Jumaat, 2 Disember 2011

SHAHRIZAT - DALAM DEWAN BELIAU HEBAT, LUAR DEWAN JADI BISU


 
Oleh:  WFAUZDIN NS
 
ISU Feedlot yang melibatkan Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil tidak akan terhenti setakat Timbalan Ketua Polis Negara berkata siasatan awal menunjukkan tiada penyelewengan atau pecah amanah di dalam isu NFC tersebut.
 
Kenyataan dari pihak Polis tersebut memang dijangka ramai kerana kenyataan seperti itu sudah seperti menjadi kelaziman apabila adanya kes terhadap Menteri, namun kita masih berharap dengan siasatan yang masih belum selesai itu pihak Polis akan `dibukakan hati' dan menjumpai sesuatu yang `tersembunyi' dan akhirnya ada sedikit keberanian pihak Polis untuk menyatakan yang benar.
 
Pada ucapan Shahrizat di hadapan perwakilan Wanita Umno baru-baru ini, umpama `lembu betina yang baru lepas beranak' gelagatnya dengan garang dan emosi sekali.  Apabila beliau menyentuh isu NFC, Ketua Wanita Umno ini menyinsing lengan bajunya menampakkan aurat beliau sekadar untuk menunjukkan betapa beliau seorang Ketua Wanita yang hebat, garang dan berani.  Katanya, beliau tidak takut dengan isu NFC yang dicanangkan oleh Pembangkang kerana beliau tidak tiada kaitan dengan NFC.  Nampaknya, melepaskan diri dari `beban' yang ditanggung oleh suaminya di dalam isu tersebut bagi Shahrizat adalah suatu contoh isteri yang `Solehah'. 
 
NONEKeberanian Shahrizat sehingga mengenggam penumbuk di atas pentas ternyata dapat memperdayakan semua kaum Hawa di dalam Dewan tersebut.  Mereka bertepuk tangan dan bersorak kerana rasa mereka amat bertuah memiliki Ketua Wanita seberani dan sehebat Shahrizat, calon Umno yang tewas di Parlimen Lembah Pantai di tangan Nurul Izzah itu.

Namun demikian, apa yang berlaku di luar Dewan?  Malaysiakini melaporkan, "Dalam satu sidang akhbar hari ini selepas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan agung parti itu, Shahrizat ditanya sama ada beliau turut terbabit dalam keputusan kabinet meluluskan projek NFC.  Shahrizat mengangkat keningnya, menggelengkan sedikit kepalanya serta menggerakkan tangan kanannya tanda beliau tidak mahu menjawab soalan itu."

Itulah `kehebatan' Shahrizat yang dibanggakan oleh Wanita Umno itu.  Kononnya berani, tidak takut dengan isu yang bakal menggoncang keluarganya, hakikatnya beliau terlalu takut.  Bagaimana beliau mahu menjawab soalan mengapa suaminya mendapat projek sebesar itu ketika beliau berada di dalam Kabinet?  Mampukah Shahrizat menjawab dengan fasih dan lancar, mengapa pinjaman dibuat atas nama projek lembu secara tiba-tiba bertukar menjadi pembelian kondo?  Itu hanya dua soalan yang terlalu mudah tetapi teramat payah untuk dijawab oleh orang yang `biasa menipu'.     

Amat menyedihkan, meskipun terang dan nyata perangai insan seperti ini ditunjukkan namun masih ada golongan Hawa yang bertempik sorak menyokongnya.  Lebih malang lagi, yang paling kuat bertempik sorak itu usahkan dapat menternak seekor lembu, mahu memakan daging lembu sebulan sekali pun susah.  Apa pun, satu kejayaan buat Shahrizat apabila Pihak Polis `pantas' bertindak dengan mengumumkan peringkat awal `tiada yang pelik dan salah'nya di dalam isu NFC itu.  Saya keliru, yang mana satu `lebih lembu dari lembu'?/wfauzdin.blogspot.com


3 ulasan:

  1. ye lah..ini dah di duga..sebab bila tengok muka Timbalan Ketua Polis tu..kita semua macam dah tahu apa dia nak kata..sebab setiap kali muncul kes terlibat 'high profil' macam tu lah standard operation mereka. Content jawapannya pun kita dah tahu...The best is kita semua doakan agar makhluk tersebut diberi hidayah oleh Allah untuk bercakap benar demi rakyat... dia nak ke nanti tempurung kepala dan otaknya 'mencair' akibat kepanasan api neraka...daah banyak sangat daah benda lagu ni dia buat....tapi...eee... hinanya orang macam ni...uekkk....

    BalasPadam
  2. NASIB BAIK LEMBU FEEDLOT TAK JADI POLIS !

    BalasPadam
  3. luar dewan dia cakap dengan lembu dan dikawal olih penjaga2 lembu,tapi dalam dewan dia berdepan dengan manusia yang pandai berfikir dia pulak jadi lembu lebih malang lagi tanpa penjaga,kan sasau dibuatnya tak da sapa yang tolong,jadi burung gagak????

    BalasPadam