TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

CERAMAH DI MENTAKAB

CERAMAH DI MENTAKAB

Rabu, 29 September 2010

DUN GALAS, SERAHKAN SAJA PADA PAS

PAS Sarankan BN Berkompromi Pada Pilihan Raya Kecil Dun Galas

KOTA BAHARU, 28 Sept (Bernama) -- PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

"Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri, di sini, Selasa.

Che Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, meninggal dunia akibat barah usus di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, semalam.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Takiyuddin berkata dengan cara demikian juga ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan kewangan kedua-dua pihak dalam pilihan raya kecil.

-- BERNAMA

2 ulasan:

  1. Kenyataan bijak tetapi terdapat kebodohan drp Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan .
    Macam mana kalau UMNO kata perangkap dah kena?.
    UMNO tak akan rugi apa apa(buat masa inilah)jika ia pura pura terima cadangan Takiyuddin.Dimasa yang sama PAS tidak akan dapat kemenangan percuma kerana UMNO bukan kecik anak yang bolih kata ya,tapi kaki dan tangan berkata tidak.
    jab sp

    BalasPadam
  2. demi perpaduanG melayu? biar betui PAS ni? hahahaa...ambo malu mengaku melayu -nicky ajis

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini