Khamis, 3 Februari 2011

APAKAH NIK AZIZ `PELACUR AGAMA' ?

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA serangan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz terhadap Umno ternyata berkesan. Apa yang diperkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz bahawa sesiapa yang tidak menyokong PAS sewaktu PAS bertanding menentang Umno di PRK Dun Tenang baru-baru ini adalah golongan Jahiliyyah membuatkan pemimpin Umno `sesak nafas'.

Maka, bermacam ulasan keluar untuk mengharamkan apa yang diperkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz walaupun Tuan Guru Nik Aziz berhujah berlandaskan Al-Quran. Umno pula berhujah berlandaskan akal yang cetek lagi jahil. Apabila politik mahu diasingkan dengan ugama, maka sudah tentu pendapat Tuan Guru Nik Aziz tidak boleh diterima oleh Umno.

Memetik kenyataan Timbalan Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Saleh, " Nik Aziz terlalu banyak menggunakan agama untuk kepentingan politik beliau. ‘‘Saya ingin bertanya kepada beliau, apakah status nenek moyang saya dan mereka yang tidak mengundi Pas sebelum Pas diwujudkan. Adakah mereka ini kafir seperti ‘fatwa’ yang dikeluarkan Pas?

Kenyataan di atas membuktikan betapa jahilnya beliau. Pernahkah PAS mengeluarkan fatwa bahawa ahli-ahli Umno kafir? Pemimpin PAS hanya pernah menyebut bahawa barangsiapa yang menolak hukum Islam termasuk hukum hudud yang diwajibkan oleh Allah, maka rosak akidahnya. Jika Umno terasa termasuk di dalam golongan yang menentang hukum Allah, maka fikirlah sendiri apa hukumnya.

Bagi menjawab soalan Omar Salleh itu yang mahu status nenek moyangnya yang tidak mengundi PAS sebelum PAS diwujudkan, adakah mereka kafir atau tidak, itu salah satu soalan orang yang masih Jahiliyyah. Beliau perlu tahu, semasa hidup nenek moyangnya sehingga mati, adakah nenek moyangnya beramal dengan perintah Allah dan tidak pernah menentang hukum Allah? Seandainya nenek moyang beliau pernah menentang hukum Allah dan tidak bertaubat sehingga mati, adakah matinya boleh dikatakan mati di dalam beriman? Omar Salleh jawab sendiri soalan beliau itu.

Islam bukan dibawa oleh PAS. Islam agama di sisi Allah dan dibawa oleh Nabi. PAS sebagai wadah politik ingin memperjuangkan hukum Allah ini. Samada PAS wujud atau tidak, kita sebagai umat Islam mesti menegakkan hukum Allah dengan apa cara sekali pun. Kita patut bersyukur kerana PAS wujud di negara ini sebagai wadah politik yang ingin melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah. Bayangkan jika Umno, MCA, Gerakan, MIC atau DAP sahaja yang wujud di negara ini, siapakah yang boleh diharapkan untuk memperjuangkan Islam? Umno? Setelah lebih 50 tahun Umno memegang kuasa, mana lebih banyak Umno lakukan samada yang makruf atau yang mungkar?

Umno melakukan yang Makruf secara berpilih-pilih seperti membina masjid, Bank Islam, Universiti Islam, Tabung Haji, Takaful dan beberapa lagi program Islam, tetapi Umno tidak melaksanakan Nahi Mungkar. Umno menolak terus perundangan Islam. Umno tidak mencegah kemungkaran sebaliknya banyak menganjurkan kemungkaran. Menolak perlaksanaan Hukum Hudud, tetapi menerima baik Akta zalim ISA. Sudahlah tidak mahu melaksanakan hukum Allah ini, Umno menyekat dengan kuasa yang mereka ada untuk menentang pihak lain yang ingin melaksanakannya.

PAS bukan agama, tetapi PAS membawa ajaran agama Islam itu sendiri. Jika ada satu pihak yang memperjuangkan Islam, dan satu lagi memperjuangkan bangsa semata-mata, mana satukah yang kita pilih? Jika kita tidak memilih perjuangan Islam, maka memang tepat jika kita digelar golongan Jahiliyyah. Hanya Jahiliyyah yang tidak mahu bersama Islam./wfauzdin.blogspot.com

10 ulasan:

  1. Jawapan mengelirukan, Comfirmed Pok Najis seorang yg melacurkan Islam demi kuasa politik. Hari dah terlalu senja sebaik baiknya bertaubatlah

    BalasPadam
  2. Goodlistener.. semoga Allah bukakan pintu hati mu.. Ya Allah, jauhkan diri dan keluarga hamba mu ini dari sifat-sifat yang engkau murkai..

    BalasPadam
  3. badlistener, kalau kau orang islam mata hati kau telah tertutup sekiranya kau hanya orang awam dan tiada kepetingan politik. Sekiranya kalau kau orang politik sememangnya kau layak berkata begitu kerana orang BN mementingkan parti tanpa menghiraukah agama Islam.

    Kalau kau orang islam pada pandangan saya yang kurang ilmu engkau telah murtad kerana bukan sekali engkau mengeluarkan komen komen begini.

    BalasPadam
  4. Memang najis tue pelacor agama...agama dipolitikkan...digunakan untuk kepentingan peribadi...mengeluarkan fatwa seuka hati...boleh kalau menyokong tetapi kalau menentang dikatakan kafir....najis memang pelacor....

    BalasPadam
  5. Fatwa sesuka hati???
    Mana fatwa dan teguran tak tutup aurat.Misalnya RM?
    Mana fatwa dan bidasan kepada Chua Soi Lek yang nyatanya menghina Islam?
    Mana hukuman keatas ayah pin? Fatwanya?
    Fatwa keatas pendemo kepala lembu?
    Fatwa kepada mereka meroboh surau?
    Fatwa keatas bantuan sekolah SAR? Gaji guru kafa?
    Fatwa mengembalikan wang "judi" P.Pinang? Wang judi kerajaan yang berbillion diserapkan untuk macam macam?
    Fatwa politik wang? Politik wang pada nama tapi ianya rasuah-fatwanya mana? Yang didapati bersalah masih bolih bertanding..Fatwanya???
    Banyak lagi dan lagi...Saya bukan penyokong PAS ataupun anak murid TGNA tapi saya menangis baca komen-komen yang celupar kepada mereka yang memang berkalibar dalam bidang agama. Astagafirullah.

    BalasPadam
  6. aku jg bukan penyokong pas,tetapi aku menghormati TGNA sebagai org yg sentiasa berpesan2 dan beramal sblm dia sendiri mengajak org lain beramal...org lain nampaknya lebih pandai menilai org lain daripada menilai diri sendiri kerana mereka takut untuk menilai diri sendiri diatas kekurangan yg lebih dari orang lain,mereka ini lah yg pantang ditegur atau yg pantang di cabar...jasa TUN mahthir tak dapat kita sangkal dan jasanya tetap di kenang kerana membina masjid dan yang lain2 termasuk putrajaya ini semua sudah ada dlm sejarah.tetapi tanya diri sendiri adakah kita berpusing satu malaysia ini kita nampak masjid yg cantik kita hanya ambil gambar?kenapa tidak solat di dalamnya tanda kesyukuran?berapa org yg buat begitu?yg komen buruk tentang TGNA dlm blog ni?adakha anda selalu mengimarahkan masjid tempat terdekat anda?boleh dikira kan?berapa org kah yg solat jumaat berebut nak ambil saf depan?yg belakang lagi penuh kan?pusinglah satu malaysia tgk setiap masjid dari setiap waktu solat...berapa baris dan berapa kerat yg ada buat solat jemaah?so kita tetap bangga kita ada masjid yg byk atau kita bangga ada ramai manusia yg solat dlm satu masjid?TNGA menyampaikan perkataan yg membuatkan org yg suka berfikir akan berfikir dan mencari makna jahiliah itu sendiri..tetapi bagi yg pemalas dan tidak suka membaca seperti org UMNO sendiri sudah tentunya mengikut kata hati lebih baik....rajin2 lah buka kamus dan buku agama...jgn guna agama yg dah belajar masa sekolah tu aje...kena kembangkan lg otak tu untuk mendalami agama...kalau yg main cakap ikut dan aje itu lah PELACUR AGAMA yg sebenarnya!!!nak bg contoh? tanya isa samad tu.....!!!!

    BalasPadam
  7. orang umno memang. bila nik aziz bagi fatwa, mereka bukan fikir dan kaji. mereka terus tolak mentah2.

    kalau mereka kajipun, bukan guna ilmu agama. tapi, guna ilmu dunia (itu nasib baikla ada yang guna ilmu. tapi kebanyakannya guna nafsu)

    BalasPadam
  8. butanya hati2 umat islam malaysia.. yg kau duk najiskan ulama tu 'fatwa' mane kau pakai? apa tahap kau nak hukum org? ape fakta kau nak hukum org? nik aziz ada fakta apa yg di katakan.. tolak islam.. tp mengaku islam.. munafiq!

    BalasPadam
  9. Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

    BalasPadam
  10. kembali lah pas pada perjuangan asal...

    pas x perlukan PKR/DAP...

    sokong PAS... tapi x sokong PR...

    hahahahha... penyokong UMNO la tu... skp berbelit2...

    BalasPadam