Selasa, 28 Ogos 2012

MALAM INI (28 OGOS) YB NURUL IZZAH DI BALOK DAN MAHKOTA AMAN, KUANTAN

Oleh:  WFAUZDIN NS

KUNJUNGAN Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden KEADILAN, YB Nurul Izzah ke Kuantan hari ini (28 Ogos 2012) pasti dinantikan oleh semua.  Bermula dengan Jamuan Hari Raya di Keratong 8, Rompin jam 2.00 petang, seterusnya ke Jamuan Teh di Peramu Jaya, Pekan jam 5.00 petang amat dinantikan setelah sebulan aktiviti politik dikurangkan sempena bulan Ramadhan yang lalu.

Kemuncak yang dinantikan oleh rakyat sekitar Kuantan adalah program ceramah oleh anak sulung DS Anwar Ibrahim ini di dua lokasi iaitu di Putra Balok dan juga di Taman Seri Mahkota Jaya, Batu 11, Kuantan.  Sebelum itu, beliau akan bersama penduduk Kuantan di dalam jamuan makan malam di Restoren Mexica, Kuantan jam 07.30 malam.


Sudah tentu banyak isu yang akan didedahkan oleh YB Nurul Izzah kepada rakyat Pahang.  Kajian sesetengah pihak yang menjangkakan bahawa Pahang tidak akan dapat ditawan oleh PR nampaknya menaikkan semangat PR di negeri ini untuk menggandakan usaha agar jangkaan mereka meleset samasekali.  KEADILAN Pahang bersama-sama rakan di dalam PR tidak pernah terpengaruh dengan kajian akademik tersebut.

Sebelum ini, kesemua pimpinan utama KEADILAN telah beberapa kali berkunjung ke Pahang termasuk kunjungan Ketua Umum sendiri yang kerap ke Pahang.  Bahkan, pada 31 Ogos ini DS Anwar Ibrahim akan ke Pahang untuk Program Jamuan Hari Raya di Benta pula.  Begitu juga beliau akan ke Lipis/Bentong untuk program yang sama.  YB Azmin Ali, Timbalan Presiden juga telah berkunjung ke Pahang sebelum ini.  Ini membuktikan Pahang tidak terkecuali dari sasaran PR untuk ditawan di dalam PRU akan datang.

Apa yang perlu kini adalah sokongan rakyat.  Rakyat Pahang harus bangkit untuk melakukan perubahan terutamanya rakyat yang berada di kawasan Felda yang semakin jelas merasakan mereka seringkali tertipu dan dipermainkan.  Amat malang sekali jika Pahang kembali ke tangan Bn angkara para peneroka yang masih tidak sedar bahawa mereka telah terpedaya dengan curahan wang ringgit sedangkan nasib dan masa hadapan jenerasi mereka tergadai.

Penduduk-penduduk di sekitar bandar dan luar kawasan felda kini telah berubah.  Hanya para peneroka sahaja akan menjadi penentu samada Pahang layak bertukar kerajaan.  Pahang tidak akan berubah kerajaan selagi rakyat buta maklumat yang sahih.  Justeru itu, marilah kita bersama-sama hadir di dalam setiap program ceramah anjuran PR bagi mendapatkan maklumat untuk kita fikirkan bersama./wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. kalau zaman madey ramai da masyuk penjara...

    apa jenis kekuatan yg najib ada..

    wallahualam..

    BalasPadam
  2. PADA YG NAK CERAMAH..NI ADA BAHAN...

    Dasar Air Percuma Tidak Bijak, Bukan Bersifat Lestari - Ahli Akademik KUALA LUMPUR: Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lestari, kata seorang ahli akademik.

    Prof Dr Suhaimi Abdul Talib berkata dasar itu menyebabkan hasil bagi kerajaan negeri terus merosot yang akan sebaliknya memberi manfaat atau berguna bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur.

    "Walaupun pemberian air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya.

    Dr Suhaimi, yang juga Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi Mara (UiTM), memberi amaran bahawa Malaysia tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga.

    "Kita perlu sedar bahawa sumber-sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak," katanya.

    Beliau berkata negeri itu akan sampai pada satu peringkat di mana ia tidak lagi dapat menarik air mentah dari sumber luar dan sumber air yang baru akan perlu datang bergantung kepada bagaimana ia dapat menguruskan sumber dalamannya sendiri dengan cara yang terbaik.

    Dr Suhaimi berkata beliau menentang dasar air percuma kerana persoalan berhubung kemampuan bukan satu isu di sini.

    "Jika kita perlu membayar bil air kita sebanyak RM40 sebulan, apa sangat dengan RM40? Anak anda belanja lebih daripada RM40 ke atas (telefon bimbit) pra bayar. Jadi, ia bukan satu persoalan mengenai kemampuan. Kita sepatutnya membayar bagi bil air kita," katanya.

    Dr Suhaimi berkata rakyat negeri Selangor perlu dididik supaya mengubah tanggapan mereka mengenai air dengan cara menghargai nilai sebenar air dan ini tidak boleh dilakukan selagi mereka mendapat bekalan air percuma.

    "Rakyat negeri Selangor kena guna air secara berhemah supaya setiap penduduk dapat mengurangkan penggunaan sebanyak 20 peratus. Ini bermakna kapasiti di empangan-empangan kita boleh meningkat 20 peratus. Ini adalah sesuatu yang kita terlepas pandang," katanya.

    Beliau berkata negara-negara maju telah menukar daripada pengurusan sumber air kepada pengurusan permintaan sambil menambah "kita perlu mengawal rakyat yang menggunakan air."

    "Hanya ada satu cara bagi kita untuk memastikan penggunaan air secara lestari. Kita mesti mengubah tingkah laku kita terhadap air dan hanya melalui pengubahsuaian tingkah laku, membolehkan kita mengekang permintaan yang tidak terkawal. Sudah tentu, permintaan akan meningkat tetapi kadar peningkatan itu boleh dikawal," kata Dr Suhaimi.

    Dr Suhaimi menjelaskan jika peningkatan tarif air tidak dapat dielakkan, katakan setiap beberapa tahun, ia perlu wajar dan dengan persetujuan kerajaan.

    "Maksudnya begini: Dalam negara ini, apa sahaja (bayaran bagi) barangan dan khidmat yang akan dinaikkan akan memberi gambaran buruk ke atas kerajaan. Ini kerana kita biasanya mendapat apa sahaja dengan percuma atau melalui subsidi.

    "Jadi bila anda cuba untuk mengambilnya balik, orang ramai akan kata ini hak kami, jadi masalahnya dengan rakyat Malaysia adalah ini..ia bukan persoalan mengenai kemampuan, kita boleh membayar tetapi ia satu persoalan mengenai kesediaan individu itu untuk membayar," katanya.

    Beliau berkata air yang merupakan keperluan asas bagi setiap orang, tidak sepatutnya diberi secara percuma kerana ia memberi makna bahawa komoditi yang berharga itu tidak mempunyai nilai. -BERNAMA

    weiii khalid bangang!..mane air percuma kami??? kehkehkeh ooopssss bukan khalid yg bangang...sapa lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu pandangan kaulah bangang!! wakakakaka! kerajaan Bee End bijak ke?!! berhutang hampir 1/2 trilion. Nak muflis malaysia wakakakaka!!

      Padam
    2. Kalau percuma air seluruhnya aku tak setuju tapi Air percuma pada 20m pertama, kira ok laa. Mak sedara saya du Semenyeh menjadi seorang yang penjimat air kerana cuba menggunakan air seminima kerana penggunaan bawah 20m/padu adalah percuma. saya rasa demikian juga orang lain. Maknnya PR berjaya mendidik rakyat menghargai air. Barang kali Prof ni tak tahu kot air percuma tu hanya pada 20m padu pertama. Prof kang kung ke kong kang

      Padam
    3. so elok jugak la jika cpa diatas 3.5 diberi percuma.. dibawah kena bayar balik ..

      tp kenapa kita nak bg percuma.. bukankah dpt mengajar rakyat duit dan ilmu adalah berharga..




      Padam
  3. sejak dari 1957 lagi bee end.

    syukur pd Allah telah menyelamatkan org islam dr komunis..

    org cina pun berhutang..borrow money is ok if invested.. jika bagi pree tu .ini pree .. mmglah.. bang***..

    BalasPadam