Repok
Kidurong
Maradong
Layar
Meluan
Kakus
Tamim
Jepak
Tasik
Biru
Ba'Kelalan
Krian
Tebedu Tarat
Dudong
Bawang Assan
Simanggang
Bkt Kota
Saribas
Semop
Bukit Saban
Sadong Jaya
Tanjung Datu
Sebuyau
Beting Maro
3.48pm: Keputusan tidak rasmi bagi pengiraan awal di Tebedu:
PKR -162
BN - 76
Snap -32
Bebas - 1
Rosak - 1
3.44pm: Baru Bian dalam twitternya menulis beliau sedang mendahului sekitar 300 undi di Ba'Kelalan. Keputusan tidak rasmi:
PKR - 1747
BN - 1270
Majoriti - 477
3.38pm: Keputusan tidak rasmi - Saribas:
BN- 1638
PKR - 601
Majoriti - 1037
3.35pm: Menurut sumber DAP, parti itu sedang mendahului di dua kerusi - Meradong (berhampiran Sibu), Kidurong (Bintulu) - dalam pengiraan awal. Calon-calon DAP adalah penyandang bagi kedua-dua kerusi Meradong dan Kidurong.
Di Bawang Assan, orang kuat Supp Sibu dikatakan mendapat tentangan hebat daripada pendatang baru dari DAP, Alice Lau.
3.33 pm: PAS dijangka sukar membuat kejutan pada pilihan raya ke-10 Sarawak ini. Daripada lima kerusi yang ditandingi parti itu, setakat ini keputusan awal tidak rasmi menunjukkan calon-calonnya masih ketinggalan.
Berikut antara kerusi tersebut:
N 22 Sebuyau
PAS - 698 undi
BN - 1,860 undi
Bebas - 44 undi
N03 Tanjong Datu
PAS - 184 undi
BN - 763 undi
Bebas - 32 undi
N22 Sadong Jaya
PAS - 163 undi
BN - 448undi
Bebas - 29 undi
Bagi kerusi N 24 Beting Maro setakat ini masih belum menerima apa-apa keputusan. PAS belum pernah memenangi sebarang kerusi di DUN Sarawak sebelum ini.
3.30pm: Meradong - Calon, DAP Ting Tze Fui sedang mendahului calon Supp Ling Thai King. Ini adalah kerusi majoriti pengundi Cina.
Berdasarkan sambutan terhadap ceramah-ceramah Pakatan Rakyat, BN dikatakan sukat mempertahankan kerusi-kerusi mereka sekitar bandar-bandar utama itu.
Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Kim dalam twitternya menulis DAP juga mendahului di semua enam saluran yang sedang dikira.
3.20pm: Setakat ini keputusan tidak rasmi menunjukkan BN sedang mendahului di Tanjung Datu, Sebuyau, Sadong Jaya, Saribas dan Beting Maro.
Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan DAP - PKR - PAS pula sedang mengatasi lawan mereka di Krian, Ba'kelalan, Kakus, Tamin, Jepak, Tebedu, Tarat, Meluan dan Bawang Asan.
3.15pm: Sumber DAP pula mendakwa di Bawang Asan, parti itu sedang mendahului 99 undi berbanding 68 yang diperolehi oleh Supp.
3.05pm: Saribas - dilaporkan BN sedang mendahului dengan 872 undi daripada 2000 undi yang telah dikira.
3.01pm: Exco Selangor Xavier Jayakumar, yang berada di Krian, memberitahu Malaysiakini bahawa PKR berjaya merampas kerusi itu.
Katanyanya dengan hanya satu lagi kotak undi yang belum dikira, PKR sedang mendahului SPDP.
PKR - 2,335
SPDP - 1,185
3.01pm: Exco Selangor Xavier Jayakumar, yang berada di Krian, memberitahu Malaysiakini bahawa PKR berjaya merampas kerusi itu.
Katanyanya dengan hanya satu lagi kotak undi yang belum dikira, PKR sedang mendahului SPDP.
PKR - 2,335
SPDP - 1,185
3.00pm: Menurut sumber PAS, keputusan terkini adalah seperti berikut:
N 22 Sebuyau
PAS - 612 undi
BN - 1,409 undi
Bebas - 37 undi
N03 Tanjong Datu
PAS - 127 undi
BN - 636 undi
Bebas - 11 undi
2.46pm: Sumber Pakatan mendakwa ketua PKR Sarawak Baru Bian berjaya merampas Ba'kelalan. Mereka dikatakan sedang mendahului dengan 200 undi manakala beberapa kotak undi yang semuanya di kubu kuat PKR belum dikira.
Semua pusat undi telah ditutup pada jam 1 petang tadi.
2.41pm: Sumber BN mendakwa Semop berjaya dipertahankan parti itu.
Keputusan tidak rasmi:
BN - 8891
PKR - 3546
Bebas - 538
Majoriti - 3008
2.30pm: Di semua kerusi yang ditandingi PAS, pengiraan awal menunjukkan calon-calon BN terus mendahului. Berikut keputusan tidak rasmi:
Tanjung Datu
PAS - 111
BN - 568
Bebas - 11
Sebuyau
PAS - 249
BN - 691
Bebas - 13
Saadong Jaya
PAS - 48
BN 306
Bebas - 27
Beting Maro
PAS - 144
BN - 223
Bebas - 2
Satu lagi kerusi yang ditandingi oleh PAS, Muara Tuang belum ada lagi keputusan.
2.10pm: Menurut sumber BN, PBB juga mendahului di Bukit Saban:
PBB - 89, PKR - 1, Bebas - 0
1.55pm: Di Saribas, BN mendahului dengan 594 undi daripada 1,400 yang dikira.
1.50pm: Menurut PKR, keputusan agak sengit di Ba'Kelalan. Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR Baru Bian mendahului:
PKR - 596
BN - 525
1.30pm: Menurut BN, PBB mendahului calon PAS di Beting Maro 288 - 144.
12.54am: PKR mendakwa mereka mendahului di pengiraan awal di Layar dan Meluan.
Namun di Saribas, BN mendahului dengan 343 undi daripada enam pusat undi yang telah dikira. Ini hanay 10 peratus daripada jumlah pengundi.
Saribas dikatakan antara kerusi yang PKR mempunyai peluang cerah untuk menang. Pada pilihan raya lalu BN hanya menang dengan 94 undi.
12.49am: Keputusan tidak rasmi lain dari ibu pejabat PKR:
Kakus
PKR - 122
BN - 70
PCM - 1
Bebas - 5, rosak 1
Tamin
PKR - 113
BN - 38
Kedua-dua kerusi itu mempunyai majoriti pengundi Iban.
Kelompok manusia menjadi rebutan antara ceramah SUPP dengan DAP menjelang saat-saat akhir PRN Sarawak 2011. SUPP cuba menarik kelompoknya dengan mengundang penyanyi tempatan terkenal, Michael Wong ke ceramah mereka, bagaimanapun tetap gagal apabila puluhan ribu membanjiri ceramah DAP.
Rakyat cabut sebaik konsert tamat
Ceramah SUPP pula membariskan Presiden Gerakan Koh Tsu Koon, Setiausaha Gerakan Teng Chang Yeow, dan calon-calon SUPP seperti Wong Soon Koh (Bawang Assan), Tiong Thai King (Dudong), Chieng Buong Toon (Batu Assek), Goh Chun Siong (Pelawan) dan lain-lain. Kesabaran hadirin mulai hilang apabila hujan turun renyai-renyai, dan menjerit agar konsert dimulakan.
6000 sambut Anwar di Kuching
Di Kuching pula, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim disambut dengan kelompok kira-kira 6,000 orang, dan beliau menyeru agar pengundi menyokong calon DAP di Padungan, walaupun penyandangnya, Dominique Ng dari PKR bertanding atas kapasiti calon bebas kali ini. Beliau disambut tepukan apabila berjanji berjuang habis-habisan walaupun terpaksa mengharungi serangan seperti tohmahan dan fitnah terhadap dirinya.
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor, dan Ong Vic Kee adalah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari dua laporan di Sibu dan Kuching.
Sementara itu, di Sri Aman, unit tujuh anggota anti-rusuhan dan kira-kira 20 anggota polis lain mengawal kawasan di depan pusat operasi DAP di situ, untuk menghalang perhimpunan parti itu malam ini.
Memetik kenyataan dari www.malaysiakini.com pihak polis telah mengenal pasti siapa yang terbabit dalam klip video lucah tersebut. Pihak polis telah mengenal pasti wanita tersebut. Pihak polis walau bagaimanapun tidak akan mendedahkan hasil siasatan dan siapa yang dikatakan terbabit sehingga semua siasatan selesai. Setakat ini Datuk Eskay yang menjadi pemilik klip itu mengatakan Anwar Ibrahim adalah orang yang ada dalam video tersebut. Pemilik laman www.umno-reform2.com Anuar Mohd Nor adalah antara orang yang dapat menonton penuh video itu pada 21hb March 2011.
Mengenai wanita itu – apa yang dimaklumkan kepada Anuar Mohd Nor adalah, wanita itu ada disimpan oleh Datuk Eskay. Ini adalah jawapan beliau kepada pertanyaan Tan Sri Rahim Thamby Chik pada malam 21hb March 2011 di Shangrila Hotel – di mana Anuar Mohd Nor dan Badrul Hisham Shahrin mula mendapat penerangan dari Datuk Eskay yang sebelum ini mengaku bahawa beliau adalah Datuk T. Datuk Eskay, sewaktu memberi penerangan kepada kami mengatakan bahawa tempat itu adalah di Hotel Kuala Lumpur dan beliau memang mengakui menjadi agen menyusun Anwar Ibrahim untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sebegitu. Kenyataan polis – sehingga hari ini amat tidak membantu dalam mengelak timbulnya – spekulasi demi spekulasi. Kenyataan Ketua Polis – mengenai jam – kemudian memberi tahu sudah mengenal pasti lelaki dan wanita terlibat – mengumumkan berperingkat-peringkat menimbulkan berbagai-bagai tanda tanya. Apa pun – tujuan akhir penyiasatan isu video klip ini masih kurang pasti. Adakah polis akan membuat tuduhan kepada orang yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim? Adakah keperluan hasil siasatan siapa pemilik jam Omega itu dan yang penting, apa akan terjadi kepada mereka yang memiliki video tersebut dan membongkar – menayang dan mengedar klip video itu. Setakat Anwar Ibrahim – sekiranya beliau dikenal pasti oleh polis sebagai watak dalam video tersebut – adakah penyokong beliau akan menerima bulat-bulat keputusan polis itu? Adakah video itu akan terus menjadi senjata bagi menumbangkan politik Anwar atau sebaliknya – video itu akan menjadi pendorong bangkitnya gerakan reformasi 1998 yang akan mengucar-ngacirkan senario politik negara kita ini.
|
Saya merujuk kepada wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan di TV3 semalam yang bertujuan untuk memesongkan fakta di dalam Akuan Bersumpah beliau bertarikh 18 Jun 2008. Akuan Bersumpah tersebut telah mendedahkan dakwaan seri us terhadap Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.
Kenyataan Raja Petra semalam yang dibuat tiga tahun selepas Akuan Bersumpah tersebut kelihatan tidak begitu penting dan kurang bernilai.
Satu-satu Akuan Bersumpah perlu dibaca dan ditafsirkan berdasarkan kandungan sepenuhnya. Wawancara televisyen tidak sedikit pun menjejaskan isi atau kebenaran kandungan Akuan Bersumpah, melainkan wujud bukti berlakunya tekanan yang mana ianya tidak berlaku dalam kes ini.
Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Raja Petra telah mengesahkan Akuan Bersumpah beliau pada 18 Jun 2008 di mana beliau telah dimaklumkan oleh “sumber yang boleh dipercayai” berkenaan perkara ini.
Apa yang lebih mustahak adalah tiada penjelasan yang memuaskan dari Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib atau pihak Kerajaan berkaitan dakwaan oleh akhbar Liberation yang berpengkalan di Perancis tentang kaitan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu dan penjualan tiga buah kapal selam oleh syarikat Amaris dari Perancis kepada kerajaan Malaysia.
Pada ketika itu, Najib merupakan Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab ke atas pembelian tersebut. Persoalan ini adalah sangat mustahak dalam konteks kepentingan awam. Juga tiada sebarang penjelasan yang jelas tentang mengapa syarikat Perimekar dari Malaysia menerima bayaran €114 juta dari urusan pembelian kapal selam. Urusan pembelian tersebut kini di dalam
siasatan di Perancis kerana dipercayai melibatkan unsur rasuah.
Adalah mengecewakan manakala pihak Perancis giat meneruskan siasatan ke atas perkara ini, namun di Malaysia ianya kelihatan ‘disapu ke bawah permaidani’. Dakwaan dan isu yang menyelubunginya adalah sangat serius dan sewajarnya ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk melakukan siasatan.
N. SURENDRAN
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Sumber: KeadilanDaily
Harakahdaily |
BETING MARO, 13 April: Dua hari lagi menjelang pilihan raya negeri Sarawak, Barisan Nasional (BN) kelihatan semakin terdesak apabila isu membabitkan Tan Sri Taib Mahmud terpaksa dijawab satu persatu. Namun isu bila Ketua Menteri itu akan meletak dan siapa pengganti nampaknya belum mampu dirungkai BN. Ini menyebabkan aktiviti kempen jentera BN kurang mendapat sambutan. Hari ini terbukti lagi apabila kehadiran Datuk Seri Najib Razak di Pekan Pusa disambut tidak lebih 100 penyokong BN. Lebih memalukan lagi apabila program kempen Najib yang diadakan sejurus selepas itu semakin kurang bilangan pendengar. Kalau hendak dihitung 50 orang pun sukar. Perdana Menteri datang menggunakan helikopter (gambar). Pemimpin BN tidak serik menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan biar pun seorang terbunuh pada kemalangan helikopter kelmarin. Najib difahamkan terpaksa berkempen di Beting Maro memandangkan terdapat bayangan BN sukar mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihan raya kali ini. Isu calon yang tidak dipersetujui akar umbi penyokong BN kini sukar ditangani. Keputusan Taib mengenepikan Bolhassan Di, penyandang sebelum ini juga makin payah diselesaikan. Selain itu dan kemenangan kecil Bolhassan pada pilihan raya sebelum ini dengan 895 undi menyebabkan situasi cemas melanda BN. Menurut krew Kelantantv yang berada di Beting Maro sejak Ahad lalu, kedatangan Najib turut disambut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Katanya, Presiden PAS turut tampil bersalam dengan Najib ketika Perdana Menteri datang ke Pasar Pusa. Ketika itu pemimpin PAS dan sebahagian daripada Kelantan sedang minum pagi bersama calon PAS Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus. ”Sambutan penduduk Pusa terhadap Najib amat dingin sekali. Tidak ramai sebagaimana dijangka walaupun BN buat pengumuman termasuk melalui TV meminta rakyat Pusa keluar menyambut Perdana Menteri. ”Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. Ketika ucapannya beliau menghentam Presiden PAS apabila menyebut ’orang PAS bila sambut, peluk kita nampak baik tapi politiknya jahat," kata jurucakap Kelantantv. Najib difahamkan tiba di Kuching malam tadi. Beliau dijangka menghabiskan masa berkempen di bahagian Selatan Sarawak iaitu Pusa, Sebuyau dan Batang Sadong sehingga esok. Dua hari lalu beliau berkempen di Beladin, salah satu Daerah Mengundi di Dun Beting Maro yang hanya boleh dihubungi melalui feri menyeberangi Sungai Saribas. Turut berkempen membantu calon BN di Beladin, semalam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom. ”Tinggal dua hari kempen sebelum hari pengundian Sabtu ini ternyata BN berada dalam keadaan tersepit apabila pelbagai isu membabitkan Taib terutamanya tanah adat langsung tidak disentuh Najib semasa melawat Beladin,” katanya. Penduduk di Beladin juga dikatakan menuntut janji yang tidak ditunaikan sehingga kini termasuk membayar pampasan tanah. Malam tadi Ustaz Abdul Hadi berceramah di Pusa Tengah bersama anggota jawatankuasa PAS pusat, Mohamad Sabu; Senator Mumtaz Nawi, dan Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim. Sambutan penduduk Pusa terhadap ceramah PAS begitu menggalakkan sekali di mana jauh lebih positif berbanding pilihanraya negeri Sarawak pada 2006. Malah anak-anak muda tidak kekok melaungkan kata-kata 'Hidup PAS' dan didapati mereka memberi sokongan padu terhadap Abang Mat. Jentera pembantu kempen dari Dewan Pemuda Kelantan diketuai Abdul Latif Abdul Rahman turut mengadakan acara sukan bersama belia dan anak muda di Kampung Pusa Tengah semalam. Sementara itu pegawai penyelidik dari Pusat Kajian Strategik Kelantan, Zainal Abidin Husien berkata, momentum yang berlaku di semenanjung pada 2008 ternyata telah hanyut ke Sarawak. ”Sebelum ini kita boleh lihat gerak kerja kempen parti selain BN sukar mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan. ”Kempen PAS di Beting Maro pada pilihan raya negeri lalu pun berdepan dengan pelbagai kesukaran. Namun sekarang berubah 360 darjah. Penduduk boleh menerima PAS dan Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi di sini. (Gambar: Abdul Hadi dan Najib bertemu sewaktu sama-sama berkempen di Pasar Pusa) Menurutnya juga isu yang paling penting BN sehingga kini belum mampu memecah benteng keutuhan Pakatan Rakyat biar pun cuba membawa isu video lucah dengan andaian Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak rakyat Sarawak. Sebaliknya kata beliau apa yang berlaku sekarang, kehadiran pemimpin Pakatan mendapat sambutan hangat. Ceramah Muryidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin utama DAP di bandar Kuching malam 10 April lalu mendapat sambutan luar jangka. ”Apa pun keputusan pilihan raya Sarawak ini akan mempengaruhi sentimen politik di semenanjung. Semangat Pakatan sudah diterima rakyat, kata orang boleh jalan sekarang. ”Kalau dahulu orang masih ragu-ragu, sekarang tidak lagi. Malah usaha media pro BN menghodohkan wajah pemimpin Pakatan nampak belumberjaya,” ujarnya. Beliau yang mempunyai kelulusan dalam Sains Politik berkata, keputusan pilihan raya Sarawak menjadi petunjuk kepada pilihan raya umum ke-13./Harakahdaily |
Nazri Abdullah |
KUCHING, 13 April: Sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak didakwa sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan. Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan. Dr Dzulkefli yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) berkata, biarpun maklumat itu hanya sekadar pandangan pemerhati politik, namun ianya sesuai dengan sokongan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat setakat ini. |
Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud akhirnya berjanji untuk berundur dalam tempoh dua tahun, walaupun sebelum ini mendakwa bahawa dirinya tidak akan terperangkap dengan permainan pembangkang untuk mengumumkan waktu berundur dan penggantinya.
"Secara terus-terang saya berkata kepada anda. Saya berkata dari hati saya, kerana saya akan meninggalkan anda dalam masa dua tahun. Sebagai kata perpisahan, saya sayang kamu semua. Tak apa kalau kamu tak dengar kata-kata saya. Tapi saya mesti beri amaran kepada anda. Negara ini tidak akan ke mana, tidak baik untuk orang Cina, melainkan orang Cina memilih pemimpin yang betul, untuk bekerjasama dengan bangsa lain," kata Taib Mahmud (gambar kiri) dalam satu jamuan anjuran pertubuhan Cina tempatan di Kuching, malam tadi.
BN semakin terdesak
Luahan Taib Mahmud malam tadi memberi petanda bahawa Barisan Nasional semakin terdesak dengan sentimen masyarakat Sarawak yang dilihat memihak kepada Pakatan Rakyat. Pada 19 Mac 2011, Taib Mahmud mengumumkan bahawa dirinya akan memimpin BN dalam PRN Sarawak 2011, dan bakal memastikan peralihan kuasa yang lancar apabila beliau bersara.
Bagaimanapun, Taib Mahmud mendakwa bahawa dirinya akan berundur "beberapa tahun kemudian" pada 12 April, malah berkata dirinya enggan terperangkap dengan permainan pembangkang untuk mengumumkan masa beliau bersara dan penggantinya. Sentimen ini terus dimainkan, malah pada 11 April, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution telah menunjukkan satu keratan akhbar Borneo Post bertarikh
7 November 1995 yang melaporkan bahawa Taib berjanji akan berundur dalam tempoh lima tahun.
Jelas, PRN Sarawak adalah pertarungan yang sengit buat BN, dan semestinya memberi impak terhadap lanskap politik Malaysia secara keseluruhannya.
Baca: Undur-kekal Taib: BN kini diheret PR
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.
KUCHING: KEADILAN membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membenarkan lanjutan tempoh pengundian bagi anggota polis sehingga esok.
Akibat bantahan itu, belaku sedikit kekecohan di Bangunan Kelab Polis IPK di Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak yang turut menempatkan bilik mengundi bagi empat kawasan DUN, iaitu Demak Laut, Tupong, Semariang dan Satok.
Wakil calon, Azmizam Zaman Huri ketika menghubungi KeadilanDaily memaklumkan, pengurus pilihan raya bagi Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak DSP Wilfred Chin memberitahunya yang dia telah mendapat kebenaran dari Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah untuk melanjutkan tempoh pengundian.
Azmizam memaklumkan, hanya 700 anggota polis yang mengundi dari keseluruhan lebih 1500 pengundi pos di IPK Sarawak.
“Kami membantah tindakan ini. Permit yang dikeluarkan hanya membenarkan tempoh pengundian pada tarikh 13 April 2011, iaitu dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
“SPR dan pengurus pilihan raya disini berkata, mereka mahu melanjutkan tempoh pengundian dengan alasan ramai anggota yang tidak dapat mengundi,” kata Azmizam.
Beliau menambah, wujud kebarangkalian bahawa kes ini akan dijadikan ‘precedence’ untuk membenarkan lanjutan tempoh pengundian pada hari mengundi 16 April kelak.
“Tidak mustahil sekiranya mereka akan melakukan perkara yang sama pada hari mengundi dengan alasan ramai orang kampung yang tinggal di pedalaman atau pun hari hujan dan sebagainya,” ujar Azmizam./KeadilanDaily
Chen Shaua Fui
Apr 12, 2011
Khalid: Najib mengakui Taib sebagai liabiliti
Taib membalas tamparan Najib semalam, apabila mendakwa dirinya akan berundur beberapa tahun selepas ini. Bagaimanapun, Chong Chieng Jen menganggap tamparan Najib lebih menyengitkan, berbanding Taib yang hanya membalas dengan cara yang lebih tersirat.
Baca: Undur-kekal Taib: BN kini diheret PR
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.