Khamis, 13 Oktober 2011

KUMPULAN BENGAP DI SEGAMAT CUBA HALANG LIM GUAN ENG



Oleh: WFAUZDIN NS

DIKHABARKAN petang semalam sekumpulan `orang-orang bengap ' di Segamat telah berhimpun di hadapan Restoren Siang Kee, Kg Abdullah. Kebanyakan mereka rupa seperti orang Melayu dan ada yang rupa Jawa. Untuk apa mereka berhimpun?

Aku ingatkan mereka berhimpun pasal marah disebabkan hilangnya Pulau Batu Putih kepada Singapura. Atau pun mereka berhimpun pasal ghaibnya Tg Pagar juga kepada Singapura. Mungkin juga mereka berhimpun pasal marah kepada Chua Soi Lek yang menghina hukum wanita menutup aurat di dalam Islam sewaktu PRK Dun Tenang dulu. Atau, mereka berhimpun untuk membantah MB Johor yang mengiktiraf Buku `Pengukir Nama johor' terbitan Yayasan Johor yang mempopularkan nama Mat Indera di dalam buku tersebut.



Rupa-rupanya mereka berhimpun kerana membantah kehadiran KM P.Pinang, Lim Guan Eng ke Johor. Alasannya, Lim Guan Eng dikatakan memburukkan nama Johor walaupun Lim Guan Eng telah bawa kes tersebut ke mahkamah. Jika itu alasannya, sepatutnya rakyat Terengganu pun kena bangkit apabila ada puak yang menghina Sultan Terengganu yang juga Yang DiPertuan Agung dengan sepanduk bertulis `Kami Mahu Deris, natang" yang dipamerkan di hadapan Istana Terengganu suatu ketika dahulu.

Rakyat Kelantan pun kena emosi lah sikit pada KM Melaka, Ali Ketam yang pernah mengeluarkan arahan tidak membenarkan kakitangan Kerajaan Negeri Melaka melawat Kelantan. Tetapi, Ali Ketam tidak diganggu sedikit pun apabila menjejakkan kaki ke bumi Kelantan sewaktu mempromosikan SUKMA di sana. Ketika itu Melaka menjadi Tuan Rumah Sukma. Bahkan, Ali Ketam diberi peluang bercakap di Stesen Radio Manis FM, sebuah stesen radio swasta di Kota Bharu. Ertinya, ada rakyat Kelantan kisah dengan KM Melaka? Ada Sultan Kelantan tersinggung?

Siapa tidak tahu berapa tahun Kerajaan Negeri Kelantan diburukkan oleh pemimpin Umno bahkan diburukkan di media-media perdana? Ada rakyat Kelantan kisah? Tapi, bila terkena kepada Lim Guan Eng, meroyan puak-puak bengap tu di Johor. Ini suatu tanda betapa gelabahnya Umno/Bn di Johor sekarang. Ada baiknya juga kerana apabila ini berlaku, sudah pasti sokongan masyarakat Cina di Johor akan beralih kepada Pakatan Rakyat di dalam PRU akan datang.

Baru-baru ini di Segamat juga, sekumpulan mat rempit yang hanya diupah RM 10 dan diisi minyak motor sanggup menjadi `hamba sahaya' pemimpin yang takut kepada Mat Sabu. Mereka berjaya ditahan oleh sekumpulan Unit Amal dari PAS dan anak-anak muda dari SAMM. Semalam di Segamat, sekali lagi Unit Amal PAS berdepan dengan puak-puak bengap ini yang cuba mengganggu program melibatkan Lim Guan Eng.

Semakin teruk politik Umno/Bn sekarang. Mereka sudah tiada moral lagi untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat secara `gentleman'. Mereka kini gunakan taktik samseng, tetapi samseng taik minyak. Syabas, kepada Lim guan Eng yang berani berdepan dengan puak-puak bengap tersebut. Pedulikan ugutan dan ancaman dari mereka kerana ugutan dari orang yang bodoh tidak perlu dilayan./wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. satu bumi satu melayu -- ajaran songsang puak melayu asli kuno-- boleh gitu

    BalasPadam
  2. mereka jd samseng slps mrk yamseng...kahkah..g mamposla politik yamseng korg umnongok...

    BalasPadam
  3. Depa tu samseng taik minyak je, berani buat pasai ada org cover di belakang, cetus huru hara pun tak kena tangkap, pasukan beruniform akan tengok je, haramjadah punya UMNO.

    BalasPadam
  4. GENG UMPORNO SONGKOK TINGGI DAN MAMAK MEMANG SAMSENG PASAL PDRM SOKONG KUAT,KALU GENG PKR SIAP LA PDRM FRU DAN BALA TENTERA AKAN TURUN DENGAN SEGALA ALAT SENJATA TERMASUK TENDANG TERAJANG ,SAMSENG BERLESEN LA DEPA NI,NEGARA HILANG PUN DEPA TAK AKAN DEMO TAPI PKR ATAU PARTI ISLAM PUNYA HAL BUANG NYAWA PUN BOLEH ! DASAR PANDI KUTTY LEMBU PAWAH !

    BalasPadam
  5. Allooo bro...Orang Johor jangan buat malulah...Tak payah Lim Guan Eng cakap pasal Johor tak berapa selamat....Aku orang Johor sendiri pun memang sudah lama merasa tak selamat walau pun duduk di rumah. Sebab...
    1. Banyak pendatang asing dan merosakkan sosial dan kejadian pecah rumah kerap belaku.
    2. Banyak penagih dadah dan kecurian
    3. Banyak pelacur warga asing.
    Tiga perkara ni pun dah cukup merimas dan merisaukan aku. Ini termasuk perhubungan luar nikah remaja-remaja...buat anak kemudian buang longkang. Cuba lihat dan kira...berapa ramai pondan dan penagih dadah berkeliaran di bandar Johor Baharu. Ini semua adalah perosak akhlak. Bandar lain mungkin kurang sedikit kalau dibandingkan dengan Johor Baharu. Aku berani bertaruh...Kalau seorang perempuan berjalan seorang diri di bandar Johor Baharu pukul 10 malam...mesti perempuan tu tak sampai rumah punya...kena ratah dek penyangak dan penyamun jawapnya.

    BalasPadam
  6. Org Fuckatan Rakyat pun cam cibai juga....samseng...korang ingat x pencacai korg gi baring dpn keta Sultan Perak....barua nya pencacai Fuckatan....sekurangnya ada org yg tunjuk bantahan kt si DAPig tu....suka2 cite hal negeri org....jaga je negeri sendiri....bkn cam tu nk tarik pelabur ke Penang....korang x sedar lg ke org Fuckatan....

    BalasPadam
  7. AKU SUKA AYAT" KUMPULAN BENGAP",MEMANG BENGAP DAN BANGANG PUN

    BalasPadam