Sabtu, 17 April 2010

INI BUKTI JELAS MUHYIDDIN SEORANG PENIPU DAN PENAKUT

MSO
SAYA yakin Muhyiddin Yassin tidak akan berani untuk menyahut cabaran Zaid Ibrahim agar mereka sama-sama tampil mendedahkan kekayaan masing-masing. Sejauh mana keberanian Muhyiddin sudah terbukti beberapa kali! Bahawa Muhyiddin bukan seorang yang berani dan berpegang kepada kata-katanya sendiri. Muhyiddin hanya berani berdepan dengan Abdullah Badawi sahaja, tetapi bukan dengan orang lain.

Keberaniannya mendesak Abdullah meletak jawatan dulu pun kerana didalang oleh Dr Mahathir Mohamad di belakangnya. Kalau bukan kerana Mahathir, tidak mungkin Muhyiddin berani membuka mulut menghalau Abdullah dari Putrajaya. Kisah perbincangan Muhyiddin dengan beberapa orang tertentu di atas halikeptor masih belum terungkap.

Hati budi Muhyiddin sangat dikenal oleh Abdullah Badawi. Apakah Abdullah telah memaafinya atau tidak walauahlam. Namun yang jelasnya Abdullah memang terasa hati dengan Muhyiddin.

Begitu juga dengan kata-kata Muhyiddin sejauh mana ianya boleh dipegang. Semasa pilihan raya kecil Manik Urai, Kelantan dulu Muhyiddin beriya memberi tahu kepada pengundi dan rakyat Kelantan bahawa Petronas akan membuat penjelasan berhubung royalti minyak yang dituntut oleh kerajaan Kelantan. Menurut Muhyiddin Kelantan tidak berhak mendapat royalti minyak.

Kenyataan Muhyiddin itu ditunggu ramai. Hinggalah ke hari mengundi Petronas tidak membuat apa-apa penjelasan seperti mana diminta Muhyiddin. Ertinya kata-kata Muhyiddin itu kosong dan tidak dipedulikan oleh Petronas. Kepalsuan itu berulang lagi di Hulu Selangor ini. Beberapa hari sebelum calon diumumkan beliau berjanji akan menurunkan anak tempatan dari MIC. Tetapi apa yang berlaku hari ini, orang luar Hulu Selangor yang diumumkan sebagai calon.

Apa yang berlaku hari ini menunjukkan wibawa Muhyiddin sebenarnya. Walaupun beliau timbalan Presiden Umno dan TPM, namun beliau tidak dapat untuk mengawal keberanian Samy Vellu dan membaca kelincahan politik presiden MIC itu. Akhirnya Muhyddin terperangkap dalam jerat Samu Vellu.

Cabaran Zaid terhadap Muhyiddin itu ekoran kenyataan Muhyiddin mengatakan Zaid bukan calon selayaknya diturunkan PKR. Kenapa Zaid dipilih kerana Zaid seorang yang kaya. Zaid mentafsirkan kenyataan Muhyiddin itu cuba mengaitkan dia sebagai seorang yang perasuah dan tidak mengenang budi Umno kerana bertanding atas PKR.

Tepat sekali kalau Zaid membuat cadangan itu. Muhyiddin tidak boleh bercakap saja tanpa bukti-bukti menunjukkan kekayaan Zaid. Mungkin buktinya tiada, kerana itu adalah ilusi Muhyiddin sahaja. Kalau setakat melihat kediaman Zaid, di Tropicana, PJ ia tidak mencukupi.

Adalah dangkalnya asas digunakan Muhyiddin itu. Kalau kerana kediaman Zaid di Tropicana sebagai bukitinya, menunjukkan Muhyiddin mencari-cari keburukan Zaid untuk ditaburkan kepada pengundi. Apakah Muhyiddin lupa selain Zaid beberapa pemimpin Umno lain juga mendiami di Tropicana? Apakah mereka yang tinggal di situ boleh disifatkan kaya dan membuat kekayaan itu dengan rasuah?

Timbalan Menteri Kewangan 2, Awang Adek Hussein juga tinggal di Tropicana. Rumahnya juga sama besar dan sama hebat dengan rumah Zaid. Malahan rumah mereka berdua ini sama hebat dan sama besar juga dengan rumah Muhyiddin di Bukit Damansara. Wartawan dan konglomerat media massa, Kadir Jasin juga tinggal di Tropicana. Apakah mereka ini juga termasuk dalam bilangan orang kaya seperti mana yang Muhyiddin ilusikan itu?

Biarlah, mungkin asas itu kukuh. Bahawa orang Melayu yang tinggal di Tropicana itu semuanya kaya raya belaka. Mereka yang tinggal di situ diiktirafkan sebagai kaya. Justeru mungkin orang bersetuju kalau Zaid mengisytiharkan hartanya. Tetapi seperti mana kata Zaid, biarlah Muhyiddin, Najib Razak dan menteri-menteri lain termasuk Muhammad Mohd Taib, Rahim Tamby Chik, Daim Zainuddin dan lan-lain juga ikut sama mengisytiharkan harta masing-masing.

Menurut Zaid antara orang yang tidak setuju supaya menteri mengisytiharkan harta masing-masing semasa Abdullah jadi PM dulu ialah Muhyiddin Yassin? Kenapa?

Masa masih ada. Muhyiddin boleh mengambil note atas cabaran Zaid ini. Satu majlis boleh diadakan di Hulu Selangor untuk tujuannya itu. Biarlah semua rakyat tahu harta siapa yang lebih banyak. Muhyiddin tidak perlu takut. Sebaliknya kalau cabaran ini tidak disahut Muhyiddin, ini bermakna dakwaan beliau itu hanya ilusi saja. Dan 'kekembirian' beliau dalam hal ini menyebabkan orang ramai akan menuduh, bahawa Muhyiddin juga mempunyai kekayaan berlaut!/Harakahdaily

ITU ZAMAN ZAID BERSAMA UMNO, KINI BELIAU TELAH INSAF - HJ HADI

Zulkifli Sulong

HULU SELANGOR, 17 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor adalah pilihan sebulat suara PAS, PKR dan DAP.

Oleh itu, beliau mahu semua pihak dalam PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat itu.

Abdul Hadi berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis meraikan para petugas PAS dari Terengganu yang berkumpul di Felda Sungai Tengi, Ulu Bernam petang tadi.

Lebih 100 petugas PAS dari negeri itu berkumpul di situ dan menerima amanat dari beliau serta lain-lain pimpinan PAS sebelum menjalankan tugas sehingga pilihan raya kecil ini pada 25 April nanti.

"Ada orang buat macam-macam tuduhan kepada Datuk Zaid masa dia Umno dulu. Saya tegaskan, kalau adapun itu masa dia dalam Umno. Sekarang dia sudah bersama kita dan dah meninggalkan Umno," kata beliau penuh semangat diiringi takbir dari para penyokong PAS.

Bagi beliau, Zaid adalah tokoh kebangsaan yang mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin.


"Ketika para pemimpin Umno lain berebut-rebut nak jadi pemimpin, dia meletakkan jawatan sebagai menteri kerana menentang salah guna ISA," kata Abdul Hadi merujuk tindakan Zaid melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana membantah tindakan kerajaan menahan tiga orang termasuk seorang wartawan di bawah ISA.

Berhubung dengan tindakan firma guaman Zaid menyaman kerajaan negeri Kelantan kerana meluluskan undang-undang Hudud, Abdul Hadi menegas itu apa yang Zaid buat sebagai pemimpin Umno dan dia telah menarik balik tindakan itu.

"Itu semasa dia bersama Umno...sekarang dia sudah keluar dari Umno. Baru-baru ini dia dah pergi menunaikan haji....kita yakin dia telah berubah selepas bersama kita," kata beliau.
Abdul Hadi juga memberitahu, selepas Zaid meletakkan jawatannya dan keluar dari Umno, beliau juga ada berbincang dengan para pemimpin PAS untuk menyertai parti Islam itu atau menyertai PKR. Selepas berbincang termasuk dengan pemimpin PKR, mereka bersetuju Zaid perlu menyertai PKR.

Ucapan Abdul Hadi di majlis itu penuh semangat serta menjawab pelbagai persoalan panas yang berbangkit dalam pilihan raya kecil ini walaupun hujan mencurah-curah ketika beliau berucap sehingga banjir kilat di sekitarnya.

Felda Sungai Tengi adalah salah satu kawasan Felda yang menjadi kubu Umno dalam Dun Hulu Bernam di Hulu Selangor. Dalam pilihan raya umum lalu, calon PKR, Datuk Dr Zainal kalah lebih 600 undi di peti undi itu.

Dalam pilihan raya ini, Umno menjadikan empat kawasan Felda sebagai pangkalan gerakan mereka untuk memenangkan calon BN, P Kamalanathan dari MIC.


Namun, ketidakpuasan hati ahli Umno di situ jelas dalam pilihan raya ini. Mereka melalui Umno Hulu Selangor berusaha keras untuk mempastikan seorang calon Umno bertanding dalam pilihan raya kecil ini, namun apa yang mereka dapat adalah kosong berbanding MIC yang mendapat tiga menjelang hari penamaan calon.

Selain dapat menjadi calon, Timbalan Presiden MIC, G Palanivel yang mereka tidak sukai dikatakan akan dilantik menjadi senator dan timbalan menteri.

Salah seorang dari mereka berkata, jika BN menang dalam pilihan raya kecil ini, harapan untuk calon Umno bertanding di kawasan Parlimen yang majoriti orang Melayu ini akan hilang terus./Harakahdaily


TUN MAHATHIR SEPERTI SELESA DENGAN PR DI SELANGOR?

MAKA, mulai hari ini bermulalah pertempuran di Hulu Selangor. Siapakah calon pilihan ranyat di Hulu Selangor? Adakah mereka akan memilih PR yang telah mempamirkan kecemerlangannya di Negeri Selangor atau memilih kerajaan yang kini masih diselubungi dengan masalah APCO?

Saya tertarik dengan kata-kata Tun Mahathir yang dipetik dari akhbar Sinar keluaran hari ini 17 Apr 2010. “Secara sendirian, dia sendiri tiada apa-apa, parti yang berikan dia kuasa. Pilihlah parti, jika anda (pengundi) merasakan Pakatan Rakyat boleh berikan kerajaan lebih baik, anda boleh pilih Pakatan,” Ditanya mengenai peluang Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor, Dr Mahathir berkata: “Ia sama baik bagi semua pihak.". (Sinar Harian) Ini boleh kita fahami bahawa Tun sendiri mulai merasai mengapa rakyat perlu berfikir terlebih dahulu sebelum memangkah Bn.

Tidak seperti kebiasaan Tun akan terus berkempen untuk Bn, kali ini Tun membuat kenyataan yang positif . Mungkin Tun dapat merasai di Selangor kerajaan di bawah PR lebih baik dari kerajaan terdahulu. Bukan rahsia lagi bagaimana Tun suatu ketika pernah mempertikaikan kekayaan Mantan MB Selangor Khir Toyo yang dikatakan mempunyai mahligai puluhan juta ringgit itu. Apakah kenyataan Tun ini sebagai satu isyarat bahawa rakyat Selangor perlu terus bersama PR? Hulu Selangor terkenal di bawah Khir Toyo hanya kerana anugerah penyapu. Ingat Bn, Ingat Penyapu.

UWEEKK!!!..MUGILAN DAKWA DITAWARKAN WANG, TANAH TAPI TAK MAHU LAPOR POLIS, MUGILAN ATAU `MU GILA?'

Mugilan dakwa ditawar wang, tanah kempen untuk PKR
Salhan K Ahmad
Apr 16, 10


Timbalan ketua Pemuda MIC pusat, V Mugilan mendakwa telah ditawarkan wang dan tanah untuk berkempen bagi PKR setelah namanya 'digugurkan' daripada dicalonkan untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Beliau yang juga ketua Pemuda MIC Hulu Selangor mendakwa tawaran tersebut dibuat oleh seseorang yang "cukup besar".

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu berkenaan, yang menurutnya membuat tawaran tersebut melalui satu panggilan telefon.

Bercakap dalam satu sidang media di Batang Kali, Hulu Selangor hari ini, Mugilan berkata beliau bagaimanapun tidak membuat laporan polis berhubung tawaran kepadanya semalam.

"Sebab saya tidak beri komitmen kepada tawaran itu," kata beliau yang juga berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menelefon beliau semalam untuk "memujuknya."

"Semalam dia telefon saya suruh saya bersabar," kata Mugilan yang juga mendakwa namanya telah "dipropaganda" pihak tertentu yang mengatakan beliau telah melobi untuk menjadi calon.

Katanya, beliau juga tidak bertindak "menghalang" Datuk G Palanivel, yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon BN.

Tambahnya, beliau juga tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak sepatutnya dikenakan sebarang tindakan.

"Ini bukan parti sendirian berhad," kata Mugilan dan menjelaskan bahawa pemimpin parti tidak seharusnya bertindak mengenakan tindakan sewenang-wenangnya.

"Saya tidak tahu siapa yang buat (dakwaan). Mungkin pembangkang atau mungkin dari dalam parti sendiri," katanya.

Tambahnya, beliau akan tetap beri sokongan kepada BN "kerana PM dan TPM adalah orang baik" dan akan membantu P Kamalanathan dengan memperkenalkan calon parti itu kepada pengundi.

"Ada yang kata saya bawa Tengku Adnan (Mansor) untuk lobi kepada PM. Saya tidak melakukan lobi kepada sesiapa. Sila tanya PM adakah saya lobi kepada beliau?," soalnya./Malaysiakini

Lihat Foto suasana PRK Hulu Selangor di sini.

JOM LIHAT FOTO PENAMAAN CALON PRK HULU SELANGOR










Terima kasih kepada teman Blogger yang mengizinkan foto ini disiarkan di sini...
----------------------------------------------------------------------------------------------
Undilah Dato' Zaid bagi menggagalkan kerjasama puak mereka dengan APCO....Hidup Rakyat!!

PENAMAAN CALON - LAUNGAN `UMNO-APCO' BERGEMA DI HULU SELANGOR

Hulu s'gor: Proses penamaan calon jadi tumpuan
Apr 17, 10 9:04am
9-10pagi: Penyerahan borang pencalonan

10-11pagi: Waktu bantahan

11-12 tengahari: SPR buat pengumuman rasmi calon

10.20pagi: Polis meletakkan trak antara penyokong BN dan Pakatan selepas mereka semakin menghampiri satu sama lain. Mereka berada 20 meter antara sama lain. Mereka saling melaungkan antaranya 'Altantuya', 'Chua Soi Lek', 'kaki botol' dan 'liwat' serta 'Umno-Apco, Umno-Apco'.

10.04pagi: Di luar, penyokong BN melaungkan 'liwat' dan 'kaki botol'. Manakala penyokong Pakatan pula melaungkan 'Altantuya'.

10pagi: Proses penamaan calon ditutup.

Calon-calon mempunyai masa satu jam untuk memfailkan bantahan.

Mereka yang memfailkan borang pencalonan ialah P Kamalanathan (BN), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan dua calon Bebas VS Chandran dan Johan Mohd Diah.

Seorang lagi, J Anuradha, gagal memfailkan borang pencalonan sebagai calon bebas.

9.57pagi: Salah seorang calon bebas yang memfailkan borang pencalonan pagi ini ialah bekas pemimpin MIC Hulu Selangor VS Chandran.

9.50pagi: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menganggarkan penyokong BN dan Pakatan masing-masing 10,000 orang.

9.46pagi: Pemimpin BN dan Pakatan bersalaman dan berbual di kemah.

9.45am: Di dalam pusat penamaan calon, Kamalanathan memfail borang pencalonan. Dua orang lagi turut memfailkan borang pencalonan untuk bertanding sebagai calon bebas.

9.43pagi: Seorang lagi pemimpin MIC S Ganesan turut cedera ketika cuba masuk ke dalam kawasan pagar duri polis. Ganesan luka di tangan dan dibalut oleh kakitangan sebuah ambulans yang ditempatkan di luar pusat penamaan calon.

9.40pagi: Kira-kira 50 anggota unit amal PAS membuat rantai manusia untuk mengelak tolak menolak.

9.31pagi: Kamalanathan masuk pusat penamaan calon bersama pencadang dan penyokong. Sedang memfailkan borang pencalonannya.

930pagi: Ketua zon DSP Ruslan Abdullah memberi amaran kepada para penyokong agar tidak menolak-nolak kerana orang di hadapan akan cedera kerana kawat berduri merentangi jalan ke tempat penamaan calon.

9.28pagi: Dalam keadaan tolak menolak, Presiden MIC Datuk Seri S Samy tercedera di kakinya terkena duri kawat dan dirawat di situ.

Turut kelihatan ialah timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel, yang tidak dicalonkan semula mewakil BN di Hulu Selangor.

9.22am: Perakan BN tiba di pintu pagar pusat penamaan calon di KKB. Ribuan penyokong BN dan Pakatan dipisahkan bagi mengelak mereka menjerit antara satu sama lain.

9.10pagi: Calon BN P Kamalanathan, berarak dari pejabat Umno di KKB ke pusat penamaan calon. Antara yang turut serta ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam.

Yang lainnya termasuk Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan naib presiden, Datuk Ng Yen Yen.

9.02pagi: Calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memfailkan borang pencalonan. Beliau bersama pencadang dan penyokongnya. Zaid memakai baju Melayu dan kain pelikat.

Di luar dewan, penyokong BN menyanyikan 'Inilah Barisan Kita' serta lagu Umno.

9pagi: Pemimpin DAP Lim Kit Siang, exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan Teresa Kok memasuk 'zon larangan'. Polis kata: "Bagi pass kita, senang buat kerja."

8.55pagi: MB Tan Sri Khalid Ibrahim, calon Pakatan Datuk Zaid Ibrahim dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam pusat penamaan calon bersama pemimpin Pakatan yang lain.

8.50pagi: Di 'zon larangan', ahli parlimen PJ Utara, Tony Pua mengedarkan pas kepada pemimpin, ahli parlimen dan ADUN Pakatan untuk memasuki pusat penamaan calon/Malaysiakini

Bilik gerakan lesu: Samy temui pemimpin akar umbi


Salhan K Ahmad
Apr 16, 10


Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dan calon BN P Kamalanathan akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin akar umbinya daripada seluruh 75 cawangan parti itu di Hulu Selangor petang ini bagi "memulihkan motivasi dan semangat berkempen" mereka.

Seorang pemimpin MIC cawangan memberitahu Malaysiakini, pertemuan tersebut akan diadakan pada jam 5 petang ini di bilik gerakan MIC di Kuala Kubu Bharu.

"Apabila pemimpin-pemimpin ini berjumpa dengan Kamalanathan dan Samy, dan mendapat penjelasan mereka, mereka (pemimpin akar umbi) akan lebih bermotivasi, lebih semangat untuk kempen," kata ketua cawangan MIC Taman Juta KD Raj (kiri).

Beliau diminta mengulas tahap kesediaan jentera MIC yang mungkin berdepan dengan 'keretakan' ekoran pemilihan Kamalanathan sebagai 'calon kompromi' dengan mengenetepikan dua lagi pemimpinnya - timbalan presiden G Palanivel dan ketua Pemuda bahagian, V Mugilan.

Raj berkata, majoriti pemimpin akar umbi MIC sedang menunggu Samy memperkenalkan calon pilihan BN kepada mereka petang ini.

Tinjauan Malaysiakini tengah hari ini juga mendapati, bilik gerakan MIC masih lengang dan tidak aktif. Hanya kelihatan kira-kira sepuluh orang petugas parti sahaja ketika kunjungan tersebut kira-kira jam 12.30 tadi.

Raj juga mengakui, semenjak dua hari lepas, aktiviti bilik gerakan parti itu dan kunjungan daripada rumah ke rumah masih perlahan.

Mengaku berkempen untuk Palanivel sebelum ini, Raj juga mendakwa Mugilan "bertindak seorang diri" dan cuba menonjolkan dirinya mendapat sokongan daripada sayap Pemuda parti itu.

Sementara itu, bendahari MIC Hulu Selangor D Arumugam (kiri) juga mendakwa 'kelembapan jenteranya' sebelum ini ekoran tindak tanduk Mugilan yang didakwanya berkempen supaya dipilih menjadi calon.

Bagaimanapun, tambah Arumugam, mereka kini telah menerima Kamalanathan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam.

Menjelang pengumuman itu, sehari sebelum itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin adalah antara pemimpin penting Umno yang dilaporkan berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima, masyarakat di kawasan itu mahukan calon daripada golongan muda MIC.

Kenyataan tersebut dilihat seakan-akan memberikan isyarat sokongan kepada Mugilan./Malaysiakini

Jumaat, 16 April 2010

HILANGNYA KEKUATAN PADA EZAM, KERANA APA?

"Ampunkan kami Penunggu Gua...ampunkan kami Penunggu Gua...."

Oleh: WFAUZDIN NS

EZAM raja sesumpah mungkin sudah kurang selesa untuk bercakap pasal asas bangsa, ketuanan Melayu lebih-lebih lagi soal rasuah dan jauh sekali untuk bercerita pasal APCO. Ini adalah kerana raja sesumpah tersebut telah pun dimakan sumpah kerana lidahnya kini tidak mampu berpidato sehebat dulu lagi. Jika dahulu, sokongan rakyat terhadapnya umpama tenaga yang amat kuat bagi menjana kuasa pada lidahnya untuk berucap. Tetapi, kini kuasa tersebut tiada lagi maka pidato Ezam tidak ubah seperti pidato Muhyiddin dari segi nilainya.

Kita tertanya-tanya bila masa agaknya raja sesumpah ini untuk menyahut cabaran dari bekas anak didiknya di dalam Gerak dahulu iaitu Nazri. Raja sesumpah ini ada memberi amaran kununnya jangan dicabar beliau untuk mendedahkan banyak lagi perihal buruk laku DS Anwar. Sebenarnya itulah yang diulang-ulang oleh raja sesumpah semenjak Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh lagi. Sama jugalah dengan sahabat karib beliau si Nalla Karuppan itu. Sikit-sikit beri amaran kunun tapi habuk pun tarak. Masih kita ingat ketika PRK Parlimen K.Terengganu dahulu, raja sesumpah beri masa beberapa hari untuk DS Anwar menjawab cabarannya sebelum beliau mahu dedahkan perkara yang dikatakannya amat besar dan mengaibkan DS Anwar. Apa tindakan DS Anwar? Beliau hanya tersenyum dengan cabaran raja sesumpah sebaliknya DS Anwar bertanya kembali, "Siapa Ezam?". Satu tamparan besar buat Ezam apabila DS Anwar melayani cabarannya sedemikian.

Maka, masa yang ditunggu telah tiba. Raja sesumpah nekad untuk mendedahkan rahsia besar DS Anwar pada beberapa malam menjelang undian di K.Terengganu. `Beratus ribu' rakyat K.Terengganu hadir pada malam bersejarah itu termasuk seluruh media pencacai untuk melihat DS Anwar lari malu lintang pukang meninggalkan kempen beliau di K.Terengganu. Tunggu punya tunggu, akhirnya raja sesumpah mengeluarkan beberapa helaian kertas usang seperti kertas tisu tandas dan membacanya dengan penuh semangat. Rupa-rupanya kertas itu tulisan tangan DS Anwar kepada Tun Mahathir ketika Tun menjadi PM. Semua hadirin tercengang kerana tiada satu pun yang sulit daripada kandungan surat itu, malahan surat itu menjadi bukti kukuh untuk menyatakan tindakan Tun melucutkan jawatan DS Anwar adalah merupakan satu konspirasi jahat. Surat itu juga menunjukkan bukti bahawa DS Anwar cuba untuk menyedarkan Tun agar tidak berlaku zalim terhadap beliau dan keluarga. Raja sesumpah ditertawakan ramai sehingga K.Terengganu dirampas oleh calon dari PAS.

Kisah 6 kotak amat popular buat raja sesumpah. Apabila beliau ditekan dengan isu ini, beliau menjadi kelam kabut maka dilepaskan beban itu kepada DS Anwar. Sedangkan berpuluh tahun raja sesumpah bertegang leher menceritakan kisah 6 kotak itu semasa beliau berada di parti KeADILan. Bahkan, entah berapa ratus balai Polis yang telah dikunjungi oleh Ezam untuk melaporkan kes-kes rasuah dan penyelewengan pimpinan Umno. Sehinggakan raja sesumpah turut bercerita soal pasu bunga yang mahal di rumah Najib yang kini menjadi pemimpin yang diagungkannya. Rupa-rupanya raja sesumpah selama ini bercerita pasal 6 kotak yang beliau sendiri tidak tahu. Manusia Munafik dan pembohong kepada rakyat yang bercerita darihal yang dia sendiri tidak tahu. Mungkin kisah pasu bunga di rumah Najib itu pun DS Anwar yang bagitahu padanya.

Berikut yang terbaru kandungan ceramah raja sesumpah di Pahang. Ezam berkata, "Anwar sendiri yang tunjuk enam kotak itu kepada saya. Dia kata, 'Ezam, itu enam kotak yang mengandungi kegiatan rasuah pemimpin UMNO dan kerajaan, I nak you hebahkan kepada rakyat di seluruh negara'," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan pidato umum bertajuk 'Membongkar Rahsia PKR' di Felda Bukit Damar, Lanchang dekat sini malam tadi.

Itulah yang diulang-ulang oleh raja sesumpah untuk mengelakkan dirinya dari dituduh sebagai manusia Munafik dan pembohong besar. Kita tunggu apa pula pendedahan raja sesumpah di Hulu Selangor nanti. Kita mahu melihat Ezam bercerita pasal rasuah, pasal kehilangan injin pesawat, pasal komisyen 500 juta, pasal Akta ISA, dan banyak lagi isu yang dahulunya menjadi mainan di mulut Ezam. Jangan kita berharap Ezam akan berceramah tentang APCO kerana menentang APCO sama juga seperti menentang Umno. Apa yang pasti dan boleh dijamin, raja sesumpah akan terus menghalakan serangannya kepada DS Anwar kerana dendam kesumat yang tidak pernah padam itu./wfauzdin.blogspot.com

ZAID JAWAB BEBERAPA TUDUHAN TERHADAPNYA

Zaid sedia isytihar harta

HULU SELANGOR – Calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim bersedia mendedahkan keka�yaan�nya dan mencabar Timbalan Perd:ana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta seluruh anggota barisan tertinggi kerajaan turut sama berbuat demikian.

Cabaran tersebut dibuat beberapa jam selepas Muhyiddin mendakwa Zaid dipilih sebagai calon PR kerana kekayaan beliau dan bukannya kemampuan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Sebahagian anggota Kabinet menentang idea mengisytiharkan harta ketika berkhidmat di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Jadi saya akan dedahkan harta jika mereka juga mendedahkan harta mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Dewan Serba guna Kampung Sungai Buaya di sini, malam kelmarin.

Zaid berkata, beliau turut menyangkal dakwaan bekas rakan seperjuangannya dalam Kabinet yang mengatakan beliau mengamalkan rasuah.

Beliau juga menafikan dakwaan yang mengatakan beliau mempunyai rumah di Dubai, London dan Australia, berikutan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

“Saya berharap ia betul tetapi saya hanya ada rumah di Kota Bharu, yang saya beli 15 tahun lalu dan sebuah lagi rumah di Petaling Jaya,” katanya.

Beliau yang sebelum ini merupakan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri memulakan kempen tidak rasminya sebagai calon PR setelah diumumkan Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, Selasa lalu.

“Saya ahli politik sepenuh masa dan saya tiada kerja lain. Jadi saya akan berkhidmat sepanjang masa untuk rakyat,” katanya di hadapan hampir 300 orang./Sinar

AWAS!! AMUKAN PALANIVEL DAN MEREKA YANG KECEWA


Keputusan TPM Muhyiddin Yassin untuk tidak mencalonkan Timbalan Presiden MIC, G.Palanivel bagi mewaikil BN dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini jelas sekali bakal mengundang padah sebenarnya. Bukan sahaja Palanivel yang kecewa dengan keputusan itu, malah ramai penyokong beliau diperingkat akar umbi juga marah dengan tindakan tersebut. Sebelum ini, nama Palanivel disaingi oleh V.Mugilan iaitu Timbalan Ketua Pemuda MIC, namun disaat-saat akhir tiba-tiba nama Ketua Penerangan MIC iaitu P.Kamalanathan pula yang dicalonkan. Biarpun Presiden MIC, Samy Vellu dikatakan merestui keputusan Muhyiddin itu namun sebenarnya tidak bagi Palanivel. Beliau juga dilihat tidak hadir dalam pengumuman nama calon BN yang dibuat oleh Muhyiddin itu. Tindakan beliau ini mengukuhkan lagi, andaian sama ada beliau akan bertanding sebagai calon bebas atau pun bertindak menyokong Pakatan Rakyat. Undi protes pasti akan berlaku di Hulu Selangor kali ini. Malah, undi tersebut bukan sahaja bakal diterima daripada sebahagian besar masyarakat kaum India di sana, malahan juga puak-puak UMNO yang kecewa dengan sikap Perdana Menteri yang tidak mahu mempertahankan kehendak mereka yang mahukan calon Melayu (UMNO) bertanding di situ. Jika dua undi protes ini diterima, maka tidak syak lagi calon PKR Datuk Zaid Ibrahim bakal kembali ke parlimen dan akan dinobatkan sebagai wakil rakyat kawasan itu pada 25 April ini. Nasi sudah menjadi bubur buat BN di Hulu Selangor. Tindakan sesuka hati pemimpin UMNO yang mahu menentukan siapakah calon paling layak bertanding di situ jelas sekali akan memakan diri mereka. Tambahan pula Palanivel hanya tewas 198 undi dalam pilihanraya umum ke-12 lalu. Makanya, beliau amat yakin, jika diberi kepercayaan bertanding peluang untuk merampas kembali kerusi itu dari PKR akan tercapai. Namun, segalanya kini hanya tinggal kenangan dan beliau terpaksa menunggu lama untuk bertanding semula, biarpun peluang yang cukup luas sudah terbuka sebenarnya. Semoga senario ini dapat membantu kemenangan PKR nanti!

[Jika di Bagan Pinang, BN boleh meletakkan kembali Isa Samad yang terbabit dengan gejala rasuah itu, maka kenapa tidak di Hulu Selangor. Apalah sangat dosa Palanivel yang hanya tewas dengan majoriti tipis 198 undi jika mahu dibandingkan dengan Isa Samad sebenarnya. Maka itulah, ada kewajaran untuk beliau membuat protes dalam pilihanraya kecil kali ini. Itu sahaja jalan terbaik untuk beliau jika tidak mahu maruahnya selaku Timbalan Presiden MIC terus tercalar. Memang kedengaran ura-ura Palanivel akan dilantik sebagai Senator dan ditawarkan jawatan Timbalan Menteri selepas itu. Namun, ia mungkin tidak dapat menggugat maruah dan imejnya yang sudah tercalar akibat keputusan pemilihan calon MIC yang ditentukan oleh pemimpin UMNO itu. Apa yang pasti, undi protes kali ini jumlahnya pasti lebih besar dari nama-nama pengundi hantu yang sudah mula disediakan di sana nanti. Teruskan perjuangan dan hadiahkan kemenangan mutlak buat Pakatan Rakyat di Hulu Selangor 25 April ini].

Sumber: Pahang Daily

Khamis, 15 April 2010

ZAID IBRAHIM KAYA TAPI TIDAK BERBOHONG, DIA PULA `KAYAP' TAPI BERBOHONG

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMANG benar calon PR Dato' Zaid kehidupannya tentu lebih selesa sedikit daripada Adun PAS Manek Urai yang dahulunya seorang penjaja atau pemborong ikan. Lumrah manusia, ada yang kaya dan ada yang miskin tetapi kekayaan Dato' Zaid seperti yang mereka perkatakan tidak sampai sehingga tersenarai 10 terkaya di Malaysia. Siapa jutawan Melayu yang tersenarai di dalam 10 terkaya itu? Jika hendak tahu tanyalah Najib kerana saudara sedarah sedagingnya ada di senaraikan.

Masalah apanya jika si kaya atau si miskin menjadi calon untuk memperjuangkan rakyat? Apa yang penting mereka tidak menambahkan kekayaannya atau memakan hasil dari sumber yang haram, mencekik darah rakyat atau mementingkan diri sendiri. Saya memuji sikap berani Dato' Zaid yang mencabar Muhyiddin dan juga seluruh menteri kabinet Bn untuk menyenaraikan kekayaan atau harta masing-masing untuk menentukan siapa sebenarnya yang kaya melalui jalan haram. Sebelum ini Muhyiddin memberi alasan bodoh dengan menyatakan pemilihan Dato' Zaid adalah kerana kekayaannya bukan disebabkan ketokohannya.

Kita juga mempertikaikan mengapa sanggup dan tergamaknya Muhyiddin `menipu' rakyat di Hulu Selangor? Beberapa hari sebelum ini Muhyiddin telah menyatakan bahawa calon dari Bn yang pastinya anak tempatan. Tiba-tiba petang tadi beliau mengumumkan P. Kamalanathan sebagai calon Bn. Awal mula pertama mula Muhyiddin telah berbohong. Baca di sini.

Apakah rakyat di Hulu Selangor masih percaya kepada semua janji Muhyiddin beberapa hari kebelakangan dan yang akan datang ini? Jika Muhyiddin menganggap Dato' Zaid seorang yang kaya, ini bererti Muhyiddin seorang `miskin'. Mana lebih mulia, orang kaya yang jujur dan tidak berbohong daripada si miskin yang suka berbohong? SEndiri jawablah. / wfauzdin.blogspot.com

AWAL MULA PERTAMA MULA MUHYIDDIN SUDAH BERBOHONG KEPADA RAKYAT HULU SELANGOR


Harakahdaily


HULU SELANGOR, 15 April: Belum lagi penamaan calon bermula, timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin telah berbohong kepada penduduk Hulu Selangor.


Ini kerana, beliau dengan tegas sebelum ini berkata, akan menamakan anak tempatan sebagai calon BN di Hulu Selangor.

Muhyidin membuat janji ini Isnin lalu ketika bercakap kepada penduduk Sungai Buaya, Hulu Selangor dan disiarkan kemudiannya oleh media Umno sendiri.

Tetapi, hari ini beliau mengumumkan seorang penduduk Rawang dari bahagian Selayang, Selangor iaitu P Kamalanathan sebagai calon BN di Hulu Selangor.

“Hari itu (Isnin lalu) timbalan perdana menteri mengatakan anak tempatan... tapi hari ini orang luar dibawa masuk. Apakah ini bukan cakap bohong?

“Kalau mengatakan bahawa hendakkan anak tempatan, dan jika tidak mahu Datuk G. Palanivel juga, lebih baik pilih V. Mugilan atau Balasundram (naib ketua MIC Hulu Selangor,” kata Ketua Penerangan MIC Hulu Selangor Raily Muniandy ketika dihubungi laman web The Malaysian Insider.

Menurut beliau, MIC mempunyai ramai calon anak tempatan, yang berpelajaran. Tetapi mereka kesal kerana BN telah membawa calon dari luar iaitu dari Bahagian Selayang.

Kamalanathan, menurut beliau adalah calon yang pernah kalah dalam saingan merebut Ketua Pemuda MIC bahagian Selayang.

Sebelum ini, MIC Hulu Selangor menolak cadangan agar V. Mugilan, Timbalan Ketua Pemuda MIC Pusat diletakkan sebagai calon.

Muhyidin mengumumkan Kamalanathan (gambar atas), seorang ahli perhubungan awam sebagai calon BN di Bilik Gerakan BN Bukit Sentosa, Bukit Beruntung petang tadi.

“Kita memilih beliau kerana pengundi mahukan orang baru sebagai wakil rakyat.

“Beliau seorang yang kuat bekerja, lurus dah seorang yang pegang janji,” kata Muhyiddin ketika mengumumkan Kamalanathan sebagai calon BN.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengumumkan calonnya dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim akan diletakkan bertanding untuk pilihan raya kecil ini.

P. KAMALANATHAN CALON MIC - SIAPA LEBIH BIJAK, MUHYIDDIN ATAU SAMMY ?

Ingat Bn, Ingat Penyapu

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAYSIAKINI melaporkan, MIC tetap tidak menerima V. Mugilan dipilih sebagai calon Bn di Hulu Selangor dan Muhyiddin juga tidak boleh menerima Palanivel. Akhirnya yang beruntung adalah P. Kamalanathan Ketua Penerangan MIC. Palanivel tetap tidak rugi kerana Muhyiddin sanggup beri jawatan senator kepadanya. Hasil `jual beli' kuasa yang dilakukan oleh Muhyiddin, maka Bn dianggap dapat menyelesaikan masalah mereka.

Muhyiddin akhirnya terpaksa mengalah dan yang lebih memalukan lagi terpaksa beri jawatan Senator tidak pasal-pasal kepada MIC. Begitulah cerdiknya Sammy Vellu jika dibandingkan dengan pemimpin Umno. Sedikit pun MIC tidak rugi malahan mendapat jawatan yang tidak pernah mereka impikan itu. Harapan Sammy V.Mugilan yang amat disokong oleh Umno Selangor itu akhirnya tidak terpilih. MIC dapat pula kerusi Senator secara `percuma' sahaja.

Yang malu siapa? Umno Selangor sudahlah tidak mendapat kerusi yang mahu dituntutnya itu, tokoh yang ingin diangkatnya dari MIC pun lesap. Kini, di mana Umno ingin meletakkan muka apabila MIC terutamanya Sammy Vellu berjaya di dalam `belitan'nya.

Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor baru-baru ini menyindir Dato' Zaid Ibrahim yang dipilih oleh PKR sebagai calon PR sebagai bukan anak tempatan. Sekarang, Noh Omar mahu bercakap apa lagi kerana P. Kamalanathan juga bukan anak tempatan. Inilah dia wajah-wajah Umno yang semakin keliru arah perjuangan mereka yang langsung tidak konsisten. Maka, wajarlah wakil dari Bn ini ditolak kerana wakil ini dipertaruhkan hasil dari `gadaian' kuasa dan jawatan Senator. Duit rakyat digunakan untuk membayar gaji dan elaun Senator yang tiba-tiba wujud ini demi mengelakkan maruah Umno tercemar.

Rakyat di Hulu Selangor mesti memikirkan kembali apa yang diperkatakan oleh Ketua AMK Pusat Sdr Shamsul Iskandar bahawa Hulu Selangor mesti menyapu bersih kembali wakil dari Bn dengan menggunakan penyapu yang dianugerahkan kepada Hulu Selangor oleh bekas MB Selangor dahulu iaitu Khir Toyo. Allahyarham Dato' Zainal MP Hulu Selangor sebelum ini berjaya mematahkan penyapu tersebut dan semangat ini mesti diteruskan oleh semua pengundi di Hulu Selangor. /wfauzdin.blogspot.com

APABILA UMNO TERTEKAN, PEMIMPIN PUN CAKAP MERAPU

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPERTI jangkaan banyak pihak, Dato' Zaid Ibrahim telah dipilih untuk mewakili PR di dalam PRK Hulu Selangor nanti. Bukan mudah pimpinan untuk membuat keputusan ini kerana di dalam PKR khususnya terlalu ramai pemimpin yang berterampilan dan teruji semangat mereka. Sebagai contoh, Us Dr Badrul Amin yang mendapat banyak sokongan daripada blog-blog pro PR adalah seorang yang komited terhadap perjuangan dan beliau merupakan seorang Pendakwah terkenal juga seorang reformis. Ketua AMK Pusat, Sdr Shamsul Iskandar usah diceritakan lagi kehebatannya kerana kelantangan beliau sering membuat pemimpin muda di dalam Umno resah gelisah. Dan, banyak lagi pemimpin yang mempunyai kebolehan untuk menandingi mana-mana calon dari Bn yang akan diumumkan petang nanti.

Saya terbaca ulasan Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor di dalam sebuah akhbar di sini. Beliau cuba mengulas tentang pemilihan Dato' Zaid sebagai calon dari PR. Kelihatannya Noh Omar ketinggalan bas dan beliau mungkin merasa masih berada di era 70-80an lagi. Beliau mempertikaikan Dato' Zaid sebagai bukan anak tempatan meskipun hakikatnya lebih kurang 30 tahun Zaid tinggal di Selangor. Benar, Dato' Zahid anak Kelantan tetapi apa masalahnya jika beliau sanggup berjuang di Selangor asalkan rakyat Selangor sudi menerimanya? Di dalam PR,terdapat ramai Wakil-Wakil Rakyat mereka yang mewakili kawasan yang bukan tempat kelahirannya tetapi terbukti mampu mengubah nasib rakyat yang diwakilinya. Di dalam Umno/Bn, jika ramai Wakil Rakyat mereka adalah anak jati sekali pun, banyak di kalangan mereka `makan darah daging orang sekampung'nya sendiri. Jadi, mana lebih baik?

Heboh diperkatakan V. Mugilan dari MIC akan dicalonkan oleh Bn untuk bertanding di Hulu Selangor. Di dalam sidang akhbar siang tadi, hampir separuh cawangan MIC di Hulu Selangor menolak keras pencalonan V.Mugilan. Bahkan, mereka turut mengugut akan menutup bilik operasi MIC jika Bn tetap memilih V.Mugilan sebagai calon. Di dalam sidang akhbar itu juga, dikatakan bahawa V. Mugilan juga bukan anak tempatan. Jadi, atas dasar apa jika Bn masih ingin memilih beliau? MIC Selangor mahukan Palanivel, Umno Hulu Selangor mahukan tokoh lain dan mereka menyebut nama V. Mugilan. Jadi, suara siapa yang akan didengar oleh Najib dan Muhyiddin? Suara Umno atau suara MIC?

Berbalik kepada Dato' Zaid, kenyataan paling melucukan dan nampak tidak cerdik datangnya dari Muhyiddin selaku TPM. Munasabahkah Muhyiddin menyebut bahawa pemilihan Dato' Zaid adalah kerana Dato' Zaid kaya dan banyak duit, bukan kerana ketokohan dan kepimpinannya. Beliau menyebut bahawa maklumat itu beliau tahu dari media dan akhbar dan mungkin juga suara dari warung-warung kopi. Inikah standard seorang TPM yang mendapat maklumat semurah itu? Adakah ini bermakna beberapa tahun dahulu ketika Dato' Zaid bersama Umno, beliau dipilih menjadi Wakil Rakyat seterusnya menjadi seorang Menteri adalah kerana Dato' Zaid itu kaya? Amat malang sekali negara kita mempunyai seorang TPM yang level otaknya sedemikian. Dahulu, ketika PRK di Manek Urai PAS meletakkan calonnya dari seorang penjaja atau pemborong ikan, calon PAS tersebut diperlekehkan. Kini, PKR mencalonkan Dato' Zaid, Muhyiddin tiada hujah lagi dan membuat alasan bodoh sedemikian.

Hakikatnya Bn terutamanya Umno mulai merasa panas dan tertekan untuk memilih calon mereka. Sudah menjadi kebiasaan di dalam Bn untuk berebut-rebut jawatan. Rakyat kini melihat sandiwara Bn lebih-lebih lagi Umno yang tidak lagi menghormati pemimpin dari parti komponen mereka sendiri. Umno tetap dengan ego mereka untuk membuli parti-parti yang mereka mereka anggap lemah. Petang nanti kita akan menyaksikan kehebatan Umno untuk menentukan wakil dari parti MIC ini. Untuk pemimpin MIC, terima sahajalah kerana kamu sanggup bersekongkol dengan Umno.
/wfauzdin.blogspot.com

BATAL KES QAZAF - JELAS ADA TUDUHAN LIWAT, PENDAKWA TIDAK MAHU MENDAKWA , KATA ANWAR

Mahkamah tolak permohonan qazaf Anwar
Abdul Rahim Sabri
Apr 14, 10


Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk membatal permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR.'

Anwar telah memfailkan permohonan qazaf itu pada 7 Januari lalu. Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden - pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir.

Jamil dan dua responden tersebut telah memfailkan bantahan terhadap permohonan qazaf itu pada 9 Februari lalu.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah tersebut dibuat oleh Hakim Mohd Shukor Sabudin.

Menurutnya, pihak pendakwa adalah sebuah badan bebas dan boleh mendakwa, atau menarik balik tuduhan./Malaysiakini

Anwar mempunyai pilihan untuk memfailkan rayuan.

Dalam perhakiman yang dibacakan, Hakim Mohd Shukor berkata tugas pendakwaan adalah mengikut budi bicara sepenuhnya.

Katanya, Akta Peraturan Mahkamah Syariah Seksyen 58 (2) memberi kuasa kepada pihak pendakwaan untuk memulakan perbicaraan atau menghentikan prosiding.

"Sebarang kecuaian dan kegagalan pihak pendakwaan untuk memikul beban bukti akan menyebabkan hukuman yang diputuskan tidak akan mencerminkan kedudukan dan keadilan yang sebenarnya.

"Dalam sistem keadilan Islam, amat besar kesannya apabila keadilan menjadi kucar kacir, tidak menentu, bercelaru serta berubah-ubah dan sebagainya,” katanya.

Dalam penghakimannya itu juga, hakim turut menegaskan bahawa ketua pendakwa syarie mesti bersikap adil dan bebas daripada dipengaruhi oleh mana-mana dalam memberi penghakiman.

Menurutnya sekiranya terdapat campurtangan daripada mana-mana pihak, ia dilihat sebagai "satu maksiat".

Sementara itu Anwar ketika ditemui pemberita selepas prosiding tersebut berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan hakim yang menerima bantahan awal responden.

"Beliau (hakim) menceritakan pendakwa raya mesti adil, tak boleh zalim. Dalam hukum (Islam) jelas mesti memulakan kuasa untuk mendakwa. Beliau menukil daripada beberapa pandangan (tokoh ulama terkenal) Wahbah Zuhaili, (dan) Ibn Qayyim Al-Jauzi.

“Semua itu untuk menutup hujah bahawa pendakwa tidak boleh tunduk kepada arahan politik, (dan) mesti bebas.

Katanya, walaupun “cukup jelas dituduh fitnah”, pendakwa sebagai pegawai rendah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan “tidak berani mendakwa”.

Sehubungan itu, setelah berbincang dengan peguamnya, Anwar berkata, beliau akan merayu terhadap keputusan itu, walaupun tidak terlalu mengharap.

Dalam prosiding pagi tadi, Anwar diwakili peguam syarie Kamar Ainiah Kamaruzzaman manakala pihak responden diwakili Zainul Rijal Abu Bakar.

CALON MIC PILIHAN UMNO MUNGKIN DIPECAT?

Mugilan berdepan kemungkinan dipecat
Abdul Rahim Sabri
Apr 14, 10


Timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan berdepan dengan kemungkinan dipecat dari parti itu sekiranya dia dipilih esok sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat MIC di ibunegara malam ini

Dalam sidang akhbar ringas selepas itu, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata tindakan disiplin akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang bertindak untuk menghancurkan parti.

"Sesiapa pun daripada parti kita yang mempermainkan parti, mereka yang ambil tindakan sendiri untuk menghancurkan parti, kita sudah putuskan ambil tindakan tatatertib mengikut undang undang," katanya..

Ditanya sama ada beliau merujuk kepada Mugilan, Samy Vellu menjawab: "Boleh jadi Mugilan atau sesiapa saja. Muligan adalah yang teratas dalam senarai."

Ditanya apakah Mugilan akan dipecat, beliau menjawab: "Kita telah memutuskan untuk menunggu hingga esok. Kami mahu siasat lebih lanjut.

"Kita telah putuskan mengenai Muligan. Kita mahu tunggu hingga jam 10 pagi esok," katanya sambil menambah mereka akan menunggu keputusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ditanya sama ada Muligan dipilih sebagai calon, Samy Vellu jawab: "Saya tidak mahu kata apa apa mengenainya."

Sementara itu, difahamkan sebarang keputusan mengenainya akan diumumkan jam 10 pagi esok selepas Samy Vellu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya jam 8.30 pagi./Malaysiakini

TERKINI - SUARA SIAPA LEBIH KUAT, UMNO ATAU MIC?

Cawangan MIC Hulu S'gor beri kata-dua
S Pathmawathy
Apr 14, 10


Sebahagian daripada ketua-ketua cawangan MIC Hulu Selangor hari ini memberi kata dua kepada kepemimpinan Barisan Nasional agar mecalonkan timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel di parlimen Hulu Selangor atau menghadapi pembubaran cawangannya.

Tindakan itu dilihat menghangatkan lagi suasana apabila BN dijangka mengumumkan calonnya pada jam 4 petang esok bagi pertandingan pada 25 April ini.

Hampir separuh daripada ketua cawangan yang mewakili kira-kira 30 daripada 72 ketua cawangan hadir di ibupejabat MIC bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru untuk meluahkan sokongan kepada Palanivel.

Menurut mereka jika cadangan supaya Palanivel dicalonkan ditolak oleh BN, tindakan itu sesuatu yang memalukan kepada MIC dan pemimpin parti itu.

“Kami tidak akan keluar mengundi jika calonnya bukan Palanivel,” kata K Allo Pillai, seorang penyokong akar umbi yang membayangkan BN mungkin dipulaukan.

Ketua penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy juga mengugut bahawa semua cawangan MIC di kawasan pilihan raya itu akan ditutup, kika tuntutan mereka agara Palnivel dicalonkan ditolak.

"Kami menyokong penuh Palanivel kerana dia pemimpin berwibawa, bersih dan telah menjadi penduduk di kawasan ini untuk hampir 15 tahun, “ kata Raily.

Beliau menjelaskan Palanivel, yang berasal dari Pulau Pinang, tidak semestinya dilahirkan di kawasan pilihan raya itu untuk diiktiraf sebagai anak tempatan.

"Dia (Palanivel) kenal siapa Ah Kaw, Ahmad dan Ramasamy di sini kerana telah berada 18 tahun di sini,” katanya.

Ditanya sama ada mereka akan menyokong calon MIC yang lain, Raily berkata: “Jawatankuasa pusat MIC telah memutuskan Palanivel sebagai calon Hulu Selangor dan perkara itu adalah muktamad.”/Malaysiakini

Rabu, 14 April 2010

CALON BN - MIC BERI AMARAN, JANGAN IKUT PINTU BELAKANG

Sokong Palanivel, MIC tolak calon 'pintu belakang'
Apr 14, 10


Ketua 18 bahagian MIC di Selangor hari ini tampil mendesak pucuk pimpinan BN supaya mengesahkan pemilihan Datuk G Palanivel sebagai calon pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, sepertimana yang diperakukan oleh presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat MIC di ibunegara, wakil kumpulan tersebut, A Saktivel yang juga ketua MIC Puchong, berkata kesefakatan BN menyatakan bahawa pengerusi BN mesti menerima siapa sahaja calon yang dipilih oleh pemimpin parti komponennya.

MIC mempunyai 22 bahagian di Selangor. Palanivel, yang juga ketua MIC bahagian Hulu Selangor, tidak hadir.

Saktivel yang juga anggota jawatankuasa kerja pusat MIC berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah di mana calon yang tidak dipilih oleh presiden parti, diletak bertanding.

Timbalan pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan calon BN esok.

Selain Palanivel, satu lagi nama yang disebut-sebut disokong oleh Umno untuk dicalonkan bertanding di Hulu Selangor ialah timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan.

Difahamkan sewaktu mesyuarat jawatankuasa pengurusan BN Isnin lalu, para pemimpin MIC telah menyuara bantahan mereka dan bertegas supaya Palanivel yang juga timbalan presiden MIC, dicalonkan bertanding di Hulu Selangor.

Difahamkan juga, timbul kebimbangan sekirannya berlaku sebaliknya, ia akan menjadi ikutan di mana Umno sebagai parti tunggak BN, akan terus campurtangan dalam halehwal parti komponen yang lain.

Tolak calon pintu belakang

Saktivel berkata, sidang akhbar hari ini diadakan ekoran khabar angin yang semakin kuat bahawa Palanivel mungkin tidak dicalonkan.

Sehubungan itu, katanya, mereka tidak mahu seseorang itu dicalonkan bertanding di situ mengikut 'pintu belakang'.

Ini, katanya, adalah mengenai soal maruah parti.

Saktivel kemudiannya mengemukakan salinan surat beranak Mugilan dan mendakwa timbalan ketua pemuda MIC itu bukan 'anak tempatan' kerana dokumen itu menyatakan dia dilahirkan di Pantai Remis, Perak.

Sebaliknya, kata Saktivel, Palanivel sudah menetapkan di Hulu Selangor sejak 18 lalu./Malaysiakini

LAWAK BODOH DARI SEKUTU APCO





AKU pun melayari blog-blog pro UmAPCO untuk mengetahu apa reaksi blogger yang menjunjung Israel Yahudi itu terhadap pengumuman Dato' Zaid sebagai calon PR di dalam PRK Hulu Selangor. Mula-mula aku layari blog mamak tongkang yang suka makan kari dengan garpu (parpukari), aku ingatkan adalah ulasan atau hujah dia yang boleh dijadikan modal untuk mempertikaikan pemilihan Dato' Zaid. Ternyata seperti biasa, mamak mabuk kari ini hanya siarkan lukisan kartun. Blogger berwatak kartun yang kununnya ingin meniru cara Sdr Zunar.

Beralih pula aku pada blog-blog lain, tiada yang menarik sekadar cerita dongeng Pak Pandir belaka. Maklumlah, puak-puak tu masih terkejut dengan kisah APCO kerana mereka sendiri merasa tertipu dengan bos mereka. Sebelum ini blogger-blogger berkenaan hentam DS Anwar kununnya sengaja mengada-adakan kisah APCO. Tiba-tiba di Parlimen siang tadi Nazri Aziz mengaku akhirnya, siap dengan diumumkan berapa juta duit rakyat telah dihabiskan oleh APCO. Terkedu puak-puak ini, tetapi jika otak sudah di `brain wash' dengan otak lembu nak buat macam mana. APCO pun APCO lah, janji nama pun lebih kurang je dengan Umno.

Ada satu kisah lawak bodoh yang aku terbaca di dalam blog puak tu. Aku malas nak sebut nama blog tersebut kerana aku tak mahu memalukan blogger berkenaan. Nanti dia akan ditertawakan pula oleh rakan-rakan blogger dia yang lain di atas lawak bodoh dia tu. Blogger kureng itu menyatakan pada malam tadi sebaik sahaja nama Dato' Zaid diumumkan, dewan kecoh kerana ramai yang tidak setuju dengan pencalonan Dato' Zaid sehinggakan lebih kurang 1,500 orang keluar dewan semasa Dato' Zaid mula berucap. Blogger ini sangka dia seorang sahaja Blogger yang hadir pada majlis tersebut atau dia ingat semua orang bodoh seperti dia.

Sebenarnya yang hadir malam tadi semuanya telah maklum siapa calon yang sebenarnya kerana telah dihebahkan melalui media termasuk media alternatif. Jika mereka tidak suka masakan mereka akan hadir pada majlis berkenaan. Bahkan, sebelum nama Dato' Zaid dicanangkan sebagai calon, banner-banner Dato' Zaid telah mula dinaikkan sehingga Website pro Umno Agenda Daily turut ternampak banner Dato' Zaid di Hulu Selangor. Memang ramai juga inginkan calon pilihan mereka terpilih seperti Us Badrul Amin, Sdr Shamsul Iskandar atau Dr Halili, tetapi penyokong PR bukan seperti penyokong UmAPCO. Kita akan bersatu apabila pimpinan telah buat keputusan. Kisah dongeng Blogger tersebut cukup sekadar untuk menipu rakan-rakan Blogger beliau yang lain kerana otak mereka semuanya sama.

Dato' Zaid memberitahu setelah namanya terpilih, beliau telah memaklumkan kepada Tuan Guru Nik Aziz di Tanah Suci untuk memohon restu. Mursyidul Am PAS tersebut telah merestuinya dan mahukan PR bekerja kuat menentang sekutu APCO di Hulu Selangor di dalam PRK ini nanti. Mulai detik sekarang, kita sedang menanti berita-berita dari media pencacai UmAPCO tentang kisah beribu-ribu ahli PKR, DAP atau PAS akan keluar parti. Biasalah, kisah seperti itu adalah salah satu rukun musim pilihanraya di dalam parti UmAPCO semenjak dulu lagi./wfauzdin.blogspot.com

KECOH DI DALAM BN - V.MUGILAN AKAN DIPECAT JIKA BELIAU DICALONKAN

MIC cadang Palanivel, Umno pilih Mugilan
K Pragalath
Apr 13, 10


Penamaan calon kerusi parlimen Hulu Selangor akan berlangsung pada Sabtu ini.

Barisan Nasional pula berjanji akan membuat pengumuman dalam tempoh dua hari lagi. Bendahari Umno Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom ketika dihubungi berkata calon BN itu akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 April ini, jam 4 petang bertempat di markas BN, Bukit Sentosa di Bukit Beruntung.

Lazimnya, BN seringkali mendahului pembangkang dalam menamakan calonnya tetapi kali ini menjelang tempoh kurang 48 jam seperti yang dijanjikan, siapa yang bakal mewakili mereka terus menjadi tanda tanya. Sumber tertinggi dari MIC, petang tadi, mengesahkan bahawa Muhyiddin akan menamakan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan sebagai calon di kerusi Hulu Selangor.


Kurang senang

Namun keputusan itu dikatakan kurang disenangi oleh kebanyakan pemimpin atasan MIC.

Mereka tetap mahukan Timbalan Presiden G Palanivel mewakili BN bagi merampas Hulu Selangor.

"Jika Mugilan dinamakan sebagai calon, kepemimpinan MIC akan memecat Mugilan kerana melobi bagi kerusi itu dan juga mensabotaj aktiviti parti serta mencemarkan nama Palanivel,” kata sumber itu.

Menurut beliau lagi, ketika mesyuarat malam semalam di Parlimen, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dilaporkan bertikam lidah dengan Muhyiddin berhubung pemilihan calon BN itu.

Sumber itu berkata Muhyiddin berkata Mugilan (kanan) adalah pilihan pemimpin BN tetapi pemimpin MIC yang hadir kurang menyenangi keputusan itu.

“Samy Vellu mempertahankan pemilihan MIC yang mahukan Palanivel dan ini menyebabkan mesyuarat menjadi hangat,” kata sumber itu.

Presiden MIC itu dilaporkan tidak mahu berganjak dengan pilihan partinya kerana persetujuan dikatakan telah dicapai antaranya dengan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berjumpa dengan Samy Vellu (kiri, berdiri) awal minggu lalu sebelum beliau berlepas ke Hanoi dan kemudiannya ke Washington DC.

Moral rendah

“Sekarang ini, moral di kalangan ahli adalah rendah kerana khabar angin dan laporan media yang mendakwa kemungkinan calon pilihan parti akan diubah,” katanya.

Dalam pada itu, ketua bahagian MIC, Puchong yang juga anggota jawatankuasa pusat parti itu, A Saktivel berkata satu sidang akhbar akan diadakan esok.

"Kami mahu calon pilihan parti bukannya yang dipilih oleh Umno kerana perkara ini adalah maruah parti,” kata Saktivel yang akan mempengerusikan sidang media itu yang dijadualkan di ibupejabat MIC.

Beberapa penyokong akar umbi yang tidak mahu identiti mereka didedahkan juga mengugut tidak akan keluar mengundi dan membubarkan jentera parti jika calon pilihan MIC tidak dipilih.

Khabar angin juga tersebar bahawa beberapa cawangan Umno juga sedang melobi pada minit terakhir bagi menyokong Mugilan.

Mugilan dilahirkan di estet Kerling, Hulu Selangor dan adalah seorang ahli perniagaan./Malaysiakini

Selasa, 13 April 2010

BILA ANWAR DEDAHKAN, HABIS BUSUK SEMUA KELUAR !!

Kontrak Apco bernilai RM77 juta setahun
Hazlan zakaria
Apr 13, 10


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa kontrak yang dimeterai antara kerajaan dengan firma perunding perhubungan Apco Worldwide bernilai hampir RM77 juta.

Dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu), jumlah yang didedahkan Nazri itu adalah dua kali ganda daripada yang dilaporkan sebelum ini.

Tian Chua merujuk laporan akhbar yang memetik Nazri, sebelum ini sebagai berkata jumlah yang dibayar kepada Apco berjumlah RM28 juta.

Bagaimanapun dalam jawapannya berhubung soalannya itu, Nazri berkata jumlah yang dibayar kepada Apco bernilai US$24 juta.

"Tukarkan jumlah itu dalam ringgit dan anda akan mendapat hampir RM77 juta."

Tian Chua berkata jumlah itu adalah untuk bayaran selama setahun.

"Saya tidak tahu sama ada dia tersilap atau membuat perkiraan yang salah berhubung kadar tukaran asing ringgit kepada dolar. Mungkin dia berfikir bahawa ringgit Malaysia masih kukuh dan nilainya hampir sama dengan dolar,” katanya dengan nada sinis.

Tian Chua melahirkan rasa tidak percayanya bahawa jumlah wang yang sebegitu banyak dibayar kepada firma asing sedangkan syarikat tempatan juga mampu melakukan tugas yang sama.

"Adakah perkhidmatan Apco begitu istimewa yang memerlukan bayaran sebegitu tinggi? Kenapa tiada syarikat tempatan diambil. Saya pasti firma tempatan mampu melakukan kerja itu,” katanya lagi./Malaysiakini

CALON PRK HULU SELANGOR- SAYA TIDAK MINTA DAN TIDAK MENGHARAP, KATA US BADRUL AMIN

Semoga Allah lindungi calon kita dari menjadi seperti ini....

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAM nanti akan berakhirlah penantian kita untuk mengetahui siapakah calon dari PR yang akan dipertaruhkan untuk `membinasakan' sekutu-sekutu APCO di PRK Hulu Selangor tidak berapa lama lagi. Di antara nama yang paling popular disebut adalah Dato' Zaid Ibrahim dan di antara tokoh reformasi yang dilihat mendapat sokongan di dalam beberapa blog pro PR adalah Ustaz Badrul Amin Baharon. Blog saya tentunya mengharapkan agar Ustaz Badrul Amin tercalon.

Apa pun semuanya terpulang jepada kebijaksanaan pimpinan di dalam PR untuk menentukannya dan kita tiada masalah untuk terus menyokong mana-mana calon samada calon tersebut dari golongan tua, pertengahan mahupun dari golongan muda. Apa yang kita tuntut dari pimpinan adalah tentukan calon tersebut bukan dari spesis `berudu' yang akan datang bertukar menjadi katak. Rakyat tidak lagi mahu melihat undi dan kepercayaan mereka dilacurkan seperti yang telah berlaku di beberapa kawasan.

Semalam saya telah bersembang ringkas dengan Us Badrul Amin melalui face book beliau. Saya ingin mengetahui dari hatinya sendiri apakah beliau yakin akan tercalon nanti. Beliau menjawab peluangnya adalah 50-50 dan jawapannya itu melegakan sedikit hati saya. Beliau seterusnya memaklumkan bahawa beliau sebenarnya tidak pernah melobi untuk menjadi calon bahkan tidak sedikit pun mengharap untuk terpilih. Tetapi sekiranya amanah itu akan diberikan kepada beliau, pastinya beliau sanggup untuk berdepan dengan calon dari Bn samada Umno atau MIC.

Semuanya ini akan terjawab malam ini di dalam majlis ceramah serta pengumuman calon yang akan diadakan di Serendah, Selangor di mana semua pimpinan utama PR akan hadir. Sama-samalah kita berdoa agar Allah memberi pertunjuk kepada pimpinan kita untuk menentukan siapakah calon yang bakal diamanahkan untuk menghapuskan saki baki Umno/Bn di Hulu Selangor. "KEADILAN MESTI DITEGAKKAN, APCO DAN ZIONIS MESTI DIHAPUSKAN". /wfauzdin.blogspot.com

Kerajaan Selangor Bentuk Paradigma Baru, Sultan Sharafuddin Ucap Syabas, Tahniah

Sumber TvSelangor

SHAH ALAM 12 APR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri yang berjaya menunjukkan pelbagai peningkatan dalam tempoh dua tahun memerintah negeri ini.
''Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua wakil rakyat kerana genap dua tahun selepas pilihan raya umum, semua Yang Berhormat bersemangat dalam memberi perkhidmatan terbaik'',titah baginda.

Baginda juga menganggap kejayaan dalam dua tahun ini ialah prestasi tadbir urus kerajaan Selangor hingga mendapat pengiktirafan Sijil Tanpa Teguran daripada Ketua Audit Negara pada tahun lalu.

Pengiktirafan itu sekali gus meyakinkan Sultan Sharafuddin bahawa kerajaan negeri pada masa ini, dapat mentadbir Selangor dengan baik. Titah baginda, kerajaan yang baik, telus dan bertanggungjawab yang dilaungkan kepimpinan kerajaan sekali gus membentuk paradigma baru dalam menyampaikan mesej keadilan dan kesejahteraan kepada rakyat.

Baginda turut gembira kerana kebanyakan program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dapat merakyatkan ekonomi Selangor melalui pelbagai pendekatan yang dibuat. Antaranya ialah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor, program SPIES, pengagihan 10 peratus keuntungan kepada mereka yang berhak, pemuliharaan dan pembangunan Sungai Klang, skim pinjaman mikrokredit, pembagunan sukan melalui Majlis Sukan Negeri Selangor dan pembangunan projek teknologi.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Kali Ke-12 pagi tadi. Sultan Sharafuddin bertitah kepada semua wakil rakyat supaya dapat memberikan khidmat terbaik selari dengan amanah yang diberikan rakyat.

"Beta berharap Dewan ini menjadi medan terbaik untuk menyelesaikan pelbagai isu melibatkan kepentingan rakyat. Mulakanlah dengan niat untuk bekerja dengan jujur, ikhlas dan betul dan berilah kerjasama yang perlu kepada pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Datuk Abdul Khalid Ibrahim," titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut bertitah segala bentuk isu peribadi akibat perbezaan politik perlu diketepikan untuk rakyat kerana mahu melihat kerajaan Selangor mendapat manfaat dan menjalankan amanah rakyat dengan cekap dan lancar. "Beta sedar dalam politik tidak mungkin ada 100 peratus persetujuan dan memang diakui bahawa amalan check and balance perlu bagi memastikan semua kepentingan diteliti. Beta mahu semua pihak melaksanakan sistem yang ada atas landasan amanah dan bukan isu peribadi akibat perbezaan politik," titah baginda lagi.

INI BUKTI BN TIDAK IKHLAS BANTU RAKYAT HULU SELANGOR

12 April, 2010

Kampus UiTM Serendah Akan Dibina Jika BN Kuasai Selangor Pada PRU Akan Datang

HULU SELANGOR, 12 April (Bernama) -- Cadangan membina kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah akan diteruskan jika Barisan Nasional (BN) menguasai Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa bertemu jentera pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

"Beliau berkata jika BN dapat menawan Selangor, maka UiTM akan dibina dan dikembali kepada YBK (Yayasan Basmi Kemiskinan) sepertimana perancangan asal," katanya kepada pemberita, di sini Isnin.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno sebelum itu menyampaikan biasiswa YBK kepada 38 pelajar miskin bagi sekolah menengah dan sekolah rendah di sini.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin baru-baru ini mengesahkan cadangan pembinaan kampus UiTM oleh YBK di Serendah, Rawang itu dibatalkan selepas kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang enggan meluluskan tapak.

Ekoran tindakan kerajaan Selangor itu kampus tersebut dipindahkan ke Jasin, Melaka.

Pada 1 April lepas, sekumpulan penduduk dari Hulu Selangor menghantar memorandum yang ditandatangani 10,000 penduduk kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) meminta badan itu menyiasat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwa menyekat projek pembinaan kampus itu.

Mereka mendakwa tindakan Abdul Khalid itu menutup peluang untuk mereka menambah pendapatan.


-- BERNAMA

Isnin, 12 April 2010

KEMPEN DI HULU SELANGOR, EZAM HENDAK JADI BAIK

Aku melutut padamu wahai pemimpin agungku...

Oleh: WFAUZDIN NS


HARAPAN saya musnah apabila Najib mengumumkan bahawa Bn meletakkan calonnya dari MIC untuk bertanding di Hulu Selangor. Saya pernah mencadangkan agar Ezam sesumpah dicalonkan di kerusi yang dikatakan ahli Umno lebih ramai dan banyak dari rumput-rumput di padang itu. Ezam sesumpah memang wajar diletakkan di situ kerana beliau ahli Umno di Selangor walaupun memegang jawatan `pencacai' atau `ayam sabung' yang tidak bertaji. Tetapi memandangkan ramai ahli Umno mahukan calon Umno di situ, maka elok benar Ezam sesumpah dilagakan di situ.

Apa pun nasib tidak menyebelahi Ezam sesumpah kerana Najib amat taat dengan perjanjian dengan MIC melebihi taatnya dengan perjanjian royalti minyak. Di dalam akhbar Sinar Harian hari ini, Ezam sesumpah berjanji tidak akan memburukkan peribadi sesiapa terutamanya DS Anwar asalkan beliau tidak dicabar untuk berbuat demikian. Wah !! Selama ini Ezam sesumpah tidak pernah memburukkan peribadi orang ke terutamanya DS Anwar? Baiknya Ezam. Tetapi masakan Ezam sesumpah tidak tahu sudah berapa ribu bahkan berjuta orang telah mencabarnya? Baru-baru ini anak didiknya sendiri Sdr Nazri bekas Pengerusi Gerak telah mencabarnya. Sehingga sekarang Ezam sesumpah kelu tidak berkata.

Di dalam kenyataannya di dalam akhbar tersebut Ezam sesumpah turut bercerita perjuangannya adalah untuk asas negara. Kita masih ingat sewaktu beliau menyerahkan borang bertukar `mazhab' kepada Umno yang ada kena mengena dengan APCO itu, Ezam sesumpah lantang menyatakan perjuangannya adalah untuk asas bangsa. Kini, sudah tukar jadi asas negara. Maklumlah, dulu PM Pak Lah, kini Najib pula. Maka, Ezam pun menjadi seperti `binatang sesumpah' bertukar kulit. Pasal rasuah? Itu sudah lama Ezam sesumpah lupakan. Lihat sahaja dalam ceramahnya sejak kebelakangan ini yang disebutkannya hanyalah kisah DS Anwar terutamanya kisah DS Anwar dulu-dulu. Tetapi, sehingga kini satu pun apa yang Ezam cakap tiada bukti bahkan beliau tidak berani membuat laporan Polis atau kepada SPRM terhadap salah laku DS Anwar seperti yang sibuk beliau katakan beliau tahu semuanya itu.

Saya bersetuju jika ada yang berpendapat `standard' Ezam sesumpah sekarang sudah sama dengan Dato' Nalla. Merapu ke hulu ke hilir tetapi habuk pun tarak. Bila kehabisan idea untuk menyerang DS Anwar, Ezam curi pula idea YB Zul Kulim malahan lebih memalukan beliau pun mengaku pernah mengalami sama seperti YB Zul alami. Kali ini, jom kita pakat ramai-ramai cabar Ezam sesumpah supaya dia dedahkan apa jua yang beliau rasa boleh menjadikan rakyat di Huku Selangor bodoh sepertinya. Apa lagi Ezam, Aku dah cabar dah!!/wfauzdin.blogspot.com

ADAKAH MR. `KICK' ANAK JANTAN ?

Isnin, 2010 April 12

KOTA BARU, 12 April — Seorang penulis blog yang mendedahkan dokumen melalui blognya kononnya wujud penyelewengan dalam pengurusan parti dan kerajaan dicabar membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika yakin ada bukti kukuh.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari memberi respons tersebut terhadap beberapa siri tulisan salah seorang blogger sejak kebelakangan ini.
“Saya mencabar beliau jika beliau yakin terdapat penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan Dato Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar.
“Menteri Besar seringkali membuka ruang pintu siasatan kepada SPRM sepanjang masa bagi membuktikan ketelusan pentadbiran dan kesediaan untuk disiasat jika terdapat mana-mana anggota pentadbiran yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya melalui kenyataan dikeluarkan hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama blogger tersebut.
Difahamkan blogger tersebut adalah Kickdefella yang baru-baru ini mendedahkan penyelewengan kerajaan negeri berhubung urusan pelaksanaan projek pembalakan.
Ahmad Fadhli menyifatkan blogger berkenaan sebagai ‘seorang yang kecewa’ kerana tidak mendapat habuan yang diharapkan.

Beliau merujuk dakwaan terkini blogger berkenaan yang kononnya telah banyak membantu kerajaan PAS dalam pilihan raya. “Beliau (blogger berkenaan) membuat pengakuan kononnya banyak membantu PAS dalam pilihan raya tetapi pengakuan tersebut langsung tidak disertakan dengan bukti dan fakta yang jelas.

Sinar Harian menyiarkan dakwaan blogger berkenaan mengenai perkara tersebut semalam.
“Saya penuh meyakini bahawa dakwaannya yang banyak membantu kempen PAS di Kelantan adalah merupakan satu pembohongan semata-mata. “Hakikatnya, beliau lah yang mencari makan dengan kerajaan PAS selama ini.

“Kemungkinan apa yang beliau lakukan hanyalah semata-mata untuk memperagakan kebolehan di dalam mecari maklumat agar dibeli dengan harga yang mahal oleh pihak yang lain” ujarnya.TMI

Sumber: Tinta Hijau