Khamis, 1 Disember 2011

SIAPA KAH `ENAM JAHANAM' YANG DISEBUT OLEH `KETUA JAHANAM' (KJ) ITU?

Oleh:  WFAUZDIN NS

`ENAM JAHANAM', suatu perkataan yang dipopularkan oleh KJ (Ketua Jahanam).  Apa yang dimaksudkan oleh KJ sebagai Enam Jahanam itu?  Bukan tajuk filem Allahyarham P. Ramlee, tetapi `Enam Jahanam ' itu adalah tajuk ucapan KJ atau `Ketua Jahanam' di dalam kandang yang diselubungi dengan isu `Lembu Dalam Kondo dan Kereta Merc'.

Bertempat di `Place Where Talking Cow' (PWTC), KJ mengungkapkan enam jahanam itu adalah seperti berikut;

1. Menjahanamkan sistem demokrasi

2. Menjahanamkan sistem pentadbiran

3. Menjahanamkan maruah negara

4. Menjahanamkan sejarah negara

5. Menjahanamkan jati diri bangsa
dan

6. Menjahanamkan kemakmuran negara.

Siapa agaknya yang KJ (Ketua Jahanam) tujukan dengan `Enam Jahanam' ?  Tidak lain dan tidak bukan kepada `spesis mamalia' yang berada di PWTC.  Sebab apa?  Sebabnya boleh diulas sedikit di sini berpandukan `Enam Jahanam' yang disebut oleh `Ketua Jahanam' (KJ) itu;
Pertama, Menjahanamkan Sistem Demokrasi.  Semua tahu siapa yang rosakkan sistem demokrasi.  Mereka yang menggunakan seluruh media kerajaan dan jentera kerajaan untuk berkempen buat kepentingan mereka adalah perosak sistem ini. Pernah anda lihat pemimpin Pembangkang diberi ruang untuk bercakap hatta 10 minit bagi menjawab tuduhan mereka?  Bagaimana pula dengan program ceramah pihak Pembangkang, sering diganggu dengan berbagai alasan dan cara.  Semua tahu apa SPR buat selama ini di mana `Kampung Baru' pun tersenarai sebagai Pengundi.  Pendatang pun boleh mengundi?  Dan...banyak lagi.
Kedua, Menjahanamkan Sistem Pentadbiran.   Terbaru, apa yang berlaku kepada Prof Dr Aziz Bari?  Bagaimana pihak pentadbiran Universiti pun mahu diganggu kerana kepentingan mereka.  Semua tahu seringkali di dalam program politik mereka, kakitangan kerajaan dikerah hadir untuk meramaikan jumlah kehadiran.  Siapa yang tidak tahu bagi pihak mereka, sekolah bebas digunakan untuk mereka bercakap soal `keris tanpa sarung' atau `Dacing Baghdad'.  Dan...banyak lagi..

Ketiga, Menjahanamkan Maruah Negara.  Maruah negara menjadi busuk bila Perancis membuka fail tentang kes rasuah `Scorpene' melibatkan pemimpin utama mereka.  Kisah pembunuhan Altantuya rakyat Monggolia, sehingga kini membusukkan nama negara kerana masih gagal menentukan mengapa Altantuya dibunuh dan atas arahan siapa?  Sebuah akhbar di luar negara sering melaporkan kisah isteri seorang pemimpin negara ini yang suka bermewah-mewah di luar negara.  Ini menjahanamkan maruah negara.  Dan, banyak lagi....

Keempat, Menjahanamkan Sejarah Negara.  Siapa boleh berikan jawapan tepat samada British itu dianggap sebagai Pejuang Kemerdekaan atau mereka yang menentang British?  Jika benar British itu pengkhianat atau penjajah, siapa pula yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang dimiliki oleh British ketika itu?  Siapa yang sebut Tok Janggut itu pengkhianat?  Pemimpin utama mereka baru-baru ini sebut, Komunis sekarang sudah baik?  Adakah kerana ingin berbesan dengan rakyat negara komunis maka secara `automatik' Komunis pun menjadi baik?  Dan, banyak lagi...
Kelima, Menjahanamkan Jati Diri Bangsa.  Berlaku sudah lama, sehingga jati diri tulisan Jawi pun mereka hapuskan.  Berapa banyak lagi yang tinggal tanah rezab Melayu?  Jika di Selangor, cuba tanya Satim Diman tentang kisah tanah rezab Melayu yang terjual ini.  Siapa yang pernah memperkenalkan pengajaran Sains dan Metamatik di dalam Bahasa Inggeris?  Siapa tahu nama UMNO itu singkatan dari bahasa Melayu kah atau Bahasa Inggeris?  Mana jati diri?  Dan, banyak lagi....

Akhirnya, yang keenam, Menjahanamkan Kemakmuran Negara.  Semenjak bila negara ini tidak makmur?  Bukankah pemimpin negara sering berkata negara kita makmur?  Cuba tunjuk di mana kawasan atau negeri di negara ini sekarang sedang berperang atau berlaku kekecohan?  Mereka hanya dakwa akan berlaku huru-hara jika parti mereka tewas dan tidak lagi berada di Putrajaya.  Ertinya, sekarang ini masih wujud lagi kemakmuran.  Di Empat buah negeri yang berada di tangan Pembangkang sekarang berlaku perang atau huru-hara kah? Yang melakukan huru-hara di negeri-negeri tersebut siapa?  Mahu tahu cuba tanya Umno atau geng-geng songkok tinggi.

Kesimpulannya, KJ (Ketua Jahanam) ingin memberitahu bos mereka bahawa cukup-cukuplah jangan memperbodohkan rakyat lagi.  Kesemua `Enam Jahanam' yang disebut oleh `Ketua Jahanam' (KJ) itu memang tepat ke atas pemimpin-pemimpin yang sekarang ini sedang berlonggok di dalam `kandang' Place Where Talking Cow (PWTC).  Syabas KJ./wfauzdin.blogspot.com

11 ulasan:

  1. Terbaikkk.. Memang UMNO lembu semuanya..

    BalasPadam
  2. Terbaeeeek.... Hentam kasi cow-cow punya...

    BalasPadam
  3. PERTEMUAN KE 64 GENG-GENG FEEDLOT KAHKAHKAH ! MOO ...

    BalasPadam
  4. Jawapan yang padat, tepat dan bersukat...tahniah.

    BalasPadam
  5. Kepala bapak lembu,Emak lembu dan lembu yang lain tengah bersidang cara bagaimana nak rompak padang ragut...supaya dapat besarkan perut...siang malam muntahkedarah rumput....memang semuanya UMNO ngok perangai macam lembu.

    BalasPadam
  6. selamat bersidang kpd puak fedlot,puak umporno 1 malaysia mampus cepat skit

    BalasPadam
  7. pwtc tu feedlot lembu lembu lagi yang nak mengamuk kat pru 13 yang awesome nya tukang sembelih pisau masih tumpul tengah dok asah bila angka falaki jamil khir nak beri sebab masa di arafah natunya dapat mimpi kalau dia baling batu kat jamrah sebesar kelengking nanti akan terpantul semula batu sebesar kapal selam kearahnya tu sebab dia kena balik awal mimpi nombor depa tak bagi kah kah

    BalasPadam
  8. Anggapalah kenyataan KJ itu PUKUL ANAK SINDIR MENANTU..walau mungkin hakikat sebaliknya.

    BalasPadam
  9. Sifat dan sikap 6jahanam telah terkandang di pwtc berkumpul dan berbincang nasib mereka selepas PRU13 yang didokong oleh sekumpulan penyokong tegar.

    Kandangkan mereka di PRU 13.

    WHB

    BalasPadam
  10. bodoh. Dh mmg pndai tukang belit mmg pembelit jek korang sume.

    BalasPadam
  11. Perhimpunan umno terkini agak menampakkan kematangan KJ dalam rumusan hujahnya dari landasan material kemercu kemenangannya masa lalu sebagai ketua pemuda sehingga masakini berlandaskan pula dengan fakta berkabelkan umpan-umpan yang dikatakannya sebagai winable candidate. Namun hakikatnya hujah beliau adalah untuk menonjolkan dirinya sendiri dalam merebut tempat yang lebih atas dalam persada kabinet umno seterusanya. Kebijaksanaan ini adalah jelas satu pembohongan terhadap dirinya sendiri.Lantang bersuara tapi menyuarakan sindiran-sindiran sama sekali tidak membawa erti dalam perjuangan politik. Ruang berpolitik dengan memburuk-burukkan parti lawan bukanlah adab yang baik dan yang lebih jelas bukanlah jihad namanya! KJ bukanlah penentu nasib seseorang,dan cara beliau berpolitik amat jelas menampakkan kejahilannya dan langsung tidak berfungsi!!

    BalasPadam