Sabtu, 9 April 2011

DULU GILA SUMPAH, KEMUDIAN LAPAR DNA DAN KINI KEMARUK JAM OMEGA

Oleh: WFAUZDIN NS

BARU-baru ini ada teman Facebook bertanya pada saya, mengapa susah sangat DS Anwar atau DS Wan Azizah mahu tunjuk jam Omega yang dikatakan kepunyaan Anwar sepertimana yang dituntut oleh pencacai-pencacai Umno dan media pencacai itu? Harus kita ingat, sebelum ini Eskay salah seorang `geng three strooges' @ Datuk T ada mendakwa kununnya beliau ada menyimpan jam Omega kepunyaan DS Anwar yang tertinggal di sebuah hotel.

Saya telah menjawab secara rengkas persoalan tersebut kepada rakan FB saya mengikut kefahaman saya. Isu yang sama juga telah diulas oleh rakan Blogger Malaysia Waves di sini dan saya amat bersetuju dengan pendapat beliau.

Baik, pertama Eskay mengaku dia ada menyimpan jam Omega yang kununnya kepunyaan Ketua Pembangkang tersebut yang tertinggal di hotel yang didakwa berlakunya perkara sumbang tokoh pembangkang berkenaan. Eskay mendakwa, beliau disuruh oleh tokoh berkenaan mengambil jam tersebut di bilik hotel berkenaan. Persoalannya, setelah jam itu diambil adakah Eskay terus menyimpannya atau menyerahkan kepada Anwar? Tidakkah Anwar pernah bertanya tentang jam itu sebelum ini?

Kedua, Eskay mengaku ada menyimpan jam berkenaan. Oleh kerana itu, lojiknya kepada Eskay lah sepatutnya didesak untuk menunjukkan jam Omega yang beliau dakwa kepunyaan Anwar itu, bukannya mendesak Anwar mahu pun Azizah. Mengapa Eskay tidak tunjukkan jam tersebut kepada wartawan sewaktu beliau mengadakan sidang akhbar tentang isu video seks sebelum ini? Dan, sekiranya Eskay menunjukkan jam berkenaan, apakah itu cukup kuat untuk menuduh Anwar terlibat dengan aktiviti sumbang itu?

Ketiga, mereka yang menuduh mengapa perlu minta bukti kepada orang yang dituduh? Sebagai contoh, ada pihak menuduh kita membunuh seseorang dengan menggunakan pisau, adakah kita perlu menunjukkan pisau itu sedangkan hakikatnya kita tahu kita tidak bersalah. Menjadi tugas mereka yang menuduh untuk mendapatkan bukti mereka, mengapa perlu mendesak benda-benda yang bukan-bukan dan mengarut untuk menguatkan tuduhan mereka?

Memang benar kata Anwar, apa jua yang melibatkan beliau mesti ada yang pelik dan ganjil. Bermula dari kes fitnah Liwat I, Liwat II dan kini fitnah III bermacam yang pelik terjadi. Kes fitnah I, tarikh pertuduhan dipinda beberapa kali kerana kondomunium yang dikatakan tempat kejadian liwat Anwar dengan Azizan belum siap. Fitnah liwat II yang sedang berjalan pula, kita lihat berbagai fakta yang pelik, ganjil dan tidak masuk akal terjadi yang banyak kita ketahui. Terbaru, isu video seks pula langsung ditolak mentah oleh majoriti rakyat melainkan oleh mereka yang tertutup mata hati dan iman mereka.

Dahulu mereka gila kepada sumpah laknat, kemudiannya mereka lapar pula kepada DNA, dan sekarang mereka kemaruk dengan jam Omega. Sampai bila mereka terus akan menjadi gila? Mungkin kita boleh mengubati penyakit gila mereka ini selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. BILA PEMBOHONGAN DAN FITNAH AKAN MENJADI LAGI BOHONG DAN BOHONG DAN BOHONG ! KERJA-KERJA DAJAL PENGROSAK TAK AKAN SELAMAT HANYA AKAN KANTOI DAN MEMBUKA LAGI PEKUNG DARI DAJAL-DAJAL ITU SENDIRI ! SYAITAN PUN KETAWA AKAN KERJA FITNAH YANG BANGANG INI !

    BalasPadam
  2. mereka yang buat fitnahtersebut, bukan nya pengarah yang profesional, bukan juga pelakon popular, jadi nya semua tak kena haram tetap haramjadah

    BalasPadam
  3. UMNO mana ada yang pandai........ dulu adalah seorang, tapi difitnah dalam kes Liwat 1, jadi sekarang UMNO memang terdiri dari orang-orang yang bodoh.

    Nasihat untuk UMNO. Lain kali kalau nak buat kerja:

    Tuduhan-tuduhan jangan buat masa dekat pilihanraya, nampak sangat ada motif politik - contoh sumpah Sepol,tuduhan Sepol, Fitnah 3.

    Kalau ada pembangkang nak lompat, jangan benarkan mereka melompat sebelum hari pengundian - kalau buat juga hampa ingat rakyat bodoh. Malah dengan ini kami boleh cop bahawa mereka menerima bayaran untuk melompat.

    Kalau nak kata ahli PAS isytihar keluar parti, jangan lupa suruh dia pakai celak dulu, tasbih jangan lupa... jubah satu lagi jangan lupa pakai. Sebab selalunya ahli yang dikatakan ahli tu tak nampak macam ahli pun.

    Itu sahaja nasihat untuk si bodoh-si bodoh dalam UMNO yang dilantik jadi strategis.

    BalasPadam