Sabtu, 9 Oktober 2010

PRK DUN GALAS - JIKA SAYANGKAN KU LI, UNDILAH PAS

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA Ku Li menerima tawaran pimpinan Umno untuk menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas. Meskipun PAS seboleh-bolehnya tidak mahu berhadapan dengan Ku Li bukan kerana takut, tetapi ingin menjaga hati Ku Li yang tidak kurang jasanya kepada Kerajaan Negeri Kelantan khususnya di dalam isu royalti minyak. Tetapi, takdir telah menentukan bahawa PAS tetap akan berdepan dengan Umno yang akan diterajui oleh Ku Li di Dun Galas.

Di dalam situasi begini, PAS mungkin berada di dalam dilema kerana PAS amat menyanjungi Ku Li biarpun berada di dalam parti yang berlainan. PAS juga mungkin faham, Ku Li juga turut berada di dalam keadaan dilema kerana pimpinan parti telah menyerahkan amanah dan tanggungjawab itu kepada beliau. Akhirnya, prinsip serta dasar perjuangan akan menjadi faktor utama mengapa PAS mesti melawan Umno habis-habisan kerana PAS tidak mungkin akan `membantu' Ku Li dan membiarkan keseluruhan rakyat Kelantan teraniaya.

Demi tanggungjawab kepada rakyat, PAS mesti terus mara ke medan perjuangan. Kita sedar bahawa Umno punyai `niat tertentu' mengapa parti tersebut meletakkan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas. Bukankah sebelum ini amanah tersebut kebiasaannya dipikul oleh Timbalan Presiden Umno (TPM) malahan juga Presiden Umno (PM) sendiri? Sudah tentu ada yang mahu dilihat oleh Najib dan Muhyiddin apa yang bakal terjadi kepada Ku Li nanti. Hakikatnya, Najib dan Muhyiddin tidak lagi mahu dimalukan seperti sebelum ini. Mungkin kali ini giliran Ku Li pula?

Umno kini sudah bersedia dengan alasannya tidak kira Umno menang atau kalah. Jika Umno menang (Na'uzubillah), maka Umno akan berkata, lihatlah, rakyat kini mula menerima Umno dan menolak PAS/PR. Tetapi sebaliknya, jika Umno tersungkur dan dikapankan lagi maka pemimpin Umno akan menuding jari kepada Ku Li dan menyebut betapa Ku Li tidak layak memimpin Umno sedangkan di Gua Musang sebagai kawasannya pun Ku Li boleh tewas. Maka, seandainya Ku Li mencuba nasib bertanding sekali lagi sebagai Presiden Umno di masa akan datang akan dinilai oleh ahli-ahli Umno sebagai pemimpin yang gagal.

Najib, terutama sekali Muhyiddin sudah tentu tidak mahu melihat Ku Li `come back' ke dalam hiraki kepimpinan Umno. Salah satu kaedah yang `paling lembut' untuk melihat Ku Li di`kubur'kan di arena politik Umno adalah dengan `membunuh' kerjayanya di Dun Galas, kemudiannya diluaskan pula di Parlimen Gua Musang. Mungkin Ku Li sudah tahu mainan politik ini, dan tidak mustahil Ku Li juga ada `strategi' tersendiri untuk bermain dengan mereka ini.

Apa yang dikhuatirkan, sekiranya Umno tewas lagi kali ini, akan timbul pula tuduhan Ku Li menjadi punca dan `mensabotaj' parti sendiri. Sebab itulah PAS seboleh-bolehnya tidak mahu Ku Li menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil di Dun Galas, lebih-lebih lagi sebagai calon Umno. PAS tidak sanggup melihat Ku Li terus di `gurkha'kan oleh Umno./wfauzdin.blogspot.com

MENGAPA DATO ZAID DISERANG, TIDAK MUSTAFA KAMIL ?

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

MENGAPA Dato Zaid Ibrahim dikatakan hebat `diserang' oleh YB Azmin malahan kununnya YB Azmin mendapat `perlindungan' daripada media Keadilan seperti Suara Keadilan dan juga TV Selangor? Tidak pula kita bertanya mengapa Dato Zaid lebih hebat `menyerang' kepimpinan parti tanpa menunjukkan rasa hormat beliau yang baru `dua hari' menyertai PKR? Ini semua patut difikirkan.

Kemunculan Dato Zaid di dalam PKR sememangnya amat dialu-alukan kerana beliau seorang tokoh berpengalaman dan dilihat berprinsip apabila menolak Akta zalim ISA yang diteruskan oleh rejim Umno. Sehubungan itu, pencalonan Dato Zaid sebagai calon PKR di dalam PRK Parlimen Hulu Selangor yang lalu disambut meriah oleh semua penyokong parti termasuk rakan-rakan di dalam PR, walaupun sebelum itu terdapat suara-suara yang mempersoalkan wajarkah Dato Zaid dicalonkan memandangkan beliau masih `mentah' di dalam PKR. Namun, parti lebih tahu menilai Dato Zaid dan kita semua patuh arahan parti.

Menjelang pemilihan kepimpinan di dalam PKR, Dato Zaid menarik balik pendiriannya sebelum ini untuk tidak merebut sebarang jawatan tertinggi di dalam parti. Kita masih tidak mempersoalkan prinsip beliau kerana amalan demokrasi yang diamalkan oleh PKR. Dato Zaid seterusnya memberikan syarat beliau tidak akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR sekiranya MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim turut bertanding jawatan yang sama. Kita berfikir mungkin itu adalah prinsip terbaru beliau. Dan, terbaru pula Dato Zaid meletakkan `syarat' bahawa beliau sanggup tidak bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR sekiranya YB Nurul Izzah bertanding jawatan yang sama. Adakah ini pendirian terbaru dan terakhir beliau?

Pertikaian di sini bukan masalah beliau ingin bertanding merebut jawatan atau tidak. PKR adalah parti yang menuju cita-cita untuk mewujudkan demokrasi sebaik mungkin walaupun belum berada di tahap terbaiknya. Tetapi, Dato Zaid tidak boleh mempergunakan alasan demokrasi sesuka hatinya sehingga melanggar batas-batas adab dan kesopanan. Kenyataan Dato Zaid yang banyak dilihat memperlekehkan kepimpinan parti sehingga ke tahap `menyanyu' (nyanyuk?) Timbalan Presiden parti bukan suatu amalan yang baik di dalam demokrasi. Setiap ahli tentunya ada disiplin yang wajib dipatuhi.

Mengapa Dato Zaid di`serang'? Jawapannya mudah, ia adalah kerana Dato Zaid tidak boleh dibenarkan terus melakukan sesuka hatinya di dalam parti yang baru disertainya. Menjadi tanggungjawab pemimpin dan media parti untuk memberitahu Dato Zaid bahawa beliau tidak harus bersikap seperti `Umno'. Apabila arahan parti agar pemimpin memboikot akhbar Utusan terutamanya, apa jawapan Dato Zaid? "Saya tidak peduli". Katanya. Dato Zaid juga pernah mengeluh betapa tidak bagusnya jika calon yang bertanding membentuk regu atau mana-mana Wakil Rakyat/MP menyuarakan sokongan terbuka kepada mana-mana calon. Mungkin beliau merujuk kepada sekumpulan MP yang hadir memberikan sokongan terbuka kepada YB Azmin sebagai calon Timbalan Presiden PKR.

Salahkah MP berkenaan menyokong YB Azmin? Bukankah Dato Zaid juga menyebut beliau bersedia memberikan laluan kepada YB Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan beliau bersedia untuk membantu kemenangannya? Bukankah ini juga sokongan terbuka beliau terhadap YB Nurul Izzah? Jadi, di mana silap dan salahnya MP lain yang menyokong YB Azmin?

Pada saya, serangan yang dikatakan `hebat' ditujukan kepada Dato Zaid tidaklah sehebat serangan beliau kepada kepimpinan parti. Jika Dato Zaid yang memulakan dan membuka gelanggang ini secara terbuka, maka beliau tidak harus gusar menghadapinya. Cuba kita lihat, tiada media atau mana-mana calon yang bertanding dilihat `menyerang' seorang lagi calon Timbalan Presiden PKR iaitu Sdr Mustafa Kamil Ayub. Mengapa? Ini adalah kerana Sdr Mustafa Kamil tidak memulakan `serangan' ke atas lawannya dan beliau cukup berdisplin.

Pendapat saya, seandainya YB Azmin tidak dipilih untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden PKR, maka kerusi tersebut amat tepat boleh diberikan kepada Sdr Mustafa Kamil Ayub. Kenyataan Dato Zaid bahawa beliau `tidak akan berubah' stailnya walaupun kini sudah berada di dalam PKR boleh kita nilai semula. PKR bukan memerlukan pemimpin yang bermegah dan ego dengan `stail'nya tetapi kita memerlukan pemimpin yang berani dan setia kepada arahan parti. Apatah lagi, wajib kita tolak pemimpin yang `bersekongkol' dengan media pencacai yang terang-terang kepunyaan Umno itu./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 8 Oktober 2010

KISAH RAHIMI SELANJUTNYA...

Cerita Rahimi menurut versi peguam

Jimadie Shah Othman & Aidila Razak
Okt 8, 10

Masih banyak yang belum diketahui tentang akuan bersumpah Rahimi Osman yang 'penting' itu, antaranya ia didakwa hanya setebal dua hingga tiga halaman sahaja.

Setelah bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tampil mendakwa dipaksa menandatanganinya oleh dua peguam - Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli – kelmarin, lebih banyak persoalan berbanding jawapan yang timbul.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Latheefa yang juga ketua penerangan PKR menceritakan semula apa yang beliau tahu tentang proses merangka akuan tersebut daripada mula hingga akhir.

Berikut apa yang terjadi bermula pada 28 Jun 2008, seperti yang diceritakan semula oleh Lahteefa:

Pada 28 Jun 2008, PKR mengadakan seminar kepimpinan di Hotel Quality Shah Alam, melibatkan hampir semua pemimpin dan wakil rakyatnya.
Laporan polis Saiful Bukhari

Sehari selepas itu, ketua kakitangan pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob mendengar desas-desus khabar bahawa terdapat Mohd Saiful Bukhari Azlan akan membuat laporan polis terhadap bekas bosnya. Maka Rahimi dipanggil untuk mendapatkan maklumat berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, dia tidak dapat dihubungi buat masa itu dan hanya hadir lewat malam itu. Di hotel berkenaan ketika itu ramai penyokong dan petugas media mula berkumpul kerana khabar angin Anwar akan ditahan semula seperti di zaman reformasi sepuluh tahun sebelum itu.

Ramai 'pengawal peribadi' dan anggota parti menempah tinggal di hotel berkenaan. Anwar pula bersetuju 'bersembunyi' seketika di kedutaan Turki di Kuala Lumpur.

Rahimi tiba pada malam 28 Jun itu dengan gementar dan ketakutan. Beliau menceritakan semula apa yang beliau dengar daripada Saiful Bukhari.

Rahimi juga minta tinggal di hotel itu kerana takut dicari polis berikutan kemungkinan namanya turut disebut dalam laporan polis Saiful Bukhari. Pasukan peguam itu bersetuju memberikan perlindungan kepada Rahimi.

Rahimi kelihatan kembali tenang semula setelah beberapa hari Saiful Bukhari membuat laporan polis mendakwa diliwat Anwar.

Bukan di bilik hotel

Beberapa pemimpin PKR yang kebetulan bertugas sebagai peguam ditugaskan menemuramah Rahimi bagi mendapatkan gambaran besar apakah sebenarnya yang berlaku ketika itu.
Selain Latheefa dan Saiful Izman, R Sivarasa turut terlibat.

Proses mendengar penjelasan Rahimi tidak dilakukan dalam bilik hotel, tetapi sebuah lounge peribadi di hotel tersebut. Bagaimanapun, semua draf akuan bersumpah dibuat dan drangka di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Akun bersumpah pertama dibuat secara tidak terperinci kerana mungkin Rahimi tidak bersedia memberitahu banyak perkara, terutamanya pembabitan Mumtaz Jaafar yang juga ibu kepada seorang kenalan sekolahnya.

Tiada pengurungan, Rahimi bebas keluar dan masuk. Malah beliau ada keluar daripada hotel beberapa kali, termasuk bagi menonton perlawanan bola sepak dengan beberapa 'pengawal peribadi'.

Selepas Rahimi dipanggil memberikan kenyataan kepada polis. Dia memberitahu tidak ditanya banyak soalan tetapi diberitahu ada kemungkinan dipanggil semula.

Tidak dapat dihubungi

Kemudian, selepas dipanggil kali kedua, Rahimi memberitahu bahawa dia ditanya sama ada pernah berjumpa dengan Rosmah dan Mumtaz.

Selepas dinasihatkan oleh peguam peribadinya ketika itu Stanley Sinnapan supaya bercakap benar, beliau menceritakan apa yang beliau tahu. Semua ceritanya tiada percanggahan dengan akuan bersumpah yang pertama.

Setiap perjumpaan dengan Rahimi tidak semata-mata berbincang soal akuan bersumpah tetapi bagi membantu pasukan pembelaan Anwar mengumpulkan maklumat.

Rahimi kemudian masuk dan keluar pejabat Anwar seperti biasa dan diberikan beberapa tugas kecil kerana dia tidak lagi bekerja secara rasmi. Dia juga terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh di mana Anwar bertanding.

Tetapi bila perbicaraan hampir bermula, apabila ketua pasukan pembelaan ditukar kepada Karpal Singh, Rahimi tidak dapat dihubungi. Dia tidak menjawap panggilan telefon dan SMS.
Kali terakhir Latheefa dan pemimpin PKR berhubung dengan Rahimi menjelang perkahwinan Rahimi hujung tahun lalu.

Selain Rahimi, terdapat beberapa orang yang berpotensi jadi saksi turut diminta membantu memberikan maklumat.

Tentang akuan bersumpah Rahimi

Akuan bersumpah itu tidak tebal. Ia hanya dua atau tiga halaman sahaja. Sebelum ditandatangan, Rahimi diminta menyemak semula drafnya beberapa kali supaya apa yang dia rasa tidak selesa boleh dibuang.

Ia ditandangan di depan pesuruhjaya sumpah di Petaling Jaya State, bukan Petaling Jaya Old Town seperti yang dinyatakan dalam laporan polis Rahimi kelmarin.

Dia tidak diberikan salinan dokumen itu “sebab tidak memintanya”. Kemungkinan sekarang Rahimi sendiri sudah lupa apa yang terkandung dalam akuan bersumpahnya.

Akuan bersumpan itu mengandungi dua bahagian, bahagian pertama tentang bagaimana dia mengenali Mohd Saiful dan pengalaman mereka bersekolah dan bekerja bersama.

Manakala bahagian kedua menceritakan tentang pertemuan Mohd Saiful Bukhari dengan Najib dan Rosmah./Malaysiakini

DULU ZAID GELAR AKHBAR INI `GESTAPO', KINI TIMBUL RASA KASIH DAN SAYANG PULA

Oleh: WFAUZDIN NS

ZAID IBRAHIM tidak setuju pimpinan PR memboikot akhbar termasuk Utusan. Walaupun pimpinan PKR khasnya baru-baru mengeluarkan arahan agar menjauhi Utusan, Zaid berkata beliau tidak peduli arahan itu. Tanpa media, mesej parti tidak sampai katanya.

Saya tidak tahu samada Zaid berkata demikian beliau berada di dalam keadaan waras atau tidak. Jika beliau sebelum ini mendakwa Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussin Ali sebagai `nyanyu' (nyanyok?), masakan beliau juga begitu kerana Zaid jauh lebih muda dari Dr Syed Hussin rasanya, Bukankah beliau pernah berkata akhbar ini sebuah `akhbar GESTAPO '? Apa itu Gestapo? Akhbar yang mengkritikkah atau yang menjalankan fitnah atau yang berniat jahat? Rujuk tulisan Zaid di sini. Adakah beliau lupa apa yang ditulisnya?

Jika akhbar itu bersifat mengkritik, Yes, kita boleh menerimanya kerana akhbar parti kita pun mengkritik juga. Tetapi akhbar yang kita sejak dahulu boikot ini bukan bersikap demikian, dan Zaid pun menjadi mangsa akhbar ini walaupun baru `dua hari' masuk PKR. Itu belum beliau jadi pemimpin seperti DS Anwar lagi. DS Anwar sudah lali dengan mainan akhbar Gestapo ini. Mengapa sekarang Zaid amat senang dengan akhbar ini? Masakan baru diwawancara sempena kempen pemilihan pimpinan PKR oleh Utusan, maka terbit rasa `kasih dan sayang'?

Dato Zaid dialu-alukan bertanding apa juga jawatan di dalam parti. Pedulikan dulu janji-janji beliau untuk tidak merebut jawatan tertinggi di dalam parti. Lupakan saja cakap-cakap beliau akan menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR jika Tan Sri Khalid bertanding jawatan itu. Abaikan pula kenyataan terbau beliau yang menyebut bahawa beliau sedia menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR jika YB Nurul Izzah bertanding jawatan yang sama. Mana satu pun kita tidak tahu.

Tetapi, biarlah, PKR adalah parti demokrasi yang lebih baik dari Umno walaupun tidak mencapai sebaik mungkin lagi. Silakan Dato Zaid bertanding, tetapi kita ingatkan beliau bahawa Utusan itu adalah milik Umno. Dan, Umno sifatnya tidak akan senang dengan PKR dan PR walaupun siapa jua pemimpinnya. Alasan mesej parti tidak sampai kepada rakyat jika memboikot Utusan adalah alasan Dato Zaid untuk menghalalkan tingkah lakunya. Semenjak bila Utusan telus dan jujur menyampaikan mesej parti pembangkang kepada rakyat?/wfauzdin.blogspot.com

DARI YANG MENGENALI SIAPA ITU RAHIMI

Akhirnya Rahimi berjaya di tangkap oleh Agen BN

Oleh: LeeSlimShady

"Baru sahaja Semalam Rahimi telah pun membuat satu laporan polis yang kononnya mendakwa akuan bersumpah yang di tulis telah di paksa Anwar Ibrahim.LSS juga mengenali Sosok tubuh si Rahimi tak kira Dalam AIC ataupun di luar pejabat Anwar.

Empat tahun dulu Rahimi antara orang yang bertanggungjawab membawa Saiful Bukhari Masuk ke dalam AIC.

Dan selepas itu Rahimi juga menjadikan Saiful sebagai pembantunya di pejabat Anwar untuk membantu kerja - kerjanya.Sebenarnya Rahimi bukan Setiausaha Sulit kepada Anwar tetapi Rahimi hanya lah sekadar pembantu kepada Nurul Izzah.Kerana tugas yang terlalu banyak Rahimi mengambil saiful sebagai pembantu hanya kerana " Kawan" dan simpati.Kita tidak tahu siapa yang membawa Saiful pergi bertemu dengan TPM Najib pada tahun 2008 tapi apa yang jelas setelah Saiful membuat laporan polis dengan mendakwa di liwat oleh Anwar Rahimi terus membuat satu kenyataan yang memaklumkan bahawa Saiful bukan Pembantu Anwar Ibrahim.

Rahimi juga membuat pengakuan bahawa Saiful adalah pembantu kepadanya dan Dia(Rahimi) adalah pembantu Kepada Nuru Izzah.Tak lama selepas itu Anwar di tangkap oleh polis - polis Gestapo.Dalam keadaan yang tegang Rahimi meminggirkan diri dari kes Anwar.Selama 2 tahun Rahimi menghilangkan diri dengan harapan agar tak di babitkan dengan Kes Anwar tapi sikap rakus puak - puak UMNO dan Barisan Nasional yang mengatur strategi untuk "memulang" Kan Anwar ke Penjara sungai berusaha untuk memburu Rahimi.Selama 2 tahun juga Si"jahanam" - "jahanam" ini memburu Rahimi dan akhirnya semalam Rahimi berjaya di tangkap oleh agen - agen Najib dan Rosmah.

Seperti yang berlaku pada Balasubramaniam dan Raja Petra yang di ugut dan di ancam dengan pelbagai ancaman seperti itu juga lah yang berlaku pada Rahimi.Rahimi di paksa membuat laporan polis yang kononnya dia di ugut untuk menulis akuan bersumpah pada 2 tahun lalu.Tetapi kenapa baru hari ini Rahimi buat laporan polis sedangkan tidak pada 2 tahun dulu.Selepas Saiful mengaku di liwat Nama Rahimi tak di "highlight" kan sangat.Nama yang selalu menjadi "publisiti" pada ketika itu adalah uncle pet dan bukanya Rahimi.Kerana difikirkan Rahimi adalah "alat" untuk membunuh Anwar maka Rahimi di buru sehingga ke lubang cacing.

Seperti juga Rahimi yang LSS Kenali adalah sahabat lama bagi saiful.Segala - galanya bermula seminggu sebelum Pilihan Raya. Waktu itu sejumlah anak muda yang sebahagiannya bernaung di bawah Anwar Ibrahim Club giat mengikut rombongan Anwar berkempen.Tiba-tiba muncul Saiful Bukhari dalam kelompok ini.Ya, Saiful Bukhari berjaya menyusup masuk bersama kelompok ini melalui sahabat lamanya Rahimi yang bekerja sebagai pembantu di pejabat Anwar Ibrahim.Kehadiran Saiful Bukhari tidak disenangi mereka yang kenal dengan beliau, khususnya bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional. Salah seorang daripadanya ialah saudara Najwan Halimi yang menulis siri Musang Berbulu Ayam di blognya (najwanhalimi.com).Najwan ialah bekas rakan sebilik Saiful semasa di tahun pertama.

Saiful dalam kenyataan kepada rakan-rakannya sering memaklumkan bahawa “Ibunya sedang menderita barah dan telah mati”. Ya, khabarnya Saiful tidak begitu gembira dengan ayahnya pada waktu itu.Blog lama beliau www.saifulbukhari15.blogspot.com (LSS tidak ingat alamat sebenar tapi ingat no. 15 itu kerana ia nombor calon ketika beliau bertanding dalam Pilihan Raya kampus) memuatkan retorika palsu dan cercaan dari rakan-rakan di UNITEN akibat ‘kehilangan’ beliau selepas terpilih menjadi anggota Majlis Perwakilan Pelajar di sana.

Sejak di kampus, beliau memang dikenal sebagai pro-kerajaan dan anti-Anwar Ibrahim.Tidakkah Anwar Ibrahim mendengar kritikan Najwan Halimi kepada Saiful Bukhari?Tidak, beliau mendengar.Tapi bagi mereka yang kenal dengan Anwar Ibrahim, malah bagi siapa saja yang biasa dalam dunia dakwah, sangka baik dan beri peluang adalah kata yang lekas keluar dari akal-fikir, hati dan mulut. Apatah lagi bila yang dicurigai beria-ria mengatakan dirinya insaf.Saiful terus kekal menyibukkan diri di pejabat Anwar Ibrahim – di Petaling Jaya dulunya – selepas Pilihan Raya. Beliau sendiri mengakui tidak ada surat dikeluarkan kepada beliau berkaitan pekerjaan.Rahimi dan Saiful menghidu peluang untuk bekerja sebagai Setiausaha Anwar Ibrahim bila Nik Nazmi, Sim Tze Min dan Nurul Izzah (semua mantan Setiausaha Anwar) menang dalam Pilihan Raya.

Ya, selepas Pilihan Raya Anwar memang ‘patah tangan’ kerana banyak urusannya tidak ada staf yang membantu. Dato’ Salehuddin juga telah diangkat sebagai Setiausaha Agong parti, justeru pentadbiran pejabat Anwar Ibrahim jadi tidak terurus.Waktu itu terdengar khabar perebutan jawatan “pemegang diari merah” (Setiausaha Sulit) Anwar Ibrahim.Hakikatnya, Anwar pernah menyarankan kepada Rahimi dan Saiful agar “pergi sambung belajar” sebagai satu kaedah sopan untuk mengatakan “anda tidak mampu menggalas kerja-kerja yang memerlukan kualiti kepakaran lebih tinggi”. Apa yang berlaku ialah mereka buat pekak badak!Mereka jadi amat tidak selesa apabila Anwar memanggil balik orang kanannya dari United Kingdom untuk berkhidmat.

Beberapa kali dalam mesyuarat diarahkan agar “diari merah” diserahkan kepada orang kanan ini (Siapa tu?? Braderr "R" kot??) namun tidak diendahkan oleh Rahimi dan Saiful.Memandangkan keterangan di mahkamah agak sensitif, LSS tidak bercadang menulis semua perkara di sini. Bukan kerana sub-judice, tapi ia mungkin melibatkan banyak isu lain yang sedang bergerak sama selain isu ini. Tapi saya yakin kisah sebenarnya lambat laun akan sampai ke pengetahuan umum.

Untuk LSS, Anwar memang berlaku silap saat “memberi peluang” kepada Saiful Bukhari masuk ke pejabatnya. Paling tidak jika mahu bersangka baik pun, bukan di pejabat beliau Saiful harus bekerja.Namun sebagai orang yang pernah dilatih di medan dakwah, LSS faham benar sikap bersangka baik yang tebal dalam diri Anwar.LSS berharap para peguam Anwar akan menyelongkar bahagian waktu sebelum Saiful benar-benar bertapak di pejabat Anwar dengan penuh kegusaran.LSS juga pernah mendengar bahawa memang ramai mengakui bahawa Saiful “boleh bekerja” dalam pengertian membuat panggilan dan menguruskan fail bagi pihak Anwar.

Saya hanya mahu katakan bahawa untuk kerja-kerja yang telah selesai dan hanya perlu menjadi tukang ambil, tukang buat panggilan dan sebagainya, ia kerja yang biasa dan bukanlah hebat sangat sebagaimana yang cuba digambarkan oleh Saiful dan juak-juak UMNO-BN.Saiful hanyalah penggemar Syed Hussein al-Attas, penulis buku politik di Janda Baik itu dan bukan Profesor Syed Hussein al-Attas!

Sebagai sahabat baik kepada saiful, Rahimi mestilah memberi sokongan se adanya kepada sahabatnya tapi apabila berlaku keadaan begini Rahimi akhirnya mengambil keputusan untuk melarikan diri.Tapi apa boleh buat,bak kata rakan saya Nik Bin Jidan apa - apa hal pus pas ti kena LLPK(Lari - Lari Pun Kena) Tangkap juga akhirnya.

Akhir kata buat Rahimi,"berpegang lah pada kebenaran, LSS tahu kamu(Rahimi) tahu segala - galanya dari A sampai Z, di dunia kita terlepas. tapi di-SANA siapa tahu?, di sini cuma Kemewahan sementara tapi Di-SANA adalah Siksaan yang Abadi, Ingat lah wahai Rahimi"/tranungkite

http://amkshahalam.blogspot.com

http://www.pejuangpro-demokrasi.blogspot.com

PEMILIHAN PKR - ZAID SEMAKIN CELARU ARAH HALUANNYA ?

Media pencacai pernah mainkan isu Zaid minum arak (foto super impose) sewaktu PRK Hulu Selangor, tapi Zaid kata buat apa boikot media seperti ini.....

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA Dato Zaid Ibrahim semakin hilang punca dan arah di dalam membuat keputusan walaupun terhadap dirinya sendiri. Calon yang dikatakan bakal memberikan saingan sengit kepada YB Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR itu selalu membuat kita terfikir apakah sebenarnya yang dimahukan oleh Dato Zaid.

Masih kita ingat di awal kemasukannya ke dalam PKR, beliau berkali-kali menyebut tidak berminat untuk menduduki kerusi tertinggi parti. Kemudiannya, Dato Zaid menyebut bahawa beliau tidak akan bertanding sekiranya MB Selangor Tan Sri Khalid mahu bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR. Terbaru pula, di sini, Dato Zaid menyebut pula beliau sedia tidak bertanding sekiranya YB Nurul Izzah bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR.

Apa sebenarnya yang diinginkan oleh Dato Zaid? Adakah beliau mahu Tan Sri Khalid sebagai Timbalan Presiden PKR atau lebih suka jika YB Nurul Izzah menjadi Timbalan Presiden PKR? Atau, Dato Zaid semata-mata mahu YB Azmin tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PKR? Sikap Dato Zaid seperti ini amat membingungkan, beliau seperti tiada panduan di dalam menentukan masa depan beliau sendiri. Apakah wajar orang seperti ini untuk dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR jika beliau bertanding?

Di dalam isu boikot akhbar pencacai, Dato Zaid mempersoalkan mengapa perlu boikot akhbar seperti Utusan. Sukar untuk kita terima mengapa Dato Zaid begitu `sayang' kepada akhbar seperti ini. Adakah beliau lupa akhbar pencacai ini pernah menyiarkan gambar beliau `meneguk arak' sewaktu kempen PRK Parlimen Hulu Selangor? Adakah kerana akhbar tersebut pernah mewancaranya baru-baru ini dan memberi ruang untuk beliau berkempen pemilihan parti, maka Dato Zaid mula merasa `kasih dan sayang' terhadap akhbar tersebut?

Kesemua pemimpin PR telah lama bersetuju untuk memboikot akhbar ini, tiba-tiba hadir Dato Zaid menyeru agar kita semua kembali menatap akhbar pencacai tersebut. Tersenyum lebar pihak pengurusan akhbar milik Umno itu dengan kenyataan Dato Zaid itu apatah lagi pada ketika ini kita sedia maklum betapa akhbar tersebut semakin merudum penjualannya. Dato Zaid kini berperanan untuk mengembalikan semula prestasi dan imej akhbar milik Umno itu.

Berbalik kepada kisah tadi, mengapa Dato Zaid ingin sangat YB Nurul Izzah bertanding merebut kerusi Timbalan Presiden PKR? Apakah beliau yakin YB Nurul Izzah mampu menewaskan YB Azmin semata-mata YB Nurul Izzah anak kepada DS Wan Azizah dan DS Anwar? Ini satu cara simbolik untuk menghancurkan PKR. Mana mungkin ahli boleh terima di dalam PKR Ketua Umum adalah DS Anwar, Presiden isteri beliau dan Timbalan Presiden pula anak beliau. Sedangkan pada ketika ini pun pihak Umno masih menuduh bahawa PKR adalah parti `keluarga Anwar'. Apa muslihat Dato Zaid membuat percaturan sedemikian rupa?

Kepada semua ahli PKR, pilihlah pemimpin anda dengan betul berdasarkan kebolehan dan komitmen mereka terhadap parti. Teruskan boikot akhbar yang telah dipersetujui oleh pimpinan kita demi kebaikan parti. Apa jua pandangan dari mana-mana pihak yang kita lihat seperti ingin menjahanamkan parti haruslah kita tolak. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang tidak `bersekongkol' dengan musuh atau `tali barut'nya. /wfauzdin.blogspot.com

SIAPA YANG GANGGU SIDANG MEDIA RAHIMI ?

Justify Full Kecam tindakan ganggu sidang media Rahimi

Semalam ketika sidang media bekas kakitangan Pejabat Anwar Ibrahim yang menyatakan kononya dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah telah diganggu oleh sekumpulan lelaki yang dikatakan penyokong Anwar Ibrahim.

Perkara ini amat mengecewakan dan tidak seharusnya berlaku. Di bawah ini pula ialah kenyataan Timbalan Presiden mengenai perkembangan tersebut.

KEADILAN TIADA KAITAN DENGAN PERCUBAAN GAGALKAN SIDANG AKHBAR

Parti Keadilan Rakyat memandang berat atas percubaan beberapa orang, yang mengakui sebagai penyokong KEADILAN, untuk menggagalkan sebuah sidang akhbar di Kelang semalam.

Mereka dilaporkan sebagai bertindak kasar dan mengeluar kata-kata kesat pada masa itu. Hal ini tidak membantu kes fitnah kedua terhadap Anwar Ibrahim, bahkan menjejas imej Parti.

Saya ingin tegaskan bahawa KEADILAN tidak pernah merestui, apatah lagi mengarah tindakan kumpulan ini. Orang yang dikatakan memimpin kumpulan ini bukannya Naib Presiden Parti ataupun Pembantu Khas Anwar, seperti mana dilaporkan oleh sesetengah media.

Namun begitu kami berpendapat bahawa Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah. Perkara ini akan dijelaskan oleh peguam dalam sidang akhbar tengahari ini.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
KEADILAN

7 Oktober 2010Semalam cheGuBard telah menulis mengenai pengalaman dengan bekas kakitangan pejabat Anwar Ibrahim ini. sila klik sini dan kemudian SharpShooter telah menyambut sebagai saksi hidup yang 'menemani' dia.

Nantikan esok cheGuBard cuba update satu lagi mengenai perkara ini sebab cheGuBard masih berada dalam lingkungan GERAK ketika konspirasi Fitnah 2 dirancang./chegubard.blog

SOKONGAN DATO ZAID KEPADA UTUSAN MENGHINA MEDIA ALTERNATIF


Oleh: WFAUZDIN NS

"Saya tidak akan mempedulikan dasar-dasar yang saya fikirkan tidak progresif. Tiada berasas sama-sekali!" tegas Zaid (TV Selangor). Itulah yang ditegaskan oleh calon Timbalan Presiden PKR berkaitan arahan pimpinan parti untuk memboikot Utusan Malaysia. Mungkin untuk menunjukkan `kehebatan'nya melanggar arahan parti, atau untuk menunjukkan `terima kasih' beliau terhadap akhbar ini yang memberi ruang kepadanya `berkempen' melalui wawancara yang diadakan baru-baru ini.

Walaupun akhbar ini memainkan isu peribadi serta fitnah jahat terhadapnya sewaktu kempen PRK Parlimen Hulu Selangor yang lalu, Dato Zaid masih `sayang'kan akhbar yang dimiliki oleh Umno ini. Kita, terutamanya Bloggers bersusah payah menepis dakyah dan fitnah jahat yang dilakukan oleh akhbar ini terutamanya tentang isu Dato Zaid minum arak dan kaki judi sewaktu kempen tersebut, tiba-tiba sekarang disaat beliau ingin bertanding di dalam pemilihan pimpinan PKR, beliau tegas untuk tidak memboikot Utusan. Diharapkan selepas ini Utusan akan terus menjadi ejen kempen atau saluran media Dato Zaid.

Masih kita ingat sewaktu kempen PRK Parlimen Hulu Selangor di mana Dato Zaid mewakili PR, beliau menyeru agar para pengundi tidak mempercayai laporan media yang terus memfitnahnya. Beliau sedar ketika itu media tidak pernah menyebelahinya secara individu dan parti yang diwakilinya. Beliau arif ketika itu media memainkan peranan untuk membantu kemenangan Bn. Sejarah juga membuktikan bahawa media seperti ini tidak akan duduk diam selagi PR tidak di`kubur'kan.

Alasan Dato Zaid bahawa mesej parti kepada rakyat tidak akan sampai jika kita terus memboikot akhbar ini adalah satu alasan yang teramat bodoh. Semenjak bila mesej dari PR sampai kepada rakyat dengan betul dan telus kepada rakyat melalui akhbar ini? Oleh kerana benci dan meluat rakyat kepada akhbar inilah, maka akhbar ini sekarang jatuh imej dan prestasi jualannya. Umno sendiri pun mulai `berbalah' dengan akhbar ini, tiba-tiba Dato Zaid teramat `kasih dan sayang' kepadanya.

Saya tidak tahu mengapa Dato Zaid masih perlukan akhbar ini. Bukan sedikit media alternatif atau Blog yang sekarang ini menyokong beliau, tetapi pendirian Dato Zaid untuk menerima Utusan amat-amatlah menghina media alternatif yang ada. Bagi saya, Dato Zaid telah memberi kredit terbaik buat Utusan dan bayangkan jika beliau menjadi orang nombor dua di dalam PKR./wfauzdin.blogspot.com

NAJIB DAN ROSMAH `DISELAMATKAN' DENGAN LAPORAN RAHIMI ?

PKR: Ada 'tangan' di belakang Rahimi
Jimadie Shah Othman
Okt 7, 10

Dua peguam yang didakwa memaksa Rahimi Osman membuat dua akuan bersumpah memberi amaran mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Peguam N Surendran berkata, kenyataan Rahimi itu jelas pembohongan dan fitnah terhadap dua anak guamnya Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli.

"Tanpa ragu, kami rasakan ia merupakah satu fitnah. Kami akan keluarkan surat peguam supaya beliau menarik balik kenyataan itu, membuat permohonan maaf terbuka atau menghadapi tindakan undang-undang," kata Surendran.

Ditanya sama ada beliau akan memberikan seminggu kepada Rahimi menarik balik dakwaannya semalam, Surendran berkata: "Lebih cepat daripada itu."

"Saya rasa dia tak perlu seminggu. Dia tahu dia berbohong. Hanya perlu 24 jam untuk tarik balik," katanya.

Semalam, Rahimi mendakwa akuan bersumpah kedua dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Najib dan Rosmah dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat ketua pembangkang itu.

Beliau mendakwa telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah "yang tidak benar" tanpa diberikan salinannya.

Selari dengan kenyataan kepada polis

Menurutnya juga, selain membuat laporan polis dan menceritakan hal sebenar beliau telah membuat satu akuan bersumpah yang baru. Dokumen itu didakwa dikemukakan bersama laporan polisnya.

Sementara itu bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari ini, Latheefa dan Saiful Izham secara rasmi menafikan dakwaan Rahimi bahawa lelaki itu dipaksa membuat akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Menurut mereka, Rahimi (kiri) - rakan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Anwar - sebaliknya membuat akuan tersebut dengan kerelaan.

Latheefa dan Saiful Izham - kedua-duanya pemimpin kanan PKR - juga mempersoalkan dakwaan Rahimi semalam memandangkan ia dibuat selepas dua tahun setengah.

Menceritakan sebab akuan bersumpah itu dibuat, Latheefa yang juga ketua penerangan PKR memberitahu ia bertujuan menghadapi kemungkinan Rahimi dipanggil sebagai seorang saksi dalam kes perbicaraan liwat Anwar.

Lagi pun, menurut Latheefa, maklumat yang diberikan Rahimi kepada mereka selari dengan dengan kenyataannya kepada pihak polis pada 23 Julai 2008.

"Beliau sahkan bahawa beliau tahu Saiful (Bukhari) telah menemui Najib dan Rosmah," kata Latheefa.

Sivarasa: Bab kedua lagi beberapa hari

"Beliau juga memberitahu polis bahawa dibawa oleh Mumtaz Jaafar, rakan baik Rosmah untuk menemuinya dan Najib.

"Rahimi kongsi maklumat ini dengan kami selepas memberikan keterangan kepada polis.

Manakala Saiful Izham pula yang mendakwa terkejut dengan beritasemalam mendakwa Rahimi membuat kenyataan media itu bagi memberikan kesan negatif terhadap perjalanan posiding melibatkan kes Anwar.

"Saya hairan, sekiranya dia ditahan, mana mungkin dia dengan parti selepas itu, turun berkempan dalam pilihan raya kecil, khususnya di Permatang Pauh," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR R Sivarasa pula berkata, pihaknya mengesyaki ada pihak lain di belakang Rahimi.

"Ada tangan di belakang dia yang merancang episod baru ini? Itu akan kita ceritakan (kemudian).

"Itu akan jadi bab kedua dalam beberapa hari lagi. Kami akan beritahu," kata Sivarasa masih berteka-teki./Malaysiakini

ISU LIWAT II - APAKAH RAHIMI AKAN BERTUKAR MENJADI SAKSI PENDAKWA ?

Isu Rahimi: Karpal akan tuntut lagi senarai saksi
Okt 7, 10

Peguam Karpal Singh akan menimbulkan isu dakwaan mengejut yang dibuat oleh Rahimi Osman apabila perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung semula pada 14 Oktober ini dengan menuntut dibekalkan dengan senarai saksi.

Karpal berkata adalah janggal bagi Rahimi yang hanya membuat dakwaan yang beliau dipaksa membuat akuan bersumpah itu selepas dua tahun berlalu.

"Mengapa dia mahu buat laporan itu sekarang? Pihak berkuasa bukan sahaja sepatutnya menyiasat apa yang didakwanya tetapi juga siasat mengapa dia ambil masa begitu lama dan apa yang mendesaknya berbuat demikian?

"Saya akan juga timbulkan perkara ini apabila perbicaraan bersambung pada Khamis ini. Saya juga akan kemukakan kes bagi pihak pendakwaan membekalkan kami dengan senarai saksi, sesuatu yang mereka gagal laksanakan sejak perbicaraan bermula,” katanya kepada Malaysiakini.

Apabila ditanya, Karpal berkata beliau tidak pasti sama ada Rahimi sekarang akan menjadi saksi pendakwaan berdasarkan perkembangan terbaru minggu ini.

"Saya benar-benar tidak boleh jawab soalan itu kerana kami tidak ada senarai saksi. Namun saya akan timbulkannya pada Khamis ini, kerana amalan membuat laporan polis selepas dua tahun atau lebih mesti dihentikan. Jika polis ataupun mahkamah melayan laporan atau dakwaan sedemikian, ia tidak akan menghalang orang ramai untuk membuat laporan selepas 20 tahun sesuatu kejadian berlaku,” katanya.

Karpal sebelum ini telah dua kli mengadu kerana tidak dibekalkan dengan senarai saksi - sesuatu amalan yang lazimnya dipatuhi dalam kes sivil dan jenayah di negara ini.

Semalam, Rahim mendakwa dalam laporan polisnya yang dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada sekitar Jun 2008 untuk memalit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datuk Seri Rosmah Mansor, dalam perbicaraan kes liwat yang membabitkan Anwar./Malaysiakini

RAHIMI DIBERI TEMPOH 24 JAM !!

Tempoh 24 Jam untuk Rahimi Mohon Maaf dan
Tarik Balik Tuduhan Fitnah

PETALING JAYA, 7 Okt: Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah menganggap laporan polis terbaru yang dibuat oleh Rahimi Osman adalah karut bagi memanipulasi akuan bersumpah.

Rahimi, bekas pegawai khas Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menuduh dua peguam - Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli memaksanya menamakan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pernah berjumpa Saiful Bukhari Azlan (saksi utama kes liwat) dalam akuan bersumpah (SD) keduanya pada 28 Jun tahun lalu. Walhal katanya, Rahimi sendiri pada 23 Jun tahun lalu mempertahankan akuan bersumpah itu ketika memberi keterangan kepada polis. "Ia suatu manipulasi fakta yang tidak benar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Manakala, Latheefa dan Saiful masing-masing turut menafikan dakwaan Rahimi kononnya memaksa diubah inti akuan bersumpah pertamanya di Quality Hotel sebelum ini. Rahimi turut mengaku bahawa turut menyaksikan konsultansi Latheefa dan Saiful di Quality Hotel pada 28 Jun lalu memandangkan beliau merupakan kenalan paling akrab kepada Saiful Bukhari Azlan, saksi utama yang mengaku diliwat Anwar. "Dari pemerhatian saya terhadap Rahimi, kedatangannya adalah untuk memberikan kerjasama kepada pihak kami (peguam). "Saya boleh sahkan di sini bahawa tidak ada apa-apa paksaan ke atas beliau," tegas Sivarasa.

Disebabkan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Subang tidak menolak kemungkinan bahawa wujudnya satu lagi konspirasi untuk memburuk-burukkan parti serta Anwar, Ketua Umum PKR. "Kita nampak ada tangan di belakangannya untuk merancangkan episod buruk ini," tegasnya. Sebelum pada itu, Latheefa memberitahu bahawa Rahimi ketika akuan bersumpah kedua ditulis mengaku bahawa Mumtaz sebenarnya bertanggungjawab membawa Saiful Bukhari berjumpa Najib dan Rosmah. Saiful Izham pula kemudiannya membangkitkan unsur keraguan yang tidak munasabah di sebalik kenyataan media serta laporan polis yang dibuat Rahimi itu. "Yang menjadi kehairanan kami, sekiranya beliau ditahan oleh kami secara paksa, mana mungkin beliau bersama-sama dengan parti selepas dari itu untuk membantu kempen-kempen, khususnya di Permatang Pauh," ujar Saiful.

Manakala, peguam N. Surendren yang mewakili Latheefa dan Saiful Izham kemudiannya menuntut supaya Rahimi memohon maaf dalam masa 24 jam serta menarik balik tuduhan berunsur fitnah itu. Tindakan undang-undang akan dikenakan, termasuk ke atas beberapa media arus perdana sekiranya Rahimi enggan berbuat demikian.-Harakahdaily

Khamis, 7 Oktober 2010

PEMILIHAN PKR - JIKA JPP GAGAL LAKSANAKAN TUGAS, SERAHKAN KEPADA PAS ATAU DAP SEBAGAI BADAN BERKECUALI

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

MASALAH teknikal nampaknya sering menjadikan pemilihan pimpinan di dalam PKR sekarang ini kelihatan huru hara dan kecoh. Sudah tentu apa yang berlaku akan menjadi senjata kepada pihak musuh termasuk media pencacai bagi menggambarkan seolah-olah pemilihan pimpinan di dalam PKR sekarang `indah khabar dari rupa'. Meskipun bilangan kes adalah kecil, namun sewajarnya tidak berlaku sekiranya semua pihak bersikap adil dan profesional.

Terperanjat dengan apa yang dilaporkan oleh Pahang Daily di sini. Di sana dinyatakan seperti ada campurtangan YB Azmin di dalam mengatur pemilihan Ketua Cabang di Hulu Selangor sehinggakan keputusan pemilihan ditangguhkan atau ingin dibuat semula. Benarkah pihak yang bertanggungjawab iaitu JPP berkomplot dengan YB Azmin agar Khalid Jaafar mesti diberi kemenangan di Cabang Hulu Selangor? Jika ini benar, ini satu perkara yang amat memalukan PKR.

Walaupun saya penyokong YB Azmin untuk kerusi Timbalan Presiden PKR, tetapi sekiranya terbukti dakwaan bahawa beliau campurtangan untuk menentukan ketua di mana-mana kawasan sekali pun, bagi saya YB Azmin tidak layak untuk menjadi Timbalan Presiden PKR. Atau, adakah ini satu lagi dakwaan yang tidak berasas yang ingin menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai calon Timbalan Presiden PKR?

Sehubungan itu, JPP mestilah mengadakan siasatan menyeluruh dan terperinci serta umumkan mengapa keputusan pemilihan di Cabang Hulu Selangor itu terpaksa ditangguhkan atau dilakukan semula. Jika benar ada berlaku pertambahan kertas undi, JPP mesti nyatakan mengapa dan bagaimana kertas undi itu boleh bertambah? Bukankah kertas undi itu adalah di bawah tanggungjawab dan seliaan JPP. Sekiranya ada `tangan ghaib' samada dari JPP sendiri mahu pun pemimpin atasan yang bertanggungjawab menimbulkan masalah ini, wajib dikenakan tindakan tegas kerana ianya seolah-olah melakukan sabotaj terhadap parti sendiri.

Mempercayai cakap-cakap para penyokong sudah tentu tidak boleh memberikan keadilan. Apa yang penting, lakukan siasatan secara terbuka dan diumumkan hasil siasatan secara terbuka. Biar semua ahli berpuas hati dengan hasil siasatan. Adalah diharapkan JPP selepas ini lebih peka dengan kekecohan yang berlaku akibat perkara teknikal seperti ini.

Jika mereka gagal menjalankan tugas mereka, adalah lebih baik JPP dibubarkan dan diganti dengan pihak lain yang tiada langsung kepentingannya di dalam parti. Mungkin PKR boleh menyerahkan kuasa JPP ini kepada parti-parti lain samada dari DAP atau pun PAS untuk mengendalikannya./wfauzdin.blogspot.com

AKUAN SUMPAH YANG DIPAKSA - BENARKAH RAHIMI BERBOHONG ?

Jawapan Sharpshooter - Ya memang benar kata Chegubard, sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim (Exco AMK Malaysia) yang diamanahkan menjaga Rahimi selama 5 hari 4 malam. Manakala 2 orang amk dari N9 diamanahkan pula menjaga Rashid. Siapa Rashid? Mengapa Rahid? Sharpshooter akan dedahkan kemudian.

Memang lucu, lawak & pelik, mengapa Rahimi membuat pengakuan setelah lebih daripada 2 tahun????Rahimi mungkin terlupa bahawa Sharpshooter waktu tu bersama Zulkifli Ibrahim (gambar kiri) yang waktu itu telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan Rahimi kerana waktu itu beliau cukup tidak yakin & takut Najib yang waktu itu masih lagi Timbalan Perdana Menteri
Untuk makluman semua, Rahimi dijaga dengan baik, beliau dibenarkan berjumpa dengan sesiapa sahaja, menelefon siapa sahaja bahkan beliau pernah memperkenalkan kepada ibu dan bapa beliau bahawa 'inilah 2 orang abang (sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim) yang jaga keselamatan beliau sepanjang di sini'

Malah pernah pada satu malam, Rahimi berkata dia nak tengok Euro final 2008? Kami bawa Rahimi ke Sri Pentas TV3 dalam ribuan manusia.

Sharpshooter melihat dengan mata dan kepala sendiri pengakuan Rahimi yang divideokan tanpa paksaan dan dengan kerelaannya sendiri. Latifah Koyah sebagai peguam bertanya beberapa soalan kepada Rahimi dan beliau menjawab tanpa skrip yang diberi dalam erti kata lain, Rahimi sendiri yang menceritakan dengan kerelaannya.

Rahimi menceritakan bahawa Saiful adalah kawan sekolahnya dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Rahimi bertemu semula dengan Saiful ketika dalam siri roadshow Ceramah Anwar semasa kempen PRU12.

Rahimi terkejut bertemu Saiful semasa ceramah Anwar kerana Rahimi tahu Saiful merupakan penyokong kuat UMNO. Belum tiba masanya nak citer semua pengakuan Rahimi.

Cuma rumusan pada hari ini, Sharpshooter ingin menegaskan bahawa jika Rahimi mengatakan beliau dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah adalah satu pembohongan yang besar.

Berita lanjut akan menyusul...

Sumber: Sharpshooter

SELEPAS BALA, KINI RAHIMI MENCARI `BALA'

Selepas Bala, Giliran Rahimi Ubah Kenyataan Selepas Dua Tahun

KLANG 6 OKT: Setelah membuat akuan bersumpah lebih dua tahun lalu yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak kepada konspirasi untuk mengenakan tuduhan liwat buat kali ke dua ke atas Anwar Ibrahim, bekas pembantu Anwar menukar nadanya hari ini.

Rahimi Osman membuat laporan polis mendakwa kononnya dua kenyataan bersumpahnya itu dibuat kerana dipaksa oleh orang Anwar, termasuk seorang peguam wanita dari parti itu.

Kenyataan bercanggah Rahimi mirip kepada kes penyiasat P. Balasubramaniam yang turut mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak kepada kes warga Mongolia Altantuya Shariibu yang mati dibom pada tahun 2008.

Selepas membuat pengakuan itu, Balasubramaniam “terpaksa” menukar kenyataan itu keesokan harinya sebelum menghilangkan diri untuk mencari perlindungan di luar negara.

Hanya selepas setahun, Balasubramaniam muncul di Singapura dan mendedahkan beliau diugut oleh rakan dan kerabat keluarga Najib supaya mengubah kenyataannya jika mementingkan keselamatan keluarga beliau.

Tindakan Rahimi menafikan beliau membuat kenyataan bersumpah secara sukarela yang mengaitkan Najib kepada konspirasi menfitnah Anwar dengan tuduhan liwat tentunya dipandang dengan sinis.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata beliau tetap yakin Rahimi membuat pengakuannya dua tahun lalu secara sukarela. Kenapa hanya sekarang, beliau mendakwa dipaksa, tentunya ada sesuatu yang mencurigakan,” kata Sankara kepada TV Selangor.

“Saya mahu menegaskan bahawa Rahimi tidak pernah dipaksa untuk membuat kenyataan bersumpah. Ia dibuat secara sukarela dan keterangan itu memihak kepada Anwar dan justeru beliau adalah saksi untuk pembelaan,” tambah Sankara.

Dalam wawancara dengan Pengarang Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin pada Julai 2008, Rahimi sendiri mengesahkan pembabitan Najib dalam pemalsuan bukti terhadap Anwar berhubung dakwaan palsu oleh Saiful Bukhari Azlan.

Ini kerana, menurut Rahimi, beliau sendiri yang mengiringi Saiful untuk berjumpa dengan Najib bagi membincangkan dakwaan itu.

Menurut sumber-sumber, wawancara itu telah dirakam secara video dan disimpan di tempat yang selamat.

Rakaman ini apabila disiarkan akan menunjukkan secara jelas, Rahimi tidak berada dalam sebarang keadaan tertekan atau dilatih untuk memberi kenyataan.

Sidang akhbar yang “diatur” untuk Rahimi dan peguamnya di Klang selesai dalam tempoh tidak sampai 15 minit, sejurus selepas Rahimi bergambar dengan laporan polis.

Sidang media itu yang diadakan di sebuah restoran di Kelang ditamatkan lebih awal selepas sekumpulan orang yang tidak dikenali bertindak untuk melarang Ravichandran dan Rahimi daripada terus memberi kenyataan.

Anehnya kumpulan itu terlalu ghairah cuba menggambarkan diri mereka sebagai penyokong Anwar malah membuat pengakuan terbuka sedemikian. Ini hanya menimbulkan kecurigaan terhadap identifi sebenar kumpulan ini.

Seperkara menarik pada sidang akhbar Rahimi dan P. Balasubrmaniam adalah hakikat bahawa kedua-dua mereka tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media, kerana tidak mahu menjawab soalan daripada pemberita.

Dan selepas sidang akhbar yang menafikan pembabitan Najib dalam kes Altantuya dan dalam kes ini, mengatur konspirasi untuk menjatuhkan Anwar, Balasubramaniam, ketika itu, dan Rahimi, hari ini menghilangkan diri./TVSelangor

AKUAN BERSUMPAH ROHIMI - PEGUAM ANWAR AKAN ADAKAN SIDANG AKHBAR

Laporan Rahimi: Saya 'dipaksa' libatkan Najib, Rosmah
Okt 6, 10
Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim - Rahimi Osman - mendakwa dia dipaksa untuk menandatangani dua akuan bersumpah berhubung tuduhan yang Anwar telah meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut laporan polis Rahimi hari ini, akuan bersumpah pertama
ditandatangani pada 28 Jun 2008 di Hotel Quality, Shah Alam dan yang kedua ditandatangani beberapa hari kemudiannya di Petaling Jaya.

Pada hari itu, Anwar dan para penyokongnya berkumpul di Hotel Quality, beberapa jam selepas Saiful membuat laporan polis, mendakwa dia diliwat oleh Anwar.

Rahimi mendakwa akuan bersumpah kedua telah dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.

"Kandungan kedua-dua akuan bersumpah itu adalah tidak benar sama sekali. Dan saya dipaksa untuk menandatanganinya. Saya juga tidak diberikan sebarang salinan kedua-kedua akuan bersumpah tersebut.

"Disebabkan akuan bersumpah itu tidak benar, saya sekarang ingin menceritakan perkara yang sebenarnya, maka saya telah membuat satu akuan bersumpah yang baru hari ini yang mengandungi cerita benar," laporan polis Rahimi dipetik.

Menurut Rahimi, dia telah mengemukakan akuan bersumpah tersebut bersama laporan polisnya.

Bimbangkan keselamatan

Dakwanya, dia terpaksa menurunkan tandatangan pada akuan bersumpah tersebut kerana risaukan keselamatan dirinya, memandangkan ketika itu "ratusan penyokong dan orang kanan Anwar berada di keliling hotel".

Menurutnya, dua peguam Anwar - Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli - menahannya di hotel tersebut selama beberapa hari bersama seorang rakan.

Dalam laporan itu lagi, Rahimi mendakwa mereka telah memintanya menandatangani akuan bersumpah itu walaupun "saya tidak langsung bersetuju dengan kandungannya".

Menurut laporan itu lagi, Rahimi mendakwa dia telah dihubungi oleh Latheefa beberapa bulan yang lalu melalui telefon untuk menandatangani satu lagi akuan bersumpah.

"Dia mengatakan bahawa akuan bersumpah yang telah saya tandatangani sebelum ini telah hilang. Namun saya tidak melayan mereka dan cuba sedaya upaya menjauhkan diri dari mereka."

Dalam laporan polisnya, Rahimi juga meminta perlindungan kerana bimbangkan keselamatan dirinya dan keluarganya.

Ketika dihubungi, Latheefa berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar berhubung perkara itu. Beliau adalah ketua penerangan PKR.

Sementara itu, Saiful Izham, ketika dihubungi, menyatakan rasa terperanjatnya terhadap dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau perlu melihat kenyataan Rahimi terlebih dahulu, sebelum membuat sebarang ulasan./Malaysiakini

Rabu, 6 Oktober 2010

PRK DUN GALAS - KEMPEN MUSUH BERMULA DARI PEJABAT DS ANWAR

Umno panik dengan pertembungan di kawasan majoriti Melayu di DUN Galas. Dalam keadaan mereka sedang melakukan perang saraf memaksa semua percaya bahawa Melayu sudah benci Pakatan Rakyat dan mencintai Umno melalui Perkasa yang mendapat hak francais peembakar suhu perkauman sudah tentu pilihanraya kecil di kawasan Melayu ini mencemaskan mereka.

Galas sukar buat Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi tetapi akan cuba yang terbaik. Bn cemas dan mengarut bermula dengan nak lantik pemimpin yang mereka pinggirkan selama ini 'KuLi' sebagai pengarah, Umno panik kerana kalau tewas Galas maka retorik konon mereka dipuja Melayu akan hancur.

Mereka tahu sesuatu perlu dilakukan segera. Pakatan Rakyat jika turun dengan jentera yang padu pasti Bn tumbang. Faktor pengikat Pakatan Rakyat, Anwar kini berada di Itali. Tanpa perlu menanti Anwar berada di luar negara serangan dituju kepada Anwar.

Kempen Bn sempena Galas bermula hari ini dengan 'kick off' nya dimulakan oleh Rahimi, bekas kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.

Rahimi ini kononya hari ini hadir di Ibu Pejabat Balai Polis Kelang dengan menyatakan dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah palsu.

Strategi menggunakan Rahimi ini sudah dihidu beberapa hari lepas. Kononya Rahimi akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat. Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah 2.

Mungkin 'perancang jahat' juga sedar perkara ini, maka Rahimi tidak jadi mengaku diliwat tetapi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu.

Saya sendiri ada bersama beliau selepas Saiful membuat laporan polis dia diliwat. Rahimi oleh kerana kononya takut maka dia diletakkan di sebuah hotel dan beberapa teman saya diminta menjaga dan memenuhi keperluan Rahimi.

Sepanjang dijaga selama kira - kira 6 hari itu, dia bebas gunakan telefon, dia bebas ke sana ke mari termasuk ke Seri Pentas untuk menonton perlawanan bolasepak ketika itu.

Malah ketika berbual dengan teman-teman yang menemani beliau diberitahu betapa dia sedih kerana bagaimana Saiful boleh buat sedemikian rupa zalim terhadap Anwar.

Namun cheGuBard secara peribadi lansung tak percaya Rahimi ini, saya pernah sendiri ketika itu bercakap dengan Anwar Ibrahim sendiri mengenai keraguan yang timbul kerana beberapa perkara jelas yang terjadi tetapi Rahimi menipu. Rahimi ini cheGuBard tak suka sebab terlalu elit gayanya, pakai kereta mewah dengan pemandu, pakaian jenama hebat dan cakap besar sentiasa. Konon dialah orang yang banyak bantu Anwar itu dan ini termasuk susun pertemuan dan buat ucapan. Dia kata kalau nak anak muda ikut parti kena pakai banyak duit, itulah kata yang cukup menjadikan cheGuBard menyampah dengan dia, cuma dah tugasan ialah meneman bukan mendidik maka teman dan dengar je lah.

Mungkin sharpshooter a.k.a Din Binjai dan Zulkifli Ibrahim (Nibong Tebal) boleh berkongsi lebih banyak cerita kerana dialah yang bersama Rahimi ke banyak tempat 'berfoya' ketika mereka menemani Rahimi.

Dipaksa ? Gila...... langsung tak wujud paksaan, malah dia sendiri yang cerita itu dan ini termasuk mengaitkan Ezam.

Lama dia hilang tak tahulah buat apa bagi che'GuBard tak nak campur itu urusan pejabat Anwar, che'GuBard tumpu perkasa parti, tak mahu campur urusan pejabat Anwar Ibrahim sebab nanti tak sesuai pula kerana kita tak secerdik mana.

Tiba - tiba beberapa bulan lepas ketika menghantar sepupu Isteri bernikah di Sg. Buloh kami sekeluarga singgah di Denai Alam. Sebab dengar tempat ini boleh tengok kuda maka cheGuBard bawa anak-anak untuk ambil gambar dengan kuda. che'GuBard jumpa Rahimi ini baru lepas naik kuda, biasalah dengan pakaian hebat, boot naik kuda dan cakap besarnya dia menyapa, salam siap nak cium tangan lagi. Kalau dia kena paksa kenapa sekarang ? Kenapa dekat dengan Galas ?/Chegubard

BUKAN KES LIWAT, TETAPI DAKWA DIPAKSA BUAT AKUAN BERSUMPAH, PEGUAM ANWAR NAFIKAN

Bekas pembantu Anwar dakwa dipaksa buat SD
Okt 6, 10
Satu sidang akhbar - yang dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan - oleh bekas pembantunya, Rahimi Osman, dibatalkan ekoran gangguan oleh satu kumpulan.

Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang hari ini, tetapi kemudiannya dibatalkan ekoran kemunculan kumpulan tersebut.

Rahimi (tengah) memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Klang pada jam 2 petang ini berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008.

Peguam Rahimi - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat.

Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut polis Klang, Rahimi telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah dipaksa oleh orang Anwar supaya membuat dua akuan bersumpah tersebut.

Ketua polis Klang, Mohamad Mat Yusof mengesahkan menerima laporan tersebut tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana perkara itu telah dipindahkan ke polis daerah Shah Alam.

Rahimi adalah rakan persekolahan Saiful. Dia dipercayai membawa Saiful untuk bekerja dengan Anwar pada 2008. Saiful kemudiannya menggantikan Rahii yang berhenti pada tahun tersebut untuk meneruskan kariernya dalam bidang perniagaan.

Mengapa mengadu tiga tahun kemudian?

Ketika dihubungi, peguam Anwar - N Sankara - menafikan dakwaan bahawa akuan bersumpah itu dibuat secara paksaan.

Pada awalnya, tegas beliau, Rahimi disenaraikan sebagai salah seorang saksi pembelaan Anwar dan dia (Rahimi) membuat akuan bersumpah itu secara sukarela.

Sankara menegaskan bahawa Rahimi tidak dipaksa untuk menandatangani akuan bersumpah itu, tetapi sebaliknya membuatnya secara sukarela.

Lagi pula, tegasnya, mengapa Rahimi menafikannya sekarang selepas kira-kira tiga tahun berlalu./Malaysiakini

BLOGGERS BERPERANG UNTUK NAIKKAN PEMIMPIN, TAPI TETAP PERTAHANKAN PARTI

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

AKU terbaca di dalam satu blog yang tidak menyokong YB Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR tetapi teramat simpati dengan Dato Zaid yang kununnya teruk diserang oleh YB Azmin. Blog itu juga menyebut bahawa di dalam `Top Five' Blog PR, kesemuanya tidak menyokong YB Azmin. Aku tidak semak pun kebenaran dakwaan itu, tetapi jika benar tiada masalah pun kerana Blogger ada hak untuk menyokong sesiapa pun.

Sejak dari awal lagi aku mengaku bahawa aku sememangnya menyokong YB Azmin untuk dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR dan jika beliau tewas juga, aku mengharapkan Sdr Mustafa Kamil menang di dalam pertandingan kali ini. Di dalam blog aku ini pun aku wujudkan Poll buat pengunjung bagi memilih siapakah yang mereka sokong, dan sehingga artikel ini ditulis nampaknya Dato Zaid masih unggul di depan. Aku tidak tergamak untuk mengubah atau meminda keputusan Poll semasa itu walaupun aku penyokong YB Azmin. Itu hak para pengunjung dan aku perlu jujur dengan mereka.

Apakah aku tidak suka atau anti Dato Zaid? Jawapannya tidak, cumanya aku tidak sokong beliau sebagai Timbalan Presiden PKR, itu saja. Tentang tulisan aku sebelum ini yang mengkritik Dato Zaid hanyalah apabila Dato Zaid juga mengkritik Ketua Umum, Presiden dan Timbalan Presiden PKR dengan kritikan yang pada aku tidak beradab. Apabila YB Azmin pula `menyerang' Dato Zaid, aku fikir memang wajar beliau berbuat demikian setelah Dato Zaid yang memulakan `game' ini. Dato Zaid gunakan media Utusan yang terkenal `anti PR' itu untuk berkempen, maka jangan salahkan YB Azmin gunakan Berita Harian pula. Namun begitu pada aku, sebaiknya kedua-dua media itu jangan dipedulikan langsung oleh mana-mana pemimpin PKR.

Sewaktu PRK Hulu Selangor, ketika itu PKR belum menetapkan calon mereka di situ, blog ini secara terbuka menyokong Us Dr Badrul Amin sebagai calon di Hulu Selangor. Namun, setelah diputuskan bahawa Dato Zaid sebagai calon, blog ini terus berperanan setakat mampu untuk memberikan sokongan padu kepada Dato Zaid. Segala fitnah dari Umno termasuk cerita-cerita peribadi dari blog-blog pro Umno tentang Dato Zaid sedaya upaya aku tentang melalui blog ini. Ini bererti aku bukan anti Dato Zaid, bahkan aku dari Kuantan datang ke Hulu Selangor untuk bersama rakan-rakan membantu kemenangan Dato Zaid di sana.

Pada pemilihan parti kali ini, tentulah aku punyai penilaian lain yang menyebabkan aku menyokong YB Azmin pula. Jika dahulu sokongan untuk parti, kali ini sokongan untuk pemimpin parti pula. Mengapa perlu ada serang menyerang? Mengapa dikatakan YB Azmin menyerang Dato Zaid? Ingin aku bertanya pula, adakah Dato Zaid tidak menyerang sedikit pun, sedangkan Ketua Umum, Presiden dan Timbalan Presiden pun diserang olehnya. Jika dikatakan serangan itu adalah satu kritikan kepada parti, maka adillah juga serangan YB Azmin juga dilihat satu kritikan. Apakah Dato Zaid tidak boleh dikritik sedangkan dalam masa yang sama beliau menggelar Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussin Ali sebagai `nyanyuk'?

Katakanlah Dato Zaid dinobatkan sebagai Timbalan Presiden PKR, maka aku pun terpaksa akur juga. Dan, jika beliau sudah menjadi Timbalan Presiden PKR dan ada pemimpin lain yang menggelarkannya sebagai `nyanyuk', aku rasa aku patut juga kritik pemimpin tidak beradab itu. Justeru itu, terpulanglah kepada sesiapa untuk menyokong sesiapa asalkan tetap menerima keputusan ahli.

Jika Poll di dalam blog ini memaparkan Dato Zaid unggul di atas, belum tentu Dato Zaid akan menang. Begitu juga walaupun berpuluh blog tidak menyokong YB Azmin, belum tentu YB Azmin tewas. Pembaca blog sekarang cerdik, mereka tidak terpengaruh dengan buah fikiran empunya blog. Jika blog anda menyokong Dato Zaid, jangan terasa hati blog lain menyokong YB Azmin./wfauzdin.blogspot.com

MAHATHIR KAYA DENGAN `GELARAN' DAN `GELARAN TERBAIK' DATANGNYA DARI PEMIMPIN UMNO SENDIRI

Oleh: Pria Malaya

Puak2 Umno begitu naik angin bila Azmin Ali mencuit 'godfather' mereka..riuh blogger tegar Umno mengecam Azmin Ali, termasuklah sekutu rapat Umno PERKASA, sehingga mengeluarkan kenyataan supaya perwakilan PKR jangan sokong Azmin Ali, dan sokong Mustaffa Kamil Ayob..sungguh melucukan..

Dalam sibuk penyokong totok Umno menjerit memarahi Azmin Ali, mereka tidak sedar, para pemimpin tertinggi Umno sendiri pernah mengkritik, menghina dan memakihamun 'godfather' mereka..ada sebarang tindakan? nehi...sungguh malang nasib 'pencacai' bawahan, jeritan mereka langsung tidak dipandang oleh pemimpin atasan, bahkan pemimpin tersebut masih selesa memegang erat jawatannya di dalam Umno dan kerajaan...

So, sengaja penulis bangkitkan balik berita lama utk tatapan puak2 fanatik Umno, biar celik sikit mata (hati)...di bawah juga penulis lampirkan balik isu di mana Tun M pernah memperlekeh Tuan Guru Dr Haron Din semasa beliau sedang sakit..mungkinkah ini balasannya?...fikir2kan...Wink

Ini satu berita yang pernah disiarkan oleh akhbar:

“Pemimpin Umno bawa budaya kurang ajar, jadikan saya pariah, panggil saya iblis”

ALOR STAR, 28 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemimpin-pemimpin Umno membawa budaya kurang ajar, menjadikan beliau pariah dalam parti itu serta memanggil beliau beruk dan iblis.

Ketika mengulas usul yang diluluskan Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz dipecat daripada Umno kerana lantang mengkritik beliau, Dr.

Mahathir berkata, “Cara Nazri mengkritik saya bukan budaya Umno, itu budaya kurang ajar. Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Umno yang baru.”. Bagaimanapun, beliau tidak peduli sama ada Umno akan memecat Nazri atau tidak.

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/10/hot-pemimpin-umno-bawa-budaya-kurang.html

PERKASA SOKONG MUSTAFA KAMIL KERANA ISLAM ?

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH kepada calon Timbalan Presiden PKR, Sdr Mustafa Kamil Ayub yang menolak sokongan geng-geng PERKASA terhadapnya. Sdr Mustafa sedar sokongan PERKASA terhadapnya tidak ikhlas kerana PERKASA tidak pernah sealiran dengan PKR. Tetapi seperti biasa, sesiapa pun di dalam PERKASA bukan jenis yang tahu malu seperti juga Presidennya sendiri.

Ketua Wira PERKASA masih tegas untuk menyokong Sdr Mustafa Kamil walaupun calon Timbalan Presiden PKR itu menolaknya. Ini adalah kerana PERKASA tidak akan mengalah selagi tidak melihat perpecahan berlaku di dalam PKR. Kita semua sedar hubungan Sdr Mustafa Kamil dengan YB Azmin Ali amat baik dan mereka di antara pilihan terbaik untuk ditabalkan sebagai Timbalan Presiden PKR. Walaupun saya menyokong YB Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR, namun saya amat berpuas hati jika yang memenangi pertandingan ini kelak adalah Sdr Mustafa Kamil.

Mengapa secara tiba-tiba PERKASA menyebut soal Islam apabila menyokong Sdr Mustafa Kamil? Semenjak bila PERKASA komited dengan perjuangan Islam, sedangkan semua tahu betapa PERKASA lebih `Melayu' dari Umno. Kerana terlebih `Melayu' lah maka PERKASA juga ditolak oleh Umno. Sekiranya benar PERKASA cintakan Islam, mengapa PERKASA dilihat begitu anti dengan PAS? Ini bukti menunjukkan bahawa niat PERKASA hanya satu iaitu ingin melihat PKR hancur lebur dan berpecah belah.

Hakikatnya, PERKASA terasa hati apabila YB Azmin menggelar Tun Mahathir sebagai `pemimpin tersungkur'. Tun Mahathir amat dipuja oleh PERKASA walaupun Nazri Aziz pemimpin Umno pernah menggelar Tun sebagai `nyanyuk'. Tidak hairanlah PERKASA sering bergaduh dengan Nazri Aziz. Justeru itu, pelik apanya PERKASA menyokong Sdr Mustafa Kamil./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 5 Oktober 2010

FAEKAH CEMERLANG BANTU KHALID DI SELANGOR


Harakahdaily

SHAH ALAM, 5 Okt: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor walaupun sebelumnya ramai yakin beliau akan kalah.

Namun siapakah sebenarnya di belakang kejayaan beliau itu? Ia tidak lain dan tidak bukan dari Setiausaha Politik beliau yang baru dilantik beberapa bulan lalu, Faekah Husin (gambar).

Ini adalah tugas besar pertama yang beliau harus buat bagi membantu bosnya dan terbukti walaupun seorang setiausaha politik wanita yang pertama, Faekah berjaya menjalankan tugasnya dengan cemerlang.

Kegembiraan itu masih lagi dikongsi Faekah ketika ditemui di pejabatnya semalam.

"Ooo bukan senang. Bayangkan, 80 peratus pengundi yang menyertai mesyuarat agung itu adalah India," kata Faekah ketika ditemui yang jelas kelihatan masih sangat teruja dengan kejayaan beliau membantu bosnya.

Dalam mesyuarat agung pemilihan itu, Khalid mendapat 722 undi, menewaskan Muhammad Kamilvaanan Abdullah (348) dan Mazli Saring (122 undi)./Harakahdaily

ROSMAH `MENUNTUT' ILMU SEKOLAH MENGANDUNG DI BELGIUM

PAS: Rosmah minta 'sedekah' di Belgium
Okt 5, 10

Hajat Rosmah Mansur melawat pusat remaja hamil di Brussel hari ini untuk mendapatkan input bagi menangai masalah pembuangan bayi adalah tidak munasabah dan menggambarkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea, kata PAS.

Ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, isteri perdana menteri tidak sepatutnya merujuk kepada Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) kerana keadaan iklim dan sosial budayanya berbeza dengan negara ini.

"Tindakan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah untuk merujuk negara Belgium bagi mengatasi masalah anak luar nikah, seolah-olah anak yatim yang kaya dengan harta peninggalan bapanya, tetapi masih lagi meminta sedekah kepada orang ramai.

"Begitulah juga tindakan Datin Rosmah ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan kita mempunyai rujukan iaitu Islam," kata Idris lagi.

Rosmah hari ini dijadual melawat CIG, sebuah pusat bersepadu bagi membantu remaja hamil di Brussels, Belgium.

Pada 1 Oktober lalu, beliau dilaporkan berkata, lawatan itu bertujuan melihat sendiri pendekatan yang diguna pakai dalam melindungi remaja yang mengandung tanpa nikah dalam usaha menangani masalah pembuangan bayi yang semakin serius.

Rosmah juga berkata, sebelum menubuhkan pusat perlindungan bagi remaja hamil di negara ini, adalah penting kerajaan mendapatkan pendekatan terbaik daripada segi saintifik dan sistematik seperti yang diaplikasikan di negara lain.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris juga mempersoalkan, kenapa begitu takut hendak merujuk kepada "pendekatan Islam yang lebih menyeluruh dan telah terbukti berjaya".

"Kaedah yang perlu digunakan mestilah merujuk kepada apa yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu pendekatan mencegah dan mendidik," katanya./Malaysiakini

`MAHATHIR TERSUNGKUR' - MUSTAFA KAMIL DAN SEMUA AHLI PKR SOKONG AZMIN

Mustaffa Kamil persoal politik 'busuk' PERKASA
Jimadie Shah Othman
Okt 5, 10

Naib Presiden PKR Musttaffa Kamil Ayub mempersoalkan 'sokongan' Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) terhadapnya yang dicurigai sebagai percubaan melaga-lagakan pemimpin parti itu.

"Sekiranya beliau mahu melihat saya bersengketa dengan saudara Azmin (Ali) dan saudara Zaid (Ibrahim), saya nak tegaskan bahawa seluruh pemimpin PKR matang dalam menangani politik busuk PERKASA-Umno ini," katanya.

Menurut Mustafa (kiri), PKR sebagai parti berbilang kaum tidak akan berkompromi dengan sikap 'perkauman' NGO Melayu itu.

Tolak anasir ekstrim

"Sesungguhnya PKR adalah parti untuk semua bangsa. Ayuh kita tolak anasir ekstrim PERKASA dan Umno ini," kata Mustaffa yang bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR.

Semalam, Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Abu Hanifah meminta semua ahlinya yang menganggotai PKR menolak Azmin sebagai timbalan presiden PKR, sebaliknya mengalihkan sokongan mereka kepada Mustaffa.

Ini kerana, menurut Arman Azha (kanan), Azmin sebagai naib presiden parti itu sekarang didakwa tidak berpendirian dan hanya bertindak sebagai "budak kopi" kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya harap semua anggota PKR memilih Mustaffa Kamil Ayub sebagai timbalan presiden. Beliau daripada ABIM (Angkatan Beliau Islam Malaysia), (beliau) ada agenda Islam," kata Arman Azha.

Beliau juga mendakwa, sebanyak 35 peratus NGO Melayu dengan keanggotaan 300,000 orang itu turut merupakan anggota PKR.

Dalam persaingan merebut jawatan nombor dua parti itu, Mustafa merupakan salah seorang yang menawarkan diri bertanding, di samping Azmin dan Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini, Mustaffa bagaimanapun berkata, jika sokongan yang diberikan PERKASA itu ikhlas, beliau mengucapkan terima kasih."Saya nak tanya, adakah ikhlas. Kalau ikhlas saya ucap terima kasih," katanya sambil menegaskan perkara itu tidak bermakna beliau menyokong NGO Melayu itu.

Katanya, walaupun menyokong membahaskan perkara berkaitan Islam dalam ruang lingkup perlembagaan, tetapi pendekatan chauvinis dan esktrim seperti PERKASA hendaklah ditolak.

Sokong bawa rebah

Ditanya tentang kepentingan sokongan itu kepadanya, Mustaffa berkata ia menarik minat ahli parti dan media.

"Tetapi saya kena pastikan supaya tak dilihat sokong membawa rebah," katanya.

Berhubung dakwaan PERKASA bahawa 35 peratus anggota NGO itu juga merupakan anggota PKR, Mustaffa berkata "tak ada angka sedemikian".

Sementara itu, mengulas kenyataan Azmin terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir yang dibidas pelbagai pihak, Mustaffa berkata seluruh ahli PKR berkongsi pandangan dengan bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

"Apakah tidak boleh mana-mana pemimpin PKR mengkritik Tun? Kalau Tun seorang negarawan, beliau tidak akan aniaya rakyat dan fitnah bekas timbalan perdana menteri. Mengapa perlu bengis apabila Tun dikritik pada penghujung usianya?" soalnya kembali.

Sementara itu, mengulas isu pilihan raya kecil Galas, Mustaffa berkata PKR akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi membantu calon PAS yang bertanding.

Beliau juga berharap pemilihan dalaman PKR tidak akan menjejaskan sokongan kepada rakan mereka dalam Pakatan./Malaysiakini

YB AZMIN TERLALU SOPAN DENGAN MAHATHIR

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAYSIAKINI memetik kenyataan Presiden Majlis Belia Felda, "Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) mengutuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Australia kini sebagai "pemimpin yang sedang tersungkur."

Presidennya Anuar Manap berkata kenyataan menghina oleh Azmin yang bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu merupakan usaha terdesaknya untuk meraih sokongan. (Malaysiakini)

Rupa-rupanya ada juga `anak jantan' tenaga muda dari Felda. Saya sebelum ini tidak pernah tahu dan tidak kenal siapa dia Anuar Manap ini. Maklumlah, sewaktu warga Felda dibelenggu dengan kesusahan dan masalah `ditipu' wang mereka, suara ini tidak pula kedengaran. Terpaksa warga Felda ini mengadu ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan, dan diberitakan ada beberapa kes yang menyokong tuntutan warga Felda ini di mahkamah.

Secara tiba-tiba terpacul suara Presiden Majlis Belia Felda Malaysia ini, tetapi bukan untuk memperkatakan hal ehwal Felda dan permasalahannya tetapi bercakap darihal politik parti pembangkang pula. Selama ini warga Felda pun tahu Pembangkanglah yang bersungguh-sungguh membela nasib mereka yang sering teraniayai ini. Apa pula kaitan YB Azmin dengan Felda? Jika YB Azmin menyebut bahawa Tun Mahathir `tersungkur' atau `tertiarap', itu adalah gelaran yang terbaik buat Tun. Apa pula kena mengena gelaran tersebut dengan pemilihan pemimpin di dalam PKR?

Jika YB Azmin tidak menyebut darihal Tun Mahathir pun, semua orang tahu bahawa Tun Mahathir adalah seorang manusia yang suka menjahanamkan bangsanya sendiri. Umno rosak pun akibat tangan Tun Mahathir. Sejak awal lagi iaitu semasa pertandingan merebut jawatan Presiden Umno di antara Tun Mahathir dengan Ku Li, Umno teruk berpecah sehingga diharamkan. Tun Mahathir `cipta' Umno baru selepas itu dan wujud pula Parti Melayu Semangat 46. Melayu berpecah ketika Tun berkuasa.

Tidak serik dengan itu, Tun Mahathir memecahkan lagi orang-orang Melayu apabila DS Anwar dipecatnya angkara fitnah liwat. Perpecahan orang-orang Melayu kali ini lebih hebat lagi dan terbentuk pula Parti Keadilan Rakyat sehingga sekarang. Itu belum dikira bagaimana Tun menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu. Dalam aspek agama, usah dikira betapa Tun amat anti kepada PAS yang mahu perundangan Islam ditegakkan. Hukum menyimpan janggut yang menjadi `Sunnah' itu pun Tun boleh hinakan, apatah lagi yang wajib.

Jadi pada saya, gelaran yang diberi oleh YB Azmin itu tersangatlah penuh dengan budi bahasa jika dibandingkan dengan kerosakan yang telah dilakukan oleh Tun. Bukan kita tidak pernah dengar ada Menteri Umno yang menggelar Tun `nyanyuk'? Mengapa Presiden Majlis Belia Malaysia ini membisu ketika itu? Perkataan `nyanyuk' dan `tersungkur', mana lebih biadap?

Oleh yang demikian, suka kita ingatkan kepada Majlis Belia Felda ini agar lebih menumpukan kepada masalah-masalah warga Felda. Mereka perlu tahu ke mana `ghaib'nya wang-wang Felda. Mereka mesti mendalami keluhan warga-warga Felda yang semakin susah sekarang walaupun baru sahaja mendapat duit raya tiga ratus lebih itu. Jangan sibuk pasal politik jika tidak tahu bagaimana orang politik `berperang'./wfauzdin.blogspot.com

AZMIN DI FITNAH, RAMLAN BUKAN REFORMIS MALAHAN EJEN PEROSAK

Ramlan Bukan Reformis, Sebaliknya Ejen Perosak
Kenyataan akhbar Kumpulan Angkatan Peduli Insan (API)

Kami, Kumpulan Angkatan Peduli Insan (API) adalah sebuah kumpulan yang mewakili lebih 1000 orang aktivis-aktivis reformasi di seluruh Malaysia.

KENYATAAN:

1. Kami ingin menjelaskan bahawa individu bernama Ramlan Abu Bakar bukanlah seorang aktivis reformasi kerana beliau tidak pernah terlibat dalam apa jua kegiatan reformasi sejak 1998.

2.Beliau tidak dikenali dikalangan aktivis reformasi.

3.Kerana itu Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang beliau mengaku sebagai presiden bukanlah sebuah kumpulan yang mewakili aktivis reformasi.

4.Kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Ramlan dalam media bahawa Naib Presiden PKR Azmin Ali menawarkan ruang perniagaan di Uptown Gombak sebagai habuan kepada ahli-ahli kami untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

5. Sebagai penjelasan, kami mengakui ahli-ahli kami mendapat lesen perniagaan di Uptown Gombak, tetapi ia dipohon oleh ahli-ahli kami yang mempunyai pengalaman dalam perniagaan seumpama itu khususnya di Jalan Masjid India, KL dan bukanlah sebagai imbuhan untuk menjatuhkan menjatuhkan Menteri Besar selangor’ seperti yang didakwa Ramlan.

6. Proses pemberian lesen itu dijalankan secara telus dan mengikut merit.

7. Oleh itu kenyataan Ramlan bukanlah dari seorang reformis, sebaliknya sebagai ejen perosak. Kenyataan beliau juga bersifat fitnah dan berniat jahat.

8. Kami yakin kenyataan beliau didalangi oleh pihak-pihak luar dan musuh-musuh PKR serta Pakatan Rakyat yang ingin melagakan Azmin dan Khalid.

PENDIRIAN:

1. Kami aktivis reformasi menyokong penuh kerajaan negeri
Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

2. Kami juga menyokong penuh kempimpinan PKR di setiap peringkat.

3. Kami akan menentang setiap anasir-anasir jahat yang cuba
melagakan kepimpinan PKR dengan kerajaan Selangor.

Dikeluarkan oleh:

Ahli-ahli Jawatankuasa Penaja API
Presiden: Badrul Hisham Hanafiah
Timbalan: Mohd Hamdi Said
Setiusaha: Norzairi Jantan
Bendahari: Abdul Rahman Hackeem

Sumber: Anwaribrahim.blog