Sabtu, 16 Oktober 2010

SIRI DUA (FOTO) - KEMPEN SELAMATKAN SELANGOR OLEH UMNO DIHADIRI PULUHAN RIBU RAKYAT

Lokasi Padang Subang Perdana.

RoadShow Gelombang Selamatkan Selangor .

Datuk Satim Diman
Lokman Adam
Mohd Ezam
Ketua Wira Perkasa.
Datok Mat Bushro


Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us


Ceramah ini membuktikan UMNO perlu di selamatkan... Walaupon di sebut VVIP sebagai para Pahlawan umno..... yang hadir pada malam itu namun., kehadiran penonton membuktikan umNO masih sakit........ dan perlu di selamatkan ...............................Walaupon bajet Najib di sifat kan gerombolan amat 'kenyangkan tembolok' ...........namun masih tidak di percayai sebahagian warga Subang....

Kehadiran para gerombolan dengan jentera berpasukan bukan lah penduduk Subang secara sahnya.

Jangkaan kehadiran 150 orang termasuk yang menyorok di celah-celah pokok, dan di depan pentas lori ..

Sumber: Tranungkite

ZAID IBRAHIM PERLU LEBIH `JANTAN'

Ada sedikit yang tidak kena atau dirasakan pelik pada Zaid ini. Satu masa beliau membayangkan akan bertanding kerusi Presiden sekiranya Nurul Izzah bertanding timbalan presiden. Kenapa beliau menjadi Nurul Izzah sebagai sandaran. Pada saya pemimpin yang berteta teki panjang sangat dan meletakkan sandaran pada orang lain adalah orang yang penakut dan tidak mempunyai kredibiliti sendiri.

Kalau Zaid benar-benar berani dan gentelman seperti dibayangkan dia tidak perlu menjadi sesiapa sebagai sandaran atau pun syarat. Tengok calon lain, Mustapa Kamil Ayub atau Azmin tidak mengada-ngakan syarat. Mereka berdua jantan dan terus menyatakan pendiriannya. Kenapa harus berselindung di sebalik orang lain.

Zaid khabarnya akan membuat kenyataan mengenai jawatan apa yang beliau hendak tandingi. Beliau ada dua peluang. Sama ada timbalan presiden atau presiden. Apakah waktu ini beliau sedang berada di tikar sembayang melakukan istikharah bagi menentukan jawatan apa yang sesuai baginya.

Cara Zaid berpolitik sedikit sebanyak telah menimbulkan kebosanan orang ramai dan ahli PKR. Perhati saja semasa proses pemilihan peringkat cabang baru lalu beliau membuat berbagai kenyataan untuk mendapat sokongan. Lepas satu satu gimik atau pun provokasi yang beliau buat. Salah satu yang agak melampau apabila beliau membayangkan yang kuasa presiden hari ini diliwat. Semua itu mengharapkan dia mendapat pencalonan terbanyak tetapi dalam masa sama melambakkan masalah dalam PKR.

Tanpa disedari sesetengah kenyataan itu telah menimbulkan masalah kepada PKR. Ketelusan dan sikap tegas dan terbuka melampau beliau yang dilakukan itu memberi menodai ketenangan dalam PKR. Di sini pada penilaian saya bekas menteri di JPM itu kurang bijaksana dan kurang peka kepada semangat berpersatuan. Beliau tidak berhemah dan memikirkan kemaslahatan parti lebih besar daripada mencari popular untuk mengharapkan pencalonan. Zaid adalah seorang individualistik.

Pengkaitan Zaid untuk bertanding dengan Nurul Izzah adalah permainan licit beliau. Zaid cuba bayangkan yang beliau mendapat sokongan Nurul Izzah. Harapan lebih jauh dari itu beliau ingin mencerminkan sokongan Izzah itu juga adalah sokonag kedua ibu bapa Izzah kepadanya. Gambaran dari itu juga bahawa Izzah menyokongnya. Tetapi sifir itu tidak mudah memberi jawaban yang konkrit. Zaid sendiri tahu dalam politik 2 x 5 jawabannya bukan saja 10 tetapi berbagai-bagai.

Silap kalau Zaid menyokong Izzah dengan nait itu. PKR adalah parti demokratik yang autentik nombor satu. Pemilihan dan keputusan bakal dibuat Izzah untuk menyokong sesiapa bukan dipengaruhi oleh ayah dan ibunya. Begitu juga dengan orang lain yang bertembung dengan keadaan demikian tidak akan menjadi orang lain sebagai pakar rujuk.

Benarlah kata Anwar, anaknya itu ada pemikiran dan penilaian sendiri dan beliau bangga dengan apa yang dibuat oleh Nuru Izzah itu. Memang Nurul Izzah ada izzahnya sendiri.

Apa pun masa terus berlalu mana-mana calon yang sedang diselubungi kegelapan akhirnya akan terkeluar juga dari jerumu itu. Begitu juga dengan Zaid akan sampai masa untuk beliau menyatakan pendiriannya. Bagi saya yang melihat dari jauh keadaan atau kehebatan Zaid dalam PKR kini semakin menirus bukannya menebal. Hari ini di mana-mana orang mempersoal dan merunggut tentang sikapnya yang seolah bergerak melencung dari landasan kelaziman dan cuba hendak membawa rel demokrasinya sendiri yang tidak mudah diterima umum. Di sini ada sikap agah kepada Zaid seolah-olah beliau saja yang betul, telus dan ikhlas.

Justeru pada saya dengan masalah, persepsi dan tuduhan ke atas beliau, sekiranya beliau masih ada hati dengan PKR beliau mansuhkan saja hasratnya untuk jadi orang nombor dua atau menjadi orang nombor satu. Pemansuhan niatnya itu akan dilihat orang itulah kejujuran Zaid dan sekaligus ia boleh meletakkan semula mahkota kebehatan beliau dalam PKR selama ini.

Tetapi kalau beliau bertanding juga apa lagi kalah, Zaid akan hilang segalanya dan PKR juga akan kehilangan beliau. Saya bersetuju dengan pendepat seorang penulis yang mengatakan tidak ada parti politik di Malaysia ini sesuai dengan jiwa bebas merdeka dimiliki Zaid. Makanya beliau harus menubuh partinya sendiri, menjadi presiden, menjadi timbalan presiden dan ahlinya sekali sebab beliau tidak mudah untuk melarutkan diri dalam kemajmukan ragam manusia politik./Keseluruhannya di sini : http://msomelayu.blogspot.com/

BAJET - NAJIB BERI PERHATIAN PADA PEWARNA RAMBUT DAN BEG TANGAN

Belanjawan 2011 tanpa istilah "Rasuah"

Lim Hong Siang | Oct 15, 2010

Sesungguhnya ia Belanjawan yang mempersiap-sediakan Barisan Nasional untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. Malah, mungkin sesetengah ahli Dewan Rakyat yang sarkastik akan menyindir bahawa ianya satu belanjawan yang dihantui bayang isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Ia sudah terbukti dalam dewan itu sendiri, apabila nama "Rosmah" dilaungkan ketika Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Najib Razak (gambar kiri) mencadangkan pemansuhan duti import ke atas kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan, pada kadar 5% hingga 30% - antaranya, pewarna rambut. Malah, apabila Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta kepada PERMATA, sekali lagi dewan menjadi gempar dengan nama Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Program ini.

Belanjawan tahun 2010 yang bertemakan "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" ini mencatat angka peruntukan tertinggi dalam sejarah, iaitu RM212 bilion, 2.8% lebih tinggi berbanding peruntukan Belanjawan tahun 2010. Defisit kerajaan persekutuan dijangka berkurangan kepada 5.4% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2011, iaitu RM45.481 bilion./Merdeka Review

BAJET - APABILA PEMIMPIN `MABUK DAN GILA' BANGUNAN TINGGI, RAKYAT DERITA

Projek mega kembali

Antara yang paling dipertikaikan dalam Belanjawan 2011 ini adalah pembinaan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia. Projek bernama "Warisan Merdeka" yang menelan RM5 bilion ini dibangunkan Permodalan Nasinal Berhad, dan dijangka akan siap pada tahun 2015.

Sementara itu, ahli parlimen Bukit Bendera-DAP, Liew Chin Tong (gambar kiri) mendedahkan bahawa bangunan Sri Perdana (kediaman rasmi PM) di Putrajaya bakal menelan RM65 juta untuk kos tambahan dan pengubahsuaian, menjelaskan bagaimana peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri memecah rekod dengan catatan RM15.8 bilion.

Seandainya kedua-dua kes ini dibaca bersama, maka akan didapati bahawa kerajaan BN masih tidak mengambil iktibar daripada "projek mega" zaman Perdana Menteri ke-empat, Mahathir Mohamad. Projek mega seperti Putrajaya misalnya, telah membebankan generasi akan datang dengan kos penyelenggaran yang terlalu tinggi.

Pembinaan projek mega semestinya memanfaatkan golongan kontraktor, yang menjadi asas kepada UMNO. Najib cuba menghalalkan kesinambungan "projek mega" dengan "Semangat Malaysia Boleh", tanpa menyedari bahawa keghairahan untuk menghambat kemegahan pencakar langit inilah yang menjejaskan ekonomi Malaysia.

Wartawan Australia, M.Backman dalam bukunya Asia's Future Shock, mengulas situasi Malaysia dengan satu artikel berjudul "From Malaysia Boleh to Malaysia Bodoh". Backman menganggap Malaysia memiliki kelebihannya yang tersendiri, kerana kaya dengan sumber semulajadi, malah telah mewarisi satu sistem yang moden dari tangan penjajah British.

Namun demikian, kelebihan-kelebihan ini telah dibinasakan, kerana dasar ekonomi yang lebih mementingkan pengagihan daripada penghasilan, hubungan etnik yang teruk, malah terlalu bermegah-megah dengan projek yang indah khabar dari rupa untuk mengubati perasaan inferior dirinya. Mahathir pernah mengibaratkan menara Petronas KLCC sebagai kotak untuk si pendek, Abdullah Ahmad Badawi (gambar atas) pula ghairah dengan khayalan angkasa-nya./Merdeka Review

AZMIN NAFI PENGARUHI JPP, HORMATI TS KHALID UNTUK BERTANDING

Azmin nafi manipulasi JPP

KUALA LUMPUR - Calon jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menyangkal dakwaan bahawa beliau bersama pasukannya memanipulasikan proses pemilihan parti itu.

Naib Presiden PKR itu turut menafikan dakwaan pihak tertentu beliau mencampuri urusan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) sempena kempen pemilihan yang kini sedang rancak berlangsung sehingga November ini.

Ahli Parlimen Gombak itu turut meminta semua pihak supaya boleh menerima keputusan yang dibuat oleh ahli parti dan mahu dirinya tidak dipersalahkan dalam isu pemilihan parti kerana beliau tidak terlibat.

“Semua masalah parti, salahkan saya. Saya bukan JPP, macam mana saya boleh manipulasi pemilihan parti? Ini pemilihan secara terus. Ada wakil JPP pada setiap pemilihan cabang yang mengawasi mesyuarat pemilihan,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perkembangan terbaru dalam mesyuarat pemilihan PKR termasuk dakwaan beliau campur tangan dalam pemilihan parti.

Azmin berkata, beliau bukan setiausaha agung yang boleh mengawal parti.

“Saya tidak boleh mengawal parti dan Penasihat PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Saya tidak boleh kawal semua,” katanya.

Ketika ditanya mengenai tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim bertanding jawatan timbalan presiden, Azmin berkata, beliau menghormati keputusan Menteri Besar Selangor itu./Sinar

SEKALI LAGI PERKASA DIPERLEKEHKAN OLEH PEMIMPIN UMNO

Nazri: Umno mampu atasi pengaruh PERKASA
Salhan K Ahmad & Regina Lee
Okt 15, 10

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz percaya Umno akan dapat bertahan dalam menghadapi kemaraan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang didakwa semakin berpengaruh di kalangan anggota parti itu.

Katanya, Umno pernah menghadapi ujian yang lebih getir ketika menghadapi pengaruh gerakan Islam dalam Umno yang membentuk PAS, Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah, malah daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membentuk PKR.

“(Umno) telah diserang dari kiri dan kanan tapi kami masih di sini. Anda fikir PERKASA akan dapat buat lebih baik daripada Semangat 46, PKR atau PAS?” katanya ketika bercakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Nazri juga bertegas bahawa PERKASA merupakan satu gerakan ekstremis, namun tiada peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk menghalangnya.

Dalam kewajaran itu juga, anggota Umno bebas untuk menganggotai PERKASA, kata Nazri.

“Sebab itulah saya katakan, saya mahu PERKASA didaftarkan sebagai satu parti politik, kemudian barulah kita tahu sama ada anggota Umno benar-benar menyokong mereka," tambahnya.

Jelasnya, apabila PERKASA menjadi parti politik, anggota Umno akan berada dalam kedudukan terpaksa untuk membuat pilihan.

"Biar saya bagi tahu, kalau mereka daftar (sebagai parti politik), itu akan menjadi petanda kemusnahan mereka," kata Nazri yang tidak begitu yakin dengan pengaruh PERKASA.

“Berapa ramai (presidennya Datuk Ibrahim Ali) dapat kumpul di Kelantan? Saya boleh kumpul lebih ramai lagi.” katanya lagi.

PERKASA yang mendapat sokongan daripada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menimbulkan persepsi berbeza terhadap kewibawaan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sekarang.

Pandangan seolah-olah Dr Mahathir masih lagi berkuasa, dengan sokongan gerakan seperti PERKASA yang giat mengutarakan pandangan yang bertentangan dengan usaha liberalisasi Najib.

Ketika ditanya, Nazri sekadar menepis pandangan tersebut dengan berkata "ia satu persepsi semata-mata."
“Sebagai sebuah negara Timur, kita masih hormati bekas pemimpin yang telah berkorban untuk negara. Jadi saya rasa sokongan yang dilihat itu hanya disebabkan rasa hormat (terhadap Dr Mahathir),” katanya.

Dr Mahathir pada Mei 2008 lalu pernah mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu kerana tidak yakin dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir turut mencadangkan ketua-ketua Umno cawangan dan bahagian keluar parti beramai-ramai sehinggalah memaksa Abdullah letak jawatan.

Bagaimanapun, Dr Mahathir mengubah keputusannya kira-kira setahun kemudian selepas Najib secara rasminya menjadi perdana menteri.

"Itu menunjukkan (Umno) kuat, itu saja. Beliau tidak akan kembali jika kita tidak kuat," kata Nazri./Malaysiakini

BAJET 2011 - BERSYUKURLAH MEREKA YANG SEANGKATAN DENGAN ROSMAH

Nama Rosmah juga diheret dalam Bajet 2011
Okt 15, 10

Pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Razak Najib terganggu seketika dengan nama isterinya ditimbulkan oleh pihak pembangkang ketika beliau mengumumkan langkah menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di rantau Asia.

Ia bermula apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.

“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen.

Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan “Rosmah!” disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka.

Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: “Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.”

Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa.

Namun, sindiran paling tajam dilemparkan ketika Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dengan kuat menjerit “Rosmah! Rosmah!”, sambil sekali lagi disambut Najib dengan senyuman sinis.
Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Pembangkang, khususnya PAS berang kerana walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi, namum program PERTAMA yang diuruskannya didakwa seakan mendapat bajet 'istImewa'.

Ini berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Pembentangan bajet ini juga mendapat sambutan serta bidasan di twitter.

"Pengurangan cukai untuk beg, penyembur rambut, minyak wangi... hadiah Krismas awal Najib untuk Rosmah? Tulis MP Serdang Teo Nie Ching.

"Ini macam Bajet RM (Rosmah Mansor)," jawab MP Bukit Bendera Liew Chin Tong./Malaysiakini

SELANGOR - GAGAL KALI PERTAMA, BALACI UMNO CUBA KALI KEDUA PULA

Oleh: Mandor

SETELAH Umno Selangor gagal di dalam misi Siri Pertama Jelajah Selamatkan Selangor (SSDE), hari ini dikatakan Umno Selangor meneruskannya dengan Siri Kedua pula. Kali ini, isunya mungkin lebih banyak tertumpu kepada isu peribadi DS Anwar kerana isu-isu lain telah ditertawakan oleh rakyat Selangor.

Umno Selangor merasa kerajaan negeri di bawah PR di Selangor akan goyah dengan kempen mereka itu dengan membawa balaci-balaci yang dikutip dari tong sampah PKR. Ternyata kempen pada Siri Pertama tidak memberi kesan bahkan menikam mereka kembali. Strategi PR Selangor amat berkesan terutamanya di bawah Us Dr Badrul Amin yang sentiasa memantau dan mengekori ke mana sahaja balaci-balaci upahan ini pergi. Apakah ini bermakna PR Selangor takut dengan kempen mereka? Jawapannya ya, memang kita takut rakyat akan terus diperbodohkan oleh Umno sebagaimana di zaman anak Toyo lagi. Maka, kewajipan PR Selangor adalah untuk menyelamatkan rakyat Selangor.

Sehubungan itu, PR Selangor haruslah terus mengatur strategi yang lebih berkesan agar hasutan dari puak `penghisap darah rakyat' ini gagal, biar mereka atur kempen untuk beberapa ratus siri sekalipun. Ini adalah penting kerana Umno tidak mampu hidup tanpa ada rakyat yang bodoh dan jahil. Wajib bagi PR Selangor melindungi rakyat sekeliannya dari balaci-balaci seperti ini./mandor.blogspot.com

Jumaat, 15 Oktober 2010

WAHAI GOBALA, SIAPA HAIRAN JIKA KAMU KELUAR PARTI ?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMALAM MP Padang Serai dari PKR, YB Gobala `mengugut' partinya sendiri disebabkan tidak berpuas hati dengan cara pemilihan pimpinan di dalam PKR yang sedang berlangsung sekarang. Beliau mengugut untuk keluar dari PKR sekiranya parti itu tidak bertindak terhadap aduannya. Sasarannya adalah YB Azmin yang kununnya dikatakan banyak mempengaruhi atau campurtangan menentukan siapa calon yang bertanding. Seperti biasa, media pencari bangkai memberikan liputan meluas kenyataan Gobala.

Semua tahu Gobala anti Azmin dan menyokong Zaid. Itu kita tidak kisah kerana itu hak individu untuk sokong sesiapa. Tetapi menuduh YB Azmin mempunyai pengaruh sebegitu besar di dalam pemilihan PKR adalah satu tuduhan dari orang yang tidak berakal. Jika benar YB Azmin mempunyai pengaruh sedemikian rupa, masakan YB Nurul Izzah dibenarkan bertanding Timbalan Presiden PKR walaupun pencalonannya tidak mencukupi setelah tarikh tutup pencalonan? Sudah tentu YB Azmin yang dikatakan berpengaruh besar itu akan mempengaruhi parti menolak pencalonan YB Nurul Izzah bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR memandangkan YB Azmin juga turut bertanding jawatan yang sama?

Adakah ini satu cara untuk Gobala mencari jalan untuk melompat parti sepertimana taktik yang digunakan oleh YB Zulkifli Noordin? Sekiranya Gobala tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan di dalam PKR, mengapa beliau perlu mengugut untuk keluar parti? Bukan beliau seorang sebenarnya yang tidak berpuas hati dengan sistem atau perjalanan pemilihan yang diadakan ini. Sudah banyak aduan telah diterima dan jaminan dari pihak yang berkenaan dari parti segala aduan akan disiasat dan akan dimaklumkan. Suatu sistem yang baru tentunya terdapat banyak masalah yang timbul dan ini semua satu pelajaran yang berguna buat PKR.

Masalah Gobala bukan masalah tidak bersetuju dengan sistem pemilihan. Beliau tidak puas hati kerana kununnya YB Azmin dan beberapa pihak di dalam parti campurtangan di dalam menentukan siapa yang patut dipilih oleh ahli-ahli parti. Tentu beliau punyai bukti atas dakwaannya, walaupun YB Azmin telah pun menafikan beliau mempunyai `kuasa besar' itu. Jika Gobala ada bukti, sila kemukakan kepada parti untuk disiasat. Mengapa perlu ugut untuk keluar dari PKR?

Mungkin Gobala yakin parti tidak akan bertindak ke atas aduannya. Jika beliau sudah tidak yakin dengan parti, maka wajarlah beliau keluar dari PKR. Jangan beliau ingat parti akan tunduk kepada kehendaknya melalui ugutan seperti itu. PKR sanggup hilang kerusi asalkan parti ini tidak menanggung orang yang berlagak seperti beliau. Contohnya YB Zulkifli Noordin, biarpun ketika PKR semakin kurang kerusi akibat beberapa pemimpin bertukar menjadi `katak", namun PKR berani menghumbankan MP Kulim Bandar Baru itu.

Pada saya, sekali Gobala terasa ingin keluar parti, beribu kali saya bersetuju. PKR hendaklah menyiasat semua aduan tidak kira dari siapa dan apakah darjat mereka. Siasatan hendaklah dilakukan dengan jujur dan bertanggungjawab bukan kerana ugutan seperti Gobala lakukan. Jika ugutan seperti ini mahu dihentikan dari menjadi amalan di dalam PKR, maka wajarlah PKR `campak'kan Gobala ini ke dalam golongan `katak' yang sedia menyambut itu./wfauzdin.blogspot.com

TIMB PRES PKR - NURUL IZZAH MESTI KENAL SIAPA YANG BERSAMANYA KETIKA SUSAH DAN SENANG

Oleh: WFAUZDIN NS

APA komen DS Anwar terhadap pencalonan dan kemungkinan YB Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR? Malaysiakini memetik kenyataan Ketua Umum PKR itu, "Saya bangga dengannya dan yakin dengan penilaiannya. Saya percaya dia tahu siapa penyokong sebenar dan siapa yang mahu mempergunakannya untuk tujuan tertentu,” katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini." (Malaysiakini).

Amat berhemat sekali kenyataan yang dikeluarkan oleh DS Anwar selaku Ketua Umum PKR lebih-lebih lagi sebagai seorang ayah kepada anak sulungnya itu. Kenyataan yang penuh erti dan nasihat dari seorang tokoh yang begitu banyak bergelumang dengan sepak terajang politik sehinggakan mahu di`hapus'kan terus dari dunia ini oleh musuh politiknya. Kita yakin, YB Nurul Izzah sudah kenal siapa yang benar-benar menyokongnya, siapa yang sanggup merasa susah dan derita bersama beliau dan keluarganya tatkala bermulanya episod kezaliman terhadap ayahandanya itu.

Beliau tidak boleh melihat orang-orang yang menyokong kuat beliau waktu sekarang sahaja kerana sudah menjadi kelaziman diwaktu senang, memang ramai teman. Kita khuatir beliau akan `berpencak' dengan orang yang dahulunya sanggup `menangis' bersama beliau, hanya kerana `hasutan' ataupun `sokongan' dari mereka yang tidak pernah merasa susah bersama beliau dahulu. Amatlah dukacita jika YB Nurul Izzah sanggup `berpencak' dengan YB Azmin Ali semata-mata sokongan dari Dato Zaid Ibrahim ataupun `musuh' politik YB Azmin. Sekiranya YB Nurul Izzah tidak rela menyokong YB Azmin, paling tidak pun beliau tidak perlu memasuki gelanggang untuk `menyingsing lengan' menentang YB Azmin. Biarlah orang lain yang mencuba kehebatan YB Azmin, bukannya YB Nurul Izzah.

Risikonya bukan sedikit di dalam `pertarungan' itu nanti. Samada YB Azmin menang, ataupun YB Nurul Izzah menang sekalipun kedua-duanya pasti mengalami sedikit `luka dan tercedera'. Luka di tubuh boleh dilihat, luka dihati siapa yang tahu. Kita bersimpati sekiranya kedua-dua mereka `terluka' akibat `pertarungan' ini kerana mereka adalah pejuang kita yang sama-sama bersusah payah sejak dari era reformasi. Mungkin YB Azmin tidak memerlukan ucapan terima kasih dari YB Nurul Izzah kerana pengorbanan beliau sehingga terseksa di bawah ISA semata-mata untuk menyelamatkan bapanya dari difitnah. Adakah politik dengan nama demokrasi boleh menghilangkan semua perasaan terhadap orang lain?

YB Azmin tidak mengikut jejak Ezam sesumpah yang akhirnya menjadi pengkhianat. Beliau juga mengalah sebanyak dua kali sebelum ini untuk tidak merebut jawatan Timbalan Presiden PKR kerana menghormati Dr Syed Hussin Ali sebagai orang lama. Beliau tidak belot kepada parti walaupun beliau tidak dipilih oleh DS Anwar menjadi MB Selangor. Saya percaya YB Nurul Izzah tentu boleh melakukan seperti itu apatah lagi usianya yang terlalu muda serta mempunyai masa depan yang amat cerah.

Nasihat dari ayahandanya hendaklah difikir semasak-masaknya oleh YB Nurul Izzah. DS Anwar mungkin tidak mahu anaknya menjadi mangsa atau `jambatan' oleh orang yang mempunyai kepentingan diri. Orang yang mempunyai kepentingan diri ini salah satu sikapnya adalah sering berjanji tetapi sering berdolak-dalik di dalam janjinya./wfauzdin.blogspot.com

LIWAT II - ADA KESAN AIR MANI, BERMAKNA ADA TUSUKAN. TIADA KESAN CEDERA, MUNGKIN TIDAK MELAWAN, TIADA PERGELUTAN

LAPORAN LANGSUNG

9:41am Mahkamah mula bersidang dengan hakim Datuk Mohamad Zabidin mengambil tempatnya.

9:47am: Karpal berkata tindakan menghina mahkamah akan dikenakan ke atas Rahimi berhubung kenytaannya kepada media.

"Dia adalah saksi potensi kami. Kami bimbang, mungkin lebih ramai akan paling tadah.

"Terdapat tanda-tanda ada inisiatif daripada pihak atasan,” kata Karpal.

Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata beliau memandang berat perkara berkenaan.

Hakim Zabidin membenarkan Karpal mengemukakan permohonan menghina mahkamah itu.

Mahkamah bersambung dengan saksi pendakwa yang ketiga iaitu Dr Siew Sheue Feng.

9.58am: Dr Siew, 40, berkata beliau telah mengendalikan antara 200 hingga 300 kes forensik. Dia juga telah mengendalikan kira-kira 20 kes liwat.

Katanya, dia merawat Saiful Bukhari pada 28 Jun tahun lalu di jabatan kecemasan hospital berkenaan.

10.06am: Dr Siew berkata polis memberi taklimat kepada mereka berhubung kes berkenaan.

Ketiga-tiga doktor itu - Dr Siew, Dr Khairul Nizam dan Dr Razali - kemudian membincangkan tugas masing-masing dalam memberikan rawatan dan mengendalikan kes.

"Saya diberi tanggungjawab kendalikan spesimen yang diambil dari mangsa,” katanya.

"Saiful beri kebenaran untuk dirinya diperiksa dan gambar dirakamkan di bahagian kemaluannya. Kebenaran juga diberikan untuk mengambil spesimen.”

Dr Siew berkata Saiful menceritakan bahawa dia diliwat 'beberapa' kali oleh seorang individu berprofil tinggi - kali terakhir adalah pada 26 Jun 2008.

"Individu berprofil tinggi itu tidak menggunakan kondom.”

Karpal kemudian memohon jumlah kali Saiful dakwa dirinya diliwat itu dikeluarkan.

10.15am: Hakim Mohamed Zabidin memutuskan bilangan kali Saiful memaklumkan kepada doktor yang dia diliwat dikeluarkan kerana ia tidak dicatatkan dalam borang pendakwaan.

10.35am: Dr Siew berkata Dr Mohd Razali menceritakan bahawa dia mengambil calitan kapas di kawasan sekitar dubur Saiful. Katanya, Dr Razali juga mengambil contoh calitan dari kawasan peri-anal.

Menurut saksi itu, rakannya Dr Khairul Nizam pula mengambil sampel darah dari Saiful dan menggunakan calitan kapas untuk mengambil sampel dari puting Saiful.

10.39am: Semua sampel dimasukkan ke dalam bekas plastik dan ditutup rapi serta ditandatangani oleh Saiful dan tiga doktor berkenaan.

Dr Siew bersetuju siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.

10.49am: Dr Siew berkata sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal.

"Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki,” katanya.

10.54am: Dr Siew mengakhiri keterangannya dan beredar dari kandang saksi. Peguam Karpal Singh memaklumkan beliau berhak menyoal-balas doktor dari HKL kemudian hari nanti.

Mahkamah berehat seketika.

11.13am: Giliran seorang lagi doktor dari HKL memberi keterangan - Dr Khairul Nizam Hassan sebagai saksi seterusnya.

11.19am: Dr Khairul Nizam, 40 berkata beliau telah mengendalikan 20 kes liwat dan merawat Saiful pada 28 Jun 2008.

Ketika itu, Saiful memakai kemeja putih yang berlengan panjang dan jaket hitam.

11.23am: Dr Khairul berkata dia ditugaskan menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas Saiful, manakala Dr Razali pula memeriksa bahagian sekitar dubur mangsa.

"Dr Siew bertanggungjawab mengambil sampel. Saya juga diberi tugas untuk mendapatkan latar belakang mangsa.”

11.27am: Menurut Dr Khairul, beliau kemudiannya menjalankan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh ke atas Saiful. Beliau bermula daripada bahagian atas kepala sehingga ke bahagian khaki.

Beliau mendapati ada kesan parut lama di bahagian belakang mangsa dan mengukur serta mencatatkannya.

11.32am: Dr Khairul juga berkata beliau mengambil sampel air ludah dari bahagian kiri dan kanan puting, areola, sampel air mani dari mulut dan contoh darah.

Katanya, semua spesimen diambil dan dikedapkan oleh Dr Siew.

11.44am: Saksi itu berkata berdasarkan adanya air mani lelaki di kawasan peri-anal dan bahagian bawah serta atas dubur, maka tusukkan zakar memang berlaku.

Menurut Dr Khairul ada kemungkinan tiada kesan kecederaan di kawasan dubur meskipun berlakunya tusukan.

Ditanya apakah perkara yang memungkinkan tiada kesan kecederaan, doktor itu berkata ia bergantung kepada jangka masa mangsa diperiksa oleh doktor setelah diliwat, tiada halangan atau pergelutan dan juga bergantung kepada penggunaan pelincir.

11.52am: Dr Khairul selesai memberi keterangannya dan peguam Karpal Singh sekali lagi menegaskan beliau ada hak untuk menyoal-balas saksi itu pada kemudian hari perbicaraan nanti.

Hakim kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 25 Oktober ini untuk bersambung semula./Malaysiakini

TIMB PRES PKR - SIAPA DI SEBELAH DATO ZAID?

Memilih antara yang kurang buruk

Meskipun PKR dilihat sebagai "parti harapan masa depan", namun pemilihan parti ini agak mengecewakan pada peringkat awal, khususnya jawatan Timbalan Presiden. Ini kerana pertandingan ini disarat dengan serangan peribadi, dan tidak menampilkan perdebatan halatuju atau dasar. Malah, terdapat anggota partinya yang mengeluh bahawa ia bagaikan pemilihan antara dua biji epal yang busuk, bezanya hanya yang busuk dengan yang kurang busuk.

Ia sememangnya membosankan. Zaid Ibrahim asyik dengan kritikannya yang menghala ke arah pemimpin partinya. Bermula dengan kenyataan untuk memberi laluan kepada Khalid Ibrahim seandainya beliau bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden, kemudian kenyataan itu ditarik balik. Tidak cukup dengan itu, malah Zaid dengan sinis mendakwa bilangan pencalonan Khalid lebih kurang berbanding pencalonan yang diperolehi dirinya. Belum lagi babak ini melabuh tirai, Zaid pula menyatakan sokongan agar Nurul Izzah Anwar bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden.

Pada hakikatnya, Zaid mencungkil saraf anggota partinya apabila menerima satu wawancara bersama Mingguan Malaysia. Seandainya diteliti, mereka yang berada di kem Zaid sebenarnya orang yang tidak berpuas hati dengan Azmin Ali, misalnya Jeffrey Kitingan yang tidak berpuas hati kerana pelantikan Tamrin Zaini sebagai Pengerusi Perhubungan Sabah; ahli parlimen Padang Serai N. Gopalakrishnan dan sebagainya.

Dan kita tidak lupa puak "korporat", termasuk Soh Chee Wen, yang seketika dahulu rapat dengan bekas Presiden MCA Ling Liong Sik. Kebetulan bekas Pengarah Komunikasi, Jonson Chong telah menyatakan sokongannya terhadap Zaid, dan sudi membantu Zaid untuk berkempen. Zaid pernah mengeluarkan kenyataan untuk membela Soh Chee Wen, yang disifatkannya rapat dengan Anwar Ibrahim seketika dahulu. Apabila tindak-tanduk ini dikaitkan bersama, ia akan memberi persepsi bahawa wujudnya kerjasama yang terjalin antara kedua-dua puak ini.

Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, ketika mengulas nama Soh Chee Wen (gambar kanan), Syed Husin Ali memberi bayangan, "Baca Free Malaysia Today, kaji siapa di belakangnya... Adakah ia menganggap parti sebagai kawan, atau lawan?"

Zaid dijangka meraih sokongan daripada kelas menengah dan penduduk bandar. Mereka memberi penghormatan kepada Zaid Ibrahim yang meletak jawatan Menteri Jabatan Perdana Menteri ketika kerajaan Barisan Nasional menangkap wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada September 2008.

Namun demikian, Zaid Ibrahim yang pada mulanya mendapat sokongan mereka yang tidak suka Azmin Ali, dikatakan kehilangan sokongan itu setelah menunjukkan sikap yang dianggap terlalu angkuh. Malah, sesetengah anggota yang sedar sikap Soh Chee Wen, juga dipercayai tidak lagi menaruh harapan kepadanya./Merdeka Review

BIMBANG JIKA BENAR-BENAR RAJA KATAK TERKENTUT SELEPAS INI

Oleh: Mandor

RAJA Katak, Berahim Ali punyai alasan mengapa dia lewat bangun bertafakur sewaktu Palimen menghormati seorang ahlinya yang meninggal dunia baru-baru ini. Beliau lewat bangun kerana penyakit dalam tubuh badannya seperti kencing manis dan ada lagi penyakit lain. Kira ada jugalah alasan beliau walaupun semua tahu siapa raja katak dan perangainya itu.

Ketika menghadiri majlis pertubuhan yang sinonim dengan nama Perkosa, apatah lagi hadir bersama di majlis tersebut seorang tua dari Kubang Pasu yang dipujanya tiada pula raja katak merungut tidak boleh berdiri lama akibat kencing manis. Bahkan, beliau dengan gagah bagaikan Hang Tuah mengucup keris telanjang di perhimpunan tersebut. Kali ini, beliau merungut kerana kencing manis pula.

Raja katak begitu marah kerana hal remeh seperti itu diperbesarkan. Beliau berkata, jika beliau terkentut pun tentu Parlimen akan `gempar' membicarakannya. Memanglah, siapa yang tidak gempar jika raja katak terkentut? Bayangkan, jika suara yang keluar dari mulut raja katak pun bukan main lagi busuknya, apatah lagi sesuatu yang keluar dari lubang belakangnya. Justeru itu, kita amat bimbang jika benar-benar raja katak terkentut nanti./mandor.blogspot.com

KES ANWAR - PESURUHJAYA SUMPAH PUN DIPAKSA ?

'Wee patut beritahu polis Rahimi tak dipaksa'
Hazlan Zakaria
Okt 14, 10

Jika dipanggil, peguam PKR Saiful Izham Ramli meminta ahli parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong memberitahu "perkara sebenar" bahawa Rahimi Osman - bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim - tidak dipaksa membuat akuan bersumpah.

Saiful Izham yang juga anggota majlis pimpinan pusat PKR berkata, Wee tidak pernah diminta menjadi pesuruhjaya sumpah kepada Rahimi sebaliknya dia didakwa menawarkan diri sendiri bagi tujuan itu.

Menurut Saiful Izham (kiri) juga, pihaknya tidak mahu Wee di kemudian hari mungkin mendakwa beliau juga dipaksa menjadi pesuruhjaya sumpah kepada Rahimi.

"Mungkin dia ada sesuatu hendak disembunyikan," kata Saiful Izham dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya awal petang tadi.

Semalam, Wee enggan mengesah atau menyangkal dakwaan balas bahawa Rahimi tidak dipaksa atau dikurung.

Wee berkata peranannya dalam hal ini hanya terhad sebagai pesuruhjaya sumpah yang menyaksikan Rahimi menandatangani satu akuan bersumpah pada 29 Jun 2008.

Rahimi menjadi tumpuan Rabu lalu, apabila dia menuduh peguam Latheefa Koya dan yang lain, menahannya di Hotel Quality, Shah Alam dan memaksanya untuk menandatangani akuan bersumpah palsu./Malaysiakini

Khamis, 14 Oktober 2010

TIMB PRES PKR - SELAMAT BERTANDING IZZAH, KE MANA HALUAN DATO ZAID ?

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA tuah menyebelahi YB Nurul Izzah apabila beliau disahkan layak merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Sebelum ini, dikatakan pencalonan beliau untuk jawatan tersebut tidak memenuhi syarat 2 pencalonan setelah tarikh tutup pencalonan, tetapi tidak diketahui kaedah yang diguna pakai atau sememangnya YB Nurul Izzah memang layak bertanding. Apa pun, selamat bertanding buat YB Nurul Izzah sekiranya beliau tetap mahu bersaing untuk jawatan tersebut.

Apabila parti memberi kebenaran dan inilah yang diharapkan oleh beberapa ahli di dalam PKR, maka tiada sebab lagi untuk menyalahkan parti atau menimbulkan soal konspirasi untuk melarang YB Nurul Izzah bertanding. Saya berharap parti telah melaksanakan keadilan di dalam pemilihan kali ini walaupun beberapa aspek teknikal masih dipertikaikan. Memang sesuatu yang baru akan menghadapi beberapa masalah di dalam perlaksanaannya. Apa yang penting, prinsip keadilan dan ketelusan dapat dipraktikkan sebaik mungkin.

YB Nurul Izzah sekarang ini pasti sedang menimbang samada bijak atau tidak untuk beliau menawarkan diri bertanding kerusi nombor dua di dalam PKR itu. Setakat ini pencalonan untuk beliau bagi jawatan tersebut paling minima jika dibandingkan dengan calon-calon lain. Jika diukur dari pencalonan, lebih bijak dan praktikal YB Nurul Izzah mencuba merebut jawatan Naib Presiden PKR. Jika beliau bersetuju untuk merebut jawatan Naib Presiden, laluan untuk beliau juga agak samar kerana wakil calon wanita sudah bersedia menanti iaitu YB Fuziah Salleh. Dikatakan sokongan untuk MP Kuantan itu tidak boleh dipandang mudah. Adakah PKR perlu kepada 2 tokoh wanita menduduki kerusi Naib Presiden?

Samada YB Nurul Izzah bertanding kerusi Timbalan Presiden atau Naib Presiden, tentunya memberi kesan ke atas pencalonan terhadap Dato Zaid Ibrahim. Apakah jawatan yang ingin ditandingi oleh Dato Zaid Ibrahim mungkin tertakluk kepada pendirian YB Nurul Izzah selepas ini. Ada yang berpendapat, penyokong-penyokong Dato Zaid akan memberikan sokongan padu kepada YB Nurul Izzah walau apa jua jawatan yang ingin disandangnya. Tetapi, belum tentu penyokong-penyokong YB Nurul Izzah akan menyokong Dato Zaid sekiranya Dato Zaid bertanding di dalam pemilihan kali ini./wfauzdin.blogspot.com

PKR YANG BERKUBUR ATAU RAJA KATAK YANG BERKUBUR?

Oleh: WFAUZDIN NS

IBRAHIM Ali menjadi `Nujum Pak Belalang' kali ini. Raja katak Pasir Mas ini meramalkan PKR akan hidup kali terakhir di dalam PRU ke 13 nanti, selepas itu PKR lenyap katanya. Kita sudah biasa dengan ramalan seperti itu. Sebelum PRU ke 12 dulu, Nazri Aziz pernah juga meramalkan PKR akan berkubur selepas PRU ke 12 memandangkan ketika itu wakil PKR di dalam Parlimen cuma tinggal seorang sahaja iaitu DS Wan Azizah. Tetapi sebaliknya berlaku, yang banyak mendirikan `batu nisan' adalah Umno, lebih-lebih lagi yang tidak disangka adalah dari MCA, MIC dan Gerakan.

Biarlah raja katak meramalkan begitu. Cuma nanti kita lihat samada yang berkubur di dalam PRU Ke 13 nanti adalah PKR atau raja katak Pasir Mas. Sebenarnya, raja katak Pasir Mas sudah boleh dikuburkan lebih awal tetapi keengganan atau sikap bacul raja katak, maka beliau berpeluang untuk `menumpang' kerusi yang tidak diredhai oleh PAS itu sehingga sekarang. Memang raja katak tidak tahu malu kerana beliau perasan beliaulah seorang `pejuang' Melayu kununnya. Seorang pejuang yang telah dilucutkan pingat oleh Raja Melayu di bumi sendiri./wfauzdin.blogspot.com

ROH ATAU SEMANGAT REFORMASI AKAN TETAP DIPERTAHANKAN OLEH CHEGU BARD

Beliau banyak berada di jalanan daripada berada di pejabat berhawa dingin...

Oleh: WFAUZDIN NS

CHEGU BARD akhirnya menetapkan pendirian untuk bertanding merebut jawatan Ketua AMK di dalam pemilihan PKR kali ini. Tahniah diucapkan kepada Chegu Bard kerana akur akhirnya dengan kehendak akar umbi, khususnya dari golongan yang tidak mahu semangat atau roh reformasi disemadikan.

Satu aspek yang saya cukup hormati dengan Chegu Bard adalah sepanjang tempoh kempen kali ini, beliau berjaya menjarakkan dirinya dari kontroversi. Tidak seperti YB Azmin dan Dato Zaid, Chegu Bard berjaya menempuhi kempen beliau dengan suasana yang sihat. Namun demikian, dalam politik ini jika kita tidak `mengusik', orang lain pula `mengusik'. Itulah adat berpolitik terutamanya di dalam sebuah parti yang boleh dikatakan masih ramai pemimpin dan ahlinya yang belum suci dirinya dari `berbau Umno'.

Lihatlah, YB Azmin mulanya sepi tetapi apabila Dato Zaid `mengusik', maka YB Azmin pun membalasnya. Bahkan, usikan Dato Zaid merata-rata sehingga ke Ketua Umum, Presiden, Timbalan Presiden habis diusiknya. Arahan parti agar memboikot akhbar Utusan pun dipersendakan oleh Dato Zaid. Inilah hebatnya Dato Zaid yang Chegu Bard tidak boleh nak ikut.

Ada pendapat yang menyebut Chegu Bard mendapat `sokongan' kuat dari DS Anwar kerana beliau adalah di antara `ahli keluarga' terdekat dengan Ketua Umum PKR itu. Ada juga yang menyebut Sdr Rafizi pun mendapat sokongan dari DS Anwar kerana beliau berada di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor itu. Setakat ini calon Ketua AMK yang popular adalah Chegu Bard dan Sdr Rafizi. Mustahil DS Anwar mahu kedua-duanya serentak menjadi Ketua AMK. Jelas pada kita, banyak yang tidak betul persepsi orang ramai terhadap sokongan DS Anwar kepada calon-calon Ketua AMK ini.

Setahu kita, Chegu Bard tidak pernah menggunakan pengaruh DS Anwar sepanjang kerjaya beliau di dalam politik. Lihatlah Chegu Bard sekarang, apa yang ada pada beliau selain dari Ketua Cabang PKR Rembau yang dipilih oleh orang Rembau sendiri. Jika beliau mahu gunakan pengaruh DS Anwar, sudah tentu sekarang Chegu Bard menjadi YB kerana DS Anwar akan letakkan beliau di kawasan yang selamat semasa Pilihanraya Umum yang lalu. Chegu Bard tidak kisah apabila beliau tewas di Parlimen Rembau. Beliau juga tidak mengkhianati parti untuk mengikut bekas bosnya di dalam Gerak iaitu Ezam Sesumpah. Mungkin jika beliau ikut Ezam sesumpah, sekarang ini kita panggil Chegu Bard Senator Badrul Hisham. Tidak mustahil kan?

Kita tahu Chegu Bard tidak pernah `usik' sesiapa sepanjang kempen beliau untuk menjadi Ketua AMK. Bahkan, secara terbuka Chegu Bard menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh ahli-ahli di dalam pemilihan kali ini. Baca di sini. Namun, ada yang tergamak buat fitnah kepada beliau. Baru-baru ini ada cerita tentang Chegu Bard `dapat jutaan' duit dari satu pihak untuk menyokongnya. Kalau begitu kayalah Chegu Bard, tetapi mengapa handphone Chegu Bard pun jenis `cokia' bukan Nokia canggih ? Dengar ceritanya handphone pun ada yang tolong belikan kerana katanya beliau pernah kehilangan handphone `Blackberry' buatan China. Kalau berjuta Chegu Bard dapat, jomlah kita tengok rumah banglo atau kereta mewah Chegu Bard.

Kesimpulannya, keputusan Chegu Bard untuk bertanding kerusi Ketua AMK amat dialu-alukan dan mesti kita beri sokongan. Roh atau semangat reformasi tidak akan mati sekiranya Chegu Bard menjadi ketua kepada golongan muda di dalam PKR. Ketokohan dan keberanian beliau tidak perlu diulas lagi, Umno pun tahu siapa Chegu Bard malahan mana pegawai-pegawai Polis yang tidak kenal anak muda Rembau ini? Aktiviti anak-anak muda di dalam berdemontrasi tidak lengkap tanpa kehadiran Chegu Bard. Chegu Bard tidak muncul sewaktu pemilihan ini saja, beliau sentiasa muncul selagi ke tidakadilan masih berlaku di negara ini./wfauzdin.blogspot.com

ZAID, MASUK SAJA BERTANDING JANGAN LETAK SYARAT

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA, `tujuh syarat' mesti ditunaikan oleh PKR sebelum Dato Zaid Ibrahim mahu umumkan samada sedia bertanding atau tidak jawatan di dalam parti. Ertinya, jika parti tidak bersedia untuk `akur' dengan kehendak beliau, maka beliau sudah cukup alasan untuk menyebut mengapa beliau tidak masuk bertanding terutamanya jawatan Timbalan Presiden PKR. Bukan kerana takut kalah, tetapi kununnya parti tidak boleh `berlaku adil' kepadanya. Kalau sudah rasa parti ini tidak betul, mengapa tidak betulkan dari awal? Mengapa ketika pemilihan sedang berjalan?

Sebelum ini, ada pihak yang mahu tarikh tutup pencalonan ditunda bagi membolehkan YB Nurul Izzah cukup pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden PKR. Bukan rahsia lagi Dato Zaid Ibrahim amat berharap YB Nurul Izzah bertanding jawatan nombor dua dalam parti dan berdepan dengan YB Azmin Ali dan Sdr Mustafa Kamil Ayub. Katanya, jika YB Nurul bertanding, beliau bersedia untuk menarik diri bertanding jawatan tersebut. Masa itu, tidak timbul `7 syarat' seperti sekarang. Mungkin `syarat' ini timbul kerana melihat kepada keadaan di mana YB Nurul Izzah tidak layak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR walaupun Dato Zaid sendiri secara terbuka menyokong anak sulung DS Wan Azizah - Anwar ini.

Lepas ini, kita lihat samada PKR akan tunduk kepada kehendak mereka itu. Adakah PKR sanggup menunda tarikh tutup pencalonan semata-mata untuk memberi laluan masuk buat YB Nurul Izzah, atau PKR juga sanggup `melutut' dengan Dato Zaid yang meletakkan `7 syarat' itu. Umpama kisah rombongan Sultan Melaka datang meminang `Puteri Gunung Ledang'. Selepas ini pula akan ada syarat supaya tiada sesiapa boleh masuk bertanding kecuali Dato Zaid seorang sahaja.

Naik loya tekak apabila melihat satu demi satu karenah Dato Zaid ini. Mulanya bersungguh tidak mahu merebut jawatan dalam parti. Kemudiannya, ingin merebut jawatan Timbalan Presiden PKR sekiranya Tan Sri Khalid tidak bertanding jawatan tersebut. Kemudian lagi, sanggup tidak masuk bertanding sekiranya YB Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Terbaru, dengan `7 syarat' pula untuk masuk bertanding. Pening orang dibuatnya.

Apa pun kita harap PKR tidak melayan sebarang gangguan seperti ini. Jangan benarkan parti di `perbodohkan' oleh orang yang pentingkan diri dan gila kuasa. Mereka ini cuma mahu mencari alasan atau sebab musabab untuk menunjukkan jika mereka tewas, parti ini lah puncanya./wfauzdin.blogspot.com

Mereka Mengulas:

Tanpa Nama berkata...

Saya selalu jg mengemukakan komen dan kali ini saya tidak mohon maaf untuk memberikan frasa ini kepada Zaid , LU BERAMBUS LAAAAA

Tanpa Nama berkata...

7 syarat....7 hari mabuk!!!

Tanpa Nama berkata...

dak eh,saya tak nak bertanding,
mmmmmmmmmmmmmmmmm
errrr...kalau sipolan bertanding.saya tarik diri
mmmmmmmmmmmmmmmmm
errrr...kalau izzah,saya tarik diri
mmmmmmmmmmmmmmmmm
kalau 7 syarat ni boleh ikut,saya bertanding
mmmmmmmmmmmmmmmmm
bagi menang free boleh??????

KEJUTAN DARI TAN SRI KHALID BUAT AZMIN

Azmin terkejut Khalid juga minat jawatan timbalan
Aidila Razak
Okt 13, 10

Naib presiden PKR Azmin Ali melahirkan rasa “terkejut” berhubung pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang beliau juga meminati jawatan timbalan presiden parti itu yang sedang diintainya.

“Berdasarkan maklum balas dari rakan-rakan dan pemimpin lain termasuk kakitangan kanannya, beliau telah memberikan komitmen untuk tidak bertanding kerana fokusnya adalah untuk mentadbir negeri.

“Keputusan ini (untuk fokus pada kerajaan Selangor) bukan pilihan saya, tetapi apa yang ditetapkan oleh parti (pada permukiman di Shah Alam),” katanya.

Azmin berkata atas “semangat keputusan” yang dibuat di Shah Alam pada Jun lalu, beliau sepatutnya memberi tumpuan kepada parti manakala Khalid pula dipertanggungjawab menjaga pentadbiran Selangor.

PKR kemudiannya melantik Azmin sebagai ketua di Selangor bagi menggantikan Khalid dalam usaha merapatkan jurang antara kedua-dua pemimpin berkenaan.

Sebelum itu Khalid dibidas teruk oleh ahli-ahli parti termasuk daripada Azmin, khususnya pada kongres PKR di Kota Bharu kerana didakwa tidak banyak membantu parti.

Ahad lalu, Khalid mengumumkan beliau berhasrat bertandung untuk jawatan nombor dua parti bagi “mengimbangi pertandingan” yang telah bertukar menjadi “kotor” semasa penamaan calon sepanjang bulan lalu.

Walaupun Khalid tidak menamakan seseiapa, namun dipercayai ia ditujukan kepada Azmin dan seorang lagi pencabarnya, Datuk Zaid Ibrahim - bukan menjadi rahsia lagi kedua-dua mereka saling 'menyerang' satu sama lain di media./Malaysiakini

Rabu, 13 Oktober 2010

PEMILIHAN PKR - JANGAN KERANA YB NURUL IZZAH KITA LANGGAR PERATURAN PARTI

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

SAYA rasa ramai yang tahu bahawa tarikh tutup pencalonan pemilihan pimpinan PKR adalah 10 Okt yang lalu. Justeru itu, mengapa timbul dakwaan mengatakan adanya konspirasi apabila pencalonan YB Nurul Izzah ditolak setelah beliau hanya mendapat 1 pencalonan sahaja selepas tarikh tutup tersebut? Masakan YB Nurul Izzah sendiri tidak tahu syarat-syarat dan peraturan pemilihan parti yang dipimpin oleh ayahanda dan bondanya itu.

Adilkah tarikh tersebut ditunda semata-mata kerana mahukan YB Nurul Izzah masuk bertanding? Sekiranya parti ini mendabik dada ingin menunjukkan contoh pemilihan yang adil, maka parti mestilah konsisten dengan peraturannya sendiri. Sampai bila kita ingin menuduh parti punyai konspirasi apabila kita sendiri tidak konsisten dengan peraturan yang kita buat? Terlalu banyak masa diberikan, mengapa bila tiba masa akhir baru kita mahu mencalonkan orang itu dan orang ini. Calon pula suka membuat keputusan bertanding di penghujung tempoh dan ini menyukarkan Cabang-Cabang untuk membuat pencalonan.

YB Nurul Izzah sehingga pencalonan ditutup hanya mendapat 1 pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR, sedangkan untuk mendapatkan kelayakan mestilah sekurang-kurangnya 2 pencalonan. Oleh itu, wajarlah pihak pemilihan menolak pencalonannnya kerana itu lah undang-undang dan peraturan parti, bukan kerana susuk tubuh YB Nurul Izzah. Seandainya pula tarikh ditunda bagi membolehkan YB Nurul Izzah masuk bertanding, maka akan berbunyi pula suara mengatakan mentang-mentang YB Nurul Izzah anak Presiden dan Ketua Umum PKR, maka beliau boleh melanggar peraturan parti.

Mungkin ada yang berkata saya tidak sokong atau bersetuju YB Nurul Izzah bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, sebab itu saya menulis sedemikian. Memang benar, saya tidak setuju beliau bertanding merebut jawatan nombor dua itu, tetapi bukan bererti saya tidak menyokongnya. Saya telah pun menulis sebelum ini tentang mengapa YB Nurul Izzah tidak perlu bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR . Mungkin apa yang berlaku sekarang satu hikmah di mana YB Nurul Izzah tidak layak bertanding kerana mendapat hanya 1 pencalonan. Sebenarnya sayang untuk menyaksikan YB Nurul Izzah tumbang di medan yang sepatutnya beliau berada.

Jangan diributkan lagi pemilihan PKR yang sedang berjalan ini dengan tuduhan konspirasi. Terlalu banyak kekecohan kita dengar di dalam pemilihan kali ini, tetapi hampir kesemuanya berpunca daripada aspek teknikal. Itu perkara biasa di dalam parti yang buat pertama kalinya melaksanakan pemilihan secara lebih demokrasi `satu kepala, satu undi'. Mana yang cacat, patut diperbaiki agar pemilihan di masa akan datang lebih baik dan teratur./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 12 Oktober 2010

YB NURUL IZZAH BAKAL PM WANITA PERTAMA ?

Oleh: WFAUZDIN NS

TERTARIK juga apabila membaca tulisan teman yang popular dengan `kopitiam' nya di sini. Satu tulisan ringkas, tetapi penuh dengan pengertiannya yang tersendiri. Satu nasihat terbaik kepada tokoh muda di kalangan wanita muda juga iaitu YB Nurul Izzah. Nama beliau tidak asing lagi kepada kita semenjak era reformasi sehinggakan beliau di`tabal'kan sebagai `Puteri Reformasi'.

`Ke mana tidak tumpah kuah, jika bukan ke nasi'. Itulah dia YB Nurul Izzah, seorang insan yang gigih yang telah diuji dengan seberat ujian sejak di alam remaja lagi. Beliau cekal menghadapi ujian dan mehnah, menghadapi tuduhan serta fitnah yang tidak masuk akal terhadap ayahandanya DS Anwar Ibrahim. YB Nurul Izzah tidak pernah berputus asa, sebaliknya sentiasa bersama bonda tersayang DS Wan Azizah untuk sama-sama mengharungi segala dugaan terhadap keluarganya.

Peringkat awalnya, tiada siapa boleh menjangkakan Puteri Sulung DS Anwar dan DS Wan Azizah ini akan berani menceburkan diri sepenuh masa di dalam politik, apatah lagi setelah melihat orang politik seperti ayahandanya sentiasa terbuka untuk diserang, difitnah sehinggakan ke tahap dipukul dan dipenjarakan. Kekuatan jiwa yang ada pada YB Nurul Izzah tidak lain adalah kerana darah yang mengalir ditubuhnya sekarang adalah dari darah perjuangan ayahandanya.

Kini, YB Nurul Izzah benar-benar berada di landasan yang betul. Beliau telah diberi kepercayaan untuk bersama ayahandanya bagi membela nasib rakyat dan menegakkan keadilan selaku Ahli Parlimen. Saya bersetuju dengan pendapat yang mengatakan tidak mustahil di suatu ketika, YB Nurul Izzah bakal diberi kepercayaan untuk menjadi PM Wanita Pertama di negara ini. Kebijaksanaan, keberanian serta ketokohan beliau sebagai pemimpin terserlah sedikit demi sedikit.

Justeru itu, tidak menghairankan apabila terdapat beberapa Cabang PKR telah mencalonkan beliau sebagai Naib Presiden PKR, malahan beliau juga mendapat pencalonan untuk Timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan kepimpinan PKR yang sedang berlangsung sekarang. Seperti yang dinyatakan oleh penulis blog tadi, cuma masanya belum sesuai dan kurang bijak sekiranya YB Nurul Izzah menyertai pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden PKR. Umpama sebiji buah yang tersangat baik kualitinya, tanpa sebarang penyakit yang sedang dibalut tetapi belum cukup ranum untuk dimakan.

Meskipun Dato Zaid Ibrahim seorang tokoh politik yang berpengalaman menunjukkan minat yang tinggi untuk melihat YB Nurul Izzah bertanding jawatan nombor dua tersebut, ini bukan bererti YB Nurul Izzah boleh terus menerimanya. Saya tidak tahu mengapa dan apa tujuan Dato Zaid begitu ingin melihat YB Nurul Izzah `melompat' sebegitu jauh. Mungkinkah Dato Zaid ingin mencuba nasib bertanding sebagai Presiden dan mengharapkan pengaruh atau sokongan dari YB Nurul Izzah? Wallahu Aklam.

Amat dibimbangi sekiranya YB Nurul Izzah `terpedaya' dengan `umpan' sedemikian. Belum tentu YB Nurul Izzah boleh mencapai kemenangan, tetapi mungkin ada pihak lain yang ingin `memperkuda'kannya untuk kepentingan diri sendiri. YB Nurul Izzah tidak perlu `melangkah kepala' orang lain jika ingin ke depan. Beliau patut bersyukur dengan apa yang beliau ada sekarang dan tidak perlu gelojoh dan rakus seperti orang yang menyuruhnya bertanding itu. Memadai terlebih dahulu beliau mencuba di peringkat Naib Presiden, walaupun beliau akan menghadapi laluan yang agak sukar juga kerana ketokohan YB Fuziah Salleh tidak juga boleh dipandang ringan.

PKR juga sering dicop sebagai parti keluarga DS Anwar. Adakah YB Nurul Izzah ingin membuktikan apa yang mereka kata itu benar? Kehadiran YB Azmin dan Sdr Mustafa Kamil Ayub sudah memadai untuk membuktikan bahawa PKR bukan dimonopoli oleh `dinasti Anwar'. Tidak tahulah jika Dato Zaid memikirkan agenda lain di mana beliau akan menjadi Presiden PKR, dan YB Nurul Izzah akan menjadi Timbalannya. Ketika itu tidak timbul lagi cerita `Dinasti Anwar' di dalam PKR. Itu satu kemungkinan yang mungkin ada di dalam kepala Dato Zaid.

Di kesempatan ini, secara peribadi saya juga ingin menasihatkan kepada YB Nurul Izzah agar bersabar sedikit masa lagi untuk berada di saf hadapan. Jangan beliau terlalu gelojoh sehinggakan akhirnya beliau sendiri akan tersungkur di medan yang sepatutnya bukan tempat beliau. PKR masih mempunyai beberapa `Pendekar' yang handal dan berpengalaman untuk berada di medan segetir itu. Awasilah, dan berhatilah dengan `sokongan yang membawa rebah'./wfauzdin.blogspot.com

`POLITIK DUBUR' GAWAT SEBUAH NEGARA ?

Satu dubur tentukan masa depan Malaysia

Lim Hong Siang | Oct 11, 2010

Saya tidak menganggap rakyat Malaysia memerlukan drama politik sebegini, sama ada sebagai hiburan untuk meredakan tekanan hidup harian, mahupun sebagai rancangan realiti untuk meningkatkan pengetahuan seks masyarakat umum merentasi sempadan umur.

Saya tidak pasti apakah kesudahannya, malah saya lebih mencurigai apakah ia mempunyai kesudahan. Saya tidak tahu sama ada benar atau mampu Anwar Ibrahim melakukannya, saya juga tidak berminat sama ada Saiful Bukhari Azlan mencuci duburnya, bahkan saya tidak pasti versi akuan bersumpah (SD) Rahimi Osman (gambar kiri, kedua dari kiri) manakah yang ditandatanganinya tanpa paksaan.

Apa yang pasti, dubur Saiful Bukhari Azlan akan terus dijadikan tumpuan satu Malaysia, malah satu dunia. Ruang dada akhbar akan sarat dengan berita pendedahan demi pendedahan untuk menghakis dan menggoyah keyakinan rakyat terhadap Anwar Ibrahim; bekas rakan seperjuangannya akan tampil seorang demi seorang untuk membongkar "wajah sebenar" Anwar, dan ruang rencana akan menyiarkan artikel demi artikel untuk mengupas, menganalisa, malah meramalkan masa depan Anwar Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) - yang sudah tentu akan hancur dan ranap dalam masa terdekat, kononnya.

Jelas, ini kes politik

Saya menghormati proses perbicaraan mahkamah yang sedang berlangsung, malah untuk mendukung prinsip keadilan saya terpaksa menghormati juga mereka yang berhempas-pulas menegakkan keadilan, kononnya, untuk Saiful Bukhari Azlan. Namun demikian, segala-gala ini gagal mengubah hakikat bahawa Kes Sodomi II ini merupakan kes politik.

Dari segi undang-undang, Anwar Ibrahim didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan - kesalahan melakukan hubungan seks di luar tabii yang melibatkan dua pihak secara sukarela. Dengan kata lain, Saiful Bukhari Azlan perlu tampil sebagai tertuduh bersama Anwar, dan bukannya pengadu yang memberi keterangan - seandainya mengikut Seksyen 377B.

Namun demikian, Saiful mendakwa dirinya diliwat tanpa kerelaan sejak awal lagi. Jadi, Anwar seharusnya didakwa di bawah Seksyen 377C, iaitu hubungan seks di luar tabii secara paksaan - barulah Saiful boleh tampil ke mahkamah sebagai "pengadu". Apa yang berlaku kini memperlihatkan kontradiksi yang ketara antara pertuduhan dengan keterangan pengadu.

Justeru itu, sukar untuk kerajaan Najib Abdul Razak meyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman profesional dan bebas ketika membicarakan Kes Sodomi II ini. Malah, tidak mungkin ia sekadar "kes jenayah" biasa, seandainya dilihat kepada pendekatan lidah UMNO, Utusan Malaysia membuat liputan berita ini.

Liputan luas diberikan kepada kandungan soal-jawab dalam perbicaraan mahkamah. Malah, perbincangan isu ini dilanjutkan dengan wawancara bersama bekas pemimpin PKR, yang menyindir agar "Anwar tidak perlu takut", sambil mempertikaikan "Kenapa mahu tangguh perbicaraan kalau tidak bersalah?" Kemudian bekas orang kanan tampil memohon maaf, "Kerana membela Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertamanya". Sumpah-seranahnya bagaikan ludah ke langit, dan jatuh bagaikan hujan kebetulan ketika menjelang pilihan raya kecil...

Buktikan liwat tanpa tusukan?

Saya tidak nampak bahawa ulasan, kupasan, atau analisa yang terpampang di depan mata ketika kita menyelak akhbar ini memberi makna. Laporan pemeriksaan doktor telah menyatakan bahawa tiada kesan tusukan ditemui, namun perbicaraan tetap berjalan. Jadi, segala-gala ini seolah-olah cubaan untuk membuktikan kepada satu Malaysia, malah seluruh umat manusia di dunia ini bahawa air mani Anwar boleh sampai ke dalam dubur Saiful tanpa tusukan.

Persoalannya, jikapun dibuktikan keajaiban ini berlaku di tanahair yang tercinta ini, apakah kehebatan ini bakal mengundang pelabur asing untuk menyuntik dana ke Malaysia? Padahal, belumpun paip ekzos Saiful terbocor, seramai 304,358 orang bakat buatan Malaysia telah mengalir ke luar negeri, antara Mac 2008 hingga Ogos 2009, apatah lagi kemerosotan 81% dalam pelaburan asing langsung di Malaysia, dari US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada tahun 2008, kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada tahun 2009?

Apakah makna yang tersirat di sebalik segala-gala ini? Ertinya, sementara kerajaan Malaysia bertungkus-lumus dalam usahanya untuk "menghilangkan keyakinan" rakyat terhadap Anwar Ibrahim, rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung akibatnya - kehilangan keyakinan daripada pelabur asing dan anak watan yang berbakat.

Jelas, Anwar Ibrahim (gambar kiri) diletakkan pada kedudukan sedemikian bukan kerana beliau Ketua Umum PKR, atau kedudukannya sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat. Bahkan, adalah kurang tepat jikalau beliau sekadar Ketua Pembangkang dalam parlimen. Kita tidak perlu menjadi Profesor Sains Politik untuk memahami hakikat Anwar Ibrahim berpotensi menjadi Perdana Menteri, dan kita tidak perlu membaca Sun Tze untuk memahami percaturan politik yang berlangsung di depan mata.

Teorinya mudah - musnahnya Anwar, maka terselamatlah Barisan Nasional.

Politik menabur dendam

Untuk tidak dilihat naif dalam politik, saya menerima babak ini sebagai sebahagian daripada pergelutan kuasa antara pemerintah dengan pembangkang, atau dalam realitinya, antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Dalam konteks Malaysia, serangan politik yang menyentuh keperibadian kadang-kala tidak dapat dielakkan, meskipun pendekatan ini amat dipertikaikan. Kita masih jauh dari persaingan politik yang sihat - perdebatan politik yang diangkat martabatnya untuk membicarakan soal struktur dan sistem.

Berbalik kepada persoalan, apakah keperluannya untuk mengaibkan musuh politik dan keluarganya dengan cara sebegitu rupa? Untuk ramai warga Malaysia yang prihatin terhadap politik, babak perebutan kuasa yang paling dahsyat dalam sejarah Malaysia melabuh tirai pada 2 September 2004 - apabila Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. Ianya bukan soal sama ada benar Anwar Ibrahim terlibat dalam kelakuan sodomi, tetapi pengaiban dan penghinaan secara terbuka yang melampaui batas.

Pengaiban secara terbuka terhadap Anwar dan keluarganya telah menyemai benih dendam di kalangan penyokongnya. Ia amat berbeza dengan persaingan politik "siapa lebih Islam atau siapa lebih Melayu", antara UMNO dengan PAS, atau Semangat 46 pada zaman 1990-an. Penghinaan secara terbuka untuk mengaibkan seorang isteri bernama Wan Azizah Ismail, tanpa mempertimbangkan perasaan anak-anaknya - dengan aksi-aksi lucah, gambar-gambar yang diubahsuai, kata-kata yang kasar lagi kesat seperti "kaki buntut" dan sebagainya ketika berkempen, terlalu biadap namanya.

Usaha Abdullah Ahmad Badawi untuk membubuh noktah kepada babak politik yang menabur dendam ini disia-siakan begitu sahaja apabila UMNO-BN semakin terdesak di ambang hilang kuasa. Kita tidak lupa bagaimana doktor Hospital Pusrawi, Mohamed Osman Abdul Hamid membuat akuan bersumpah untuk mempertahankan laporannya (berbunyi Saiful tidak diliwat) selepas memeriksa dubur Saiful, dan kemudian menghilangkan diri kerana tidak tahan dengan gangguan dan tekanan daripada pihak berkuasa.

Dan drama ini dipentaskan semula, selepas satu dekad. Anak-cucu yang melanggan Utusan Malaysia atau Berita Harian kerana sisipan DIDIK, SKOR dan sebagainya, pada masa yang sama ditayangkan adegan bagaimana kelakuan liwat boleh berlaku - dalam bentuk bertulis... Satu generasi membesar dalam suasana media yang sarat dengan istilah "liwat", "sodomi" - imaginasi masyarakat awam digarap dengan tilam yang naik turun di mahkamah pada akhir tahun 1990-an; kini kita pula menyaksikan satu generasi lagi yang membesar dalam suasana media yang tidak banyak berbeza, mungkin cuma tilam digantikan dengan KY jelly untuk mencungkil imaginasi...

Bebas dari politik dubur

Untuk hampir dua dekad sejak tahun 1981, satu Malaysia berfikir menggunakan otak Mahathir. Atau dengan kata lain, otak Mahathir yang menentukan Malaysia dalam jangka kira-kira dua puluh tahun ini. Dan ia hanya berubah mulai tahun 1998, apabila seluruh warga Malaysia diajak untuk berfikir menggunakan dubur.

Bukankah Sasterawan Negara tahun 1982, Shahnon Ahmad memberi gambaran yang paling tepat, melalui bukunya yang berjudul Shit @ PukiMak @ PM, apabila menyifatkan ahli politik yang rasuah, menyalahgunakan kuasa bagaikan najis yang saling menghimpit dalam usus besar?

Dan bukankah inilah senario yang sedang berulang dan berlaku, apabila politikus saling membaling najis, untuk membusukkan dan dibusukkan? Dan kita wajib tanya, sampai bilakah rakyat Malaysia perlu bergelut dalam najis, sebelum terkeluar dari politik dubur yang busuk lagi membusukkan?

Sebagai warga Malaysia muda yang mendahagakan perubahan, saya sedia akur seandainya kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) tumbang kerana gagal mengota janjinya terhadap rakyat; bahkan saya sedia tunduk kepada realiti, jikalau terbukti PR kurang mantap dan belum bersedia untuk mengambil-alih kuasa pentadbiran daripada BN.

Malah, saya sedia akur jikalau PR terlepas peluang kerana gagal meyakinkan kaum Melayu yang termakan dengan propaganda UMNO-BN; saya sudi menunggu, sama ada satu penggal, satu dekad mahupun berdekad-dekad lagi untuk pertukaran kuasa kerajaan persekutuan, jikalau kita gagal melakukannya pada detik saat PRU ke-13 yang akan datang.

Namun demikian, saya tidak rela sama sekali jikalau perubahan digagalkan hanya dengan satu dubur milikan Saiful Bukhari Azlan. Saya tidak rela sama sekali untuk melihat bagaimana penceramah politik berbuih-buih meyakinkan pakcik-makcik FELDA bahawa Saiful boleh diliwat tanpa dubur terkoyak.

Saya tidak sampai hati melihat seorang wanita bernama Wan Azizah Ismail diperlakukan untuk tampil mempertahankan suaminya di depan khalayak ramai. Saya tidak sampai hati melihat anak-anak Anwar diperlakukan untuk hadir di mahkamah dan dibacakan tuduhan bagaimana ayahnya memasukkan zakar ke dalam dubur bekas pembantunya.

Sememangnya, politik adalah permainan jatuh-menjatuhkan politikus dari jawatan dan kedudukannya, tetapi bukan untuk memijak maruah musuh politik sebagai seorang manusia. Betapa terdesak sekalipun, garis ini haram dilangkaui - bukan sahaja sebagai kayu ukur demokrasi (bagaimana musuh politik dilayan), tetapi juga sebagai benteng ketamadunan.

Dan yang paling penting, sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia membebaskan diri daripada politik dubur. Rakyat Malaysia harus membebaskan diri - untuk berfikir menggunakan otak sendiri, dan bukannya otak Mahathir Mohamad mahupun dubur Saiful Bukhari Azlan. Malaysia wajib keluar dari dubur Saiful Bukhari Azlan. Saya doakan agar ia masih belum terlewat, sebelum satu Malaysia terhumban ke dalam jamban dan dijirus arus globalisasi.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

PRK DUN GALAS - AKIM CUBA NASIB LAGI

Akim Letak Anak Bekas Anggota Parlimen Rantau Panjang Bertanding Di Galas

KUALA KRAI, 11 Okt (Bernama) -- Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim) akan meletakkan anak seorang bekas anggota Parlimen Rantau Panjang sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 Nov ini.

Bagaimanapun presidennya Hanafi Mamat enggan menamakan bakal calon terbabit yang hanya akan diumumkan pada 23 atau 24 Okt ini, katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Beliau juga menegaskan penglibatan parti itu pada pilihan raya kali ini tidak dipengaruhi mana-mana pihak untuk memecah undi dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Kita akan meletakkan calon dan tetap dengan prinsip parti untuk menegakkan keadilan Islam, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak," kata beliau.

Pilihan raya kecil DUN Galas itu diadakan berikutan kemtian wakil rakyatnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 Sept lepas.

Akim merupakan sebuah parti serpihan PAS yang ditubuhkan pada 1995 dan ia pernah bertanding pada pilihan raya umum 1999 bagi kerusi Parlimen Pasir Puteh dan Kota Bharu tetapi tewas.

Pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008, presidennya Hanafi Mamat turut bertanding mewakili Akim tetapi kalah teruk dan hilang deposit.

-- BERNAMA

SATU CARA UNTUK JATUHKAN KU LI

UMNO mahu jatuhkan Ku Li

GUA MUSANG –UMNO disifatkan parti yang tidak mempunyai dasar apabila sanggup memilih calon yang hanya boleh menang dalam pilihan raya sahaja tanpa memikirkan ia mampu mengabaikan prinsip parti.

Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Dr Mohd Fadzli Hasan berkata, Pas tidak menyentuh soal calon memandangkan semua layak untuk menjadi calon sama ada mereka Orang Asli, Cina mahu pun India.

Menurutnya, terdapat banyak pihak berpendapat Pas takut dengan pelantikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, ditambah desas desus yang mengaitkan beliau akan dicalonkan.

“Kita tetap menghormati Ku Li, (namun) kita tidak takut, sebab kita tidak lawan Ku Li, tapi kita melawan ideologi UMNO, tetapi disebabkan UMNO letakkan Ku Li di barisan hadapan, kita nak buat macam mana.

“UMNO memilih Ku Li mungkin kerana kemenangan semata-mata, atau mungkin ada konspirasi sama ada hendak menjatuhkan Ku Li,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan Dividen Ladang Rakyat kepada 250 masyarakat Orang Asli di Markas Pas, di Bandar Lama, di sini.

Mohd Fadzli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemuning berkata, pada PRK Galas, UMNO melihat Ku Li boleh membawa kemenangan kepada mereka sehingga sanggup menunggu kepulangannya beliau dari luar negara.

Namun katanya, umum mengetahui sebelum ini UMNO telah mengetepikan Ku Li tetapi kini dijulang semata-mata mahu kemenangan berpihak kepadanya.

“Bagi kita, dia seorang (Ku Li) negarawan, anak raja dan politik veteran yang pernah mencabar bekas Perdana Menteri, tapi UMNO tetap mencalonkan Ku Li,” katanya.

Mohd Fadzli berkata, UMNO sanggup membuat apa sahaja demi mahu menang walaupun tindakan itu seolah-olah menjatuhkan martabat Ku Li./Sinar

`KATAK' TIDAK TAHU BERADAB

Ibrahim Ali didakwa tidak hormati mendiang Chong
Joseph Sipalan
Okt 11, 10


Ahli parlimen pembangkang hari ini membidas Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), yang dikatakan tidak berdiri dan terus bercakap di telefon ketika Dewan Rakyat bertafakur menghormati pemergian wakil rakyat Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah.

Ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata presiden PERKASA itu tidak sopan dan "sengaja memprovokasi", dan memberi amaran bahawa wakil rakyat pembangkang boleh mengemukakan usul terhadap Ibrahim.

Bercakap di lobi Parlimen, Khalid berkata, seorang rakan MP telah meninggal dan ia hanya satu minit bertafakur sebagai tanda hormat.

Bagaimanapun, katanya, Ibrahim terus duduk dan bercakap dengan kuat di telefon, seperti mahu menunjukkan semangatnya sebagai juara Melayu.

Menurut Khalid lagi, jelas kepada semua ahli parlimen yang Ibrahim sedang bercakap di telefon kerana hanya suaranya sahaja yang kedengaran sedangkan orang lain diam bertafakur.

Khalid berkata, walaupun Ibrahim akhirnya berdiri, tetapi hanya pada penghujungnya.

Dalam SMS kepada Malaysiakini lewat petang ini, Ibrahim mendakwa tuduhan terhadapnya itu adalah tidak benar.

"Saya bangun. Cuma lewat sikit. Tak sampai sesaat. Kalau kata saya tak berdiri hormat adalah dusta," demikian kandungan SMS tersebut.

Dalam SMS tambahan yang dihantar Ibrahim selepas itu, beliau menulis: "Tak kan la hal macam ni pun jadi isu... Saya bangun dan masih bertafakur. Cuma lambat sikit. Tak Sampai sesaat."/Malaysiakini

TIMB PRES PKR - MUNGKINKAH ZAID AKAN MUNGKIR JANJI LAGI ?

Tak mungkin Zaid beri laluan pada Khalid
Aidila Razak
Okt 11, 10


Pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR, telah meletakkan semula tumpuan terhadap pesaingnya, Datuk Zaid Ibrahim.

Ini kerana ketika menawarkan dirinya, Zaid berkata, beliau hanya akan berbuat demikian jika Khalid tidak bertanding jawatan nombor dua PKR itu.

Jika ketua PKR Wilayah Persekutuan itu mahu menjaga imej dan prinsipnya, maka beliau harus mengotai janjinya dan menarik diri walaupun mendapat pencalonan dari kira-kira dua pertiga cabang PKR.

Zaid (kiri) masih membisu mengenainya dan sehingga ini tidak dapat dihubungi. Bagaimanapun, menurut sumber-sumber yang rapat dengan bekas menteri di jabatan perdana menteri itu, beliau tidak mungkin menarik diri untukmemberi laluan kepada Khalid.

Katanya, ini kerana keadaan sudah berubah kebelakangan ini.

Begitu juga, Zaid - ketika ditanya sama ada akan menarik diri untuk memberi laluan kepada Khalid - pernah memberitahu pihak media tentang perlunya 'mengambil jalan yang berbeza' jika 'keadaan berubah'.

Tumpuan pada Nurul Izzah

Sumber itu berkata, orang yang perlu diberi perhatian sekarang ialah ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, yang belum memutuskan sama ada akan menerima "tawaran' Zaid untuk menyokongnya jika bertanding timbalan presiden.

"Dia masih belum putuskan. Saya berhati-hati terhadap apa yang akan dilakukan oleh Zaid (berdasarkan keputusan Nurul Izzah nanti)," katanya.

Nurul hanya menerima satu pencalonan untuk bertanding jawatan his timbalan presiden. Beliau memerlukan dua pencalonan untuk layak bertanding.

Bagaimanapun, Nurul dilaporkan telah mendapat pencalonan yang mencukupi, dari kalangan kira-kira 30 cabang yang belum lagi menghantar keputusan rasmi kepada ibupejabat parti.

Zaid yang juga penyelaras Pakatan Rakyat sehingga ini membisu tentang jawatan yang akan ditandinginya jika Nurul menerima tawaran bertanding timbalan presiden, tetapi wujud spekulasi yang mengatakan beliau mungkin mensasarkan jawatan presiden.

Sama ada Zaid akan menggunakan 'persetujuan Nurul" sebagai satu alasan untuk bertanding jawatan tersebut masih menjadi teka-teki, tetapi mereka yang mengetahui, telah menyatakan kebimbangan masing-masing dengan langkah Zaid seterusnya./Malaysiakini

Isnin, 11 Oktober 2010

GALAS - JIKA MAIN PROVOKASI, MEREKA SILAP TEMPAT

Oleh: WFAUZDIN NS

PRK Dun Galas tidak dapat mengelak pertembungan di antara Umno dan PAS. Ada ramalan yang menyebut bahawa akan terdapat lebih dari seorang calon bebas akan bertanding, namun pertarungan sebenar adalah hanya tertumpu kepada dua parti terbesar ini. Umno yang dasarnya Kebangsaan, manakala PAS pula dasarnya Islam. Inilah dua parti yang ditawarkan kepada seluruh rakyat di Dun Galas.

PAS lebih awal memberi peringatan kepada semua jentera dan penyokongnya agar tidak melayani sebarang provokasi daripada pihak lawan. Tidak pernah pihak lawan tidak mengadakan provokasi di dalam mana-mana pilihanraya sebelum ini termasuk provokasi dari pihak media di bawah kawalan mereka. PAS sebagai sebuah parti yang amat berpengalaman di dalam Pilihanraya, tentunya arif dengan bentuk provokasi mereka.

Namun ingin diingatkan kepada Umno, sekiranya mereka masih ingin `bermain' dengan provokasi seperti sebelum ini, mereka sebenarnya silap tempat. Galas bukan seperti di Bagan Pinang yang mana provokasi yang dimainkan sedikit sebanyak menguntungkan mereka. Di Bagan Pinang banyak kita lihat berbagai aksi samseng mewarnai suasana kempen di sana. Akhirnya mereka menang di Bagan Pinang.

Galas, sebuah kawasan yang berada di dalam Negeri Kelantan. Bukan saya ingin melabelkan orang-orang Kelantan ini `gedebe', tetapi semua tahu orang-orang Kelantan tidak sama dengan orang-orang negeri lain. Kita masih ingat, di Bagan Pinang bagaimana puak-puak yang mulanya ingin tunjuk `berani dan samseng' untuk menakutkan penyokong-penyokong dan jentera PAS, tetapi apabila tibanya jentera kempen dari Kelantan membantu, puak-puak ini mula `menekan brek'. Sifat orang-orang Kelantan yang sanggup menyahut cabaran walau di mana bumi dipijak itulah yang membezakannya dengan masyarakat negeri lain.

Inilah yang amat dikhuatiri oleh PAS Kelantan. PAS Kelantan bimbang jika Umno terlupa bahawa mereka sekarang sedang `bermain' di Negeri Kelantan. Silap besar jika mereka masih ingin menggunakan taktik yang sama seperti di Bagan Pinang. Mereka boleh berkempen atau berlakon menjadi `penoreh getah' seperti yang telah mereka lakukan di PRK Dun Manek Urai dahulu, mereka boleh menjadi `Penyumpit' kali ini tetapi mereka dinasihatkan agar tidak bermain dengan provokasi yang keterlaluan.

Kita tetap yakin, di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz selaku MB Kelantan yang selalu mengingatkan rakyat Kelantan agar berakhlak dan bermoral tidak akan melayani provokasi jauh sekali untuk memulakannya. Itu harapan kita, tetapi kadangkala `orang yang bersungguh ingin menjual, ada juga yang teringin membeli'nya. /wfauzdin.blogspot.com