Sabtu, 1 September 2012

WAHAI UMNO, KAMI FOKUS TUKAR KERAJAAN BUKAN NAK TUKAR BENDERA !!

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA hebohlah para pencacai Umno melakukan fitnah kononnya bila PR perintah, Jalur Gemilang akan bertukar.  Dalil dan nas mereka adalah terjumpanya beberapa orang anak muda membawa bendera seperti di atas sewaktu rakyat turun beramai-ramai pada malam " Janji Demokrasi" di Dataran Merdeka semalam.  Mereka berpandukan sehelai dua bendera di atas, tetapi mata mereka buta tidak dapat melihat ratusan bendera Jalur Gemilang yang juga turut dikibarkan di malam itu.

Oleh kerana sememangnya dikenali sebagai parti fitnah, mereka tidak boleh senang hidup tanpa fitnah.  Jika sudah pasal bendera pun ingin dijadikan bahan fitnah, ertinya pemikiran mereka sudah sampai ke tahap longkang.  

Wahai Umno, kami di dalam PR bukan mahu tukar bendera tetapi kami mahu tukar kerajaan dan dasar korup yang kamu amalkan itu.  Walaupun kita tahu anak-anak muda sekarang sudah bijak dan tahu cerita sejarah "Sang Saka" dan sejarah "Jalur Gemilang", tetapi objektif kami di dalam PR jauh dari memikirkan soal tukar bendera.  

Jika pun bendera negara kita ditukar, tetapi masih tetap dengan pemimpin korup dan zalim tiada ertinya.  Arahkan lah media-media murahan kamu itu untuk mainkan isu bendera tersebut, tetapi fokus kami, rejim Umno wajib ditumbangkan kerana yang zalim dan korup itu bukan bendera.  Bendera tidak salah walaupun mungkin tidak betul./wfauzdin.blogspot.com

UMNO TIDAK SENANG DUDUK, SATU LAGI PERHIMPUNAN DI RAUB, PAHANG



Oleh:  WFAUZDIN NS

SATU lagi perhimpunan yang diberi nama " Himpunan Hijau' akan diadakan di Raub, Pahang pada 02 Sept (Ahad) ini bertempat di Padang Milo (Belakang Taman Tasik) Raub.  Perhimpunan akan bermula pada jam 12.00 tengahari sehingga jam 4.00 petang.

Sewaktu rakyat berkumpul di Dataran Merdeka pada 30 Ogos baru-baru ini di dalam meraikan "Janji Demokrasi",  aktivis Himpunan Hijau giat menjalankan promosi dan mengedar risalah menyeru orang ramai untuk hadir pada tarikh tersbut.

NONEProtes menentang penggunaan sianida oleh sebuah lombong emas di Bukit Koman telah disokong oleh semua parti di dalam Pakatan Rakyat khususnya di Pahang.

Parti KEADILAN Pahang telah mengeluarkan arahan agar setiap Cabang menggerakkan ahli masing-masing untuk hadir menjayakan program ini.  Begitu juga dengan PAS yang sentiasa prihatin dan peka dengan isu-isu alam sekitar di negeri ini.

Kepada rakyat khususnya di Negeri Pahang, sila hadir beramai-ramai bagi menjayakan program berbentuk bantahan kepada Kerajaan Pusat dan Negeri yang tidak sensitif dengan isu keselamatan alam sekitar.

Jumaat, 31 Ogos 2012

FOTO SEKITAR JANJI BERSIH DI DATARAN DBKL

Maaf, tak sempat nak masukkan.  Boleh lihat melalui FB saya...

Khamis, 30 Ogos 2012

BUKIT JALIL ATAU DATARAN MERDEKA AKAN BERI ILHAM PADA NAJIB

Oleh:  WFAUZDIN NS




HARI ini, InsyaAllah, aku akan menyahut seruan pencinta demokrasi untuk bersama-sama mereka menyambut "Janji Demokrasi#BERSIH" di Dataran Merdeka bermula jam 10.00 malam ini.  Oleh kerana Wakil Rakyat kampong aku Rais anak Yatim telah memberikan kebenaran untuk memakai baju warna apa sekali pun, maka aku memilih baju warna KUNING BERSIH.

Bersama-sama dengan budak-budak SAMM Pahang, InsyaAllah, dijangka sampai ke KL petang nanti.  Jika ada kesempatan untuk berjumpa, boleh lah teman-teman kita berjumpa sambil pekena teh tarik nanti sebelum kita menyambut Raya di Dataran Merdeka.  

Sesiapa yang kebulur nak makan percuma atau mahu dapat hadiah kereta, motor, Ipad dan lain-lain hadiah yang diumpankan oleh rejim, boleh lah ke Bukit Jalil.  Di sana mungkin ada disediakan menu "Roti Capati" sempena thema "Janji Di Capati".  

Kehadiran orang ramai samada di Bukit Jalil atau di Dataran Merdeka amat penting buat Najib.  Najib akan melihat situasi di sana nanti bagi beliau meminta Bik Mama nasihat samada perlu Parlimen dibubarkan sekarang atau tidak.  Jika di Bukit Jalil lebih ramai dari di Dataran Merdeka, maka pastinya Bik Mama akan mengarahkan Najib untuk bubar Parlimen segera.  Jika sebaliknya, terpaksalah kita tunggu lagi untuk beberapa bulan.

 


Rabu, 29 Ogos 2012

KALI INI AKU COPY CERITA MENARIK DARI YB KHALID SAMAD

Ada Berita Baik!! Dari YB Khalid Samad

Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam

Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya. Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama!

Rupa-rupanya Tun Musa Hitam adalah kawan baik Bapa Saudara saya Dato Zaidan. Tun merupakan pengapit semasa Dato’ Zaidan bersanding dan adalah junior setahun kepada beliau. Katanya, semasa kelam kabut pada hari persandingan, Dato Zaidan terlupa mengikat tali kasutnya dan beliau terpaksa melutut untuk mengikatkan tali kasut sahabatnya itu. Malahan, seperti kebiasaan pada masa itu, pengapit terpaksa bermalam bersama dengan bakal pengantin lelaki pada malam sebelum persandingan! Takut pengantin lelaki lari kut?

Tun juga turut bersalaman dengan saya dan duduk di kerusi bersebelahan saya. Dia menceritakan hal dirinya dan menyatakan bagaimana pada tahun 1986 merupakan tahun yang amat mencabar bagi dirinya. Penceraiannya dengan isterinya yang dari berasal dari Peru dan juga tekanan politik yang terpaksa beliau hadapi sungguh hebat. Saya pun terus bertanya, “mengapa Tun berundur dan tidak melawan apabila Dr. Mahathir berusaha menjatuhkan Tun?”. Tun Musa menjawab dengan nada yang selamba, “kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim.”

Selepas makan dan sebelum Tun ingin meninggalkan rumah bapa saudara saya, beliau menguatkan suaranya dan berkata secara seloka, “saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pilihan raya yang akan datang, tetapi di Lembah Klang saya ingin melihat kamu menang”, sambil menunjuk ke arah diri saya, “dan di Johor pula, Shahrir seorang sahaja yang menang!” Kami semua yang mendengarnya tergelak. “Shahrir seorang sahaja (dari BN) menang?” tanya saya. “Itu sudah pasti tidak senang didengari oleh Dr. Mahathir!” kata saya lagi. Tun tersenyum dan berkata, “I won’t tell you who I voted for in the last election”.

Zaman berubah seperti juga manusia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Selasa, 28 Ogos 2012

ISU LOMPAT PARTI - TERNGANGA LAGI UMNO

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
USAHA media pencacai untuk melaga-lagakan pimpinan di dalam PR gagal lagi di dalam isu Undang-Undang Anti Lompat Parti yang disokong kuat oleh DAP.  Di dalam kenyataan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim beliau tiada masalah dengan perkara tersebut.
 
Sebelum ini, media cuba laga-lagakan PAS dengan DAP di dalam soal Hudud, tetapi apabila Presiden PAS kembalikan semula hujah tersebut kepada Umno yang menjadi tonggak kerajaan lebih dari 50 tahun, Umno terkedu kerana Umno juga mengaku dia parti Islam.
 
Nampaknya PR perlu bersedia lagi untuk dilaga-lagakan oleh mereka yang kini sedang mencari jalan untuk membantu Najib mengumumkan pembubaran Parlimen.  Najib tidak akan bubarkan Parlimen selagi PKR, PAS dan DAP bersatu dan kukuh.  Formula yang ada pada Najib adalah pecahkan kerjasama PR, itu sahaja.  Modal seks dan lucah tidak laku lagi, dubur Sepol dan mulut busuk Umi Hafilda sudah tidak membantu parti yang digelar Setan oleh Mahdey Kutty ini.
 
Baca Kenyataan DS Anwar di dalam Malaysiakini hari ini;
 
 
Anwar OK dengan enakmen antilompat parti


Ahmad Fadli KC
1:01PM Ogos 28 2012

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tiada masalah dengan cadangan Pulau Pinang untuk memperkenalkan enakmen antilompat parti pada bulan November ini.

Menurut Anwar, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri memaklumkan perkara itu secara peribadi kepada beliau semalam.

"Tiada masalah (dengannya). Ketua menteri sudah lapor pada saya semalam," kata Anwar mengulas ringkas sewaktu ditemui di Shah Alam hari ini (Malaysiakini).

MALAM INI (28 OGOS) YB NURUL IZZAH DI BALOK DAN MAHKOTA AMAN, KUANTAN

Oleh:  WFAUZDIN NS

KUNJUNGAN Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden KEADILAN, YB Nurul Izzah ke Kuantan hari ini (28 Ogos 2012) pasti dinantikan oleh semua.  Bermula dengan Jamuan Hari Raya di Keratong 8, Rompin jam 2.00 petang, seterusnya ke Jamuan Teh di Peramu Jaya, Pekan jam 5.00 petang amat dinantikan setelah sebulan aktiviti politik dikurangkan sempena bulan Ramadhan yang lalu.

Kemuncak yang dinantikan oleh rakyat sekitar Kuantan adalah program ceramah oleh anak sulung DS Anwar Ibrahim ini di dua lokasi iaitu di Putra Balok dan juga di Taman Seri Mahkota Jaya, Batu 11, Kuantan.  Sebelum itu, beliau akan bersama penduduk Kuantan di dalam jamuan makan malam di Restoren Mexica, Kuantan jam 07.30 malam.


Sudah tentu banyak isu yang akan didedahkan oleh YB Nurul Izzah kepada rakyat Pahang.  Kajian sesetengah pihak yang menjangkakan bahawa Pahang tidak akan dapat ditawan oleh PR nampaknya menaikkan semangat PR di negeri ini untuk menggandakan usaha agar jangkaan mereka meleset samasekali.  KEADILAN Pahang bersama-sama rakan di dalam PR tidak pernah terpengaruh dengan kajian akademik tersebut.

Sebelum ini, kesemua pimpinan utama KEADILAN telah beberapa kali berkunjung ke Pahang termasuk kunjungan Ketua Umum sendiri yang kerap ke Pahang.  Bahkan, pada 31 Ogos ini DS Anwar Ibrahim akan ke Pahang untuk Program Jamuan Hari Raya di Benta pula.  Begitu juga beliau akan ke Lipis/Bentong untuk program yang sama.  YB Azmin Ali, Timbalan Presiden juga telah berkunjung ke Pahang sebelum ini.  Ini membuktikan Pahang tidak terkecuali dari sasaran PR untuk ditawan di dalam PRU akan datang.

Apa yang perlu kini adalah sokongan rakyat.  Rakyat Pahang harus bangkit untuk melakukan perubahan terutamanya rakyat yang berada di kawasan Felda yang semakin jelas merasakan mereka seringkali tertipu dan dipermainkan.  Amat malang sekali jika Pahang kembali ke tangan Bn angkara para peneroka yang masih tidak sedar bahawa mereka telah terpedaya dengan curahan wang ringgit sedangkan nasib dan masa hadapan jenerasi mereka tergadai.

Penduduk-penduduk di sekitar bandar dan luar kawasan felda kini telah berubah.  Hanya para peneroka sahaja akan menjadi penentu samada Pahang layak bertukar kerajaan.  Pahang tidak akan berubah kerajaan selagi rakyat buta maklumat yang sahih.  Justeru itu, marilah kita bersama-sama hadir di dalam setiap program ceramah anjuran PR bagi mendapatkan maklumat untuk kita fikirkan bersama./wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 27 Ogos 2012

JIKA MENJADI PM, ANWAR TIDAK MENETAP DI PUTRAJAYA

Oleh:  WFAUZDIN NS

HAMPIR menjadi kenyataan, Anwar akan menjadi PM selepas PRU ke 13 tidak beberapa lama lagi.  Ini adalah melihat kepada perkembangan semasa yang amat menggalakkan, dan perkembangan baik ini boleh dilihat sewaktu kita menyambut Hari Raya Eidul Fitri baru-baru ini yang rata-rata balik ke kampong tidak lekang dari bercerita meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat rejim Umno tumbang buat pertama kalinya di dalam sejarah negara.


Rakyat menanti tokoh ini memimpin negara

Anwar di dalam kenyataannya sewaktu Majlis Rumah Terbuka KEADILAN Bukit Gantang membuat pengakuan tidak akan menetap di Putrajaya sekiranya, InsyaAllah, beliau ditakdirkan menjadi PM bagi menggantikan PM yang penuh masalah iaitu Najib.  "Bil elektrik di tempat itu terlalu tinggi," kata Anwar.

Kita tidak hirau samada Anwar mahu menetap di Putrajaya atau tidak, asalkan bukan dari spesis Umno yang banyak mencekik darah rakyat.  Jika pemimpin yang adil dan tahu kesusahan rakyat, rakyat tidak menghiraukan pemimpin mereka mewah.  Contohnya di Brunei, rakyat tidak kisah penguasa mereka hidup mewah kerana rakyat mereka juga tidak susah dan melarat.

Persoalan rakyat sekarang bukan kerana pemimpin itu kaya atau hidup mewah, tetapi persoalannya kemewahan mereka adalah dari hasil mencekik darah rakyat.  Duit rakyat dibaham untuk membela lembu, tetapi lembu tidak ada yang ada hanyalah kondo dan tanah menjadi milik mereka.  Pemimpin bermewah bersama isterinya membeli belah, semua kos ditanggung oleh rakyat, sedangkan rakyat umpama peminta sedekah mengharapkan BR1M dan terpaksa mengisi minyak yang rendah kualitinya kerana harga minyak yang terlalu mahal.  Di Brunei, rakyat setaraf dengan pemimpin menggunakan minyak berkualiti tinggi.  Di sana tiada minyak Ron 95.  Bagi kerajaan Brunei harta kekayaan negeri mesti dirasai oleh rakyat terlebih dahulu.

Sudah sampai masanya rakyat melakukan perubahan dan perubahan ini tidak lama untuk kita buat penilaian iaitu hanya lima tahun sahaja sebelum kita memikirkan samada kerajaan yang baru nanti patut dikekalkan atau tidak.  Kelemahan kita terutamanya orang-orang Melayu adalah takut untuk melakukan perubahan sebab itulah negara kita semakin mundur berbanding dengan negara luar yang sentiasa ingin melihat perubahan ke atas negara mereka.

Marilah kita beri peluang kepada Anwar untuk menggalas tanggungjawab sebagai PM setelah beliau berjaya buktikan kegemilangannya sewaktu beliau menjadi TPM dan Menteri Kewangan dahulu.  Sehingga kini, tiada satu rekod atau kes pun yang berjaya membuktikan Anwar dahulu seorang perasuah atau memiliki kekayaan yang hebat./wfauzdin.blogspot.com