Isnin, 30 Disember 2013

SEMAKIN HAMPIR 31 DISEMBER SEMAKIN BANYAK KISAH DONGENG DAN BODOH YANG KELUAR

SEMAKIN hampir hari yang dinantikan oleh tidak kurang 53%  rakyat Malaysia iaitu tarikh 31 hb Disember 2013 ini, semakin melambak cerita bodoh lagi kelakar muncul.  Sudah tentunya cerita bodoh ini datangnya dari orang yang sama pemikiran dengan jalan ceritanya.  

Cerita terbaru adalah kisah bom dipasang di Dataran Merdeka.  Si pemasang bom ini kononnya akan mengajak orang ramai berhimpun untuk guling kerajaan.  Ertinya, kerajaan akan terguling serentak dengan kematian puluhan ribu orang yang berhimpun di Dataran pada malam itu akibat terkena bom.  Kahkahkah....

Sebelum itu, Rafizi disoal siasat kerana ada email yang dihantar kepadanya mengisahkan tentang pemasangan bom di Dataran Merdeka.  Rafizi hanya penerima email yang beliau sendiri tidak tahu menahu pun siapa pengirimnya dan apa tujuan email itu, tetapi Rafizi ditahan dan disoal siasat awal lagi.  Si pengirim?  Lojiknya si pengirim akan diburu dan disiasat kerana ini kes serius.  Kes bom ini amat serius kecuali bom C4 yang membunuh Altantuya mungkin tidak serius sangat.

Kisah karut marut ini bermula bukan saja sewaktu cadangan rakyat untuk berhimpun membantah kenaikan harga barang, tetapi telah bermula sebaik saja Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden PAS dan Mat Sabu berikrar akan pimpin rakyat untuk berhimpun secara besar-besaran tahun depan bagi membantah banyak perkara yang tidak masuk akal oleh kerajaan 47%.

Sebelum itu PAS dituduh sesat, kemudiannya Wahabi dan Syiah pula.  Mat Sabu pernah dituduh Komunis sewaktu isu Mat Indera.  Kemudian Mat Sabu dituduh Syiah.  Semenjak bila Komunis ada kaitan dengan Syiah?  Kahkahkah....

Mat Sabu tidak mengaku beliau penganut fahaman Syiah.  Ada seorang di Kedah secara terang, jelas dan terbuka mengaku sebagai Ketua Syiah.  Tidak pula orang yang mengaku ini ditahan atau disiasat, sebaliknya Mat Sabu yang tidak mengaku Syiah pula disibukkannya.  Maka dibawa sepuluh bukti kononnya Mat Sabu Syiah, malangnya kesemua bukti tersebut menjadi bahan lawak antarabangsa.  Kahkahkah...

Bila sudah terasa dimalukan, mereka tepis bukti-bukti yang mereka bawa itu dengan mendakwa itu bukti Greb B.  Mereka ada bukti Gred A, katanya.  Kahkahkah...

Bila rakyat bertanya mana bukti-bukti Gred A itu?  Mereka jawab, Mat Sabu kena tunjukkan bukti bahawa beliau bukan Syiah.  Kahkahkah....lagi lawak dan bodoh campor bengap.  Mereka tuduh Mat Sabu, Mat Sabu pula kena tunjuk bukti.  Pelik bin ajaib undang-undang mereka pakai.  Negara yang tak bertamaddun pun tak pakai undang-undang bangang seperti itu.  Usahkan ikut undang-undang Islam, ikut undang-undang sekular pun mereka gagal nak patuh.

Jelas kepada kita, kesemuanya ini adalah untuk memperbodohkan rakyat.  Cukuplah kita memandang saja kelakuan jijik mereka itu.  Kita patut turun ke Dataran Merdeka pada 31hb Disember ini hanya dengan niat untuk memberitahu mereka bahawa rakyat tidak sebodoh yang kamu jangkakan. 


Ahad, 29 Disember 2013

PROPAGANDA GAGALKAN HIMPUNAN 31 DIS MERUPAKAN PROMOSI PERCUMA

TERIMA kasih media pengampu.  Terima kasih pemimpin pengampu dan bengap termasuk dari pihak berkuasa yang giat menjalankan promosi dan propaganda murahan tentang himpunan di Dataran Merdeka pada 31 hb Dis ini nanti.  Thema propaganda murahan mereka adalah 'guling kerajaan", mereka yang cipta kemudian mereka ingin bertindak ke atas orang lain.

Tidak kira berapa banyak propaganda yang ingin mereka lakukan, hikmahnya rakyat tahu bahawa pada 31hb Dis ini di Dataran Merdeka mulai jam 10.00 malam ada perhimpunan.  Itu yang penting yang mereka telah bantu kerja kita untuk promosikan.  Rakyat tidak sebodoh yang mereka sangka, jika ada yang bodoh pun tidak lebih dari 47% sahaja malahan mungkin jauh berkurangan kerana di dalam 47% itu pun sudah ramai yang sedar betapa mereka selama ini tertipu terang-terangan dengan janji-janji Najib.

Oleh itu jangan pelik di antara yang hadir ke Dataran Merdeka nanti ramai di kalangan 47 % ini.  Rakyat tidak makan dengan isu seperti fitnah seks, komunis, Wahabi dan terbaru Syiah.  Rakyat fikir apa kaitan isu bodoh tersebut dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup mereka?  Apa kaitan Mat Sabu Syiah dengan kenaikan takrif letrik dan Tol?  Jika Mat Sabu Syiah sekalipun, pemimpin 'Syiah' ini tidak merompak kekayaan negara ini dan bermewah anak beranak.  Anak siapa yang beli rumah RM 7 Juta kononnya untuk dihadiahkan kepada ibunya?  Anak siapa yang beli kondo RM 110 Juta di luar negara?  Keluarga siapa yang bela lembu dalam kondo?  Kesemua itu kerja Syiah kah atau Ahli Sunnah Waljamaah yang korup?

Sehubungan itu, mahu tidak mahu rakyat kena turun pada 31hb Dis ini.  Lupakan soal guling kerajaan kerana kerajaan 47% itu amat lemah dan tidak perlu untuk digulingkan.  Mereka akan terguling dengan kelemahan mereka sendiri.  Yang penting, rakyat harus berani ke hadapan untuk mengubah nasib masing-masing.  Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang sehingga kita sendiri mengubah nasib kita.  


Sabtu, 28 Disember 2013

SEKALI MASITAH BERSUARA KOMPOM DIA BENGAP

SECARA tiba-tiba Ustazah Masitah mahu berbunyi dalam isu Himpunan pada 31 hb Disember ini.  Malangnya, kenyataan beliau memperlihatkan betapa bengapnya otak seorang bergelar Ustazah.  Betullah kata orang, bukan semua bergelar Ustazah itu boleh menggunakan akal fikiran yang Allah kurniakan, ada juga yang jual maruah diri demi perut dan sanggup jadi bodoh kerananya.  

Beliau mengulas bahawa beliau menentang kononnya Himpunan Guling Kerajaan pada 31 hb Dis ini nanti adalah kerana perjuangan untuk suara 'majoriti'.  Pertamanya, kita pertikaikan dari mana 'nas' yang dicedok oleh Masitah yang mengatakan 31hb Dis ini nanti ada Himpunan Guling Kerajaan?  Tentunya satu-satu nas yang beliau kutip adalah bersumberkan kitabnya iaitu TV3 suku dan Utusan meloya.  Di situ jelas otak beliau terlalu dhaif untuk berfikir secara bebas.

Kedua, dari mana beliau belajar majoriti itu bermakna yang sedikit itu adalah majoriti?  Kerajaan 47% adalah majoriti kepada sokongan 53% kepada PR?  Sekali lagi otak Ustazah ini tidak berfungsi dengan normal akibat terlalu kuat mencium punggung pemimpin 47%.  Amat malang sekali, Masitah yang dulu pernah keluarkan hukum boleh melacur jika dharurat itu berterusan di dalam kejahilan.  Semoga beliau sempat menjadi cerdik sebelum tercabut nyawa.

Apa pun, datanglah jutaan Tok Peti, Ustaz, Ustazah mahu pun tok imam kampong yang berhukum tentang himpunan 31 Dis ini, apa yang rakyat fikirkan adalah kerajaan zalim wajib ditegur.  Jika golongan agama seperti mereka ini kecut perut atau tiada jiwa untuk melawan kezaliman, biar saja rakyat turun ke Dataran Merdeka pada malam itu nanti.  


Jumaat, 27 Disember 2013

HIMPUNAN 31 DIS - SAMBUT "BLACK NEW YEAR", JANGAN ANGKUH DENGAN KUASA 47%

HANYA ada satu Nawaitu sahaja pada 31hb Disember ini.  Datang berhimpun dengan baju HITAM, tanpa senjata yang merbahaya di Dataran DBKL jam 09.00 malam, kemudiannya memasuki Dataran Merdeka jam 10.00 malam, dengan satu tujuan iaitu protes kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup.

Kemudiannya, tunggu detik 12 malam kita raikan 'BLACK NEW YEAR" Tahun Kenaikan Harga Barang dan Tol.  Tiada istilah 'Guling Kerajaan".  Buang masa untuk fikir guling kerajaan yang 47% itu.  Masih ada ruang, masih ada cara dan kaedah terbaik untuk kita tumbangkan rejim yang ada.  Bukan dengan cara 'guling mengguling", namun jika ianya terguling sendiri akibat kelemahannya, itu sudah suratan.  Perak pernah digulingkan dari pemerintahan PR, tetapi bukan kerana kelemahan pentadbirannya.  Perak terguling kerana kelemahan "iman" beberapa orang Wakil Rakyat dari PR ketika itu dan juga kerana tidak demokratiknya puak yang merampas kuasa.   

Jika itu yang berlaku pada Kerajaan Pusat, mungkin benar lebih 24 orang MP akan menyeberang yang membolehkan kerajaan sekarang terguling, itu bukan kerana himpunan 31 Dis ini.  Benar kata orang, tiada rejim kuku besi yang tumbang melalui kaedah Pilihanraya tetapi tidak mustahil berlaku di negara kita rejim tumbang melalui Pilihanraya.  

Ertinya, kita masih ada ruang.  Jika ruang telah ditutup sehingga untuk bersuara dan protes secara aman pun disekat, siapa boleh dipersalahkan jika rakyat memilih alternatif lain selain dari Pilihanraya?  Apa pun, himpunan 31 Dis ini merupakan satu ujian dan latihan buat kita untuk memberitahu rejim bahawa jangan terlalu angkuh dengan kuasa 47% itu.   

Khamis, 26 Disember 2013

JANGAN JADI PESARA POLIS DAN TENTERA YANG BODOH LAGI DIPERBODOHKAN

PERTAMANYA, aku melahirkan rasa bertuah kerana di negara ku ini masih banyak orang yang amat prihatin, kasih dan mempunyai jiwa pejuang terhadap negara dan pemimpinnya.

Namun, amatlah malangnya di tengah-tengah golongan pejuang dan patriotik itu, bukan sedikit jumlahnya yang jahil atau disebut juga bodoh.  Bodoh bukan kerana mereka bodoh, tetapi mereka secara sukarela telah diperbodohkan oleh pemimpin yang mereka sanjung itu.

Apalah gunanya kita memiliki ramai pejuang, pendekar atau panglima tetapi bodoh?  Tidak langsung memberi makna kepada negara jauh sekali kepada agama. Sebagai contoh, alangkah melucukan apabila beberapa kumpulan yang kononnya mendakwa pejuang tanahair (hakikatnya, penjilat tegar umporno), menyalak macam anjing gila membuat laporan polis kerana bermimpi ada orang mahu guling kerajaan pada 31 hb Dis ini nanti di Dataran Merdeka.  Jika tidak bodoh, kita mahu sebut apa kepada puak ini?

Kita masih ingat, puak yang sama juga pernah membuat laporan Polis terhadap tuntutan agar Anwar serahkan DNA kepada pihak Polis di dalam isu fitnah liwat.  Akhirnya terbukti Sepol yang tidak cuci dubur dua hari, Anwar pula dibebaskan.  Kumpulan bodoh ini juga pernah membuat demo dan laporan polis terhadap Mat Sabu dulu kononnya Mat Sabu sering memuji perjuangan Mat Indera yang berjuang menentang penjajah, maka Mat Sabu Komunis.  Melalak habis beberapa askar dan polis pencen yang bengap tuding jari kepada Mat Sabu tuduh Timbalan Presiden PAS ini Komunis. Akhirnya , mana isu Komunis?  Tuduh pula Mat Sabu Syiah.  Semenjak bila Komunis berminat dengan ajaran Syiah?  Tak mahu digelar bodoh puak ini, memang nampak sangat bodohnya.

Bodoh mereka tidak habis setakat itu, sekarang melolong siang malam sebut negara akan digulingkan.  Siapa yang mula buka topik ini?  Tentunya bapak segala bodoh yang memperbodohkan mereka.  Kesihan mereka, mahu jadi pejuang negara tetapi tidak cerdik.

Rabu, 25 Disember 2013

BERAHIM ALKATAKI WARNING?

KELAKAR juga bila Berahim Alkataki, Presiden Perkosa beri amaran pada Umno.  Katanya, pertubuhan rasis tersebut akan memantau Umno samada benar-benar berjuang untuk Melayu atau tidak.

Seandainya Umno tidak berjuang untuk Melayu sepertimana yang dikehendaki oleh Perkasa, maka pertubuhan tersebut akan istihar lawan Umno.  Part ini lah yang kelakar.  Perasan sungguh Perkasa sehingga lupa selama ini siapa bergantung atas siapa?  Aku setuju dengan apa yang disebut oleh Isa Doraemon, Pengerusi Felda yang menyatakan selama ini Perkasa hidup dan makan atas tapak tangan Umno.  Ugutan Berahim Alkataki nenjadi bahan jenaka oleh pemimpin Umno.  Usahkan takut, Umno menganggap Perkasa adalah salah satu tim raja lawak.

Begitulah dua pertubuhan ini berantakan sesama mereka.  Hakikatnya, 2 X 5 di antara Perkasa dan Umno.  Kedua-duanya memang tiada guna untuk memartabatkan kaum Melayu, jauh sekali untuk Islam.  Berahim Alkataki patutnya sudah boleh mulakan kerjayanya sebagai Pemandu Teksi saja.  Beliau memang spesis tidak tahu malu.  Dulu menang di Pasir Mas hanyalah kerana disuap makan oleh Pas.  Jika tidak dibantu oleh Pas,  kirim salam lah si Berahim boleh berada di Parlimen.  Buktinya, PRU 13 baru-baru ini Pas bertanding di Pasir Mas menentang Berahim Alkataki.  Keputusannya katak terlentang mati katak.

Masih mahu tunjuk hebat.  Kali ini ugut Umno pula.  Ingat Umno mahu peduli?  Suara PR yang jauh lebih besat ini pun Umno masih tunjuk sombong dan ego, ini kan pula suara Berahim.  Tukang panggil hujan boleh la.

Sabtu, 21 Disember 2013

TUNGGU APA LAGI? PRESIDEN FAM PERLU LETAK JAWATAN

MAHU tunggu apa lagi?  Sasaran FAM untuk layak di Pusingan Kelayakan Piala Dunia gagal.  Penyokong bersabar kerana kita ubah sasaran untuk Piala Asia.  Bila tiba waktunya untuk kita menyaksikan kebangkitan Skuad Bolasepak kita, kita terus gagal lagi.



Maka harapan seterusnya kita tunggu di Sukan SEA, Myanmar yang sedang berlangsung untuk kita pertahankan Pingat Emas.  Sukan SEA ni sukan yang boleh dikatakan low class la dan kalau kita dapat Pingat Emas pun tak boleh kita mendabik dada.  Namun kita tetap mengharap sekurang-kurangnya mengubat luka yang terlalu banyak sebelum ini.  

Sebelum ini banyak perlawanan persahabatan telah kita adakan termasuk menghabiskan duit rakyat buat latihan di luar negara.  Banyak perlawanan persahabatan kita tewas, dan alasan tetap sama iaitu itu bukan tumpuan atau fokus kita.  Fokus kita perlawanan sebenar di dalam pertandingan nanti.

Kita tampil di Sukan SEA sebagai pasukan yang akan mempertahankan Pingat Emas.  Kita bukan saja gagal mempertahankan Pingat Emas, malah langsung tiada pingat.  Jika ada yang berani meketakkan KPI terhadap FAM, apakah status KPI tersebut?  Dikatakan ranking bolasepak negara kita naik 4 tangga, tetapi apa ertinya jika di dalam Sukan SEA pun kita langsung tidak mendapat Pingat?  

Sudah lama kita mendengar desakan agar Presiden FAM meletakkan jawatan atas prestask buruk bolasepak negara kita.  Sehingga wujud kini Pages menuntut Presiden FAM meletakkan jawatan.  Mengapa hanya jurulatih atau pegawai saja yang terpaksa di kambing hitamkan?  

Kali ini, kita desak lagi Presiden FAM tolonglah letak jawatan segera.  Kita mahu Presiden FAM adalah individu yang betul-betul minat dengan bolasepak dan selalu turun padang menyaksikan pemain-pemain kita turun bermain, bukan hanya datang sewaktu Final sahaja.  Kita mahu individu seperti Datuk Anuar Musa sekurang-kurangnya menjadi Presiden FAM kerana terbukti beliau amat berminat dengan bolasepak dan mempunyai banyak idea untuk bangunkan bolasepak sepertimana yang beliau lakukan ketika menerajui Red Warrior Kelantan.  

Jumaat, 20 Disember 2013

BERHIMPUN 31 DISEMBER MENYAMBUT 'KENAIKAN TOL"

TAHUN depan bermacam-macam kenaikan ada setelah ada yang 'turun' tahun ini.  Turun dan masih turun tahun ini adalah hujan.  Apa yang naik?  Selain dari rakyat yang 'naik' darah, Tol dijangka akan naik mulai tahun depan, begitu juga TNB.  Yang lain dah naik lama dah.

Selepas rejim 47% ini dikekalkan juga menjadi kerajaan, berbagai-bagai kenaikan berlaku.  Bukan mahu cerita kosong, tak percaya pergilah membeli belah barang dapur.  Lihat bezanya di dalam tempoh beberapa bulan saja.

Tol bakal naik Januari tahun depan.  Meskipun masih banyak lebuhraya yang rosak terutamanya di Pantai Timur, syarikat konsesi tol tetap mahu cekik darah rakyat juga.  Begitu juga dengan letrik, TNB tetap selamba dengan keperitan hidup rakyat sekarang.

Sehubungan itu, malam 31 Dis 2013 ini, malam kita menyambut kehadiran Tahun Baru, kita wajib turun menyambut dan meraikan kenaikan harga tol dan letrik.   Usah bicaralah soal "menggulingkan kerajaan" atau sokong Syiah.  Itu semua cerita bodoh belaka.  Lojikkah mahu guling Kerajaan hanya dengan notis kepada rakyat selama seminggu atau dua minggu?

Ayuh...kita tunggu di dataran Merdeka meraikan "Tahun Rejim pungut duit rakyat". 

Khamis, 19 Disember 2013

TURUN PADA 31 DIS INI BUKAN UNTUK GULING KERAJAAN ATAU SOKONG SYIAH

GULING Kerajaan? Malam tadi aku tengok TV3 suku sebab nak tahu apa lawak terbaru malam tadi. Tapi malam tadi bukan lawak tetapi serius, iaitu ada pihak kononnya mahu guling kerajaan pada 31 Dis ini nanti. Aku kata serius sebab KPN yang bagitahu, masakan sebagai KPN beliau kaki berlawak juga. 
 
poster Fitnah. 
Mudah ke mahu guling kerajaan? Di dalam masa seminggu dua hebahkan pada rakyat untuk guling kerajaan? Jika begitu kita lebih hebat dari negara di luar sana. Sebenarnya fitnah masih berjalan di era kerajaan 47% ini. Malang sekali pegawai dan kakitangan kerajaan terpaksa pikul pembohongan ini.

Mengapa fitnah dibuat serentak dengan hari kita akan berhimpun pada 31 Dis ini bagi membantah secara aman kenaikan harga barang. Tentu anda tahu jawapannya. Mereka cipta satu fitnah untuk mencari alasan agar himpunan aman tersebut boleh disekat. Maka, didakwa pada tarikh yang sama kerajaan mahu digulingkan. Betapa punya bodoh puak ini.


Selasa, 17 Disember 2013

DEMO SEMALAM DI DBKL HANTAR MEMO SYIAH? SiBENGAP JUMPA SIBANGANG!!

PAGI semalam (16 Dis 13), sekumpulan NGO dan penduduk sekitar K.Lumpur berhimpun di perkarangan DBKL diketuai oleh MP Lembah Pantai, YB Nurul Izzah serta beberapa MP dari PR sekitar Lembah Kelang untuk menghantar memorandum bantahan kepada DBKL berkaitan isu kenaikan Cukai Pintu.

Seperti biasa puak bangang sebelah sana macam tak sedap duduk kalau tak buat fitnah.  Memang fitnah dan seks tidak boleh dipisahkan dari Umporno, itu semua kita tahu.  Kalau mereka tidak buat fitnah satu hari, mereka akan rasa demam dan mungkin akan mampus.  Sebab itu fitnah mesti berjalan.

Maka dibuat fitnah melalui FB dan dijaja kepada lembu-lembu spesis mereka yang sudah sememangnya bangang itu.  Fitnahnya, dikatakan himpunan yang diketuai oleh YB Nurul Izzah itu adalah untuk menghantar memorandum mempertahankan Syiah.  Kahkahkah.....

Tujuannya untuk menggambarkan bahawa PR ini membela Syiah.  Itu tak kisah lah, memang kerja mereka pun buat fitnah kerana kerja itu mereka sudah sub kontrak dengan Iblis laknatullah.  Tetapi mengapa tunjuk sangat bodoh?  Lojikkah hantar memorandum berkaitan Syiah dihantar ke DBKL?  Kahkahkahhh....

Peliknya, ada juga yang komen mengucap panjang percaya dengan fitnah bangang puak tu.  Kahkahkah....Sibengap buat fitnah jumpa sibangang yang jadi tukang baca!!!

Isnin, 16 Disember 2013

MASA UNTUK BERPERANG DENGAN ZAHID KOMEDI

BERMULA lah peperangan kita dengan Zahid komedi.  Dalam FB aku, aku ajak kawan-kawan di alam cyber samada melalui blog atau FB kita serang Zahid yang semakin angkuh dan sombong walaupun ternyata beliau adalah di antara pemimpin yang menjadi bahan ketawa orang ramai.

Kita serang Zahid bukan kerana dia Umno, tetapi kerana kebodohannya yang menyusahkan orang lain.  Teringat aku kata-kata Pengerusi SPRM, orang bodoh tidak boleh diambil tindakan kerana bodohnya.  Masalahnya, bodohnya itu menyusahkan orang lain.

Tiba masanya Zahid akan kita serang siang dan malam.

Sabtu, 14 Disember 2013

USTAZ TUAN IBRAHIM TIDAK BERDENDAM DENGAN MAT SABU, BENAR TETAP BENAR

AKU kagum dengan Naib Presiden PAS, Us Tuan Ibrahim Tuan Man yang awal-awal lagi komen tentang tuduhan Syiah ke atas Mat Sabu.  Di dalam masa yang sama juga, YB Mahfuz selaku Ketua Penerangan PAS Pusat turut memberikan komen atas isu yang sama.

Us Tuan Ibrahim - Bela Mat Sabu
Kedua-dua mereka senada iaitu pendedahan Zahid Hamidi adalah 'lawak jenaka' terhebat selepas PRU 13.  Aku kagum dengan Us Tuan Ibrahim adalah kerana walaupun beliau pernah tewas di tangan Mat Sabu bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PAS dua tahun yang lalu, namun sediukit pun tiada perasaan dendam atau permusuhan terhadap Timbalan Presiden PAS tersebut.  Baru-baru ini, di dalam Muktamar PAS, Us Tuan Ibrahim adalah mewakili golongan Ulamak yang bertanding merebut tiga Kerusi Naib Presiden, Alhamdulillah, beliau salah seorang terpilih.

Tn Hj Mat Sabu - Bakal ketuai himpunan besar-besaran, itu yang menakutkan Umno?
YB Mahfuz Omar - Tewas Naib Presiden, kini Ketua Penerangan yang semakin lantang
Mungkin atas sikap beliau itulah ramai sekarang ini merasakan Us Tuan Ibrahim boleh bersedia dari sekarang untuk memegang jawatan Presiden PAS apabila sampai waktunya nanti.  Beliau bukan sahaja dilihat sebagai golongan Ulamak tetapi juga seorang akademik dan juga aktivis.  Itulah kehebatan Us Tuan Ibrahim yang melayakkan beliau berada di jawatan Presiden suatu masa nanti.  Sekarang ini, jawatan Presiden disandang oleh Ulamak iaitu Tuan Guru Hj Hadi Awang.  Timbalannya pula seorang aktivis hebat iaitu Tuan Hj Mat Sabu, musuh ketat Umno yang paling digeruni.  Naib Presiden PAS pula, diwakili oleh Aktivis, profesional dan Ulamak.  Ini lah hebatnya PAS yang buat Umno gigit kuku dan sentiasa memikirkan bagaimana untuk burukkan nama Parti Islam, PAS ini.

Apa yang Umno tidak tuduh PAS?  Sesat?  Wahabi? Muktazilah?  Dan sekarang pula Syiah.  Sekular Umno sahaja yang mereka rasa tepat dan sejajar dengan Ahli Sunnah Waljamaah.  Aku tak tahu dari sudut dan aspek mana Ahli Sunnah Waljamaah boleh memilih pemimpin yang jahil agama sehingga tidak tahu apa itu Najis Mughallazah dan pemimpin yang tidak berani menyuruh isterinya menutup aurat.  Sesat-sesat Syiah pun dari segi pakaian mereka dan isteri mereka jauh lebih baik dari isteri pemimpin Umno.

Isu Syiah akan terhenti setakat pendedahan itu saja, percayalah.  PAS pula jangan biarkan Mat Sabu keseorangan mendepani fitnah jijik Umno ini.  Waktu ini lah Dewan Ulamak atau golongan Ulamak tampil nyatakan pendirian tentang isu ini.  Jangan perlu ada sikap dendam mendendam, lebih buruk lagi jika terbabit sekali bersama Umno untuk burukkan Mat Sabu.

Jumaat, 13 Disember 2013

"HIKAYAT MAT SABU SYIAH", SEKADAR PENGLIPUR LARA

AKHIRNYA Zahid komedi buat pendedahan melalui orang suruhannya.  Aku ingatkan betullah ada fakta dan bukti kukuh tentang "Syiah'nya Mat Sabu seperti mereka boleh buktikan terhadap Abu Ya, Almarhum Us Ashaari Muhamad Syeikhul Arqam dulu.  Malangnya, pendedahan Zahid komidi menjadi betul-betul komedi.

Apa faktanya?  Kutip dari blog.  Lagi?  Kutip dari perbualan orang tentang Mat Sabu.  Lagi?  Cerita tentang Mat Sabu kagum dengan pemimpin Iran, Ayatollah Khomeini.  Lain?  Cerita Mat Sabu Solat guna batu letak di tempat sujud.  Ehhh....tak perasan pulak aku dahi Mat Sabu hitam sebab bertahun sujud atas batu.  Kahkahkah....  Yang hitam dahi tu bukan Sepol Bukhari yang tidak cuci dubur dua hari itu ke?  Kahkahkah....

Kesihan sungguh Zahid komidi.  Tak pasal-pasal orang dok kata dia Menteri bengap.  Pelik bin ajaibnya, kesemua kisah Mat Sabu yang dibawa oleh puak tu kisah berpuluh tahun dulu.  Sekarang baru tahu Syiah tu kononnya sesat?  Apabila Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden PAS baru Syiah sesat?  Kahkahkah....

KDN tahu ada guru pondok yang mengamalkan Syiah dan katanya Mat Sabu sering ke sana dulu.  Mengapa tak tangkap guru tersebut?  Mengapa Mat Sabu?  Ohhh,,,,sebab guru itu bukan pemimpin PAS, bukan?  Kahkahkah.....

Dalam pendedahannya semalam, tidak seorang pun tampil untuk menjadi saksi pernah menjadi pengikut Mat Sabu sebagai ahli Syiah.  Yang mereka bawa cerita dari mulut ke mulut umpama cerita Pak Pandir.  Orang boleh ketawa dengar kisah Pak Pandir tetapi orang tidak percaya kisah itu berlaku.  Samalah macam cerita Hikayat Mat Sabu Syiah ini.  Orang ketawa mendengarnya tapi untuk percaya hanyalah puak yang otak lembu kondo saja.  Puak ini kalau disebut Najib itu sama seperti Nabi perjuangannya. mereka pun percaya dan beriman sungguh asalkan dapat BR1M. 

Tidak perlu PAS siasat Mat Sabu kerana menyiasat atas kisah dongeng satu kerja bodoh.  Daripada siasat kes bodoh seperti ini, baik siasat ke mana perginya lelaki yang pernah cuba mendekati janda anak Zahid komidi, kemudiannya dibelasah oleh Zahid, lepas tu lelaki itu buat report kemudiannya senyap begitu saja.  Ke mana hilangnya lelaki yang pernah ingin mendakwa Zahid yang memukulnya itu?  Itu patut disiasat.  PAS tidak perlu bersusah payah buang tenaga dan masa siasat atau menjawab bagi pihak Mat Sabu kerana bekas Menteri mereka iaitu Saifuddin Abdullah yang masih jadi ahli Umno pun telah jawab bagi pihak Mat Sabu. 

Akhir kata, aku nak bagitahu bahawa aku amat kagum dengan Rosmah Mansor kerana dia boleh naik jet eksekutif walaupun dia bukan Menteri atau kakitangan kerajaan.  Kagum juga aku dengan dia kerana mampu memiliki barang kemas jutaan ringgit.  Oleh kerana aku kagum dengan Rosmah, sudah tentu Zahid komidi kata aku satu kandang dengan lembu kondo.   Kahkahkahhhh....

Rabu, 11 Disember 2013

ISU LARANGAN AZAN - KHIR MINTA MAAF, ADAKAH UTUSAN AKAN HABISKAN LAGI WANG RAKYAT UNTUK BAYAR SAMAN?

DI AWAL pemerintahan PR di Selangor selepas PRU 12, dikumandangkan berbagai isu untuk menunjukkan betapa teruknya Selangor di bawah MB TS Khalid yang memimpin PR di negeri tersebut. Media massa kawalan rejim dikerah menyerang siang malam kerajaan Negeri Selangor agar rakyat merasakan mereka tidak akan selamat di bawah pemerintahan PR yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP.
 
YB Teressa Kok (Tengah) bersama Peguamnya dan Khir Toyo
Oleh kerana DAP dilihat banyak membantu untuk menumbangkan Kerajaan Umno/Bn di bawah Khir Toyo waktu itu, maka DAP menjadi sasaran mereka. Maka diheret kepala lembu, disimbah darah babi, digantung kepala babi dan sebagainya untuk menunjukkan betapa teruknya DAP ini kepada orang-orang Melayu Islam. Bukan sedikit yang menjadi bodoh dan diperbodohkan oleh media bangsat lidah Syaitan tersebut.

Kemuncaknya, dicanangkan DAP anti Islam dan DAP tidak suka kepada Syiar Islam seperti laungan Azan. Mangsanya adalah Teressa Kok. Beliau dikatakan menentang laungan Azan. Apa lagi, pertubuhan busuk seperti Perkasam melompat macam katak (maklumlah bos mereka pun spesis katak, Berahim Al Kataki) mengadakan demo dan keluarlah macam-macam perkataan mengutuk Teressa Kok. Parti bernama Umporno pun tumpang semangkuk untuk meraih publisiti. Memang parti bangsat ini sinonim dengan lucah dan fitnah, itu adalah dua jenis makanan rutin mereka. Bahan fitnah menjadi kegemaran parti ini, tetapi akan berselindung atas nama kononnya memperjuangkan Melayu dan Islam.

Di khutbah-khutbah di masjid kampong-kampong dicanangkan DAP anti Azan. Maka Tok Imam atau Khatib yang kebanyakannya sudah tiada gigi di kampong-kampong pun membaca teks dengan irama yang dibawa oleh kaki fitnah itu. Orang-orang dikampong bukan bodoh tetapi sedikit yang cerdik. Yang rajin cari maklumat itulah yang cerdik. Bagi mereka yang cerdik mereka tahu rentak dan mainan puak kaki fitnah ini. Mereka yang bodoh dan mahu diperbangangkan terus melabel DAP anti Islam. DAP itu Komunis kata mereka.

Akhirnya yang Bathil itu tewas juga kepada yang Hak. Allah itu Maha Adil, Keadilan Allah bukan untuk hambanya yang beriman kepadaNya sahaja. Allah adil kepada semua makhluknya. Semalam, tanpa didesak oleh sesiapa, Mantan MB Selangor, Khir Toyo mohon maaf kepada Teressa Kok atas isu larangan Azan ini. Beliau mohon maaf atas penyiaran artikelnya di blog lima tahun lalu berkaitan isu azan. Artikelnya itu banyak dipetik oleh Blogger-Blogger dan FaceBookers pencacai untuk menyemarakkan api perkauman dan memainkan sentimen keugamaan.

Walaupun permohonan maaf itu dibuat tatkala Khir Toyo kehilangan kuasa, tatkala beliau kini tertekan dengan dakwaan rasuah dan sewaktu beliau dipinggirkan oleh ramai pengampu-pengampunya dulu, kita boleh salute dengan sikap beliau. Prinsip jika tidak boleh buat baik sepenuhnya, jangan banyakkan buat jahat.

Teressa Kok tidak pandang kepada duit jika meneruskan saman ke atas Khir Toyo. Namun wanita DAP yang dikatakan jahat, anti Islam ini bermurah hati, berfikiran terbuka dan merendah diri bersetuju menarik balik saman RM 30 Juta ke atas Khir Toyo yang dibuatnya pada Dis 2008 selepas PRU 12 dahulu. Perkara ini dirakamkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Badjenid semalam. Khir membacakan kenyataan maafnya di mahkamah terbuka:

"Saya, Mohamad Khir Toyo, defendan pertama dalam saman ini, tanpa pengakuan liabiliti memohon maaf kepada YB Teresa Kok Suh Sian kerana menyebabkan penerbitan di blog saya www.drkhir.com pada 9 Julai 2008 seperti dinyatakan dalam kenyataan tuntutan." "Saya menyesal menerbitkannya dan bersetuju membayar kos."

Utusan Meloya juga termasuk di dalam saman yang dibuat oleh Teressa Kok dengan jumlah yang sama. Apakah Utusan akan memohon maaf atau akan terus menghabiskan wang rakyat untuk membayar samannya itu nanti? Kita tahu Utusan mana ada wang. Telah banyak duit tabung Utusan dihabiskan dengan membayar saman sehingga Umporno terpaksa beri nyawa kepada Utusan dengan cuba mewajibkan jabatan membuat Iklan di Utusan.

Episod untuk Utusan kita bakal lihat nanti. Jika Utusan mengambil rujukan penulisan Khir Toyo yang mana Khir Toyo sendiri mengaku silap, apakah Utusan masih mahu bertahan dengan fitnah yang terang dan nyata itu? Jika Utusan terus bertahan, kita tidak pelik kerana lidah syaitan memang mustahil untuk menyebut perkara yang baik dan jika ada yang baik pun mesti punyai muslihat.

Ahad, 8 Disember 2013

TUDUH MAT SABU SYIAH - SIAPA DI ANTARA YANG BODOH INI PALING BANGANG?

INI seekor lagi bangsat selain dari si betina Kak Ijat.  Zahid komidi ni sewaktu berucap di PWTC (Pusat Wassatiyah Tahap Cibai) menuduh Mat Sabu pengikut Syiah.  Paling bodoh, dia siap beri lesen kepada Jamil Khir (Menteri agama yang berbohong mengatakan ada 'promosi gula, beras murah' di Sg Limau sewaktu PRK baru-baru ini) untuk bertindak ke atas Mat Sabu.

Zahid komidi ni menteri jaga Polis, takkan dia tak tahu prosedur untuk menangkap seseorang.  Takkan dengan hanya dia berucap ,"Saya tahu siapa pemimpin PAS yang ikut ajaran Syiah, dan saya pelik Orang Syiah boleh menjadi orang nombor Dua dalam PAS", maka Jamil Khir pun boleh tangkap dan dakwa Mat Sabu?  Betapa bebalnya menteri sekor ni.

Aku bimbang kalau-kalau Jamil Khir yang sudah sememangnya bebal itu akan bertambah bengong ikut arahan Zahid komidi.  Jika Jamil Khir lakukan kerja bangang tu, yang bakal kena nanti tentunya Jamil Khir dan Zahid komidi relaks je.  Di antara kedua-dua yang bodoh itu, siapa paling bangang nanti?

Bawalah hujah, bawalah bukti barulah orang respek kerja kamu.  Takkan hanya berani menyalak atas pentas PWTC saja macam bos kamu yang takde telor tu?  Berdepan lah secara anak jantan, dan kalau hebat sangat pelawa Mat Sabu berdebat atas isu Syiah.  Ada berani?  Aku rasa kalau Zahid komidi ini cabar Mat Sabu berdebat hari ini, semalam lagi Mat Sabu akan sahut cabaran beliau.  Masalahnya, Zahid ni tahu ke apa itu Syiah?  Kalau tak tahu belajar dulu, jika tak kenal apa itu Syiah mahu tangkap orang Syiah bagaimana?  Pergi belajar dulu duduk satu kelas dengan Najib yang sedang belajar Najis Mughallazah tu.

Sabtu, 7 Disember 2013

HADAPI BANJIR SAMBIL KITA MENGENALI UMNO

TEMPAT membodek pemimpin buat parti Umno, tentunya di PWTC.  Waktu himpunan mereka ada banyak masa untuk kipas bos mereka termasuk sekali bodek bini bos.  Bukan mudah dapat peluang bodek pemimpin di depan pemimpin itu sendiri, masakan pemimpin itu sanggup turun ke hulu kampong kamu untuk mendengar kamu nak mengampu?  

Maka, sewaktu di PWTC lah gunakan sebaiknya untuk jilat dari atas sampai ke bawah pemimpin 47% saja yang rakyat sokong, termasuk dari para pendatang itu.  Bayangkan hujah nak jaga keselamatan bik mama, maka ada perwakilan yang boleh jadi bodoh menghalalkan jutaan ringgit wang rakyat untuk pesawat peribadi?  Atas alasan keselamatan kononnya, ertinya bini pemimpin dunia luar yang lebih hebat dan maju seperti bini Obama, bini pemimpin Singapura, bini pemimpin Jepun, dan banyak lagi bini-bini pemimpin dunia maju dan kaya termasuk Brunei sekalipun, mereka tidak pentingkan keselamatan kah?  Bini PM negara ini saja yang fikir tentang keselamatan?  Dan, dengan jet peribadi saja yang boleh menjamin keselamatan?  Kapalterbang lain tidak selamat?

Perwakilan juga membodek bila menyatakan bil api dan air rumah PM memang patut mahal, takkan PM nak bergelap katanya.  Jelas sangat bodoh punya ampu.  Hujah mahu menghalalkan gaya hidup mewah pemimpin mereka, sedangkan perwakilan itu tahu dirinya dan keluarganya bahkan majoriti orang-orang Melayu masih mengharapkan sedekah BR1M untuk bernyawa.  Di kala mereka berebut-rebut untuk mengampu pemimpin dan bini pemimpin mereka, rakyat yang majoritinya orang-orang Melayu terutamanya di Pantai Timur di dua buah negeri yang mereka perintah iaitu di Pahang dan Terengganu sedang kelaparan dilanda banjir.  Rakyat ada yang sedang bergelut dengan hidup dan mati, mereka di PWTC bersorak-sorai sambil berebut menjilat pemimpin.

Pemimpin yang diampu itu pun tidak sedar diri srhingga lupa di Pekan, kawasannya sendiri ramai yang sedang berlapar.  Aku amat yakin, seandainya waktu banjir ini sebelum PRU, sudah pasti mereka sanggup tunda Perhimpunan di PWTC kerana kononnya mendahului rakyat.  Malang sekali, banjir berlaku selepas mereka menang PRU 13 dengan sokongan 47%, tetapi berlagak macam dapat majoriti besar.

Selepas bencana banjir ini, jika ada rakyat yang tidak kenal Umno ertinya memang mereka buta hati.

Khamis, 5 Disember 2013

KEMACAIAN KAZIM TETAP DIKENALI

MAKA si Kazim pun dapat 'wahyu' agar menolak berada di Kerusi MT (Macai Tertinggi).  Manakan tidak, belum istihar terima tawaran dari Najib lagi bertubi-tubi si Kazim kena belasah sehinggakan terpaksa tunjuk muka kesihan libatkan anak bini beliau.

Di dakam keadaan begitu pun, beliau masih ingin berbohong.  Kita masih ingat kata-kata beliau suatu ketika bahawa beliau ingin berhenti dari berceramah kerana ada ugutan sehingga ke tahap membunuhnya.  Hebat juga pengaruh si Kazim ini mengalahkan DS Anwar rupanya, tapi malangnya PAS sudah pecat awal lagi ustat sekor ini.  

Terbaru, beliau sebut akan berhenti ceramah kerana atas faktor kesihatan pula.  Pulak dah.  Beliau juga kata terpaksa menolak tawaran menjadi ahli MT kerana ingin menumpukan perhatian penuh kepada sekolah agamanya.  Cuba kita bayangkan jika beliau tidak dicerca ramai, kompom beliau akan terima tawaran itu.  Tetapi kita sudah awal membacanya, kita telah dedahkan sikap hipokrit dan penipu beliau, maka kerana telah merasa amat malu dan tertekan terpaksalah beliau tolak tawaran tersebut.  

Meskipun beliau telah menolak tawaran untuk berada dalam saf "Macai Tertinggi" itu, nemun kemacaiannya tetap dikenali.

Selasa, 3 Disember 2013

BARU KAZIM TAHU ERTI MALU?

MAKA, Si Kazim pun menagih simpati kononnya keluarga beliau terasa teramat malu bila mana beliau dikutuk oleh orang ramai sejak ustaz cari makan ini dilamar oleh parti sekular peninggalan penjajah itu.

Aku ingatkan keluarga beliau merasa bangga bila mana ustaz ini dengan mudah dapat duduk di dalam MT, sedangkan ada MB yang tak dapat pun duduk di situ.  Si Kazim dapat mudah hanya dengan kutuk PAS dan Anwar cukup.  Kita tak lupa bila pemimpin rejim yang memerintah sekarang saban waktu mengaibkan Anwar dengan fitnah seks, si ustaz upahan ini menjadi syaitan bisu.  Sedikit pun kelakuan pemimpin parti sekular dan sekutu Apco itu tidak ditegurnya.  Begitu juga bila mereka menuduh PAS adalah parti sesat, Syiah, Wahabi dan sebagainya, ustaz upahan yang sampai sekarang mengaku masih menjadi ahli PAS itu senyap seribu bahasa umpama ular kekenyangan.

Sekarang si ustaz ini meroyan macam orang gila mengapa?  Baru kena kutuk dan sindir sikit oleh orang ramai sudah tak tahan?  Belum lagi difitnah seks seperti Anwar, Azmin, Mustafa Ali atau seperti Us Dr Badrul Amin lagi yang saban malam disiarkan melalui TV3 suku dan Utusan meloya.  Adakah mereka tiada keluarga yang merasa aib dengan fitnah tersebut?  Adakah kamu saja wahai Kazim yang ada keluarga yang tahu malu?  

Inilah balasan Allah terhadap sikap hipokrit kamu selama ini.  Sanggup jadi syaitan bisu demi jaga hati pemimpin pujaan kamu yang kaki fitnah itu.  

Sabtu, 30 November 2013

FAEKAH JANGAN BIADAB DENGAN ORANG POLITIK, AZMIN JANGAN MAIN WAYANG KULIT DAN TS KHALID PERLU DENGAR NASIHAT BOS

FAEKAH Husin, Setiausaha Politik MB Selangor tidak perlu bersikap kurang ajar bila menggelar YB Azmin, Timbalan Presiden PKR sebagai sarkas di dalam twitter beliau.  Walaupun beliau mahu menunjukkan setia tidak berbelah bahagi kepada TS Khalid, tetapi beliau harus membela bosnya dengan hujah bukan menghina.

Di dalam isu kenaikan gaji mendadak dan terlalu tinggi yang diluluskan oleh Dun Selangor, bukan sedikit yang tidak bersetuju malah aku jamin jika diadakan pungutan suara pasti ramai yang tidak bersetuju.  Kita bukan tidak bersetuju kesemua Adun dan Speaker itu dinaikkan gaji tetapi biarlah munasabah dengan situasi semasa rakyat kini.  Jika Azmin menentang kenaikan gaji tersebut dan mohon ditangguhkan, kita mahu persoal Azmin mengapa beliau tidak menentang sewaktu Rang Undang-Undang tersebut dibaca dan dibahaskan di dalam Dun?  Aku bersetuju dengan saranan Azmin tetapi tidak bersetuju dengan sikap beliau yang menunggu DS Anwar berbunyi dahulu baru beliau mahu berbunyi.

Aku tidak nampak mengapa begitu tergesa dan begitu tinggi kenaikan gaji itu di dalam keadaan tidak semua masalah rakyat di Selangor berjaya diatasi.  Sekali lagi, aku bersetuju gaji mereka dinaikkan tetapi bukan setinggi itu. Paling memalukan, alasan kenaikan ini adakah kononnya untuk mengelakkan Adun memakan rasuah.  Wajarkah kita memberi "rasuah" untuk mengelak mereka dari melakukan rasuah?  Perbuatan rasuah adakah berkaitan dengan jati diri atau iman bagi mereja yang berugama Islam.  Wang ringgit tidak akan dapat selesaikan masalah rasuah.  Memang benar, Sarawak lagi jauh tinggi gaji Wakil Rakyat mereka tetapi itu bukan alasan untuk kita mengambil kesempatan sehingga rakyat terfikir apakah benar kita melaksanakan kesederhanaan dan berkebajikan?

Betul, rakyat susah dan derita sekarang akibat pemerintahan rejim 47%, mungkin tiada kena mengena dengan kenaikan gaji itu.  Tetapi tidakkah kita terfikir apa perasaan rakyat yang menelan air liur mendengar gaji Wakil Rakyat mereka begitu tinggi di dalam keadaan  mereka merasa amat tertekan dengan kos sara hidup kini?  Belajarlah cara menghormati perasaan orang lain, usah pedulikan sifat tamak haloba pemimpin umno/Bn itu dan jangan kita cuba meniru mereka.

Aku bukan penyokong Azmin, bahkan sebelum Anwar atau Azmin keluarkan kenyataan menegur MB Selangor itu, ramai di antara kita termasuk aku telah mengkritiknya kerana ianya tidak masuk akal dan tidak bijak untuk jangkamasa panjang politik PR di Selangor.  Apa pun alasannya tindakan itu tidak mencerminkan kita mendepani permasalahan rakyat.  

Tidak perlu salahkan TS Khalid seorang dan tidak perlu Faekah meroyan membela bosnya.    Ini tanggungjawab semua ahli Dun termasuk Azmin yang menyokong atau tidak membantah usul ini.   Aku hairan, majoriti di dalam Dun Selangor itu golongan ugama di kalangan orang Melayu tetapi mereka boleh alpa perkara ini.  Jika alasan untuk membantu Adun yang dikatakan tidak cukup duit untuk membangunkan kawasan masing-masing, mengapa tidak ditambah saja peruntukan untuk Wakil-Wakil Rakyat?  

Di dalam isu ini MB Selangor harus mendengar nasihat bos beliau, DS Anwar.  Beliau harus faham beliau naik melalui politik dan berfikirlah cara orang politik.  Azmin pula, jangan sentiasa menunggu bos bersuara baru mahu bersuara sedangkan waktu ada peluang bersuara kamu diam.  Faekah Husin, kerja kamu bukan menghina orang politik kerana kamu harus sedar kamu bekerja dengan orang politik bukan dengan orang korporat.  

Khamis, 28 November 2013

RAKYAT SABAH HARUS REDHA 'KATAK-KATAK' ITU DITERNAK OLEH BN

AKU sedikit pun tidak terkejut jika terlalu banyak 'katak' di Sabah.  Isu terbaru 11 Ketua Cabang PKR dan orang-orangnya telah istihar keluar parti, sedikit pun tidak mengejutkan kerana di Sabah bab kehebatan melompat ini memang tidak boleh ditandingi sebelum PKR bertapak di Sabah lagi.  

Pemimpin PBS sendiri mesti setuju dengan pendapat aku, bahkan parti awal yang hebat seperti USNO pun sudah lali dengan spesis katak ini.  Aku boleh terima ada di antara mereka yang melompat keluar PKR itu menyalahkan sikap campurtangan beberapa pimpinan PKR Pusat yang keterlaluan di negeri tersebut kerana bukan saja di Sabah, di negeri-negeri Semenanjung pun ada pimpinan Pusat yang cuba menjadi Pengarah mencatur orang-orangnya termasuk untuk menjadi calun Pilihanraya.  Itu memang aku akui.  

Aku hampir percaya tindakan mereka itu adalah kerana sikap tidak betul beberapa pimpinan Pusat, tetapi apabila mereka mengambil keputusan untuk keluar parti dan menyokong Bn iaitu kerajaan 47% ini, kepercayaan aku langsung hilang terhadap alasan mereka.  Kini aku lebih yakin mereka melompat keluar kerana mereka tidak tahan mengalami kesukaran perjuangan, dan mereka mahu hidup lebih senang dan berjuang dengan mudah di bawah kerajaan yang majoriti rakyat telah pun tolak itu.  Aku tidak tuduh mereka diberi imbuhan untuk keluar parti, tetapi jika ada yang mendakwa sedemikian aku tidak sukar untuk bersetuju dengan pendapat mereka.  

Kita tidak pelik rakyat Sabah semenjak dulu hingga sekarang masih ditakuk lama kerana perangai orang-orang politik mereka yang seolah-olah 'badi katak' turun temurun.  Rakyat Sabah harus ubah tabiat ini.  Kita di Semenanjung tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengubah tabiat pelik orang-orang politik di Sabah yang suka melihat rakyat Sabah terus diperkudakan asalkan mereka senang lenang.  Apa pun ini tidak bererti PKR mesti berputus asa di Sabah.  Tidak semua rakyat Sabah murah harga diri.  PKR mesti terus mencari pemimpin Sabah dari akar umbi yang telah sekian lama teruji dengan kesusahan perjuangan.  Jangan pilih yang sudah biasa senang untuk dilantik sebagai pemimpin walaupun mereka berpendidikan tinggi atau berpengalaman politik kerana orang seperti ini tidak boleh merasai kesusahan.

Ini bukan bermakna kita mesti pilih orang miskin sebagai pemimpin.  Ada juga orang miskin yang tiada harga maruahnya.  Orang miskin yang sanggup jual maruah diri demi perut pun melambak di Sabah.  Terpulanglah kepada rakyat Sabah pemimpin bagaimana yang mereka harapkan untuk membawa perjuangan PKR bagi mengubah nasib rakyat Sabah.  Rakyat Sabah perlu melihat Selangor atau P.Pinang di bawah PR.  Tidakkah mereka mahu Sabah menjadi seperti kedua-dua negeri itu?  Jika mahu, redhakan saja katak-katak itu diternak oleh Umno/Bn, kita terus melangkah ke hadapan.

 

Rabu, 27 November 2013

MENGAPA MUFTI KEDAH TAKUT BERSEMUKA DENGAN DR MAZA SETELAH BELIAU BUAT TUDUHAN?

TIDAK terfikir oleh kita bagaimana seorang Tok Peti boleh membuat tuduhan sesat ke atas ilmuan agama yang lain secara terbuka di dalam kuliahnya, tetapi bila dicabar untuk membuktikan tuduhannya itu dia menjadi bisu. Itulah yang terjadi di dalam isu kontroversi melibatkan Tok Peti Kedah dengan Dr Asri @ Dr MAZA.

Ada penyokong Tok Peti Kedah ini berbahas dengan aku di FB, beliau mempertahankan tuduhan Tok Peti terhadap Dr MAZA atas hujah katanya di Kedah hanya ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazham Shafie sahaja dibenarkan. Aku tidak mahu ulas tentang mazhab itu kerana bukan sahaja di Kedah bahkan seluruh Malaysia pun itulah pegangan umat Islam keseluruhannya. Apa yang aku timbulkan adalah "Benarkah Dr MAZA itu sesat kerana fahaman Wahabi" seperti yang dituduhnya? Tuduhan Tok Peti ini kita boleh tonton dan dengar di Youtube di mana secara terang dan nyata beliau menyesatkan Dr MAZA dan Fathul Bari atas dakwaan kononnya Wahabi.

Kita bukan mahu bincang Wahabi itu sesat atau tidak, biarkan orang yang pakar atau Ulamak sahaja membahaskannya. Sebagai orang yang jahil, aku tertanya-tanya atas dalil dan nas mana Tok Peti itu kutip untuk mendakwa Dr MAZA itu sesat? Apabila orang yang dituduhnya itu menafikan, dan mahu Tok Peti itu tampil menjelaskan tuduhan atau lakukan Sumpah Mubahalah, sepatutnya Tok Peti yang berilmu tinggi ini tampil. Bukankah agama itu tegak dengan ilmu dan hujah? Jika tidak sanggup berhujah mengapa sanggup buat tuduhan?

Aku bukan penyokong atau pengikut Dr MAZA bahkan aku tidak pernah pun ikuti Kuliah Dr MAZA secara berdepan kecuali menonton melalui Youtube atau VCD kuliah atau wacana dan forumnya. Aku mahu persoalkan perkara-perkara berikut;

1. Jika Tok Peti anggap Dr MAZA itu sesat, mengapa dibiarkan Dr MAZA terus menyesatkan orang lain?

2. Jika banyak pengajar-pengajar ajaran sesat yang lain telah diambil tindakan, mengapa Dr MAZA masih bebas berkuliah malahan media kerajaan pun sering memanggilnya di dalam wacana mahupun forum?

3. Tok Peti adalah di antara orang yang boleh mengeluarkan fatwa, adakah pernah keluar Fatwa bahawa ajaran Dr MAZA itu sesat?

Sebagai seorang yang berilmu, sewajarnya Tok Peti ini tampil menjawab hujah Dr MAZA, bukan baling batu sembunyi tangan. Jika sesat Wahabi itu, tunjukkan bukti bahawa Dr Asri itu Wahabi. Terlalu banyak tuduhan yang pada aku tidak masuk akal yang telah dibuat oleh Tok Peti terhadap Dr MAZA, malangnya Dr MAZA dizalimi apabila beliau tidak dapat mempertahankan dirinya dari tuduhan rambang tersebut. Seolah-olah ragamnya sama seperti pemimpin Umno yang berani menuduh tetapi terlalu takut untuk berdebat dan berhujah.

Di bawah ini, aku salin semula jawapan ringkas Dr MAZA terhadap tuduhan Tok Peti berkenaan;
 
 
Prof Madya Dr Asri @ Dr MAZA

Ada pihak menunjukkan kepada saya satu rakaman fitnah yang sedang disebarkan, yang dibuat oleh Dato’ Badaruddin Mufti Negeri Kedah. Walaupun pada asasnya beliau bercakap tentang nama satu pihak dan isu wahabi namun dalam celahan sepintas lalu beliau menyebut nama saya.

Bagi mengulas hal ini, saya menyebut beberapa perkara berikut;

1. Adapun tuduhan beliau kepada aliran wahabi, itu urusan beliau dengan mereka. Pun begitu, saya katakan bahawa walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengan beberapa pandangan ulama Saudi, tapi menuduh puak yang berbeza dengan sewenang-wenang perlulah berhati-hati. Ada kiraan dosa dan pahala di sisi Allah. Saya fikir sebodoh mana pun muslim tidak akan berkata bahawa ‘Allah memegang najis’, ‘Allah macam kera’. Tiada siapa yang dapat menerima perkataan yang seperti itu. Apakah mungkin untuk kita berkata kepada mereka yang menjadi imam-imam di Masjidil Haram dan Masjid Nabi ada kepercayaan yang seperti itu. Walaupun mungkin ada beberapa perkara yang kita tidak setuju dengan mereka, tidak wajar membuat ‘tembakan rambang’ kepada mereka. 

2. Ada pun beberapa fitnah yang beliau sebut dan seakan macam saya juga bersetuju dengan hal itu maka katakan WALLAHI, wa BILLAH wa TALLAHI itu adalah fitnah beliau semata. Beliau hendaklah membuktikan tuduhan-tuduhan beliau samada melalui rakaman atau tulisan saya sendiri. Satu akhlak yang buruk bagi sesiapa yang menuduh orang tanpa bukti yang boleh dijadikan asas. 

3. Isu tidak mengiktiraf keberkatan Nabi s.a.w dan menafikan boleh mengambil keberkatan Nabi s.a.w (tabarruk) termasuk tentang rambut Nabi s.a.w jika hendak dikaitkan dengan saya, adalah dusta. Sesiapa yang menonton video saya di youtube bertajuk: “Memburu Barakah” akan mengetahui pendirian saya tentang hal tersebut. Saya tidak nafikan tetapi berusaha memberikan makna dan panduan.
 
4. Isu tidak membenarkan orang solat tarawih lebih dari lapan rakaat bahkan menyatakan Perlis tidak membenarkan dan menganggap masuk neraka sesiapa yang bersolat lapan rakaat ke atas, adalah fitnah beliau yang beliau bertanggungjawab di hadapan Allah. Sejak sekian lama artikel saya bertajuk “Kekeliruan Tentang Solat Tarawih” yang di siar di web saya (Minda Tajdid), Akhbar Sinar Harian dan pelbagai laman web menyebut -antara lain- tentang solat tarawih: “Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat sehingga apabila hendak masuk subuh berwitirlah”.


5. Isu tentang kononnya menyamakan Allah dengan makhluk seperti manusia dan kera adalah pembohongan dan fitnah beliau yang amat besar. Beliau boleh cari di manakah kenyataan yang seperti itu dalam tulisan ataupun ucapan saya yang begitu mudah di dapati di dunia siber. Tetapi hendaklah dipastikan ucapan dan tulisan yang tidak diedit dan dalam konteks yang betul. Jawapan saya dalam masalah ‘Arasy umpamanya sama dengan apa yang Hasan al-Banna sebut dalam ‘Usul al-‘Isyrin’, apa yang Sayyid Qutb sebut dalam Zilal al-Quran dan Dr Wahbah al-Zuhaili sebut dalam Tafsir al-Munir (lihat tafsir ayat 54, Surah al-‘Araf). Saya sebut nama-nama itu kerana mereka dikenali oleh orang melayu. Jawapan yang sama disebut oleh TG Nik Abd Aziz Nik Mat dan tokoh-tokoh yang lain. Sila tonton pelbagai video saya dalam hal ini.


6. Menuduh orang secara dusta adalah dosa yang besar. Saya akan bertemu dengan beliau di mahkamah Masyar dan juga Allah ada urusan dan tindakanNYA di dunia ini. Saya meminta beliau menarik balik kaitan itu, jika beliau rasa beliau tersilap ataupun diberikan maklumat yang salah. Sabda Nabi s.a.w:


“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dos orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).


7. Jika tidak, saya mengajak beliau BERMUBAHALAH iaitu bersumpah laknat atas nama Allah. Jika saya menyebut seperti tuduhan-tudahan beliau maka laknat Allah ke atas saya. Jika tidak, maka laknat Allah ke atas beliau.


8. Saya pohon kemaafan kerana terpaksa menjawab secara terbuka kerana tuduhan beliau disiarkan terbuka.


9. Kepada Allah kembali segala urusan. Sabda Nabi:


“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:


“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).


Dalam riwayat Ahmad yang lain:


“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani) 

Isnin, 25 November 2013

KAMARUZAMAN MANGSA FITNAH UTUSAN AKIBAT KELEMAHAN SENDIRI?

"PAS UMPAMA BARUA DAP", itulah bunyinya tajuk Utusan Online di SINI.  Tanpa ada tanda 'soal' atau bermaksud andaian samasekali, tajuk itu jelas menyebut " Pas Umpama Barua DAP" kononnya itulah yang disebut oleh Sdr Kamaruzaman Mohamad, calon Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang tewas baru-baru ini kepada Sdr Suhaizan Kayat di dalam Muktamar PAS.

Ucapan Sdr Kamaruzaman ini dipetik sewaktu beliau membahaskan usul mewakili Wilayah Persekutuan.  Laporan dari Utusan semua kita maklum bahawa datangnya dari 'lidah syaitan' iaitu jika tidak berbohong pastinya cuba untuk mengelirukan kita di dalam PR.  Namun, bohong atau tidak, fitnah atau tidak, laporan itu mesti kita jawab agar pembacanya yang 'tidak berdosa atau jujur' tidak akan termakan dengan hasutan Iblis.  Itulah sebabnya apabila keluarnya laporan tersebut, maka banyak FaceBook atau Blog yang mengulas isu berkenaan, sedikit sebanyak tempiasnya dapat juga kepada Sdr Kamaruzaman.

Sdr Kamaruzaman Mohamad menjadi mangsa fitnah Utusan
Saya bukan penyokong Sdr Kamaruzaman sewaktu beliau bertanding untuk merebut jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat baru-baru ini.  Saya tidak menyokongnya bukan kerana beliau dikategorikan sebagai Ustaz atau golongan Ulamak.  Saya tidak menyokongnya kerana saya lebih mengenali Sdr Suhaizan Kayat yang lebih menampakkan gerak kerjanya di dalam PAS terutamanya di peringkat Pusat.  Mungkin Sdr Kamarzaman bekerja untuk parti tetapi agaknya kurang aktif bergerak di peringkat Pusat maka kurang yang mengenali beliau.

Walaupun bukan penyokongnya, saya ingin menyatakan bahawa apa yang dilaporkan oleh Utusan itu merupakan satu fitnah.  Saya sendiri telah berhubung dengan beliau untuk mendapatkan kepastian maksud ucapannya itu.  Beliau telah nyatakan bahawa ucapannya hanya menyentuh dua isu.  Pertama, berkaitan Isu Kalimah Allah dan kedua isu 'tuduhan Umno bahawa PAS menjadi barua DAP dan PKR".  Katanya, pimpinan parti harus tangani kedua2 isu ini jika ingin mendapatkan sokongan orang-orang Melayu berugama Islam.  Ini maksud ucapan beliau.

Mungkin, ucapan yang sedikit menimbulkan pertanyaan itulah yang memudahkan Utusan mengekploitasikannya sebagai bahan fitnah.  Salahnya Utusan adalah menjadikan tajuk itu seolah-olah Sdr Kamaruzaman yang berkata sedemikian.  

Walau bagaimanapun, pada saya kedua-dua isu tersebut tidak perlu kepada pimpinan tertinggi parti untuk menjelaskannya.  Apakah kita di peringkat bawahan ini masih kabur dengan kedua-dua permasalahan tersebut sehingga kita tidak mampu untuk menangkis hujah mereka di dalam dua isu berkenaan?

Bagi saya, tidak perlu petik dalil dari Al-Quran mahu pun Hadith untuk menjawab kedua-dua isu berkenaan.  Jawapan mengikut lojik saja sudah cukup untuk menerangkannya.  Isu kalimah Allah, lojiknya adalah sememangnya Umno membenarkan penggunaan Kalimah Allah digunakan oleh Non Muslim di Sabah dan Sarawak.  Ini dinyatakan secara jelas oleh Najib.  Bahkan, Kitab Bible tulisan Rumi berbahasa Melayu dibawa masuk ke Malaysia adalah di bawah tanggungjawab dan kuasa KDN, iaitu Menterinya adalah dari pemimpin Umno.  Lojiknya, mengapa PAS pula mahu menjawab isu ini?

Isu kedua, berkaitan Umno menuduh PAS menjadi barua DAP dan PKR.  Apakah kita tidak mampu menjawab hujah yang teramat dangkal ini?  Semenjak bila Umno tidak menuduh PAS?  Dan, apakah setiap tuduhan Umno itu mesti kita bebankan kepada pimpinan tertinggi PAS menjawabnya?  Kita boleh jawab isu ini dengan mudah apatah lagi bukti melambak di depan kita betapa semenjak PAS bersama PR, terutamanya di Selangor di bawah PKR atau di P.Pinang di bawah DAP, kemajuan dan Syiar Islam itu menampakkan peningkatan berbanding sewaktu pemerintahan Umno/Bn.  Kelemahan tentulah ada, tetapi banyak yang lemah atau banyak yang baik?  

Kita boleh dapatkan banyak fakta yang menunjukkan semenjak PAS bersama DAP dan PKR, banyak perjuangan PAS dapat direalisasikan untuk meningkatkan kemajuan Islam.  Apakah program penerangan PAS atau dakwah Islam yang dibawa oleh PAS terganggu atau tergugat di kedua-dua negeri ini?  Untuk mengetahui samada baik atau buruknya PAS bersama DAP dan PKR, pejamkan mata sejenak dan bayangkan sekarang PAS berada di bawah negeri Umno/Bn.  Adakah PAS tiada pengalaman itu?

Ertikata lain, terlalu banyak hujah yang boleh kita bawa untuk menjawab kedua-dua isu ini.  Mengapa perlu kita bebankan pimpinan tertinggi kita untuk menjawabnya?  Kelemahan kita mungkin kerana gagal memahamkan mereka yang buta terhadap kedua-dua isu ini atau kita sendiri pun masih buta tentang isu ini.  Jika kita masih buta, maka tangguhkan dahulu cita-cita kita untuk menjadi pemimpin kerana pemimpin mesti peka dengan setiap isu dan rajin mengorek fakta dan hujah untuk mempertahankan partinya sendiri dari diserang musuh.

Sabtu, 23 November 2013

MASIH ADA PERWAKILAN MASIH TIDAK TAHU SIAPA KETUA PR ?

SIAPA akan jadi PM jika PR Perintah Putrajaya?  Adusss...mengapa ada perwakilan yang masih bertanya soalan tahap ini?  Namun, siapa yang mengetuai PR telah dijawab oleh Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi di dalam sidang medianya pada Muktamar PAS hari ini.

"PAS ada hak (mengetuai)... Perlu kita bincang semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat," katanya dalam sidang media tengah hari ini selepas penangguhan sidang bagi sesi pagi.  Beliau mengulas perbahasan perwakilan Johor Firdaus Masood yang membangkitkan siapa pemimpin yang mengetuai Pakatan Rakyat.
 
Jawapan Presiden tepat dan berpijak di bumi nyata.  Sebut tentang hak, memang PAS ada hak.  PAS ada hak untuk ketuai PR tetapi tentulah terpaksa mematuhi syarat-syarat tertentu di dalam PR untuk menjadi ketua.  Mustahil PAS boleh terus dabik dada untuk menyebut parti berkenaan jadi ketua.  PKR pun tidak boleh dabik dada, jauh sekali DAP.  Cara paling bijak adalah berunding sesama PR.  
 
Sebelum ini bukan rahsia, semenjak dari PAS di zaman Almarhum Us Fadzil Noor parti tersebut mengiktiraf DS Anwar sebagai ketua dan bakal PM jika Pembangkang menguasai Kerajaan.  Selepas itu, Mursyidul Am PAS pun berkali-kali sebut DS Anwar Ibrahim layak menjadi PM.  DAP sudah lama iktiraf ketokohan DS Anwar sebagai PM jika Pembangkang berkuasa.
 
Perlukah diubah?  Tidak salah untuk diubah kerana jawatan PM bukan hak mutlak Anwar.  Bahkan PKR pun bukan hak mutlak Ketua Pembangkang ini.  Tetapi tentulah ada kaedahnya dan lojiknya mana-mana parti untuk meletakkan pimpinan mereka menjadi Ketua.  Menjadi Ketua di dalam Pembangkang belum tentu akan menjadi PM jika berkuasa.  
 
Waktu sekarang ini, kita perlu bekerja kuat.  PAS mesti kuatkan usaha rampas Kedah dan kembalikan semula kekuatan di Terengganu, sambil itu baiki kelemahan yang mula dapat dilihat di Kelantan.  PKR pula mesti kerja kuat dengan mengemaskinikan jentera yang masih lemah disamping mempertingkatkan jati diri ahli-ahli PKR terutama pimpinannya kerana budaya lompat menjadi katak ini seolah-olah sudah sebati dengan PKR.   Meskipun DS Anwar sebelum PRU13 yang lalu berjanji bahawa calon-calon yang bakal diketengahkan nanti cukup mantap dan teruji, namun masih juga berlaku lompat di Sabah, umpamanya.  Ini menjejaskan kredibiliti PKR, walaupun bab lompat melompat ini tiada kena mengena dengan kelemahan dasar parti, ianya lebih kepada integriti seseorang individu.  Mungkin salah percaturan dan salah pilih calon menjadi puncanya.
 
DAP pula jangan sangka sepanjang masa kaum Cina menolak Bn.  Memang diakui sokongan kaum Cina kepada PR amat luar biasa, tetapi harus diingat mereka sokong PR tidak semestinya mereka sokong DAP sebaliknya mungkin kerana teramat benci kepada Bn.  Jika hilang bencinya, tidak mustahil PR akan hilang sokongan masyarakat kaum Cina ini.  Justeru itu, DAP tidak boleh selesa.  DAP juga jangan suka mengusik rakan-rakan yang lain dengan isu-isu sensitif.  Karpal Singh patut dimotivasikan jika DAP mahu lebih releven di dalam PR.
 
Apabila kita sudah kuat di semua sudut, tentulah lebih mudah untuk kita bercakap soal siapa layak jadi Ketua.   Jika kita dilihat semakin lemah, bagaimana kita mahu menuntut banyak perkara?


Jumaat, 22 November 2013

KESIHAN MAT SABU !!

TERLEBIH dahulu takut terlupa, aku ucapkan Tahniah dan Syabas kepada Sdr Suhaizan Kayat yang telah berjaya memenangi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat di dalam Muktamarnya semalam.  Begitu juga Tahniah buat Puan Siti Zailah Yusof yang terus memegang jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, di samping Dr Mariah Mahmud sebagai Timbalan.  

Kesemua di atas bukan golongan Ulamak tetapi tidak akan memusuhi Ulamak bahkan sentiasa patuh kepada keputusan Dewan Ulamak atau Majlis Syura PAS.  Ini bermakna Pemuda PAS telah boleh berfikir pemimpin mana yang patut diangkat untuk meneruskan perjuangan PAS untuk lebih jauh ke hadapan dan tidak beku di ruang masjid atau madrasah semata-mata.  

Sabtu nanti, terjawab pula persoalan samada PAS mahu golongan Ulamak berada di Kerusi Nombor Satu dan Dua, atau mahu Ulamak di Kerusi Utama dan bergandingan dengan aktivis serta profesional di Kerusi Timbalan.  Dewan Ulamak telah buat usul agar jawatan Presiden dan Timbalan mesti dari golongan Ulamak.  Ini hanya usul, belum diputuskan atau diluluskan.

Samada usul itu bijak dibuat disaat-saat Mat Sabu yang bukan dari golongan Ulamak cuba mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden daripada direbut oleh Nik Amar yang dikatakan golongan Ulamak.  Jika ada perwakilan yang terpengaruh dengan 'kempen' Dewan Ulamak ini, tentunya Nik Amar begitu mudah untuk menang.  Simpati dengan Mat Sabu, segenap penjuru beliau ditekan dan paling memilukan datangnya dari Dewan Ulamak yang mahu Ulamak di Kerusi Nombor Dua setelah Presiden pun dari Ulamak juga.

Apakah satu ketika nanti kesemua jawatan di dalam PAS mesti dari golongan Ulamak?  Selain dari Ulamak hanya boleh mengundi PAS untuk pilihanraya sahaja?  Mereka yang buat kerja tungkus lumus di bilik gerakan sewaktu pilihanraya adakah kesemuanya Ulamak?  Mengapa bila sebut undi, kita akan terima semua tetapi bila sebut jawatan...ooopss...mesti Ulamak?

Isnin, 18 November 2013

PAS AKAN MENYESAL SEPANJANG ZAMAN JIKA KUTIP MAKHLUK PEROSAK INI

HASAN Jati mahu 'pertimbang' masuk PAS?  Anda jangan termuntah dahulu, biarkan aku terus mengulas isu paling kelakar kali ini.  Apa kata Hasan Jati? "  Jika keadaan mengizinkan, ertinya jika perjuangan PAS di landasan betul dengan memperjuangkan Islam, keistimewaan Melayu, institusi diraja dan menghormati peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan, saya sedia mempertimbangkannya,” katanya pada sidang media, kelmarin.

Hasan Jati - Sedia pertimbang kemahuan sendiri?
Anda masih ingat agaknya bila mana si Hasan Jati ini menyalak ke hulu ke hilir, tegang urat merih beliau bercakap di dalam beberapa siri ceramah Jati sebelum PRU 13 yang lalu, "Jangan beri kepada PAS hatta satu undi pun".  Begitulah hebatnya si Hasan Jati ini mengampu Umno dan cita-citanya waktu itu memang untuk menghancurkan PAS biarpun parti tersebut pernah menempatkan beliau di Kerusi Pesuruhjaya PAS Selangor seterusnya menjadi Wakil Rakyat dan Exco.  Perangai pelik Hasan Jati bermula bila sudah hilang jawatan di dalam PAS sebagai Pesuruhjaya di mana sebelum itu di'malu'kan dengan undian perwakilan Muktamar PAS yang meletakkan Hasan Jati di tangga hampir tercorot sebagai AJK PAS Pusat.  Memang malu sebagai bekas Naib Presiden dan Pesuruhjaya boleh terkebelakang.

Maka berbagai-bagai ragam dibuat oleh si Hasan Jati agar parti boleh memecatnya dan beliau akan berpeluang menuduh parti menganiayai beliau.  Beliau rasa apabila beliau dipecat, ribuan ahli PAS yang menyokongnya akan mengikutnya seperti yang terjadi kepada DS Anwar Ibrahim di dalam Umno.  Bila Anwar dipecat, ratusan ribu ahli Umno mengikut DS Anwar di dalam reformasi.  Malangnya, Hasan Jati tidak mampu mengikut DS Anwar.  Beliau keseorangan keluar hanya disambut oleh bekas-bekas ahli PAS sahaja.  Sehingga kini, tiada siapa tahu berapa kerat ahli Jati bahkan berapa orang AJK nya pun tiada diketahui.

Mengapa selepas PRU 13 si Hasan Jati mahu bercakap tentang masuk PAS?  Sebabnya kerana Umno sudah tidak pedulikan lagi macai sepertinya.  Dulu Umno hanya mahu Hasan Jati jadi kuda sahaja.  Tidak nampak pun hasil Hassan Jati berkempen yang boleh membantu Umno, bahkan di Selangor sokongan kepada PAS terutamanya dan PR amnya semakin bertambah.  Zul Kulum sahabat baik Hassan Jati pun tertiarap teruk di Shah Alam.  Ertinya Umno tahu macai ini tidak hebat seperti yang dijangkakan.  

Muktamar PAS akan berlangsung pada 24 November ini.  Di tengah ahli-ahli PAS sedang bercakap tentang kumpulan aktivis/profesional dan Ulamak, si Hasan Jati mahu ambil kesempatan.  Beliau sedia 'pertimbang' untuk masuk PAS sekiranya golongan Ulamak menang, itu katanya.  Lazimnya ayat 'pertimbang' itu boleh digunakan jika ada pihak yang tawarkan dia sertai PAS semula.   Tetapi ini tidak berlaku.  Tiada siapa di dalam PAS yang bodoh dan kemaruk ingin kepada macai sepertinya, tiba-tiba dia kata sedia 'pertimbang'.  Dia yang bercita-cita untuk masuk PAS, dia juga yang akan pertimbang kemahuannya.  Kelakar yang menampakkan dungu.

Dalam pada itu, beliau berpendapat supaya Pas mengkaji semula kedudukan parti itu dalam PR kerana peranan Pas seakan-akan tidak menonjol lebih-lebih lagi selepas PRU13.  Jelas, memang Hasan Jati mahu PAS keluar dari PR.  Untuk apa?  Beliau tahu PAS nampak lebih kuat dan berpengaruh jika terus berjuang di dalam PR.  Untuk lemahkan PAS, beliau suka jika PAS berpisah dari PR.  Bila sudah berpisah, mudahlah Umno mendekati PAS dan kerjasama PAS-Umno akan terjalin.  Jika ini berlaku, satu kejayaan besar buat beliau. 

Beliau kononnya menyokong Ulamak di dalam PAS, maka beliau harap golongan Ulamak di dalam PAS akan menang di dalam Muktamar PAS nanti.  Beliau beritahu, PAS mesti dipimpin oleh golongan Ulamak.  Sewaktu beliau memegang jawatan tinggi di dalam PAS dahulu, beliau tidak kisah pun soal Ulamak atau tidak kerana beliau pun bukannya Ulamak.  Bila sudah tiada jawatan, baru terfikir Ulamak kena berada di dalam jawatan tertinggi PAS.  Ini menampakkan Hasan Jati sudah tidak tentu arah berfikir.  Pendirian tidak tetap dan kelihatan gila kuasa.

Adakah ahli-ahli PAS sudah bersedia untuk terima Hasan Jati?  Jika terima Hasan Jati samalah juga PAS terima Umno sebagai sahabat politik.  Jangan lupa, UG di dalam PAS bakal meletup jika melayani Hasan Jati.  PAS akan menyesal sepanjang zaman jika Hasan Jati berada di dalam PAS semula.  Makhluk perosak ini patut dibiarkan meroyan sendiri di luar sana.  Umno tidak selera untuk kutip Hasan Jati, mengapa PAS harus selera dengan insan lidah bercabang ini?


Ahad, 17 November 2013

ISU HUDUD DI KELANTAN - MENGAPA US NIK AMAR ULAS BUKANNYA MB ATAU EXCO AGAMA?

ENTAH mengapa tiba-tiba media mula hangat menyebut tentang Hudud yang dikatakan Kelantan telah pun mendapat 'green light' dari Sultan untuk melaksanakannya.  Tok Peti Kelantan pun teruja tentang Hudud ini dan mahukan Kerajaan Negeri melaksanakannya.  

Apakah cukup dengan restu Sultan atau gesaan dari Tok Peti sahaja?  Harus diingat, Kelantan adalah salah satu negeri di bawah Kerajaan Pusat maka mahu tidak mahu Kelantan tetap berada di bawah Perlembagaan Negara.  Apakah kita merasakan Perlembagaan boleh 'merendahkan' sedikit kuasanya dari Al-Quran ?  Apa pun, tahniah, berkat PAS memerintah Kelantan maka ada sedikit demi sedikit keyakinan terhadap Hudud meningkat terutamanya di pihak atasan dan Istana.  Inilah yang selalu disebut oleh YB Husam Musa di dalam Dun Kelantan, bahawa Kerajaan Negeri mesti bersedia mulai sekarang untuk melaksanakan Hudud terutamanya dari segi teknikal.

Baiklah, mengapa media sibuk bermain dengan isu Hudud di Kelantan saja?  Apakah negeri-negeri lain di bawah Umno tidak berminat langsung dengan hukum ini?  Media kawalan Umporno ini memang sengaja mahu panaskan isu Hudud ini bukan sahaja untuk memberikan kerisauan kepada kaum lain yang bukan berugama Islam terhadap agenda PAS, tetapi ada tujuan lain iaitu agenda di sebalik Muktamar PAS (pemilihan pimpinan PAS) yang akan diadakan bermula 24 Nov ini nanti.

Media haprak ini ada agenda mahu menentukan pimpinan PAS yang cenderung kepada penyatuan bersama Umno akan menang kali ini.  Ada rakan beritahu, bila isu Hudud dimainkan di Kelantan, yang banyak mengulas isu ini bukan MB Kelantan tetapi Us Nik Amar.  Us Nik Amar adalah Exco berkaitan pelaburan atau tanah.  Sewajarnya yang bercakap isu ini tentunya MB sendiri atau paling tidak pun Exco yang berkaitan iaitu YB Nasarudin Daud yang memegang hal ehwal Islam dan dakwah.  Bukan tidak boleh Us Nik Amar bercakap bagi pihak Kerajaan Negeri atas jawatannya sebagai Timbalan MB, tetapi isu ini isu penting yang melibatkan dasar Kerajaan Negeri maka wajarlah MB atau Exco yang berkaitan ulas dahulu.

Justeru itu, ada yang berkata ini kempen terancang media untuk mempromosikan Us Nik Amar sebagai calon yang bertanding sebagai Timbalan Presiden PAS di dalam muktamar akan datang.  Bagi aku, tidak perlu Hudud mahu dijadikan kempen mempromosikan calon di dalam PAS kerana semua ahli PAS tahu bahawa PAS sememangnya memperjuangkan Hudud sejak mula PAS ditubuhkan.  Hudud bukan perjuangan individu di dalam PAS.

Media cuba gambarkan bahawa Us Nik Amar menyokong Hudud manakala Mat Sabu bukan penyokong Hudud.  Ini lah sebenarnya agenda media.  Hakikatnya semenjak PAS wujud dan Mat Sabu berada di dalam PAS, dasar PAS terhadap Hudud tidak pernah disanggah oleh Mat Sabu.  Oleh itu, jangan terperangkap dengan agenda mereka untuk memecahbelahkan ahli-ahli PAS dengan isu ini.   


Jumaat, 15 November 2013

RAUB LOKASI PERTAMA KU SELEPAS PRU 13, JOM JUMPA DI SANA MALAM INI


 
MALAM INI (Jumaat - 15 Nov 13), InsyaAllah, bertempat di Markas PAS, Kg Ria, Raub, Pahang aku telah dijemput untuk meraikan ceramah bersama beberapa pimpinan PR yang hebat-hebat belaka.  Program Ceramah akan bermula jam 09.00 malam.

Berada di dalam kelompok penceramah yang hebat termasuk dari Wakil Rakyat, pimpinan Pusat dan tempatan, siapalah aku yang baru menetas di arena politik semenjak bersara dari alam ketenteraan.  Tentunya kehadiran aku malam ini adalah untuk meraikan program bersama pejuang-pejuang veteren yang penuh pengalaman itu.

Atas jemputan sahabat, orang kuat PKR Cabang Raub, Sdr Rizan Hj Ali yang juga akan berceramah malam nanti, InsyaAllah, aku cuba untuk hadir dan memberikan sedikit perkongsian bersama pimpinan yang lain.  Aku teringat kata-kata Allahyarham Tuan Hj Suhaimi Said yang telah memegang jawatan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR sehingga ke penghujung hayatnya, berjuanglah dengan apa cara sekalipun dan termampu oleh kamu.  Jangan diserahkan pentas perjuangan ini hanya kepada pimpinan semata-mata, andai tidak boleh berucap lakukan tugas menulis, andai tidak boleh menulis lakukan tugas menampal poster, sekiranya itu juga tidak termampu dilakukan raikan lah para pejuang.  Sebaik-baiknya anda lakukan kesemuanya, itulah kata-kata Almarhum.

Malam ini, bersama beberapa pimpinan hebat terdiri dari YB Zulpuri, Us Dr Badrul Amin, Sdr Rizan Ali, pimpinan PAS setempat, aku cuba mengikuti pesanan Almarhum Tuan Hj Suhaimi Said.  Jangan berhenti selepas PRU, bahkan jangan berhenti walaupun kita telah berada di Putarajaya, itu di antara pesanannya lagi.

Kepada rakan-rakan, mari kita bertemu di sana malam ini.  

Khamis, 14 November 2013

KETUA PEMUDA PAS - KEMBALIKAN KE ERA MAHFUZ OMAR MENJADIKAN PAS LEBIH HEBAT

 
SESIAPA pun yang bakal dipilih oleh Perwakilan untuk menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat di dalam Muktamar PAS hujung bulan ini sebenarnya tidak menjejaskan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.  Ini adalah kerana PAS sentiasa berada di bawah Majlis Syura Ulamak iaitu badan yang tertinggi di dalam PAS.

Termasuklah juga Jawatan Presiden, Timbalan, Naib dan kesemua AJK PAS Pusat dan keseluruhan Jemaah di dalam parti Islam itu tidak boleh bertindak di luar dari yang dibenarkan oleh Majlis Syura. Ini semuanya kita fahami dan di situlah letaknya kekuatan PAS.

Apa pun yang disebutkan tadi adalah berkaitan dasar parti.  Tetapi, pemimpin yang dipilih tentunya mempunyai kaedah atau pendekatan tersendiri untuk melaksanakan dasar parti.  Pendekatan berbagai bentuk ini tidak dilarang oleh Majlis Syura asalkan tidak bercanggah dengan Islam (Al-Quran, Hadith, Ijmak, Ulamak dan Qias) yang menjadi rujukan utama kepada Majlis Syura.  Oleh sebab itulah di dalam PAS berbagai bentuk dan gaya pendekatan dapat kita lihat daripada pemimpin PAS.

Ada pemimpin yang kepingin dengan pendekatan 'UG' (bersama dengan Umno) untuk membentuk kerajaan Islam dengan mudah kerana Umno mempunyai keahlian majoriti Melayu yang berugama Islam.  Mereka berpendapat lebih baik bersama Umno, berbanding dengan PKR atau DAP yang keahliannya bercampur aduk bangsa dan agama.  Siapa boleh nafikan tiada lagi pemimpin yang masih mengharapkan pendekatan 'UG' ini di dalam PAS?

Pendekatan lain pula, terdapat pemimpin yang mahu agar PAS terus bersama rakan sekutu PKR dan DAP kerana kedua-dua parti ini terbukti lebih baik dari Umno dari segi integritinya.  Pada mereka, apa ertinya bersama dengan kaum Melayu yang Islam tetapi kuat rasuah dan sering melakukan kezaliman terhadap rakyat jelata dari berbagai kaum?  Siapa boleh nafikan Umno masih bergelumang dengan rasuah dan kezaliman?  Bahkan, PAS adalah satu-satunya parti yang kerap dianiayai oleh Umno.  Ini semua pernah diceritakan oleh Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Nik Aziz sendiri.  Bagaimana untuk berbaik dan bersangka baik, tangan kanan berjabat tangan, tangan kiri menumbuk rusuk?

Justeru itu, pendekatan bersama dengan Umno majoritinya ditolak oleh ahli-ahli PAS.  Namun demikian, secara sembunyi-sembunyi mungkin ada yang masih 'bersangka baik' dengan Umno dan tidak pernah serik masuk lubang ular dua kali.  Hujah mereka, Islam menggalakkan perpaduan.  Mereka lupa hujah Umno berbeza, Umno berhujah tentang penyatuan Melayu sahaja.  
 
Satu lagi pendekatan yang sekarang ini amat digemari oleh golongan muda adalah berjuang secara agak 'radikal' dan 'vokal'.  Anak muda mesti di hadapan dan mendepani semua isu.  Sebelum ini dikatakan Pemuda PAS masih gagal mendepani isu yang sebenarnya melambak di negara kita ini.  PAS akan disegani dan dihormati pihak lawan dan kawan jika Pemuda PAS berjaya mendepani isu dan berani ke hadapan.  Suasana ini pernah kita saksikan di zaman Mahfuz Omar mengetuai Pemuda PAS.  
 
Di antara Sdr Suhaizan Kayat, Sdr Kamaruzaman Mohamad dan Sdr Zulhazmi Shariff siapakah yang boleh mengembalikan zaman Mahfuz Omar?  Di antara mereka ini, sesiapa yang mempunyai bakat ciri-ciri kepimpinan Mahfuz Omar atau setidak-tidaknya di zaman Salahuddin Ayob, orang itu tentunya boleh membawa PAS lebih jauh ke hadapan dan disegani. 

Ahad, 10 November 2013

RAMAI SOKONG MAT SABU, MENGAPA TIDAK DICUBA NIK AMAR?

Oleh:  greenclub pp

Subhanallah!

PAS adalah milik ahli PAS, tiada siapa menyangka bahawa Mat Sabu akan menjadi Tim Presiden PAS. Pada percubaan pertama, beliau kalah ditempat ketiga, namun selepas itu beliau diberi peluang oleh Allah. Mat Sabu tidak akan kekal dijawatan tersebut sampai bila-bila, pada suatu hari nanti beliau akan melepaskan jawatan tersebut sebagaimana bertukarnya putaran jam.
 
Nik Amar juga sama seperti Mat Sabu, memasuki pemilihan dengan tangan kosong. Walaupun beliau tidak terkenal seperti Mat Sabu sebagai seorang aktivis dan pemidato, namun beliau lebih terkenal sebagai seorang pentadbir di negeri Kelantan. Latar belakang beliau sebagai seorang ahli parti tidak boleh dipertikaikan, dimana beliau merupakan anak kepada aktivis PAS yang terkenal, Pak Nik Lah Panchor.

Walaupun Nik Amar nampak keseorangan dalam pemilihan ini, namun semua telah maklum bahawa TGNA begitu rapat dengannya.Bahkan pemilihan beliau sebagai Tim. MB Kelantan pun ada kait-kaitan dengan TGNA dan TGHH. Walaupun ada yang mendakwa beliau tidak berkelayakan berbanding dengan Husam Musa, namun rakyat Kelantan menyangkal telahan nakal tersebut. Kepimpinan dan ahli PAS Kelantan setuju untuk memilihnya beliau berdasarkan latar belakang dan kebolehan yang dimiliki.
 
 
Hakikatnya, Mat Sabu sendiri pun gembira jika yang menggantikan beliau untuk jawatan Tim Presiden PAS adalah Nik Amar. Kalau tidak untuk penggal ini, tentu dipenggal seterusnya Mat Sabu akan menyokong Nil Amar untuk jawatan ini.

Setelah PAS berjaya memerintah Kelantan pada 1990, kepimpinan PAS Kelantan dilihat kurang memberi sumbangan kepada PAS pusat. Bahkan PAS Kelantan dilihat terpisah daripada PAS pusat. Keadaan akan berubah apabila salah seorang pimpinan PAS Kelantan berada dalam pimpinan PAS pusat. Mungkin Husam Musa dilihat menjadi wakil kepada PAS Kelantan, namun realitinya dan kenyataan adalah berbeza. Kepimpinan dan ahli PAS Kelantan telah tertutup selera dan berpatah arang dengan beliau. Bahkan beliau diramalkan akan terkeluar dalam pemilihan Naib Presiden PAS untuk kali ini.

Dakwaan Mat Sabu disokong kelompok Pro, sementara Nik Amar disokong oleh kelompok ulamak, merupakan suatu dakwaan berbentuk candu dan najis mughalazah kepada parti PAS. Mereka yang menyebarkan dakwaan ini merupakan musuh parti yang tidak mengenal erti dan maksud perjuangan PAS. Kalau sebelum ini, kita didendang dengan lagu sumbang yang mendakwa kemenangan Mat Sabu sebagai Tim Presiden PAS akan mensyiahkan PAS dan mememalapkan pengaruh ulamak dalam PAS. Bahkan PAS akan menjadi naga berkepala dua, di mana perumpamaan ini merujuk kepada presiden dan tim presiden yang berbeza latar belakang pendidikan.

Ahli PAS adalah pemilih yang memiliki kuasa demokrasi mutlak, mereka berhak dan diberi hak untuk memilih sesiapa sahaja pemimpin demi perjuangan PAS untuk menegakkan amanah Allah di muka bumi. Pemilihan berdasarkan amanah, tidak sama sekali dipengaruhi oleh hawa nafsu, rasuah, teman rapat, warna kulit dan latar belakang pendidikan. Sesiapa yang membuat pemilihan bukan kerana kerana Allah dan jitihad yang dimiliki, maka dosa dan laknat Allah akan ditimpa ke atas mereka.

Selamat memilih!

Saya akan memilih Tuan Ibrahim Tuan Man, Mahfuz Omar dan salahuddin Ayob sebagai Naib Presiden PAS untuk pemilihan 2014.