Sabtu, 2 Oktober 2010

MENGAPA YB AZMIN MENJADI MANGSA FITNAH?

Oleh: WFAUZDIN NS

FITNAH mula disebarkan di penghujung kempen pemilihan jawatan utama di dalam PKR. YB Azmin terus menjadi sasaran melalui fitnah yang tidak masuk akal apatah lagi datangnya dari seorang `pengkhianat' yang pernah ingin `berbogel' untuk berdemontrasi di awal pemerintahan Kerajaan PR di Selangor. Apakah pengkhianat seperti ini boleh dipercayai? Baca di sini.
Semalam YB Azmin menafikan dakwaan yang menyebut beliau melakukan konspirasi untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor. Malahan, Tan Sri Khalid juga menolak dakwaan dan fitnah tersebut. Agenda untuk melaga-lagakan YB Azmin dan Tan Sri Khalid nampaknya diperhebatkan menjelang pemilihan kali ini. Namun, semua ahli PKR yang diberi kuasa memilih nampaknya tidak sebodoh yang disangka. Kewibawaan YB Azmin yang sentiasa komited dengan perjuangan di dalam PKR tidak lagi boleh dinafikan.

Mana mungkin YB Azmin menjadi terlalu bodoh untuk melakukan konspirasi sedemikian rupa semata-mata untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid. Ramai yang mendakwa YB Azmin adalah `anak emas' DS Anwar Ibrahim, dan jika itu dakwaan mereka maka perlu apa YB Azmin bersusah payah `mengupah' lelaki yang suka `berbogel' itu untuk menjalankan konspirasi terhadap Tan Sri Khalid? Bukankah lebih senang YB Azmin mendapatkan kerusi MB Selangor dengan hanya memujuk DS Anwar sahaja? Masakan DS Anwar tergamak menolak permintaan YB Azmin itu jika benar YB Azmin adalah `anak emas' beliau.

Fitnah seterusnya ada yang menyebut bahawa DS Wan Azizah amat tidak menyukai YB Azmin untuk menjadi Timbalan Presiden PKR. Begitu juga dengan YB Nurul Izzah. Ini semua dakwaan tidak berasas sama sekali. Jika DS Wan Azizah atau YB Nurul Izzah tidak menyokong YB Azmin, itu adalah perkara biasa di dalam amalan demokrasi tetapi menyebut bahawa DS Wan Azizah dan YB Nurul Izzah `membenci' atau anti YB Azmin itu adalah fitnah jahat. Tiada sebab untuk Presiden dan anaknya itu membenci YB Azmin.

Saya kagum dengan YB Azmin yang masih `steady' dengan semua fitnah jahat ini. YB Azmin tidak pernah memperlekeh Presiden ataupun Timbalan Presiden apatah lagi Ketua Umum PKR. Beliau tidak menggelar Presiden dengan gelaran `boneka' dan beliau juga tidak menghina Timbalan Presiden sekarang dengan gelaran `nyanyuk'. Beliau tahu menghormati Ketua Umum dan tidak melabelkan Ketua Umum sama seperti 1ahli biasa' parti walaupun beliau sedar jawatan Ketua Umum tiada di dalam Perlembagaan atau Organisasi Parti.

Mungkin ada yang menganggap saya taksub dengan YB Azmin. Pada saya, seperti juga kepada yang lain sekiranya terdapat tuduhan maka siasatan rapi mesti dijalankan. Bukti mesti kukuh bukan hanya sekadar mendengar cakap dari orang yang suka `berbogel' itu. Jika ada cd rakaman, siasat segera. Sesiapa pun boleh merakam suara dan menyebut nama si Polan dan si Polan tetapi adakah itu benar? Mengapa waktu pemilihan sekarang baru timbul? Lakukan siasatan dan jika terbukti YB Azmin melakukan kerja jahat itu, maka YB Azmin harus diambil tindakan malahan boleh dipecat. Tetapi, jika tidak benar maka pembawa cerita fitnah itu pula haruslah juga dikenakan tindakan.

Selagi YB Azmin tidak dibuktikan bersalah, maka beliau adalah pemimpin yang paling layak untuk menjadi Timbalan Presiden PKR. Kelayakan beliau sememangnya telah diuji sejak awal lagi dan komitmen beliau terhadap perjuangan PKR tiada siapa boleh nafikan. Sememangnya musuh-musuh PKR amat bimbang jika YB Azmin berada di saf kepimpinan kerana beliau banyak mewarisi sifat kepimpinan dan ketokohan seperti DS Anwar walau pun sedikit. /wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. cikmat takut amat2 perkembangan yg berlaku dlm pkr ni,ianya akan beri kesan jangka panjang pada PAKATAN RAKYAT

    BalasPadam
    Balasan
    1. SALAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.
      KALAU ANDA INGIN TAU INFO TOGEL, KENAL,KAN NAMA AWA IBU HARUNG, KAMI TINGGAL DI SABAH PEKERJAAN USAHA KECI-KECI LAH, DAN TUKAN MASAK DI RESTORAN ,SELAMA KAMI KENAL YANG NAMANYA KI NASIB KAMI TIDAK SEPERTI YANG DULUH… KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA AKI TAGALA BERKAT ANGKA YANG DI BAGI SAMA BELIAU.DAN ALHAMDULILLAH TEMBUS.DAN KAMI MINTA ANGKA,4D…5D…DAN 6D…
      ANGKA NAIK YAITU,DI.
      SPORTS,TOTO 4D,5D, 6D ,7-4-9-3-6-3
      SIAPA TAU AWA SEMUA MAU SILAH KAN GABUNG SAMA KAMI,DI BOCORAN RAMALAN TOGEL, AKI TAGALA DAN KAMI BERSUKUR HASIL PASANG TOGEL TGL,18,02 ,2015…
      ….
      SEMUA UTANG UTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI SEMUA,KAMI PUN BISAH MEMBUKA USAHA KEMBALI,WALAUPUN ITU DGN CARA PASANG TOGEL, ITU MERUPAKAN RESKI BAGI KAMI SE- KELUARGA ,JADI YG SERING KALAH DLM PERMAINAN TOGEL HUBUNGI AKI/SMS KE NMR INI, 082-302-563-395 —KESUSAHAN ANDA DALAM MAIN
      TOGEL DI,JAMIN [3] KALI PUTARAN…
      ATAU, KUNGJUNGGI, BLOG, AKI TAGALA …
      DAN SUKUR ALHANDULILLA MENANG LAGI, …
      Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada AKI TAGALA yang telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau kami sekarang udah hidup tenang..sudah tidak di kejar-kejar hutang …Kami di berikan Angka Ritual Ghoib Dari AKI TAGALA yang sangat sangat Jitu 100%…hingga kami sekarang merasa tenang lagi…terima kasih KI …Jika Anda ada yang merasa kesulitan masalah Nomer Toto apakaH 2D.3D.4D.5D.6D.itu semua terserah anda, silahkan HBG ATAU SMS Aja Pada AKI TAGALA …di nmr hpnya [082-302-563-395] pasti anda akan merasakan apa yg selama ini kami rasakan…Salam Bahagia dan Sukses..!!
      DENGAN ANGKA GOIB ,ATAU ANGKA RITUAL// ANGKA MAHLUK HALUS….
      angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
      angka GHOIB; malaysia
      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
      angka GHOIB; laos
      angka ritual gaib kuda lari
      TOTO, 2D, 3D, 4D, 5D, 6D…
      SUPREME TOTO 6/58,/MEGA TOTO,6/52,POWER TOTO 6/55…
      MAKNUM 4D,/STS,/88,/DA MA CAI 1+3D,/ DAN LAIN-LAIN parah pencinta togel.
      DAN LAIN-LAIN,ITU SEMUA TERGANTUNG PERMINTAAN KAMI…ATAU SEPESIAL DEROH 4D ANGKA RITUAL ADA PADA AKI TAGALA …..
      Di jamin anda pasti menang seperti kami >>>>>> >>>> KELIK DISINI KELUARAN NOMOR TOGEL 4D 5D 6D 7D SAMPAI 12 ANGKA <<<<

      Padam
  2. hrp2 lps pemilihan ni semua nya selesai...bak kte org carik2 bulu ayam ye cikmatgelap....yg bimbang nye musang2 berbulu ayam yg msh berkeliaran...

    BalasPadam
  3. Azmin ni bukanlah buruk sangat tetapi rakyat tak suka sebab sikapnya serta konco2nya serupa dgn umno. Itu saja... mudah sgt nak faham. Rakyat tak suka umno kenapa? Sebabnya ialah kronisma. Rakyat inginkan perubahan bukan persamaan. Rakyat sudah ambil iktibar apa yang terjadi pada pas di mana kebanyakan pemimpin atasannya takboleh pakai disebabkan pemilihan yg berpihak2. Malaysia perlukan perubahan dari semasa ke semasa. Oleh itu pemimpin yg berkarisma yg boleh membentuk perubahan diperlukan. Jika azmin dipilih maka tiada perubahan. Azmin serupa je dgn anwar seperti najib yg serupa dgn mahathir. Cuba lihat pas skrg apa dah jadi? Lembik dibawah pimpinan presiden dan koncu2nya yg tiada karisma. Sebagai contoh pas dan pkr adalah 2 parti yg paling terkebelakang dlm pendaftaran pemilih pengundi baru kerana terlalu sibuk berpolitik serta memfaraidkan harta kerajaan negeri masing2 terutamanya di selangor. Kami di grassroot bercampur gaul dgn mereka dan kami lihat mereka tidak ubah seperti umno malah lebih teruk lagi ego dan sombongnya. Untuk pengetahuan blogger yg berpihak pd seseorang, kami menyokong keadilan bukan kerana nak gantikan umno tapi kami inginkan PERUBAHAN. Kalau masih serupa umno maka lebih baik kami terus sokong umno yg dah establish. Lebih mudah dan lebih senang dpt projek. Tapi kami perlukan keadilan bukan penerusan sistem2 yg korup.

    Harap maklum...

    BalasPadam
  4. kemenangan pasti akan bawa perubahan klu ramai yg komited dgn perjuangan....kita bukan saja nak perubahan...kita kena masukkan diri kita dalam barisan pejuang2 yg akan terus berjuang agar perubahan dari kezaliman kepada mencapai keadilan hakiki,wadah perjuangan perlukan pejuang2 yg bukan mengharapkan ganjaran tapi akan istiqamah dlm menuntut keadilan....PATAH SIKU BERTONGKAT DAGU,PATAH KAKI BERTONGKAT KETIAK....

    BalasPadam