Isnin, 7 Disember 2020

PEJA LEBIH JANTAN DARI MUHYIDDIN?

Di Perak, hanya ada satu usul Percaya kepada MB Perak, terus Speaker Dun lakukan walaupun keputusannya memakan diri. 

Peliknya, di Parlimen bawah kerajaan tebuk atap, tedapat tidak kurang dari 20 usul Tidak Percaya telah dibuat, dan terdapat juga dua usul Percaya kepada PM telah dibuat, namun Speaker buat pekak badak. 
Maksudnya apa? Maksudnya, apa yang kita saksikan sepanjang Parlimen bersidang sekarang, sokongan kepada kerajaan dalam setiap pengundian bajet di peringkat kementerian, kerajaan tebuk atap ini tidak berupaya mendapatkan sokongan undi menyokong melebihi separuh. 

Itu baru pengundian bajet untuk rakyat, belum lagi pengundian untuk menentukan Muhyiddin ini sebenarnya mendapat sokongan majoriti atau tidak sebagai PM. Seteruk-teruk si Peja, MB Perak yang terguling itu, beliau masih anak jantan kerana berani berdepan dengan undian menguji sokongan ke atasnya di Dun Perak. 

Kalau Peja sebagai Timbalan Presiden Bersatu itu anak jantan, bagaimana dengan Presidennya? Apakah di peringkat persekutuan, Umno masih ada maruah untuk terus mendokong PM tahap murahan begini?

TIDAK SUKA ANWAR, JANGAN SAMPAI HINA LOGO PARTI

 


Aku nasihatkan ustaz miqdad. Jgn hina logo parti orang. Nanti logo parti kamu org perkatakan. Kamu tuduh Anwar penipu, bawa lah fakta kukuh. Kalau Anwar menipu Agong, itu satu kesalahan besar dan kamu boleh buat laporan polis. Kalau sekadar apa yg Anwar cuba lakukan tetapi masih belum berjaya, itu bukan sati penipuan. Itu satu usaha dan pengharapan, tapi semuanya Allah akan tentukan.

Kamu juga pernah cuba tunjuk berani dan hebat untuk bertanding lawan Hadi Awang, waris kamu juga sebelum PRU dulu. Tapi adakah kamu berani melakukannya? Boleh kami tuduh kamu ustaz penipu? 
Cukuplah. Jangan cipta permusuhan. Boleh berbeza pendapat, tapi jangan sampai menghina logo parti sekutu. Aku pernah tegur budak Keadilan yang kata logo Amanah itu logo yang ditiru dari google, serupa taik. Aku bagitau dia jangan sampai hina logo parti rakan sekutu, itu merendahkan imej kita juga. 

Ustaz patut jadi contoh.

PENJUAL AGAMA DAKWA BERJUANG UNTUK ISLAM


Mokhtar anak Senik kata, memang parti lebai gila kuasa, sebab kami mahu kuasa untuk laksanakan agenda Islam. Nak muntah aku dengar lebai mahu kuasa mahu bawa agenda Islam. Ada kuasa kat Kelantan, apa agenda Islam di sana selain dari air berkarat dan hutang setiap tahun untuk bayar gaji kakitangan kerajaan negeri? Agenda Islam waktu Covid rakyat susah, hilang pekerjaan, lebai2 tukar kereta mercedes? Agenda Islam naikkan gaji sesama kamu ketika rakyat berdepan dgn Covid? 

Agenda Islam kah dapatkan kuasa dengan cara bersekongkol dengan pengkhianat di Putrajaya? Zaman Nabi dan sahabat dulu, mereka bekerja keras dan berkorban nyawa untuk dapatkan kuasa bukan dgn cara berkongsi kuasa dgn puak khianat yg Allah laknat. 
Cukup2lah lebai jual agama.

MP JELUTONG BOLEH JADI MP YANG BAIK JIKA BERANI BERTEMPAT - KP KESIHATAN PIKUL TIGA BIAWAK HIDUP

 


MP Jelutong dari Dap, YB Sanisvara Nethaji Rayer atau RSN Rayer sering menimbulkan kontroversi di dalam Parlimen. Beliau adalah di antara beberapa MP di dalam parlimen yang boleh digelar 'budak nakal' di samping beberapa nama lain seperti YB Tajuddin Pasir Salak, YB Bung Mokhtar Kinabatangan, dan seorang dua lagi yang sering 'memanaskan' dewan parlimen.

Saya sendiri tidak berapa menggemari sikap dan cara beliau mencelah di dalam siri perbahasan. Kadangkala celahannya itu tidak sesuai, tidak bijak, tidak kena pada tempat dan lebih malang lagi seolah-olah mencipta provokasi murahan yang tidak perlu. Selaku MP dari PH, seharusnya beliau lebih bijak mencelah agar beliau dilihat mampu tampil sebagai pewaris MP Jelutong yang hebat suatu ketika dahulu iaitu Mendiang Karpal Singh.

Semalam, MP Jelutong ini telah diminta keluar dari dewan kerana tindakannya bangun dan bangkit menegur MP dari kerajaan yang memperlekehkan Ketua Pengarah Kesihatan. Tindakannya semalam tepat dan betul kerana bangun menyatakan kebenaran dan membela kepada yang hak. Itu sifat berani yang patut kita puji kepada MP Jelutong ini. Tidak wajar seseorang MP memperlekehkan tugas seorang penjawat awam terkanan sehingga menyentuh soal hidup dan mati seseorang. Ini wajar dibantah dan tindakan MP Jelutong di dalam mempertahankan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham itu tepat dan betul.

Itulah satu contoh keberanian yang wajar dipuji. Berani bukan bererti bercakap kuat, lantang, hentak meja atau maki hamun. Berani bangun menyatakan sesuatu yang benar walaupun terpaksa diusir, itulah MP yang hebat. Hari ini saya kena akur kehebatan beliau. Tetapi, di masa akan datang saya harapkan beliau lebih berdisiplin, berani dan bijak lagi.

Syabas, Ketua Pengarah Kesihatan yang mampu memikul tugas selaku KP sekaligus terpaksa memikul tiga ekor biawak hidup di KKM, seorang menteri dan dua timbalannya yang makan gaji buta itu.

DESAKAN MENOLAK BAJET BERTERUSAN - 86% DARI LEBIH 6K RESPONDEN MAHU BAJET DITOLAK, MUHYIDDIN LETAK JAWATAN

 



Poll ini saya wujudkan untuk tempuh 7 hari.  Sepanjang tempuh tersebut, seramai 6, 289 responden telah mengambil bahagian. Daripada jumlah tersebut, 86% mendesak semua MP menolak bajet Muhyiddin yang jelas berat sebelah dan tidak menumpukan kepada kesusahan rakyat di kala Covid19. Penolakan bajet ini dianggap perlu oleh responden sebagai tanda Muhyiddin harus letak jawatan segera di atas kegagalannya.


Pada minggu depan, undian Bajet akan diadakan.  Apakah bajet yang disediakan oleh kerajaan pintu belakang ini diterima oleh majoriti Ahli-Ahli Parlimen atau tidak, bakal terjawab.  Namun, majoriti rakyat mahukan bajet ini ditolak agar bajet baru oleh kepimpinan kerajaan yang baru khususnya kerajaan mandat rakyat perlu dikemukakan.  Muhyiddin harus kembalikan hak rakyat jika beliau mempunyai maruah.

Sabtu, 7 November 2020

KETOKOHAN KETUA PEMBANGKANG TERBUKTI DI HARI PERTAMA PEMBENTANGAN BAJET - IDEA TAKIYUDDIN DITOLAK MENTAH-MENTAH

 

Idea untuk menetapkan hanya 80 orang MP berada di dalam dewan Parlimen pada petang tadi sewaktu Pembentangan Bajet datangnya dari Takiyuddin, MP dari Pas merangkap Menteri Undang-Undang. Saya tidak faham bagaimana seorang Menteri mewakili parti yang kononnya membawa suara Islam boleh menyuarakan idea sebodoh itu.

Alhamdulillah, sebelum pembentangan Bajet bermula, Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim bangun untuk memohon kepada YDP Dewan agar membenarkan kesemua MP yang berada di luar dewan masuk untuk mendengar Pembentangan Bajet. Ini sesi yang penting di mana Bajet untuk negara dan rakyat dibentangkan maka wajarlah kesemua Wakil Rakyat dibenarkan masuk untuk mendengar dengan teliti sebelum dibahaskan.

Pada awalnya Speaker agak keberatan untuk meluluskan permohonan Ketua Pembangkang atas alasan ia telah diputuskan di dalam mesyuarat bersama Ketua-Ketua Whip. Takiyuddin pun turut bangun mempertahankan idea bengapnya itu. Namun, cadangan Dato Seri Anwar Ibrahim ini telah mendapat sokongan beberapa MP dari Umno seperti YB Noh Omar, YB Tajuddin, YB Shahidan Kassim, YB Bung Mokhtar dan beberapa yang lain termasuk tentuya dari MP mewakili PH.

Akhirnya, Speaker menerima cadangan Ketua Pembangkang sekaligus membakul sampahkan idea mengarut Takiyuddin itu. Maka, kesemua MP samada dari kerajaan pintu belakang mahu pun Pembangkang termasuk dari Bebas dibenarkan masuk dewan.

Tahniah, Dato Seri Anwar Ibrahim telah mempamerkan kualiti seorang pemimpin yang telah membawa suara kesemua MP tidak kira apa parti sekalipun dan rakyat bawahan yang mahu agar institusi Parlimen benar-benar dimartabatkan bukan diperkudakan sesuka hati.

MEMINTA JAWATAN NABI TIDAK SUKA, BAYANGKAN JIKA MERAMPAS JAWATAN YANG BUKAN HAK?


Bayangkan, kalau orang yg meminta jawatan itu pun Nabi tak suka, apatah lagi orang yang "merampas' jawatan hak orang lain. Dapat jawatan melalui tebuk atap.

Lebai Hadi tak sokong Anwar sbb katanya ada hadith melarang menyokong orang yg meminta2 jawatan. Lebai ni tak tahu beza kot meminta jawatan dgn yg disokong untuk pegang jawatan. Anwar diangkat dan disokong ramai untuk jawatan tersebut. Habis tu, lebai Hadi jadi Presiden parti pernah isi borang jadi calon Presiden tak? Lebai Hadi jadi wakil rakyat ada isi borang jadi calon tak? Tandatangan kan? Lebai Hadi di kira meminta jawatan la camtu ye? Boleh pulak? Kena pada kamu halal selalu.

Jual agama untuk nak tolak Anwar. Tapi boleh pulak sokong PM yang khianat dan rampas mandat rakyat? Owhhh...sebab dapat jawatan kan? Itulah lebai.

Jawatan PM, menteri dan sebarang jawatan dlm kjaan pusat itu ditentukan oleh rakyat dlm PRU. Kalau kamu tidak diberi mandat oleh rakyat, tapi kamu masuk juga dgn cara haram iaitu bersubahat dgn pengkhianat yg merampas mandat rakyat, ertinya jawatan kamu itu hasil rampasan dan khianat.
Adakah Nabi suka dptkan jawatan cara rampas dan khianat?

Jumaat, 6 November 2020

KERAJAAN TANPA DAP, RUU 355 DAN HUDUD TERUS SEPI TANPA BERITA

 

Ini cerita lebai tahun 2018. Waktu tu, siang malam lebai maki kita dan tuduh kita tak sokong RUU 355 dan hudud. Lebai kata kita ikut Dap, tak sokong RUU 355. Sampai ada lebai yg nak jiratkan Wan Azizah kalau tak sokong RUU 355. Hadi diarak ke Parlimen beramai2 seperti pahlawan kononnya berjaya BACA USUL RUU 355. Lepas tu, Hadi sendiri minta tangguh untuk bahas. Pastu, tangguh lagi. Sampai Umno/Bn tumbang, RUU 355 terus dlm poket jubah Hadi.

Sebelum tu, penuh padang merbok lebai dan walaun berhimpun seolah2 serius sangat nak buat pindaan RUU 355. Kutip derma tin milo. Jual baju unggu. Stiker kereta pun laris. RUU 355 dan hudud nyawa kita, kata lebai. Walaun pun bertakbir sampai hilang suara. Pak Mat dari Kedah kayuh basikal ke Padang Merbok untuk sokong RUU 355. Jihad.

Akhirnya? Sekarang dah ada kuasa, Dap pun tiada dlm kerajaan. Menteri undang2 pulak puak lebai. Menteri agama pun golongan lebai. Yang duduk di Yadim tu pun hebat, serban besar. Tunggu apa lagi? Tukang potong tangan dah lama ada, kata Nik Amar. Apa alasan lagi?
Mesti alasan Covid kan? Haha....

Aku simpati dengan walaun yg wala' dgn pemimpin mereka yg jelas mmg menjual agama demi kepentingan diri. Mereka dah jadi menteri melalui kerja bersekongkol dgn pengkhianat. Nak laksanakan Islam macam mana dari hasil kerja khianat? Itu puncanya.

Isnin, 26 Oktober 2020

ALHAMDULILLAH, NEGARA TERSELAMAT DARI DIHANCURKAN OLEH PERAKUS KUASA

 


DAULAT TUANKU. Sesungguhnya keputusan yang dibuat hari ini oleh Ke Bawah Duli Tuanku serta kesemua Ke Bawah Duli raja2, amat melegakan rakyat dan kami merafak sembah mengucapkan ribuan terima kasih.

Terima kasih tidak terhingga juga buat Ketua Pembangkang yang juga Presiden Keadilan, Dato Seri Anwar Ibrahim yang dengan berani dan tegas menyanggah serta menolak perancangan bermuslihat oleh rejim pintu belakang yang mahukan darurat dilaksanakan di negara ini. Terima kasih juga buat semua pimpinan dari berbagai parti yang peka dan prihatin terhadap masalah negara dan rakyat dengan menolak perlaksanaan darurat. Rakyat jelata juga turut memainkan peranan yang amat baik dengan menyatakan bantahan mereka dengan berbagai cara termasuk di media sosial. Ini membawa erti bahawa rakyat Malaysia tidak semudah itu untuk diperbodohksn oleh segelintir ahli politik yang mahu "mengkambing hitam"kan bencana Covid19 demi kelangsungan kuasa mereka.

Tercipta satu sejarah, seorang PM yang naik tanpa mandat rakyat yang mengaku kononnya mengetuai sebuah negara Melayu Islam tanpa Dap, mendapat tamparan memalukan apabila cadangannya yang dipersetujui oleh kabinetnya telah ditolak oleh raja2 Melayu sendiri. Rakyat terpegun seketika apabila menyaksikan seorang PM yang tidak pernah mereka beri mandat itu, bukan sahaja tiada sokongan majoriti MP-MP di Parlimen, malahan cadangan peliknya itu turut tidak disokong dan ditolak oleh raja2. Ini membawa maksud, PM tiada nilainya lagi. Sewajarnya jika beliau bermaruah, beliau harus letak jawatan sekarang sebelum menerima akibat yang lebih mengaibkan.

Titah Tuanku selaku YDP Agong amat bijak dan adil. Selaku YDP Agong yang memiliki kerajaan ini sudah pasti tidak akan memburukkan negara di bawah naungannya. Pesanannya terhadap orang2 politik agar tidak melakukan sesuatu yang mengganggu pentadbiran negara itu amat tepat. Orang politik jangan lagi leka mengagih-agihkan jawatan dan memberi umpan serta mengugut mana-mana ahli politik yang lain demi untuk kekal berkuasa. Sewajarnya orang politik memahami konsep demokrasi berparlimen di mana asasnya sesebuah kerajaan itu mestilah diberi mandat oleh rakyat. Hormati mandat rakyat. Sekiranya telah hilang sokongan, maka perlulah berundur. Jika ini gagal difahami, maka inilah punca kecelaruan politik.

Tanggungjawab ahli-ahli politik pula adalah memastikan kerajaan ini betul perjalanannya. Menjadi tanggungjawab mereka untuk mengambil tindakan yang tidak bertentangan dengan undang2 dan perlembagaan untuk memperbaiki kerajaan yang lemah, korup dan gagal menguruskan negara dengan baik. Itulah yang telah diusahakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Rakyat mengharapkan usaha ini tidak terhenti di sini selagi PM juga tidak berhenti dari bermain politik dan terus berada di kedudukannya walaupun beliau tahu beliau tidak lagi mendapat sokongan.

Ini kemenangan pertama bagi rakyat. Muslihat sang penguasa telah gagal. Bersyukur kerana kita memiliki raja2 yang bijaksana. Yakinlah, pemimpin yang tidak direstui oleh rakyat itu tidak akan diredhai oleh Allah. Lambat laun akan tumbang jua. Apa akan terjadi di Parlimen awal November nanti? Kita tidak sabar untuk melihat sekali lagi PM dibuktikan tiada sokongan majoriti dan wajib berundur.

Isnin, 19 Oktober 2020

ANWAR TETAP PADA LANDASAN YANG TEPAT


Hakikat depan mata kita sekarang, Anwar satu2nya yg berani tampil depan Agong berikan jumlah MP yg sokong beliau. Kita tunggu Muhyiddin, semenjak dua kali persidangan Parlimen yg melakukan undian, Muhyiddin tak pernah mencapai 112, iaitu separuh dari 222 Ahli Parlimen. Selepas satu persatu Ahli Parlimen menyatakan tidak menyokongnya, Muhyiddin masih gagal menafikan atau membuktikan sokongan ke atasnya.

Begitu juga Mahathir, Ku Li jauh sekali Azmin atau Hadi. Kesemua mereka main nyorok2 dan hanya bermain dengan propaganda.

Ramai bertanya, mengapa Anwar begitu lambat untuk ditabalkan sebagai PM? Jawapan ini hanya terjawab jika Muhyiddin ada maruah dan sedar diri dan rela meletakkan jawatannya sekarang. Nampaknya begitu panjang masa yang diberikan, tiada sesiapa pun yang melakukan seperti Anwar telah lakukan, kecuali bermain dengan propaganda.

Jangan bimbang. Sekiranya keadilan dan kejujuran itu dijadikan asas untuk mengatasi kemelut ini, InsyaAllah, Anwar tetap akan menjadi PM kita. Apa yang penting, rakyat tetap mahukan haknya semula.

Ahad, 18 Oktober 2020

JIKA ANWAR CUKUP BILANGAN MAJORITI, PERLU APA PM INTERIM?


Apa yang kebanyakan orang faham, PM Interim (sementara) ini hanya wujud kebiasaannya apabila situasi politik negara tidak menentu, tidak dapat dipastikan siapakah di kalangan Ahli Parlimen yang mendapat sokongan tertinggi atau pun proses untuk melantik seorang PM itu terpaksa mengambil masa agak panjang atas sebab-sebab tertentu.

Pada bulan Feb yang lalu, Tun M pernah dilantik sebagai PM Interim setelah beliau meletakkan jawatan. Ini terpaksa dilakukan kerana ketika itu belum jelas adanya mana-mana Ahli Parlimen yang dapat membuktikan telah mendapat sokongan majoriti. Waktu itu, PH sibuk mengumpulkan sokongan begitu juga dengan Muhyidin. Maka, sementara itu Tun M dilantik sebagai PM Interim sehinggalah masing-masing dipanggil ke Istana untuk menunjukkan sokongan. Apabila Tuanku berpuas hati dan merasakan telah ada seorang Ahli Parlimen yang mendapat majoriti, maka barulah diberikan tarikh untuk angkat sumpah sebagai PM.

Berbeza kali ini. Kali ini, Anwar Ibrahim sendiri telah memaklumkan kepada Istana bahawa beliau telah mendapat sokongan majoriti yang kukuh bagi membolehkan beliau mengambil semula kerajaan yang telah dirampas secara khianat itu. Beliau meminta agar PM untuk memberikan kerjasama meletakkan jawatan kerana telah kehilangan sokongan, kecuali Muhyidin membuktikan sebaliknya. Sehingga kini, Muhyidin tidak berupaya membuktikannya sedangkan rakyat dapat melihat satu persatu Ahli-Ahli Parlimen menunjukkan tiada lagi sokongan terhadapnya.

Tiba-tiba muncul cerita akan ada PM Interim. Kita tertanya-tanya atas apa keperluan PM Interim ini di dalam keadaan salah seorang Ahli Parlimen telah menyatakan dirinya telah mendapat sokongan kukuh? Sebab itu saya tidak percaya cerita berkenaan PM Interim ini. Saya yakin, proses yang digunakan sewaktu Muhyidin diangkat sebagai PM dahulu akan dipraktikkan kali ini untuk menunjukkan bahawa keluhuran undang-undang dan keadilan itu dapat diperlihatkan.

Sebarang desakan atau cubaan untuk mempengaruhi Istana agar melaksanakan sesuatu yang berbeza dari amalan sebelum ini adalah dianggap satu penghinaan dan tidak kepercayaan kepada Ke Bawah Duli Tuanku. InsyaAllah, kita perlu bersabar sedikit masa lagi untuk kita merayakan kemenangan mengambil semula hak kita yang telah dirompak itu.

ADA LAGI SUARA MAHU AGAR ANWAR DAN MAHATHIR BERTEMU?


Masih ada lagi suara2 menyeru agar Anwar dan Mahathir bertemu dan lupakan perbezaan pendapat.

Kalau yg bercakap itu Pak Amit jual petai, aku tak kisah lah, itu pun ramai dah orang2 kampung yg bijak politik. Tak semuanya bodoh.

Isu antara Anwar dan Mahathir ini bukan soal perbezaan pendapat. Kalau perbezaan pendapat, di dalam parti Keadilan pun banyak perbezaan pendapat, tiada masalah. Anwar dengan anak sulungnya, Nurul Izzah pun selalu berbeza pendapat, semua orang tau.

Isu Anwar dan Mahathir ini adalah isu besar iaitu melibatkan prinsip dan kejujuran. Mahathir adalah seorang yang tidak berprinsip langsung dan jauh sekali berlaku jujur sepanjang berada di dalam PH, sepanjang menjadi PM di dalam kerajaan PH dan seorang yang tidak pernah jujur dengan Anwar Ibrahim.

Perlukah saya senaraikan bukti2nya? Perlukah saya cerita tentang Mahathir banyak melanggar prinsip yang diperjuangkan oleh PH sewaktu beliau menjadi PM? Perlukah saya cerita kemunafikan orang tua 95 tahun ini tentang janji2nya? Rasanya tidak perlu saya huraikan lagi betapa Mahathir cuba membunuh PH sebaik sahaja beliau memberi laluan kepada pengkhianat merampas kuasa. Cubaan untuk menghancurkan PH dan niat untuk mewujudkan kerajaan baru yang beliau pimpin atas nama kononnya kerajaan perpaduan, itu bukan perbezaan pendapat. Itu adalah pengkhianatan. Meskipun usahanya gagal, tetapi niatnya terserlah. Semua tahu.

Apakah orang seperti ini mahu kita ketemukan dengan Anwar kononnya demi mendapatkan kembali mandat rakyat? Mandat rakyat bukan hanya mahu kerajaan PH berkuasa, tetapi dasar2 dan prinsipnya serta janji2nya itu termasuk yang diberi amanah oleh rakyat untuk kita jaga, tunaikan dan pertahankan.

Oleh itu, sebarang usaha untuk mendapatkan kembali mandat rakyat itu mestilah tidak lari dari prinsip2 asal perjuangan PH. Anwar boleh dapatkan sokongan dari mana2 pihak yang menyokongnya asalkan mereka bersetuju dengan dasar dan prinsip yang kita janjikan kepada rakyat. Apakah dengan Mahathir kita boleh percaya lagi untuk melaksanakannya?

Jumaat, 9 Oktober 2020

PENGKHIANAT TEBUK ATAP, ANWAR BUKA ATAP HALAU 'SAKA" KELUAR



Muhyiddin dan Azmin mencipta sejarah buruk negara apabila menubuhkan kerajaan melalui pengkhianatan mandat rakyat dan menjadi anggota kabinet melalui 'tebuk atap'. Kerja hianat mereka dan gerombolannya telah dipermudahkan dengan bantuan orang tua 95 tahun yang munafik, tidak sedar diri diuntung dan pendendam kepada Anwar.

Umno, Pas dan beberapa parti lain bukan 'hero' utama siri pengkhianatan ini, tetapi mereka sebagai parti politik sudah pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan keuntungan politik. Asalnya pendirian Umno dan Pas agak mulia dan terpuji apabila memutuskan tidak mahu bersubahat dengan pengkhianat ini dan mereka mahu Parlimen dibubarkan sebaik sahaja si tua itu meletakkan jawatan sebagai PM. Namun, iman mereka tidak kuat dan terpesona dengan berbagai tawaran yang diberikan oleh pengkhianat. Parti lebai lupa kepada serban di kepala dan jubah labuh yang dipakai dek kerana umpan duniawi. Mereka lupa kisah kerajaan Perak yang dikhianati dan dirampas pada tahun 2009, sewaktu MB nya adalah dari parti mereka. Mereka kini 2 X 5. Prinsip Islam hilang entah ke mana.

Anwar terus istiqomah dan mengepalai PH untuk mengembalikan semula hak rakyat. Apatah lagi di dalam situasi kritikal Covid dan ekonomi serta pengangguran yang semakin teruk, Anwar terus bersabar dan berusaha mencari jalan agar negara ini dapat diselamatkan dari kehancuran hasil kerja pengkhianat. Usaha Anwar ini dilihat begitu ikhlas kerana beliau selalu bercakap tentang ekonomi dan rakyat. Beliau tidak menyerang individu yang lain seperti si tua haprak itu yang tidak pernah lekang mulutnya menyerang dan memburukkan Anwar meskipun kuasa telah hilang dari tangannya. Mungkin, kesabaran dan keikhlasan Anwar inilah berjaya menambat hati beberapa MP lain untuk memberikan kepercayaan kepada tokoh reformasi ini. Mungkin tidak semua ikhlas menyokong, tetapi jangan kita menolak kesemuanya. Asalkan sokongan itu tidak disebabkan oleh tawaran atau habuan seperti yang dilakukan oleh PM sebelum ini, itu sudah cukup baik.

Tugas Anwar sekarang adalah membuka 'atap' untuk menghalau 'saka jahat' keluar yang selama ini merasuk rakyat. Dari mana 'saka; itu masuk, dari situlah kita akan nyahkan. Kebenaran akan mengatasi kebathilan, cuma masa menentukan. Kuncinya adalah kesabaran di dalam usaha dan tawakkal kepada Allah. Semoga Allah permudahkan kerja2 baik dan mulia ini. Kita mahukan negara yang dirahmati dan diberkati agar rezeki dari bumi, laut dan langit mencurah2 datang memberikan nikmat kepada seluruh rakyat Malaysia.

PAS TERUS MENERIMA MUSIBAH SATU PERSATU

Nasib Pas lah, silap pilih kawan. Di Sabah, nak bertanding pun disekat. Minta kerusi Menteri di Sabah, dihalang oleh parti gabungan GRS iaitu Star dan PBS.

Namun yg selalu jadi musuh Pas adalah Dap. Hari2 wirid Dap. Tak boleh laksana hudud, salahkan Dap. Tak boleh bahas RUU 355, kaitkan Dap. Bahkan, alasan Pas untuk bersubahat dgn Muhyidin dan Jemin semburit untuk merampas mandat rakyat dgn menubuhkan kjaan PN pun mereka guna alasan Dap berada dalam PH.


Pas ni takde otak ke untuk berfikir atau hati telah digelapkan dengan kuasa dan jawatan?
Sewaktu Pas berkawan dengan Dap dlm PR dulu, pernahkah Pas dilayan seperti STAR dan PBS layan Pas di Sabah?

Di bawah kjaan Dap P.Pinang dulu, wakil rakyat Pas dapat jawatan yg diberi oleh kjaan P.Pinang. Bahkan, Mat Sabu ketika itu timbalan presiden Pas diberi jawatan penting di dalam menjaga air di P.Pinang. Dap tidak meminggirkan Pas di P.Pinang. PR ketika itu beri kerusi kpd Pas bertanding walaupun di P.Pinang kawasan kuat Dap.

Tetapi Pas tidak pernah fikir baik. Sanggup burukkan Dap seolah2 Dap lah punca negara ini bobrok dan penuh skandal rasuah besar. Seolah2 yg sekat Pas untuk bergerak kononnya nak bawa Islam itu penghalangnya Dap. Begitu sekali Pas melihat Dap. Sedikit pun Dap tiasa jasa kepada Pas.

Nah, Allah pamerkan depan mata. Pas di buli semahunya di Sabah. Pas hanya tunjuk hebat dalam muktamar parti mereka sahaja. Di situ mereka bercakap bagaikan nak pecah dewan muktamar. Takbir mereka bergema seperti nak runtuh dewan. Pemimpin pula bercakap seolah2 berani mati berjihad, tunjuk hebat depan muktamirin.

Hakikatnya, lihat sendiri Pas di luar. Sebelah kaki dalam perahu PN, sebelah kaki lagi dalam perahu MN. Bila PN tuju ke utara, MN tuju ke selatan, Pas akan terkoyak kangkang. Lepas sakit celah kangkang, marah kat Dap.

PENGUMUMAN ANWAR DIA PUNYAI SOKONGAN MAJORITI SATU RAHMAT ELAK PRU DI WAKTU COVID

Bayangkan, jika Anwar tidak mendapat sokongan majoriti atau Anwar merahsiakan bahawa beliau miliki sokongan majoriti MP untuk jadi PM?

Kita tahu Umno sedang menekan Muhyidin untuk bubarkan Parlimen dan pergaduhan mereka memang serius. Kalau Umno umum kesemua MP nya tarik diri dari menyokong Muhyidin, apa yang akan berlaku? Muhyidin akan jumpa Agong dan minta bubar parlimen. Wajarkah menyusahkan rakyat untuk PRU diwaktu Covid melanda semula?

Maka, tindakan Anwar memintas awal dengan menyatakan beliau bersedia untuk membuktikan beliau punyai majoriti MP yang menyokongnya adalah langkah paling bijak agar tidak perlu diadakan PRU, sekadar Anwar mengangkat sumpah sebagai PM dan sudah pasti Anwar ada resepi terbaik untuk rakyat di dalam menghadapi Covid ini.

Semoga prosos ini berjalan dengan baik dan mandat rakyat itu terus terpelihara.

GERAK98 - SEMAKIN DILAWAN DAN DIHALANG, SEMAKIN KUAT BERGERAK



Saya masih ingat, sewaktu INVOKE di bawah Sdr Rafizi Ramli mengadakan jelajah ke seluruh pelusuk negeri sebelum PRU14 yang lalu, gerakan ini dipandang sinis dan dipandang serong oleh beberapa pihak.

Jelajah INVOKE yang begitu mendapat sambutan akar umbi dituduh sebagai satu gerakan yang tidak direstui oleh parti Keadilan dan dianggap 'parti di dalam parti'. INVOKE dituduh sebagai pemecahbelah parti dan berkepentingan peribadi untuk mengangkat Sdr Rafizi Ramli sebagai pemimpin parti dan waktu itu tuduhan banyak dilakukan oleh puak2 kartel yang amat takut kepada pengaruh dan kekuatan INVOKE, khususnya bekas MP Pandan tu. Akhirnya terbukti, gerakan INVOKE bukan untuk Rafizi tetapi untuk rakyat sehinggakan kerajaan kleptokrasi berjaya ditumbangkan. Rafizi tidak bertanding pun dan tiada jawatan apa2 pun setelah kerajaan PH menjadi kerajaan.

Sekarang, tohmahan hampir sama berlaku terhadap GERAK98 di bawah Sdr Mohamad Ezam Nor . Sekali lagi nama parti digunakan bahkan nama keluarga Anwar Ibrahim dikaitkan kononnya GERAK98 tidak direstui oleh Keadilan dan Anwar. Kita semua tahu, sehingga kini tiada satu arahan pun samada dari parti atau Anwar sendiri yang melarang penglibatan ahli2 parti Keadilan terutamanya untuk menyertai atau menyokong GERAK98. Sama juga seperti INVOKE, GERAK98 berdiri atas kakinya sendiri bukan ditaja oleh parti tetapi komited membawa prinsip dan perjuangan reformasi. Reformasi bukan hanya sekadar menjerit dengan kuat "REFORMASI", bukan hanya sekadar kita memakai T-Shirt reformasi, tidak cukup dengan membuat kenyataan media menyokong Anwar Ibrahim atau sekadar bermunajat.

REFORMASI harus diterjemahkan maksudnya kepada rakyat jelata. Slogan ini harus sentiasa bernyawa dan digerakkan ke merata tempat agar rakyat memahami mengapa kita harus mendokong reformasi yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. Rakyat harus diberitahu siapakah musuh2 reformasi dan siapakah yang telah menggagalkan agenda reformasi sewaktu PH diberi peluang memerintah selama 22 bulan. Reformasi adalah sebahagian dari politik Islam yang disebut sebagai "Islah".

Ayuh, kita gerakkan agenda ini. Gunakan apa sahaja aset dan kekuatan yang kita ada untuk melakukannya. Gunakan kelebihan yang kita ada untuk merealisasikan perjuangan ini. Mereka yang pandai menulis, maka menulislah tentang perjuangan ini. Bagi yang pandai berpidato, maka gunakan kelebihan itu. Sesiapa yang mahir berkomunikasi melalui media sosial atau FB Live seperti hero kita Iswardy Morni atau Syed Shah Syed Osman dan beberapa yang lain, maka pergunakan kelebihan itu. Bagi mereka yang memiliki sedikit harta atau kewangan yang Allah kurniakan, berilah sumbangan untuk membantu. Kita orang biasa juga ada peranannya iaitu membantu atau menyokong sedaya upaya kita. Jangan kita habiskan masa berbalah sesama kita darihal isu yang tiada kaitan dengan kepentingan rakyat.

APA UNTUNGNYA MAHATHIR TUNJUK KEBODOHAN DAN HATI BUSUKNYA ?

Mahathir kata, dia bebaskan Anwar, tapi Anwar lawan dia. Mahathir ni bukan org bodoh tapi mengapa nampak macam bodoh? Sebab dendam peribadinya kpd Anwar menjadikan dia terpaksa berbuat bodoh.

Dia jadi PM pun atas sokongan siapa? Kalau Anwar tidak sokong, boleh dia jadi PM? Bila dia jadi PM, dia jalankan tugas sbg PM utk melakukan proses pengampunan diraja kepada Anwar itu atas kehendak Anwar atau kerana itu janji di dalam manifesto PH ? Atau dia memang baik hati bebaskan Anwar tanpa terikat dengan janji? Sebab janji juga, Wan Azizah yg ditawarkan oleh Agong untuk jadi PM menolaknya dan menamakan orang tua ini sbg PM. Kerana itu janji, faham?

Betul ke Anwar sepanjang masa melawannya? Bukankah di saat akhir sebelum kerajaan PH dikhianati, Anwar sendiri mencadangkan Mahathir terus menjadi PM bukan sahaja selepas APEC, bahkan kalau sampai dikambus tanah pun tidak mengapa. Kamu yg letak jawatan, kamu yg merahsiakan untuk meletak jawatan, tiba2 kamu kata Anwar menentang kamu?

Sudah2lah Mahathir. Lebih baik duduk diam dari terus menunjukkan kebodohan dan hati busuk kamu.

KERAJAAN TEBUK ATAP BAKAL BERKUBUR

Macam aku pernah sebut dulu, kerajaan tanpa mandat rakyat, dapat kuasa ikut atap, takkan dapat keberkatan Allah. Sebab itu, macam2 berlaku. Menteri ramai, pecah rekod sampai 70 menteri dan timbalan, dan melambak MP dilantik ketuai GLC, tapi tidak mampu perkuatkan kerajaan tebuk atap ini. Ternyata Muhyidin amat lemah sekarang walaupun dibantu oleh lebai. Lihat wajah Muhyidin pun kita tahu betapa deritanya beliau menanggung kesan dari pengkhianatannya.

Kerajaan PN memang terbukti lemah. Dua kali undian dibuat di Parlimen, kerajaan tebuk atap ini tidak pernah dapat majoriti lebih dari 111 undian. Ertinya, inilah kjaan covid paling lemah dlm sejarah asia.

Kerajaan tidak berkat, maka sesama mereka kini bergaduh. Mana satu PN, BN dan MN? lebai Pas pula makan keliling. Sebelah kaki perahu lain, sebelah kaki perahu lain. Bila dua perahu itu bergerak arah berlainan, lebai pun terkangkang koyak peha sebab kerja bodohnya. Buktinya, pas hanya jadi tukang pacak bendera di PRN Sabah baru2 ini. Kuarintin Covid kena juga buat. Tak.pasal2. Kerusi satu pun tak merasa. Harapkan simpati je lah nanti. Begitulah imej Pas sekarang.

Alhamdulillah, bukan semua MP tidak berotak dan tidak jujur. Ada yang mula melihat bagaimanakah mereka boleh berperanan untuk menyelamatkan negara ini dari tangan Muhyidin, Azmin dan menteri2 yang bebal itu? Tiada pilihan, mereka memilih untuk bersama Anwar. Trek rekod Anwar jauh lebih baik berbanding Muhyidin, Azmin, Najib dan Zahid. Itu faktanya.

Anwar telah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan semula mandat rakyat yang dirompak itu. Dia hampir berjaya sekarang, cuma kita mampu berserah kepada Allah.

InsyaAllah, kita tunggu istana dibuka.

Khamis, 24 September 2020

PERJUANGAN PAS CUKUP MUDAH


PERJUANGAN PAS MUDAH, SIAPA SAJA JADI PM, PARTI JENAMA ISLAM INI AKAN SOKONG

Nik Amar kata, SETAKAT INI Pas sokong PN. Kalau PN jatuh, itu cerita lain, katanya. Hahaha.. Nampak tak cara Pas berpolitik? Cara paling mudah, tiada prinsip. Janji senang dapat beli mercedes.

Dulu, waktu Mahathir jadi PM kjaan PH, Hadi kata sokong Mahathir sampai PRU15. Tiba2 Mahathir letak jawatan utk beri laluan pengkhianat rampas mandat rakyat, dan Muhyidin jadi PM kjaan pintu belakang. Maka, Ostat Tuan Berahim pula kata Pas akan bawa usul percaya kepada Muhyidin pula.

Hari ini Muhyidin masih mengaku beliau PM walaupun Anwar petang tadi menyatakan kjaan Muhyidin telah tumbang sebenarnya dan ini disahkan oleh Zahid Hamidi, Presiden Umno secara tidak langsung bila menyebut ramai MP Umno kini menyokong Anwar. Errinya, kerajaan PN Muhyidin yang terbukti selama ini hanya kelebihan dua atau tiga MP, telah hilang sokongan. Tetapi oleh kerana Anwar belum dapat bertemu Agong, ertinya Muhyidin masih rasa dia PM. Maka, Pas pun kata dia sokong Muhyidin sekarang, lain cerita kalau PN tumbang esok lusa, kata Nik Amar.

InsyaAllah, esok lusa Muhyidin tumbang, jangan pelik kalau Hadi dan Nik Amar orang pertama akan ketuk pintu pejabat PM baru. Mereka pernah buat sewaktu Mahathir jadi PM bawah kjaan PH dulu. Bagi Pas, perjuangan itu mudah saja, ikut siapa jadi kerajaan. Kalau Dap ditakdirkan jadi kerajaan, Pas akan nyatakan sokongan mereka kpd Dap. Mudah, bukan?

Sabtu, 12 September 2020

KEADILAN SASAR 14 KERUSI DAPAT 7. LEBAI SASAR 10 KERUSI DAPAT 10 UNTUK PACAK BENDERA DACING BAGHDAD

Harapan mereka untuk lihat Keadilan bergaduh besar dengan Warisan disebabkan hajat Keadilan untuk dapatkan 14 Kerusi Dun ternyata gagal. Ternyata jiwa besar Keadilan demi untuk menentukan kerajaan Warisan terus berkuasa menjadikan puak-puak lebai sakit hati.

Paling menyakitkan hati lebai, bagaimana Keadilan boleh bersabar dan berlapang dada dengan Warisan yang memberikan separuh dari apa yang Keadilan minta. Lebai juga pelik, mengapa Warisan masih memberikan ruang kepada Keadilan untuk bertanding dan memperolehi kerusi jauh lebih banyak dari Amanah? Dan, mengapa Amanah tidak memberontak? Ini memeningkan lebai.

Lebai pun menilik dirinya sendiri. Partinya tidaklah lekeh sangat, bahkan partinya juga menyumbang besar kepada kerja khianat kerajaan pintu belakang ini. Partinya jual Islam bukan baru, hampir seusia dengan Umno. Tetapi, mengapa tergamak Umno menghina parti lebai di Sabah? Parti lebai selalu anggap parti Amanah itu parti nyamuk, tetapi lebai hairan parti yang dikatakan nyamuk itu dapat juga kerusi di Sabah. Bagaimana partinya yang terdiri dari lebai2 dan olamak hebat langsung tidak diberikan tempat untuk bertanding di Sabah?

Tiadakah umat Islam di Sabah? Tidakkah Sabah juga perlukan hudud? Tidakkah mereka tahu jika tiada parti lebai di situ maka umat Islam di Sabah akan menjadi jahil kesemuanya bahkan paling ditakuti jika mati nanti semuanya akan masuk jirat dek kerana tidak sokong parti syurga ini?

Mengapa Perikatan Nasional, atau Muafakat Nasional mahupun Barisan Nasional tidak langsung selera melihat parti yang dipimpin oleh Duta Khas ini? Tergamak mereka gunakan para walaun dan walauntit dari parti ini hanya untuk jadi tukang pacak bendera sambil bertakbir sejak beberapa PRK yang lalu hingga ke PRN Sabah, langsung tidak dijelingnya parti syurga ini?

Aku simpati dengan parti lebai. Paling tidak, Amanah lebih dihargai di Sabah walaupun parti itu masih baru berbanding parti lebai. Satu lagi yang lebai sakit hati adalah apabila Keadilan bertegas untuk menggunakan logonya sendiri. Sedangkan, Tuang Presideng parti lebai kata sanggup gunakan logo dacing baghdad yang pernah dikapirkannya dulu sekiranya parti ini bertanding. Itu pun tidak dipandang oleh mereka dan jatuhlah kemaluan lebai.

Jumaat, 11 September 2020

SAYA CABAR MOKHTAR SENIK BERDEBAT

Saya mulanya mahu menjawab persoalan yang beliau kemukakan di dalam FBnya secara terus di FBnya, malangnya olamak bacul ini penakut. Dia dah block saya, tapi dia mahu orang jawab soalan dia. Ini lagi lawak.

Sudah lama dia menyepi dalam status2 politik, mungkin takut diserang dan orang ungkit kembali kesnya dikejar depan stesen Petronas tu. Dia ingat orang lupa kes tu? Jangan sampai Alexander Pittsuwan Thomprason buka kembali drama tu bersiri2.

Baiklah, dia mahu tanya mengapa orang2 agama sokong PH termasuk Dap? Jawapannya mudah, kerana di dalam negara ini hanya ada dua pilihan, iaitu PH dan gabungan caca merba terdiri dari BN, Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional. Jika mahu pilih parti untuk mentadbir negara ini, idua gabungan itu sahaja yang boleh dipilih. Jika dulu, boleh pilih Pas kerana Pas waktu itu mahu bersendirian. Tetapi, apabila Pas telah menjual maruahnya kepada Umno dan Bn dan kini menikah pula dengan Perikatan Nasional, maka Pas tergolong di dalam grup kleptokrasi dan grup pengkhianat pintu belakang. Maka, pilihan ada dua, PH atau gabungan pengkhianat dan kleptokrasi.

Kaedah Islam mengajar wajib memilih kumpulan yang baik rekodnya dan kurang mudharatnya. Apakah Umno kurang mudharat rekodnya? Apakah Umno tiada rekod menentang hukum Islam? Apakah Umno tiada rekod rasuah dan penyelewengan?

Malas mahu beri usrah panjang lebar kepada Mokhtar Senik ni. Cukuplah kita beritahu asas sahaja iaitu kita menyokong PH kerana PH itu lebih baik rekodnya, keadilannya dan tidak menjual agama berbanding puak di sebelah yang terkenal satu dunia sebagai kleptokrasi dan puak yang terkenal dengan suka mengkapirkan orang. Takkan dapat jadi kerajaan secara rompakan dan khianat, dan lebai2 diberi jawatan hasil pengkhianatan itu maka jadi wajib sokong mereka?

Kalau Mokhtar Senik masih tidak faham, bolehlah kita bertemu dan berdialog atau berdebat di dalam maudhuk ini. Saya bukan ustaz jauh sekali olamak macam Mokhtar Senik, tetapi setakat Mokhtar Senik tu, any time boleh sahaja bersemuka di mana2 saja hatta di pondok beliau dan kita berdebat secara terbuka.

Khamis, 10 September 2020

PENOLAKAN TERHADAP MAHATHIR BERSAMA PH AMAT KETARA

 


DARIPADA 4, 281 RESPONDEN, 97% MAHU AGAR PH MENERUSKAN PERJUANGAN MENENTANG PENGKHIANAT KERAJAAN PINTU BELAKANG TANPA TUN MAHATHIR

Saya telah mengemukakan kaji selidik/poll bertajuk " PAKATAN HARAPAN HARUS KE HADAPAN TANPA MAHATHIR". Bersetuju atau tidak? Kaji selidik ini bermula pada 01 Sept 2020 dan berakhir semalam 08/9/20. Saya telah memperolehi keputusan seperti berikut:

1. SOKONG PH TANPA MAHATHIR - 97.0%
2. SOKONG PH BERSAMA MAHATHIR - 2.9%


Keputusan melalui Poll atau kajiselidik melalui apa cara sekalipun sememangnya bukan keputusan yang muktamad, namun kajiselidik ini sudah memadai untuk memberi gambaran betapa Tun Mahathir bukan lagi tokoh yang popular malah dibenci ramai angkara kegagalan dan kecuaian serta kerjasamanya sehingga kerajaan PH yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU14 yang lalu ditumbangkan dengan mudah oleh para pengkhianat.

Dosa besar Mahathir adalah apabila beliau meletakkan jawatan disaat kerajaan PH masih lagi berupaya untuk menghalang rampasan kuasa tersebut. Alasannya iaitu beliau tidak lagi mendapat sokongan daripada MP-MP dari partinya Bersatu serta segelintir dari kumpulan semburit menjadi penyebab beliau meletakkan jawatan amat tidak boleh diterima. Ini adalah kerana kerajaan PH bukan hanya bergantung dengan Bersatu mahupun segelintir dari puak yang diketuai oleh semburit.

Sewajarnya beliau mendapatkan pandangan atau nasihat daripada pimpinan PH terlebih dahulu sebelum menggunakan otaknya yang tidak lagi berfungsi ketika itu. Malangnya, beliau sememangnya mahu PH tumbang kerana beliau bercadang untuk menjadi PM kali ketiga di bawah kerajaan perpaduan kononnya. Jika beliau berjaya menubuhkan kerajaan perpaduan, maka beliau akan dapat menggagalkan usaha PH untuk mengangkat Anwar sebagai PM dan beliau akan menjadi PM sehingga nyawanya dicabut.

Wajib bagi PH menjauhi manusia ego, sombong dan busuk hati ini. Mana-mana pimpinan dari PH yang masih mahu melutut dan menyembah Mahathir, sudah pasti akan dihukum oleh rakyat. Jangan marah jika kamu juga akan diserang habis-habisan kerana menjadi perisai kepada manusia tidak sedar diri ini.

BOLEHKAH UMNO DAN PAS TERIMA SEMBURIT? AZMIN SYOK SENDIRI

 


Pengkhianat ini bercakap depan para penyokongnya di Kedah, bahawa beliau lebih selesa berada dengan Pas dan Umno berbanding bersama Anwar.

Kenyataannya itu dibuat bagi menghalalkan tindakannya khianat kepada Keadilan, PH dan kepada rakyat, khususnya di kawasannya. Pelik bin ajaib, dia selesa dengan Umno dan Pas tetapi memilih untuk menyertai Bersatu.

Kenapa Bersatu? Sebab si kitol ini tahu Umno atau Pas jijik untuk terima semburit berada di dalam parti mereka. Bukankah sewaktu si kitol ini berada di dalam Keadilan, kedua2 parti tersebut setiap hari meminta polis siasat kes video di Hotel Sandakan? Beliau pilih untuk sertai Bersatu pun demi keselamatan kesnya itu.

Saya ingin beritahu semburit ini, kamu memang layak untuk berasa selesa dengan Umno kerana perangai kamu, sikap elit kamu, lagak bermewah2 kamu sekeluarga, dan moral kamu itu amat releven dengan Umno. Kamu pun memang selesa dengan Pas kerana kamu sedar parti lebai ini mudah untuk dikawal oleh kamu, beri saja sesuatu kepada lebai ini, mereka akan jual maruah mereka hatta ugama pun mereka akan jual. Azmin bukan tidak biasa lakukan ini kepada lebai sewaktu beliau jadi menteri ekonomi di dalam kerajaan PH dahulu. Dia tahu kelemahan lebai.

Hujah semburit kononnya Anwar gila untuk menjadi PM adalah satu fitnah dan cuba untuk perbodohkan penyokong2nya yang telah lama bodoh itu. Azmin tahu, sewaktu mesyuarat Majlis Presiden PH yang terakhir beliau hadiri sebelum beliau khianat, Anwar sendiri cadangkan Mahathir terus menjadi PM sehingga selepas APEC bahkan tarikhnya tidak ditetapkan, terpulang kepada Mahathir sendiri. Adakah Anwar gila jawatan atau Mahathir tamak jawatan?

PH bersetuju dengan cadangan Anwar. Tapi Azmin dan mak lampir tiada sewaktu sidang media diadakan selepas itu. Dia cabut lari kerana marah rancangan jahatnya untuk pecahkan PH malam itu gagal kerana Anwar jauh lebih bijak dari otak semburit laknat ini. Akhirnya, semburit terus juga khianat bersama Muhyidin demi rakus kuasa.

Dia yang khianat dan dia yang rakus kuasa, tetapi dia tuding jari kepada Anwar. Kononnya untuk selamatkan negara. Adakah beliau ingat kita lupa kisah dia tabur projek kepada beberapa MP Umno di rumahnya sewaktu dia menjadi menteri ekonomi di dalam kerajaan PH dahulu? Demi rakyatkah itu? Inilah manusia paling bangsat yang pernah Keadilan lahirkan dan Alhamdulillah, si bangsat ini akhirnya keluar dari parti kita. Kalau adik beradiknya pun tendang dia keluar dan maki dia setiap hari, memang patut pun bangsat ini tiada di dalam Keadilan. Mana mungkin babi boleh kita pelihara di rumah seperti kita pelihara kucing ?

Ahad, 6 September 2020

KEADILAN MILIKI RAMAI PEJUANG HEBAT YANG BAKAL MERAMPAS KEMBALI KUASA DARI PENGKHIANAT

 

Keadilan bukan sahaja kekal berprinsip, tetapi parti reformasi ini bertuah kerana memiliki ramai pendokongnya di kalangan rakyat marhaen dari berbagai kaum. Lebih membanggakan lagi Keadilan mempunyai ramai anak didik Anwar Ibrahim yang hebat dan memiliki aura tersendiri seperti Sdr Rafizi Ramli .

Keadilan juga ada tokoh hebat seperti Nurul Izzah dan Puan Hjh Fuziah Salleh yang terkenal berpegang dengan prinsip. Tidak pelik jika sewaktu PH menjadi kerajaan dan Mahathir menjadi PM, tokoh-tokoh seperti ini tidak digemari oleh orang yang anti reform seperti Mahathir. Apabila Mahathir gagal melaksanakan reform seperti yang dijanjikan, Nurul Izzah mula menjauhinya kerana putus harapan kepada beliau. Fuziah Salleh terpaksa bergelut bersendirian mempertahankan prinsipnya apabila sebagai seorang pejuang anti Lynas, tiba-tiba Mahathir merestui kilang Lynas ini terus beroperasi. Mahathir meletakkan MP Kuantan ini hanya sebagai Timbalan Menteri sedangkan 'wanita besi' ini pejuang paling lama dari Keadilan dan menjadi MP tiga penggal berturut-turut.

Saya melihat Rafizi paling kecewa kerana setelah bersusah payah beliau korbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menaikkan PH sebagai kerajaan, apa yang beliau impikan untuk melihat Mahathir meneruskan agenda reformasi ternyata gagal. Mahathir ternyata menyusun agenda peribadinya yang utama iaitu memastikan Anwar tidak akan menggantikannya seperti yang dijanjikan. Mahathir mengutip semua musuh-musuh Anwar untuk memegang jawatan-jawatan penting. Azmin menjadi menteri kanan, tolak Fuziah sebagai menteri penuh dan angkat Zuraidah, orang yang diangkat sendiri oleh Fuziah di dalam politik untuk menjadi menteri penuh. Latheefa Koya, seorang lagi yang dikenali sebagai anti Anwar, diangkat untuk mengetuai SPRM. Akibatnya, Azmin dan Zuraidah sendiri mengkhianati Mahathir.

Tindakan Mahathir ini mungkin menjadi salah satu penyebab Rafizi mahu 'berehat' seketika. Biarkan Rafizi mengambil sedikit masa lagi untuk memujuk hatinya. Mahathir kini tiada di dalam kamus Keadilan. Kita boleh maafkan beliau sekali tetapi bukan berkali-kali.

Sesiapa yang masih percayakan orang tua ini, silakan. Keadilan bukan berlagak 'abang' di dalam PH, sebab itu Anwar tidak pernah melarang mana-mana pimpinan di dalam PH untuk meyakini Mahathir Anwar memahami bahawa seluruh ahli dan penyokong Keadilan tidak lagi boleh menerima Mahathir. Jika dahulu, Anwar berjaya memujuk ahli-ahli dan penyokong Keadilan untuk menerima Mahathir, tetapi apabila Mahathir ini jenis manusia tidak tahu berterima kasih, maka Anwar tiada upaya lagi untuk menyakinkan para penyokongnya.

"Kerehatan' Rafizi seketika memberi ruang kepada tokoh muda seperti Akmal Nasir untuk meneruskan gerakan di akar umbi. Akmal semakin aktif bergerak termasuk di media sosial. Nurul Izzah pula telah mula melangkah melangkaui sempadan Permatang Pauh. Fuziah Salleh semakin aktif apatah lagi setelah dinobatkan sebagai Ketua Wanita Pusat. Program latihan di bawah Akademi Keadilan (ARK) yang diasaskannya semakin aktif menyusun aktiviti di seluruh negeri. Anak-anak buah Rafizi meneruskan kerja dengan inisiatif sendiri menyusun berbagai program latihan di bawah Selkom. Lebih banyak program sebegini lebih baik untuk memantapkan parti.

Jangan lupa, terdapat satu lagi pertubuhan yang semakin mendapat perhatian masyarakat. GERAK98 yang kini dipimpin oleh Sdr Ezam Mohd Noor adalah kesinambungan daripada Gerak yang diasaskan oleh Almarhum Us Fadzil Noor, Presiden Pas sewaktu di era reformasi. Ezam tampil melunaskan 'hutang'nya kepada Keadilan iaitu parti yang pernah ditinggalkan dahulu. Ijtihad beliau sewaktu meninggalkan Keadilan dahulu, tiada sesiapa boleh menghukumnya benar atau salah. Apabila beliau berada di pihak lawan kita suatu ketika dahulu, kita lawan Ezam. Apabila Ezam mahu bersama dengan kita untuk mengangkat Anwar sebagai PM, melawan pengkhianat dan si kitol, maka kita harus berlapang dada. Jika kita tidak mahu bergerak, jangan kita halang pihak lain yang mahu bergerak.

Tugas untuk menjatuhkan pengkhianat tidak cukup dengan parti sahaja yang berperanan. Gembelingkan tenaga dengan semua pihak yang sealiran dengan perjuangan kita Terimalah hakikat bahawa Rafizi punyai aura dan pengaruhnya yang tiada sesiapa pun boleh pertikaikan. Akmal, pengikut Rafizi juga seorang tokoh yang berwibawa dan berani. Nurul Izzah sudah tentunya mempunyai aura di kalangan anak-anak muda dan wanita kerana ketegasan dan keberaniannya yang diwarisi dari ayahnya. Fuziah Salleh, pejuang lama yang penuh berpengalaman dan begitu setia dengan 'bos'nya sewaktu senang dan susah mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik bagi seorang wanita. Ezam Mohd Noor, satu nama yang tidak dilupakan terutamanya oleh orang-orang lama dan otai reformasi, punyai sejarahnya tersendiri namun kekal menyanjung reformasi.

Ezam hadir ketika kita berada di dalam keadaan sukar, bukannya sewaktu kita sedang berkuasa. Beliau tampil disaat Anwar ditekan dan dikhianati, bukannya beliau tampil ketika Anwar dipuncak kuasa. Maka, berikan ruang untuk Ezam membuktikan bahawa suatu ketika dahulu beliau 'terkhilaf' memilih Umno, dan kini beliau mahu buktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa reformasi itu hanya boleh dilaksanakan oleh pemegang kuncinya iaitu Anwar Ibrahim.

Kesemua mereka bakal kembali berganding bahu untuk menyelamatkan negara ini dari terus diperintah oleh pengkhianat. Bersyukurlah, disaat beberapa pemimpin mulai kabur mata dek jawatan dan pangkat, Keadilan masih ada pemimpin dan tokoh yang bermaruah.

"LAWAN TETAP LAWAN"

HORMATI KEHENDAK AMANAH MAHU GUNA LOGO WARISAN DI SABAH

Sewaktu PRU14 yang lalu, di Semenanjung semua sepakat di dalam PH untuk guna logo Keadilan, di antara lain sebabnya parti Bersatu waktu itu tidak disahkan lagi oleh ROS. Waktu itu, Warisan tetap menggunakan logonya di Sabah atas alasan Warisan bukan dalam gabungan PH, cuma rakan kerjasama sahaja.

PRU14 juga memperlihatkan Dap di Sarawak tetap menggunakan logo Dap walaupun Dap adalah dalam gabungan PH, tetapi tiada masalah kerana situasi politik di Sabah atau Sarawak tidak sama di Semenanjung. Keadilan sejak dahulu lagi iaitu sejak PR hinggalah PH, di Sabah dan Sarawak kita tetap dengan logo kita.

Tiada bezanya di dalam menghadapi PRN Sabah tidak lama lagi. Keadilan tetap menyokong Warisan seperti dulu dan logo Keadilan akan tetap dibawa bagi membantu Warisan. Apatah lagi, negeri Sabah adalah negeri kedua di Malaysia yang mempunyai keahlian paling ramai. Walaupun mempunyai keahlian kedua tertinggi di Malaysia, Keadilan akan tetap memperkenalkan logonya.

Saya tidak pasti berapa ramai ahli Amanah di Sabah. Sekiranya Amanah merasakan sesuai untuk mereka gunakan logo Warisan, itu adalah hak parti mereka dan kita tidak perlu pertikaikan. Bagi Keadilan, kita boleh bersolidariti dan bekerjasama dengan Warisan tanpa kita meninggalkan logo kita yang telah lama dikenali di Sabah mahupun di Sarawak sepertimana Warisan boleh bekerjasama dengan PH pada PRU14 yang lalu tanpa mereka meninggalkan logo parti mereka.

Saya bangga kerana logo Keadilan kini berada di mana-mana seluruh Malaysia dan semakin dikenali. Ini adalah kerana parti kita sentiasa membawa logo ini samada menang atau kalah. Pada PRU15 akan datang, kita tidak perlu lagi menjulang logo PH kerana logo itu telah dicemari oleh Mahathir.

APABILA BUDAK-BUDAK UMNO MARAH KEPADA BUDAK-BUDAK BERSATU

Apabila ada budak2 Bersatu kata Umno hanya menumpang tuah Bersatu, ramai budak2 Umno marah sbb mereka tahu Bersatu jauh lebih kecil pengaruhnya berbanding Umno. Bersatu nampak macam ramai MP sekarang tetapi semua tahu ianya datang dari MP2 Umno yang lompat dan dari MP2 Keadilan yang lompat. Bersatu original punya MP tidak lebih dari 12 orang, itu pun ada yang telah dipecat bersama Mahathir.
Jadi, ada lojiknya budak2 Umno bengang dengan dakwaan mereka.

Namun demikian, ada lojiknya juga budak2 Bersatu kata Umno hanya menumpang tuah Bersatu. Buktinya, sampai sekarang beberapa menteri dari Umno masih menenggek dalam kabinet Muhyidin. Walaupun dikatakan Bersatu itu parti nyamuk dan tiada pengaruh dan Umno itu besar pengaruhnya, mana mungkin Umno menenggek dan makan di suap dari tangan Muhyidin? Maka, jangan salahkan budak2 Bersatu berkata sedemikian. Umno juga yang salah kerana tiada kekuatan politik dan prinsip. Tidak guna mempunyai jumlah MP yang ramai tetapi tiada kekuatan dan keberanian politik. Tidak berani kerana masing2 ada fail di tangan Muhyidin gamaknya.

Jika benar2 mahu buktikan Umno itu lebih hebat dan berpengaruh, Umno harus tinggalkan Bersatu sekarang. Jika Umno tinggalkan Bersatu, baru boleh kita menilai samada memang Umno kuat atau Bersatu yang lebih berpengaruh. Jika takut untuk melakukannya, maka tidak perlulah marah kepada budak2 Bersatu. Mengaku sahaja memang kamu lemah.

PERINGATAN BUAT KITA, KENALI PENJUAL AGAMA

 



Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.” Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.” (HR Ibnu Majah).

dan lagi,

Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti ANJING, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).

Ayat ini menceritakan perihal kisah seorang ilmuwan agama yang meninggalkan ajaran Allah semata-mata kerana keinginannya kepada dunia.

Sabtu, 5 September 2020

TANPA IMEJ ANWAR, TERSERLAH KEHODOHAN IMEJ MAHATHIR

Menjelang PRU14, nama Mahathir harum dan setiap ceramahnya dihadiri puluhan ribu orang berbilang kaum, sehingga ramai yang berkata itu lah aura Mahathir yg menjadi penyebab PH menang. Benarkah?

Tidak benar samasekali. Nama Mahathir gah ketika itu adalah kerana Mahathir waktu itu menyatakan sokongan kpd Anwar yang berada di dalam penjara dan sokongan Anwar juga kpd Mahathir. Waktu itu kedua mereka saling sokong menyokong dan rakyat amat gembira dengan gandingan mereka berdua.

Bila imej Mahathir jatuh? Ianya bermula beberapa bulan selepas Mahathir angkat sumpah menjadi PM. Ketika itu, banyak perkara yang tidak menyenangkan dilakukan oleh Mahathir selaku PM. Mahathir mula tidak memandang Anwar lagi bahkan tidak menghormatinya. Anwar cuba untuk menunjukkan keikhlasannya menyokong Mahathir dengan setiap minggu Anwar akan ke pejabat PM untuk memberikan pendapat dan pandangan bahkan teguran. Banyak dasar dan kerja buat Mahathir yang tidak disenangi oleh Anwar kerana bertentangan dengan semangat reformasi yang dijanjikan kepada rakyat. Janji sentiasa menjadi mainan Mahathir untuk melaksanakan manifesto PH bagi mengangkat Anwar sebagai PM. Namun, Anwar terus bersabar dengan karenah Mahathir hingga ke hari terakhir jatuhnya kerajaan PH akibat pengkhianatan yang laluannya dipermudahkan oleh Mahathir apabila beliau meletakkan jawatan sesuka hati tanpa perbincangan dengan rakan-rakan di dalam PH.

Imej Mahathir bertambah buruk apabila setelah hilang kuasa pun masih tidak mahu menerima Anwar. Lebih jelas lagi, secara terbuka Mahathir menyatakan tidak akan bekerjasama lagi dengan Anwar dan Keadilan. Mahathir hanya mengharapkan sokongan Amanah, Dap dan Warisan. Beliau amat marah apabila Keadilan tidak lagi mahu mempercayainya untuk menjadi PM kali ketiga.

Terbukti, di PRK Slim baru-baru ini calon pilihan Mahathir berlogokan pokok, tumbang dengan penuh keaiban. Mahathir dimalukan di kawasan majoriti Melayu. Tahniah kepada Anwar yang tidak melibatkan diri di dalam kempen di Slim. Anwar bijak bila memberikan ruang kepada calon Mahathir untuk bertanding di situ agar rakyat dapat menilai betapa buruknya imej Mahathir.

Siapa lagi boleh bercakap, Mahathir boleh dapatkan sokongan Melayu?

Jumaat, 28 Ogos 2020

HUKUM KARMA BUAT PENGKHIANAT KEADILAN

 


Dulu timbalan presiden Keadilan. Khianat kpd PH dan parti kerana nafsu tamakkan kuasa. Tubuh NGO kononnya nak test market, berapa ratus ribu akan keluar Keadilan dan join dia, boleh dia tubuhkan parti baru kononnya. Rupa2nya tak dpt sambutan, tiada cabang yg bubar pun bila dia keluar malah ahli parti Keadilan bertambah melebihi 1 juta sekarang.
Akhirnya, tanpa segan silu, mengemis simpati masuk juga parti nyamuk iaitu Bersatu.

Masuk Bersatu pula, tiada jawatan untuk dia. Ahli2 Bersatu pula macam tak meraikan dia dlm Bersatu sebab dah tahu perangai buruk dia. Kalau dgn Mahathir yg byk bantu dia dan selamatkan dia dari kes semburit dan dia pun bodek mahathir punyalah kuat, itu pun tergamak dia khianat, dengan Anwar yg angkat dia mengenali politik, itu pun dia tergamak khianat, apakah dia takkan khianat muhyidin? Orang2 Bersatu tahu semua ni sbb itulah mereka tak raikan semburit ni.

Maka, pnyokong2 semburit pun terasa teramat malu bila bos mereka dilayan macam pengemis dan pelacur jalanan. Hukum karma buat pengkhianat!!

ALLAH DEDAHKAN WAJAH PEMIMPIN PAS MELALUI 'SIRAH AT TAKIRI"

Khairuddin 'Tak Kuarintin Diri' (rengkasnya, Takiri) sememangnya hebat kalau bercakap. Aku masih ingat sewaktu parti lebai ini sibuk bercakap pasal RUU Akta 355. Isu inilah yang menjadi salah satu alasan untuk parti lebai berpisah dengan PR dulu.

Si Takiri berucap, pernah mencabar sesiapa sahaja untuk berdebat dengannya dalam isu RUU Akta 355. Beliau berhukum bahawa melaksanakan RUU Akta 355 itu adalah hukumnya 'Wajib', bukan sunat, makruh, haram atau harus lagi. Maka, tidak peliklah ada seekor lebai dari Penang mengutip hukum tersebut dan dijadikan maudhuk di dalam kuliahnya sehinggakan "mengkapirkan' Kak Wan (Presiden Keadilan waktu itu) jika tidak menyokong usul yang akan dibawa oleh lebai Hadi di Parlimen. Mati nanti, kita tanam jirat, kata lebai jahil tersebut. Nampak tak bahayanya apabila Islam itu dijual?

Hukum serta pandangan Takiri tentang RUU Akta 355 ini mendapat perhatian dari seorang ustaz terkenal, pakar hadith iaitu Dr Rozaimi atau Dr Rora. Beliau menyahut cabaran Takiri untuk berdebat dan telah menghantar wakil untuk menyampaikan minatnya untuk berdebat dengan Takiri. Malangnya, sampai sekarang Takiri membisu sehinggalah beliau kini telah menjadi menteri di dalam kerajaan pintu belakang. Bila telah menjadi kerajaan, sepatutnya tidak perlu kisah soal debat lagi, elok beliau suruh lebai Hadi, Presidennya itu bawa semula usul RUU Akta 355 yang lebai Hadi sendiri minta tangguh berkali-kali dahulu. Mengapa diam soal RUU Akta 355 sekarang? Sebab, itu hanya modal lebai dalam politik saja.

Nah, sekarang parti lebai cuba sedaya upaya untuk membela Takiri pula. Satu dunia tahu, Takiri telah langgar satu undang-undang dan peraturan paling serius iaitu berkaitan keselamatan orang ramai. Covid bukan penyakit biasa, ia satu wabak dan virus paling bahaya yang sedang melanda dunia sekarang. Tapi, Takiri dengan egonya hanya menyatakan telah bayar denda seribu dan akan potong gaji 4 bulan. Apakah itu nilai keselamatan? Undang-undang mahu dibeli dengan sejumlah wang yang tidak cukup untuk membeli alat ganti kereta Audi Q7 yang dihadiahkan kepada bini muda beliau?

Peliknya, si katik Tuan Berahim pun ikut membela si Takiri ini. Tapi dia bawa contoh yang ke laut yang menunjukkan kebodohan sang timbalan parti lebai. Ada ke patut dia membawa contoh drebar lori sayur yang ulang alik ke Singapore tidak pun kena kuarintin? Dia bawa kisah pilot juruterbang yang memang tugas hariannya membawa pesawat untuk disamakan dengan kisah anak buahnya si Takiri yang bawa bini ke Turki.

Benarlah kata lebai Hadi. Parti lebai dengan parti Najib umpama dua lutut. Ertinya, otak kedua-dua parti ini memang berada di lutut. Tidak hairanlah banyak sangat keluar yang pelik-pelik dari mulut pimpinan mereka. Kisah Takiri ini aku tamatkan dengan memetik apa yang penulis Ipoh mali sebut di bawah;

Petikan dari catatan Ipoh Mali menyebut...

Kisah Takiri ini mirip satu kisah wanita kalangan Bangsawan yang dituduh mencuri.. lalu dia berjumpa dengan Usamah bin Zaid, orang yang paling disukai dan paling rapat dengan Rasulullah ﷺ.. dengan harapan Usamah dapat menolongnya diberikan keringanan hukuman..

Bia mendengar rayuan Usamah itu.. Maka merahlah muka Nabi kemarahan.. Lalu Nabi ﷺ bersabda..

أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللهِ

“Apakah kamu hendak meminta syafaat terhadap hukuman dari Allah (yang telah ditetapkan)?”

Lalu Nabi ﷺ Bangun dan berdiri di mimbar Khutbah lalu Nabi Ucapkan ungkapan ini sebagai Pedoman sekalian Manusia..hatta dalam kehidupan kita hari ini....

Lalu Nabi ﷺ berdiri dan berkhutbah , setelah memuji Allah dengan pujian yang layak untuk-Nya, baginda ﷺ bersabda:

« فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ

وَإِنِّي وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا»

“ Sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah apabila ada orang yang dihormati (terhormat) dari mereka mencuri, maka mereka pun membiarkannya. Namun jika ada orang yang lemah dan hina di antara mereka ditangkap kerana mencuri, maka dengan segera mereka melaksanakan hukuman ke atasnya.

Demi Zat yang jiwaku berada tangan-Nya, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, sungguh aku sendiri yang akan memotong tangannya.”

Jadi apa apa yang diperlihatkan dihadapan kita hari ini menepati apa yang diucapkan Nabi ﷺ lebih seribu tahun dulu.. hukuman yang dikenakan kepada rakyat Marhaen, berbeza dengan kelompok sang penguasa dan Menteri... Takiri telah mendapat Syafaat dari KKM hanya kerana kedudukannya sebagai Menteri..

Jadi tidak kah kita nampak hikmah disebalik tertubuhnya Kerajaan tebuk atap dan Khianat ini.. Allah zahirkan dihadapan kita... yang rosakkan nama agama ini datang dari orang Agama sendiri.. Mereka inilah yang memburukkan wajah Islam..

Bukan kah benar kata Nabi ﷺ, Lebih aku takutkan Ulama Jahat ini lebih dari Dajjal.. :)
/Ipoh Mali

Khamis, 27 Ogos 2020

BEKAS AKTIVIS SAMM KINI BERSAMA DI DALAM NGO PERTUBUHAN GERAKAN ANAK MALAYSIA MERDEKA (GERAMM)

 


Pertubuhan Gerakan Anak Malaysia Merdeka (GERAMM) adalah terdiri dari majoriti bekas aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang telah lama berkubur bersama penyelarasnya, Badrul Hisham atau Chegu Bard.

Hampir kesemua pengikut SAMM telah mula meninggalkan ngo pimpinan Chegu Bard tersebut termasuk orang kanan Chegu Bard sendiri seperti pengarah komunikasi SAMM iaitu eddy Edy Noor Reduan blogger edyes.com, hulubalangnya seperti Md Sani Md Shah , Hamizan Komeng , Muhammad Saufi Miad , Ranger Omar , bung hatta @ Kamarulhatta Mohaned Ali , Spa dan ramai lagi yang tidak mampu saya sebut di sini. Mereka semua telah meninggalkan 'guru' mereka yang bertahun-tahun mengajar mereka tentang perjuangan dan hidup berprinsip. Malangnya, guru mereka sendiri hanyut dibuai godaan dan hilang arah serta prinsip perjuangannya. Difahamkan beberapa aktivis telah dilantik bagi mengetuai pertubuhan itu di setiap negeri.

"Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata", itu adalah kata keramat SAMM suatu ketika dahulu, namun dihancurkan oleh pengasasnya sendiri. Betapa hebatnya godaan duniawi sehingga berjaya memaksa 'guru" SAMM ini berkali-kali menjilat ludahnya. Ini menjadikan anak-anak buahnya mula hilang keyakinan terhadap Chegu Bard. Sedikit demi sedikit mereka melarikan diri dan tidak mahu terikut menjual maruah diri dan prinsip perjuangan.

Akhirnya, kumpulan aktivis ini bersatu kembali tanpa 'guru' mereka yang telah jauh tersesat itu. Di bawah GERAMM mereka mula bergerak dengan membawa suara anak Malaysia Merdeka. Tugas pertama mereka baru-baru ini adalah dengan membuat laporan polis di seluruh negeri berkenaan isu menteri yang melanggar undang-undang atau SOP Covid19 yang hangat diperkatakan sekarang.

Tahniah kepada GERAMM yang sanggup menyambung kembali perjuangan lama mereka dengan misi yang tidak berubah iaitu menentang ketidakadilan dan kezaliman. Semoga perjuangan GERAMM terus diberkati.

TUAN IBRAHIM WAJAR DESAK KHAIRUDDIN TAKIRI LETAK JAWATAN MENTERI DAN JADI DRIVER LORI SAYUR SAHAJA

 


Adakah Timb Presiden Pas yang juga Menteri Mewa ini faham apa kepentingan dan beza tugas pemandu lori sayur yang membekalkan makanan dan pilot kapalterbang berbanding dengan seorang menteri yang ke luar negara untuk bercuti dan makan angin?

Adakah ini caranya pemimpin parti Islam apabila membicarakan soal undang-undang dan keadilan? Mengapa disamakan dua keadaan yang jauh berbeza? Jika tidak mahu dikuarintin, Tuan Ibrahim hendaklah menasihatkan Khairuddin Takiri untuk meletakkan jawatan menteri dan bekerjalah sebagai pemandu lori sayur kalau pun dia tak layak sebagai pilot.

Bayangkan jika rakyat bawahan menggunakan alasan dan hujah bodoh Tuan Ibrahim itu untuk mengelakkan diri dari dikenakan tindakan melanggar SOP Covid? Tuan Ibrahim patut malu apabila memberikan hujah sebodoh itu apatah lagi beliau menteri Mewa. "MEWA" itu pun memberi maksud yang kena dengan otak Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim patut jawab dulu persoalan rakyat mengapa Khairuddin bayar denda RM1,000 sebelum KKM siasat? Perlu jawab mengapa perlu 'back date'? Islam mengajar menipukah? Atau, Tuan Ibrahim berpegang kepada 'fatwa' partinya 'wajib menipu" demi parti?

Patutlah ada yang beri gambaran, kalau parti menjual agama ini jadi kerajaan dan laksanakan hudud, akan ada kes di mana rakyat biasa apabila mencuri dipotong tangannya dan jika menteri mencuri akan dipotong kukunya sahaja.

ALLAH DEDAHKAN WAJAH PEMIMPIN PAS MELALUI 'SIRAH AT TAKIRI"

Khairuddin 'Tak Kuarintin Diri' (rengkasnya, Takiri) sememangnya hebat kalau bercakap. Aku masih ingat sewaktu parti lebai ini sibuk bercakap pasal RUU Akta 355. Isu inilah yang menjadi salah satu alasan untuk parti lebai berpisah dengan PR dulu.

Si Takiri berucap, pernah mencabar sesiapa sahaja untuk berdebat dengannya dalam isu RUU Akta 355. Beliau berhukum bahawa melaksanakan RUU Akta 355 itu adalah hukumnya 'Wajib', bukan sunat, makruh, haram atau harus lagi. Maka, tidak peliklah ada seekor lebai dari Penang mengutip hukum tersebut dan dijadikan maudhuk di dalam kuliahnya sehinggakan "mengkapirkan' Kak Wan (Presiden Keadilan waktu itu) jika tidak menyokong usul yang akan dibawa oleh lebai Hadi di Parlimen. Mati nanti, kita tanam jirat, kata lebai jahil tersebut. Nampak tak bahayanya apabila Islam itu dijual?

Hukum serta pandangan Takiri tentang RUU Akta 355 ini mendapat perhatian dari seorang ustaz terkenal, pakar hadith iaitu Dr Rozaimi atau Dr Rora. Beliau menyahut cabaran Takiri untuk berdebat dan telah menghantar wakil untuk menyampaikan minatnya untuk berdebat dengan Takiri. Malangnya, sampai sekarang Takiri membisu sehinggalah beliau kini telah menjadi menteri di dalam kerajaan pintu belakang. Bila telah menjadi kerajaan, sepatutnya tidak perlu kisah soal debat lagi, elok beliau suruh lebai Hadi, Presidennya itu bawa semula usul RUU Akta 355 yang lebai Hadi sendiri minta tangguh berkali-kali dahulu. Mengapa diam soal RUU Akta 355 sekarang? Sebab, itu hanya modal lebai dalam politik saja.

Nah, sekarang parti lebai cuba sedaya upaya untuk membela Takiri pula. Satu dunia tahu, Takiri telah langgar satu undang-undang dan peraturan paling serius iaitu berkaitan keselamatan orang ramai. Covid bukan penyakit biasa, ia satu wabak dan virus paling bahaya yang sedang melanda dunia sekarang. Tapi, Takiri dengan egonya hanya menyatakan telah bayar denda seribu dan akan potong gaji 4 bulan. Apakah itu nilai keselamatan? Undang-undang mahu dibeli dengan sejumlah wang yang tidak cukup untuk membeli alat ganti kereta Audi Q7 yang dihadiahkan kepada bini muda beliau?

Peliknya, si katik Tuan Berahim pun ikut membela si Takiri ini. Tapi dia bawa contoh yang ke laut yang menunjukkan kebodohan sang timbalan parti lebai. Ada ke patut dia membawa contoh drebar lori sayur yang ulang alik ke Singapore tidak pun kena kuarintin? Dia bawa kisah pilot juruterbang yang memang tugas hariannya membawa pesawat untuk disamakan dengan kisah anak buahnya si Takiri yang bawa bini ke Turki.

Benarlah kata lebai Hadi. Parti lebai dengan parti Najib umpama dua lutut. Ertinya, otak kedua-dua parti ini memang berada di lutut. Tidak hairanlah banyak sangat keluar yang pelik-pelik dari mulut pimpinan mereka. Kisah Takiri ini aku tamatkan dengan memetik apa yang penulis Ipoh mali sebut di bawah;

Petikan dari catatan Ipoh Mali menyebut...

Kisah Takiri ini mirip satu kisah wanita kalangan Bangsawan yang dituduh mencuri.. lalu dia berjumpa dengan Usamah bin Zaid, orang yang paling disukai dan paling rapat dengan Rasulullah ﷺ.. dengan harapan Usamah dapat menolongnya diberikan keringanan hukuman..

Bia mendengar rayuan Usamah itu.. Maka merahlah muka Nabi kemarahan.. Lalu Nabi ﷺ bersabda..

أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللهِ

“Apakah kamu hendak meminta syafaat terhadap hukuman dari Allah (yang telah ditetapkan)?”

Lalu Nabi ﷺ Bangun dan berdiri di mimbar Khutbah lalu Nabi Ucapkan ungkapan ini sebagai Pedoman sekalian Manusia..hatta dalam kehidupan kita hari ini....

Lalu Nabi ﷺ berdiri dan berkhutbah , setelah memuji Allah dengan pujian yang layak untuk-Nya, baginda ﷺ bersabda:

« فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ

وَإِنِّي وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا»

“ Sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah apabila ada orang yang dihormati (terhormat) dari mereka mencuri, maka mereka pun membiarkannya. Namun jika ada orang yang lemah dan hina di antara mereka ditangkap kerana mencuri, maka dengan segera mereka melaksanakan hukuman ke atasnya.

Demi Zat yang jiwaku berada tangan-Nya, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, sungguh aku sendiri yang akan memotong tangannya.”

Jadi apa apa yang diperlihatkan dihadapan kita hari ini menepati apa yang diucapkan Nabi ﷺ lebih seribu tahun dulu.. hukuman yang dikenakan kepada rakyat Marhaen, berbeza dengan kelompok sang penguasa dan Menteri... Takiri telah mendapat Syafaat dari KKM hanya kerana kedudukannya sebagai Menteri..

Jadi tidak kah kita nampak hikmah disebalik tertubuhnya Kerajaan tebuk atap dan Khianat ini.. Allah zahirkan dihadapan kita... yang rosakkan nama agama ini datang dari orang Agama sendiri.. Mereka inilah yang memburukkan wajah Islam..

Bukan kah benar kata Nabi ﷺ, Lebih aku takutkan Ulama Jahat ini lebih dari Dajjal.. :)
/Ipoh Mali