Jumaat, 8 April 2011

SERANG BALAS ANWAR MENYEBABKAN KABINET `TARIK HANDBREAK'

Oleh: WFAUZDIN NS

JERAT yang dipasang oleh DS Anwar mengena dan berkesan. Saya telah menulis bagaimana mereka terjerat apabila terus mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Bebas menyiasat kes video seks kununnya yang melibatkan Anwar dengan seorang pelacur.

Nazri Aziz orang yang paling bersemangat untuk mendesak agar Suruhanjaya Bebas ini ditubuhkan, begitu juga dengan beberapa pencacai yang lain termasuk raja katak dari Pasir Mas. Apabila Najib bersuara semalam yang seolah-olah bersetuju dengan Nazri, maka inilah yang ditungu-tunggu oleh Anwar.

Satu `ledakan peluru' tepat ke muka Najib apabila Anwar menyebut beliau tidak hairan sedikit pun tentang hajat mereka untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas berkenaan. Tetapi menurut Anwar, ada kes yang lebih besar dari itu iaitu kes wanita Monggolia yang dibom dengan menggunakan C4, kes moral tokoh penting negara di sebuah hotel Port Dickson dan terbaru kes kematian Pegawai Kastam di bangunan SPRM. Kesemuanya itu hendaklah ditubuhkan juga Suruhanjaya Bebas sebelum mahu bercerita pasal video seks lelaki berperut boroi itu.

Sekarang kita menanti apa jawapan Najib. Ternyata, serang balas Anwar mengejutkan Najib dan terbaru kabinet hari ini memutuskan kes video lucah itu akan dibawa ke Suruhanjaya Bebas SEKIRANYA pelakunnya telah dikenalpasti. Dilaporkan kenyataan Nazri, "Kerajaan akan hanya menubuhkan sebuah Suruhajaya Diraja (RCI) bagi menyiasat video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki yang dikatakan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas polis mengenalpasti pelaku dalam rakaman pita berkenaan" (Malaysiakini).

Jika sudah dikenalpasti pelakunnya, perlu apa lagi Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat? Mahu siasat apa lagi? Adakah jika pelakun yang berperut boroi itu dikenalpasti bukan Anwar, maka tiada Suruhanjaya Bebas? Jika mereka anggap sememangnya Anwar, baru tubuh Suruhanjaya Bebas? Kita hairan, Suruhanjaya Bebas ini untuk apa sebenarnya? Perlukah wujud Suruhanjaya Bebas semata-mata mahu selamatkan air muka mereka yang sudah semakin jelek itu?

Apa pun, jelas cabaran Anwar agar ditubuhkan juga Suruhanjaya Bebas di dalam kes Altantuya khususnya berkenaan `siapa yang mengarahkan' wanita Monggolia itu dibunuh amat memberi kesan sehingga ada `tarikan handbreak' pada keputusan kabinet hari ini. Syabas Anwar./wfauzdin.blogspot.com

8 ulasan:

  1. kalau sabery chik yg berani berhadapan dgn anwar, terkeluarlah air liur sabery bertahan hujjah.. tp kalau najib (penakut no.1) mahu terkencing atau terberak dibuatnya..!!

    BalasPadam
  2. Di dalam situasi pemimpin negara sibuk melakukan fitnah,menjatuhkan maruah sesama insan,media kerajaan meracun pemikiran rakyat, ALLAH SWT telah menurunkan suatu musibah iaitu kematian seorang pegawai kastam yang mempunyai keperibadian yang baik.Kepada semua jiwa-jiwa yang beriman, renungkanlah,fikirkanlah dan yang mempunyai keupayaan dan berkuasa bertindaklah demi keadilan dan kebenaran.Sesungguhnya, segala sesuatu yang Allah SWT rencanakan bukan hanya sebagai tontonan tetapi untuk kita gunakan akal yang di anugerahkan pada kita dengan sebaik mungkin demi memperbaiki keadaan dan sebagai peringatan tentang ketidak sempurnaan manusia dan kekuasaan yang hakiki hanya pada Nya.

    BalasPadam
  3. Jika Allah berkehendak...SEMUANYA...qunfayaqun!Mudah-mudahan Sarawak akan menjadi satu lagi negeri PR selepas 16.4.2011 ini.

    Kita lihat apa akan jadi pada NKRA umno..Najis Kerja Roswah Suruh(NKRA)

    BalasPadam
  4. Wamakaru wamakarallah..Wallahuhoirul makirin..
    Manusia merancang dan Allah juga merancang..Allah adalah sebaik-baik perancang dan pembalas segala tipu daya..

    Dlm manusia2 penjahat merancang tipu daya dan fitnah keatas sesama agama,Allah juga merancang utk membalas tipudaya mereka..Dlm keghairahan Dato' T mengaibkan Anuar Ibrahim dan dlm keghairahan Nazri Aziz mendesak penubuhan suruhanraya diraja atas kes video,Allah telah memintas perancangan jahat mereka dgn mentakdirkan Syahidnya seorang tim.Pengarah Kastam di bangunan SPRM dgn meninggalkan persoalan kpd rakyat Malaysia bagaimana kematian kali kedua ini boleh terjadi lg di bangunan milik agensi kerajaan..
    Maka Allah menggerakkan hati2 manusia yg masih mempunyai perasaan kemanusiaan utk menuntut keadilan atas tragedi yg menimpa seorang manusia yg jujur dlm menjalankan amamanahnya..
    Tidakkah jelas akan petanda kekuasaan Allah wahai manusia2 yg mengaku berserah kpd Allah?
    Allah telah menampakkan peringatannya kpd manusia2 yg lalai dgn kuasa dan sombong berjalan diatas muka bumi Allah ini..
    Sesungguhnya mereka2 ini telah berada dipuncak kezaliman mereka dan Allah mula menampakkan janji2nya utk menjatuhkan golongan yg zalim ini utk digantikan dgn keadilan dan kemakmuran..
    Bersabar dan beristiqamah lah wahai saudara2 ku sekelian..
    Diseberang Laut Cina Selatan sana,satu pertembungan antara kebenaran dan kebatilan sedang hebat berjalan dan kita mengharapkan agar Allah memberikan kemenangan utk memadamkan kebatilan dgn Izinnya..
    Marilah kita mendoakan kemenangan pd Kebenaran disana..

    BalasPadam
  5. marilah kita sama-sama sembahyang hajat dan baca yasin minta pelakun tu pecah perut dan gila meroyan agar kebenaran yang kita harapkan terserlah.

    BalasPadam
  6. salam sejahtera...kepada semua rakyat sarawak, ubahlah negeri kamu sebelum lebih dahsyat lagi perlakuan2 rakus pemimpin2 kamu sendiri...PBB..Pemimpin Bijak-bijak Belaka, Pengikut Bo...-Bo... Belaka...fikirkanlaa....

    BalasPadam
  7. Elok gak tue sekurang-kurangnya tahu sape sebenarnye pelakunya..tak delah tuduh sini dan tuduh situ...banyak sangat andaian yang dibuat dalam blog seperti ini yang belum sah kesahihan nya. hanya pendapat dan spekulasi penulis saje jadi mainan...pemblog yang tidak neural seperti anda.

    BalasPadam