Sabtu, 5 Februari 2011

DEBAT ULAMAK UMNO - TUAN GURU NIK AZIZ MENJADI KENYATAAN ?

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Ulamak veteren Umno dari Kelantan, Mohd Noor mencabar Tuan Guru Nik Aziz untuk berdebat dengannya berkaitan kenyataan Mursyidul Am PAS itu bahawa sesiapa yang tidak menyokong PAS adalah golongan Jahiliyyah dan Malaysia bukan Negara Islam, saya merasakan cabaran itu lebih kepada bersifat emosi dan peribadi orang tua tersebut.

Sebelum ini orang tua berkenaan pernah `menyerang' Tuan Guru Nik Aziz di dalam rumah yang dikunjungi oleh Tuan Guru Nik Aziz sewaktu kempen PRK Dun Galas tanpa beradab sama sekali dan tidak menghormati tuan rumah yang mereka berdua adalah tetamunya. Orang tua seperti ini sepatutnya bukan lawan buat Tuan Guru Nik Aziz kerana dari awal lagi beliau telah menunjukkan sikap kebudak-budakan dan tidak langsung menunjukkan ciri-ciri seorang ilmuan apatah lagi alim ulamak.

Namun, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Sinar hari ini, Tuan Guru Nik Aziz bersedia malah mengalu-alukan debat di antara beliau dengan orang tua berkenaan. Meskipun diketahui orang tua berkenaan bukan pemimpin utama atau berpengaruh di dalam Umno yang boleh menentukan dasar parti dan negara, namun sebagai menghormati cabaran dari beliau, maka Tuan Guru Nik Aziz bersedia untuk berdepan dengannya. Sepatutnya yang lebih berwibawa dan sesuai untuk berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz adalah PM atau wakilnya seperti Mej Jen (B) Jamil Khir dan juga wakil dari JAKIM.

Persoalannya, apakah debat tersebut akan direstui oleh Umno? Apakah pihak media kerajaan seperti TV sanggup menyiarkan secara langsung debat berkenaan? Sukar untuk saya meyakini bahawa Umno mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian. Walau apa pun, kita menanti perkembangan seterusnya. Biarpun dikatakan orang tua Umno ini telah menghantar memorandum kepada Majlis Fatwa dan juga membuat laporan Polis terhadap kenyataan Tuan Guru Nik Aziz itu, kita yakin ianya tidak akan memberi kesan sedikit pun. Majlis Fatwa lebih-lebih lagi pihak Polis tidak boleh menipu atau memutarbelitkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.

Tuan Guru Nik Aziz berhujah berpandukan Al-Quran. Orang tua ini berhujah berpandukan akal dan emosi. Mana mungkin akal manusia boleh mengatasi ilmu Allah? Semua ini akan dibuktikan nanti jika debat ini berjaya diadakan. Sekarang kita tunggu apa pula jawapan pihak yang mencabar Tuan Guru Nik Aziz. Apa pula helah mereka kali ini agar debat tersebut tidak dapat diadakan. Jangan mengikut cara Najib yang penakut berdebat itu sudahlah. /wfauzdin.blogspot.com

8 ulasan:

  1. jangan main2 dgn orang tua tu yop..ada kasyaf tuu..kihkihkih.. apa yang bakal berlaku jika debat itu jadi kenyataan dapat diduga.. orang tua yg empunya kasyaf tu akan terjerit2.. terkencing2.. bila dilihatnya tok guru berbodyguard jin..kihkihkih..kihkihkih..gila punya orang !!!

    BalasPadam
  2. sure,tak jadi.umno akan guna pelbagai alasan supaya debat ini tak jadi

    BalasPadam
  3. HANG CAKAP BANYAK. HANG YANG LETAK SYARAT. NAK TV, NAK MEDIA. ITU SEMUA BUAT ALASAN.
    HANGPA NI BERTELOQ KE TAK ?

    BalasPadam
  4. Ehh...PAS ajak debat kat depan peneroka kat Tenang tu kenapa takut gak....tak payah TV dan media pun...depan peneroka felda je, takut gak puak Umno. Anwar ajak tak letak syarat apa pun samada depan TV ke tak, Najib takut gak....yg kompom takde teloq tu saperr??? ehehhh....

    BalasPadam
  5. ayoh ulalamak Mufti pekak dengan menteri misai tebai apa lagi sahutlah cabaran berdebat...

    BalasPadam
  6. MAKA SANG ULARMAK ...OOOPS ULAMAK PAK ANGGUK UMNGOK@APCO-BN PUN TURUN LA NAK BERDEBAT ! MESTI SATU TU YANG PUAKA PUNYA KOT ! YANG POPULAR BERPORNO HAHAHA ! TAPI APAPUN MESTI SEMUA YANG TURUN GERENTI MESTI KAKI BODEK & ANGGUK PUNYA ,MESTI KATA SURE HEBOH OK TAK HARAM DAN LAIN-LAIN TERMASUK JUDI,KEDAI ARAK BAGI LESEN JUGA KEDAI NOMBOR EKOR SEMUA OK HAHAHA ! ANGGUK JANGAN TAK ANGGUK !

    BalasPadam
  7. ape ke sengal sgt kalu debat x de org tengok!!! kalu ader telooq sgt, uat le debat cam colon presiden US koo... Demokrat vs Republikan live kat TV

    BalasPadam
  8. ye tak ye la ibnuomar...ada lak mamat mana kata letak byk syarat...aku sendiri pun nak gak tgk debat tu...ni kang buat tertutup mula la umno canang tok guru berbincang utk satukan pas Umno plak...fitnah lagi lak...buat live kan bagus..ni gamaknya UMNO dah ada kenangan pahit masa anuar bersama mamat mulut berbuih tu agaknya hahahahaha....mimpi ngeri beb...

    BalasPadam