Sabtu, 18 Januari 2020

APABILA ABANG MAT SABU PULA DIHENTAM ANGKARA TAKUT MAHU TEGUR TUN


Aku amat simpati apabila melihat abg mat sabu teruk kena hentam dek nitizen akibat beliau mahu rakyat jgn bercerita pasal peralihan kuasa PM, takut terganggu ekonomi. Aku fikir lebih baik abg Mat komen mcm biasa2 dia komen, " kita serah kpd majlis Presiden". Komen mcm tu lebih selamat drpd abg Mat nak kaitkan dgn ekonomi bagai mcm pakar ekonomi..

Abg Mat wajar komen dengan bijak. Dalam Konvensyen Amanah yg lalu, saya dengar salah satu keputusan konvensyen Amanah adalah menuntut Majlis Presiden PH tetapkan tarikh peralihan kuasa PM. Jika benar begitu, mengapa Abg Mat bercakap menyimpang dan tidak bawa suara akar umbi?


P/s Psstt...member askar dah tanya tu, kes pembelian helikopter dan land swap apa cerita bang mat? Tak sound SPRM ke? Elok fokus yg ni je dulu. Baling kasut kawad je kat Tipah Koya tu kalau lambat sgt siasat...

Jumaat, 17 Januari 2020

PRK P176 - KIMANIS - JANGAN PILIH PARTI PENGKHIANAT


Siapa ‘pengkhianat orang Sabah dan Sarawak’ yang telah menggagalkan usaha kerajaan PH meminda Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan? Di Parlimen, dalam undian belah bahagi, hanya 138 Ahli Parlimen mengundi untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi Perkara 1(2), sedangkan sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan undian dua pertiga daripada jumlah Ahli Parlimen.

Kita ketepikan Ahli Parlimen yang tidak hadir di Parlimen pada hari pengundian dilakukan kerana mereka mungkin "sokong", atau "tolak" mahupun "berkecuali". Tetapi, Ahli Parlimen yang hadir namun tidak menyokong RUU ini, jelas merekalah yang menyebabkan pindaan RUU yang memberi kebaikan kepada rakyat Sabah dan Sarawak ini gagal dilaksanakan. Golongan inilah yang sekarang berkempen di Kimanis kononnya pejuang rakyat Sabah.


Masyarakat Kimanis jangan lupa sejarah ini. Jangan terpedaya dengan propaganda Umno/Bn yang memainkan isu pendatang asing Filipina di Sabah, sedangkan inilah isu besar yang kerajaan PH bertungkus lumus menyelesaikannya masalah yang dibiar berlarutan sewaktu Umno/Bn memerintah.

Rakyat Sabah bertuah kerana memiliki KM Sabah di bawah Warisan, Shafie Afdal yang sanggup korbankan dirinya keluar dari keselesaan sewaktu berada di dalam kerajaan Umno/Bn demi memperjuangkan nasib rakyat dan tidak mahu bersekongkol dengan rejim perompak kleptokrasi. Shafie Afdal sanggup diseret ke mahamah dan diaibkan dengan berbaju oren sebagai tekanan ke atasnya, amun tokoh ini terus istiqomah dan terus lawan. Masyarakat Kimanis harus menghargainya dan menyokong calon Warisan iaitu Karim Bujang.


Najib yang mengetuai kerajaan Kleptokrasi dahulu kini adalah Penasihat Bn dan diusung ke Kimanis untuk dipamerkan kepada rakyat Kimanis, inilah wajah orang yang bercakap dengan isterinya serta beberapa yang lain di dalam audio yang telah didedahkan oleh SPRM baru-baru ini. Mereka bercakap bukan soal rakyat, tetapi tentang kepentingan diri masing-masing serta perancangan jahat untuk menipu rakyat Malaysia. Apakah rakyat di Kimanis terlalu murah harga maruah masing-masing untuk menerima orang seperti ini dan memimpin parti yang bertanding di Kimanis?

Sebelum membuang undi, berhenti sejenak dan bayangkan wajah Shafie Afdal dan Najib serta Rosmah. Maka, buatlah keputusan yang terbaik samada memilih Warisan atau Umno/Bn.

TIDAK MASUK AKAL PM SEMENTARA LEBIH LAMA BERKHIDMAT DARI PM SEBENAR


Saya cuma mahu mengingatkan bahawa rakyat memilih PH di dalam PRU14 lalu kerana kita sebut kalau kita menjadi kerajaan, Tun M akan menjadi PM sementara menanti Anwar bebas dari penjara dan boleh berpolitik semula.

Rakyat tahu ini, dan sebab itu rakyat tiada kesangsian untuk memilih PH. Rakyat sanggup tutup mulut dan lupakan sejarah silam Tun M asalkan PH menang dan akhirnya Anwar menjadi PM.

Kalau Tun M dianggap hanya PM 'sementara', maka tempuh dua tahun untuk Tun M itu lojik dan munasabah. Tun M sendiri mengaku sewaktu ditemubual oleh RTM bahawa beliau hanya akan menjadi PM selama dua tahun sahaja. Tempuh itu cukup buat beliau kerana beliau telah berpengalaman menjadi PM sebelum ini.

Tempuh sepenggal adalah lima tahun. Maka, wajar dan tepat sekali dua tahun untuk Tun M dan tiga tahun atau dua tahun setengah pula untuk Anwar. Anwar mesti menjadi PM lebih lama tempuhnya dari Tun M kerana Kerusi PM itu asalnya memang diperuntukkan untuk Anwar. Tun M hanya diberi 'pinjam' oleh PH untuk seketika.

Kalau Tun M bercadang mahu menjadi PM sehingga selesai Persidangan Apec pada bulan November ini, maka Tun M dilihat berkhidmat lebih kurang dua tahun setengah sebagai PM.

Manakala, baki lagi sebelum habis penggal adalah dua tahun setengah. Tidak mungkin PRU15 akan berlaku genap 5 tahun. Maka, baki yang mungkin Tun M akan tinggalkan untuk Anwar lebih kurang dua tahun sahaja sebelum parlimen dibubarkan. Itu pun kalau lidah Tun M tidak terbelit lagi seperti sebelum ini.

Apakah PM 'sementara' ini lebih lama menjadi PM berbanding PM sebenar yang diingini oleh rakyat iaitu Anwar Ibrahim? Tidak mungkin. Kami boleh tunggu Tun M sehingga Mei 2020. Dua tahun setengah ke tiga tahun lagi adalah untuk Anwar. Tolong jangan tamak.

Wahai pemimpin-pemimpin PH, jangan sesekali lupa kepada janji. Jangan mudah terpesona dengan jawatan sekarang. Jangan lupa siapa yang mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat sejak tahun 1998. Jangan kerana diberi jawatan di dalam Kabinet, maka tergamak kamu khianati kepercayaan rakyat.

Hari ini, kami di bawah masih yakin dengan kamu. Kami sanggup buat apa saja untuk angkat kamu sehingga berada di posisi sekarang. Hargailah kami sebagaimana kami hargai kamu dahulu. Jangan memulakan sesuatu yang akan menimbulkan kebencian dan kejijikan kepada kami. Kami tegur dan kritik kamu di atas sana adalah kami sayang kepada PH. Jangan sampai perasaan itu hilang dari kami.

Khamis, 16 Januari 2020

DEMI MARUAH, ANWAR TETAP TERUSKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEPADA YUSOF RAWTHER, HARAP AZMIN PUN SAMA

Dua peristiwa pahit telah melanda Keadilan apabila kita berjaya menubuhkan kerajaan melalui PH. Kedua-dua kes tersebut melibatkan pemimpin utama parti iaitu DSAI, Presiden dan Azmin Ali selaku Timbalannya.

Kes pertama yang mengejutkan, bekas Ketua AMK Sentubung, Sdr Haziq telah membuat pengakuan secara terbuka dan membuat laporan Polis berkaitan satu klip video di hotel Sandakan yang dikenali sebagai "video semburit". Haziq dengan berani mengaku bahawa beliau adalah salah seorang yang beraksi di dalam klip video berkenaan dan pasangannya adalah Azmin Ali.

Walau bagaimanapun, Azmin tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Haziq. Pihak Polis telah membuat siasatan dan mengesahkan melalui ujian yang dijalankan video tersebut adalah tulen, yakni tiada pertindihan imej atau sebagainya tetapi gagal mengenalpasti pasangan Haziq yang menyerupai Azmin itu. Isu ini diambil kesempatan oleh Pembangkang di mana Lokman Adam telah membawa klip video tersebut ke Indonesia untuk ujian pakar di sana. Lokman tampil kemudiannya dengan menyatakan bahawa keputusan di Indonesia menunjukkan pasangan Haziq di dalam klip video tersebut adalah 'positif' menyerupai Azmin Ali.

Pihak Polis juga turut menyatakan bahawa fail kes tersebut telah dibawa ke Pejabat Peguam Negara namun lebih kurang tujuh atau lapan kali fail tersebut dikembalikan oleh Pejabat Peguam Negara untuk dilengkapkan lagi. Akhirnya, pihak Polis telah membawa klip video tersebut ke US untuk dibuat ujikaji. Terbaru, baru-baru ini dinyatakan bahawa tidak dapat dipastikan siapa pasangan Haziq atas alasan kualiti video yang rendah atau 'kabur'. Kita tidak pasti samada siasatan juga merangkumi buku rekod keluar masuk hotel, CCTV hotel atau saksi-saksi yang ternampak di CCTV hotel Sandakan pada tarikh kejadian, namun berdasar hujah hanya video tersebut kualitinya rendah, maka kes ini dianggap tutup, kecuali jika ada keterangan baru.

Kes kedua, Yusof Rawther telah membuat laporan Polis dan akuan bersumpah menuduh Presiden Keadilan, DSAI mencabulnya di kediaman DSAI sendiri. Tiada video, kecuali Akuan Bersumpah. Pada tarikh yang didakwa oleh Yusof semua orang tahu waktu itu DSAI terlibat dengan program yang padat sempena kempen PRK Port Dickson. Peliknya, laporan dibuat setelah lebih setahun kejadian yang dikatakan oleh Yusof itu berlaku. Sebaik sahaja Yusof membuat tuduhan tersebut, DSAI lantas membuat laporan polis bahkan disusuli dengan tindakan undang-undang melalui peguamnya ke atas Yusof yang menfitnahnya.

Terbaru, Pejabat Peguam Negara melalui peguam cara mengumumkan tiada kes terhadap DSAI kerana terdapat banyak keterangan yang meragukan atau percanggahan untuk dibawa ke mahkamah. Sebenarnya, sebelum dimaklumkan berita baik ini pun, rakyat tahu tentang cerita kartun yang dibawa oleh Yusof Rawther itu.

Bezanya, Anwar Ibrahim tidak membenarkan amalan fitnah jijik dan kotor ini berleluasa. Meskipun kes beliau ditutup seperti kes melibatkan Azmin Ali, Anwar Ibrahim menyatakan beliau akan tetap mengambil tindakan undang-undang ke atas Yusof Rawther. Berani kerana benar !!

Rakyat yang bencikan amalan fitnah jijik terutamanya dari warga Keadilan sudah tentu mahu Timbalan Presiden Keadilan, Azmin Ali turut mengikuti jejak langkah Presidennya, apatah lagi beliau seorang Menteri Kabinet terkanan yang perlu kepada maruah yang dipandang tinggi. Azmin wajar mengambil tindakan undang-undang ke atas Haziq yang telah mencemarkan maruahnya dan kalau perlu juga terhadap pasangan Haziq yang menyamai wajahnya itu. Adakah Azmin akan lakukan? Kita yakin beliau seorang yang bukan sahaja "kekal tenang' tetapi juga berani.

Selasa, 14 Januari 2020

ANWAR BERKEMPEN DI KIMANIS MALAM INI



Kehadiran Presiden Keadilan, DSAI ke Kimanis malam ini pasti ditunggu2 oleh masyarakat Kimanis. Turut bersama beliau adalah Presiden Warisan sendiri, Shafie Afdal yang bakal memanaskan pentas ceramah.

Kepada masyarakat Kimanis, jangan lepaskan peluang untuk bersama bakal PM ke 8 malam ini.

KES ISA SAMAD - ZAHID MAT ARIP SETIAUSAHA POLITIK TUN M MENGAKU MENJADI 'TUKANG KUTIP DUIT?"


Zahid Mat Arip adalah merupakan Setiausaha Politik kepada PM, Tun Dr Mahathir dan beliau juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU. Sebelum ini beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Khas kepada bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Apabila membaca laporan dari perbicaraan kes melibatkan Isa Samad, teramat jelas peranan yang telah dimainkan oleh Zahid Mat Arip sewaktu beliau bekerja dengan Isa Samad. Beliau sendiri mengaku menjadi 'tukang kutip duit' untuk Isa Samad, ertinya beliau sedar beliau telah bersubahat dan bekerjasama dengan Isa Samad. Sila rujuk beritanya di sini https://www.freemalaysiatoday.com/…/i-was-paid-up-to-rm50…/…


Tidak pelik dan menghairankan sekiranya beliau lantang di dalam menyerang Anwar Ibrahim sejak dulu hingga sekarang. Beliau di antara yang amat sensitif jika ada pihak yang bercakap tentang peralihan kuasa di antara Tun M dan Anwar. Tidak sukar untuk memikirkan mengapa Zahid Md Arip ini amat memerlukan Tun M terus menjadi PM dan terlalu gusar sekiranya Anwar mengambil alih jawatan tersebut dalam tempuh terdekat ini.

Sewajarnya, di dalam pemerintahan kerajaan Malaysia Baru yang mahu melaksanakan reformasi di dalam negara ini, orang seperti Zahid Mat Arip ini tidak patut dikutip apatah lagi bekerja di sebelah PM. Apakah rakyat boleh yakin dengan kerajaan sekiranya Isa Samad diputuskan bersalah nanti manakala Zahid Mat Arip terus bekerja dengan PM? Kalau Isa Samad didapati bersalah menerima rasuah, tetapi 'tukang kutip duit' ini terlepas atas alasan menerima arahan, apakah kita boleh menerimanya?

Jelas, mana-mana pihak atau individu yang terlalu gusar jika Anwar menjadi PM sudah pasti ada 'kes' yang menghantui mereka. Tun M selaku PM yang diberi mandat oleh rakyat melalui Pakatan Harapan harus berani bertindak sejajar dengan manifesto PH.

Isnin, 13 Januari 2020

BUKU "ANWAR PM KE 8" SEMAKIN LARIS DI PASARAN MENJELANG MEI 2020



Terlebih dahulu, terima kasih kepada rakan Noraini Nordin dan suaminya iaitu penulis buku ini, Sdr Shahbudin kerana aku juga dapat memiliki buku ini.

Bagusnya buku ini di dalam mempromosikan Anwar sebagai PM ke 8 sepertimana perjanjian di dalam PH, buku ini tidak langsung menghentam atau memburukkan PM sekarang, Tun M. Buku ini ditulis secara adil, penuh dengan fakta dan hujah serta berpijak di bumi nyata.

Di dalam satu program pertemuan santai di antara kumpulan reformasi di rumah YB Dr Idris semalam yang turut dihadiri oleh Kak Wan, bekas Ketua Pemuda Keadilan, Sdr Ezam Mohd Noor turut mempromosikan buku ini.

Ezam, yang meletakkan jawatan sebagai Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan (jika tidak silap) di era Najib menjadi PM dan Menteri Kewangan ketika skandal 1MDB hangat diperkatakan, sebelum PRU14 yang lalu memang keberatan menerima Tun M sebagai PM sekiranya PH membentuk kerajaan. Beliau mahukan tokoh muda dilantik dan beliau memilih Azmin Ali.

Namun, setelah beberapa perkembangan dan tingkah laku Azmin dilihat oleh Ezam sebagai tidak menepati ciri2 seorang pemimpin, akhirnya Ezam tidak lagi menyokong Azmin bahkan mengkritik Timbalan Presiden Keadilan ini. Apabila melihat tingkah laku Azmin yang begitu mempamirkan cara hidup yang elit ditambah pula dengan isu video semburit, maka Ezam berpatah arang dengan Azmin.

Ezam bukan lagi ahli Keadilan. Keadilan juga tidak pernah mempelawa bekas Ketua Pemuda parti itu untuk menyertai parti yang dipimpin oleh Anwar itu. Ezam pula setahu saya tidak pernah memohon untuk menyertai Keadilan.

Berdasarkan situasi ini, adalah lebih baik Sdr Ezam berjuang dari luar Keadilan kerana beliau juga masih menjalin hubungan baik dengan beberapa pimpinan Keadilan dan penggerak reformis. Apa yang penting bukan wadah politik tetapi perjuangan.

Saya merasakan Sdr Ezam sudah boleh menerima Anwar untuk menjadi PM selepas Tun M kerana ini adalah kehendak rakyat. Kalau luka lama diungkit, sudah tentu kita tidak boleh bergerak ke mana dan sudah pasti Tun M bukan PM sekarang ini.

Bukan untuk dapat komisyen atau mempromosikan buku ini tetapi secara jujurnya buku ini wajar dibaca oleh setiap dari kita agar kita ketahui mengapa Anwar Ibrahim itu patut diangkat sebagai PM.

DEMI MEMBODEK TUN M, KHAIRUDDIN HINA KUASA MAJLIS PRESIDEN PH?

Pengampu tegar Tun M yang bertanding PRU14 atas tiket Amanah dan kalah, Khairudin meroyan teruk apabila Rafizi menyentuh soal peralihan kuasa PM. Bimbang sungguh dia kalau Tun M tidak lagi menjadi PM selepas Mei 2020 ini.

Maklumlah, bukan mudah mahu dapat jawatan Pengerusi BOCE malaysia/Asean (berkaitan minyak sawit) walaupun satu sen pun beliau tiada nilai dalam politik negara kecuali berkemahiran di dalam memaki hamun orang. Hanya dengan kemahiran mengampu Tun M dan serang Anwar, beliau dapat jawatan tersebut. Rakyat menolaknya di dalam PRU14 ketika beliau bertanding di Melaka. Itu pun atas simpati Amanah yang berinya peluang bertanding menggunakan tiket parti tersebut. Ertinya, beliau bukan ada nilai apa2 pun dalam dunia politik. Bimbang, kalau Anwar jadi PM, dia mahu makan apa?

Khairuddin kata Rafizi tidak faham perlembagaan kerana Rafizi mengatakan Majlis Presiden PH boleh menenetapkan tarikh peralihan kuasa di antara Tun M dan Anwar. Khairuddin yang sering menunjukkan ketololannya itu berkata, jawatan PM hanya boleh ditentukan oleh sokongan majoriti di dalam Parlimen.

Hakikatnya, beliau yang tidak faham konteks apa yang Rafizi sebut. Rafizi tidak mengulas tentang perlembagaan. Kalau ikutkan perlembagaan, semua tahu bahawa jawatan PM akan ditentukan oleh sokongan majoriti di dalam Parlimen dan perkenan YDP Agong. Itu perkara asas, tak perlulah Khairuddin jadi orang tolol untuk bercerita benda asas. Tun M naik jadi PM itu atas sokongan siapa? Majoriti di dalam Parlimen dan diangkat namanya oleh Majlis Presiden PH. Ertinya, melalui PH maka Tun M jadi PM. Melalui PH jugalah Khairuddin yang tolol ini dilantik jawatan Pengerusi BOCE malaysia/Asean. Kalau Bn masih jadi kerajaan selepas PRU14 yang lalu, Khairuddin mungkin sekarang menjadi pencacai angkat najis di dalam penjara Sg Buloh. Beliau ada kes waktu itu.

Apa yang Rafizi sentuh adalah berkaitan peralihan kuasa dan kaitannya dengan fungsi Majlis Presiden PH. Sukar sangatkah untuk memahaminya sehingga lari tajuk sampai kepada isu perlembagaan?

Justeru itu, Khairuddin tidak perlu persenda dan perlekehkan Majlis Presiden PH demi untuk bergantung hayat dengan Tun M.

APA BEZA BANTAHAN PENYOKONG PH DENGAN PEMBANGKANG DALAM KES PENDEDAHAN AUDIO NAJIB?

Walaupun pendedahan oleh SPRM tentang rakaman audio percakapan yg melibatkan Najib-Rosmah serta beberapa orang penting kerajaan terdahulu adalah satu modal besar buat PH, namun ramai dari pimpinan PH sendiri merasa tidak senang dgn cara SPRM tersebut. Di kalangan penyokong PH sendiri ramai yang mendesak Latheefa Koya letak jawatan kerana peristiwa ini.

Sudah tentu Pembangkang lebih lagi. Hadi Awang macam biasa akan merapu dan terkial2 mencari dalil bahawa rakaman audio tidak boleh jadi 'saksi". Haha..bukan saksi la lebai, tapi boleh jadi sebahagian dari bukti saja.

Apa beza di antara penentang Latheefa Koya di dalam PH dengan Pembangkang? Bezanya, kami di dalam PH mahu kerajaan profesional, adil dan berintegrati. Mereka yang menentang tindakan SPRM itu di kalangan PH hanya mahu sebarang bukti yang mahu ditampilkan atau didedahkan perlulah dibuat di tempat yang betul iaitu di mahkamah, bukan di media secara terbuka walaupun tindakan itu amat menguntungkan politik PH.

Manakala, bantahan oleh Pembangkang terhadap SPRM berkaitan pendedahan rakaman perbualan Penasihat Bn, Najib dan isterinya Rosmah, bukan kerana integriti atau keadilan, tetapi kerana "malu" saja. Mereka rasa malu sebab selama ini pertahankan Najib dan menggelarnya "Bossku" , tiba2 dikantoikan oleh SPRM. Siapa sangka, "Bossku" itu ada "Boss" yang lebih power di rumahnya. Pembangkang rasa moral mereka jatuh sekarang dan pandangan rakyat kepada mereka semakin terhakis apabila Najib yang dilantik sebagai Penasihat itu rupa2nya takut bini. Bagaimana seseorang yang "wala'" kepada bini boleh dilantik untuk menasihat parti? Ini yang memalukan Bn, sebab itu mereka bantah.

Di zaman Bn perintah, apa yang tidak mereka dedahkan di media secara terbuka kepada rakyat untuk memalukan musuh2 politik mereka? Tilam, cadar dan bantal dgn tompokan air mani pun mereka usung dan tayangkan di TV untuk menfitnah lawan politik mereka. Video hitam putih yang digunakan untuk fitnah Anwar pun mereka jadikan bahan utama di dalam TV dan akhbar. Berulangkali mereka tayang di media2 kawalan mereka. Sekarang, bila terkena di atas batang hidung sendiri, baru mereka kenal apa itu "keadilan"?

PH, di dalamnya masih ada pimpinan dan penyokong yang akan terus mengkritik sebarang tingkah laku yang tidak betul oleh kerajaan meskipun dari segi politik ianya menguntungkan PH. Kami tidak wala' seperti walaun yang wala' kepada lebai Hadi.

Ahad, 12 Januari 2020

TULISAN JAWI - UMNO BARU SEDAR PENTINGNYA TULISAN INI?

TPM memakai tanda nama tulisan jawi sewaktu bertemu PM

Tulisan jawi adalah tulisan yang sebati buat orang-orang Melayu sejak zaman datok nenek moyang kita lagi. Ini tulisan yang digunakan di dalam Al-Quran, tetapi Al-Quran ditulis di dalam Bahasa Arab maka dikenali sebagai tulisan Arab.

Tidak perlu akademik sangat untuk membicarakan tulisan jawi atau Arab ini. Bila tulisan ini dieja dengan bahasa Melayu, jadilah dia tulisan jawi. Jika dieja dengan bahasa Arab, jadilah dia bahasa Arab. Di negara-negara Arab, mereka menggunakan tulisan ini tetapi dieja dengan bahasa mereka.

Tulisan seperti ini juga turut digunakan oleh orang-orang Yahudi atau orang-orang bukan Islam di banyak negara di Asia Barat. Tidak sedikit pun mereka bimbang tentang akidah atau kepercayaan mereka.

Di negara kita, sejarah buruk tulisan ini muncul pada sekitar tahun 1966, apabila Khir Johari dari Umno yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran telah menghapuskan tulisan tersebut sebagai bahasa penghantar kepada tulisan Rumi. Semenjak itu, generasi yang mendapat pendidikan di sekolah-sekolah semakin kurang berkemahiran di dalam menulis dan membaca tulisan jawi. Akhbar popular orang-orang Melayu, Utusan Melayu yang sejak sekian lama menggunakan tulisan jawi akhirnya turut mendapat tempias di mana akhbar ini terkubur dan tiada lagi akhbar tulisan jawi di negara kita. Itu jasa besar pemimpin Umno.

Apabila kerajaan PH mengambil alih Putrajaya, kita cuba untuk mengangkat semula tulisan ini bukan sebagai bahasa penghantar, tetapi hanya sebagai salah satu subjek yang patut dipelajari semula dengan lebih serius di kalangan pelajar. Di sinilah pendekatan perlu bijak dan berhemah kerana masyarakat di dalam negara kita tidak sama seperti di era tahun 50-60-an. Posisi kaum turut berubah begitu ketara. Niat yang baik tidak berguna jika pendekatannya tidak baik.

Di era kerajaan yang baru memerintah menuju dua tahun, pendekatan baru berkenaan tulisan jawi ini perlulah lebih cermat dan berhati-hati kerana di luar sana parti musuh yang dulunya bertanggungjawab menghapuskan tulisan jawi bahkan terkenal dengan kerajaan kleptokrasi, kini menunggu masa untuk menyalakan api perkauman dan agama. Apatah lagi mereka dibantu oleh sebuah parti yang menunggang agama. Isu tulisan jawi dikaitkan dengan isu agama. Dap dipersalahkan, tetapi MCA yang begitu lantang menentang tulisan ini mereka tidak nampak. MCA bukan sahaja menentang tulisan jawi, bahkan hukum hudud sejak dahulu lagi mereka tentang. Bagi parti lebai, tiada masalah asalkan bukan Dap.

Hanya pemimpin yang bijak dan mempunyai kekuatan politik serta keikhlasan saja akan dapat menyelesaikan kemelut ini. Kemelut ini tidak boleh selesai hanya kerana memecat seorang Menteri. Pemimpin yang rakyat tunggu adalah Anwar Ibrahim. Itulah sosok tubuh yang akan menggembirakan semua kaum di negara ini. Itulah juga musuh utama Pembangkang kerana sosok tubuh ini adalah pengancam kepada cita-cita Pembangkang untuk mengambil alih semula kerajaan yang mereka pernah rompak hartanya dulu.

Kita doakan bersama agar Mei 2020 ini adalah saat terbaik untuk menyaksikan erti reformasi yang sebenar apabila Anwar akan ditabalkan menjadi PM ke 8. Sementara itu, biarkan dulu Tun M berbuat apa saja yang beliau suka termasuk melantik dirinya memangku jawatan Menteri Pendidikan setelah mencampak tokoh muda yang mula mahu melakukan reformasi di dalam pendidikan.