Jumaat, 14 Oktober 2011

BEKAS-BEKAS TENTERA JANGAN MELATAH TIDAK TENTU PASAL



Oleh: WFAUZDIN NS


RAMAI bekas tentera yang menyuarakan rasa meluat dan jijik dengan perangai beberapa orang bekas tentera yang berselindung di sebalik PERKASA begitu anti dengan Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu (Mat Sabu) kononnya Mat Sabu ini menghina bekas tentera di dalam isu Mat Indera.

Sebenarnya berapa kerat sahaja bekas tentera yang masih `beku' otak mereka sehinggakan tidak tahu menilai apa yang diperkatakan oleh PERKASA. Kesihan mereka, jika di dalam tentera minda mereka dikawal sehinggalah mereka bersara masih juga tidak mampu untuk berfikir dengan waras. Saya juga bekas tentera dan saya juga sempat belajar sejarah sewaktu bersekolah dahulu. Sebab itulah semenjak dari tentera lagi kita patut ambil tahu isu politik walaupun kita terikat dengan undang-undang tentera tidak boleh terlibat dalam politik.

Sekiranya di dalam perkhidmatan tentera atau Polis kita langsung tidak ambil tahu isu atau perkembangan politik, hanya yang kita tahu cukup bulan kita cucuk duit gaji di mesin ATM, maka apabila kita bersara kelak kita akan menjadi seperti beberapa kerat bekas tentera yang menyokong PERKASA itu. Mereka diperbodohkan oleh PERKASA dengan menuduh Mat Sabu dan PAS menyokong Komunis.

Saya mahu tanya bekas-bekas tentera yang otak mereka masih beku itu, semenjak bila ATM ini bekerja dengan British atau perkataan paling lunak disebut menjadi `barua British'? Di era tahun 50-an sewaktu tragedi Bukit Kepong, ketika itu Polis atau tentera adakah sama fungsinya dengan Polis atau tentera selepas merdeka? Apa bezanya waktu itu dengan sekarang?

Sejurus selepas merdeka, Polis atau tentera bekerja kuat untuk mempertahankan kemerdekaan dan ketika itu sememangnya polis dan tentera terpaksa berdepan dengan Komunis yang terus mengancam keselamatan negara. Memang benar Polis dan tentera wujud lebih awal sebelum merdeka tahun 1957, tetapi siapa ketua bagi Polis dan tentera ketika itu? Ertinya, terlalu jauh beza perjuangan tentera dan Polis sebelum merdeka dan selepas merdeka.

Satu lagi, Mat Sabu tidak pernah di dalam ucapannya menghina Polis atau tentera samada mereka bertugas sebelum mahu pun selepas merdeka. Mat Sabu hanya menceritakan perjuangan Mat Indera menentang penjajah dan tali barut penjajah. Jika Polis atau tentera ketika itu pun berjuang menentang penjajah, mungkin Mat Sabu juga akan mengangkat Polis dan tentera yang menjadi hero menentang penjajah tersebut. Bekas-bekas tentera/Polis jangan cuba menghina kerjaya tentera/Polis dengan menyamakan perjuangan mereka dengan perjuangan pasukan beruniform di Bukit Kepong itu.

Mendukacitakan, beberapa kerat bekas tentera yang menyokong PERKASA itu mereka bukan berkhidmat di zaman Bukit Kepong. Kebanyakan mereka berkhidmat selepas merdeka dan mereka tiada kena mengena dengan zaman Mat Indera. Justeru itu, jangan jadi bodoh dengan melatah tidak tentu pasal./wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:

  1. salam Sjr,, ijin kan gua kopi pes n3 ini,,, bukan askar tapi gua lanun ,,,

    BalasPadam
  2. Ulasan dari seorang bekas tentera yang bernas dan berfikir menggunakan otak dikepala...yg mengikut telunjuk Perkasa tu,otaknya dilutut...

    BalasPadam
  3. SALAM BUAT SEMUA RAKAN SEPERJUANGAN. BETUL KALAU DAH DLM TENTERA PUN DAH KENA KELENTONG. SY MASIH INGAT BILA SAYA TANYA MASA KAT REKRUT PD JL YG MENGAJAR UNDANGX. ADAKAH SY BOLEH DPTKAN UNDANGX TENTERA. DIA JWB RAHSIA. SY KATA RAHSIA PASAI APA PULA. UNDANGX TENTERA DIGUBAL DI PARLIMEN. AHLI PARLIMEN BUKANNYA TENTERA. SY KATA KAT DIA SY DAH BELI BUKU UNDANGX TENTERA KAT KEDAI. TERKEJUT DIA. INI LAH MASAALAH. RAMAI YG TIDAK PERNAH BACA PAT, PTD, PMAT DSBNYA SEBAB TU LAH KITA DOK KENA KELENTONG....AMER

    BalasPadam
  4. sekiranya perjanjian baling berjaya,tidak ada askar polis yg mati,Tengku xnak berjaya,walau pun dah bersara seharusnya digunakan akal utk masa depan kita dn negara..bukan jadi smseng,

    BalasPadam
  5. Kalau Perjanjian Baling berjaya, negara aman, politik akan berfungsi secara aman, maka rahsia UMNO menerima kemerdekaan yang diberi oleh British akan diketahui. Tembelang mereka pasal pejuang-pejuang haluan kiri akan pecah, rakyat akan memandang tinggi pejuang-pejuang haluan kiri sebaliknya akan memandang hina UMNO yang bersekongkol dengan penjajah.

    BalasPadam
  6. Setuju .. byk beza tu... Tentera & Polis & lain2 anggota keselamatan kita hormat & sanjung. TAPI jangan la 2, 3 kerat bekas tentera atau Pekida nak kepoh hal politik kalau tak berapa cerdik selok belok politik. Hingga selalu pun kena main saja dgn UMNO. Kalau nak mabik tahu, biar tahu ujung pangkal cerita/isu, biar cerdik sikit. Susah sangat, be a non-partisan, sekurang-kurangnya tak la nampak kebodoh sombongan (ada ker perkataan ni? heh) mereka tu.

    BalasPadam
  7. salam. amer, jurulatih cakap rahsia sbb dia tak tau AKTA AT 1972 tu... tambah pulak sekarang disebut AKTA AT 1972, pindaan 1996. Apa pun, yg penting kita tau hak kita, insyaAllah selamat. utk makluman semua, banyak pangkalan tudm kene godam sbb peratusan undi kepada pembangkang (sebelum ujud PR)melebihi 70 %.

    BalasPadam
  8. Razali Zakaria tu Mejar (B) dari Kor Kesihatan DiRaja ATM .. join UMNO/Perkasa tu bukan apa .. cari makannnn ..

    BalasPadam