Selasa, 24 Mei 2011

TIMB PRESIDEN PAS - TUAN IBRAHIM SEKAT PELUANG MAT SABU?

Oleh: WFAUZDIN NS

SYABAS buat Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang akhirnya bersetuju untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PAS. Saya secara peribadi awalnya menyokong Sdr Mat Sabu bertanding jawatan nombor dua tersebut tetapi setelah Us Tuan Ibrahim sanggup sertai pertandingan ini, maka tiada pilihan lagi melainkan menyokong Pesuruhjaya PAS Pahang ini.

Mat Sabu mulanya harapan ramai tetapi kemunculan Us Tuan Ibrahim mungkin menyebabkan berlaku lagi pecahan undi seperti pemilihan yang lalu. Adakah kali ini rezeki masih kekal kepada Us Nasha akibat pecahan undi? Mungkin ada yang berpendapat kemasukan Us Tuan Ibrahim bukan untuk memenangi jawatan tersebut tetapi hanya untuk menyelamatkan Us Nasha. Saya tidak pasti perkara ini, tetapi jika tidak benar sekali pun keputusan Us Tuan Ibrahim itu tentunya melegakan Us Nasha.

Sedikit sukar buat Mat Sabu dengan perkembangan mutakhir ini. Tetapi, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Saya harap kali ini biarlah Timbalan Presiden PAS mendapat undi yang tinggi walaupun pertandingan tiga penjuru. Apa sekalipun, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ketiga-tiga pemimpin ini komited di dalam perjuangan Islam, cuma stail masing-masing sahaja mungkin bderbeza./wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. Saya secara peribadi awalnya menyokong Sdr Mat Sabu bertanding jawatan nombor dua tersebut tetapi setelah Us Tuan Ibrahim sanggup sertai pertandingan ini, maka tiada pilihan lagi melainkan menyokong Pesuruhjaya PAS Pahang ini.

    WFauzdin-Hang baca betui betui catatan hang diatas tu.
    Ini berkaitan dengan ulasan hang bahawa Us Nasa akan kekal mempertahankan jawatan.
    Apa yang hang buat ni lebih kurang apa yang hang buat waktu pemilihan PKR.
    Hampa jolok Mat Sabu bertanding,kemudian hampa tinggai dia pasai TITM masuk bertanding.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Sdra,maaf,saya tidak faham kenapa sdra bertukar arah drpd menyokong Mat Sabu kepada TITM.Bukankah kita patut mengutamakan prinsip apabila kita menyokong seorang calon itu atas dasar kebolehan beliau menyandang jawatan itu. Pada hemat saya jawatan Tim.Presiden ini amat mustahak dlm organasasi PAS terutamanya bila Presiden tidak lagi mampu/dipanggil Allah.Kita patut fikirkan siapa kah lebih layak & berkemampuan untuk mengambil alih jawatan Presiden ini.Bukan gitu? Wallahua'lam.Wassalamualaikum

    BalasPadam
  3. Kalau Hadi Awang dan Tuan Brahim boleh flip-flop, mengapa WFauzdin tak boleh? Bukankah ini zaman orang memilih pemimpin yang flip-flop?

    BalasPadam
  4. WFauzdin nie ada skit mcm proUG dan penyokong azmin ali...kedua2nya membawa masallah pada pakatan rakyat

    BalasPadam
  5. Sikit nk jwp komen di atas:

    Sy awalnya mnyokong Mat Sabu apabila awalnya juga Tuan Ibrahim sebut beliau tidak mahu bertanding dan minta jgn dicalonkan. Sbb itu di antara Mat Sabu dan Us Nasha, sy pilih Mat Sabu. Jika awal dulu Tuan Ibrahim kata MUNGKIN akan bertanding, saya akan pilih Tuan Ibrahim.

    Sy tidak pernah menjolok Mat Sabu bertanding, saya hanya pernah menulis akan mnyokong beliau, itu pun setelah Tuan Ibrahim sendiri sebut tidak akan bertanding.

    Tentang `flip plop' ini pada saya dlm PAS tiada masalah asalkan tidak lari dari dasar PAS dan hukum Islam. Berubah apabila ada keperluan dan dirasakan lebih baik, bukan untuk tujuan tidak baik.

    Tentang UG, boleh baca artikel saya terdahulu. Sy adalah paling kuat menentang UG sehinggakan bila saya mnyokong Husam Musa dahulu, saya dikritik hebat oleh mereka yang ketika itu dikatakan puak UG. Apakah saya sokong Mat Sabu pada awalnya, kmudian mnyokong Tuan Ibrahim sekarang maka saya dianggap pro UG? Kalau saya awalnya sokong Us Nasha, mnungkin saya dilabel lebih2 UG, itu mungkin lojik.

    Pada saya UG dah lama terpadam dan jika ada pun ianya semakin ditolak di dalam PAS. Wslm.<WFAUZDIN NS

    BalasPadam
  6. 2 tokoh pas yg disegani .... saya pon dulu sokong abg mat gak tapi bila pj pahang setuju nak tanding tpp payah nak kata tak sokong pj pahang.... mcm 2 lah agaknya abg wfauzdin rasa agaknya....

    BalasPadam
  7. KITA KENA SOKONG CALON YANG UMNO TAK SELESA

    BalasPadam