Ahad, 25 Disember 2011

ISU DR HASSAN ALI - MUSTAFA KATA `GAME OVER', HASSAN ALI KATA BELUM?

Oleh:  WFAUZDIN NS

DR HASSAN Ali telah memohon maaf di atas kesilapannya mengkritik konsep Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS, cuma kata beliau majoriti ahli-ahli PAS menyokongnya yang tidak berpuashati di atas beberapa perkara `teknikal' atau perlaksanaan konsep itu.


Fahamlah kita. Dr Hassan Ali melalak di dalam media lidah syaitan TV3 suku selama ini adalah semata-mata kerana masalah `teknikal' Negara Berkebajikan.  Mungkin di dalam mesyuarat kepimpinan PAS samada di peringkat Negeri atau Pusat, tidak boleh membincangkan `masalah teknikal' tersebut maka sebab itulah Dr Hassan Ali `terpaksa' merujuk kepada media, ataupun Dr Hassan Ali tidak pernah atau pun jarang-jarang menghadiri mesyuarat berkenaan?

Benarkah dakwaan Dr Hassan Ali, begitu ramai ahli-ahli PAS yang menyokong apa yang disuarakannya selama ini?  Jika benar, pelik juga mengapa Dr Hassan Ali tidak cukup pencalonan dari Cawangan-Cawangan PAS untuk dicalonkan sebagai calon Pilihanraya akan datang?  


Di dalam sidang akhbar terbarunya, beliau mendakwa Setiausaha Agung PAS Sdr Mustafa Ali pernah bertemu dan ada memohon untuk bertemu dengan pemimpin Umno.  Beliau menjawab dakwaan Mustafa Ali yang mengatakan Dr Hassan Ali ada membuat pertemuan dengan beberapa orang pada bulan Ramadhan yang lalu. Kita ingin bertanya, adakah pertemuan Mustafa Ali dengan pemimpin Umno itu berlaku sebelum atau selepas Muktamar Agung PAS yang memutuskan tiada lagi isu `Kerajaan Perpaduan' atau kerjasama politik dengan Umno?  Sekiranya ianya berlaku sebelum Muktamar PAS yang lalu, itu bukan rahsia lagi dan apa gunanya Dr Hassan Ali mengungkit kisah tersebut?

Sekiranya masih ada pertemuan berlaku di antara pemimpin PAS dengan Umno atas dasar `Kerajaan Perpaduan' atau kerjasama politik selepas Muktamar PAS membuat keputusan, maka memang itu merupakan satu kesalahan kerana melanggar keputusan Muktamar.  Tetapi yang nyata kepada kita, pertemuan Dr Hassan Ali dengan beberapa orang itu pada Ramadhan yang lalu adalah pertemuan selepas Muktamar PAS.  Kita tidak tahu apakah tujuan pertemuan Dr Hassan Ali yang dia sendiri mengakuinya, cuma beliau menafikan bertemu dengan pemimpin Umno.

Sebelum ini, di dalam kenyataan Mustafa Ali, beliau akan `Game Over' dengan isu ini sekiranya Dr Hassan Ali mengaku kesilapannya menyerang dasar parti.  Dr Hassan Ali kini telah memohon maaf atas ketelanjurannya, maka sepatutnya isu ini `Game Over'.  Mengapa Dr Hassan Ali masih mendakwa macam-macam terhadap Mustafa Ali?  Adakah isu ini masih belum `Game Over'? Jika belum, saya rasa tidak perlu saya `Game Over' isu ini./wfauzdin.blogspot.com 

6 ulasan:

  1. Bro,HA ni bru terfikir yg dia akn jd pencacai je klu duduk luar PAS.Mcm tu puna lantang bantai PAS,nak simpan lg ke?Klu gantung pun cuma jd gunting dlm lipatan.Yg dia tak pernah bantah dlm mesy tu kenapa?Yg dia tak pernah tanya tu kenapa?Dah bongkar byk psl dia tu pun PAS nak simpan or sebelum ni ada perlindungan Mustafa Ali?

    BalasPadam
  2. Bro.. Hasan Ali ni xleh pakai dah, elok dia jd mativator je. Cakap berapi-api tp mesyuarat x masuk. "Yaa ayyuha Llaziina Aamanu Lima Taquulu Namaa Laa Taf'aluun.." pikir2kanlah..

    BalasPadam
  3. Lu fight gua, gua fight lu.. tp kita satu kapal maa (UG).. apa crita??

    BalasPadam
  4. Lepas dia melalak dan mencaci dalm TV3 lepas tu senang-senag dia minta maaf.memang tak bermaruah.Inilah contoh orang yang menggigit tangan yang memberi dia makan selama ini.Sedap-sedap cakap buat apa tawan Putrajaya tapi airmata berderai-derai kerana Islam entah kemana???. Apa yang difikir jauh sangat En Hassan ni,ini baru perncangan nak tawan..Sedangkan UMNO yang memerintah selama lebih 50 tahun, apakah yang telah dibuat kepada Islam melainkan musabaqah dan tokoh maal hijrah.... Adakah air mata mereka berderai-derai kerna gagal meletak Islam ditempat sepatutnya, menjatuhkan islam ada lah.

    BalasPadam
  5. Asalamualaikum,bro.Sebagai penyong PAS dan PR aku rasa meluat dan meloya tengok dua tiga kerat yg bersendiwara dan tak abis-abis menyusahkan jemaah lain yg rata-rata ikhlas dlm perjuangan.Masaalah pokok puak ini ialah WANG dan EGO (kononnya merekalah yg pandai,jemaah lain bodoh)tak ada sangkut paut dgn perjuangan parti samada negara Islam atau negara berkebajikan.Tak payah nak auta kami dan jemaah yg lain macam puak UMNO nak memperBODOHkan penyokongnya dan org kampong.Kami dah lama dlm parti dan biasa susah dan akan terus susah demi menegakkan Islam dan takkan sekali memenerima puak yg macam ni.Nasihat kami pada pimpinan BUANG saja mereka ni secepat mungkin drp terus merosakkan parti dan keselurahan jemaah itu sendiri.Wasalam

    BalasPadam
  6. salam sume...ana rasa xpyhle hilite isu hasan ali ni..biarkn dia dgn labu2nya,tumpukan strategi menyahkan ubn pd pru13 nt,,ok..semoga tumbang ubn...aamiiinn.

    BalasPadam