Sabtu, 28 Mei 2011

UMNO KINI `KERA SUMBANG', DAP DAN PAS INGIN DIJADIKAN MANGSA

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA ingin mengulas sedikit apa yang diperkatakan oleh Adun Titi Serong, YB Khalil Idham Lim di Malaysiakini yang mengulas tentang cabaran Zahid Hamidi agar DAP keluar dari PR. Saya menyokong 110% kenyataan YB Idham Lim tersebut dan beliau menampakkan lebih bijaksana dari seorang Menteri Kabinet Najib iaitu Zahid Hamidi.

Jelas pada ketika betapa takutnya Umno kepada pengaruh DAP yang telah mula mengambil alih tugas MCA dan Gerakan di dalam mengambil hati serta sokongan masyarakat Cina. Lebih menakutkan lagi Umno adalah apabila DAP kini lebih terbuka kepada semua kaum termasuk kaum Melayu yang besar kemungkinan ada yang terpilih menjadi calon DAP di dalam PRU ke 13 nanti. Cabaran balas YB Idham Lim yang mencabar Umno agar keluar dari Bn sudah pasti membuatkan Zahid Hamidi terkedu malu.

Umno sebenarnya sudah hilang maruah dan taringnya. Ini jelas apabila Umno dengan kerjasama akhbar pencacai Utusan Meloya sedang berusaha keras untuk mempengaruhi DAP dan PAS agar keluar dari PR. Pada Umno, tentulah lebih elok jika kedua-dua parti ini menyertai Bn, tetapi kerana segan untuk menyuarakan hasrat menjemput kedua-dua parti berkenaan menyertai Umno, maka dicadangkan agar kedua-dua parti tersebut keluar sahaja dari PR. Apa asasnya untuk mereka keluar dari PR? Tiada hujah yang munasabah yang diberikan oleh Zahid.

Lojiknya, tentulah Umno yang patut keluar dari Bn dan kita ada hujah iaitu jelas MCA dan Gerakan tidak lagi `mesra' dengan parti sekular Melayu tersebut. Umno kini boleh dikatakan umpama `kera sumbang' tiada lagi teman yang sudi untuk berkongsi kesusahan. Di masa Umno kuat dan senang, memang ramai yang mahu berkawan kerana mereka berkawan dengan Umno disebabkan ada `sesuatu' yang boleh `mengenyangkan' mereka. Kini, Umno semakin tersepit dan dalam diam-diam Umno cuma boleh bergantung di `helaian bulu ketiak' Perkasa.

Karektor DS Anwar Ibrahim iaitu musuh utama Umno gagal sama sekali untuk dimusnahkan sepertimana `musnah'nya Altantuya dengan C4. Apa jua yang ditampilkan untuk memburukkan imej DS Anwar nampaknya semakin memakan diri Umno. Buktinya, semakin banyak fitnah yang dilemparkan kepada Ketua Pembangkang ini, beliau semakin didekati rakyat hatta kini di tanah rancangan (Felda) sendiri. Di bandar-bandar elit, di mana penduduknya rata-rata berpendidikan, Umno sudah tidak boleh cari makan.

Apabila pemimpin Umno semakin tertekan dan semakin lemah, maka arah pemikiran pemimpin Umno pun sudah tidak stabil lagi. Sebab itu kita lihat berbagai-bagai gelagat aneh yang telah dilakukan oleh mereka disaat-saat akhir nyawa mereka ditampuk kuasa. Krisis kenaikan harga barang serta dasar yang tungang langgang, menunjukkan pemimpin Umno kini sudah hilang arah untuk mentadbir negara.

Umno tiada pilihan lain lagi untuk terus berkuasa, maka sekarang ini kita lihat terlalu banyak jentera kerajaan atau agensi kerajaan yang menjadi pening dengan berbagai karenah dan kehendak pemimpin Umno untuk terus berkuasa. PKR cuba untuk diharamkan, Pejabat Pendaftaran pula tidak cukup mulut untuk menjawab tentang pemberian Kad Pengenalan kepada wara asing. Pihak Polis pula sampai sekarang gagal mendakwa `tokeh' yang menayangkan vedeo lucah, tetapi sibuk bercakap pasal vedeo itu tulin atau tidak.

Rakyat tiada pilihan lagi melainkan mesti berani untuk mencuba kerajaan yang baru. Lihat sahaja negeri-negeri yang telah ditadbir oleh PR, tentulah ada sedikit sebanyak kelemahan tetapi kebaikannya lebih banyak dari kerajaan terdahulu. Jika negeri seperti ini PR boleh tadbir dengan baik tanpa bantuan sewajarnya dari Kerajaan Pusat, sudah tentu jika PR mentadbir Putrajaya kita akan merasai betapa nikmatnya berada di dalam negara tercinta ini./wfauzdin.blogspot.com

MANA LEBIH KEBAL, ANWAR ATAU IBRAHIM RAJA KATAK?

Oleh: WFAUZDIN NS



IBRAHIM ALI Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas terkenal dengan nama `raja katak' yang ingin `berjihad' dalam `Perang Salib'. Agak kelakar bila Ibrahim Ali menyebut sanggup berjihad di dalam `Perang Salib' apabila isu Kristian sebagai agama rasmi negara ini dimainkan oleh Blogger celaka yang tidak pun ditangkap sehingga sekarang.

Tahukah Ibrahim Ali apa itu `Perang Salib'? Apabila Ibrahim Ali menyebut sanggup berjihad di dalam `Perang Salib' maka ramai yang keliru akan agama MP Pasir Mas ini. Istilah `Perang Salib' itu sebenarnya digunakan oleh kumpulan `Pejuang Kristian' untuk menentang Pejuang Islam suatu ketika dahulu. Bagi Pejuang Islam peperangan ini disebut `Perang Fi-Sabililillah' atau `Perang Sabil'. Itu istilah buat orang Islam, tetapi Ibrahim Ali menyebut sanggup berperang salib, ini bererti istilah pun Ibrahim tidak tahu guna.

Saya pernah menyebut sepatutnya Ibrahim Ali boleh `berjihad' yakni berkorban di Pasir Mas iaitu meletakkan jawatan MP Pasir Mas atas alasan kukuh iaitu majoriti pengundi-pengundi beliau dahulu sudah tidak redha beliau sebagai Wakil Rakyat mereka. Jika Ibrahim Ali sanggup `Perang Salib' yang nyawa adalah gadaiannya, maka mengapa takut mahu korbankan Kerusi Parlimen? Kalau mahu lepaskan Kerusi Parlimen yang tidak diredhai itu pun takut, usahlah Ibrahim Ali berdegar-degar mahu berjihad `Perang Salib'.

Hari ini pula, Ibrahim Ali mendakwa bahawa beliau tidak kebal dari segi undang-undang apabila rakyat tertanya mengapa beliau tidak ditahan atau ditangkap apabila beliau memainkan isu `Perang Salib'? Sebaliknya, raja katak dari Pasir Mas ini mendakwa DS Anwar lah yang kebal sebenarnya. Benarkah DS Anwar itu kebal? Butakah mata Ibrahim Ali sehingga tidak tahu sejarah DS Anwar semenjak tahun 1998 sehingga kini? Bukankah Ibrahim Ali di antara orang pertama yang memeluk dan mencium tangan DS Anwar sebaik sahaja Ketua Pembangkang itu dibebaskan dari penjara dan dibawa untuk rawatan di German?

Ibrahim Ali berkata, " Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya merupakan pemimpin yang 'tidak boleh disentuh' kerana masih mengulas mengenai kes yang dibicarakan di mahkamah (Malaysiakini). Ibrahim Ali nampaknya cuba mengaitkan DS Anwar untuk melindungi kebaculannya. Memang wajar beliau dan Nazri Aziz saling menuduh sebagai `Badut Sarkas' kerana kedua-duanya memang `Joker Badut' yang murahan.

Saya mahu tanya Ibrahim Ali, apa bentuk penderaan dan kezaliman yang tidak pernah dilakukan terhadap DS Anwar? Diaibkan, difitnah, ditahan. dipenjara, ditelanjangkan, dipukul, digantung dari Parlimen, disekat berceramah, diugut dan berbagai lagi yang membuktikan tiada seorang tokoh Melayu Islam di negara ini mungkin di abad ini yang melalui apa yang DS Anwar lalui. Jika Ibrahim hanya boleh berbangga dengan kemasukan beliau ke dalam penjara untuk menunjukkan kehebatannya, kita boleh kumpulkan berapa ramai pejuang politik yang pernah masuk penjara. Tetapi, berapa ramai yang boleh bertahan apabila keluar dari penjara untuk terus berjuang? Ramai juga yang pernah masuk penjara, keluar penjara terus menjadi pencacai kerajaan yang zalim. Tidak percaya, cuba bertanya Ezam raja sesumpah. Pada saya `Ismail Kerbau' lebih hebat kerana lebih kerap masuk penjara dari Ibrahim Ali.

Mahu tahu kebal atau tidak, saya cadangkan Ibrahim Ali diterima masuk PKR, PAS atau DAP, kemudiannya buat kenyataan seperti yang beliau sebut baru-baru ini iaitu sanggup `Perang Salib' dengan golongan Kristian. Saya rasa tidak sempat Ibrahim Ali telan air liur, beliau akan disumbatkan ke dalam penjara di bawah Akta ISA. Tidak percaya? Kita boleh beri Ibrahim Ali untuk mencuba./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 27 Mei 2011

IBU PEJABAT PARTI MAHU DILELONG, JANGAN BUAT TIDAK KISAH

Oleh: WFAUZDIN NS

BERMACAM dugaan yang dihadapi oleh PKR sejak ianya ditubuhkan. Dugaan paling hebat dan masih dibelenggu adalah fitnah jahat ke atas Ketua Umumnya DS Anwar, kemudian mula berjangkit kepada ahli keluarga beliau sehingga laporan Polis terpaksa dibuat.

Dugaan seterusnya adalah terdapat cubaan untuk mengharamkan PKR itu sendiri seolah-olah PKR ini seperti satu kumpulan gerila atau pemberontak. Paling memalukan, cubaan untuk mengharamkan PKR ini cuba dibuat kununnya melalui tatacara profesional oleh kerajaan tetapi apa yang mereka lakukan memperlihatkan kecuaian mereka sendiri di dalam melaksanakan tugas sebagai kakitangan kerajaan. Sama seperti pihak Polis menyaman pejalan kaki yang tidak memakai topi kaledar.

Baru-baru ini terbaca pula laporan bahawa bangunan Ibu Pejabat PKR di Tripocana, Petaling Jaya bakal dilelong kerana pemiliknya dikatakan tidak membayar ansuran kepada Bank.

Bendahari PKR, YB William menjelaskan, " NONEBuat masa ini PKR menyewa bangunan lima tingkat itu daripada sebuah syarikat dengan sewa bulanan antara “RM10,000 hingga RM20,000". “Kami hanya menyewa. Tuanpunya tidak bayar. Ini bukan pinjaman kami dan kami tidak berhutang dengan bank. Kami cuma penyewa. “Saya tidak tahu mengapa mereka tidak bayar. Mungkin (pemiliknya) ada masalah perniagaan dan tidak dapat membayar pinjaman mereka,” katanya (Malaysiakini)

Tidak mustahil jika ada tekanan dari atas, maka pihak bank akan mempercepatkan usaha melelong bangunan tersebut sebelum Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang. Jika ini berlaku, maka sudah pasti PKR akan menghadapi masalah untuk menggerak dan menguruskan parti berkenaan. Sehubungan itu, PKR mulai sekarang harus berfikir sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Negeri Selangor adalah sebuah kerajaan yang diperintah oleh PR, bahkan MB Selangor adalah pimpinan di dalam PKR. Tergamakkah kita melihat PKR diusir umpama `binatang' angkara tuan punya bangunan itu berhutang dengan pihak lain? Bukan tujuan kita mahu Kerajaan Selangor menggunakan wang rakyat untuk membiayai atau membeli bangunan pejabat untuk PKR, tetapi apakah salah jika PKR dapat menyewa atau lebih baik lagi dapat membeli mana-mana bangunan kepunyaan Kerajaan Negeri Selangor?

NONEMemang kita akui PKR bukan parti kaya raya seperti parti di sebelah sana yang hidup mereka penuh dengan korupsi. Tetapi kita harus ingat, untuk menunjukkan kita mampu ke Putrajaya kita mesti juga menunjukkan ketrampilan parti kita. Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau bermewah dengan pejabat yang besar, tetapi memadai kita tidak lagi dihina dan diusir sesuka hati dan pada bila-bila masa.

Kita berharap pimpinan parti dapat melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh parti. Jangan kesemua ini mahu dibebankan ke atas kepala DS Anwar semata-mata sedangkan kita tahu beliau sekarang sudah banyak menanggung beban akibat fitnah musuh-musuh disekelilingnya.

Jangan lupa berbakti kepada parti sendiri yang telah memberikan peluang untuk kita berkuasa di sebuah negeri yang kaya raya./wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 26 Mei 2011

CUCU MAT KILAU MAHU BERTANDING, BIAR BETUL !!

Penulis bersama CMK (tengah) ketika di Program
Maqasid Syariah di Kuantan baru-baru ini


Oleh: WFAUZDIN NS


PAHANG Daily Online hari ini menyiarkan berita yang dipetik dari Blog Cucu Mat Kilau (CMK) bahawa bekas ahli PKR itu berhasrat untuk bertanding di dalam PRU ke 13 nanti. Kita sedia maklum bahawa CMK setakat ini masih belum berparti tetapi dari gerak kerja beliau seolah-olah menjurus kepada perjuangan Pakatan Rakyat (PR).

Di dalam PR, kita ada PKR, PAS dan DAP dan kesemua parti ini memperjuangkan hak dan keadilan buat rakyat jelata tidak mengira kaum dan agama. CMK pun di dalam alasannya untuk bertanding di dalam PRU akan datang nanti adalah juga untuk memperjuangkan nasib rakyat. Jika kita bertanya kepada Umno pun, itu lah juga tujuan mereka menyertai pilihanraya. Alasan sedemikian adalah perkara biasa buat parti-parti politik.

Bezanya, CMK mahu mencuba memperjuangkan nasib rakyat tanpa melalui jemaah atau parti. Jika mahu disamakan boleh lah juga disamakan dengan MP Pasir Mas, Ibrahim Ali yang sentiasa menyebut untuk memperjuangkan rakyat bawahan. Tetapi, CMK jauh lebih mulia dari Ibrahim Ali yang sinonim disebut Ibrahim `al-kataki' atau raja katak itu kerana MP Pasir Mas ini `khianat' kepada amanah yang diberi oleh PAS yang meminjamkan kerusi kepadanya. CMK tidak begitu, beliau keluar parti dan tidak pernah khianat kepada sesiapa.

Sebelum ini saya ada menulis bahawa CMK bakal bertanding di Parlimen Pekan untuk menentang Najib. Mungkin di atas faktor-faktor kewangan yang agak tinggi untuk bertanding di Parlimen, CMK mula berfikir hanya untuk bertanding di Dun sahaja. Masalahnya, apakah CMK akan memulakan `khianat' kepada bekas partinya dahulu mahupun kepada rakan sekutu di dalam PR? Ini adalah kerana difahamkan kesemua Dun di Negeri Pahang akan ditandingi oleh salah satu parti di dalam PR. Ertinya, jika CMK ingin juga bertanding mahu atau tidak, CMK terpaksa berdepan juga dengan rakan-rakan beliau di dalam PR. Di dalam politik, inilah satu `pengkhianatan'.

Jadi, jalan terbaik dan untuk menjaga namanya yang selama ini dilihat `bersih', wajar rasanya CMK memasuki mana-mana parti samada PAS atau DAP. Kita tahu, beliau sememangnya aktif di dalam beberapa program ceramah anjuran PR di negeri ini termasuk juga di dalam beberapa perhimpunan atau demontrasi anjuran NGO atau PR. Tentulah janggal rasanya CMK secara tiba-tiba ingin `berlengan' dengan rakan-rakannya itu. Walaupun CMK bukan berniat untuk `khianat' rakan sendiri, tetapi tindakan beliau nanti dibimbangi akan mengubah persepsi orang terhadapnya.

Saya menyatakan sedemikian bukan kerana saya bimbang PR akan tewas akibat pecahan undi jika CMK bertanding, tetapi saya merasa bimbang jika segala perjuangan CMK selama ini mula dianggap oleh rakyat sebagai `tidak ikhlas' angkara tergamaknya CMK menentang rakan-rakan di dalam PR. Mungkin ada cara untuk mengelakkan anggapan ini iaitu dengan PR memberi laluan kepada CMK untuk bertanding di mana-mana kerusi Dun yang bersesuaian buatnya. Tetapi, adakah PR bersedia untuk berbuat demikian di saat PR komited untuk merampas Pahang dari Umno/Bn? Saya rasa tidak mungkin, kerana pada waktu ini pun di kalangan PR masih berusaha memancing untuk mendapatkan kerusi yang lebih untuk parti masing-masing. Tentulah tidak lojik jika PR boleh menyerahkan satu kerusi kepada CMK.

Ada rakan bertanya kepada saya, mungkinkah CMK mengistiharkan dirinya untuk bertanding di dalam PRU nanti semata-mata mahu bikin `gempak' dan menguji `pasaran' nilainya? Rakan saya memberi andaian bagaimana jika ada parti yang sanggup menawarkan `habuan' kepada CMK agar menarik diri dari bertanding? Saya tidak mahu memberi komen kerana setakat saya kenal CMK, maruah beliau tidak akan menjadi `semurah' itu.

Kesimpulannya, secara peribadi elok sangatlah CMK sertai mana-mana parti di dalam PR terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk bertanding. Mungkin ada parti yang bersedia untuk memberi peluang kepada CMK menjadi calon kerana beliau memang layak dan boleh menjadi calon, tetapi bukan calon Bebas./wfauzdin.blogspot.com

SURUH DAP KELUAR PAKATAN UMPAMA SURUH NAJIB LETAK JAWATAN

Oleh: WFAUZDIN NS

SECARA tiba-tiba ada pula suara sumbang yang meminta DAP keluar dari Pakatan Rakyat. Jika yang berkata itu tidak siuman kita boleh juga terima, tetapi jika yang berkata itu bertaraf menteri maka sahih lah orang itu adalah salah seorang menteri yang tidak cerdik.

DAP tidak pernah meminta untuk keluar dari PR, dan PR pula tidak juga meminta DAP keluar, tiba-tiba mulut bacul ini meminta DAP keluar dari PR. Begitulah keadaannya apabila seseorang itu sudah gelabah. Apatah lagi melihat kepada suasana sekarang partinya begitu hina Linkdipandang bukan sahaja oleh kaum yang diperjuangkan oleh partinya yang sekular itu, bahkan diperlekehkan pula oleh rakan sekutu parti mereka dari kaum Cina terutamanya. Maka, sasaran mereka adalah DAP kerana DAP kini semakin kuat pengaruhnya.

Kenapa DAP kuat? Ini adalah kerana DAP bersatu dengan PKR dan PAS. Satu cabaran buat PKR dan PAS pula untuk sama-sama kuat dan gagah seperti DAP agar puak sekutu Apco itu sama-sama kita kuburkan di dalam PRU akan datang. Jelas, mereka semakin gelabah kini dan rakyat mula memandang jelek terhadap parti mereka yang tidak habis-habis menyusahkan rakyat dulu, kini dan selamanya./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 24 Mei 2011

KITA PATUT SOKONG KJ `SEMENTARA WAKTU'

Oleh: WFAUZDIN NS

SETIAUSAHA Agung PKR, YB Saifuddin Nasution menganggap Ketua Pemuda Umno YB Khairi Jamaludin (KJ) bersandiwara apabila KJ membantah kenaikan harga petrol yang kemungkinan besar akan berlaku dalam masa terdekat. Munasabahnya dakwaan YB Saifuddin adalah berdasarkan pengalaman lalu di mana KJ di antara yang kuat menyokong kenaikan harga petrol ini sewaktu Bapa Mertuanya Pak Lah menjadi PM.

Hari ini, KJ berkata tidak wajar YB Saifuddin menuduhnya sedemikian dan menyifatkannya sebagai serangan peribadi. "Apa salahnya sekiranya pendekatan saya berubah sedikit setelah mendapat pengalaman dari sejarah?," (Malaysiakini). Saya juga tidak senang dengan tuduhan YB Saifuddin terhadap KJ hanya kerana peristiwa lampau. Saya sokong KJ di dalam kenyataannya di atas yang membawa maksud iaitu beliau `sudah berubah'. Jadi, sewajarnya kita sokong perubahan positif beliau itu.

KJ berkata beliau telah belajar dari pengalaman lalu. Di antara yang telah KJ pelajari adalah Kerajaan Bn terpaksa `gadai' 4 negeri kepada Pembangkang dan gagal merampas Kelantan dari PAS di dalam PRU ke 12 yang lalu. Paling memeritkan buat KJ adalah kerusi PM yang baru diduduki oleh Bapa Mertuanya terpaksa ditinggalkan akibat tekanan dari dalam partinya dan di luar parti. Itu lah hasil dari kerja yang menyusahkan rakyat.

Apakah salah untuk KJ mengingatkan Najib tentang sejarah buruk buat Bn ini? Sebab itu saya katakan bahawa YB Saifuddin sepatutnya beri peluang kepada KJ untuk bertindak `berani' melawan `tokeh' demi kepentingan rakyat. Kita lihat dahulu setakat mana KJ boleh `melembut'kan hati Najib yang mungkin berlembut hanya kepada Rosmah sahaja.

Apabila KJ menyebut menentang kenaikan harga petrol atau penarikan subsidi minyak untuk `sementara waktu' di saat rakyat sedang susah, itulah sebenarnya yang merisaukan kita. Perkataan `sementara waktu' itu subjektif. Mungkin sementara sebelum Pilihanraya Umum Ke 13, dan selepas itu dibenarkan kenaikan harga petrol.

Apa pun, rakyat yang perlu berfikir semasak-masaknya. Rakyat bukan tidak biasa dengan janji-janji manis pemimpin Umno selama lebih 50 tahun. Mengapa rakyat tidak boleh mencuba janji-janji yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat seperti yang terkandung di dalam Buku Jingga? Janji berkenaan harga petrol sahaja, Pakatan Rakyat berjanji untuk menurunkan harga petrol dalam tempoh 24 jam sahaja bukan menunggu sehingga 50 tahun. Masakan kita tidak berani mencuba?

Jika kita telah mencuba mereka melebihi 50 tahun, ternyata kita hanya dipermainkan maka bijakkah kita terus memberi Umno peluang lagi? Jangan kita salahkan kaum Cina yang terlebih dahulu bijak di dalam politik sedangkan kita masih dibuai mimpi dengan `ketuanan Melayu' yang hakikatnya banyak menyusahkan Melayu./wfauzdin.blogspot.com

TIMB PRESIDEN PAS - TUAN IBRAHIM SEKAT PELUANG MAT SABU?

Oleh: WFAUZDIN NS

SYABAS buat Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang akhirnya bersetuju untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PAS. Saya secara peribadi awalnya menyokong Sdr Mat Sabu bertanding jawatan nombor dua tersebut tetapi setelah Us Tuan Ibrahim sanggup sertai pertandingan ini, maka tiada pilihan lagi melainkan menyokong Pesuruhjaya PAS Pahang ini.

Mat Sabu mulanya harapan ramai tetapi kemunculan Us Tuan Ibrahim mungkin menyebabkan berlaku lagi pecahan undi seperti pemilihan yang lalu. Adakah kali ini rezeki masih kekal kepada Us Nasha akibat pecahan undi? Mungkin ada yang berpendapat kemasukan Us Tuan Ibrahim bukan untuk memenangi jawatan tersebut tetapi hanya untuk menyelamatkan Us Nasha. Saya tidak pasti perkara ini, tetapi jika tidak benar sekali pun keputusan Us Tuan Ibrahim itu tentunya melegakan Us Nasha.

Sedikit sukar buat Mat Sabu dengan perkembangan mutakhir ini. Tetapi, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Saya harap kali ini biarlah Timbalan Presiden PAS mendapat undi yang tinggi walaupun pertandingan tiga penjuru. Apa sekalipun, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ketiga-tiga pemimpin ini komited di dalam perjuangan Islam, cuma stail masing-masing sahaja mungkin bderbeza./wfauzdin.blogspot.com

BEGITULAH NASIB SI UMI HAFILDA

Oleh: WFAUZDIN NS

MAK CIK Umi Hafilda yang semakin sinonim dengan raja sesumpah Ezam, boleh dikatakan memecah rekod `Guiness Book Of Record" atau setidak-tidaknya memecah rekod di Malaysia manusia yang paling banyak melakukan `sumpah'. Sumpahan beliau itu mungkin mengatasi mana-mana Menteri atau Ahli Parlimen di Malaysia yang bersumpah mengangkat setia di dalam Dewan.

Satu lagi kelebihan mak cik Umi yang dikatakan masih dara ini, beliau seorang betina yang paling kerap mencabar orang lain menyamannya. Kununnya itu tanda beliau bercakap benar selain dari sumpah yang mungkin dipelajari dari Ezam raja sesumpah. Peliknya, bila dia menyaman orang lain dia sambil lewa pula sampai Peguam dia pun tak hadir ke mahkamah.

Semalam, dilaporkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan peguam yang mewakili ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan terhadap bekas rakan perniagaannya dan pengendali laman berita Malaysiakini, supaya hadir ke mahkamah pada 13 Jun ini (Malaysiakini).

Sebelum ini Peguam beliau pun tidak hadir di dalam kes yang sama. Mungkin terlalu sibuk mak cik Umi ini berceramah dan mencarut di pelusuk tanahair untuk sesuap nasi. Maklumlah, siapa lagi yang mahu menanggungnya. Suami tiada, keluarga pula katanya sudah tidak mengaku lagi. Harapkan adik si Azwan Ali pula, lagi teruk kena hentam sampai disebut `wanita neraka ke tujuh' dalam Twitter. Jadi, terpaksalah bawa diri.

Gamaknya, mana Peguam mahu datang kalau banyak lagi pitih kendalikan kes belum berbayar. Itu ramalan saja, saya pun tidak berani mahu bersumpah laknat dalam masjid walaupun dibekalkan baju besi untuk menuduh sedemikian. Ramalan itu hanyalah kepada kebiasaannya jika kita tidak bayar, Peguam susah sikit mahu komited dengan tugasnya.

Apa pun, kita harapkan tidak berlaku sedemikian. Saya percaya mak cik Umi yang mendakwa kununnya beliau ada lagi 18 tape video seks itu akan meneruskan kes saman beliau di mahkamah. Bukan sedikit yang dituntut, RM 100 juta itu terlalu banyak dan cukup buat mak cik Umi pergi menunaikan Haji di Mekah nanti. Jika harapkan duit minyak dan duit poket setiap kali berceramah, susahlah sikit untuk ke Mekah. Mungkin lepas untuk membeli seluar dalam atau baju dalam saja./wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 23 Mei 2011

UMNO JANGAN BERTINDAK DAYUS

Oleh: WFAUZDIN NS

BUKAN juga untuk menuduh, tetapi sama seperti DS Anwar yang bertanya mengapa PERKASA boleh tahu apa yang bakal berlaku kepada keretanya berbulan sebelum kereta Ketua Pembangkang itu mengalami kemalangan yang dikatakan akibat sabotaj itu?

DS Anwar menyoal , " PERKASA perlu menjelaskan laporan polis yang dibuat pada 11 Februari lalu berhubung kebimbangan bahawa ketua pembangkang itu akan melakonkan satu kemalangan jalan raya (Malaysiakini).

Ramalan itu benar, baru-baru ini kereta tersebut yang dinaiki oleh isteri beliau DS Wan Azizah mengalami kemalangan kecil akibat kerosakan pada skru tayar kereta berkenaan. Laporan Polis telah dibuat oleh Pemandu DS Anwar memandangkan hasil pemeriksaan mekanikal menunjukkan tayar kereta berkenaan terdapat unsur-unsur sabotaj.

Terdapat gesaan dari PERKASA agar kerajaan menarik balik passport DS Anwar kununnya beliau akan melarikan diri untuk mendapatkan suaka politik di luar negara. Gesaan ini pernah dibuat oleh `raja sesumpah' Ezam Mohd Noor. Betapa baculnya mereka untuk berdepan dengan Ketua Umum PKR ini. Tiadakah jalan lain selain dari bertindak sedayus itu? Sudahlah berdebat tentang ekonomi negara pun pemimpin Umno takut, kini cuba bertindak seperti `pondan'.

Sampai bila Umno ingin gunakan kuasa kerajaan untuk menyekat Pembangkang? Berbagai perkara telah cuba kamu lakukan, alhamdulillah, rakyat semakin jauh dari kamu. Apabila gagal mengemukakan hujah, mereka bertindak sehingga kadangkala di luar batas seorang manusia apatah lagi sebagai seorang Islam.

Apa pun yang bakal kamu rancang dan lakukan, PR kini sudah menetapkan niat untuk terus memberitahu rakyat bahawa sudah cukup tempoh dan masa zaman kezaliman Umno/Bn memerintah negara ini. Rakyat kini tidak sabar untuk berada di dalam negara yang penuh dengan keharmonian kaum, telus dan berkebajikan./wfauzdin.blogspot.com

MB PERAK AKAN DATANG MELAYU DARI DAP ?

Oleh: WFAUZDIN NS

ZAHID Hamidi meramalkan bahawa DAP Perak akan meletakkan calon Melayu untuk bertanding di dalam Pilihanraya Umum nanti bagi membolehkan MB Perak nanti dilantik dari parti DAP. Saya pun meramalkan demikian dan sekiranya benar secara tidak langsung ini menunjukkan Naib Presiden Umno itu kini sedar bahawa DAP bukan parti `ekstremis Cina'.

Melihat kepada kenyataan Zahid Hamidi di Malaysiakini, tergambar kegusaran pemimpin Umno tersebut untuk mempertahankan Perak yang dirampas secara tidak demokratik selepas PRU yang lalu. Kebimbangan Zahid Hamidi ini cuba dikongsikan bersama parti sekutu di dalam PR iaitu PAS dan PKR, mudah-mudahan kedua-dua parti sekutu di dalam PR ini akan menjauhkan diri dari DAP dan tentunya memberi laluan mudah kepada Umno untuk meneruskan kuasanya di Perak. Mudah dibaca strategi politik Zahid ini.

Sekiranya memang benar DAP akan menamakan calon Melayu Islam dari parti tersebut untuk dinamakan sebagai MB Perak, apa yang menjadi masalah kepada Umno? Masalahnya ialah Umno tentu akan kehabisan modal lagi untuk bermain dengan isu perkauman. Apa yang kita lihat, kepimpinan DAP di P.Pinang di bawah Lim Guan Eng ternyata jauh lebih baik dan berintegriti dari kerajaan terdahulu di bawah Gerakan. Oleh yang demikian, tiada sebab kita bimbang orang Melayu berugama Islam dipilih menjadi MB Perak sekiranya kita boleh terima pemimpin Cina di P.Pinang berpuluh tahun sehingga sekarang.

Itu pun jika ramalan Zahid Hamidi itu benar. Apa kata jika kita membayangkan bahawa DAP akan tetap menyokong YB Nizar (mantan MB Perak) untuk ditabalkan sekali lagi sebagai MB Perak selepas PRU nanti jika PR berjaya kembali menguasai Perak? Bukankah sebelum ini berkali-kali Pengerusi DAP Perak Ngeh Ko Ham berkata DAP tetap menyokong YB Nizar sebagai MB Perak?Link
Hakikatnya, Umno amat bimbang tentang situasi terkini di Perak. Paling membimbangkan mereka adalah sokongan kaum Cina semakin meningkat terhadap PR hasil daripada tingkah laku Umno dan kerajaan selama ini. Sokongan kaum Melayu pula kini sedang diburu oleh PAS terutamanya dan PAS dibantu oleh PKR mempunyai banyak bahan untuk dihidangkan kepada kaum Melayu di Perak agar mereka tidak lagi percaya kepada Umno. Ini yang merisaukan Zahid sebenarnya./wfauzdin.blogspot.com