Jumaat, 27 Julai 2012

NOSTALGIA - PEMERGIAN AYAH TERSAYANG



Oleh:  WFAUZDIN NS

KHAS buat ayah tersayang....

Ayah adalah insan ke dua yang aku kenal selepas ibu ku
Ayah juga adalah insan ke dua yang aku sayang
Tiada yang lebih penting dari kedua-dua mereka......

Aku dan adik beradik boleh dikatakan tidak begitu rapat dengan ayah...
Mungkin....Ayah kami garang...tegas....
Walau apa pun, Kami tetap sayang Ayah....

Aku tidak akan lupa beberapa hari yang lalu....
Hari yang telah merampas keriangan kami sekeluarga...

23 Julai 2012 bersamaan hari ketiga Ramadhan....

Menjelang Asar kami berkumpul di sisi ayah
Wad tempat ayah terlantar selama lapan hari menjadi seperti pesta air mata kami
Wajah ayah kelihatan tenang walaupun di hidung dan mulutnya dilengkapi berbagai tiub
Semalam, ayah buat kami gembira seketika apabila membuka sedikit kelopak matanya...
Tangan ayah bergerak-gerak dan bertambah kuat genggamannya apabila mak menggenggam tangan ayah....

Tapi tidak petang itu...
Tangan ayah tidak lagi bergerak, kaki dan tangan ayah terlalu sejuk
Mata ayah seperti tidor yang lena..
Tidak seorang pun dari ahli keluarga kami yang terlepas dari memandang monitor mesin jantung dan pernafasan ayah....Kami pasrah waktu itu...rekod pada monitor tidak pernah melegakan kami saat itu...

Mak di sisi ayah...berbisik di telinga ayah..."Anak-anak, menantu dan cucu semua ada di sini...jika sudah ditakdirkan, pergilah...saya redhalah....ampunkan dosa-dosa saya...."  bisik mak.
Mak mengajar ayah Kalimah Dua Syahadah...."Laa Ila Ha Illallah...."...
Ayah cuba mahu gerakkan mulut tapi terhalang oleh alat bantuan pernafasan....cuma yang jelas lidah ayah bergerak-gerak setiap kali dibisikkan Kalimah Syahadah....

Mungkin mak tak sanggup lihat ayah keadaan begitu....mak menangis dengan perlahan dan terus membaca Surah Yaasin....
Ayah terus dibisikkan Kalimah Syahadah tidak henti-henti oleh kami semua....
Aku dan adik-adik semua tidak lagi takut hampir dengan ayah seperti waktu kami kecil dulu....
Kami bergilir-gilir menghampiri ayah dan membisikkan ke telinga ayah "Laa Ila Ha Illallah..."
Ayah memang garang tetapi dengan kegarangannya itu lah kami mampu mengajar ayah kalimah yang begitu berharga ini....Kegarangan ayah lah yang membuatkan kami semua kenal Alif Ba Ta.....

Alhamdulillah, semua adik beradik mampu membaca Al-Quran dan Surah Yaasin dengan baik...
Kami rasa paling beruntung kerana ipar-ipar kami semua sayang ayah dan mak kami....
Ipar-Ipar kami turut membacakan Surah Yaasin di sisi ayah....Doakan untuk ayah...Alhamdulillah..

Dua tiga hari sebelum itu, mak tidak selera untuk makan....mak tak lena tidor...
Mungkin mak tahu ayah akan pergi tinggalkan kami....cuma, mak sentiasa tunjukkan keyakinannya kepada anak-anaknya bahawa ayah pasti akan sihat semula....
Mak sedar genggaman tangan ayah yang boleh bergerak semalam itu sebagai tanda 'selamat tinggal' dari ayah....

Menjelang Asar...Ayah semakin kritikal...
Aku tidak putus-putus membaca doa " As Alallahal Azim..Rabbul Arshil Azim..Ay yash fiaka.." (Ku pohon kepada Allah Yang Maha Besar, Tuhan Singgahsana Yang Besar Agar Sembuhkan Ia (dikau)" )..
Sesungguhnya doa ini benar, tetapi ayat Allah "Kullu Nafsin Zaa Ikatul Maut" juga adalah benar....

Di dalam waktu Asar lebih kurang menghampiri jam 5.30 petang pada Tiga Ramadhan (23 Julai 2012) jantung ayah terhenti......
Mak longlai di sebelah katil ayah...adik-adik terus memujuk mak walaupun adik-adik ku sendiri gagal memujuk diri masing-masing....Aku terdiam kerana sudah tiada lagi air mata ...Semuanya telah ku tumpahkan sebelum tiba ajal ayah....

Allah mahu mengambil Ayah, Allah lebih menyayangi Ayah....
Kami redha....Kami mohon kepada Rabbul Jalil agar rahmati lah ayah kami...

Kehilangan ayah bukan kehilangan untuk mak sahaja....
Kami juga kehilangan ayah yang garang, tegas, baik dan penyayang....
Kaum dewasa di kampong juga kehilangan seorang Guru Takmir yang mengajar mereka agama setiap malam...
Golongan anak-anak di kampung kehilangan Guru Al-Quran yang telah mengajar di kampung semenjak berpuluh tahun dahulu lagi....

Kami semua redha ayah pergi....
Alhamdulillah...ayah pergi dengan tenang...
Ayah dimandi, dikafan dan disembahyangkan di IJN
Kami adik beradik termasuk ipar semua bersyukur dapat bersama-sama menguruskan jenazah ayah dengan sempurna...

Jenazah ayah kami bawa dari IJN terus ke kampong di Jelebu...
Setibanya di kampong jenazah ayah di sembahyangkan sekali lagi oleh jemaah Masjid yang begitu ramai malam itu...
Malam itu juga jenazah ayah selamat disemadikan....

Al FATIHAH.


Isnin, 23 Julai 2012

VIDEO - KARPAL SINGH DAN UMNO SAMA-SAMA TIDAK UPDATE MEMORY













Oleh: WFAUZDIN NS

RAMAI yang menuduh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi berbohong apabila mendakwa Pengerusi DAP, Karpal Singh kini bersedia untuk berbincang dan mendengar penjelasan berkaitan Hukum Hudud/Negara Islam dari PAS, berbeza dari kenyataan Karpal beberapa tahun dahulu yang begitu keras terhadap hukum Islam ini.

Jika kita menonton kembali video klip di atas, jelas dan nyata Karpal Singh lebih lonak dan lembut apabila berbicara tentang isu ini tidak seperti katanya dahulu, "Langkah mayat beliau dahulu". Video di atas adalah ucapan beliau semasa Konvensyen PR Tahun 2010. Ertinya, itulah pendapat beliau paling `latest' berkaitan isu kontroversi ini bagi membuktikan apa yang disebut oleh Ustaz Nasruddin Tantawi di dalam debat anjuran Sinar bersama Fathul Bari (Ulamak Umno) memang tepat dan betul.

Isu ini menjadi panas semula apabila Karpal Singh sendiri tidak `update' memory di dalam kepalanya. Beliau pantas menafikan kenyataan Ustaz Nasruddin Tantawi. Ini lah masalah dengan Karpal Singh yang tidak pernah jujur di dalam memberikan pendapat beliau. Beliau merasakan apa sahaja yang beliau ucapkan, rakan-rakan di dalam PR akan setuju belaka. Kali ini beliau cuba bermain dengan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan rakan-rakan di dalam PR, apatah lagi beliau cuba memutar-belitkan kenyataan beliau sendiri.

Sebenarnya, kita tidak patut pedulikan hanya seorang seperti Karpal Singh ini apatah lagi jika kita sebagai umat Islam yang mahu dan bercita-cita untuk laksanakan hukum Islam. Kita jangan jadi seperti Umno yang akan memohon restu dari MCA terlebih dahulu untuk laksanakan sesuatu. Samada Karpal mahu bincang atau tidak, hukum Islam tidak memerlukan Karpal Singh meluluskannya tetapi adalah lebih baik jika Karpal Singh boleh memahaminya, itu pun jika beliau mahu memahaminya. Jika tidak, Karpal boleh terus dengan agamanya dan kita umat Islam akan terus berjuang untuk agama Islam dengan pendekatan kita yang terbaik.

Kita boleh terima Karpal Singh tidak bersetuju dengan hukum Islam tetapi kita tidak boleh terima kenyataan Karpal Singh yang berdolak-dalik. Pelik apanya jika Karpal Singh yang Non Muslim menentang hukum Islam kerana `kaum' yang terawal menentang perlaksanaan hukum Islam di negara ini bukan sahaja melalui kata-kata, bahkan menggunakan kuasa mereka adalah `kaum Umno' yang mengaku Islam. Jika Karpal Singh menentang hukum Islam hanya melalui kata-kata dan berlandaskan ilmu undang-undang beliau, tetapi Umno menghalang hukum ini lebih keras lagi iaitu dengan menggunakan kuasa yang mereka miliki. Kelantan adalah di antara mangsa kuasa Umno yang memerintah Pusat.
Persetankan Karpal Singh, persetankan Umno.  Teruskan berjuang./wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 22 Julai 2012

TOK PA GELISAH BILA ARTIS SEMAKIN TINGGALKAN MAKSIAT


Oleh: WFAUZDIN NS
ORANG Kuat Umporno Kelantan yang asyik kempunan mahu jadi MB Kelantan, Tok Pa jadi pening apabila golongan artis mula berebut-rebut untuk bersama PAS dan PKR.  Paling memeningkan beliau, setelah para artis ini menyertai PAS dan PKR, mereka pasti akan berubah daripada keadaan yang "tidak senonoh" kepada yang lebih senonoh dan bermoral. 

Man Kadir @ Pak Jabit - Orang Kuat PKR Pahang
Dayangku Intan - Sertai PKR
Berbeza dengan artis yang berebut masuk Umporno.  Tiada beza langsung, daripada keadaan "tidak senonoh" dilihat lebih "tidak senonoh", cuma bezanya mereka apabila masuk Umporno poket mereka mungkin agak "kembung" sedikit.  Memang pun Umporno parti untuk para `peminta sedekah' yang selalu beranggapan rezeki datangnya dari parti sekutu Apco ini.

Aishah bersama PAS

Abby Abadi - Baru Sertai PAS


Maka, Tok Pa pun berkata bahawa PAS `terpaksa' memerlukan kerjasama artis kerana tertekan dengan kejayaan Umporno mendekati golongan muda.  Orang muda mana yang semakin mendekati parti lembu kondo itu, wahai Tok Pa?  Apatah lagi di Kelantan, Umporno langsung tiada di fikiran anak-anak muda Kelantan.  Tok Pa tidak sedar bahawa semangat anak-anak muda di Kelantan kini meresapi semangat anak-anak muda di negeri-negeri lain yang bakal menumbangkan Umporno di dalam PRU akan datang.

Bob Lokman lebih awal sertai PAS

Hairie - Sertai PAS


Katanya, dahulu di Kelantan persembahan artis termasuk Dikir Barat dan Mak Yong diharamkan dan PAS juga tidak begitu gemar dengan golongan artis kerana didakwa terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.  "Tetapi kini mereka perlu mencari pendekatan baharu untuk mendekati golongan muda yang merupakan kelompok penting pengundi," katanya lagi.  Kenyataan Tok Pa terlalu cetek dan dangkal sekali.  Tok Pa lupa bahawa Dikir Barat dahulunya dilarang di Kelantan kerana semua tahu bahawa di dalam persembahan Dikir Barat ketika itu banyak adegan yang berunsur maksiat.  Penyanyi wanita dan kadangkala `pondan' menyanyi sambil menggoyang-goyangkan punggung mereka di khalayak ramai serta lirik lagu dikir yang kadangkala lucah amat bertentangan dengan hukum Islam.  Bahkan, sehingga kini persembahan Dikir Barat yang mempunyai unsur-unsur maksiat sedemikian terus dilarang, namun para artis semakin menyokong PAS kerana mereka faham Seni Islam itu bagaimana, kecuali Tok Pa yang masih tergila-gilakan "bapok" beraksi di dalam dikir.

Leman Raja Lawak bersama PAS
Begitu juga dengan Mak Yong yang diharamkan oleh Kerajaan PAS Kelantan kerana terdapatnya unsur-unsur syirik serta khurafat di dalam persembahan tersebut.  Sebenarnya, bukan sahaja Dikir Barat atau Mak Yong bahkan persembahan nyanyian biasa juga dikawal oleh Kerajaan PAS Kelantan.  Adakah artis menjauhi PAS?  Tidak, kebanyakan artis memahaminya kerana artis tersebut berugama Islam, tidak tahu lah kalau Tok Pa berugama `Tok Cha" kerana gagal memahami hukum Islam.

Mustahilkah Siti Nurhaliza akan sertai PAS?
PAS tidak buru Mawi, tapi kalau Mawi mahu sertai PAS, takkan PAS mahu halang?
Kita semua dapat lihat mana-mana artis yang menyertai PAS terutamanya akan lebih baik penampilan mereka daripada sebelumnya.  Justeru itulah Umporno amat merasa cemburu dengan kejayaan PAS sehinggakan mereka tidak pernah terfikir bagaimana seorang artis yang selalunya `meminta sedekah sesuap nasi' dengan mereka sanggup menyertai PAS yang belum pun menjadi kerajaan yang memerintah Pusat seperti mereka.  Mereka lupa, hasil tarbiyah PAS iaitu rezeki bukan di tangan Umporno, tetapi di tangan Allah, itulah penyebab semakin ramai artis menyertai PAS atau PKR.  Cuma segelintir artis yang masih meletakkan maruah mereka setaraf dengan peminta sedekah dan pelacur jalanan sahaja yang masih mengampu dan membodek Umporno.

Adakah ini bentuk Dikir Barat yang diimpikan oleh Umporno di Kelantan?

Hakikatnya, PAS dan PKR tidak 'memburu' artis, sebaliknya artis yang kini berbaris menanti giliran untuk bersama PR.  Jika mereka mahu hidup mewah dan senang lenang, lojikkah pada akal mereka akan senang lenang bersama PR yang sekarang ini hanya sebagai Pembangkang di Pusat?/wfauzdin.blogspot.com