TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Rabu, 29 September 2010

JIKA IKHLAS MAHU SELAMATKAN ISLAM DAN MELAYU, JOM SERTAI PAS

Perpaduan Melayu: Nik Aziz ajak ahli Umno sertai PAS
Sep 29, 10


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengajak ahli Umno menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

Mursyidul Am PAS itu berkata, ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti berkenaan.

"Umno tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu PAS. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain daripada PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian komputer riba kepada 200 pelajar Kolej Masterskil Kampus Metro Kota Bharu, di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, agar Umno tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Cina pun boleh jadi calon PAS di Galas

Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada PAS demi perpaduan orang Melayu selain mengelakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu tersebut.

Nik Abdul Aziz juga menegaskan perkara tersebut sudah sekian lama menjadi hasratnya.

Ditanya mengenai calon untuk pilihan raya kecil tersebut, Nik Aziz berkata PAS tidak mempunyai masalah untuk memilih calonnya.

"Sebagai sebuah parti yang sentiasa berada dalam persiapan sama ada musim pilihan raya atau tidak, soal calon sudah lama dikenal pasti, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

"Apatah lagi apabila PAS sudah ada kelab penyokong bukan Islam iaitu Cina yang boleh diletakkan sebagai calon jika perlu, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya.

Kerusi Galas kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima dari parti PAS meninggal akibat barah usus pada Isnin lalu.

- Bernama

1 ulasan:

  1. nicky ajis asik2 sebut pasal nak kasi jawatan kat cina..no wonder la kat kelantan ade "chinese freehold"..

    kalu nak jadi penjilat tegar DAP tu, agak2 la kan?

    jgn la sampai nak gadai maruah melayu, melacurkan agama islam!

    nicky ajis ni cakp mcm dah nak senja da..cepat2 la insaf nicky ajis, bersyukur la ALLAH bg panjang usia tu sbb nak bagi peluang demo bertaubat..

    tp makin melalut buat ajaran sesat plak..

    apakata suh DAP masuk PAS? ajak kalifah lim guan eng bubar DAP masuk PAS! asik ajak melayu je, cuba la ajak Cina DAP skali, baru la tak racist!..

    bodoh punye nicky ajis!

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini