Isnin, 27 Ogos 2012

JIKA MENJADI PM, ANWAR TIDAK MENETAP DI PUTRAJAYA

Oleh:  WFAUZDIN NS

HAMPIR menjadi kenyataan, Anwar akan menjadi PM selepas PRU ke 13 tidak beberapa lama lagi.  Ini adalah melihat kepada perkembangan semasa yang amat menggalakkan, dan perkembangan baik ini boleh dilihat sewaktu kita menyambut Hari Raya Eidul Fitri baru-baru ini yang rata-rata balik ke kampong tidak lekang dari bercerita meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat rejim Umno tumbang buat pertama kalinya di dalam sejarah negara.


Rakyat menanti tokoh ini memimpin negara

Anwar di dalam kenyataannya sewaktu Majlis Rumah Terbuka KEADILAN Bukit Gantang membuat pengakuan tidak akan menetap di Putrajaya sekiranya, InsyaAllah, beliau ditakdirkan menjadi PM bagi menggantikan PM yang penuh masalah iaitu Najib.  "Bil elektrik di tempat itu terlalu tinggi," kata Anwar.

Kita tidak hirau samada Anwar mahu menetap di Putrajaya atau tidak, asalkan bukan dari spesis Umno yang banyak mencekik darah rakyat.  Jika pemimpin yang adil dan tahu kesusahan rakyat, rakyat tidak menghiraukan pemimpin mereka mewah.  Contohnya di Brunei, rakyat tidak kisah penguasa mereka hidup mewah kerana rakyat mereka juga tidak susah dan melarat.

Persoalan rakyat sekarang bukan kerana pemimpin itu kaya atau hidup mewah, tetapi persoalannya kemewahan mereka adalah dari hasil mencekik darah rakyat.  Duit rakyat dibaham untuk membela lembu, tetapi lembu tidak ada yang ada hanyalah kondo dan tanah menjadi milik mereka.  Pemimpin bermewah bersama isterinya membeli belah, semua kos ditanggung oleh rakyat, sedangkan rakyat umpama peminta sedekah mengharapkan BR1M dan terpaksa mengisi minyak yang rendah kualitinya kerana harga minyak yang terlalu mahal.  Di Brunei, rakyat setaraf dengan pemimpin menggunakan minyak berkualiti tinggi.  Di sana tiada minyak Ron 95.  Bagi kerajaan Brunei harta kekayaan negeri mesti dirasai oleh rakyat terlebih dahulu.

Sudah sampai masanya rakyat melakukan perubahan dan perubahan ini tidak lama untuk kita buat penilaian iaitu hanya lima tahun sahaja sebelum kita memikirkan samada kerajaan yang baru nanti patut dikekalkan atau tidak.  Kelemahan kita terutamanya orang-orang Melayu adalah takut untuk melakukan perubahan sebab itulah negara kita semakin mundur berbanding dengan negara luar yang sentiasa ingin melihat perubahan ke atas negara mereka.

Marilah kita beri peluang kepada Anwar untuk menggalas tanggungjawab sebagai PM setelah beliau berjaya buktikan kegemilangannya sewaktu beliau menjadi TPM dan Menteri Kewangan dahulu.  Sehingga kini, tiada satu rekod atau kes pun yang berjaya membuktikan Anwar dahulu seorang perasuah atau memiliki kekayaan yang hebat./wfauzdin.blogspot.com

8 ulasan:

  1. Jadikan Ser Perdana sebagai museum

    BalasPadam
  2. ye ke mcm tak selari dgn isu semasa je..korang sembang dgn ahli2 tak...

    the most deteminator ialah atas pagar...

    org kg aku crita tbalik plak...

    note:
    samapi sabah LKS bela diri xpernah kncing atas bndra...punya la cina ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kawan2 umno semua iblis & syetan..apa nak heran!! Kalo tbalik pun mmg standad umno..

      Padam
  3. Penyokong-penyokong DAP pernah pergi ke rumah Datuk Harun suruh dia berunduur. Kalau diorang berani pergi ke rumah Datuk Harun, tak mustahil diorang ambil kesempatan untuk kencing di tiang bendera. Baca buku oleh seorang orang putih tentang kejadian 13 Mei ini:

    http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2011/05/leon-combers-13-may-1969-historical.html

    ....
    psss .46 ptg...mu tu yg tbalik...iblis dan syaaitan la..kan kawee nik aziz kelantee..(xingat statement gila atok mu dulu)





    .

    BalasPadam
    Balasan
    1. geli tengok umno ari la ni...bodoh & bangang dak tak terkawal lagi...berkat doa Arwah FN..

      Padam
  4. belajar dan hayatilah sejarah..nescaya
    generasi yg cerdik2 hari ni sgt2 berterima kasih pd umno yg busuk itu

    bahkan seinci pun xkan bg ruang pd DAP laknatullah itu..

    melayu buta sejarah..bak kata alan. feel the situation..what would u react..

    cerdiknya british bila keluar knp xlepas semula pd raja2 (masa merayu kuasa bukan main2 dulu)..

    'Kekosongan' itu xramai yg paham..

    komunis paham
    LKY paham
    melayu mana yg paham waktu itu ...bayang lah pakai kaki ayam kat kg2...

    rupa2 1963 pap joint mesia...1965 da dikluarkan...

    thats why proved! LKY paham 'kekosongan' itu cuba 'mengisi'

    ...thanks TAR !!...baru aku paham!

    BalasPadam
  5. terus terang aku kata kebanyakan org melayu terutama diceruk2 pedalaman & gol elit adalah bangsa yang paling penakut utk berubah... mereka ditipu bulat2 oleh bangsa mereka sendiri melalui tv,radio & akhbar yg dikawal oleh pmerintah... maka kekallah mereka dgn kebodohan & rasa penakut tu smpai bila2... sb tu mereka susah nak maju & sgt mudah brgantung pd bntuan one off yg diberi... aduyaiii... kasihan bangsaku...

    BalasPadam
  6. andai bangsa negro di afrika buta sejarah..mrk buat 'dont-know' je akan mat saleh2 yg terus mnjaga ngara mereka dan melekehkn bngsa asal disitu...

    janji matsaleh kaya raya dgn businesss...yg beli negro gak

    BalasPadam