Khamis, 13 Oktober 2011

PROF DR AZIZ BARI AKAN BERTANDING MEWAKILI PKR DI KULIM BANDAR BARU?

Oleh: WFAUZDIN NS

MERUJUK laporan akhbar Sinar hari ini, MP Kulim Bandar Baru YB Zulkifli Noordin yang digelar Zul Kulim menyelar tindakan Prof Dr Aziz Bari yang menyentuh kuasa Sultan Selangor di dalam isu pemeriksaan Gereja di Selangor baru-baru ini. Prof Dr Aziz Bari juga ada menyebut sebelum ini bahawa Sultan juga boleh dikritik oleh sesiapa sahaja sekiranya Sultan bertindak melebihi kuasa yang ada padanya.



Saya tidak mahu menyentuh samada titah Sultan Selangor itu betul atau tidak. Selaku Ketua Agama, memang benar Sultan mesti peka terhadap isu memurtadkan umat Islam. Di sebalik itu juga, Sultan mestilah adil dan saksama di dalam sebarang tindakannya sebelum memutuskan sesuatu perkara. Mungkin, Sultan Selangor telah bertindak seperti yang sewajarnya iaitu menyiasat kesemua pihak yang terlibat dan tidak meminggirkan pihak yang lain. Islam itu bukan sahaja adil tetapi mesti dilihat adil.



Zul Kulim ini pula tidak tentu pasal marah kepada Prof Dr Aziz Bari ini mengapa? Cuba hujah sedikit apa yang tidak kena dengan kenyataan Prof Dr Aziz Bari itu? Salahkah beliau berkata bahawa Sultan boleh dikritik? Benar atau tidak, di dalam sistem Raja Berpelembagaan yang kita amalkan menyebut bahawa Raja mesti bertindak atas nasihat kuasa eksekutif iaitu PM atau MB?

Tentang cabaran YB Zul Kulim agar Prof Dr Aziz Bari agar masuk gelanggang politik dan bertanding di dalam pilihanraya, saya rasa Prof Dr Aziz Bari harus memikirkannya dengan serius. Saya bersetuju jika Prof Dr Aziz Bari memasuki gelanggang politik dan gelanggang pertama yang paling sesuai untuk beliau masuk adalah di Parlimen Kulim Bandar Baru. Mengapa di situ sesuai buat Prof Dr Aziz Bari? Pada saya di situ terdapatnya `seekor lembu peliharaan' yang boleh kita buat `korban' nanti.

Jika di Pasir Mas Berahim alkataki, Presiden Perkosa pernah berangan untuk mencabut setiap helai bulu Mat Sabu kerana kelantangan Mat Sabu di dalam isu Mat Indera, maka di kerusi Parlimen Pasir Mas nanti wajar diletakkan Mat Sabu untuk kita melihat bulu siapa yang akan tercabut. `Katak' tidak mempunyai bulu tetapi katak mempunyai kulit. Adakah bulu yang tercabut atau kulit yang tersiat?

Justeru itu, di Kulim Bandar Baru elok sangat jika Prof Dr Aziz Bari dicalonkan di situ untuk berdepan dengan `seekor lembu peliharaan'./wfauzdin.blogspot.com

19 ulasan:

  1. sokong 100% jika orang yang berpendirian bertanding di situ

    BalasPadam
  2. hang la lembu musibat oii
    dasar barua dapig
    bodo punye blog..

    BalasPadam
  3. Guana maroh tu..geng2 takdok telur jugak tu Syeikh..dia sendiri yg lembu pn x mengaku...kahkahkah!

    BalasPadam
  4. Sokong 100% orang yang berperinsip seperti Aziz Bari bertanding di Kulim Bandar Baru, ha! tak ketaq lutut si barua tu...

    BalasPadam
  5. sokong sangat ..sdr berikan cadangan bakal2 YB PR di Segamat dan Rompin yg terbaik..

    BalasPadam
  6. barua untuk melawan kebatilan dan kebajatan melayu umno adalah lebih bermaruah dari jadi pencaci setia umnongok...

    BalasPadam
  7. pru nanti........
    mamat kulum dah kena 'korban'.....
    baru tau langit tinggi rendah

    kami orang kulim alukan prof. aziz bari....
    baru ceghedik sikit orang kulim...

    kah kah kah

    BalasPadam
  8. YA ... ORANG KULIM SANGAT ALU-ALUKAN AZIZ BARI BERTANDING DI SINI... KAMI ORANG UMNO PUN AKAN SOKONG DIA...

    ....PAK YA KEDAI.

    BalasPadam
  9. sakit haati aku bila mamat munafik tu bersuara.harap2 selepas pru13 nanti tak da lagi nama zulkifli pencacaitaik umno

    BalasPadam
  10. sokong klu aziz bari jd calon...sgt bernas klu dia dicalonkan.

    BalasPadam
  11. Dia bunyi sambil melompat-lompat pulak, itu tandanya PRU dah dekat, loyer yg semakin terdesak makin merapu, macam la sultan tu maksum sangat, tak boleh dikritik, menyampah aku pada simulut & hati busuk ni, kita korbankan dia pada PRU akan datang.

    BalasPadam
  12. syabas utk prof ,jangan bagi peguam tipu penduduk
    kulim

    BalasPadam
  13. kangkung termasuk dlm kategori tumbuhan melata,
    akarnya jenis (otak) serabut tapi xde tunjang (ilmu)...
    klau nak makan..petik je, cuma kena pilih tempat la..tepi longkang ke, belakang umah ke, tepi lombong ke...

    goreng pon sodap...(lotak belacan skit)

    BalasPadam
  14. ZUL KULIM CAI TAIK NI TANDING TIKET BEBAS PUN LINGKUP,PAKAI LAMBANG DACING PUN TERLUNGKUP,TUNGGUUUUU

    BalasPadam
  15. Yob! betul ke teman dengar deme nak betanding lawan Aziz Bari kat Kulim Bandar Baru dlm PRU 13 ni?..kalau betul teman harap deme berjaya....tapi jangan bertanding atas lambang BN, nanti tak dak siapa undi deme, teman cadang pakai lambang kepala lembu sebab ia sinonim dengan deme!..tapi teman nasihat jangan lambang deme tu bagi nampak kat lembu2 yang ada di bandar Kulim tu..nanti takut lembu2 tu naik minyak, marah deme pakai gambar dia!..sebab taraf lembu lebih mulia dari deme!!

    BalasPadam
  16. zul lembu tu dah nak kena korban.
    pru13, takda siapa nak calonkan dia.
    umno? kira bunuh diri lah.
    jadi calon bebas?
    duit deposit pun hilang.
    sudahlah, lupakan saja haramjadah tu.
    gualah, tak usah lihat muka dia,
    dengar namanya pun meluat,
    dan terasa nak muntah.

    BalasPadam
  17. Aku dulu sokong UMNO habis-habisan.Pastu dah tengok bnyk penyelewengan, aku sokong PR pulak, tp ada juga pemimpin yg menang keluar parti dan hentam habis - habisan bekas kawan2 baik dia.............pening betul dunio politik ni

    BalasPadam
  18. Sultan dan bersusah payah meredakan ketegangan diantara anak buahnya iaitu JAIS dan MBnya sedangkan sebagai adik beradik mereka sepatutunya meneyelesaikan isu gereja dengan berhemah.

    Bilamana Sultan sudah meredakan ketegangan isu memurtadkan orang-orang Islam, adapula yang mulut celupar mengatakan Sultan bertindak tidak konsisten dan tidak pula mengikut ajaran Islam!!!

    Lah ni, dok sibuk berpolitik pula atas lesen akademiknya. Hendak berpolitik, daftarlah sebagai ahli parti politik dan pegang jawatan dalam parti politik, dan berhenti sebagai akademik.

    BalasPadam
  19. Suatu perspektif dan analisa umum- http://suaraserak.blogspot.com/2011/12/aziz-bari-dan-pilihanraya.html

    PENDAPAT PENTING
    suaraserak.blogspot.com

    Serak Itu Suatu Abstrak, Nampak Nyata, Boleh Dirasa, Kedengaran Ada, Tapi Fizikalnya Tiada. Arena perkongsian ilmu dan budi, perundangan, santai dan sukan.

    BalasPadam