felda Gua Musang, Sazali Abdul Hamid dalam pengakuannya sebagai saksi kepada kes Roslan Mohd Nor dari Felda Bukit Mendi, juga mengakui tidak ada terma pemilikan Felda ke atas tanah peneroka dalam perjanjian tersebut.

Ahmad Nizam adalah peguam bela kepada Roslan.

“Kes hari ini ialah anak guam saya Roslan Mohd Nor yang ditangkap oleh Pengurus Felda Technoplant dan anggota Rela kerana dituduh mencuri 35 tandan buah kelapa sawit di atas tanah lot bapanya (yang sudah meninggal) sendiri Mohd Nor@Abu Bakar Sulaiman pada 2009.

“Beliau dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan selama dua tahun atau didenda,” katanya.

Turut dipanggil menjadi saksi hari ini ialah Ketua Balai Polis Mengkuang Sarjan Mejar Ahmad, Pengurus Felda Technoplant Bukit Mendi Saleh Samigun dan anggota sukarelawan rakyat (Rela) Hanapi Dolah juga dari Bukit Mendi.

Sazali ialah bekas Pengurus Felda Bukit Mendi yang menandatangan bagi pihak Felda bersama pemilik tanah Mohd Nor@Abu Bakar Sulaiman pada tahun 2005.

Sazali juga mengakui, borang yang ditandatangan beliau bersama Mohd Nor adalah bermaksud tuan milik tanah berkenaan menyerahkan ladang kepada Felda adalah untuk tujuan pemulihan tanah dan bukan diserahkan hak miliknya kepada badan tersebut.

Selain daripada itu, Sazali akur keingkaran salah satu pihak (Felda atau peneroka) mematuhi perjanjian 22 perkara itu boleh membatalkan perjanjian.

Sementara itu, menurut Roslan, pada 25 Mei 2009 ketika beliau bersama buruh memasukkan beberapa tandan buah sawit ke dalam sebuah lori pikap di ladang milik ayahnya, beliau telah ditangkap.

“Saya telah tunjukkan surat amaran daripada Pejabat Tanah Bera bahawa cukai tanah ladang itu telah tertunggak sebanyak RM3,000 tidak dibayar oleh Felda. Sedangkan bicara kuasa tidak boleh dijalankan sebab banyak cukai tertunggak.

“Malangnya penjelasan saya tidak diterima malah saya bersama pemandu lori dibawa ke balai polis, digari dan dihantar ke lokap Triang,” katanya.

Menurut Roslan, ladang ayahnya pada tahun 2000 telah diserahkan kepada Felda untuk urusan tanam semula. Namun begitu pada 2005 oleh kerana tiada penyata dan kira-kira hasil yang diberikan oleh Felda, beliau telah minta ayahnya ambil balik untuk diusahakan sendiri.

Bagaimanapun, tambah Roslan, dua bulan sebelum meninggal (4 Julai 2005), ayahnya telah menyerahkan semula pengurusan ladang kepada Felda.

Apabila beliau bersama keluarga mahu mengambil semula pengurusan ladang daripada Felda Technoplant pada 3 September 2007 kerana tidak puas hati dengan hasil yang diterima, beliau telah diarahkan untuk membayar sebanyak RM34,719.90./Harakahdaily

Khamis, 27 Januari 2011

CALON BN TIDAK TAHU BEZA ANTARA PERIBADI DENGAN MORAL SALAHLAKU

Abd Aziz Mustafa
LABIS, 27 Jan: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim hakikatnya telah disahkan bersalah oleh mahkamah kerana melelong tanah secara tidak sah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.


"Melelong tanah secara tidak sah bukan sahaja tidak mengikut prosedur malah adalah satu kesalahan dan oleh sebab itulah Mahkamah Tinggi Muar memerintahkan dikembalikan tanah itu kepada pemiliknya, Mansor Mohamad bersama kos pada 2008.

"Jika tindakan melelong itu sah, mengikut prosedur dan bukan satu kesalahan, mahkamah tidak akan memerintahkan tanah itu dikembalikan," katanya.

Mahfuz menyeru rakyat Tenang menolak Mohd Azahar yang telah disahkan melakukan kesalahan oleh mahkamah dan memilih calon PAS, Normala Sudirman.

"Normala bukan sahaja bersih dari tuduhan penyalahgunaan kuasa seperti yang sedang dihadapi oleh Mohd Azahar malah calon PAS di Tenang itu pernah diiktiraf sebagai guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran," katanya.

Mohd Azahar kini adalah defendan pertama dalam tuntutan saman Norhana Mohd Ali yang telah terpedaya membeli tanah Mansor yang dilelong secara tidak sah itu.

"Akibat penglibatan Mohd Azahar melelong tanah dengan cara yang didapati salah oleh mahkamah itu, kerajaan dan rakyat kini menghadapi risiko menanggung kerugian kira-kira RM1.5 juta," kata Mahfuz.

Norhana menuntut gantirugi berjumlah kira-kira 1.5 juta dan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Norhana ke atas calon BN di Tenang itu dan tiga yang lain pada 7 Februari 2011 ini.

"Dari segi integriti, Mohd Azahar hakikatnya tidak ada integriti kerana beliau sebelum ini mendakwa apa yang dilakukannya mengikut adalah prosedur dan kes lelongan tanah itu telah selesai.

"Kalau mengikut prosedur, mengapa mahkamah mengesahkan kesalahan beliau terlibat dalam lelongan tanah secata tidak sah dan jika selesai, mengapa pula ada tuntutan berkaitan tanah itu yang akan didengari mahkamah pada 7 Februari ini?" Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan.

Kalau sebagai pentadbir tanah pun beliau telah menghadapi tuduhan menyalahgunakan kuasa dan disahkan pula oleh mahkamah melakukan kesalahan, Mahfuz mengingatkan para pengundi di Tenang tentang kemungkinan bahaya lebih buruk yang akan dihadapi oleh rakyat dan kerajaan jika Mohd Azahar mendapat kuasa lebih besar hasil kemenangannya dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Dengan kuasa hanya sebagai pentadbir tanah sahaja Mohd Azahar bukan sahaja telah memburukkan imej kerajaan malah mengakibatkan rakyat dan kerajaan menanggung risiko kerugian kira-kira RM1.5 juta, bayangkan kalau beliau mendapat kuasa lebih besar jika beliau menang pilihan raya kecil Tenang," beliau mengingatkan./Harakahdaily

AYUH PERANTAU, KEMBALI KE KAMPUNG DAN KITA RAIKAN KEMENANGAN ISLAM

Oleh: WFAUZDIN NS

AYUH..Jom kita tabalkan Puan Normala Sudirman sebagai Wakil Rakyat yang baru di kawasan Dun Tenang pada 30 Januari ini. Jangkaan bahawa PAS boleh membuat kejutan pada pilihanraya boleh diterima akal kerana calon Umno kini terpaksa bertahan dan berselindung hanya di sebalik media dan jentera Kerajaan.

Calon PAS berpeluang merampas kerusi DUN Tenang jika sekurang-kurangnya 75 peratus pemilih berdaftar keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Ahad ini, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman. Bagi mencapai hasrat tersebut, adalah amat penting semua pengundi di luar kawasan pulang untuk mengundi.

Kepada mereka semua, pulanglah ke kampung untuk membuktikan kepada Umno bahawa parti ini tidak boleh menungkat langit di bumi Johor. Buktikan rakyat Johor tidak selama-lamanya boleh dibeli maruah mereka setelah dikatakan tanah-tanah di Johor juga boleh dibeli oleh pihak luar. Agama Islam yang begitu disanjung di bumi Johor tidak lagi bolehg dipermainkan atau dipersendakan oleh pemimpin yang terbukti rendah moralnya itu. Jika kaum Cina sendiri malu untuk menerima pemimpin ini, adakah kaum Melayu berugama Islam boleh berpeluk tubuh dengan sikap biadab beliau?

Umno di Johor perlu diajar bahawa ugama Islam mesti dihormati kalau pun Umno sendiri tidak mahu mendaulatkannya. Jika Umno tidak mampu mempertahankan ugama suci ini, serahkan kepada PAS untuk memeliharanya.

Ayuh lah, abang, adik dan kakak untuk kembali ke kampung halaman bersama Cikgu Normala. PAS teramat sukar untuk memenangi pilihanraya ini seandainya saudara-saudari tidak bersama di sini. Lakukan lah pengorbanan besar kali ini. Selamat kembali./wfauzdin.blogspot.com

MASLAN, BERDEBAT ATAU DIGELAR PENGECUT ?

Azmi Yusof dan Saidah Hairan

LABIS, 27 Jan: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan diisytiharkan pengecut dan bacul jika enggan menyahut cabaran Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman untuk berdebat bagi menyelesaikan 20 perkara isu mengenai Felda.

Mazlan berkata, Anak memberi tempoh sehingga 28 Januari (esok) untuk berdebat dan Ahmad Maslan berhak untuk menentukan tempat yang sesuai berdebat tetapi dalam Dun Tenang.

"Ahmad Maslan jangan cari alasan, jom kita berdebat atau Datuk bakal diisytiharkan pengecut. Malu dan terhina warga Felda mempunyai pemimpin bertaraf menteri yang bacul," katanya pada sidang media di Markas Operasi PAS PRK Dun Tenang di sini, pagi ini.

Beliau berkata, sudah dua kali Ahmad menolak tawaran berdebat secara terbuka pada 7 Julai 2010 dan diajak berdialog secara tertutup.

Kali kedua, katanya pada 25 Januari Naib Presiden Anak, Samsul Bakri serta Setiausaha, Zabidie Abas telah menyerahkan surat debat di Pejabat Felda Wilayah Segamat.

Dalam sidang media itu beliau turut mendesak Ahmad mendedahkan faedah persaraan Tan Sri Yusof Nor selaku bekas Pengerusi Felda dan juga Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Isa Samad yang dikatakan mendapat bayaran RM100,000 sebulan.

"Ini wang rakyat jadi kita minta Ahmad Maslan perlu perjelaskan dan bertanggungjawab," tegasnya.

Mazlan berkata, rakyat khususnya warga Felda menuntut penjelasan terbuka terhadap 25 isu-isu berbangkit antaranya, benarkah dakwaan mengatakan pemilihan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru atas kehendak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain itu, katanya warga Felda mahu penjelasan mengapa kos tanam semula peneroka begitu tinggi hingga ada yang mencecah hampir RM100 ribu, mengapa kos tanam semula masih dikekalkan kadar faedah 6.25%, kadar yang sangat tinggi dan tidak pernah berubah dari dahulu.

"Mengapa tidak diserahkan wang tanam semula berjumlah RM17,000 caruman peneroka selama 20 tahun, mengapa pelbagai syarat dikenakan terhadap tuntutan wang tanam semula?" soalnya lagi.

Katanya, peneroka Felda juga mempersoalkan mengapa Felda Plantation tidak boleh dimansuhkan walhal ianya boleh memberi manfaat kepada 79,000 generasi kedua Felda, berapa untung sebenar Felda Plantation yang kononnya diguna untuk membayar gaji 25,000 kakitangan Kumpulan Felda dan 45,000 pekerjanya.

Tambah beliau, benarkan terdapat 43 anak syarikat Felda sedang bermasalah serta projek perumahan generasi kedua Felda Air Hitam, Kluang yang dijanjikan lebih lima tahun tidak terlaksana./Harakahdaily

LAGI CABARAN DEBAT, KALI INI KEDUA-DUA CALON DICABAR BERDEBAT

PRK TENANG: (Terkini) KUBID cabar calon DEBAT!!!


Kumpulan Blogger-Blogger Independent (Independent Bloggers Group) atau ringkasnya dikenali dengan nama KUBID telah mengantar surat jemputan Debat kepada Calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman. Debat itu bertujuan untuk melihat amalan politik baru iaitu politik berpegetahuan, " knowledge political " subur diamalkan dan dijadikan amalan murni di arena politik negara dimana dengan adanya diskusi atau debat terbuka ini yang lebih telus diantara calon yang bertanding sudah pasti akan memberikan maklumat dan penyelesaian mutlak demi kebaikan rakyat dan pengundi di DUN Tenang, dan bukan sekadar politik retorik.

Calon PAS, Cikgu Normala sudah bersetuju untuk menyahut cabaran debat tersebut. Kini, KUBID sedang menunggu maklum balas calon BN.

Adakah BN berani???

Terperinci pasal debat sila klik sini.

KESIHAN, MEREKA TERPAKSA MENJADI `BERUK' DEMI PERTAHANKAN APCO



Oleh: WFAUZDIN NS

MELIHAT kepada klip video di atas, rasa kesihan mengatasi rasa marah apabila melihat sekumpulan `beruk-beruk kelaparan' di Tenang begitu susah mahu mencari makan. Mereka terpaksa terpekik-terlolong umpama dijangkiti sawan atau histeria demi mempertahankan parti yang bersekongkol dengan Chua Soi Lek (pelakun porno) yang telah menghina Islam itu.

Anak-anak `beruk' ini sebenarnya begitu lama terpinggir di Tenang. Mereka sukar untuk mencari makan sebelum ini. Apabila adanya Pilihanraya Kecil di sini, inilah peluang mereka untuk mendapatkan upah walaupun dengan sebungkus rokok daun. Inilah nasib yang menimpa segelintir anak-anak muda Melayu yang telah diajar sejak lama dahulu dengan `subsidi' atau dengan menjadi peminta sedekah.

Melihat kepada peristiwa sedih di atas, menjadi kewajipan kita untuk menyelamatkan mereka ini. Jangan biarkan mereka berterusan menjadi hamba abdi kepada sekutu Apco sehingga terpaksa menjadi `beruk' upahan sedemikian rupa. Tenang mesti diselamatkan, anak-anak muda di Tenang mesti diletakkan ke tempat yang lebih baik dari yang ada sekarang. Bukan salah mereka kerana mereka hanya `binatang peliharaan' oleh sekutu Apco bersama dengan Apek pelakun lucah itu. /wfauzdin.blogspot.com

UMNO JOHOR KUAT ? MENGAPA TAKUT BAYANG-BAYANG

Jangan takut bayang-bayang

Johor dikatakan kuat UMNOnya di dunia. Tetapi apabila berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN Tenang, begitu banyaknya peruntukan yang diluluskan Kerajaan Pusat untuk menambat hati pengundi.

Apakah ini menandakan kerajaan UMNO-BN pun tidak yakin untuk mengekalkan kemenangan di situ? Untuk pengundi Felda khususnya, buatlah pilihan yang bijak untuk kebaikan generasi akan datang. Kerajaan UMNO-BN pernah berjanji semasa PRK Hulu Selangor dulu untuk membayar pampasan kepada bekas peneroka Felda Sungai Buaya sebanyak RM50,000 seorang, malangnya hingga ke hari ini hanya RM1,000 sahaja yang berjaya diprolehi setiap seorang melalui cek dan bakinya mungkin terpaksa tunggu jika berlakunya lagi PRK di situ.

Diharapkan kepada peneroka yang berada di kawasan DUN Tenang, berhati-hati dengan janji yang dibuat oleh pimpinan UMNO-BN. - /Sumber Sinar - MELAYU BAHARU PG

Rabu, 26 Januari 2011

MACAM-MACAM ALASAN BILA AJAK BERDEBAT

Oleh: WFAUZDIN NS

AHMAD Maslan masih mempertahankan dirinya dari digelar sebagai bacul dan penakut. Apabila ANAK mencabarnya debat dalam isu Felda, Ahmad Maslan putar belit minta adakan dialog. Katanya, "Berdebat selama sejam mana cukup, saya boleh beri dua hari untuk berdialog dan kita mempunyai semua jawapan kepada 20 perkara tersebut," (Malaysiakini).

Bukankah ANAK pernah hantar surat untuk berdialog secara terbuka dahulu? Mengapa tidak mahu berdialog secara terbuka? Kalau debat terbuka pun takut, dialog terbuka pun tidak berani, ini bermakna ada sesuatu yang mahu disembunyikan.

Sampai bila Maslan mahu tipu Peneroka? Sampai bila mahu sembunyikan salah laku diu dalam pengurusan Felda? Jika telus dan benar, mengapa perlu takut berdepan dengan Peneroka melalui debat atau dialog terbuka? Sekurang-kurangnya Maslan boleh dapat kredit kerana berani berdebat, tidak seperti Najib yang penakut itu.

Jadi, alasan masa tidak cukup untuk berdebat adalah satu alasan paling bodoh. Kalau benar sekalipun masa tidak cukup satu jam, boleh minta dua jam atau secara berperingkat dan bersiri, asalkan debat boleh berjalan. Jangan cari alasan yang manusia cerdik tidak boleh terima. Paling senang, katakan saja bahawa Umno memang takut untuk berdebat di dalam apa jua isu./wfauzdin.blogspot.com

`AYAH kencing berdiri, anak kencing berlari', Dua-Dua Kaki Kencing

Oleh: WFAUZDIN NS

`AYAH kencing berdiri, anak kencing berlari'. Maksudnya dua beranak ini `kaki kencing'. Itulah yang berlaku kepada Chua Soi Lek yang sebelum ini membuat fitnah besar terhadap hukum Islam berkaitan isu salam tangan di antara wanita Islam dengan lelaki yang bukan Muhrim. Mangsa fitnah beliau adalah Muslimat iaitu calon PAS di PRK Dun Tenang Puan Normala Sudirman.

Anaknya pula iaitu MP Labis, Chua Tee Yong melakukan fitnah terhadap Puan Normala dengan mendakwa calon PAS ini mempersoalkan penjualan arak sewaktu berkempen di sebuah kedai menjual arak. Apabila ditanya di kedai mana dan bila masa Puan Normala berkata demikian, anak `pelakon biru' ini tidak mampu menjawabnya.

PAS telah menghantar surat peguam kepada Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong, menuntutnya memohon maaf dalam tempoh 24 jam berhubung fitnahnya itu. Begitulah hebatnya parti komponen BN di dalam membantu calon Umno di dalam PRK Dun Tenang ini. Peliknya, tingkah laku mereka tidak mendapat kesan mendalam kepada pemimpin Umno yang mengaku memperjuangkan Islam itu.

Nampaknya tuduhan Umno selama ini bahawa PAS tunduk kepada DAP terbukti tidak benar kerana terbukti DAP sendiri membela PAS di dalam isu ini. Apa yang boleh dibuktikan sekarang adalah Umno yang tunduk kepada MCA dan Gerakan kerana Umno gagal mempertahankan maruah Islam yang dihina oleh sekutu mereka itu.

Persoalannya, adakah pengundi-pengundi Islam di Tenang akan mengikut jejak langkah Umno ini?/wfauzdin.blogspot.com

UNDIAN SINAR - 84 % TIDAK SETUJU BAHAWA PAS LAKUKAN FITNAH DI TENANG

Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Pas sudah kekeringan idea politik dan tiada modal untuk raih sokongan pengundi di Tenang sehingga pembangkang sanggup lakukan apa sahaja termasuk sebarkan fitnah demi memecahkan perpaduan ummah.

Setuju

16%
Tidak setuju
84%
Jum. Undian : 7919

Sumber: Sinar Edisi Johor

Di atas adalah keputusan undian yang diperolehi di dalam Sinar Edisi Johor hari ini. 84 % tidak setuju PAS lakukan fitnah sepanjang kempen PRK Dun Tenang. (Dipetik pada 26 Jan 2011 (5:30 AM)

PATUT PUN DIA KELUAR PKR, RUPA-RUPANYA `SATU KEPALA' DENGAN SOI LEK...

Aku dapat sumber ni dari blog member milo suam. Aduuhh...patut pun dia keluar PKR nak join sama Chua Soi Lek. Rupa-rupanya satu `kepala'. Masa sidang akhbar dia keluar dari PKR tu, aku tengok selamba je Ezam sesumpah sebelah. Ezam ni lah yang selalu cerita pasal moral DS Anwar. Mungkin Ezam sesumpah yakin video Chua Soi Lek tu palsu, dan Chua Soi Lek serta Ng Nanyang yang keluar PKR tu moral baik sekali.

Tengok lah perbualan FB di atas tu. Lucah tu beb !!.... Korang baca kat Milo Suam punya blog la yang lain tu...hehehe..../wfauzdin.blogspot.com

HATI-HATI LANTIK DATUK KHUSRIN, JANGAN KITA MENYESAL NANTI

Oleh: WFAUZDIN NS

DIBERITAKAN Kerajaan PR Selangor bersedia untuk menerima Datuk Khusrin sebagai SUK dan mungkin membenarkan beliau mengangkat Sumpah menyimpan rahsia. Namun, MB Selangor menyebut bahawa perkara ini akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Exco terlebih dahulu. Baca di sini.

Mungkin MB Selangor sudah berfikir banyak kali untuk mengambil keputusan yang amat `pahit' ini. Jika membaca kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hassan Ali sebelum ini, beliau berkata untuk dirinya tiada masalah berurusan dengan Datuk Khusrin kerana beliau ada pengalaman bekerja dengannya. Adakah ini sedikit sebanyak memujuk ketegasan MB Selangor agar menerima SUK yang beliau sendiri `tiada selera'?

Apa pun terserahlah kepada bijak pandai di kalangan Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil keputusan nanti. Kita telah `gagal' di dalam usul pindaan perlembagaan baru-baru ini dan adakah kita harus terus menerima `kegagalan' kali kedua dengan isu SUK ini? Sedih rasanya bila membayangkan kita menjadi Kerajaan memerintah, tetapi seolah-olah tidak `memerintah'. Rakyat telah bersama kita, yang tidak bersama kita adalah di luar sana. Mengapa perlu kita menoleh ke luar sana?

Memang sukar bagi MB Selangor dan para Exconya untuk menerima `kegagalan' kali kedua ini. Namun, apa pilihan yang mereka ada? Jika akhirnya kita terpaksa `tunduk' lagi, maka ribuan tahniah diucapkan kepada Datuk Khusrin dan bosnya di luar sana. Cuma mahu kita berpesan, jangan suatu hari kita mernyesal dan ianya tidak berguna lagi. Mungkin DS Nizar ada jawapannya.,/wfauzdin.blogspot.com

ANWAR JUGA SANGGUP DEBAT ISU LIWATNYA JIKA NAJIB BERANI

Oleh: WFAUZDIN NS

BERSUNGGUHKAH Najib mahu `londeh'kan Anwar sekaligus untuk membuat Ketua Umum PKR itu demam jika berdebat dengannya? Atau, Najib sekadar meneruskan sikap penipunya kepada rakyat terutamanya kepada pengundi-pengundi di Tenang? Saya rasa semua orang samada dari Umno mahu pun Pembangkang ingin sekali melihat Anwar `demam' dan di`telanjang'kan oleh Najib. Masalahnya, mampu atau beranikah Najib berdarah Pahang ini?

Anwar ketika mengulas kenyataan Najib, beliau bersedia untuk berdepan dengan Najib dari segi ekonomi sehinggalah ke hal peribadi masing-masing.

NONENamun katanya, jika Najib berterusan menyerangnya secara peribadi, beliau sanggup berdepan dengannya.

"Beliau tidak tolak cadangan saya (untuk berdebat) tetapi kata saya akan demam atau sakit, dan bercakap mengenai melondehkan Anwar... saya tidak mahu melayan isu peribadi ini, saya mahu membincangkan ekonomi.

"Tetapi jika beliau mahu meneruskan, saya memang bersedia, malah termasuk membincangkan kes liwat. Saya boleh jawab dan saya juga mahu timbulkan isu rasuah, pembunuhan, mencuri isteri orang lain, Port Dickson, - semua itu boleh dibawa dan dibincangkan juga,” kata Anwar (Malaysiakini).

Bayangkan, jika Anwar sanggup berdepan dengan Najib walaupun berkaitan dengan kes liwatnya yang Najib kununnya tahu banyak perkara, dan Najib masih `malu-malu' untuk berdebat, maka kita boleh nilai sendiri kredibiliti Najib. Kita tahu ramai pencacai-pencacai dalam Umno dan di luar Umno yang mahu cari makan tidak mahu sungguh Najib berdebat dengan Anwar. Mereka adalah seperti Ezam sesumpah, KJ, Rais Yatim termasuk juga `firaun besar' Zul Kulim.

Mengapa mereka bimbang sangat jika Najib berdebat dengan Anwar? Bukankah yang pasti `demam' dan `terlondeh' nanti adalah Anwar? Atau, sebenarnya mereka tahu siapa sebenarnya yang bakal `demam' atau `pitam' di atas pentas perdebatan itu nanti. Anwar telah memberikan pengajaran yang amat berguna kepada pemimpin Umno sewaktu beliau berdebat dengan Shabery Chik. Malang buat Shabery ketika itu kerana mungkin beliau terlupa membawa `tisu atau sapu tangan' untuk mengesat air liurnya.

Percayalah, atas apa jua isu Najib tidak akan ada keberanian untuk berdebat dengan Anwar. Beliau hanya berani bercakap seorang diri di depan kamera TV dan di akhbar pencacai sahaja. Malang sungguh ahli-ahli Umno kerana Presiden mereka sendiri tidak sangup untuk menghunus dan bertempur mengunakan `keris telanjang Umno' itu. Keris tersebut hanya layak dicium dan dijulang atas pentas Umno dan PERKASA sahaja./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 25 Januari 2011

PKR - ANTARA MUSTAFA KAMIL, CHEGU BARD DAN GOBALA

Oleh: WFAUZDIN NS

PKR telah menunjukkan kematangannya dan cuba sedaya upaya untuk menunjukkan keadilan dan ketelusan di dalam menguruskan parti. Ini terbukti apabila Pengarah Biro Latihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mustaffa Kamil Ayub tetap diberi notis tunjuk sebab daripada PKR disebabkan tindakannya menghalang proses pemilihan parti peringkat Pusat di Cabang Pasir Salak pada 25 September tahun lalu.

Tindakan PKR ini menunjukkan adanya langkah atau respon terhadap beberapa aduan yang diterima, dan diharapkan tindakan tegas seperti ini perlulah berterusan tanpa mengira sesiapa. Sebelum ini terdapat beberapa Cabang yang diarahkan untuk mengadakan pemilihan semula akibat terdapatnya bukti berlaku salah laku atau menyalahi peraturan mesyuarat.

Difahamkan masih terdapat beberapa aduan lagi yang belum diketahui statusnya. Ini termasuk aduan yang seringkali dipersoalkan oleh penyokong-penyokong Chegu Bard . Tempoh yang dijanjikan oleh Setiausaha Agung PKR untuk menyelesaikan perkara ini nampaknya tersasar tetapi kita harus memberikan lebih banyak masa kepada beliau asalkan hasilnya nanti memberi keadilan kepada semua. Kepada SUA pula, laksanakanlah amanah tersebut dengan jujur dan ikhlas. Jangan ragu untuk membuat keputusan walaupun dilihat tidak popular.

Berbalik kepada isu Sdr Mustafa Kamil, PKR mestilah mengadilinya dengan betul. Jika terbukti beliau bersalah sekali pun, saya merasakan kesalahannya tidak seberat kesalahan dan pengkhianatan yang dibuat oleh YB Gobala. YB Gobala sehingga kini berterusan menyerang pimpinan parti dan menunjukkan gelojohnya untuk dipecat dari PKR. PKR haruslah memecat YB Gobala segera kerana keangkuhannya itu.

Buat Chegu Bard pula, ada ketikanya kita terpaksa terlalu banyak mengalah dengan parti demi parti juga. Apa yang penting, prinsip harus dipertahankan dan bijak memilih saat dan waktu untuk bertindak. Saya percaya, parti tidak berniat untuk menyapu kesemua masalah di bawah `karpet' kerana di dalam PKR kita mempunyai ramai pimpinan yang berani menegur parti tidak seperti Umno. Satu kesilapan besar jika parti berbuat demikian./wfauzdin.blogspot.com

CAKAP MUHYIDDIN SUDAH TIDAK LAKU DI TENANG?

Oleh: Kawabuchi/forum Tranungkite

Jelas terserlah kehancuran kewibawaan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada kempen PRK Tenang.

Semalam beliau nasihatkan agar isu salam dihentikan. Tapi arahan beliau disanggah oleh Presiden MCA dan menegur Timbalan Perdana Menteri di khalayak ramai bahawa Muhyiddin menegur tidak mengikut saluran yang betul. Beliau akan meneruskan 'isu salam'.

Hari ni Muhyiddin nyatakan kes buku Interlok dalam proses penyelesaian dan beberapa formula sedang dirangka. Namun Timbalan Presiden MIC bertegas bahwa MIC tidak akan berganjak walau seinci dan dah berkali-kali disuarakan dalam mesyuarat kabinet.

Muhyiddin, nasihat aku baliklah KL. Buat kerja sebagai TPM dan Menteri Pelajaran kerana buat masa ni Rosmah yang buat. Jangan makan gaji buta dengan bersantai dan menabur fitnah di Labis yang akhirnya mengaibkan diri sendiri. Haram makan gaji buta hasil sumbangan keringat rakyat ! Lagipun, Ali Rostam bukan main hebat lagi menjeling kerusi tu !

MAHU TUNJUK HERO CABAR ORANG, TAPI NAMPAK BANGANG !!

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Felda kini dilihat tidak layak untuk menjadi pemimpin UMNO BN lagi sebenarnya. Ini berikutan kenyataan "bangang" dan tidak "berotak" yang mencabar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat supaya terlebih dahulu menurunkan harga barang di empat negeri yang mereka perintah.

Kenyataan itu dibuat ketika beliau terlalu asyik berkempen dan kecewa dengan tindakan Pakatan Rakyat yang menimbulkan isu kenaikan harga barangan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan (foto), berkata isu kenaikan harga barangan itu hanya bagi meraih sokongan.

“Kalau hebat sangat pembangkang, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. "Jangan tunggu selepas pilihan raya kerana mereka sudah dapat perintah empat negeri itu, saya cabar mereka cari duit dan beri subsidi supaya harga barang di empat negeri itu turun," katanya selepas bersarapan pagi bersama penduduk di warung Kampung Tenang di Labis, hari ini. Ahmad Maslan berkata, sebagai permulaan, beliau mencabar kerajaan di empat negeri tersebut menurunkan harga petrol di negeri masing-masing dengan cara memberi subsidi kepada pengusaha stesen minyak. "Cari duit beri subsidi kepada pengusaha stesen minyak supaya RON95 dari RM1.90 mungkin diturunkan menjadi RM1.50 seliter. Saya cabar turunkan harga petrol satu dulu cukuplah, kalau banyak nanti mereka tidak mampu," katanya.

Beliau berkata, sekiranya Pakatan Rakyat yang terkenal dengan menabur pelbagai janji, tidak boleh berbuat demikian maka tidak usah memperdaya penduduk di Tenang semata-mata untuk meraih undi daripada mereka. Katanya, kerajaan BN sentiasa prihatin dan berusaha mengurangkan bebanan rakyat termasuk memberi subsidi dan menetapkan harga barangan kawalan bagi barangan keperluan pada musim perayaan. Beliau berkata, kerajaan juga berusaha supaya harga komoditi terus naik dan rakyat mempunyai pekerjaan bagi menjana pendapatan mereka. Itulah alasan puak-puak UMNO BN sejak azali.

[Itulah kenyataan bangang dari seorang Menteri UMNO yang kononnya mahu menjadi "Juara Rakyat" itu gamaknya. Bukankah hal ehwal menaikkan dan menurunkan barangan termasuk minyak itu adalah menjadi kuasa mutlak Kerajaan Pusat iaitu kementerian yang diwakili oleh Ismail Sabri (Ahli Parlimen Bera). Bukankah, kerajaan pusat yang dipimpin oleh UMNO BN yang berhak atas kenaikan barangan yang berlaku di negara ini. Maka, mengapa beliau begitu bodoh mencabar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga barangan pula. Cakapnya "macam budak sekolah" dan langsung tidak mahu berpijak di bumi yang nyata. Jika inilah mentaliti Menteri UMNO, maka ternyata mereka yang terlibat adalah golongan yang "pendek akal" dan tidak sewajarnya diangkat sebagai pemimpin untuk rakyat Malaysia. Sebab itulah Ahmad Maslan terus mempertahankan Felda, biarpun dia sendiri tahu yang agensi itu kini berada dalam keadaan yang amat kritikal]./Sumber: PahangDaily

MENGAPA KECOH DI MERLIMAU ? SELESAIKAN DULU MUSUH DI TENANG


Oleh: WFAUZDIN NS

TUMPUAN sekarang adalah ingin menumbangkan Umno di PRK Dun Tenang. Meskipun selepas ini terdapat satu lagi PRK iaitu di Dun Merlimau, Melaka dan kemungkinan menanti pula di Dun Pelabuhan Kelang, namun PR ketika ini tertumpu di Tenang.

Sehingga kini, tiada pimpinan di dalam PR menyebut parti manakah yang bakal menggalas harapan PR di PRK Dun Merlimau nanti. Mengikut persefahaman yang dibentuk, jika sewaktu PRU Ke 12 yang lalu kerusi Dun Merlimau ditandingi oleh calon dari PAS, maka ini bererti kerusi itu layak diserahkan kepada PAS. Persefahaman ini amat baik dikekalkan sehingga menjelang PRU Ke 13 nanti.

Persefahaman inilah yang diperkatakan oleh Ketua Pemuda PAS, Us Nasruddin Tantawi agar calon PAS diletakkan di situ. Berbeza pula dengan kenyataan dari AMK Melaka yang dikatakan mahu agar kerusi tersebut diberikan kepada PKR atas faktor tertentu. Ini disokong oleh Ketua AMK, khabarnya. Baca ulasan PahangDaily di sini.

Saya merasakan lebih baik dan bijak jika kerusi tersebut diserahkan kepada PAS mengikut persefahaman yang dipersetujui. PKR tidak perlu tamak, kerana sifat tamak selalu membawa kepada kerugian. Doakan saja nanti di Dun Pelabuhan Kelang akan diadakan PRK, dan pada waktu itu PKR pula akan diberi peluang kerana kerusi tersebut ditandingi oleh calon dari PKR walaupun akhirnya calon ini bertukar menjadi `katak sakit' sekarang.

Apa pun, lupakan seketika Merlimau dan mari kita tumpukan ke Tenang. Ketika ini calon kita Cikgu Mala diserang dari berbagai sudut. Maruah Islam di Tenang sedang dicabar oleh MCA, Gerakan mahu pun oleh sekutu Apco. Kita diserang juga melalui media haprak kawalan mereka dengan berbagai dakyah yang kotor. Mudah-mudahan `tangan' wanita ini akan menggoncang Tenang, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

USUL PINDAAN DI TOLAK PENANDA UMNO LEBIH AWAL TERKUBUR DI SELANGOR

Oleh: WFAUZDIN NS

RAKYAT Selangor serta seluruh rakyat di negara ini telah menjadi saksi bagaimana usul pindaan untuk mengembalikan kuasa Sultan Selangor khususnya ditolak oleh golongan hipokrit. Mereka mencari seribu alasan untuk menolak usul ini bukan mencari alasan positif untuk menyokongnya. Kini, baru kita semua sedar siapa sebenarnya Umno dan apa tujuan Umno selama ini menuduh Kerajaan PR Selangor sebagai penderhaka Sultan.

Syabas dan tahniah buat Kerajaan Negeri Selangor terutamanya kepada MB Selangor yang berusaha sedaya upaya untuk mendaulatkan kembali kuasa Sultan. Sekurang-kurangnya harapan saki baki mereka (jika ada) yang kepingin sangat untuk membentuk kerjasama politik dengan Umno terkubur dengan peristiwa pagi semalam. Umno memperlihatkan bahawa parti ini tidak patut dijadikan teman sebantal walaupun atas alasan perpaduan Melayu atau Islam. Golongan yang membelakangkan institusi raja wajar dipinggirkan.

Apa pun, Kerajaan PR Selangor tidak berhenti setakat ini. Seperti yang diperkatakan oleh MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau akan pergi ke seluruh Selangor termasuk di kawasan kerusi Barisan Nasional (BN) untuk menerangkan isu pindaan itu yang mana Kerajaan PR sudah berusaha sedaya upaya untuk memartabatkan institusi raja dengan mengembalikan kuasa Sultan tapi gagal. Katanya lagi, "Saya berharap kita bersama-sama belajar. Mengapa kita tak buat perubahan. Kita jaga Selangor, kita wakil rakyat. Takkanlah kita nak benarkan (Kerajaan) Persekutuan halang pembangunan (negeri ini), katanya (Malaysiakini)

Kita sedia maklum, Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang paling maju di negara ini dan begitulah juga pemikiran rakyat di negeri ini. Mungkin di sesetengah tempat terutamanya di kawasan Felda, mereka masih kabur dengan agenda Kerajaan PR kerana mereka masih dikongkong. Seandainya kongkongan terhadap mereka boleh diatasi oleh Kerajaan PR Selangor, nescaya harapan Umno untuk bertapak di negeri ini menjadi seperti harapan Umno di Kelantan. Jika Kelantan sebuah negeri yang jauh kebelakang jika dibandingkan dengan Selangor dari segi kekayaan dan kemajuan masih mampu bertahan selama lebih 20 tahun, apakah Selangor tidak boleh mencapai setahap itu?

InsyaAllah, berkat usaha gigih PR di Selangor serta kebijaksanaan MB Selangor, negeri terkaya ini tetap menjadi aset penting buat PR selepas Kelantan. Jika kita berusaha gigih tanpa menghiraukan perbezaan pendapat sesama kita yang remeh temeh, nescaya Umno bakal terkubur lebih cepat dari tarikh Pilihanraya Umum ke 13./wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 24 Januari 2011

INTIPATI UCAPAN YB AZMIN DI DUN SELANGOR PAGI TADI


Sedutan Ucapan YB Azmin

" Antara lain, Noh Omar mendakwa Pakatan Rakyat sanggup melakukan apa sahaja yang bercanggah dengan undang-undang. Beliau juga membuat tuduhan jahat bahawa pindaan ini bermaksud untuk memberikan kuasa kepada YAB Dato’ Menteri Besar dan bukan memberikan kuasa kepada Tuanku Sultan."

" Di akhir mesyuarat pada hari ini, saya yakin rakyat akan dapat menjawab persoalan yang dilontarkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar dalam pembentangan pagi ini yang berbunyi, “Derhakakah kami jika kami mahu mengembalikan kedaulatan negeri dan Baginda Sultan yang memerintah negeri yang berdaulat ini?”

" Kalau kita kembali kepada Penyata Rasmi (Hansard) Parlimen semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang ditaja oleh Dr. Mahathir Mohamad, ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang mengeluarkan kata-kata kesat dan celupar terhadap institusi Raja-Raja Melayu. Antaranya, seorang Ahli Parlimen UMNO berkata : Adakah Yang Berhormat hendak menuduh akhbar yang putar belit. Saya tidak. Saya hendak mengatakan raja yang putar-belit, sehari bersetuju, dua hari tidak bersetuju. Ini kenyataan yang tepat, yang jelas.

" Kita rujuk pula kepada kenyataan-kenyataan media dan ucapan Dr. Mahathir Mohamad sekitar tahun 1983 dan 1993, jelas membuktikan bahawa Dr. Mahathir adalah penderhaka dan UMNO adalah pengkhianat. Media yang dikuasai oleh UMNO digunakan untuk memaparkan cerita-cerita yang mengaibkan peribadi Raja-Raja Melayu bagi mewujudkan sentiment dan emosi benci rakyat terhadap institusi Raja-Raja Melayu. Berita Harian pada 19 Januari 1993 menyiarkan kenyataan seorang Ahli Parlimen UMNO dari Perak yang mengingatkan Raja-Raja supaya mengambil kira suara rakyat jika tidak Raja-Raja tidak dapat kekal lama “malah takhta mereka mungkin akan beralih ke muzium…”.

" Hari yang keramat ini menyaksikan Pakatan Rakyat, sebuah gabungan parti-parti politik yang mewakili rakyat Malaysia pelbagai kaum mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu."

" Malangnya, perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri oleh Sidek telah membelakangkan suara dan hak rakyat Negeri Selangor. Apabila diasak oleh rakyat Selangor, Sidek memberikan respon yang tidak bertanggungjawab dengan mengatakan bahawa beliau telah berbincang dengan Dato’ Ramli Mahmud. Mungkin Sidek terlepas pandang atau kedangkalannya sendiri untuk menghayati prinsip Federalisme di mana prinsip Demokrasi Berparlimen membawa maksud Ketua Negara adalah DYMM Yang Di-Pertuan Agong manakala Raja-Raja Melayu adalah Ketua Negeri masing-masing. Ketua Kerajaan Pusat adalah Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan Negeri adalah YAB Dato’ Menteri Besar".

" Siapa Ramli Mahmud? Beliau hanya merupakan seorang penjawat awam yang bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri. Malangnya, diakhir talian hayat perkhidmatannya dengan Kerajaan Negeri, saya difahamkan Ramli Mahmud menjadi tali barut kepada Sidek Hassan untuk mencapai agenda politik Kerajaan Pusat.

" Najib mendakwa Program 100 Hari Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga akan menyebabkan negara muflis. Inilah masalah Najib, bila Pakatan Rakyat hendak menolong rakyat, kita dituduh tidak bertanggungjawab dan akan memufliskan negara tetapi apabila memberi subsidi kepada kroni, negara tidak muflis. Sebenarnya Program 100 Hari hanya melibatkan kos RM19.2 bilion sedangkan kalau diambil kembali subsidi yang dianugerahkan kepada empat syarikat Penjana Kuasa Bebas (IPP) dan mengatasi masalah ketirisan, Kerajaan akan memperolehi RM51 bilion."

Ucapan Penuh lihat di : Duniacarcamerba

DEBAT ANWAR - NAJIB, GILIRAN ZUL KULIM MEMBELA NAJIB PULA


Oleh: WFAUZDIN NS

ZUL Kulim `firaun besar' telah lama kita ketahui memang kaki temberang semasa berada diu dalam PKR lagi. Beliau sendiri pun mengaku bahawa beliau memang suka temberang kununnya atas arahan Anwar semasa berada di dalam PKR. Bayangkan seorang `ustaz' pejuang Islam yang berani kununnya, boleh melakukan pembohongan dek kerana arahan Anwar. Pelik apanya sekarang dia temberang lagi tapi atas arahan bos baru sekutu Apco?

Zul Kulim yang menenggek di atas kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru yang tidak diredhai oleh majoriti pengundi kawasan tersebut, di dalam tulisannya di sini, cuba membela Najib agar tidak berdebat dengan Anwar. Beliau mahu Najib setaraf dengan dia yang penakut lagi bacul kerana beliau sendiri pun takut berdebat dengan YB Khalid Samad tentang isu Kalimah Allah. Banyak kali dicabar, kecut peguam tak ada kelas ini.

Menariknya, Zul Kulim alih perhatian pada isu liwat DS Anwar. Beliau cabar Anwar berdebat dengan Saiful. Lepas tu cabar Anwar berdebat dengan Karpal Singh dan juga YB Gobala. Sedangkan beliau sendiri penikus dengan debat. Kenapa tidak sahut cabaran YHB Khalid Samad untuk berdebat? Mengapa sibuk mahu bela Najib? Ada udang balik kopiah dia kot.

Lagi menunjukkan beliau jahil lagi kaki temberang, apabila beliau mengulas mengapa Anwar tidak mahu bersumpah seperti Saiful. Mengapa Anwar mematuhi fatwa Ulamak Dr Yusof Qhardhawi yang tidak mermbenarkan Anwar bersumpah dan tidak memakai nasihat Dr Asri. Maknanya, Zul Kulim ini tidak iktiraf keilmuan Dr Yusof Qardhawi. Zul Kulim menulis, katanya, " Heran ya, kalau pasal sumpah cepat pulak nak berfatwa, ikut Islam konon tak boleh bersumpah. Sedangkan kalau diikut hukum, berdebat-debat ini dilarang Rasulullah saw."

Lihat betapa `cerdik'nya MP Kulim Bandar Baru yang dipecat dari PKR ini. Saya yang tidak sebodoh beliau pun tahu bahawa perdebatan ini sudah lama dipraktikkan di kalangan Ulamak dahulu kala, bahkan dipraktikkan juga oleh Imam dari 4 mazhab. Banyak kisah hasil dari perdebatan antara Ulamak ini ada yang membawa kerahmatan. Ada Paderi yang memeluk Islam setelah berdebat dengan Ulamak atau ilmuan Islam. Zul Kulim tidak tahu kah di dalam Al-Quran ada menyebut tentang perdebatan atau berhujah dengan musuh Islam? Atau sebenarnya beliau tahu, tetapi disebabkan perangainya yang kaki temberang, beliau sanggup temberang demi membela Najib?

Sepanjang tulisannya itu, paling kelakar apabila beliau sebut Anwar suruh beliau berjumpa Najib untuk selesaikan masalah liwat. Siapa Zul Kulim di sisi Anwar sehingga kuat sangat pengaruhnya itu? Beliau pun Anwar yang `kasi makan' bertanding di Kerusi Parlimen setelah PAS `campak'kannya. Perasan sungguh si kaki temberang ini. Baru-baru ini beliau mahu serang DAP dan PAS juga PKR di dalam isu Azan. Akhirnya, beliau kelu tidak berkata apabila mengetahui yang menentang suara Azan itu adalah peguam ahli dari MCA. Di situ kita boleh tahu standard otak Zul Kulim.

Saya nasihatkan Zul Kulim, beliau kena banyak mengaji semula. Semenjak beliau dipecat dari PKR, apa jua yang beliau dedahkan sedikit pun tidak menguntungkan Najib, jauh sekali merugikan Anwar, malahan lebih menampakkan kebodohannya sendiri. Seperti yang beliau nasihatkan Anwar, saya yang tidak sebodoh beliau ingin menasihatkannya agar sahut cabaran YB Khalid Samad dahulu sebelum sibuk mahu campor urusan debat Anwar - Najib./wfauzdin.blogspot.com

BINGUNG ATAU BENGONG ?

Harakahdaily

LABIS, 23 Jan: Dalam keadaan pemimpin-pemimpin Umno yang hidup dalam keadaan mewah melampau dan rakyat terhimpit dalam peningkatan kos kehidupan yang semakin membebankan, PAS melahirkan rasa kesal terhadap cara Umno menghadapi isu negara Islam untuk mengalihkan perhatian rakyat di pilihanraya kecil Tenang.

“PAS tegaskan bahawa bentuk negara yang dikehendaki oleh rakyat ialah sebuah negara yang bebas dari budaya rasuah, salah guna kuasa, memaksa akta yang menindas rakyat, bebanan hidup rakyat yang semakin meningkat manakala di waktu yang sama pemimpin Umno hidup mewah melampau dan rakyat terpaksa membayar kos yang bukan kos sebenar,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini sebagai respon kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyokong tindakan MCA untuk memainkan isu negara Islam di PRK Tenang.

“Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada. Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina,” Muhyiddin dipetik sebagai berkata semalam.

Muhyiddin membuat kenyataan tersebut sebagai menyokong tindak-tanduk MCA yang mengedarkan risalah-risalah berbahasa Cina untuk menakutkan orang bukan Islam terhadap negara Islam dan PAS sehinggakan seolah-oleh merestui juga tindakan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang memperkelehkan adat Muslimat yang tidak bersalaman dengan lelaki bukan muhrim sebagai satu isu politik di Tenang kelmarin.

“Dia (calon PAS, Normala Sudirman) tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.

"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS," kata Chua.

Sehingga kini, tiada satu pemimpin Umno, Perkasa dan termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, Jamil Khir Baharom yang tampil untuk menuntut Chua untuk meminta maaf atas tindakannya yang jelas menghina adat Muslimat, terutamanya calon PAS, Normala Sudirman dalam adab bersalaman seorang Muslim dengan individu yang lain dalam konteks masyarakat majmuk.

Sementara itu, Tuan Ibrahim membidas cara Umno menghadapi isu negara Islam, yang ternyata sangat berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh DAP melalui presidennya Karpal Singh, yang baru-baru ini telah menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan sedia berbincang dengan PAS berhubung isu negara Islam dalam konvesyen Pakatan Rakyat ke-2 di Kepala Batas, bulan lepas.

Sebelum itu, Menteri Besar Johor, Ghani Othman turut serta bersama MCA dalam memainkan isu negara Islam dengan menakutkan pengundi-pengundi di Tenang bahawa ‘PAS ingin menubuhkan negara Islam dan berkeinginankan hukum-hakam yang memotong tangan kepada mereka yang mencuri’.

Dalam menjawab tohmahan Ghani, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, model negara yang ingin PAS perjuangan sudah dapat dilihat daripada pemerintahan PAS di Kelantan untuk lebih 20 tahun.

“Tiada rakyat yang tersisih dalam arus perancangan dan pembangunan. Kita tidak isytihar atau tukar Kelantan ke Darul Islam, ia kekal Darul Naim.

Kita bawa dasar membangun bersama Islam. Islam yg membawa rahmah, bukan menyusahkan rakyat, bukan merosakkan akhlak rakyat, atau menggalakkan budaya negatif,” tambah Tuan Ibrahim.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, usaha Umno dalam menghadapi isu negara Islam hanyalah bertujuan untuk menakutkan orang bukan Islam kepada Islam dan mengalihkan pandangan rakyat daripada menilai tawaran 100-hari yang diwar-warkan Pakatan Rakyat.

Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa PAS bersama Pakatan Rakyat sudahpun membuat deklarasi bersama untuk menerima prinsip-prinsip yang telah dijamin dalam perlembagaan negara.

“Isu negara Islam segaja dilontar bagi mengalih perhatian rakyat dari menilai tawaran 100-hari Pakatan Rakyat. Umno BN bukan sahaja gagal menyahut cabaran debat, sebaliknya menimbulkan isu remeh temeh soal bersalam, soal sarung tangan yang dipakai calon.

"Ini bukti UMNO BN ketandusan modal bagi menghadapi PAS dan Pakatan Rakyat,” bidas Tuan Ibrahim./Harakahdaily

PRK DUN TENANG - BERSABARLAH NORMALA, PERTAHANKAN MARUAH KAMU DAN ISLAM BIARPUN KAMU TEWAS

Ok Tak ?

Ini Ok ke?

Calon PAS, Normala....Tak ok kot !!

Oleh: WFAUZDIN NS

ADAKAH Normala Sudirman calon PAS di PRK Dun Tenang akan menjual maruah diri dan agamanya hanya kerana mahukan undi dari pilihanraya ini nanti? Beliau kini digasak begitu hebat oleh puak-puak sekutu Apco yang mengaku Islam dan juga puak-puak sekutu Apco yang Non Muslim di dalam kempen di Tenang sekarang.

Tuduhan `zina' ke atas Normala bebas diperkatakan melalui blog pro sekutu Apco Yahudi Laknatullah ini. Memang itu ajaran Apco jika inginkan sesuatu kejayaan hendaklah berani melakukan fitnah dan mencipta pembohongan. Jika mahukan undi, kamu mesti tentang mereka habis-habisan walaupun terpaksa menghina ugama kamu sendiri. Inilah yang berlaku di Tenang sekarang. PAS terpaksa hadapi ini semua dengan dibantu oleh sekutunya dari PKR dan DAP.

Puak sekutu Apco itu amat tidak senang sekali apabila melihat calon PAS Normala mempertahankan hukum Islam dengan tidak bersalam dengan lelaki yang bukan Muhrimnya. Mereka lebih senang bersekongkol atau bersetuju dengan pemimpin yang pernah melakukan aksi lucah dan berzina di hadapan kamera, dan pemimpin yang digelar `Bintang Porno' ini lah yang memperlekehkan hukum Islam. Itulah yang diajar oleh Apco Yahudi Laknatullah.

Saya tidak tahu sejauh mana keimanan penganut-penganut ugama Islam di kawasan Dun Tenang. Mereka kini berhadapan dengan dugaan yang amat berat iaitu memilih di antara menyelamatkan agama Islam atau memungut umpan dan habuan duniawi yang ditaburkan oleh sekutu Apco. Saya pun tidak pasti sampai bila orang-orang Melayu yang berada di Dun Tenang masih sanggup dibuli dan dicucuk hidung mereka seolah-olah Allah tidak menganugerahkan mereka untuk berfikir.

Memang benar, sekarang mereka boleh bermewah dengan apa yang mereka perolehi terutamanya para Peneroka Felda. Tidakkah mereka bimbang nikmat yang mereka perolehi ini nanti akan hilang dan akan digantikan dengan kesengsaraan akibat tindakan mereka bersekutu dengan penghina Islam ini? Fikir-fikirkan lah sebelum terlambat. Mengejar habuan dunia jangan sampai menentang perjuangan Islam. /wfauzdin.blogspot.com

PERSIDANGAN DUN SELANGOR - SPEAKER ATAU SPR YANG BERKUASA ?

Oleh: WFAUZDIN NS

PAGI nanti Dun Selangor akan bersidang khususnya bagi meminda Perlembagaan atau Undsang-Undang Tubuh Negeri Selangor di dalam mengembalikan kuasa Sultan yang telah di`rampas' oleh `Si Perampas' dahulu kala. Persoalannya, adakah Adun dari Umno/Bn menyokong atau tidak agar kuasa Sultan dikembalikan?

Satu lagi perkara, adakah Speaker yang berkuasa di dalam Dun atau SPR? Jika kuasa Sultan pun mereka sudah `rampas', adakah kuasa Speaker pun SPR mahu rampas? Kita lihat pagi nanti, adakah Adun Umno dari Pelabuhan Kelang iaitu Badrul Hisham akan dibenarkan berada di dalam Dewan atau tidak setelah Speaker mengistiharkan kerusinya kosong. Seorang Pengamal Undang-Undang, Datuk Mohd Hafarizam Harun menyebut,
"Sama ada kerusi itu kosong atau tidak, ia akan hanya ditentukan oleh SPR. Jadi tindakan menghalang Badrul Hisham menghadiri sidang DUN adalah tidak wajar" (malaysiakini).

Nampaknya kuasa Speaker terbatas dengan kuasa SPR. Dewan dilihat tidak lagi mulia semulianya SPR. Lintang pukang demokrasi dan Perlembagaan sekarang sejak bermulanya isu rampasan kuasa di Perak. Apa pun kita lihat pagi nanti. Adakah isu ini akan berlanjutan sehingga mahkamah akhirnya menjadi penentu demokrasi di negara ini. Dan, siapa lagi yang tidak kenal mahkamah di negara ini?/wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 23 Januari 2011

SAYA DEMAM SAYA MAKAN PANADOL, SAYA TETAP MAHU DEBAT - ANWAR


Memulakan kempen pertamanya dalam pilihan raya DUN Tenang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas mahu berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung rancangan 100 Pakatan Rakyat sekiranya menawan Putrajaya.

Mengulas sindiran Najib bahawa Anwar akan demam, dengan nada tegas, ketua pembangkang membidas bahawa beliau akan tetap hadir walaupun diserang penyakit itu.

"Kenapa (beliau) tidak mahu (berdebat)? Kenapa tidak berani? Kenapa menjawab dengan menghina saya. Oh, kalau saya jawab, saya ada maklumat, saya akan londehkan Anwar dan demam," katanya Anwar mengajuk kenyataan Najib.

"Tak apa, saya telan Panadol, kita debat. Tak apa, deman pun saya akan hadir. Demam pun saya mampu debat. Insya-Allah," katanya sewaktu menyampaikan ucapan sulungnya di Felda Tenang malam semalam.

Malah katanya, sekiranya Najib yang juga presiden Umno memilih tidak bercakap berkaitan ekonomi dan menyentuh peribadi, beliau juga bersedia menyahut cabaran tersebut.

"Oh Anwar ini, akhlak rendah, peliwat, ya, tak mengapa tapi bawa bukti. Saya (juga) nak sebut cerita rampas bini orang, saya nak sebut pasal rasuah RM500 juta, saya nak sebut pasal pembunuhan Altantuuya, jawab.

"Saya nak tanya, saya tak mahu buat tuduhan. (Kita) nak tengok siapa kena londeh," sindirnya disambut dengan gelak ketawa kira-kira 250 hadirin yang hadir di Felda Tenang.

'Rais, Allah bayar tunai'

Anwar berkata demikian bagi membalas kenyataan Najib yang menggesa Anwar terlebih dahulu 'menyelesaikan masalah peribadinya' khususnya tuduhan liwat sebelum campur tangan dengan urusan lain.

Sebelum ini Anwar mengutarakan cadangan debat apabila apabila perdana menteri memperlekeh rancangan reformasi 100 hari Pakatan sekiranya berjaya berkuasa di peringkat pusat.

tenang by election 220111 anwar speech crowdDalam ucapan di Felda tersebut, Anwar turut menyindir Menteri Komunikasi, Kebudayaan dan Warisan Datuk Seri Rais Yatim yang dikatakan merogol, seperti yang 'didedahkan' WikiLeaks.

"Saya tuduh dia? Tidak. Ini (pendedahan) WikiLeaks. Ada siasatan dahulu tetapi siasatannya sekarang ditarik. Itu soal dia.

"Tapi saya nak tunjuk, kamu rasa bagaimana pedihnya bila diaibkan, difitnah, dimalukan di khalayak umum," sindir Anwar.

"Kamu tolong sebarkan, sekarang dengan sendirinya tercampak dan terpalit ke muka kamu," tegasnya Anwar sambil mendakwa sebelum ini Rais didakwa pernah menuduhnya seorang yang "rendah budi pekerti dan akhlaknya".

Sehubungan itu, Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri mengingatkan hadirin supaya jangan bersikap takbur dengan orang lain kerana Allah akan membayar "tunai" kepada perbuatannya.

MK