Sabtu, 7 Januari 2012

PECAT HASSAN ALI ATAU PILIH DIA JADI PRESIDEN

Oleh:  WFAUZDIN NS

MASIH lagi isu Hassan Ali yang menjadikan PAS sekarang serba salah samada mahu mencampakkan `musang berbulu ayam' ini keluar dari PAS. Hari ini dikatakan `musang' ini akan turut berhimpun di Seremban kononnya mahu selamatkan akidah.  Buat apa mahu berhimpun selamatkan akidah orang lain?  Bukankah akidah orang lain itu soal peribadi masing-masing?  Jaga sahaja akidah diri sendiri.

Ayat di atas adalah perumpamaan yang dipetik dari kata-kata Hassan Ali yang mendakwa kes yang menimpa DS Anwar di mahkamah yang bakal diputuskan 09 Jan ini nanti adalah masalah peribadi, tiada kena mengena dengan orang lain.  Hassan Ali sebelum ini telah berpesan kepada anak-anak beliau agar tidak menyertai orang ramai yang ingin berhimpun menyokong DS Anwar nanti, dan beliau awal-awal lagi tidak akan turun, katanya.  Semenjak bila kita dapat melihat Hassan Ali ini rajin berhimpun atau berdemontrasi?

Mengulas kenyataan Hassan Ali yang mengajak Mahasiswa dan orang ramai agar tidak hadir di mahkamah memberikan sokongan kepada DS Anwar pada 09 Jan nanti, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, " Pas hanya mempunyai seorang presiden dan oleh itu setiap ahli perlu patuh arahan ketua, bukannya pihak lain berhubung keputusan menyokong perhimpunan Bebaskan Anwar 901 (Sinar).

Ertikata lain Hassan Ali tidak patuh kepada ketua malahan mengajak ahli-ahli PAS agar tidak patuh kepada ketua.  Itulah bersihnya jiwa nurani Pakar Motivasi ini.  Sudah tentu PAS tahu apa yang patut dilakukan kepada Hassan Ali.  Kalau PAS tidak mahu pecat Hassan Ali, lebih baik PAS lantik dia sebagai Presiden PAS./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 6 Januari 2012

BILA MAMAK KUTTY MAHU RAKYAT HORMATI MAHKAMAH, AKU RASA MAHU MUNTAH

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAMAK kutty pun bersuara, dia kata Kempen 901 untuk DS Anwar itu adalah salah satu cubaan untuk menakut-nakutkan Hakim atau untuk mempengaruhi Mahkamah bagi membuat keputusan.  Semenjak bila Mahkamah di negara ini mudah terpengaruh?

Sewaktu kes Fitnah Liwat I tahun 1998, bukan sedikit yang turun ke mahkamah bahkan di jalan-jalan raya tetapi DS Anwar tetap merengkuk juga di dalam penjara.  Jadi, apa kaitannya kehadiran ramai penyokong DS Anwar nanti boleh menyebabkan Hakim tertekan?  Mamak kutty ini tiada kredibiliti untuk bercakap soal ini kerana rakyat semua tahu siapa yang suka campurtangan di dalam urusan Mahkamah sehinggakan Ketua Hakim Negara pun dipecat.  Siapa yang pecat?  Tanya Rais Yatim, dia tahu dan ada kaitan dengan parti lamanya dulu iaitu Parti Semangat 46.

Tun Salleh Abas dipecat oleh tangan siapa?  Mamak kutty ingat rakyat lupa kisah video VK Linggam yang terang-terang mengisahkan betapa hancurnya sistem kehakiman di waktu Mamak kutty ini berkuasa?  Apabila mahkamah keluarkan sapina untuk Mamak kutty hadir sebagai Saksi sewaktu kes Liwat I dulu adakah Mamak kutty mahu datang?  Siapa guna mahkamah untuk selamatkan diri kalau bukan Mamak kutty?

Mamak kutty ini bukan setakat Hakim, kuasa Raja-Raja pun dia kikis.  Undang-undang Islam pun jadi mainan pada Mamak kutty ini.  Jadi, usahlah Mamak kutty ini bercakap soal menghormati undang-undang.  Hakikatnya dia amat takut jika DS Anwar akhirnya menjadi PM.  Bayangkan, orang tua hampir nyanyuk ini akan berada di dalam penjara atas berbagai salah laku dan penyelewengan yang beliau lakukan sewaktu beliau berkuasa.  Sebab itu Mamak kutty amat bimbang terhadap pengaruh Anwar.

Mamak kutty ini dengki kerana walaupun berpuluh tahun Anwar diaibkan, namun pengaruh Anwar semakin kuat.  Hinggakan ke mahkamah pun rakyat akan bersamanya.  Mamak kutty ketika beliau disembur mukanya sewaktu melawat Kelantan dulu, tiada siapa pun yang simpati.  Sebab itulah mamak kutty ini teramat sakit hati terhadap Anwar./wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 5 Januari 2012

`SEKETUL DAGING BUSUK' DI DALAM PAS YANG MESTI DIBUANG SEGERA

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEBELUM ini saya pernah berjanji tidak mahu lagi menulis berkaitan Dr Hassan Ali selepas dia memohon maaf atas kesilapannya mengkritik konsep Negara Berkebajikan PAS.  Walaupun hati kecil selalu berkata, Dr Hassan Ali ini perlu diperhatikan gerak-gerinya kerana sejak kebelakangan ini `tari dan lengang-lengok' beliau seiras dengan Umno.  Namun atas dasar tidak mahu memanaskan isu yang sudah hampir sejuk, saya menahan diri dari memperkatakan tentang mantan Pesuruhjaya PAS Selangor itu.


Malangnya ianya tidak lama kerana nampaknya Dr Hassan Ali tetap mahu beliau dipecat dari PAS untuk memudahkannya memasuki `kandong lembu kondo' di sebelah sana. Tindakan beliau mengkritik PAS yang menjalankan kempen sokongan terhadap DS Anwar di mahkamah pada 09 Jan ini nanti sudah cukup buat kita mengenali `hati budi' Dr Hassan Ali selama ini.  Saya tidak kisah samada Dr Hassan Ali suka, sokong, benci atau meluat dengan DS Anwar atas apa jua alasan beliau, tetapi kenyataannya yang menghasut agar rakyat, penyokong PAS termasuk Mahasiswa jangan menyokong DS Anwar di dalam menghadapi perbicaraan nanti menunjukkan betapa busuknya hati Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor itu.

Beliau menganggap apa yang berlaku terhadap DS Anwar itu adalah masalah peribadi yang PAS tidak boleh camportangan.  Ertinya, selama ini Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Tuan Guru Hj Hadi dan Mursyidul Am PAS, bahkan Ulamak Muktabar seperti Syeikh Yusuf Qardhawi, Syeikh Taha dan Dr Wahbah tersilap kerana menyokong masalah peribadi DS Anwar?  Itukah fahaman Dr Hassan Ali di dalam perjuangan sesama rakan sendiri?  Bagi saya, hal peribadi adalah seperti seseorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi MB sehingga sanggup `berunding dalam gelap' bersama musuh.

Adakah Dr Hassan Ali pejuang Islam?  Jika beliau benar-benar pejuang Islam, sewajarnya beliaulah orang pertama yang membantah kes DS Anwar itu dibicarakan di Mahkamah Sivil dan beliau juga sepatutnya orang pertama yang menyokong kuat kehendak DS Anwar untuk memilih Mahkamah Syariah di dalam kes Qazaf.  Tetapi, mengapa di dalam hal ini beliau membisu?   Mengapa beliau mahu DS Anwar terima sahaja keputusan mahkamah nanti yang kononnya `Qada dan Qadar' Allah terhadapnya? 

Jika mahu mencari `seketul daging busuk' di dalam PAS, carilah pada Dr Hassan Ali.  Beliau sudah lama dilihat tidak bersunguh-sungguh berjuang di dalam PAS.  Siapa boleh beri jumlah berapa kalikah Dr Hassan Ali turun berdemontrasi bersama PAS mahupun anjuran PR atau NGO yang menentang sebarang ketidakadilan?  Pernahkah anda melihat Dr Hassan Ali disirami air kimia Water Canon jauh sekali dipukul atau dikasari oleh FRU?  Jika kehadiran orang ramai pada 09hb Jan ini nanti tidak digemari oleh Dr Hassan Ali kononnya itu adalah masalah DS Anwar, bagaimana pula dengan perhimpunan-perhimpunan atau demontrasi-demontrasi lain yang turut disertai oleh pemimpin Pembangkang?  Ini menunjukkan Dr Hassan Ali mahu jalan paling mudah untuk berjuang iaitu pentingkan diri sendiri.

Bayangkan jika beliau berada di tempat DS Anwar sekarang?  Apakah beliau dan anak bininya mampu bertahan seperti yang dilakukan oleh DS Anwar?  Apa perasaan beliau jika tiada seorang pun yang bersimpati atau menyokong beliau tatkala beliau difitnah?  Dr Hassan Ali lebih layak tinggal di dalam hutan kerana beliau pentingkan dirinya sendiri dan tidak peduli apa pun yang berlaku ke atas orang lain. 

Jika di dalam PKR, sudah terlalu banyak `daging-daging busuk' yang telah berjaya dikeluarkan, kini di dalam PAS masih terlekat seketul daging busuk yang kini berjaya dihidu oleh Umno.  Puji-pujian Dr Hassan Ali kepada Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz diharapkan tidak melekakan PAS dari membuang seketul daging busuk ini dari merebak lebih jauh./wfauzdin.blogspot.com

RAJA KATAK YANG BANGSAT PASANG NIAT UNTUK CETUS HURU-HARA?

Oleh:  WFAUZDIN NS

BETAPA busuknya hati Ibrahim Alkataki, Presiden PERKOSA.  Belum pun tarikh 09 hb Januari, raja katak Pasir Mas ini sudah memasang niat untuk mencetuskan provokasi.  Baca kenyataan beliau di dalam akhbar Sinar seperti berikut, " Kami tunai solat sunat berjemaah dan berdoa Allah SWT memberi kekuatan kepada pejuang ini.  “Selepas itu, kami berarak dan sekiranya bertembung dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan penyokong mereka yang sanggup mempertahankan pemimpin yang menghadapi masalah moraliti, kita sama-sama melakukan provokasi,” katanya dipetik akhbar itu.


Paling busuk dan buruk perangai Berahim raja katak ini adalah apabila beliau mempelawa mereka yang datang menyokong DS Anwar bersama Azmin Ali nanti agar sama-sama membuat provokasi.  Adakah beliau fikir rakyat yang hadir menyokong DS Anwar nanti mempunyai otak sebangsat dan sebodoh beliau?  Kita semua tidak suka membuat provokasi, namun si bangsat dari Pasir Mas ini mahu mengajar kita untuk `gedebe' seperti beliau.

Gedebe kah Berahim Ali?  Jawapannya kita sudah lihat sewaktu Perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu.  Insan bodoh ini tidak menampakkan mukanya pada hari tersebut walaupun sebelum itu bergegar TV 3 dengan berbagai-bagai cabaran dan ugutannya terhadap BERSIH.  Beliau bersama-sama Tok Guru Silat bergilir-gilir muncul di kaca TV kononnya untuk berada di hadapan sekali menyekat kemaraan peserta BERSIH.  Tetapi, apa yang berlaku?  Tidak seekor pun yang bercakap berdegar-degar di dalam TV itu menunjukkan muka.  Semuanya berada di rumah menyorok di bawah ketiak bini masing-masing.

Kita bukan ego atau sombong.  Sebab itu, kita merasakan kenyataan yang dibuat oleh raja katak ini ibarat kenyataan dari orang yang sudah gila, bodoh lagi biadap.  Sewajarnya pihak berkuasa menyiasat kenyataan raja katak ini yang telah memasang niat untuk melakukan provokasi.  Apakah raja katak sangka kita takut dengan provokasi bodoh beliau itu.  Kirim salam sajalah.

SAMBUTAN HANGAT BUAT ANWAR DI MELAKA PASTI MENGGUSARKAN ALI RUSTAM

AGAKNYA memang benar jangkaan beberapa pemerhati politik yang menyebut Melaka bakal tumbang kepada PR di dalam PRU akan datang.  Jika dilihat pada sambutan program Jelajah DS Anwar di Melaka malam tadi, harapan untuk melihat Umno ke pintu lahad amat cerah.


Tahniah rakyat Melaka yang kini sudah terbuka mata hati mereka.  Umno tidak boleh selama-lamanya menipu rakyat Melaka.  Rakyat Melaka mungkin telah menyedari bahawa KM mereka Ali Rustam dahulu pernah melakukan rasuah politik wang sewaktu pemilihan Umno dan ini disahkan sendiri oleh Jawatankuasa Tatatertib Umno.  Maka, rakyat kini insaf dan tidak mahu lagi bertuankan Ali Rustam. 




Anwar di Melaka malam tadi


Umno mesti dikuburkan, itulah yang digambarkan oleh rakyat Melaka kini.  Malam tadi, negeri yang dahulunya `pekat' Umno kini semakin menipis.  Kehadiran ribuan rakyat Melaka malam tadi di dalam program DS Anwar sudah tentu bikin Ali Rustam resah gelisah. /wfauzdin.blogspot.com

RAJA PETRA HANYA MENGULANGI PEMBOHONGAN UMNO SEMATA-MATA


Tuan/Puan Editor,

Raja Petra Kamaruddin membuat tuduhan baru-baru ini kononnya tauke-tauke Cina membayar duit kopi untuk mendapat kontrak di Selangor.

Maka, kesimpulannya adalah kerajaan Selangor masih korup seperti sebelum ini.

Suka saya bertanya kepada Raja Petra, masa bilakah Menteri Besar Selangor sekarang ini telah membelanjakan RM1.5juta semata-mata untuk pergi bercuti ke Disneyland dan Perancis?

Saya menyokong kenyataan SU Politik Menteri Besar Selangor, Cik Faekah Hussin, yang meminta Raja Petra membuat laporan rasmi terhadap tuduhan beliau itu.

Hairan saya, mengapa perlu mengeluarkan tuduhan yang tidak berasas ini di media-media milik UMNO sedangkan beliau hanya perlu membuat laporan rasmi sahaja kepada Kerajaan Negeri Selangor. Malahan, Kerajaan negeri Selangor menyediakan peruntukan sejumlah Rm15 juta setahun bagi tujuan membasmi korupsi.

Suka saya nyatakan tindakan Raja Petra membuktikan beliau telah menjadi seorang blogger upahan UMNO.

Segala prinsip dan pegangan yang beliau ada sebelum ini telah terjual kepada musuh yang hanya mahu mengekalkan sistem korup dan bernanah yang ada sekarang ini.

Saya cukup kesal akan tindakan Raja Petra yang telah mengkhianati perjuangan dan hasrat jutaan rakyat Malaysia yang mahukan sebuah negara yang bebas dari rasuah dan korupsi.

PENGUNDI DUN KOTA ANGGERIK
 
Sumber:  Melalui email

Rabu, 4 Januari 2012

EZAM SESUMPAH AKHIRNYA MENGAKU GAGAL JATUHKAN ANWAR

Oleh:  WFAUZDIN NS

SINAR hari ini memetik kenyataan raja sesumpah, Ezam Mohd Noor yang mendakwa Anwar Ibrahim semakin hilang kredibiliti apabila Raja Petra Kamaruddin (RPK) mula menyerang beliau di dalam seluruh media pencacai kawalan Umno.

"Tunjukkan pada saya, siapa yang masuk Umno itu ikhlas? - Ezam sesumpah

Soalan saya, semenjak bila RPK ini membantu menaikkan kredibiliti Anwar Ibrahim?  Benar, dulunya beliau dikatakan penyokong kuat kepada Anwar, sama juga seperti Ezam raja sesumpah.  Ada yang berpendapat Ezam raja sesumpah adalah `ayam sabung' kepada Anwar Ibrahim sewaktu Ezam berada di dalam Keadilan,tetapi apabila beliau bertukar dari `ayam sabung' menjadi `lembu belaan' Umno, adakah Anwar Ibrahim hilang kredibiliti?  Jika Ezam raja sesumpah gagal samasekali menjatuhkan Anwar di dalam politik, amat jauh sekali jika RPK mampu berbuat demikian.

Menjadi orang buangan, kini terpaksa bodek untuk kembali ke tanahair

Oleh yang demikian, kredit yang diberikan oleh Ezam sesumpah terhadap RPK adalah bukti menunjukkan Ezam sendiri tahu beliau gagal untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar.  Siapakah sebenarnya yang boleh menjatuhkan Anwar di dalam politik?  Selain dari kekuasaan Allah SWT, hanya rakyat jua yang boleh berbuat demikian.  Suara rakyat suara keramat. 

"Kalau tuan-tuan lihat saya masuk Umno, ertinya saya sudah gila kerana ditekan" - Zahid Md Arip

Sudah ramai orang-orang kuat Anwar berpaling tadah kerana mereka ingin menjaga perut masing-masing.  Hajat mereka tercapai, ada yang mendapat tawaran kerja yang baik, ada yang mendapat Senator dan ada yang mendapat anugerah Datuk.  Bermula dari kumpulan 7 penyamun, kumpulan Roslan Kassim dan Zahid Md Arip, kemudiannya dituruti oleh Dr Muzafar, Ezam, Zahrain, Nalla Karupan, Zul Kulim, Gobalakrisnan dan seekor dua lagi, tiada seekor pun dari mereka ini mampu menggoyahkan sokongan terhadap Ketua Umum PKR itu.

Beberapa hari ini, mereka amat cemburu dan sakit hati apabila gerakan rakyat untuk membebaskan Anwar Ibrahim semakin bergelora.  Rakyat tidak lagi terpedaya dengan propaganda yang dimainkan oleh media-media pengampu yang buta terhadap isu lembu `Fidlot' atau wang zakat yang dibelasah oleh pemimpin Umno. Kehadiran RPK di muka-muka TV dua tiga hari ini tidak melalaikan rakyat dari mengingati betapa Umno adalah perosak ugama, bangsa dan tanahair./wfauzdin.blogspot.com

KEMPEN 901 - SHAHRIZAT BERANI BUKA MULUT DENGAN HARAPAN KISAH LEMBU LENYAP?

Oleh:  WFAUZDIN NS

901 tetap akan menyaksikan kebangkitan rakyat yang akan bangkit menyokong DS Anwar.  Samada mereka hadir atau tidak ke Mahkamah nanti, mood rakyat kini berada di tahap yang tinggi untuk melihat Umno tersungkur di pintu luar Putrajaya.

Jangan ingat rakyat lupa kisah `Fidlot'
Apabila Kempen 901 ditiupkan, sedikit sebanyak cerita lembu dalam kondo menjadi kurang panas atau `suam-suam kuku'.  Maka, sedikit lega buat Shahrizat.  Justeru itu, setelah lama tidak bersuara akibat penangan `lembu dalam kondo', tiba-tiba sehari dua ini lancang pula mulut Shahrizat untuk menyampuk dan mengulas tentang `Kempen 901'.  Adakah beliau ingat beliau boleh melalaikan rakyat dari mengingati kisah `lembu dalam kondo', kereta mewah, hartanah dan kondo di Singapura itu?

Beliau silap, kita cuma `reserved' kan dulu isu tersebut untuk memberi tumpuan terhadap perjuangan membela dan menyokong DS Anwar Ibrahim.  Ada yang berpendapat `Kempen 901 ' ini adalah perjuangan membela individu.  Jika benar dakwaan mereka, apa masalahnya dan apakah Islam melarang kita membela nasib seseorang indidividu, apatah lagi individu berkenaan terlalu banyak berkorban untuk kita semua?  Suatu kisah, seorang wanita Muslim telah ditarik tudungnya oleh seorang Yahudi, maka Sayyidina Omar membela wanita ini sehingga ingin memancung kepala Yahudi berkenaan?  Adakah ini bukan tindakan membela individu?

Ceramah Anwar sebelum 09 Jan nanti

Sekiranya penyokong-penyokong Umno merasakan Khir Toyo tidak bersalah atau teraniaya, mereka juga boleh hadir ke mahkamah untuk memberikan sokongan kepada Khir Toyo yang mereka anggap dianiaya atas tuduhan salah laku di dalam pembelian tanah sewaktu beliau menjadi MB Selangor dahulu.  Jika mereka hadir memberikan sokongan, kita jamin kita di dalam PR tidak akan menjadi bodoh untuk membuat laporan Polis menghalang mereka hadir ke mahkamah menyokong Khir Toyo.  Setakat ini berapa ramai yang menyokong Khir Toyo jika dibandingkan sewaktu beliau berada di puncak kuasa?

Berbeza dengan DS Anwar.  Sewaktu beliau berada hampir di puncak kuasa selaku TPM, beliau mendapat sokongan kuat dari ahli-ahli Umno dan beberapa NGO termasuk NGO Islam waktu itu.  Dan, apabila DS Anwar dizalimi serta hilang kuasanya, beliau semakin kuat pendapat sokongan bahkan disokong pula oleh Pembangkang atas dasar kezaliman mesti ditentang.  Sehingga kini, bertalu-talu cubaan musuh politik beliau menyerangnya dengan berbagai cara termasuk dari bekas-bekas rakannya dahulu, DS Anwar semakin kuat mendapat sokongan.  Adakah DS Anwar itu maksum?  Sudah tentu tidak, tetapi jika dibandingkan dengan pemimpin Umno yang lain yang kebanyakan dari mereka menjadi pengampu pemimpjn rasuah, DS Anwar sememangnya layak diberi sokongan.


Shahrizat cuba untuk mengaitkan `Kempen 901' dengan perjuangan ke atas individu.  Benar, kita menyokong DS Anwar kerana beliau lebih baik dari pemimpin Umno.  Beliau jauh lebih baik dari Sharizat sendiri.  DS Anwar tidak membela lembu walaupun seekor, tiada membeli kondo atau kereta mewah dengan menggunakan wang rakyat.  DS Anwar juga tidak terlibat dengan komisyen kapal selam sejumlah RM 500 juta.  Beliau juga tidak mengambil wang zakat walaupun dibayar balik untuk kos guamannya.

Sehubungan itu, marilah kita turun bersama-sama ke mahkamah pada 09 Jan nanti untuk memberitahu penyokong-penyokong Umno bahawa rakyat akan bangun untuk menentang kezaliman di bumi Malaysia ini.  Biarkan mereka membuat laporan Polis sehingga jutaan laporan sekali pun kerana setiap laporan yang mereka buat itu tidak boleh memadamkan kisah `Lembu Dalam Kondo'./wfauzdin.blogspot.com

JANGAN BERHIMPUN TETAPI KITA MESTI HADIR BERIKAN SOKONGAN

Oleh:  WFAUZDIN NS

SYABAS kepada Keadilan, juga kepada YB Azmin Ali  selaku Timbalan Presiden PKR yang bersungguh-sungguh menggalakkan semaksima mungkin para penyokong DS Anwar Ibrahim hadir ke mahkamah pada 09 Jan ini nanti.

Kita hadir bukan untuk berhimpun secara haram atau hadir mengusung kek dan replika `tahi' untuk diserahkan kepada mahkamah.  Kita hadir untuk memberikan sokongan kepada DS Anwar yang sekali lagi menjadi mangsa kezaliman.  Adakah salah untuk hadir ke mahkamah bagi memberikan sokongan kepada DS Anwar?  Samada DS Anwar terpenjara atau tidak, kita sudah bersedia untuk terus berjuang mengkapankan Umno. 

Benar kata Rais anak Yatim yang menyebut seramai mana pun para penyokong hadir ke mahkamah nanti tidak akan mengubah keputusan Hakim.  Sayugia diingat, kita hadir bukan untuk menukar keputusan Hakim.  Menyokong mangsa kezaliman adalah wajib bagi kami di dsalam Pakatan Rakyat.  Sehubungan itu, beberapa desakan dari beberapa pencacai murahan untuk mengagalkan kehadiran orang ramai ke mahkamah nanti merupakan satu tindakan yang teramat bodoh.

Apa pun yang berlaku, kita mesti turun untuk mendengar kes berkenaan,  /wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 3 Januari 2012

KUNJUNGAN DS ANWAR KE PAHANG 07 JAN - JANGAN ADA PIHAK CUBA MENCARI PASAL

Oleh:  WFAUZDIN NS

KUNJUNGAN terakhir DS Anwar ke Pahang sebelum beliau diputuskan bersalah atau tidak di dalam kes Fitnah II pada 09 Jan nanti akan disambut dengan besar-besaran oleh rakyat Pahang pada 07 Jan ini.  Sudah tentu DS Anwar akan menyampaikan amanatnya kepada seluruh pencinta keadilan di negeri ini dan samada itu adalah amanat terakhir sebelum beliau dikorbankan ke penjara, Allah jua yang mengetahui.


Diberitakan kunjungan Ketua Umum PKR dan juga Ketua Pembangkang itu ke Pahang akan cuba diganggu oleh pihak-pihak tertentu yang kita semua tahu siapa di belakang puak tersebut.  Dikhabarkan, kumpulan pengacau ini telah merancang untuk mengadakan perhimpunan di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan pada 07 Jan ini mulai jam 3 petang iaitu waktu ketibaan DS Anwar ke Kuantan.  Mereka berkumpul untuk menunjukkan kononnya rakyat Pahang tidak menerima kehadiran DS Anwar.

Perlu kita peringatkan kumpulan ini, Pakatan Rakyat Pahang dan beberapa NGO juga telah bersedia untuk berdepan dengan kumpulan pengacau berkenaan.  Sekiranya kami melihat kumpulan tersebut benar-benar hadir untuk melakukan sesuatu bagi mengganggu ketibaan DS Anwar di Lapangan Terbang tersebut atau di lokasi DS Anwar akan berucap, kami tidak gentar untuk menjadi perisai kepada DS Anwar.  Justeru itu, amat bijak jika pihak berkuasa mencegahnya dari awal melainkan sememangnya mereka mahu melihat sesuatu yang tidak baik berlaku.  


Saya menyeru kepada semua rakyat Pahang termasuk dari NGOs atau pertubuhan-pertubuhan yang cintakan keadilan, agar dapat hadir menyambut ketibaan DS Anwar.  Tiada sebarang perhimpunan yang dirancang sekadar hadir menyambut bakal PM ke 7, iaitu DS Anwar Ibrahim ke Pahang, InsyAllah.  AMK Pahang, SAMM Pahang, Jingga 13 Pahang dan Unit Amal di antara yang telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.  Kumpulan-kumpulan ini akan memantau sekitar Lapangan Terbang tersebut pada waktu ketibaan DS Anwar, sekiranya terdapat kehadiran puak-puak pengacau ini di situ, pihak kami akan bertindak untuk mengawal keselamatan DS Anwar.

Seandainya benar mereka mendakwa bahawa populariti atau pengaruh DS Anwar kini semakin merudum di bawah Najib, lojiknya mereka tidak perlu untuk menghalang ketibaan DS Anwar.  Tetapi, jika mereka memikirkan sebaliknya, mereka juga perlu memikirkan akibat dari kesilapan yang akan mereka lakukan nanti.  Mereka boleh upah seberapa ramai untuk hadir membuat kekecohan atau provokasi, namun bagi kami provokasi seperti itu sudah lali buat kami.

DS Anwar dijangka tiba dengan pesawat pada jam 3.10 petang.  Beliau akan mendengar taklimat di Ibu Pejabat PKR Negeri, Beserah selepas itu dan kemudiannya akan menyampaikan amanat penting beliau di Balok Putra mulai jam 5. petang.  Selepas itu, beliau akan meneruskan jelajahnya ke Terengganu pula.  Ayuh, kita raikan kehadiran DS Anwar di samping kita mendoakan agar beliau terhindar dari kesan fitnah yang tidak pernah putus oleh rejim yang hampir pupus itu./wfauzdin.blogspot.com


BENARKAH PIHAK POLIS SENSITIF DENGAN FITNAH?

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA terlalu pantas pihak Polis memberi amaran kepada Blogger untuk menyiasat Blogger yang kononnya membuat fitnah terhadap pihak Polis berkaitan isu Mahasiswa yang dikatakan dikasari oleh Polis sewaktu membuat demontrasi di UPSI baru-baru ini.  Ertikata lain, pihak Polis amat `sensitif' dengan perbuatan menfitnah ini dan ianya mungkin amat serius pada perkiraan mereka.

Kita mahu bertanya pihak Polis, adakah pihaknya tahu bahawa akhbar pencacai Utusan adalah akhbar paling kuat melakukan fitnah bahkan kadangkala memainkan isu perkauman yang lagi merbahaya?  Beberapa bulan dahulu, Utusan pernah menyiarkan berita bahawa Negara ini akan menjadi sebuah Negara Kristian yang kononnya dibincangkan di dalam persidangan Paderi-Paderi.  Paling memalukan sumber yang diperolehi dari Utusan tersebut adalah dari sumber Blog sahaja.  Berita yang disiarkan oleh Utusan itu amat merbahaya kerana terbukti berita itu palsu dan boleh menimbulkan hura-hara di negara ini.  Apa tindakan Polis terhadap akhbar dan Blogger berkenaan?


Terbaru, dan ianya ada kaitan dengan isu Mahasiswa baru-baru ini khususnya dengan Adam Adli.  Fitnah juga dimainkan oleh akhbar Utusan pencacai nombor Wahid itu.  Di dalam sebuah beritanya, akhbar yang semakin bankrap tersebut menyiarkan kononnya Adam Adli turunkan bendera Najib di hadapan PWTC, kemudiannya memijak-mijak bendera berkenaan.  Sedangkan ianya tidak berlaku sedemikian.  Sumber berita tersebut dijadikan asas oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Reezal Naina Merican untuk mengapi-apikan rakyat menentang Mahasiswa tersebut.  Apa tindakan yang diambil ke atas akhbar yang terang-terang melakukan fitnah tersebut?  Baca di SINI.

Jika dikatakan fitnah amat dimusuhi oleh pihak Polis, maka sewajarnya semua kaki fitnah tersebut diambil tindakan.  Mengapa hanya bertindak secara berpilih-pilih?  Jika terkena ke atas batang hidung, fitnah dianggap amat bahaya, tetapi jika ke atas orang lain terutamanya terhadap Pembangkang, tidakkah merbahaya?  

Sekarang, rakyat semakin lama semakin kenal dengan Polis.  Rakyat tahu setakat mana tahap profesionalisme pasukan di bawah Hishamuddin ini.  Justeru itu, apa jua yang pihak Polis lakukan, rakyat sudah `set' di dalam pemikiran mereka bahawa Umno/Bn mesti dikuburkan agar imej Polis di masa akan datang lebih bersih, adil dan telus./wfauzdin.blogspot.com


Isnin, 2 Januari 2012

MAHASISWA JANGAN PUTUS SEMANGAT - NURUL IZZAH

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (bawah) pula mendakwa mahasiswa yang tercedera itu Muhammad Safwan Anang dipukul oleh lapan anggota polis menyebabkan "beliau mula-mulanya koma dan mengalami tulang pipi yang patah sebelum beliau akhirnya sedar diri."

 
 
"Tindakan polis pada hari ini jauh berbeza dengan tindakan mereka ketika perarakan mahasiswa ke PWTC yang berkesudahan dengan berkibarnya panji kebebasan akademik," katanya dalam kenyataan hari ini.

NONE
Sementara itu, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar menyifatkan tindakan polis sebagai tidak demokratik, bersifat “negara polis” dan memalitkan titik hitam di awal sambutan tahun baru 2012.

Anggota parlimen Lembah Pantai itu berkata, ia memberikan mesej yang jelas kepada rakyat Malaysia tentang "kerakusan" kerajaan menggunakan polis untuk mengekang hak dan kebebasan bersuara yang termaktub dalam perlembagaan.
Ini juga bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan seterusnya diluluskan oleh Parlimen Malaysia baru-baru ini.

"Saya tekankan bahawa Mahasiswa atau anak muda punyai hak menuntut kebebasan dan pemansuhan AUKU dan tindakan menangkap dan merempuh mahasiswa yang datang berhimpun di bawah Suara Mahasiswa tidak merupakan satu kesalahan," katanya.

Nurul Izzah juga percaya gerakan mahasiswa tidak akan lemah ekoran insiden awal pagi tadi untuk terusterus memperjuangkan perubahan untuk mereformasikan Universiti, kebebasan akademik serta pemansuhan AUKU./Malaysiakini

Ahad, 1 Januari 2012

SAMBUT TAHUN BARU DI SELANGOR BUAT PROGRAM UMNO DI I-CITY LENGANG


LIVE 10 MALAM : PROGRAM BN SELANGOR i-CITY TAKDE ORANG. RAKYAT SELANGOR DI DATARAN SHAH ALAM BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS , ZIZAN DAN PEMIMPIN PAKATAN.

Saturday, 31 December 2011 
 




EKSLUSIF BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS DAN ZIZAN.

TERBAIK !!!

PROGRAM BN SELANGOR DI i-CITY DIKHABARKAN

LENGANG TAKDE ORANG.

SEMUA LARI KE PROGRAM PAKATAN RAKYAT SELANGOR

DI DATARAN SHAH ALAM.




YB KHALID SAMAD

DISAMBUT OLEH PULUHAN RIBU ANAK MUDA

YANG SEDANG MENDENGAR USTAZ AZHAR IDRUS

DAN CELOTEH ZIZAN DI MAJLIS SAMBUTAN TAHUN

BARU KERAJAAN NEGERI SELANGOR.



TAHNIAH !

SAMBUTAN TAHUN BARU KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR

BERJAYA DAN MERIAH !!!!!!!!
sumber:www.tawanmalaysia.com
 

Mangsa Pertama Kekejaman Polis 2012: Mahasiswa!

FightforJustice&Freedom



Di saat rakyat Malaysia yang lain sedang khusyuk bergembira menyambut tahun baru 2012, anak-anak muda ini berjuang menuntut hak dan keadilan..tabik buat mereka...hidup anak muda!Himpunan Kebebasan Akademik di UPSI dilaporkan diprovokasi lebih 100 anggota polis !!


Bangkit Mahasiswa! Mahasiswa bersolidariti di UPSI. Bangkit Mahasiswa! Lebih 15 orang mahasiswa ditahan polis & 2 org mahasiswa trmasuk pengerusi BEBAS Safwan Anang cedera parah diserang polis & FRU.

Keranda AUKU & protes Najib Razak di UPSI!


Bangkit mahasiswa! Solidariti Mahasiswa baring di hadapan UPSI. Mahasiswa terus baring sambil mendengar puisi di jalan raya di hadapan UPSI. Terus tuntut MANSUH


Situasi di depan Pintu Utama UPSI, mahasiswa berhadapan dengan FRU.


Pengerusi BEBAS Safwan Anang sedang kritikal dibelasah polis. dibawa ke Hospital Slim River.


Adam Adli Di Dalam Lokap Tanjung Malim..


Gambar mahasiswa mangsa kekejaman polis pada tahun baru 2012! Mahasiswa akan terus bangkit melawan!


Terus bangkit MELAWAN! Pastikan tahun 2012 ini merupakan tahun terakhir pemerintahan REJIM UMNO/BN!!

USTAZ AZHAR IDRUS, IDOLA GOLONGAN REMAJA, MENGAPA?

Oleh:  WFAUZDIN NS

USTAZ Azhar Idrus, seorang penceramah yang popular bukan sahaja di kalangan tok-tok lebai atau orang yang berumur, tetapi beliau juga semakin diminati oleh golongan muda remaja.  Ada yang menggelar beliau sebagai `Penceramah Agama Bebas' tetapi hakikatnya beliau bukan sedemikian.

Istilah `Penceramah Agama Bebas' adalah ciptaan puak sekular yang kononnya untuk menggambarkan seseorang ilmuan agama atau Alim Ulamak itu mesti mengasingkan diri dengan politik, sedangkan Islam dan politik tidak boleh dipisahkan.  Oleh yang demikian, menggelarkan Ustaz Azhar Idrus seorang `Penceramah Agama Bebas' adalah tidak benar.  Memang benar, beliau bukan politikus yang aktif di dalam parti, tetapi perjuangannya tidak pernah mengenepikan perjuangan Islam atau Harakah Islamiyah.  

Ke mana beliau pergi, hatta sedang makan pun akan dikelilingi oleh golongan muda

Mengapa golongan muda sekarang ini meminati Ustaz Azhar Idrus?  Pertamanya adalah kerana beliau berani dan tidak gentar menyuarakan yang hak dan menentang kebathilan.  Bukankah sifat berani itu adalah jiwa orang muda?  Kedua, beliau mempunyai kebolehan menyampaikan kuliahnya dengan pendekatan yang sesuai untuk semua golongan.  Jika golongan muda meminati hiburan, Ustaz Azhar Idrus ini berjaya meresapkan aspek hiburan yang berunsur nasihat dan kadangkala sindiran yang menggelikan hati tetapi amat tajam maknanya.  Setiap kuliahnya tidak pernah menjadikan suasana sepi dan membosankan.  Penyampaiannya yang mudah difahami dan mempunyai unsur humor yang membuatkan suasana kadangkala gamat menyebabkan kuliah beliau diminati golongan muda.

Kadangkala beliau tegas dan keras apabila bercakap soal kezaliman atau maksiat.  Beliau tidak akan sewenang-wenangnya menyebut soal kepartian, melainkan apabila terpaksa berbuat demikian untuk memberi kefahaman kepada orang ramai.  Di dalam memberikan jawapan atas soalan hadirin yang dikemukakan, beliau kadangkala menjawab dengan jawapan berupa sindiran terutamanya bagi soalan yang dilihat seperti sengaja untuk mengujinya.

Saya sempat hadir di dalam satu kuliah beliau.  Beliau ditanya dengan satu soalan yang pada saya sengaja diajukan kepadanya bagi menguji apakah beliau mampu menjawab soalan tersebut.  Soalan tersebut berbunyi, " Ustaz, Air Mani adalah air yang suci dan tidak najis.  Bolehkah Air Mani dijadikan air untuk berwuduk sekiranya melebihi dari dua kolah?"  Soalan ini kelihatan amat bodoh dan jika ditanya pada saya amat mudah untuk dijawap dengan tepat.  Jika saya yang menjawapnya, saya hanya akan berkata Air Mani bukan dari 7 jenis air mutlak yang boleh digunakan untuk berwudhuk.  Bersih tidak bererti boleh digunakan untuk berwudhuk, sebagai contoh air kopi atau air coca-cola.

Tetapi Ustaz Azhar lebih pintar menjawabnya dengan sindiran tetapi tajam buat orang yang mengajukan soalan tersebut.  Beliau menjawab, " Sebelum saya jawap soalan awak, tunjukkan pada saya air mani 2 kolah itu".  Usahkan 2 kolah, dapat tadah dua, tiga titik pun susah" Kata beliau sambil disambut dengan ketawa orang ramai. Ertinya, lojikkah air mani dikumpulkan sebanyak 2 kolah?  Akhirnya beliau memberikan jawapan juga, tetapi terlebih dahulu beliau menjawab soalan tersebut dengan secara sindiran dan lojik akal.  Soalan tersebut, pertamanya tidak lojik pada akal dan keduanya memberi maksud orang yang bertanya itu tidak tahu langsung tentang Air Mutlak.  

Inilah kelebihan Ustaz Azhar Idrus.  Tidak pelik sekarang ini kehadiran orang ramai mengikuti kuliahnya kadangkala melebihi dari kehadiran orang ramai mendengar ceramah politik dari tokoh utama dari Pembangkang.  Begitulah janji Allah, barangsiapa yang memuliakan agama Allah pasti akan dimuliakan oleh makhluk di langit dan dibumi./wfauzdin.blogspot