RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 26 September 2010

MUSTAFA KAMIL TEWAS - TERKENAL DAN TERNAMA TIDAK MENJAMIN KEMENANGAN

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAYSIAKINI melaporkan hari ini, "Naib Presiden PKR Mustafa Kamil Ayub menerima tamparan awal apabila tewas tipis 17 undi dalam pemilihan peringkat cabang Pasir Salak hari ini. Dalam pertembungan dua penjuru, Mustaffa mendapat 94 undi manakala pesaingnya Osman Abdul Rahman - bekas ketua cabang itu - mendapat 111 undi." (Malaysiakini). Sebagai seorang ahli politik berpengalaman di dalam PKR, kekalahan Sdr Mustafa Kamil mungkin tidak memberi kesan kepadanya kerana beliau seorang pemimpin yang tidak menjadikan jawatan sebagai pra syarat untuk berjuang menuntut keadilan.

Meskipun PKR telah melaksanakan berbagai usaha agar pemilihan kali ini benar-benar bersih dan telus, tetapi selagi undang-undang itu buatan manusia tentu ada kelemahan dan ketirisannya. Apa yang penting roh demokrasi sebenar telah berjaya direalisasikan oleh PKR dan ternyata jauh berbeza dari Umno. Dikatakan bahawa Sdr Mustafa Kamil akan membuat bantahan terhadap kekalahannya itu.

Seandainya benar dan terbukti berlakunya penyelewengan atau unsur rasuah di dalam pertandingan itu, saya bersetuju agar siasatan dapat diadakan. Sekiranya didapati bukti jelas, maka pihak bertanggungjawab dalam parti perlu tegas agar mereka yang terlibat samada pemberi dan penerima rasuah hendaklah dipecat dari PKR. Tiada ertinya parti yang mempunyai keahlian yang ramai jika mereka adalah terdiri dari pendokong amalan rasuah. Mereka ini pastinya akan mudah dijual beli oleh musuh-musuh parti yang sering menjadikan rasuah sebagai senjata mereka.

Sdr Mustafa Kamil Ayub juga perlu menerima hakikat kekalahannya seandainya tiada bukti jelas berlakunya amalan rasuah di dalam pemilihan ini. Ini menunjukkan amalan demokrasi telah disuburkan dan ahli berani membuat perubahan sekiranya mereka merasakan perlu adanya perubahan di peringkat pimpinan. Ini tidak bermakna Sdr Mustafa Kamil tidak boleh bertanding sebagai Timbalan Presiden. Namun, dari segi moralnya mungkin tidak memberi kelebihan kepada Sdr Mustafa Kamil untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Apa yang boleh dipelajari dari kekalahan Sdr Mustafa Kamil ini, semua pimpinan hendaklah mengetahui bahawa nama yang popular dan keakraban dengan pemimpin atasan tidak menjamin untuk dipilih oleh ahli parti. Inilah kelebihan PKR yang mana ahlinya tidak melihat pemimpin secara individu atau dibayangi oleh tokoh-tokoh tertentu, tetapi ahli memilih berdasarkan kemampuan dan kewibawaan tokoh itu terhadap parti./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. hakikat yang perlu diterima bahawa samada tewas atau menang bahawa mereka yang bersama Anwar sebelum ini(dari awal) akan terus kekal bersama dengannya dalam PKR.dan realiti juga walaupun tidak dianggap begitu,bahawa hayat PKR akan berahir sekiranya Anwar tiada.
    kesempatan inilah yang perlu diambil olih mereka yang mahu melihat politik Malaysia berubah dengan mengurangkan pertelingkahan sesama sendiri

    BalasPadam
  2. hakikatnya, pemimpin dipilih oleh setiap ahli bukan anwar. Itulah kelebihan anwar, seorang tokoh yg berani dan telus, sudah pasti anak didiknya pun begitu. Maka, hairan apa jika anak didiknya dipilih oleh ahli? Jauh berbeza dari Umno....Pemimpin melahirkan anak didik yg korup...yg baik disingkirkan....itu hakikatnya.

    BalasPadam