Selasa, 24 Mei 2011

KITA PATUT SOKONG KJ `SEMENTARA WAKTU'

Oleh: WFAUZDIN NS

SETIAUSAHA Agung PKR, YB Saifuddin Nasution menganggap Ketua Pemuda Umno YB Khairi Jamaludin (KJ) bersandiwara apabila KJ membantah kenaikan harga petrol yang kemungkinan besar akan berlaku dalam masa terdekat. Munasabahnya dakwaan YB Saifuddin adalah berdasarkan pengalaman lalu di mana KJ di antara yang kuat menyokong kenaikan harga petrol ini sewaktu Bapa Mertuanya Pak Lah menjadi PM.

Hari ini, KJ berkata tidak wajar YB Saifuddin menuduhnya sedemikian dan menyifatkannya sebagai serangan peribadi. "Apa salahnya sekiranya pendekatan saya berubah sedikit setelah mendapat pengalaman dari sejarah?," (Malaysiakini). Saya juga tidak senang dengan tuduhan YB Saifuddin terhadap KJ hanya kerana peristiwa lampau. Saya sokong KJ di dalam kenyataannya di atas yang membawa maksud iaitu beliau `sudah berubah'. Jadi, sewajarnya kita sokong perubahan positif beliau itu.

KJ berkata beliau telah belajar dari pengalaman lalu. Di antara yang telah KJ pelajari adalah Kerajaan Bn terpaksa `gadai' 4 negeri kepada Pembangkang dan gagal merampas Kelantan dari PAS di dalam PRU ke 12 yang lalu. Paling memeritkan buat KJ adalah kerusi PM yang baru diduduki oleh Bapa Mertuanya terpaksa ditinggalkan akibat tekanan dari dalam partinya dan di luar parti. Itu lah hasil dari kerja yang menyusahkan rakyat.

Apakah salah untuk KJ mengingatkan Najib tentang sejarah buruk buat Bn ini? Sebab itu saya katakan bahawa YB Saifuddin sepatutnya beri peluang kepada KJ untuk bertindak `berani' melawan `tokeh' demi kepentingan rakyat. Kita lihat dahulu setakat mana KJ boleh `melembut'kan hati Najib yang mungkin berlembut hanya kepada Rosmah sahaja.

Apabila KJ menyebut menentang kenaikan harga petrol atau penarikan subsidi minyak untuk `sementara waktu' di saat rakyat sedang susah, itulah sebenarnya yang merisaukan kita. Perkataan `sementara waktu' itu subjektif. Mungkin sementara sebelum Pilihanraya Umum Ke 13, dan selepas itu dibenarkan kenaikan harga petrol.

Apa pun, rakyat yang perlu berfikir semasak-masaknya. Rakyat bukan tidak biasa dengan janji-janji manis pemimpin Umno selama lebih 50 tahun. Mengapa rakyat tidak boleh mencuba janji-janji yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat seperti yang terkandung di dalam Buku Jingga? Janji berkenaan harga petrol sahaja, Pakatan Rakyat berjanji untuk menurunkan harga petrol dalam tempoh 24 jam sahaja bukan menunggu sehingga 50 tahun. Masakan kita tidak berani mencuba?

Jika kita telah mencuba mereka melebihi 50 tahun, ternyata kita hanya dipermainkan maka bijakkah kita terus memberi Umno peluang lagi? Jangan kita salahkan kaum Cina yang terlebih dahulu bijak di dalam politik sedangkan kita masih dibuai mimpi dengan `ketuanan Melayu' yang hakikatnya banyak menyusahkan Melayu./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. kalau lah rakyat m'sia ni cerdik mcm rakyat amerika,maju lah negara,sentiasa bertukar kerajaan menunjukkan rakyat yg memerintah, kebajikan sentiasa terjaga bukan parti yg hanya mengisi perut sendiri..

    BalasPadam