Sabtu, 31 Disember 2011

MUNGKINKAH INI KALI TERAKHIR ANWAR BERTEMU WAJAH DENGAN RAKYAT PAHANG?

Oleh:  WFAUZDIN NS



PADA 09 Jan 2012 ini nanti, satu lagi bentuk konspirasi akan menguji kita selaku penegak keadilan dan menentang kezaliman di mana Ketua Pembangkang DS Anwar berkemungkinan akan dijadikan mangsa rejim puaka.  

Di sebalik senyuman mereka, siapa tahu isi hatinya?

Telah pun bermula, DS Anwar kini menjelajah seluruh pelusuk negeri untuk memberikan isyarat kepada semua rakyat bahawa mereka perlu bersedia untuk menghadapi konspirasi jahat Sang Penguasa.  Sang Penguasa ini telah mengaut segala harta kekayaan negara ini dengan kehidupan mewah keluarga dan kroni mereka, di dalam masa yang sama ingin menutup terus mulut DS Anwar yang menjadi penghalang besar cita-cita nafsu mereka.   

Mujur beliau memilki anak yang berjiwa pejuang...
Sang Penguasa zalim ini cuma ada dua pilihan samada membebaskan DS Anwar yang akan membawa maksud mereka tidak mudah untuk mengaut harta kekayaan negara atau memenjarakan DS Anwar yang membawa maksud mereka akan lebih selesa dan rakus selepas ini.  Apa pun pilihan yang bakal mereka ambil pada 09 Jan ini nanti, rakyat tidak lagi peduli.  Bebas atau terpenjaranya DS Anwar, rakyat telah ditarbiyahkan bahawa Umno/Bn wajib dikuburkan.

Di Pahang, DS Anwar akan berkunjung ke negeri ini pada 07 Jan 2011 mulai jam 05.00 petang bertempat di Putra Balok, Kuantan.  Apakah itu tarikh terakhir DS Anwar ke negeri ini sebelum beliau dipenjarakan?  Mungkinkah DS Anwar ingin menyatakan sesuatu atau pesanan dan amanatnya kepada rakyat Pahang?  Amat menyedihkan jika rakyat Pahang yang cintakan keadilan dan benci kepada kezaliman tidak peka apa yang berlaku ke atas diri beliau yang telah mengorbankan segala-galanya DEMI RAKYAT.  

Nasib seorang pejuang rakyat..
Beliau sanggup lakukan apa saja DEMI RAKYAT

Ambillah kesempatan pada 07 Jan ini di Putra Balok Kuantan untuk bertemu wajah dan bertentang mata mungkin buat kali terakhir dengan DS Anwar.  Sukar sangatkah untuk kita meluangkan hanya lebih kurang satu jam untuk bersama beliau pada 07 hb Jan nanti?  Tidak terfikirkah di benak fikiran kita berapa jam kah tenaga dan usaha DS Anwar Ibrahim dihabiskan setiap hari di dalam kehidupannya untuk membela nasib kita?  Apakah mati hati kita untuk membayangkan betapa sukarnya beliau di dalam penjara suatu ketika dahulu sehinggakan berterusan difitnah dan diaibkan setelah keluar dari penjara dan bakal merengkok kembali di dalam jerisi besi semata-mata rakyat yang dikasihinya?  Apakah kita sanggup melihat kesemuanya itu ditanggung oleh beliau dan keluarganya sahaja?

Kuburkan Umno, Kita mara ke Putrajaya...

Sekiranya kita tidak berpeluang hadir di Mahkamah Jalan Duta pada 09 hb Januari ini nanti, sekurang-kurangnya kita hadir pada 07hb Jan ini sebagai tanda sokongan kita kepada beliau dan keluarga.  Kepada semua pimpinan parti Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Pahang ini, gerakkan semua ahli dan penyokong masing-masing untuk bersama-sama DS Anwar pada tarikh tersebut.  Fikirkan, bukan sedikit jasa dan pengorbanan beliau untuk menjadikan Pakatan Rakyat menjadi hebat dan gagah seperti sekarang.  Ayuh, turun pada 07 hb dan 09 Hb Jan ini nanti DEMI RAKYAT./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 30 Disember 2011

MOKHTAR ABDULLAH, KHALID JAFRI, DR QRISTINA, AUGUSTINE PAUL DAN KINI ARIFFIN JAKA MENEMUI ALLAH

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMALAM kita dapat berita, seorang Hakim bernama Ariffin Jaka telah meninggal dunia.  Ertinya, tiada sesiapa pun boleh menungkat langit dan berlagak sombong semasa di dunia ini. 

Ariffin Jaka kini telah mengadap Allah S.W.T yang telah menciptanya, sebagaimana semua makhluk di dunia dan yang berada di mana-mana planet cakrawala sekalipun semuanya Allah yang menjadikannya.  Bezanya, sebagai seorang manusia wajib kita diadili oleh Allah S.W.T di Akhir Zaman nanti.  Bahkan, sewaktu kita hampir-hampir hujung nyawa (Nazak) pun kita telah diberi bayangan oleh Allah S.W.T ke mana kita akan di tempatkan nanti. 

Walaupun tiga kali pertuduhan dipinda, keterangan Azizan Abu Bakar dikatakan kukuh `sekukuh Gunung Gibralta"

Ariffin Jaka kini sedang diadili di alam Barzakh.  Jika sewaktu beliau bernyawa, beliau adalah Hakim yang sering disebut `Yang Arif'.  Beliau terkenal dan `glamour' apabila beliau terlibat di dalam perbicaraan fitnah 1 DS Anwar Ibrahim.  Sebelum itu, Mokhtar Abdullah Peguam Negara yang banyak berfungsi di dalam kes yang sama telah menemui ajalnya.  Hakim Augustine Paul juga begitu.  Masing-masing kini sedang diadili kecuali Augustine Paul sebab beliau bukan Islam dan tidak perlu lagi kepada pengadilan Allah kerana tempat bagi orang-orang Kafir sudah ditetapkan.

Mokhtar Abdullah mati di dalam keadaan koma, Penulis Buku Fitnah '10 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM" iaitu Khalid Jafri juga koma sebelum mati.  Buku itu menjadi asas kes Fitnah 1 DS Anwar.  Dr Qristina yang menjadi salah seorang saksi Pendakwa juga mati. 

Ariffin Jaka dan kita semua akan melihat sendiri bagaimana keadilan Allah terhadap kita apabila kita dikumpulkan di Padang Mahsyar.  Pada ketika itu, kita akan melihat sendiri adakah para-para Hakim `Yang Arif' serta Peguam-Peguam yang hebat ini mampu berhujah atau memutarbelit di hadapan Rabbul Jalil?  

Kepada Hakim yang sedang mengadili kes Fitnah II DS Anwar sekarang seharusnya muhasabah diri dengan menjadikan kematian Ariffin Jaka ini sebagai iktibar.  Begitu juga pihak Pendakwa dan Peguam Negara sekarang.  Jangan fikir kita mahu menungkat langit sehingga bila-bila.  Seandainya diberi peluang, Peguam Mokhtar Abdullah, Khalid Jafri, Dr Qristina dan Ariffin Jaka bahkan semua yang telah menemui Maha Penciptanya mahu diberi peluang kembali untuk hidup semula agar dapat melakukan amal ibadat yang banyak kepada Allah dan tidak akan berlaku zalim lagi.  Tapi, apakan daya.../wfauzdin.blogspot.com


BLOGGER DI PENTAS CERAMAH - BUKAN UNTUK CARI PENGARUH PERIBADI ATAU GLAMOUR

Oleh:  WFAUZDIN NS

MASA untuk turun padang.  Aku telah banyak menulis berkaitan isu-isu politik samada di dalam Blog, akhbar Suara Keadilan atau Harakah, juga banyak memberi komen di dalam Face Book.  Semua itu untuk menentukan agar Umno cepat ke liang lahad. 

Tapi, ianya dirasakan tidak mencukupi.  Mana yang termampu boleh kita lakukan dan jika berpeluang melakukan lebih dari itu, apalah salahnya kita lakukan asalkan memberi kebaikan kepada perjuangan ini.  Sebelum ini, sudah ramai Blogger yang tampil di pentas ceramah, mereka juga terus menulis dan bercakap.  Semuanya itu tidak lain tidak bukan hanya untuk membantu mempercepatkan kejatuhan Umno/Bn.  Itu sahaja.

Tiada niat untuk mencari pengaruh peribadi, jauh sekali untuk mencari `glamour'.  Menyedari terlalu banyak kelemahan yang ada pada diri ini, tidak mungkin untuk bermimpi sejauh itu.  Lebih-lebih lagi perjuangan kita semua bukan untuk mencari pengaruh peribadi atau glamour.  Jika glamour yang mahu dicari, buat apa aku berhenti dari menjadi DJ Radio di Manis FM iaitu sebuah Stesyen Radio Swasta di Pantai Timur?  Dulu, aku bertugas di konti radio tersebut yang berpengkalan di Kota Bharu, Kelantan dan kini telahpun berpindah ke Kuala Terengganu.  Dulu, Stesyen Radio ini milik bekas tokoh Umno iaitu Tan Sri Hussein Ahmad.  Ketika itu, Stesyen Radio ini sering menampilkan tokoh-tokoh PAS Kelantan di dalam rancangan Tazkirah Ramadhan.

Kini tidak lagi.  Manis FM telah menjadi milik orang kuat Umno Terengganu.  Dengar khabarnya milik Perbadanan MB Terengganu.  Maka, memang tepat lah aku awal-awal lagi keluar dari Manis FM kerana jiwa politik aku tidak sehaluan dengan Umno.  Selepas itu, aku dipanggil temuduga pula oleh RTM sebagai DJ Radio di bawah RTM.  Sekali lagi, aku memikirkan jiwa aku bukan jiwa RTM, lidah rasmi yang sering membawa propaganda untuk memburukkan Pembangkang.  Jika mahu glamour, mungkin di situ lah tempat yang aku harus ada sekarang.

Akhirnya, aku beranikan diri bersama rakan-rakan yang lain berada di dalam Keadilan.  Sebenarnya sewaktu aku berkhidmat di dalam Tentera lagi, sejurus pemecatan DS Anwar dari Kerajaan dan Umno jiwa aku bersama Keadilan.  Tidak mudah, aku pernah beberapa kali dipanggil mengadap Cawangan Perisikan Khas Tentera kerana ada laporan yang kononnya aku terlibat secara langsung di dalam politik Pembangkang.  Alhamdulillah, rezeki Allah kurniakan akhirnya aku berjaya menamatkan perkhidmatan selama 22 tahun.

Adakah aku tidak mengenang jasa Kerajaan?  Jawapannya sudah tentu.  Oleh kerana mengenangkan jasa Kerajaan lah aku berada bersama Keadilan kerana hanya Keadilan dan Pakatan Rakyat sahaja yang boleh menyelamatkan negara ini.  Aku cuba untuk membalas jasa Kerajaan dengan cara bersama Pakatan Rakyat membela nasib rakyat di negara ini.  Membalas jasa Kerajaan bukan dengan cara menghancurkan negara.

Malam ini, InsyaAllah, aku tampil dengan pendekatan berbeza.  Aku diberikan ruang untuk tampil di dalam program Ceramah di Jenderak Utara.  Sudah tentu, sebagai bekas tentera, isu tentera akan cuba aku kupas malam nanti.  Semoga usaha yang teramat sedikit ini boleh digarap bersama rakan-rakan yang lain untuk menguburkan Umno/Bn secepat mungkin, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 29 Disember 2011

MENJELANG PRU 13 - HATI-HATI DENGAN RAJA PETRA

Oleh:  WFAUZDIN NS

RAJA Petra Kamarudin, Pengendali Malaysia-Today sebelum ini banyak mengulas isu dalaman parti di dalam Pakatan Rakyat.  Beliau ada mengulas isu Dr Hassan Ali, kemudiannya mendakwa Parti Keadilan kini dicengkam oleh Anwar - Azmin dan terbaru beliau mengulas isu Nurul Izzah yang ingin mengenepikan Azmin untuk kembali membawa Zaid Ibrahim ke dalam parti.  Baca di SINI.

Hati-hati dengan orang ini...

Kita mengenali Raja Petra sebelum ini kononnya beliau berfikiran sehaluan dengan Pakatan Rakyat, tetapi kita jangan lupa Raja Petra pernah muncul di kaca TV memburukkan DS Anwar.  Kali ini, apa agenda Raja Petra?  Di saat rakyat sedang menyaksikan Umno bertungkus lumus dan bersilang tangan menepis berbagai dakwaan rasuah dan penyelewengan di kalangan pemimpin mereka, Raja Petra sibuk dengan membicarakan isu dalaman parti di dalam Pakatan Rakyat.  Jika dakwaan beliau itu benar atau setidak-tidaknya masuk akal boleh juga diterima, malangnya segala yang di utarakan oleh Raja Petra umpama cerita dongeng yang baru siap dikarang. 

Zaid tiada tempat dalam Keadilan lagi....

Kembali kita berfikir, apakah Raja Petra akan berperanan untuk melemahkan Pakatan Rakyat melalui persepsi ciptaan beliau itu?  Ada lojiknya kerana sejak kebelakangan ini beliau begitu ghairah menulis tentang Azmin Ali.  Dakwaan bahawa Nurul Izzah akan menggunakan pengaruhnya sebagai Naib Presiden juga anak kepada DS Anwar untuk membawa kembali Zaid Ibrahim ke dalam parti adalah `Bidaah' paling melucukan.  Terlalu bodoh Nurul Izzah jika berbuat demikian kerana beliau sedar Zaid Ibrahim telah `kencing' kepala bapanya DS Anwar Ibrahim.  

Nurul Izzah disokong bukan kerana beliau anak Anwar

Seandainya benar sekali pun, ahli-ahli Keadilan tidak akan sanggup menerima pengkhianat parti seperti Zaid Ibrahim yang keluar parti hanya kerana tidak mendapat sokongan di dalam jawatan yang diidamkannya.  Keadilan akan menempah maut jika membawa masuk Zaid Ibrahim kerana kemasukan Zaid ke dalam parti akan menjadikan Keadilan nanti seperti Parti KITA yang kini beliau pimpin. Majoriti ahli parti akan menolak Nurul Izzah dari jawatannya sekarang jika beliau mempunyai angan-angan untuk membawa Zaid Ibrahim.  

Mengapa Raja Petra `Anti-Azmin' ?

Menolak Zaid Ibrahim bukan bererti kita menyokong Azmin atau membenci Nurul Izzah, tetapi jelas, terang dan terbukti Zaid Ibrahim telah `kencing' kita semua.  Apa yang perlu difikirkan sekarang adalah `Apakah Motif Raja Petra?" ./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 27 Disember 2011

DS ANWAR ITU `IMAM MAHDI'? JAWAPAN US DR BADRUL AMIN

Oleh:  WFAUZDIN NS

TERDAPAT beberapa blog yang mendakwa bahawa Us. Dr Badrul Amin Bahrom di dalam ceramahnya di beberapa tempat mendakwa DS Anwar Ibrahim itu adalah `Imam Mahdi'.  Ianya adalah berlanjutan daripada pengisahan perjuangan membebaskan bumi Palestin yang memerlukan penyatuan dunia Arab.

Anwar ditendang dari Umno kerana mahu `Islam'kan Umno...

Sebelum ini di mana-mana ceramah agama sering diceritakan perjuangan Rasulullah, yang berani dan penuh hikmah di dalam perjuangannya.  Apabila kita menceritakan kisah Rasulullah tersebut sudah tentunya kita mahu lahir seorang pemimpin Islam yang berani dan berhemah seperti Baginda.  Adakah jika ianya lahir, ini bererti insan itu adalah `Rasulullah'?  Jawapannya tidak. 

Mengapa terlalu sukar untuk kita `mengkiaskan' sesuatu kisah perjuangan untuk kita contohi sedaya upaya?  Mencontohi keperibadian Rasulullah bukan bererti untuk diangkat atau digelar Rasulullah.  Inilah yang sering diceritakan oleh Us Dr Badrul Amin.  Beliau sering menceritakan betapa dunia Arab perlu kepada penyatuan sekiranya mahu membebaskan bumi Al-Aqsa.  Di dalam beberapa kitab, disebut `Al Imam Mahdi' akan lahir untuk menyatupadukan umat-umat Islam.


Adakah kita perlu menunggu kehadiran `Imam Mahdi' untuk menyatupadukan umat Islam atau dunia Arab?  Jawapannya tidak.  Sesiapa pun boleh tampil untuk melaksanakan tugas ini.  Ini lah yang ditegaskan oleh Us Dr Badrul Amin.  Beliau sering menonjolkan potensi yang ada pada DS Anwar untuk penyatuan dunia Arab ini.  Jika di negara ini, beliau mampu menyatukan PAS dan DAP.  Mengapa tidak Umno?  Ini adalah kerana Umno yang tidak pernah ikhlas untuk bersatu.  Umno hanya mahu bersatu dengan PAS sahaja.  Mudah difikir sebabnya, kerana Umno tidak puas lagi untuk `membuli' PAS sepertimana yang pernah mereka lakukan dulu. 

Tidak menghairankan jika Us Dr Badrul Amin beranggapan Anwar boleh melaksanakan tugas penyatuan dunia Arab atau umat Islam.  Bayangkan, kesemua Ulamak Muktabar daripada Syeikh Yusuf Qardhawi, Syeikh Taha Jabir Alwani dan beberapa ulamak terkenal dunia mengenali DS Anwar dan menyokong perjuangan beliau menentang fitnah ke atas dirinya.  Justeru itu, memang wajar DS Anwar dikatakan mampu menyatukan dunia Aran dan umat Islam di dunia ini, kecuali Umno kerana Umno mempunyai dendam kesumat yang tidak padam terhadap mantan Timbalan Presiden mereka itu sendiri.  Adakah ini bererti DS Anwar itu `Imam Mahdi' hanya kerana dia dikatakan mampu berbuat sedemikian?  Hanya yang bengap, jahil dan berotak `lembu fidlot'  sahaja yang berangapan demikian.

Melalui FaceBook, Us Dr Badrul Amin telah menjawab tuduhan ke atasnya berkaitan isu ini.  Berikut adalah jawapan beliau yang dipetik dari FBnya;

"Saya menafikan sekeras2nya kenyataan yg tersebar dalam beberapa laman web kononnya saya menamakan Anwar Ibrahim sbg Imam Mahdi. Saya tidak pernah sekalipun menyebut nama Imam Mahdi dalam ceramah2 saya. Saya hanya menyebut potensi Anwar sbg pemimpin dari Timur yang mampu menyatukan Dunia Arab sekaligus membebaskan Al-Aqsa." 

MAHASISWA SEPERTI ADAM ADLI DISANJUNG, BUKAN SEPERTI SAIFUL BUKHARI

Perhimpunan 16 jam pro-Adam Adli di UPSI


Sekumpulan mahasiswa akan mengadakan perhimpunan menuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggugurkan tuduhan terhadap penuntutnya Adam Adli susulan tindakan beliau menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak.NONE
Jurucakap Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) berkata, kumpulan mahasiswa akan berkampung di hadapan UPSI bermula 9 malam pada 31 Disember sehingga jam 1 petang keesokan harinya.

Program itu dianjurkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di mana KAMI merupakan antara kumpulan yang bergabung dalamnya
./Malaysiakini  

---------------------------------------------------------------------------

Tahniah kepada Mahasiswa alaf baru yang berani dan tidak mudah menjadi lembu dicucuk hidung.  Kita tidak mahu Mahasiswa menjadi seperti seorang bekas Mahasiswa yang gagal di dalam pembelajaran, lantas menjadi lembu dicucuk hidung sehingga sanggup melakukan fitnah demi duit.  Paling memalukan, bekas Mahasiswa itu sanggup tidak mencuci duburnya selama dua hari demi untuk mencari makan dan melaksanakan kehendak rejim diktator yang mengupahnya.

Alaf baru memerlukan Mahasiswa yang bukan sahaja rajin belajar dan pintar tetapi mempunyai nilai diri yang tinggi.  Kita tidak mahu suatu ketika nanti Mahasiswa ini akan menjadi pemimpin yang korup dan tiada nilai diri sehingga sanggup `mengusung kek `tahi' ke Pejabat KM P.Pinang dan memakannya sendiri.

Mahasiswa seperti Adam Adli ini jauh lebih bermoral dari tokeh Utusan Malaysia yang kaki fitnah yang menyebarkan berita kononnya bendera Najib dipijak-pijak, sedangkan ianya tidak berlaku sedemikian.  Adam Adli juga jauh lebih bijak dari Reezal Naina Merican yang saya tidak pasti berbangsa Melayu atau Malbari itu yang begitu mudah di`kencing' oleh Utusan Malaysia dengan laporan fitnah sedemikian.

Untuk adam Adli, jangan gentar rakyat yang bijak tetap bersama kamu melainkan mereka yang masih beriman dengan akhbar dan media lidah syaitan./wfauzdin.blogspot.com


BENAR KATA KETUA WANITA UMNO JOHOR BAHAWA JOHOR TETAP `BIRU'

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMALAM, Malaysiakini melaporkan kenyataan Ketua Wanita Umno Johor, Datuk Sharifah Azizah yang memberi jaminan bahawa Negeri Johor tetap akan `Biru'.  Ertinya, beliau yakin Negeri Johor masih `biru-kebiruan' Bn nya.

Jika beliau yakin demikian, kita juga yakin sememangnya Johor akan bertukar dari `Biru kebiruan lebam' itu kepada `Biru berlogo mata'.  Ertinya, Johor tetap `Biru' bukan `Biru lebam'.


Sharifah Azizah menempelak usaha pembangkang yang mahu menukar kerajaan dan memberi amaran bahawa pertukaran kerajaan daripada BN kepada pembangkang bakal menyebabkan negara ini "porak-peranda."  Hujah Ketua Wanita Umno ini terlalu dangkal dan `Low Class' sama seperti hujah bos beliau Shahrizat yang berkata isu lembu Fidlot tiada kena mengena dengan beliau.

Apakah orang cerdik boleh terima hujah Negeri Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan yang dipuji oleh Laporan Audit Negara berkaitan urusan kewangan yang telus, negeri-negeri tersebut tiada satu pun kes rasuah atau penyelewengan bela lembu atau kondo mahu pun beli tanah Jutaan ringgit secara rasuah itu dikatakan negeri `porak poranda'? 

Jelas, hujah Ketua Wanita Umno Johor hujah yang sekadar untuk menyedapkan hati pengikut-pengikutnya yang masih tidak sedar bahawa bos mereka ada `skandal lembu Fidlot'.  Kalaupun mereka tidak sedar, jangan pula otak yang ada digunakan seperti otak lembu.

Negeri yang `porak poranda' itu adalah negeri yang diperintah oleh Umno/Bn.  Mereka `porak porandakan' hak rakyat.  Jika Johor sudah terlepas tanah dan Pulau kepada Singapura, jangan pula mendakwa negeri di bawah Pakatan Rakyat porak poranda.  Rakyat Johor kena tahu semua skandal Umno/Bn ini jika mereka benar-benar sayangkan negara ini./wfauzdin.blogspot.com

Kempen ‘Tolak Fitnah II, Lawan Konspirasi’ dilancar 28 Disember

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 23 Dis: Pemuda Pakatan Rakyat (PR) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan melancarkan kempen ‘Tolak Fitnah II, Lawan Konspirasi’ pada 28 Disember ini, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.

 
Menurutnya, itu antara resolusi yang dicapai Pemuda PR dalam mesyuarat yang dipengerusikannya malam semalam.

“Kempen bertemakan ‘Bebaskan Anwar 901′ ini kita lancarkan bersama Pemuda Pakatan dan NGO di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 11 pagi 28 Disember ini.

“Perincian lanjut mengenai jelajah ini akan kita maklumkan pada hari itu,” katanya kepada Keadilandaily.com hari ini.

Menurutnya, sebanyak 500,000 risalah yang mengandungi fakta sebenar mengenai kes Fitnah 2 sudah tersedia untuk diedar sepanjang jelajah itu.

“Sepanjang jelajah ini kita juga berharap risalah mengenai kes Fitnah II yang kita edar ini rakyat membacanya seterusnya memahami dengan baik serta bersama mengedarnya kepada kenalan seramai mungkin.

“Ini penting kerana kes ini kerap diputar belit media arus perdana, jauh sekali memberi liputan adil kepada Datuk Seri Anwar,” tegasnya.
 

Menurutnya, jelajah itu berlangsung serentak di beberapa lokasi seluruh negara dengan kemuncaknya ialah perhimpunan rakyat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari depan.

“Oleh itu, kita mengalu-alukan rakyat hadir beramai-ramai dan datang seawal mungkin pada perbicaraan itu sebagai tanda solidariti kita bersama pemimpin rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tegasnya.

Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN kini berdepan kes Fitnah kali kedua dengan keputusan itu akan diumum pada 9 Januari depan, selepas melalui perbicaraan selama hampir dua tahun.

Kes yang disifatkan mengulangi konspirasi Umno-BN itu bermula beberapa hari selepas Anwar mengumumkan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Permatang Pauh pada Ogos 2008./KeadilanDaily

Isnin, 26 Disember 2011

ISU DR HASSAN ALI DITUTUP

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA Dr Hassan Ali tidak lagi SETAKAT INI, mengadakan sidang akhbar atau keluar di dalam media haprak milik Umno, maka saya istiharkan kita tutup isu ini dengan suatu kemenangan besar iaitu akhirnya Dr Hassan Ali menarik balik kritikan beliau terhadap prinsip `Negara Berkebajikan' oleh PAS.


Lantaran itu, sebagai menghormati langkah beliau SETAKAT INI, saya tutup `poll' yang saya siarkan di dalam blog ini.  Walaupun Poll ini baru saja dibuka tidak sampai seminggu apabila isu Dr Hassan Ali timbul, seramai 448 pengunjung telah membuat undian kepada tajuk berikut dan setakat hari ditutup keputusannya seperti di bawah;

"Kritik Negara Berkebajikan Melalui Media dan TV 3, Sepatutnya Dr Hassan Ali Perlu......"

1.  Dipecat - 42 %

2.  Diberi Amaran - 22 %

3.  Digantung Keahlian - 16 %

4.  Dibiarkan Saja - 15 %

5.  Di Sokong - 5 %

Saya berpuashati dengan tindakan PAS yang akhirnya berjaya menunjukkan jalan kepada Dr Hassan Ali tentang pendekatan PAS melalui konsep `Negara Berkebajikan".  Tiada apa yang bercanggah dengan Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias dengan konsep ini kerana konsep `Negara Berkebajikan' yang diperkenalkan oleh PAS jauh berbeza dengan `Loteri Kebajikan' atau `Jabatan Kebajikan' anjuran Umno berpuluh tahun dahulu. /wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 25 Disember 2011

ISU DR HASSAN ALI - MUSTAFA KATA `GAME OVER', HASSAN ALI KATA BELUM?

Oleh:  WFAUZDIN NS

DR HASSAN Ali telah memohon maaf di atas kesilapannya mengkritik konsep Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS, cuma kata beliau majoriti ahli-ahli PAS menyokongnya yang tidak berpuashati di atas beberapa perkara `teknikal' atau perlaksanaan konsep itu.


Fahamlah kita. Dr Hassan Ali melalak di dalam media lidah syaitan TV3 suku selama ini adalah semata-mata kerana masalah `teknikal' Negara Berkebajikan.  Mungkin di dalam mesyuarat kepimpinan PAS samada di peringkat Negeri atau Pusat, tidak boleh membincangkan `masalah teknikal' tersebut maka sebab itulah Dr Hassan Ali `terpaksa' merujuk kepada media, ataupun Dr Hassan Ali tidak pernah atau pun jarang-jarang menghadiri mesyuarat berkenaan?

Benarkah dakwaan Dr Hassan Ali, begitu ramai ahli-ahli PAS yang menyokong apa yang disuarakannya selama ini?  Jika benar, pelik juga mengapa Dr Hassan Ali tidak cukup pencalonan dari Cawangan-Cawangan PAS untuk dicalonkan sebagai calon Pilihanraya akan datang?  


Di dalam sidang akhbar terbarunya, beliau mendakwa Setiausaha Agung PAS Sdr Mustafa Ali pernah bertemu dan ada memohon untuk bertemu dengan pemimpin Umno.  Beliau menjawab dakwaan Mustafa Ali yang mengatakan Dr Hassan Ali ada membuat pertemuan dengan beberapa orang pada bulan Ramadhan yang lalu. Kita ingin bertanya, adakah pertemuan Mustafa Ali dengan pemimpin Umno itu berlaku sebelum atau selepas Muktamar Agung PAS yang memutuskan tiada lagi isu `Kerajaan Perpaduan' atau kerjasama politik dengan Umno?  Sekiranya ianya berlaku sebelum Muktamar PAS yang lalu, itu bukan rahsia lagi dan apa gunanya Dr Hassan Ali mengungkit kisah tersebut?

Sekiranya masih ada pertemuan berlaku di antara pemimpin PAS dengan Umno atas dasar `Kerajaan Perpaduan' atau kerjasama politik selepas Muktamar PAS membuat keputusan, maka memang itu merupakan satu kesalahan kerana melanggar keputusan Muktamar.  Tetapi yang nyata kepada kita, pertemuan Dr Hassan Ali dengan beberapa orang itu pada Ramadhan yang lalu adalah pertemuan selepas Muktamar PAS.  Kita tidak tahu apakah tujuan pertemuan Dr Hassan Ali yang dia sendiri mengakuinya, cuma beliau menafikan bertemu dengan pemimpin Umno.

Sebelum ini, di dalam kenyataan Mustafa Ali, beliau akan `Game Over' dengan isu ini sekiranya Dr Hassan Ali mengaku kesilapannya menyerang dasar parti.  Dr Hassan Ali kini telah memohon maaf atas ketelanjurannya, maka sepatutnya isu ini `Game Over'.  Mengapa Dr Hassan Ali masih mendakwa macam-macam terhadap Mustafa Ali?  Adakah isu ini masih belum `Game Over'? Jika belum, saya rasa tidak perlu saya `Game Over' isu ini./wfauzdin.blogspot.com