RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 1 Oktober 2010

PRK DUN GALAS - UNTUNG ATAU TIDAK UMNO PILIH KU LI JADI PENGARAH PILIHANRAYA?

Pensyarah: Pelantikan Ku Li lebih efektif jejas undi BN

Para penganalisis berpendapat, pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai jentera BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas bergantung kepada peranan yang bakal dimainkan oleh veteran Umno itu.

Seorang pemerhati politik berkata, Tengku Razaleigh yang juga wakil rakyat bagi kawasan parlimen itu akan memberikan kelebihan kepada PAS berdasarkan keadaan semasa.

"(Tengku Razaleigh) lebih efektif dalam menjejaskan undi BN, bukannya menarik lebih banyak undi," katanya pensyarah fakulti ekonomi dan sains polisi UCSI Ong Kian Ming.

Jelasnya, perkara itu dilihat apabila Tengku Razaleigh giat bercakap mengenai isu royalti minyak dan ini membuka peluang kepada serangan oleh PAS kerana BN tidak banyak membuat penjelasan mengenai isu berkenaan.

“Kalau (Razaleigh) bijak, dia boleh (pengaruhi) BN atau Umno supaya bersetuju untuk menyemak semula pendirian mereka tentang isu royalti minyak," katanya lagi.

Bagaimanapun, timbalan presiden BN Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat perkiraan yang baik dengan melantik Tengku Razaleigh ke jawatan tersebut, katanya.

"Ia juga akan beri sedikit perlindungan kepada Muhyiddin sekiranya BN tewas," katanya lagi.

Bagi penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Mohammad Agus Yusoff pula berkata, 'faktor Ku Li' tetap memainkan peranan dalam pilihan raya kali ini.

“Ia bergantung kepada (ruang) autonomi yang diberikan kepadanya untuk mengetuai (jentera pilihan raya). Kalau hanya 'pengarah kosong', dia masih boleh boikot kalau dia mahu," kata Agus.

Katanya, pilihan raya kali ini bukan saja penentu untuk sokongan Umno di Galas, tapi juga kepada Tengku Razaleigh sebagai wakil parlimen Gua Musang.

"Dia sangat berpengaruh (sebab) itu kan kawasan dia?" katanya dan menambah Tengku Razaleigh kini perlu menjelaskan pendiriannya dalam dasar-dasar kerajaan.

Menurutnya, Tengku Razaleigh mempunyai pandangan berbeza berhubung isu-isu dasar dan pilihan raya kali ini merupakan peluang untuk veteran Umno itu menjelaskan pendiriannya.

Tengku Razaleigh yang masih berada di luar negara setakat ini masih berdiam diri sama ada akan menerima jawatan tersebut walaupun timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan sebaliknya.


Beliau dijangka kembali negara ini pada 9 Oktober depan./Malaysiakini

1 ulasan:

  1. KU LI ni sokong royalti kelantan bukan sbb nak tolong kerajaan Kelantan dapatkan wang royalti..

    dia cuma nak diberi perhatian oleh UMNO..walaupun dia mempunyai pengaruh besar di Kelantan esp GUa Musang, dia rasa dia dipinggirkan..pernah skali hendak mencuba nasib bertanding utk menjadi presiden UMNo pada persidangan lepas, walaupun beliau tahu beliau takkan menang tp masih ingin bertanding..kenapa? kerana ingin menarik perhatian kerajaan PUSAT..itu aje..

    bila mana beliau menerima panggilan dari TPM utk menjadi pengarah PRK galas, beliau cukup seronok kerana beliau merasa beliau masih diperlukan dan dapat memainkan peranan penting kepda parti yg beliau sertai sejak dulu..

    so, takpayah la nak cakap yg si Ku LI sokong PAS..bermimpilah korg!

    BalasPadam