Sabtu, 26 November 2011

BETULKAN KEKELIRUAN, AMK BUKAN MAHU PERALAT BERSIH 3.0 UNTUK ANWAR


Oleh:  WFAUZDIN NS
 
SAYA secara ikhlas dan jujur mahu menarik balik kritikan atau teguran ke atas Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar seperti yang saya catatkan di dalam blog saya di SINI.  Di dalam penulisan saya, saya menyebut tindakan Ketua AMK tersebut ingin mempergunakan himpunan BERSIH 3.0 untuk membela DS Anwar sekiranya Ketua Umum PKR tersebut dipenjarakan adalah suatu salah faham. 
 
Setelah saya menyemak isi ucapan beliau dengan seorang rakan yang hadir semasa ucapan Ketua AMK tersebut, jelas bahawa Sdr Shamsul menyebut bahawa perhimpunan untuk membantah kezaliman ke atas DS Anwar hanya akan dilakukan SEBELUM perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang pada bulan Feb tahun depan.  Ertinya, setelah kes DS Anwar disambung pada 08 Dis ini, maka akan ada satu perhimpunan tertakluk kepada keputusan mahkamah nanti.
 
Kenyataan Ketua AMK ini juga diperjelaskan lagi di dalam laporan Malaysiakini yang dipetik seperti berikut;
 
" Perhimpunan itu akan dijalankan sebelum satu lagi perhimpunan untuk menuntut pilihan raya adil, BERSIH 3.0, yang dijangka diadakan pada Februari.

NONE"Pada 8 Disember Datuk Seri Anwar akan kembali ke mahkamah. Saya yakin mereka akan dengar dan jatuhkan hukuman dalam tempoh terdekat.

"Sebab itu mereka segerakan undang-undang ini, kalau mereka berniat untuk penjarakan Anwar sebelum BERSIH 3.0, kita boleh gembleng (anggota ke jalan raya) /(Malaysiakini).
 
Sehubungan itu, saya amat bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Ketua AMK di dalam isu DS Anwar dan juga isu BERSIH 3.0.  Oleh yang demikian, saya menyeru agar rakan-rakan Blogger yang lain yang juga mungkin terkeliru dengan kenyataan Ketua AMK tersebut agar membuat pembetulan di dalam tulisan mereka masing-masing.  Saya dapati ramai daripada Bloggers yang mengkritik Ketua AMK berkenaan dengan isu yang kononnya perhimpunan BERSIH 3.0 akan dijadikan satu perhimpunan untuk membantah kezaliman ke atas DS Anwar.

Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada Ketua AMK serta semua pembaca blog saya dengan kekeliruan yang timbul.  Sokongan akan terus diberikan kepada sesiapa sahaja yang berjuang untuk kebenaran dan keadilan./wfauzdin.blogspot.com
 
 


3 ulasan:

  1. salam...tahniah kpd saudara wfns...masih bersedia mengaku kesilapan. camana dengan yg lain? Ini yang dikatakan berani memikul tanggungjawab bukannya jenis yang suka hentam keromo tanpa memikirkan kesan akibat tulisan sendiri. Tahniah saudara.

    BalasPadam
  2. gua salute ! u are the man..

    BalasPadam
  3. Tahniah atas kesediaan anda meminta maaf ..bagus perjuangan anda utk keadilan.. sesungguhnya tiada hijab bagi doa orang yg dizalimi ...

    BalasPadam