RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 1 Oktober 2010

PEMILIHAN PKR - USAHA TERAKHIR JATUHKAN AZMIN MELALUI FITNAH

CD Konspirasi Azmin Jatuhkan MB Di Dedahkan

Banyak pendedahan panas yang berlaku sejak akhir-akhir ini, termasuk yang melibatkan calon-calon untuk jawatan tertinggi parti. Terbaru semalam, seorang bekas pemimpin tertinggi PKR mendedahkan rakaman "perbualan telefon" tentang "satu konspirasi" untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Pendedahan tersebut telah dibuat oleh Ng Lam Yong (foto) iaitu salah seorang pemimpin veteran serta pengasas Parti Keadilan Nasional (PKN) suatu ketika dulu. Menurut beliau konspirasi itu dilakukan oleh Calon Timbalan Presiden PKR iaitu Azmin Ali sendiri. Beliau memintan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat perkara tersebut. Dalam sidang medianya semalam, Lam Yong mendedahkan beliau menerima sebuah CD yang dihantar melalui pos ke rumahnya. Katanya, CD tersebut mengandungi rakaman perbualan telefon diantara dua lelaki selama 10 minit berhubung dengan perkara berkenaan. Tambah memeranjatkan, menurut beliau perbualan tersebut adalah melibatkan seorang yang amat dikenali iaitu Ramlan Abu Bakar, Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis). Ramlan dipercayai telah menggemparkan politik negara akibat kerelaannya melakukan "Demontrasi Bogel" di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Pada tahun 2009 dulu, Ramlan dipercayai mengadakan demontrasi tersebut atas alasan kononnya sudah rimas dengan permainan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana terus memandang sepi berhubung aduan yang dikemukakan berkaitan dengan kebajikan dan permasalahan rakyat. Kes itu mendapat liputan meluas oleh media arus perdana. Malah ketika itu media memainkan isu bahawa wujudnya usaha Azmin untuk merampas kerusi Menteri Besar daripada Khalid. Lantaran itu Azmin Ali dikatakan terpaksa letakkan jawatannya dari ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selepas gagal gulingkan Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Benarkah Azmin Yang Arah Demonstrasi Bogel

Dalam CD yang didedahkan oleh Ng Lum Yong itu, beliau secara jelas mengatakan amat mengecam suara Ramlan Abu Bakar (foto) namun tidak kepada suara yang satu lagi. Antara lain, Ramlan yang mengetuai "Skuad Bogel" itu memberitahu bahawa dia telah diarahkan oleh Azmin Ali untuk menjatuhkan Khalid. Ramlan juga mengakui kepada indidivu tersebut bahawa dia dijanjikan ganjaran yang merupakan sebuah lot berniaga di pasar malam dari Azmin. Malah Azmin katanya telah membekalkan dokumen tentang rasuah bagi menjatuhkan Khalid. Perbualan tersebut bermakna Azmin telah merancang untuk menjatuhkan MB Selngaor itu sejak sekian lama katanya. “Saya ingin bertanya Azmin: apakah tujuannya menggunakan Ramlan untuk melancarkan kempen terhadap Khalid sedangkan Khalid juga adalah ahli PKR dan Menteri Besar Selangor?” Walaubagaimanapun, Ng memberitahu dia tidak mempunyai niat jahat, dan menambah bahawa tujuan mendedahkan perbualan ini kepada umum adalah untuk menjelaskan keadaan demi kebaikan parti. “Saya masih lagi ahli parti dan sayang kepada parti. Saya tidak mau menghancurkan parti. Saya telah banyak berkorban sepanjang 10 tahun yang lalu.” kata Ng, yang bertanding sebagai Calon Parlimen Tanjong Malim sebelum ini tetapi menolak untuk bertanding di Parlimen Wangsa Maju pada tahun 2008.

Pendedahan Di Lakukan Atas Kehendak Sendiri

Beliau menambah, apa yang dilakukannya di Wangsa Maju (dimana Wee Choo Keong sekarang Ahli Parlimen Bebas) sedangkan beliau sepatutnya menjadi Ahli Parlimen menunjukkan bahawa dia bukan lapar kuasa. “Saya bukan gila kuasa. Saya disini atas kehendak diri saya sendiri dan tidak dipaksa atau dibayar oleh sesiapa pun.” katanya. Dia menjelaskan sebab utama dia mendedahkan rakaman perbualan itu kerana mahukan parti membersihkan nama rakan-rakannya (termasuk Azmin dan Khalid) dengan mendedahkan isu ini sebelum rakaman tersebut tersebar luas. “Semalam, Syed Husin Ali hantar SMS kepada saya meminta dihentikan sidang media ini. Tetapi saya rasakan perlu meneruskannya. Saya tidak tuduh sesiapa. saya hanya mahukan penjelasan dan mahukan parti mengambil serius perkara ini.” katanya. Ng juga menerima panggilan dari Naib Presiden Dr. Lee Boon Chye dan Tian Chua.

Ramlan Mengaku Azmin Ada Tawarkan Habuan

Sementara itu semalam, Ramlan Abu Bakar (foto) juga mendakwa Naib Presiden PKR, Azmin Ali pernah menawarkan habuan kepada Reformis untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Menurut Ramlan, antara tindakan Reformis yang ada kaitan dengan agenda tersebut ialah demonstrasi bogel di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada 2009 serta aduan rasuah melibatkan Abdul Khalid kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau berkata, semua tindakan itu bertujuan menjatuhkan Abdul Khalid sekali gus memberi laluan kepada Azmin untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru. "Memang tidak dinafikan agenda perjuangan Reformis berasaskan rakyat, tetapi Azmin seorang yang amat bijak dalam konteks memanipulasi keadaan. Beliau gunakan kesempatan itu untuk mencalar imej Menteri Besar. "Sebagai ahli politik, Azmin merupakan seorang yang bercita-cita besar dan antara matlamatnya adalah untuk jadi Menteri Besar Selangor. Saya dan rakan-rakan dalam Reformis menjadi alat untuk capai matlamat itu," katanya./PahangDaily

Ulasan Blogger:

Jika benar cerita itu, pimpinan wajib ambil tindakan. Tetapi jika tidak, pihak yang memanjangkan cerita ini juga mesti diambil tindakan. Yang pasti, dalam perbualan telefon yang dikatakan itu bukan suara Azmin. Sesiapa pun boleh bercakap melalui telefon dan membuat rakaman dan menyebut nama sesiapa sahaja dengan niat untuk memburukkannya. Soalnya, mengapa perkara ini timbul sewaktu pemilihan? Adakah kerana melihat suasana semasa yang menyaksikan Azmin berada di hadapan untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden?


10 ulasan:

  1. dah terang lagi bersuluh bahawa azmin itu jahat lagi bernafsu binatang.

    tokoh veteran pkr itu sendiri meminta suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat hal tersebut, mengapa pula wfauzdin berkesimpulan terlebih dahulu dengan menyatakan ia adalah fitnah dan merupakan usaha terakhir menjatuhkan Azmin?

    Kami juga berhak bertanya berapa sdra dibayar oleh Azmin untuk menjadi pencacainya?

    BalasPadam
  2. Azmin ali & hasan ali nampak mcm sama je. Sama2 berjuang utkjatuhkan Khalid Ibrahim. Sama2 nak jadi MB negeri terkaya di malaysia. Satu daripkr & satulagi dari pas. Masing2 dah nampak true color selepas menang pru12.

    BalasPadam
  3. Baca ulasan saya betul2. Saya kata patut siasat. Tidak mustahil itu fitnah...Tentang upah tu, tak payah upah...baru berapa je nk byr broadband niii...

    BalasPadam
  4. kuang kuang kuang2..

    ape agaknye komen wfauzdin kalu belum atau tiada pengakuan dibuat oleh RAMLAN, sedangkan dah buat pengakuan pun, cuba tgk title artikel ni, then korg fikir2 kan la sendiri..

    kat sini nampak sgt perangai busuk wfauzdin yg suka mendengar ape yg dia suka dgr, menidakkan ape yg dia tak suke dgr..

    cuma yg aku taknampak kat artikel ni, mungkin pelik juga, kali ini UMNO tidak dikaitkan dgn penyebaran CD tersebut..

    but aku takkan terkejut sekiranya UMNO dikaitkan utk isu yg sama in the next posting mamat bangang nih!..

    BalasPadam
  5. sekadar pngakuan semua org bleh buat. Azizan buat pngakuan diliwat oleh Anwar. Saiful pun sama. So, apa cerita? Ramlan tu semua dh tau perangai dia dari awal PR mentadbir Sgor. Jika dia mahu kaitkan Azmin, dan jika betul, siasatlah dulu. Pngakuan org dh tak pakai, akuan bersumpah pun org pertikai skrg ni. Yg penting siasat secara telus...tak mustahil Azmin difitnah...

    BalasPadam
  6. Maaf cakap, rakyat skrg bukan mcm rakyat zaman anwar dlm umno dulu. Kami rakyat sokong anwar atas dasar keadilan krn kami percaya beliau dizalimi tetapi ingat, kami tak terima apa saja pengakuan anwar bulat2. Kalau umno boleh buktikan anwar bersalah secara logik akal maka tak mustahil kami akan tolak anwar juga. Malangnya, apa saja bukti yg umno kemukakan masih dilihat mcm kartun. Azmin juga begitu... kami tidak melihat hanya dari satu sudut. Macai2 beliau di mpaj berkeliaran menjaja projek dgn upah 20% upfront dari nilai projek tersebut. Apa bea dgn umno? Kami benci umno krn itu semua. Salah ke kami juga benci amin dan kuncu2nya krn perkara yg sama? Kami menilai seseorang pemimpin dari bnyk suduk bkn hanya perwatakan seseorang itu saja. Perwatakan boleh dibuat2. Mengikut kajian seseorang manusia boleh melakonkan berbagai watak dlm sehari. Najib juga berpewatakan sopan santun bila di majlis2 rasmi. Rakyat juga boleh menilai keikhlasan seseorang itu walaupun tidak tepat. Sbg contoh saya dapat menilai keikhlasan kata2 dato' saifuddin abdullah dlm rancangan soal jwb yg saya tonton dlm youtube. Walaupun dia umno tapi fakta yg dikemukakan nampak ikhlas pd sudut pandangan saya wpun keikhlasan seseorang itu hanya milik Allah SWT. Kami rakyat yg bertamadun dianugerahkan akal fikiran dan mampu menilai seseorang itu wpun kdg2 silap menilai.

    BalasPadam
  7. waris, pasal kes anwar, dah byk dibuktikan melalui2 blog2 yg disokong oleh bukti2 dan tindakan pelik anwar sendiri yg suka menangguh2kan kes liwat yg begitu mudah sekali beliau tepis dgn adanya bukti alibi yg sibuk beliau jaja sana sini..kenapa penangguhan, demi penangguhan dipilih si anwar?

    bukakan minda, jenguk blog ni www.anwaraidc.com. Moga ALLAH beri hidayah kpd mereka2 yg ingin mencari kebenaran..

    BalasPadam
  8. anon 17:33 masih ingin menunjukkan kebebalannya..

    bukti2 yg ditunjukkan masih ditidakkan..adakah saudara setuju LGE menipu dgn menidakkan bahawa kerajaan penang langsung tak menerima sumbangan dari wang hasil dari sumber haram utk program2 mereka? ini baru satu contoh..

    dan yg penting pengakuan di atas bukan dilakukan oleh seteru PKR, tp org dalam PKR sendiri..

    Bila Saifuddin bercakap bahawa kekecohan berlaku pada waktu pemilihan PKR adalah disebabkan oleh org2 luar bukan ahli Parti, adakah anda bersetuju yg si saifuddin menipu?

    bukti2 datang dari kalangan ahli PKR sendiri kenapa tidak terdetik di fikiran kalian bahawa kebykan pemimpin2 fuckatan rakyat suka menipu terang terangan?

    kwan baik anwar ibrahim, ie Dato Nalla, ape yg menyebabkan beliau cukup anti si nuar setelah berkawan baik selama 30 tahun? pernah saudara merenung sejenak kebenaran kata 2 dato nalla tentang anwar ..

    ape dah jadi dgn pembohongan anuar tentang 16 Sept? satu dunia si juburi ni berbohong..

    bukti ape lagi? pengakuan ape lagi?

    BalasPadam
  9. Tanpa nama 18:40, aku mintak maaflah kalau setakat bukti mcm tu yg kau suruh aku percaya. Itu bukan bukti tapi itu propaganda. Sorry lagi sekali. Aku bkn ahli mana-mana parti. Aku setakat mengundi je dan ambil tahu sikit2 pasal politik. Aku bukan hardcore. Aku rakyat yg bebas minda boleh sokong siapa saja yg aku suka. Kalau kau nak terlungkup dgn umno kau pun itu kau punya pasal. Ini negara bebas. Penulis blog ni nak terlungkup dgn amin dan anwarnya pun aku tak peduli.

    BalasPadam
  10. Pembetulan... bukan amin tapi azmin. Keyboard aku "z" dia dah rosak.

    BalasPadam