Khamis, 9 Ogos 2012

MENGAPA AKIL HAYY RESAH ARTIS RAMAI BERHIJRAH?

Oleh:  WFAUZDIN NS

MEMBACA kenyataan Akil Hayy di SINI, jelas nampaknya Akil Hayy semakin jahil di dalam menilai bidang dakwah dan politik.  Mungkin beliau kini sudah glamour seperti artis-artis yang lain, maka penghijrahan artis kepada dunia politik terutamanya kepada PAS menjadikan Akil Hayy semakin dilupakan dalam perjuangan PAS.  Akil Hayy sudah setaraf dengan Amy Search, rakan kumpulan sezaman rock beliau dahulu.


Beliau menyebut, "Tidak salah sekiranya artis mahu menyokong Umno, PAS, PKR atau DAP".  Ayat itu sudah cukup buat kita ke mana perjuangan Akil Hayy sekarang.  Beliau memberikan contoh dirinya sendiri sewaktu mula-mula berada di pentas politik terutamanya PAS.  Benar, ketika itu kita tahu nilai Akil Hayy tidak semewah Akil Hayy sekarang.  

Akil Hayy menyebut juga, artis perlu mendalami dahulu bab agama sebelum berdakwah.  Kita mahu tanya Akil Hayy sehingga tahap mana ilmu yang patut kita ada sebelum kita diwajibkan berdakwah orang lain?  Sehingga ke tahap Tok Guru atau Ulamak?  Atau sehingga ke tahap beliau sekarang?  Adakah untuk menyedarkan orang ramai agar jangan melakukan maksiat perlu kepada ilmu yang tinggi setinggi Ulamak?  

Kita semua tahu, tiada artis yang diminta untuk mengajar ilmu khusus seperti Fekah, Tauhid atau Tafsir Al-Quran yang sememangnya memerlukan ilmu yang tinggi sebelum mengajar orang lain.  Artis yang telah berhijrah ini mereka hanya menyampaikan pengalaman mereka sewaktu di zaman kegelapan dahulu dan mereka ingin memberikan ingatan kepada orang ramai terutamanya golongan muda agar jangan lupa kepada agama.  Adakah untuk itu, artis-artis ini perlu menimba ilmu agama yang mendalam terlebih dahulu?

Kita masih ingat, Akil Hayy sendiri pernah memberitahu kita "sampaikanlah ilmu walaupun sepatah ayat".  Adakah untuk sepatah ayat ini perlu kepada pengajian pondok atau ijazah Al-Azhar terlebih dahulu?  Nampaknya Akil Hayy seolah-olah merasa malu apabila semakin ramai artis menjauhi dunia glamour dan mendekati perjuangan Islam, beliau pula mendekati dunia glamour.

Apabila Akil Hayy berkata, tidak kisah artis menyokong Umno atau mana-mana parti sekali pun sudah cukup jelas betapa hanyutnya Akil Hayy dibuai oleh dunia glamour.  Sebab itu jangan pelik ke mana hilangnya serban dan kopiah Akil Hayy.  Jika ditanya kepada beliau, nescaya Akil Hayy akan menjawan serban dan jubah tidak penting, yang penting hati......Itulah jawapan `standard' artis-artis yang hanyut di dunia glamour.../wfauzdin.blogspot.com

SOKONG DAP `HARAM' - FATWA LEBAI MALANG

Oleh:  WFAUZDIN NS

HARAM sokong DAP kerana DAP menentang hukum Hudud?  Ini disebut oleh seorang pak lebai malang dari Kelantan yang buta langsung tentang politik.  Baca di SINI.  Semua tahu pemimpin DAP yang lantang menentang hukum Hudud adalah Karpal Singh, itu pun peguam terkenal ini menentang hukum tersebut berdasarkan Perlembagaan yang ada mengikut tafsirannya sahaja.  Bagaimana dengan penentangan MCA terutamanya Chua Soi Lek terhadap hukum ini?  Lebih dahsyat lagi, pemimpin yang mengaku Melayu Islam di dalam Umno juga menentang hukum ini.

Chua Soi Lek pernah menyebut melaksanakan Hukum Hudud boleh membawa negara mundur ke belakang.  Najib pernah menyebut Hukum Hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini.  Mantan PM, Mahathir lebih terkenal di dalam menghina hukum Islam dan sehingga kini Mahathir menjadi `mentor' kepada Najib.  Chua Soi Lek pernah menghina hukum larangan wanita Islam bersentuhan tangan dengan lelaki yang bukan muhrim.  Mungkin dalam `fatwa' lebai malang tersebut, harus menyokong Chua Soi Lek kalaupun tidak jatuh wajib.

Pemimpin DAP yang menentang hukum Hudud ini adalah seorang Non Muslim.  Chua Soi Lek juga Non Muslim.  Masakan Najib atau Mahathir juga Non Muslim?  Tetapi apa beza mereka semua?  Bezanya, Karpal Singh tolak hukum Hudud berlandaskan undang-undang dalam Perlembagaan kerana beliau seorang Peguam.  Karpal tidak pernah menyebut Hukum Hudud boleh menyebabkan negara mundur. 

Chua Soi Lek pernah menghina hukum wanita Islam berjabat tangan dengan lelaki yang bukan muhrim dan beliau juga pernah menghina Hukum Hudud bahkan mengugut Umno jangan terima hukum Allah ini tanpa berlandaskan apa-apa hujah samada dari segi perundangan.  Ertinya, penentangan pemimpin MCA itu terhadap hukum Islam adalah total. 

Pemimpin Umno lebih dahsyat lagi.  Mereka bukan sahaja tidak mahu laksanakan Hukum Hudud walaupun telah diberi kuasa lebih dari 50 tahun memerintah, bahkan pernah menyekat negeri Kelantan untuk melaksanakannya.  Ertikata lain, Umno lebih rakus menggunakan kuasa yang mereka miliki untuk menentang hukum ini.  Mahathir secara jelas menyebut Hukum Hudud ini ciptaan manusia.  Najib pula secara terang mengakui Hukum Hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini.

Jika mahu guna `fatwa' lebai malang dari Kelantan itu, MCA dan Umno juga `haram' untuk disokong.  Mengapa pula kita di dalam PR perlu menyokong DAP?  Bagi saya, sokongan kepada DAP dan juga PKR perlu kerana untuk kedua-dua parti ini menjalinkan hubungan dengan PAS dan sokongan kepada kedua-dua parti tersebut tidak menjejaskan PAS samasekali.  Lebih-lebih lagi sehingga kini tiada seorang pun pemimpin DAP yang rasuah atau merompak harta rakyat.  Berbeza dengan pemimpin Umno dan MCA.  Kisah Khir Toyo, kisah lembu kondo, kisah komisyen kapal selam dan Altantuya sudah cukup kita kenal siapa pemimpin Umno.  Kisah PKFZ yang melibatkan bekas Presiden MCA dan kisah pengakuan Presiden MCA yang berzina juga sudah cukup untuk kita kenal MCA.

Mereka bukan sahaja menentang Hukum hudud, bahkan mereka mengamalkan salah laku yang Islam sendiri mewajibkan kita menentang mereka.  Karpal Singh tidak bersetuju dengan hukum hudud tetapi Karpal Singh akur dengan lain-lain dasar PAS yang menentang rasuah serta kezaliman.  Itu bezanya.

Apabila melihat perbezaan semuanya ini, munasabahkah kita wajib sokong MCA dan Umno dan haram sokong DAP?  Hanya otak yang sihat dengan menggunakan keimanan sahaja boleh menjawab persoalan ini./wfauzdin.blogspot.com


Rabu, 8 Ogos 2012

KAK IJAT KEMBALI BERSUARA DENGAN `KEAMANAN' LEMBU DI KONDO

Oleh:  WFAUZDIN NS

SETUJU dengan kenyataan Ketua Wanita Umno di SINI, yang menyebut " Sesebuah negara tidak akan berguna sekiranya hanya mempunyai rakyat yang berbakat dan berpotensi sedangkan negara tidak aman dan selamat seperti di Syria" (Malaysiakini).

Memang benarlah kata menteri yang pernah menyingsing lengan di dalam PWTC sewaktu Perhimpunan Agung Umno yang lalu, negara tidak lagi berguna jika tiada keamanan dan kehidupan rakyat di dalam suasana perang seperti di Syria dan beberapa buah negara di luar sana.


Tetapi kita juga harus ingat, negara juga tiada guna berada di dalam keadaan aman damai tetapi pemimpin mereka di dalam `diam' menyapu duit dan harta rakyat untuk kemewahan keluarga dan kroni mereka.  Pemimpin jenis ini mengambil kesempatan di atas keamanan negara untuk mereka mencuri dan merompak sebanyak mana mungkin harta rakyat dan rakyat hanya disuapkan saki baki dari hasil rompakan mereka untuk menutup mulut rakyat.

Berbanggakah kita negara yang aman tetapi pemimpin secara diam merembat RM250 Juta kononnya untuk membela lembu, tetapi hakikatnya mereka membeli tanah, kondo, kereta mewah dan mengkayakan keluarganya sahaja?  Perlukah kita berbangga dengan keamanan negara dengan hanya sekadar menyaksikan isteri pemimpin bermewah dengan cincin puluhan juta ringgit, beg tangan ratusan ribu di dalam keadaan negara kita aman tetapi masih ada rakyat yang tidak makan dan tinggal di pondok usang?

Masihkan kita mahu berada di dalam keadaan aman tetapi rakyat terpaksa hidup di dalam keadaan menanggung sara hidup yang tinggi akibat kenaikan harga barang.  Apakah kita sanggup mengakui keamanan negara kita di dalam keadaan rakyat disajikan dengan cerita fitnah seks dan lucah siang malam?

Benar, keamanan itu penting tetapi keamanan yang kita tuntut adalah keamanan yang diredhai Allah.  Kita tidak boleh menjadi seperti ayam daging yang hidupnya aman di dalam reban, diberi makan minum siang malam, tetapi cukup masanya ayam ini akan ditimbang dan disembelih./wfauzdin.blogspot.com


Isnin, 6 Ogos 2012

CHONG WEI TEWAS TAPI DAPAT PUJIAN, BIK MAMA TERUS DIHENTAM

Oleh:  WFAUZDIN NS

TAHNIAH buat Lee Chong Wei yang telah berjaya menjadikan perlawanan malam tadi amat hebat walaupun akhirnya Chong Wei kecundang di tangan Lin Dan seterusnya beliau hanya mampu memiliki Pingat Perak buat Malaysia.  

Ada hikmahnya kekalahan Chong Wei itu.  Pertama sekali, kekalahan beliau akan dapat mencelikkan mata BAM untuk memikirkan apakah negara kita tiada pelapis sekiranya Chong Wei bersara dalam masa terdekat ini.  Keduanya, Chong Wei mungkin boleh memikirkan samada beliau perlu bersara sebelum `hutang' nya ke atas Lin Dan belum terbayar?  Harapan kita Chong Wei akan terus bermain untuk negara kerana buat masa ini negara langsung tiada pelapis yang kualitinya mencapai walaupun separuh dari kualiti Chong Wei.



Hikmah ketiga, kekalahan Chong Wei menyelamatkan kita daripada menyaksikan adegan peluk memeluk di antara Bik mama dengan Chong Wei.  Adegan ini pernah kita saksikan dahulu di mana Chong Wei `lemas; seketika dicelah ketiak Bik mama.  Peluk memeluk ini kesukaan Bik mama mungkin kerana kurangnya amalan ini dipraktikkan di rumah, justeru itu tidak hairanlah `semangat' Bik mama lain macam apabila memeluk Salman Khan satu ketika dahulu.  

Sekadar peluk tidak mengapa tanpa nafsu, mungkin itu adalah komen Masitah jika ditanya hukumnya memeluk lelaki dewasa yang bukan muhrim.  Menjelang perlawanan akhir semalam, diberitakan Bik mama bergegas ke London untuk menyaksikan perlawanan tersebut.  Maka riuh rendah di dalam FaceBook dan Blog merayu-rayu agar Bik Mama jangan datang ke sana.  Mereka merayu kerana di antara mereka tidak mahu `suwey' menimpa.  

Jangan percaya pada `suwey' walaupun mungkin ada `suwey' pada Bik mama.  Kekalahan Chong Wei semalam tiada kena mengena dengan kehadiran Bik mama tetapi ramai yang memuji Chong wei selepas perlawanan tersebut di dalam masa yang sama Bik mama dikutuk rapat.  Mengapa sampai begitu sekali orang meluat dengan betina ini?  Usah ditanya kepada para penyokong Pembangkang, tanya kepada ahli-ahli dan wanita Umporno pun mereka tahu jawapannya.  yang jelas, cincin dan beg Bik mama tidak mampu menyelamatkan Chong Wei.

Sebelum ini orang pernah salahkan laki Bik mama apabila Kelab MU tewas kerana dikatakan laki beliau yang sinonim dengan ayat 'haramjadah' itu adalah penyokong MU.  Kebetulan sewaktu MU bermain, laki Bik mama ada menonton.  Maka, kalahnya MU dikaitkan juga dengan `Suwey" laki beliau.  Begitulah apabila diri dibenci orang, serba yang dibuat semua tak kena.

Kesimpulannya, kita boleh ucapkan tahniah kepada Chong Wei kerana berjaya mendapatkan Pingat Perak buat negara.  Cukuplah dengan Perak, diharapkan boleh sedikit membasuh malu akibat ditertawakan orang luar tentang `comot'nya pakaian kontijen kita sewaktu perbarisan perasmian baru-baru ini.  Selepas ini, jangan kita mimpi untuk melihat pengurusan BAM dirombak atau untuk kita melihat Menteri yang menjaga Sukan meletakkan jawatan akibat membawa kontijen yang `comot' kali ini.  Di negara ini, usah harap mahu lihat mereka meletakkan jawatan akibat kegagalan//wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 5 Ogos 2012

RAIS YATIM `COVER" LINE

Oleh:  WFAUZDIN NS

RAIS anak Yatim tetap bertegas untuk menggunakan thema "Janji Ditepati" bagi sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.  Keputusan Rais itu amat melegakan kita kerana kita memang menantikan untuk mengadakan sambutan berasingan dari Kerajaan Pusat.  Ini merupakan satu sejarah buat negara kita di mana kali pertama terjadi sambutan ulangtahun Kemerdekaan diadakan berasingan pada tarikh yang sama akibat rata-rata rakyat menolak thema "Janji Ditepati" yang melucukan itu.

Dari awal kita tahu Rais tidak akan mengaku silapnya walaupun beliau sedar apa yang beliau lakukan itu menjadi bahan ketawa seluruh dunia.  Kalau dia mengaku silap, terserlah pula kebodohannya dan markah untuk dipilih semula sebagai calon di dalam PRU akan datang mungkin kurang.  

Kenyataan Rais bahawa Pembangkang merasa cemburu dengan kejayaan Kerajaan sekarang juga amat menggelikan hati.  Adakah kita cemburu dengan kejayaan kerajaan menaikkan harga barang?  Cemburukah kita dengan kehebatan keluarga Kak Ijat, Ketua Wanita Umno yang berjaya memperolehi RM 250 Juta untuk menternak lembu kondo?  Masakan kita merasa cemburu dengan kehebatan bekas Presiden MCA, Ling Liong Sik yang berjaya menipu kabinet dan PM di dalam isu PKFZ?  Kita tidak sedikit pun merasa cemburu dengan penurunan saham FGVH semenjak seminggu yang lalu.  Jauh sekali kita mahu cemburu dengan wujudnya syarikat minyak PETRON kepunyaan anak Mahdey Kutty yang mendapat keistimewaan berdagang dengan MAS selama 6 bulan itu.

Apa yang mahu kita cemburukan dengan pemerintahan paling lemah di bawahn Najib?   Kalau kerajaan tidak lemah, masakan Najib sanggup menabur wang tunai merata-rata tempat untuk menarik sokongan rakyat?  Bayangkan tidak ada dalam sejarah negara kita sampai peringkat tayar kereta pun diagihkan.  Tidak hairanlah jika rakyat menggelar Najib sekarang sebagai PM "Santa Clause".

PM paling mudah buat kerja adalah Najib.  Beliau tidak perlu berfikir untuk membangunkan negara dengan idea-idea yang baik, beliau cuma korek kantung negara dan serah kepada rakyat sedikit seorang setelah sebahagian besarnya diserahkan kepada kroni-kroninya terlebih dahulu.  Apa yang rakyat dapat jangan dibandingkan dengan nilai seulas permata cincin yang ada di jari Bik Mama.  Jauh bezanya.

Jika ini lah kualiti PM dan kerajaan yang ada, tidak munasabah Pembangkang mahu cemburu.  Terlalu jauh bezanya dari yang kita lakukan di Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan.  Jadi kenyataan Rais yang mendakwa kita cemburu dengan kejayaan kerajaan sekarang hanyalah satu kenyataan penyedap hati beliau untuk melindungi kebodohannya di dalam isu thema sambutan Hari Kemerdekaan.

MP Jelebu yang gagal menunaikan janji untuk memberi kemudahan pengangkutan awam dan jalanraya yang baik di kawasannya sendiri memilih thema "Janji Ditepati" menampakkan beliau ingin memperbodohkan rakyat.  Samada rakyat Jelebu bersedia untuk diperbodohkan oleh Rais kita tidak tahu tetapi rakyat yang celik hati dan celik maklumat dapat menilai pembohongan Rais. /wfauzdin.blogspot.com