Isnin, 26 Disember 2011

ISU DR HASSAN ALI DITUTUP

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA Dr Hassan Ali tidak lagi SETAKAT INI, mengadakan sidang akhbar atau keluar di dalam media haprak milik Umno, maka saya istiharkan kita tutup isu ini dengan suatu kemenangan besar iaitu akhirnya Dr Hassan Ali menarik balik kritikan beliau terhadap prinsip `Negara Berkebajikan' oleh PAS.


Lantaran itu, sebagai menghormati langkah beliau SETAKAT INI, saya tutup `poll' yang saya siarkan di dalam blog ini.  Walaupun Poll ini baru saja dibuka tidak sampai seminggu apabila isu Dr Hassan Ali timbul, seramai 448 pengunjung telah membuat undian kepada tajuk berikut dan setakat hari ditutup keputusannya seperti di bawah;

"Kritik Negara Berkebajikan Melalui Media dan TV 3, Sepatutnya Dr Hassan Ali Perlu......"

1.  Dipecat - 42 %

2.  Diberi Amaran - 22 %

3.  Digantung Keahlian - 16 %

4.  Dibiarkan Saja - 15 %

5.  Di Sokong - 5 %

Saya berpuashati dengan tindakan PAS yang akhirnya berjaya menunjukkan jalan kepada Dr Hassan Ali tentang pendekatan PAS melalui konsep `Negara Berkebajikan".  Tiada apa yang bercanggah dengan Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias dengan konsep ini kerana konsep `Negara Berkebajikan' yang diperkenalkan oleh PAS jauh berbeza dengan `Loteri Kebajikan' atau `Jabatan Kebajikan' anjuran Umno berpuluh tahun dahulu. /wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Hari ini PAS maafkan, dan esuk Hassan Ali buat lagi, kerana setiap tindakannya yang menyeleweng sentiasa dimaafkan oleh PAS.

    BalasPadam
  2. Jangan calonkan lagi Hassan Ali sebagai calon PAS dalam PRU akan datang.

    BalasPadam