Sabtu, 23 April 2011

SEKALI LAGI PEMIMPIN KITA DI`BULI' OLEH MEDIA PENCACAI...

Mustafa nafi laporan media, gesa mohon maaf

Sumber HarakahDaily

KUALA LUMPUR, 23 April: Datuk Mustafa Ali menafikan laporan beberapa media termasuk Utusan Malaysia hari ini, yang mendakwa beliau berkata PAS akan menilai semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan video seks selesai. Sambil kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab akhbar pro Umno itu, Setiausaha Agung PAS itu berkata, laporan tersebut berniat jahat dan sengaja memanipulasikan kenyataannya.

Katanya, dia sama sekali tidak pernah mengaitkan isu video seks dengan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam. "Saya ditanya berhubung saranan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) melakukan sumpah mubahalah. "Jadi saya jawab, perkara itu tidak timbul kerana kerajaan sekarang ini menggunakan undang-undang sivil, Polis siasat sahajalah. "Kalau ubah kes ini ke Mahkamah Syariah, baru kita (PAS) tengok kembali apa pendirian kita dalam isu tersebut," katanya.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan sidang media Mustafa semalam itu dengan tajuk 'PAS tunggu siasatan selesai'.

Laporan itu menyebut bahawa PAS akan membuat ketetapan baru mengenai masa depan parti itu dalam pakatan pembangkang, apabila siasatan mengenai rakaman video seks yang pelakonnya dikatakan mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim siap sepenuhnya.

Selain Utusan, beberapa media lain termasuk Berita Harian dan The Star turut melaporkannya. Sehubungan itu, beliau mahu media-media yang terlibat agar memohon maaf serta memperbetulkan laporan mereka sebelum tindakan perundangan diambil.

Mustafa nafi laporan media, gesa mohon maaf

MCA GESA RAKYAT BOIKOT UTUSAN MELOYA, CANTIKKKK....

Sumber Malaysiakini

MCA menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan. Parti itu mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.

Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar milik Umno itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.

Dalam kenyataan medianya dalam bahasa Mandarin, lewat petang semalam, Loh berkata semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras perlu memulaukan alhbar berkenaan dan mempercepatkan lagi edaran Utusan Malaysia yang terus menjunam.

malaysiakini interview loh seng kok 061108 05"Pendirian akhbar itu mempersendakan konsep pentadbiran Najib berhubung 1Malaysia dan cuba menyemai benih jahat di minda orang ramai. Konsep lapuk itu pasti dibidas oleh masyarakat antarabangsa.

"Adakah Utusan Malaysia mahu meneladani Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (yang satu ketika dulu) mengamalkan dasar apartheid dan pengasingan kaum?” soalnya.

NONELoh berkata Utusan Malaysia wajar diingatkan bahawa BN terdiri daripada 13 parti komponen yang mewakili pelbagai masyarakat berbilang kaum, justeru '1Melayu, 1Bumi' tidak baik bagi perikatan itu.

Paling penting katanya jika akhbar Melayu itu mahu dihormati setiap rakyat, ia harus komited terhadap konsep 1Malaysia dan membantu membina jambatan di kalangan rakyat pelbagai bangsa.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mencabar presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya mengenakan tekanan ke atas Umno supaya 'menegur' Utusan Malaysia berhubung artikel itu.

penang freewifi contract signing ceremony 260311 lim guan eng"Lakukannya Chua! Bagi tahu Umno supaya arahkan akhbarnya untuk menarik balik cadangan penubuhan '1Melayu, 1Bumi' ataupun MCA sepatutnya berundur dari BN,” kata Lim (kiri) dalam satu kenyataan.Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit tiga hari lalu, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".

[Baca berita penuh]

MCA gesa rakyat pulaukan Utusan Malaysia

AKHIRNYA, PAS AKAN KELUAR DARI PR ?

Oleh: WFAUZDIN NS

RAMAI yang tertanya adakah kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustapha Ali di dalam sidang medianya semalam seolah-olah mulai mencurigai moral DS Anwar. Kebanyakan blog pro Umno telah menafsirkan sedemikian, maka ada dikalangan kita yang mungkin terpedaya dengan `spin' oleh media mereka.

Apa yang Mustapha Ali beritahu? Menjawab soalan Agendadaily, Mustapha Ali berkata, PAS hanya akan putuskan soal hubungan parti itu dalam pembangkang selepas keputusan kes babitkan Anwar terutama isu video seks selesai siasatan. Ertinya, PAS mahukan siasatan dilakukan maka itu juga kehendak semua rakyat di negara ini bahkan DS Anwar juga mahu beliau disiasat, sebab itulah beliau membuat laporan Polis.

Seterusnya, Mustapha Ali menegaskan, “Kita ada beberapa kaedah. Biar polis siasat dulu, sebab proses kerajaan sekarang ikut undang-undang serta perlembagaan bukan ikut kaedah Islam,” katanya. PAS katanya akan ikut undang-undang sedia ada malah menegaskan orang yang siar rakaman itu juga melakukan kesalahan". Jelas, bahawa PAS juga mahu agar mereka yang terlibat menayangkan video lucah tersebut diambil tindakan. " Bagaimanapun, PAS akan menyatakan pendirian parti itu jika kerajaan memutuskan kes itu di Mahkamah Syariah dan ikut undang-undang Islam"(AgendaDaily).

Sebagai sebuah parti Islam sudah semestinya PAS mahu agar kerajaan membawa kes ini mengikut kaedah-kaedah Islam. Bagi saya, tidak perlu puak mereka meracuni PAS untuk keluar dari PR seandainya keputusan menunjukkan terbukti DS Anwar terbabit di dalam kes tersebut kerana PKR sendiri akan memutuskan tindakan terhadap DS Anwar. Sudah tentu ahli-ahli PKR tidak bersedia menerima pemimpin yang mempunyai moral yang rendah. Maknanya, jika Umno ingin mengambil kesempatan di suatu masa nanti dengan harapan PAS kembali berpeluk dengan Umno, mereka tersilap perkiraan kerana di dalam PR perjuangan mereka bukan untuk batang tubuh DS Anwar.

Samada DS Anwar ditangkap atau dipenjarakan malahan jika umur beliau pendek, PR termasuk PAS akan terus menjadi musuh kepada Umno/Bn selagi Umno/Bn terus kekal sebagai parti yang rasuah, zalim dan banyak menyusahkan rakyat. Rakyat sudah berpengalaman berjuang menentang Umno/Bn tanpa DS Anwar kerana di dalam PR kini kami mempunyai ramai tokoh dan pemimpin yang hebat dan berani.

Kita boleh membaca gerak tari lawan sekarang iaitu mereka mahu PR berpecah belah hanya kerana DS Anwar. Seharusnya mereka mesti berani membawa kes DS Anwar ini mengikut hukum Islam yang sebenar sekiranya mereka mahu melihat keadilan benar-benar wujud. Paling tidak, kes ini mesti dibicarakan di mahkamah Syariah bukan mahkamah sivil agar hajat mereka untuk menyaksikan DS Anwar bersumpah mengikut Islam akan terlaksana setelah segala bukti dan saksi dikemukakan. Adakah mereka berani berbuat demikian? Adakah mereka masih ingin bergantung dengan mahkamah sivil yang semua rakyat tahu rekod dan sejarahnya apabila membicarakan insan yang bernama Anwar ini?

Kesimpulannya, kita mahu DS Anwar dibawa ke mahkamah Syariah untuk memberi keadilan kepada yang menuduh dan yang tertuduh. Sekiranya kesemua proses ini dilaksanakan dan terbukti nyata DS Anwar terbabit, maka tidak perlu rakyat menurunkan DS Anwar atau PAS juga DAP menjauhkan diri, ahli-ahli PKR sendiri akan turunkan beliau dari puncak pimpinan parti. Selepas itu, PKR akan terus wujud bersama rakyat dan terus berjuang bersama PAS dan DAP sehingga PR menjejakkan kaki ke Putrajaya. Umno akan kecewa untuk melihat PAS melutut kepada parti sekular tersebut./wfauzdin.blogspot.com

PAS PERLU BERSEDIA UNTUK MENGGANTIKAN TEMPAT ANWAR

Oleh: WFAUZDIN NS

MUKTAMAR PAS dijadualkan pada bulan Jun nanti dan saya merasakan tiada kehangatan di dalam pemilihan pimpinan kali ini sebagaimana Muktamar yang lalu. Mudah dijangka, Tuan Guru Hj Hadi Awang akan terus dikekalkan sebagai Presiden PAS kerana terbukti bahawa beliau sahaja setakat ini yang berwibawa memimpin PAS.

Mungkin tumpuan hangat hanya kepada jawatan Timbalan Presiden PAS yang besar kemungkinan Mat Sabu akan mencabar Us Nasha. Saya tidak bimbang dengan pemilihan pimpinan PAS kerana PAS telah membuktikan bahawa sehangat mana pun pertandingan di dalam jawatan tinggi parti tersebut, kesatuan di dalam PAS tetap utuh dan tiada seorang pun yang tewas terpinggir jauh sekali dari melompat parti. Inilah yang amat saya kagumi di dalam PAS yang tiada diperolehi dari mana-mana parti sekalipun di negara ini. Itulah hikmahnya berjuang kerana Allah bukan kerana jawatan dan kedudukan.

Walaupun Muktamar PAS kali ini tidak hangat, tetapi Muktamar kali ini adalah penentu kepada yang lebih besar iaitu menyediakan pemimpin yang benar-benar bersedia untuk berdepan dengan Umno terutamanya. Kita telah dibayangkan bahawa DS Anwar mungkin akan dianiayai lagi dengan begitu hebat tekanan yang dihadapinya sekarang. Kes fitnah liwat II masih belum selesai, timbul pula kes video seks yang kini hangat diperkatakan. Masakan di antara dua kes tersebut, mereka gagal kenakan DS Anwar walaupun satu kes?

Justeru itu, PAS harus bersedia mulai sekarang untuk menerajui PR dan meneruskan perjuangan yang dibawa oleh DS Anwar sekiranya beliau terperosok ke penjara sekali lagi. Kita berdoa agar beliau selamat dari dizalimi, namun kita harus juga mengenali puak-puak mereka yang tidak akan berhenti selagi DS Anwar masih memimpin kita. Sehubungan itu, Muktamar PAS kali ini harus menyediakan pimpinan yang benar-benar mampu memimpin PR sehingga ke Putrajaya.
Memimpin PAS mungkin tiada masalah, tetapi memimpin PR bukan satu tugas yang ringan. Memimpin PR yang ada di bawahnya PKR dan DAP, memerlukan pemimpin yang bijak, diplomasi dan tegas. Saya yakin Tuan Guru Hj Hadi Awang mampu memikul amanah tersebut kerana beliau pastinya akan dibantu oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz yang begitu disukai oleh kaum-kaum bukan Melayu di dalam PR. Tetapi, siapakah pimpinan lain yang boleh bekerjasama dengan baik dan efisyen berganding dengan Tuan Guru Hj Hadi?
Pimpinan inilah yang diharapkan agar ahli-ahli PAS fikirkan supaya nanti PAS mampu menjadi ketua di dalam PR lebih baik dan berkesan setelah ketiadaan DS Anwar. Sudah tentu pemimpin ini mempunyai hubungan yang baik dan mesra dengan pimpinan PKR dan DAP. Maka, jawatan Timbalan Presiden PAS serta Naib-Naib Presiden PAS haruslah terdiri dari pemimpin seperti ini. Kali ini Muktamar PAS diharapkan sebagai Muktamar terakhir PAS sebagai Pembangkang di negara ini sebelum kita ke Putrajaya, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

Isi Khutbah Sheikh as-Sudais & Fenomena Menyedihkan

By Shahmuzir

Alhamdulillah, tengahari tadi saya sempat sampai ke Masjid Wilayah Persekutuan jam 12.30 tengahari. Masuk di masjid, rupa-rupanya sudah penuh 5 saf di hadapan. Tentu mereka semua menantikan kehadiran Sheikh as-Sudais yang dijadualkan akan memberi khutbah dan mengimami solat fardhu Jumaat di masjid tersebut. Saya terus ke saf paling kanan, meletakkan beg di tepi dinding, solat tahiyyatul masjid dan membaca al-Quran.

Disebabkan oleh masa masih awal, maka pihak masjid telah menjemput seorang qari untuk membaca al-Quran. Kuat sungguh bacaannya sehingga agak menggangu saya untuk membaca al-Quran. Tentu orang lain yang sedang melakukan solat sunnat dan lain-lain ibadah sunnat pun terganggu juga agaknya, aduhai…

Sheikh as-Sudais sampai sekitar jam 1.15 tengahari. Saat itu ramai kelihatan berdiri dan yang datang lewat pun sibuk hendak ke depan. Sedangkan adab seorang yang lewat masuk ke masjid hendaklah dia duduk di belakang dengan tenang tanpa berpusu-pusu melangkah peha dan bahu orang lain untuk ke depan. Kerana ini akan menyakitkan hati saudara muslimnya yang lain. Malah ada yang melalui di hadapan orang yang sedang solat, astaghfirullah. Terasa sedih melihat fenomena ini. Ternyata, sebahagian ahli masyarakat masih samar dengan adab di dalam masjid.

Inti Khutbah Sheikh as-Sudais

Sheikh as-Sudais telah menyampaikan khutbah beliau di dalam bahasa Arab dan apabila beliau memulakan khutbahnya, tiba-tiba saya terkenang nostalgia ketika berpeluang mengerjakan umrah dan mendengar khutbah di BaituLLAH al-Haram. Sangat menyentuh perasaan ketika di sana.

Antara mesej utama yang disentuh beliau di dalam khutbah di Masjid Wilayah Persekutuan ialah:
    1. Kepentingan meluruskan aqidah di atas aqidah yang betul Mengambil ISLAM sebagai cara hidup secara keseluruhannya. ALLAH telah menyempurnakan ajaran ISLAM dan DIA telah redha ISLAM sebagai cara hidup untuk diamalkan.

    2. Sheikh di dalam khutbah beliau sangat menitik beratkan soal ukhuwwah Islamiyyah di antara penganutnya. Berkali-kali Sheikh menekankan bahawa kita adalah ummah yang satu.

    3. Ummat ISLAM mesti mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dan menjadikan ia sebagai contoh tauladan yang mesti dijadikan rujukan. Tidak ada cara lain lagi hendak berjaya, melainkan ikut (ittiba’) sunnah. Sheikh menekankan bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah bersabda bahawa semua muslim akan masuk syurga, kecuali yang enggan. Yang dimaksudkan enggan ialah mereka yang derhaka kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dengan tidak mengikuti semua suruhan dan tidak menghiraukan larangannya.

    4. Ummat ISLAM mestilah menjadi ummat yang berilmu. Betapa ISLAM sangat menitik beratkan ilmu. Justeru, tuntutlah ilmu dan fahamilah ilmu. Bukan setakat menuntut ilmu dan faham, tapi mesti amal. Menjadi tuntutan buat kita yang sudah menuntut ilmu, yang ada ilmu untuk mengamalkan ilmu tersebut.

    5. Sheikh as-Sudais mengingatkan tentang kesederhanaan di dalam ISLAM dan betapa pentingnya sifat ini diambil dalam membawa agama ISLAM ke dalam kehidupan. Sheikh juga menyentuh perihal akhlaq muslimin. Amat menyedihkan sekiranya akhlaq tidak dijadikan tumpuan ummat ISLAM. Kerana antara tujuan penting diutuskan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam ialah untuk menyempurnakan akhlaq. Sayang-menyayangi sesama muslim juga disentuh oleh Sheikh as-Sudais di dalam khutbahnya.

    6. Setiap muslim mestilah mempunyai adab dalam perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat dan pandangan di kalangan ummat ISLAM mestilah ditangani dengan ilmu dan diserahkan kepada ahli ilmu. Janganlah disebabkan oleh perkara-perkara furu`, feqah, ijtihadiah dan lain-lain seumpamanya menyebabkan ummat ISLAM berpecah.

    7. Sheikh mengingatkan juga akan ancaman kepada ummat ISLAM tentang syahwat (perkara-perkara maksiat dan berkaitan nafsu) dan syubuhat (perkara-perkara yang samar-samar dalam kehidupan moden). Ummat ISLAM mestilah menjadi ummat yang memberikan kebaikan.

    Itulah antara beberapa perkara penting yang disentuh oleh beliau di dalam khutbah Jumaat. SubhanALLAH, memang bertenaga penyampaian beliau dan sangat bernilai.

    Selepas habis khutbah, beliau mengimamkan solat fardhu Jumaat. MasyaALLAH, sedap sungguh bacaan beliau sebagaimana yang biasa didengari melalui perkakas media yang ada. Tapi, sudah tentulah tidak boleh menandingi apabila beliau membacanya saat bersolat di Masjidil-Haram. Suasananya lain, suasananya istimewa, suasananya syahdu terasa.

    Yang menarik hati saya juga ialah walaupun as-Sheikh memegang pendapat bahawa membaca basmalah adalah secara sirr (perlahan), bukannya jahar (kuat) seperti pendapat kebanyakan orang Malaysia, namun beliau dengan sifat keilmuannya meraikan ahli jemaah yang berada di belakang beliau dengan sengaja menperjelaskan bacaan basmalah. Beliau tetap membacanya secara sirr, tetapi bacaan basmalah beliau dengan jelas didengari oleh ahli jemaah melalui mikrofon.

    Beliau juga berwirid sebentar sehingga boleh didengari suaranya melalui mikrofon, tetapi dengan suara yang sangat perlahan bunyinya. Inilah sifat yang kebanyakannya tidak ada pada sebahagian muslim yang berkeras dengan pendapat dan pandangan masing-masing tanpa meraikan sedikit pun orang sekeliling.

    Moga-moga ada pengajaran buat kita semua dari sifat keilmuan Sheikh ini, insyaALLAH./Seterusnya baca di blog muzir.wordpress

    1,000 hadir dengar Azmin dedah muslihat ’1Melayu, 1Bumiputera’

    Ucapan Azmin bukan sahaja membakar semangat hadirin, bahkan mendedahkan tembelang muslihat politik Umno BN


    PULAU PINANG: Lebih 1,000 orang membanjiri ceramah perdana ‘Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia’ bertempat di Dewan Sungai Tiram, Batu Maung malam ini.

    Mereka, kebanyakannnya keturunan Melayu mengikuti pelbagai isu semasa yang disampaikan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Antara isu yang disentuh ialah pembaziran emel 1Malaysia yang menelan kos RM50 juta, muslihat slogan 1Melayu, 1Bumi’ yang dibangkitkan Utusan Malaysia – sebuah akhbar kawalan Umno Barisan Nasional (BN) dan banyak lagi.

    Dalam ucapannya, Azmin menyelar sikap sikap hipokrit Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1Melayu, 1 Bumiputera yang dicanangkan Penolong Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan, konon untuk menyatukan semua Melayu sedangkan akhbar itu sebenarnya memecah belah perpaduan Melayu.


    Ahli Parlimen Gombak itu kesal kerana Najib secara tiba-tiba menafikan hubung kait antara akhbar Utusan Malaysia dan pimpinan Umno Barisan Nasional (BN). “Inilah hipokrit Barisan Nasional pimpinan Najib. Najib kata: 1Melayu, 1Bumiputera pandangan Editor Utusan Malaysia.

    “Wahai Najib dan Rosmah, kita tahu Utusan Malaysia disokong Umno. Kita tahu Utusan Malaysia surat khabar milik Umno. Kita juga tahu Utusan Malaysia hidup kerana Umno yang memainkan politik perkauman,” kata Azmin. Selain Azmin dan Guan Eng turut berucap ialah Exco Pulau Pinang, Abdul Malek Abul Kassim dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.

    Azmin menggantikan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir pada saat-saat akhir berikutan masalah kesihatan yang tidak serius. Terdahulu, Azmin hadir ke majlis makan malam KEADILAN Cabang Bukit Gelugor di Tapak Pesta Sungai Nibong pada jam 8 malam sempena ulang tahun ketiga penubuhan cabang berkenaan. Pada majlis itu, seramai 30 orang menyertai KEADILAN./KeadilanDaily

    Jumaat, 22 April 2011

    PKR BANTAH LAPORAN BERITA HARIAN

    Kenyataan Media
    22 April 2011

    Kami membantah dan menolak sekeras-kerasnya laporan muka hadapan Berita Harian semalam bertarikh 21hb April 2011.

    Kami kesal kerana Berita Harian dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih diteruskan. Kami turut kesal apabila Berita Harian diperalat pihak tertentu demi merekayasa "perbicaraan melalui media" (trial-by-media), yang cukup jelas bernada politik dalam percubaan terus-menerus untuk mengaib dan menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Harus diingat bahawa syarikat Korea Selatan tersebut telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), yang mana ketua-ketua mereka masih menuruti kehendak barisan ahli politik yang mempunyai dendam kesumat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berusaha menamatkan perjuangan reformasi politik beliau.

    Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafi sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video ini. Kami juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa individu di dalam video itu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Justeru kredibiliti PDRM sekali lagi terjejas dan dipersoalkan selepas pendedahan oleh bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL, Datuk Mat Zain Ibrahim, dalam beberapa surat terbuka beliau:

    1) mengenai empat laporan polis yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim antara 9 Julai 1999 dan 20 Ogos 1999 mengenai salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang oleh sebilangan individu tersohor, termasuk Tun Dr Mahathir dan Dato Abdul Gani Patail. Mengapakah tiada tindakan lanjut dari pihak polis mengenai laporan-laporan polis ini?

    2) mengenai persamaan yang cukup rapat antara "video seks" ini dengan "video seks" yang disebarkan beberapa hari sebelum PRU tahun 1999.

    Kami mengajak Rakyat Malaysia bersama-sama menolak "politik lucah", dan marilah bersatu menggesa pemulihan semula institusi-institusi terpenting negara, terutamanya PDRM, SPRM, SPR, dan badan kehakiman.

    YB Saifuddin Nasution
    Setiausaha Agung
    Parti Keadilan Rakyat

    MENGAPA PERKASA TERLALU BUSUK HATINYA?

    Oleh: WFAUZDIN NS

    APABILA DAP memenangi banyak kerusi di dalam PRN Sarawak baru-baru ini, sekaligus meningkatkan imej dan prestasi PR di Sarawak dan sekaligus memalukan Bn di Sarawak, ini semua membuatkan beberapa pihak yang pro Bn terutamanya Umno mulai rasa bimbang dan `sakit hati'.

    PERKASA yang kununnya mengaku sebuah pertubuhan yang bersifat `non - partisme', namun akhirnya menunjukkan belang bahawa pertubuhan yang diterajui oleh Ibrahim Ali MP Bebas dari Pasir Mas itu sebenarnya penyokong tegar Umno/Bn. PERKASA dikenali ramai sebagai pertubuhan yang taksub kepada Melayu secara membabi buta sehinggakan seolah-seolah menganggap bumi Malaysia ini hanya milik orang-orang Melayu sahaja.

    Membaca kenyataan PERKASA Cawangan Sarawak di dalam mengulas kemenangan besar DAP di Sarawak, Ketuanya Abang Abdul Nasser Abang Hadari berkata, " Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina.” (Malaysiakini). Inilah kenyataan busuk hati dan pendendam oleh PERKASA sedangkan selama ini apa yang PERKASA perjuangkan di Sarawak sehingga ramai kaum Melayu dan Bumiputera di Sarawak hidup susah dan ketinggalan dalam banyak segi?

    Berbeza dengan kaum Cina, mereka mempunyai pandangan jauh di dalam politik dan tidak hanya memikirkan soal perut dan sogokan yang sementara semata-mata. Anggapan PERKASA termasuk Tun Mahathir bahawa DAP membawa perkauman di Sarawak adalah hujah yang tidak mempunyai fakta yang tepat. Adakah PERKASA dan Tun Mahathir tidak melihat perjuangan DAP di Semenanjung di mana parti ini sanggup bekerjasama dengan PAS dan PKR bagi mewujudkan sebuah negara yang adil dan bersih dari amalan rasuah? Contoh terbaik kepimpinan DAP boleh dilihat di P.Pinang sekarang ini yang mana tiada satu kaum pun yang terpinggir.

    Di Sarawak, semangat ini dibawa oleh DAP dan sudah tentu rakyat mempercayai DAP dari SUPP setelah melihat ketelusan dan keadilan pimpinan DAP di P.Pinang. Jika benar DAP membawa isu perkauman, mengapa sepanjang kempen DAP di Sarawak tiada satu pun laporan dibuat oleh mana-mana pihak mendakwa DAP bermain dengan sentimen perkauman? Mengapa setelah DAP berjaya dengan cemerlang, isu ini timbul?

    Media pencacai seperti Utusan Meloya pun menyambut dakwaan bodoh dari PERKASA dan Tun Mahathir ini. Mungkin Tun Mahathir merasa malu setelah di`import' berkempen di Sarawak, namun Bn terus hilang 8 kerusi termasuk kerusi bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Suatu pukulan hebat dari DAP buat Tun Mahathir dan juak-juaknya. Mahathir terasa suatu ketika kaum Cina amat menyanjunginya, tetapi kini cakap Tun Mahathir bukan sahaja ditolak oleh kaum Cina bahkan kaum Melayu sendiri pun lebih suka melihat Tun berehat sahaja di rumah.

    Saya yakin, isu perkauman yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir dan digerakkan oleh PERKASA serta Utusan Meloya ini akan berterusan sehingga PRU Ke 13 nanti. Bn kini amat tertekan kerana Sarawak kini dilihat bukan lagi talian hayat buat Bn bagi mengekalkan kuasa di Putrajaya./wfauzdin.blogspot.com

    DR LO' LO' PULA JADI BAHAN FITNAH

    Fitnah diyakini makan tuan

    Aziz Muda

    KUALA LUMPUR, 21 April: Sebaran fitnah yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Datuk Mohd Ghazali menerusi pemasangan banner-banner tidak bertanggungjawab hari ini, diyakini akan memakan tuannya sendiri.

    Keyakinan itu disandarkan kepada pengakuan orang ramai, khususnya penduduk di kawasan Kampung Baru sendiri, berkaitan sikap dan tindakan sebenar Dr Lo' Lo' berhubung kejadian itu yang sememangnya sudah berusaha dengan pelbagai cara bagi membantu mangsa dan mengatasinya.

    Beberapa orang penduduk yang ditemui mengakui, sebaliknya yang jelas tidak bertanggungjawab berhubung kejadian itu bukanlah Dr Lo' Lo', tetapi pihak yang menyebarkan fitnah itu sendiri, sehingga mereka bukan sekadar tidak melakukan sebarang tindakan bagi membantu mangsa dan mengatasi kejadian itu, malah tidak pernah menjenguk ke tempat kejadian sejak kejadian itu berlaku. "Itulah yang dapat disimpulkan.

    Jadi pihak yang menjadi mangsa fitnah, khususnya Dr Lo' Lo', tidak perlu risau dengan fitnah yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab menerusi pemasangan kain rentang itu kerana ia dapat dinilai oleh orang ramai sendiri. "Sebaliknya, pihak yang menyebarkan fitnah itu pula yang perlu berjaga-jaga kerana fitnah itu diyakini akan berpusing kepada mereka sendiri pula nanti," tegas seorang penduduk di Kampung Baru, Yusof Sukarman, 47, ketika ditemui di Kampung Baru, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pemasangan banner-banner berunsur fitnah terhadap Dr Lo' Lo' hari ini, ekoran kejadian tanah jerlus di Jalan Syed Mahadi di Kampung Baru jam 12.15 malam, 14 April lalu.

    Kejadian tersebut berlaku akibat longkang yang berada di bawah tanah di jalan tersebut pecah, apabila palung besar yang berada di atasnya yang membawa aliran air dari Sungai Bonus bersebelahan wisma Bernama ke Sungai Kampung Baru atau Sungai Klang, bocor kerana tersumbat dengan sampah sarap yang terlalu banyak. Ini menyebabkan berlakunya penyerapan air ke dalam tanah yang membawa kepada mendapan tanah sehingga mencetuskan tanah jerlus dan banjir lumpur di kawasan itu, sekali gus merbahayakan rumah-rumah kediaman di sekitarnya.

    Demi kepentingan politik kotor pihak tidak bertanggungjawab, mereka telah mengambil kesempatan memasang banner di beberapa tempat di Kuala Lumpur hari ini untuk memburukkan Dr Lo' Lo'. Setakat yang dapat dikesan, banner-banner tersebut telah dinaikkan di tiga tempat iaitu di jejantas Jalan Raja Abdullah dekat Kampung Baru, jejantas berdekatan Tabung Haji dan jejantas dekat Jalan Gurney. Lontoran kata-kata yang dipaparkan pada banner-banner itu masing-masing berbunyi "Dr Lo' Lo' hanya pandai cakap/janji tapi tak mampu selesaikan isu tanah mendap di Kampung Baru", "Tanah Kampung Baru mendap, apa Dr Lo'Lo' mampu buat?" dan "Tanah Kampung Baru mendap, rakyat perlu nilai kemampuan Dr Lo'Lo' selesaikan masalah".

    Mengulas kejadian itu dengan lebih lanjut, Yusof berkata, seluruh penduduk di Kampung Baru sudah melihat sendiri Dr Lo' Lo' sememangnya tidak berdiam diri dengan kejadian itu, malah kerap kali dilihat berada di tempat kejadian dan melawat mangsa di pusat penempatan sementara bagi membantu mereka dari segala aspek. Selain itu, Dr Lo' Lo' juga turut mengadakan pelbagai rundingan segera dengan pelbagai pihak berwajib sehingga mereka yang terbabit dibantu dengan sewajarnya, sehingga mereka dibenarkan pulang kembali ke rumah masing-masing setelah terjamin selamat. "Tanah jerlus dan banjir lumpur yang berlaku di Jalan Syed Mahadi itu pun bukan salah Dr Lo' Lo'. Ia berpunca dari perancangan pembangunan yang tidak betul sejak puluhan tahun dulu lagi di Kampung Baru yang dah berlaku sejak Umno BN berkuasa di Kampung Baru.

    "Penduduk Kampung Baru sendiri pun sejak dulu lagi tak setuju dengan perancangan pembangunan yang dilakukan oleh pihak Umno BN itu. Banyak benda yang tak kena. Sekarang ia telah mengakibatkan terjadinya tanah runtuh di Jalan Syed Mahadi. "Itu pun nasib baik longkang sahaja yang pecah. Kalau palung besar yang berada di atas longkang itu yang pecah, pasti akan mengakibatkan kejadian lebih buruk lagi," tegasnya. Kesemua itu, menurutnya, perlu dihalusi sendiri oleh pihak yang menyebarkan fitnah itu kerana ia jelas berpunca dari pihak mereka sendiri. "Sebenarnya saya tahu siapa yang memasang banner-banner itu. Saya juga tahu siapa dalangnya. Tapi saya taknak sebutlah. Biar orang ramai tahu sendiri supaya orang ramai dapat menilai sendiri buruknya sikap dan tindakan mereka sejak sekian lama dulu.

    "Saya hanya berharap agar pihak yang melakukan pekerjaan terkutuk itu sedar dengan apa yang mereka lakukan kerana setiap yang buruk pasti akan mendatangkan keburukan kepada pelakunya sendiri nanti," tegas beliau./Harakahdaily


    MENGAPA PERKASA TERLALU BUSUK HATINYA?

    Oleh: WFAUZDIN NS

    APABILA DAP memenangi banyak kerusi di dalam PRN Sarawak baru-baru ini, sekaligus meningkatkan imej dan prestasi PR di Sarawak dan sekaligus memalukan Bn di Sarawak, ini semua membuatkan beberapa pihak yang pro Bn terutamanya Umno mulai rasa bimbang dan `sakit hati'.

    PERKASA yang kununnya mengaku sebuah pertubuhan yang bersifat `non - partisme', namun akhirnya menunjukkan belang bahawa pertubuhan yang diterajui oleh Ibrahim Ali MP Bebas dari Pasir Mas itu sebenarnya penyokong tegar Umno/Bn. PERKASA dikenali ramai sebagai pertubuhan yang taksub kepada Melayu secara membabi buta sehinggakan seolah-seolah menganggap bumi Malaysia ini hanya milik orang-orang Melayu sahaja.

    Membaca kenyataan PERKASA Cawangan Sarawak di dalam mengulas kemenangan besar DAP di Sarawak, Ketuanya Abang Abdul Nasser Abang Hadari berkata, " Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina.” (Malaysiakini). Inilah kenyataan busuk hati dan pendendam oleh PERKASA sedangkan selama ini apa yang PERKASA perjuangkan di Sarawak sehingga ramai kaum Melayu dan Bumiputera di Sarawak hidup susah dan ketinggalan dalam banyak segi?

    Berbeza dengan kaum Cina, mereka mempunyai pandangan jauh di dalam politik dan tidak hanya memikirkan soal perut dan sogokan yang sementara semata-mata. Anggapan PERKASA termasuk Tun Mahathir bahawa DAP membawa perkauman di Sarawak adalah hujah yang tidak mempunyai fakta yang tepat. Adakah PERKASA dan Tun Mahathir tidak melihat perjuangan DAP di Semenanjung di mana parti ini sanggup bekerjasama dengan PAS dan PKR bagi mewujudkan sebuah negara yang adil dan bersih dari amalan rasuah? Contoh terbaik kepimpinan DAP boleh dilihat di P.Pinang sekarang ini yang mana tiada satu kaum pun yang terpinggir.

    Di Sarawak, semangat ini dibawa oleh DAP dan sudah tentu rakyat mempercayai DAP dari SUPP setelah melihat ketelusan dan keadilan pimpinan DAP di P.Pinang. Jika benar DAP membawa isu perkauman, mengapa sepanjang kempen DAP di Sarawak tiada satu pun laporan dibuat oleh mana-mana pihak mendakwa DAP bermain dengan sentimen perkauman? Mengapa setelah DAP berjaya dengan cemerlang, isu ini timbul?

    Media pencacai seperti Utusan Meloya pun menyambut dakwaan bodoh dari PERKASA dan Tun Mahathir ini. Mungkin Tun Mahathir merasa malu setelah di`import' berkempen di Sarawak, namun Bn terus hilang 8 kerusi termasuk kerusi bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Suatu pukulan hebat dari DAP buat Tun Mahathir dan juak-juaknya. Mahathir terasa suatu ketika kaum Cina amat menyanjunginya, tetapi kini cakap Tun Mahathir bukan sahaja ditolak oleh kaum Cina bahkan kaum Melayu sendiri pun lebih suka melihat Tun berehat sahaja di rumah.

    Saya yakin, isu perkauman yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir dan digerakkan oleh PERKASA serta Utusan Meloya ini akan berterusan sehingga PRU Ke 13 nanti. Bn kini amat tertekan kerana Sarawak kini dilihat bukan lagi talian hayat buat Bn bagi mengekalkan kuasa di Putrajaya./wfauzdin.blogspot.com

    Khamis, 21 April 2011

    MANA SATU YANG BETUL ? KONDO ATAU HOTEL ?


    WAYANG BARU 1MALAYSIA [BUKTI JELAS]




    Mana satu yang betul dan tepat? Kondo atau hotel? Siapa yang berbohong? Polis atau Datuk T? Bercelaru bebb....

    VIDEO SEKS, BERITA HARIAN BAWA AGENDA JAHAT- KEADILAN

    KUALA LUMPUR: KEADILAN mengutuk tindakan akhbar arus perdana, Berita Harian yang tidak mencerminkan etika kewartawanan kerana melaporkan secara semberono kononnya individu dalam video seks fitnah sepadan dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Naib Presiden, N Surendran berkata, selepas meneliti laporan berita tersebut beliau mengesyaki pihak polis turut bersekongkol membocorkan maklumat yang seharusnya sulit kerana masih dalam tempoh siasatan. “Ini merupakan modus operandi biasa dengan niat jahat yang dilakukan untuk mencalar imej seseorang dengan membuat tajuk berita utama secara sensasi untuk mengelirukan orang ramai. “Tidak mustahil pihak polis turut bersekongkol dan mereka turut mempunyai agenda politik,” kata Surendran.

    Pada tajuk utamanya hari ini, akhbar itu memetik sumber tanpa nama, kononnya sebuah agensi penyiaran terkemuka di Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut akhbar itu lagi, polis juga telah mengenalpasti lokasi video tersebut dirakamkan, iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur dan wanita terbabit dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara. “Akhbar tersebut tidak menamakan siapa, dimana dan apa kelayakan makmal atau pun penganalisis yang menjalankan kajian di Korea Selatan itu. Ia dilaporkan secara tergantung dan dibuat secara sensasi.

    “Agenda Berita Harian ini adalah agenda Umno dan Barisan Nasional,” Ujar Surendran. Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat individu atau pihak yang kononnya dilihat bebas dan berkecuali ‘dipasang’ (planted) oleh mereka yang mempunyai motif jahat untuk mencalar kredibiliti Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. “Ada kemungkinan pihak polis sendiri yang melantik mereka (penganalisis) ini,” katanya.

    Sementara itu, Surendran menambah, isteri Ketua Umum, Datuk Seri Dr Wan Azizah sendiri telah memastikan bahawa individu dalam video tersebut bukan suaminya. “Siapa lagi yang boleh mengesahkan tubuh seseorang, kalau bukan isterinya sendiri. Ini merupakan percubaan akhir pihak-pihak yang takut kepada kemaraan Pakatan Rakyat,” jelasnya./KeadilanDaily

    TIBA-TIBA VIDEO SEKS SUDAH TERBANG KE TAIWAN, NAMUN GAGAL MENGESAHKAN PELAKUNYA

    Oleh: WFAUZDIN NS

    VIDEO Seks yang kununnya melibatkan DS Anwar sudah sampai ke Taiwan? Diberitakan video seks itu hanya ada satu salinan asal dan kini berada di tangan pihak Polis yang menyiasat, masa bila sudah berada di Taiwan? Sebelum ini, video tersebut juga dimuatkan ke dalam Youtube, siapa yang memuatkannya sehingga Eskay pun naik pening?

    Hari ini, seperti dilaporkan oleh Malaysiakini, " Berita Harian pada tajuk utamanya hari ini memetik sumber sebagai berkata sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    NONEMenurut akhbar milik Umno itu, polis juga telah mengenalpasti lokasi video seks tersebut dirakamkan - iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur - dan wanita terbabit adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara (Malaysiakini).

    Jika benar itu laporan dari pakar di Taiwan, ertinya sama juga dengan pendapat mereka yang telah menonton video berkenaan iaitu memang ada iras watak lelaki berperut buncit tersebut dengan Anwar. Maka, tiada beza dengan pendapat pakar dari Taiwan tersebut. Sepadan dan juga seiras, tetapi tidak disahkan siapa sebenarnya.

    Persoalan lain, dikatakan bahawa Polis mengesahkan aksi tersebut berlaku di sebuah kondomunium di dalam negara, tetapi sebelum ini kita diberitahu aksi tersebut berlaku di sebuah hotel. Masalah jam pula memeningkan. Heboh diperkatakan jam itu kununnya hadiah dari kerabat Arab Saudi, tetapi Polis menyebut jam berkenaan dibeli di Taiwan tahun 2004. Mungkin sebab itu pihak Polis tidak menumpukan soal jam Omega yang kununnya kepunyaan Anwar.

    Apa pun yang kita bincangkan dengan isu karut ini, yang pasti pelaku yang mengaku menayangkan video lucah tersebut masih duduk goyang kaki melihat betapa undang-undang di negara ini menjadi haru-biru dan rakyat terus dibuai dengan cerita jijik sedemikian./wfauzdin.blogspot

    `SUSU DIBALAS TUBA' - MENGAPA KITA SAKIT HATI BILA KAUM CINA BERSATU ?

    Oleh: WFAUZDIN NS

    PEPATAH `Susu Dibalas Tuba' yang diperkatakan oleh PERKASA terhadap DAP boleh dijadikan bahan ketawa oleh golongan cerdik pandai. Apa kata jika kaum Cina mengatakan bahawa selama ini kebanyakan mereka hanya mendapat `tuba' bukan `susu'?

    Apakah PERKASA ingat di negara ini semua kaum Cina hidup mewah? Mungkin ada beberapa kerat yang dapat `susu' yang terdiri dari kroni-kroni puak tertentu termasuk beberapa taukeh judi yang kaya raya. Mengapa kita perlu sakit hati bila kaum Cina lebih cerdik dari kita berpolitik?

    Saya mengulas isu ini setelah membaca laporan yang disiarkan di dalam Malaysiakini, "Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) cawangan Sarawak mendesak kerajaan BN supaya jangan keterlaluan melayan tuntutan kaum Cina yang didakwanya sanggup “membalas susu dengan tuba”.

    NONE“Sejak PERKASA dilancarkan di Sarawak, ia tidak pernah mempersoalkan sebarang tuntutan kaum Cina demi menghormati Gagasan 1Malaysia dan demi keharmonian negeri Sarawak dengan memberi pengorbanan dan toleransi yang amat tinggi dalam hal ini. “Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina,” katanya (Malaysiakini).

    Jika kaum Melayu masih ramai yang buta di dalam berpolitik, yang langsung tidak peka kepada untung nasib orang Melayu yang semakin tertekan, masalah harga barang yang semakin tinggi, masalah pendidikan, agama, sosial dan sebagainya maka mengapa kita sakit hati atau dengki dengan kaum Cina yang bijak berpolitik itu? Sepatutnya kita belajar dari mereka bagaimana untuk bersatu meruntuhkan keegoan pemerintah yang tidak peduli akan nasib rakyat? Mengapa kita harus terhutang budi dengan sehelai kain pelekat atau kain batik?

    Memang kaum Cina lebih pasif di dalam menunjukkan ke arah mana mereka di dalam politik, sebab itu sukar untuk kerajaan menafsirkan sokongan mereka. Namun demikian, walaupun mereka pasif tetapi akal mereka ligat memikir yang mana satukah parti yang benar dan yang mana satukah parti yang selalu menipu. Berbeza dengan kaum Melayu yang jelas begitu aktif berpolitik dan mudah dibaca arah sokongan mereka. Tetapi, kaum Melayu sering tidak menggunakan akal untuk menilai yang mana benar atau tidak.

    Tidak hairanlah amat sukar untuk kita melihat kaum Cina bercerita soal video seks yang kebanyakan kaum Melayu sibuk bercerita di kedai-kedai kopi. Bagi kaum Cina, isu tersebut tidak membantu kehidupan rakyat apatah lagi mereka tahu isu tersebut hanyalah fitnah dan bohong semata-mata.

    Ingin saya peringatkan PERKASA agar tidak menyalahkan kaum Cina kerana kebijaksanaan mereka berpolitik, tetapi PERKASA kena selidik mengapa terlalu mudah kaum Melayu diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang kununnya berjuang untuk Melayu ini. PERKASA juga harus buktikan bahawa selama ini kaum Cina yang mana mendapat `susu' dan yang mana mendapat `tuba'. Jika kerajaan sendiri yang memberi `tuba' kepada rakyat, mengapa pula kaum Cina mahu disalahkan?/wfauzdin.blogspot.com

    TIMB PRESIDEN PAS - MAT SABU BAKAL PENCETUS `REVOLUSI'?

    Oleh: WFAUZDIN NS

    SEBELUM ini saya ada menulis tentang perlunya Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai Presiden PAS di dalam pemilihan parti Jun nanti. Memang ada beberapa kelemahan yang terdapat di dalam kepimpinan beliau tetapi pada saya ianya boleh diatasi sekiranya beliau mempunyai Pembantu yang lebih `vokal' di dalam merealisasikan hasrat PR untuk ke Putrajaya.

    Pembantu yang saya maksudkan itu adalah Timbalan Presiden dan juga Naib Presiden yang lebih serius, bijak dan mudah bekerjasama di dalam satu Pakatan. Saya masih mengharapkan agar Husam Musa berada di sisi Presiden PAS, namun Husam Musa awal-awal lagi sudah tarik `hand brake' untuk bertanding jawatan nombor dua itu. Justeru itu, saya berfikiran bahawa tiada pilihan lain untuk mengantikan Husam Musa yang boleh diharapkan membantu Presiden kecuali Mohamad Sabu.

    Dalam pemilihan parti dua tahun lalu, Mohamad Sabu tewas kepada penyandangnya Us Nasharuddin Mat Isa, dalam pertandingan tiga penjuru. Seorang lagi calon ialah Husam Musa.
    husam musa mat sabu nasharuddin mat isa 220409Us Nasha mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mat Sabu pula memperolehi 261 undi. Tokoh aktivis yang popular sebagai 'Abang Mat' itu kini layak untuk bertanding jawatan tersebut selepas mendapat tiga pencalonan dari Kubang Kerian, Bukit Bintang dan Muar.

    Sekiranya di dalam pemilihan yang lalu hanya berlaku pertandingan dua penjuru samada Husam Musa atau Mat Sabu sahaja yang berdepan dengan Us Nasha, saya meramalkan agak sukar untuk Us Nasha berada di kerusi nombor dua seperti sekarang. Apabila berlaku pertandingan 3 penjuru, maka pecahan undi berlaku dan keputusan berpihak kepada Us Nasha.

    Penggal Us Nasha telah pun hampir berakhir dan ahli-ahli PAS terutamanya boleh menilai adakah Us Nasha berjaya membantu Presiden PAS di dalam meningkatkan sokongan rakyat kepada PAS serta memberi impak yang besar kepada kesatuan dan kekuatan Pakatan Rakyat. Jika majoriti ahli PAS menganggap bahawa Us Nasha masih berupaya membantu Presiden, maka tidak mustahil Us Nasha masih menjadi pilihan.

    Kehebatan Mat Sabu bukan sahaja kepada keberanian dan kekuatan pidatonya, tetapi beliau dilihat begitu rapat dengan kepimpinan DAP terutamanya Lim Guan Eng. Sememangnya DAP sering `bercakaran' dengan PAS di dalam isu yang melibatkan hukum Islam yang mahu diperjuangkan oleh PAS. Walaupun begitu, tentangan dari DAP terhadap PAS tidak begitu serius sehingga boleh mengakibatkan perpecahan DAP - PAS. Oleh kerana itu, kehadiran Mat Sabu yang dilihat intim dengan beberapa kepimpinan utama DAP amat diperlukan agar `percakaran' di dalam beberapa isu boleh dikurangkan.

    Keperibadian Mat Sabu juga amat disenangi oleh berbagai golongan tua dan muda terutamanya di luar bandar. Cara pidatonya yang lantang, berfakta dan mudah difahami serta diisi dengan jenaka begitu menusuk hati yang mendengarnya. Beliau bukan seorang ustaz, jauh sekali Ulamak tetapi beliau tetap tegas di dalam memperjuangkan dasar PAS. Kehebatan Mat Sabu tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan Ketua Umum PKR DS Anwar. Tidak menghairankan jika Mat Sabu kerap kali dijadikan mangsa, ditahan, dilokap, dipukul dan beliau juga pernah difitnah dengan isu khalwat suatu ketika dahulu.

    Memang tepat jika Mat Sabu diberi peluang untuk berada di kerusi nombor dua di dalam PAS memandangkan PAS kini berdepan dengan politik yang lebih mencabar. Cabaran terbesar PAS adalah menghadapi `musuh dalam selimut' yang sentiasa berusaha agar PAS berjuang bersendirian tanpa rakannya DAP dan PKR. Musuh-musuh ini akan terus berusaha untuk meretakkan hubungan di antara PAS dengan DAP dan PKR, di dalam masa yang sama cuba untuk membawa PAS kembali ke dalam `selimut Umno'.

    Cabaran ini lah yang saya rasa boleh diatasi sekiranya Mat Sabu digandingkan dengan Presiden PAS nanti. Mana tahu, sekiranya demokrasi di negara ini tidak lagi terpakai atau disalahgunakan, maka stail kepimpinan seperti Mat Sabu boleh mencetuskan `revolusi' untuk kebangkitan rakyat. Maka, apa salahnya?/wfauzdin.blogspot.com

    PENANGAN BOB LOKMAN DI KUANTAN

    KUANTAN, 20 April - Program ceramah umum bersama bekas Pengacara dan Pengkritik Tetap Raja Lawak Astro, Bob Lokman (foto) di Putra Balok semalam telah berjaya menarik perhatian ramai peminatnya.

    Malah, sebahagian besar mereka yang hadir terdiri daripada generasi muda dari beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di bandar ini. Bob Lokman memulakan ceramah sekitar jam 11.10 malam selepas Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh memulakannya.

    Ceramah beliau yang julung kalinya di kawasan ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai yang hadir. Sebahagian besar dari kalangan mereka, masih tidak percaya dengan tindakan artis tersebut tiba-tiba berjuang dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Namun, itulah takdirnya dan Bob berjaya mencuit hati orang ramai dengan celoteh bersahajanya yang dilihat agak tertib dan bersopan.

    Dalam ceramahnya semalam, Bob banyak menyentuh tentang soal iman dan takwa. Beliau juga menyeru hadirin yang hadir agar menyampaikan ilmu yang diperolehi pada malam itu kepada rakan-rakan yang lain terutamanya orang UMNO. "Saya rasa antara tuan-tuan dengan saya tuan-tuan lebih banyak hadir ke ceramah. Mungkin lebih dari 200 kali. Tetapi, berapa banyak ilmukah yang telah tuan-tuan sebarkan kepada rakan-rakan yang lain dikalangan UMNO?", tanya Bob kepada orang ramai. "Amatlah rugi bila ilmu yang bermanfaat itu tidak disebarkan, saya harap tuan-tuan akan memulakannya pada malam ini", kata beliau.


    Bukti, sebahagian besar generasi muda telah berada di hadapan pentas

    "Kerajaan yang ada pada hari ini ternyata gagal mendidik manusia ke arah keimanan dan ketakwaan. Unsur hiburan terus disogokkan kepada generasi muda dan inilah yang saya lalui selama ini. Buka Astro ada Akademi Fantasia, bukan TV3 ada Mentor, buka TV1 ada Bintang Klasik malah termasuk juga Bintang Kecil serta lain-lainnya. Inilah yang menyebabkan generasi muda akhirnya rosak akhlak dan akidah mereka. Media yang ada tidak digunakan untuk membawa manusia ke arah agama Islam yang sebenarnya", tambah Bob Lokman lagi.


    Peminat Bob berpusu-pusu bergambar dan dapatkan tandatangannya

    Ust. Suhami, Ust.Nasron (YDP PAS Indera Mahkota) dan YB Fuziah (PKR)

    Sebahagian diantara ribuan rakyat yang hadir dalam ceramah umum itu

    [Secara keseluruhannya mesej yang ingin disampaikan oleh Bob Lokman itu jelas dapat diterima oleh orang ramai yang hadir. Malah, selepas ceramah, beliau telah dikerumuni oleh ramai anak muda yang mahu mendapatkan autograf dan bergambar dengannya. Dalam pada itu, difahamkan sebelah petangnya satu majlis jamuan Hi-Tea juga telah diadakan di lokasi berhampiran dan beliau juga dikatakan telah menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah surau dekat Kempadang sebelum itu. Kehadiran Bob Lokman dilihat berjaya menarik perhatian ramai pihak, malah terdapat juga dikalangan mereka yang merupakan penyokong tegar UMNO turut hadir. Apapun syabas dan tahniah kita ucapakan kepada Bob, semoga beliau terus konsisten untuk menyebarkan dakwah Islamiah kepada seluruh umat Islam di negara ini. Tambahan pula, khabarnya beliau kini menerima begitu banyak undangan ceramah di seluruh negara. Jadualnya cukup ketat sehingga bilan Jun 2011 ini. Semoga masa depannya akan lebih bersinar lagi tatkala bersama perjuangan Islam di bumi Malaysia tercinta ini]./PahangDaily

    Rabu, 20 April 2011

    TUKAR PRESIDEN PAS, TUAN GURU NIK AZIZ SOKONG HJ HADI ?

    Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.

    Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS. Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihanraya. Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik.

    Namun, perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya.

    Sememangnya memenangi pilihanraya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihanraya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi. Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar? Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.

    Sekian, wassalam.

    YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
    Al-Mursyidul Am PAS
    Menteri Besar Kelantan Darul Naim.

    VIDEO SEKS - HARI INI JAM, ESOK CINCIN, LEPAS ITU SAPU TANGAN

    AG harus tumpu kepada fitnah Datuk T, kata Johari

    Apr 20, 11

    Gandingan trio 'Datuk T' harus menjadi fokus utama Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung video seks yang cuba dikaitkan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata ahli parlimen Sungai Petani Johari Abdul.

    NONE'Datuk T' iaitu bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Easky Abdullah dan bekas Bendahari PERKASA Datuk Shuaib Lazim mengaku mendalangi tayangan video lucah itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu.

    "Soal dia (Eskay) mahu heret isu jam, hari ini cerita jam, esok cincin, lusa tali pinggang, tulat sapu tangan… Manakan boleh kita mahu jawab semua ini. Sebab itu kalau polis merasakan ada (keperluan untuk) siasatan maka siasat sahaja. Bukan sahaja jam, tapi apa jua yang perlu disiasat," kata Johari (kiri) dalam wawancaranya dengan TV Selangor, petang semalam.

    "Tetapi itu episod kedua selepas Peguam Negara dan polis mengambil tindakan jenayah atas fitnah dan ugutan yang dilemparkan," katanya.Peras ugut

    Johari berkata Anwar sendiri tidak keberatan jika pihak berkuasa menjalankan siasatan telus untuk mengenal pasti pelaku dalam video berkenaan namun perkara pokok ialah tindakan fitnah dan peras ugut oleh Datuk T.

    azlan"Jangan lari daripada isu di mana tiga orang ini telah melakukan jenayah. Rahim dan Eskay mengaku terlibat, perlu ambil tindakan perkara itu dahulu. Kita tidak mahu defensif. Kalau mahu siasat maka teruskan, sebab Anwar kata bukan dia. Kalau bukan dia, tentu orang lain. Guna apa sahaja undang-undang tiada masalah," kata Johari lagi.

    Johari adalah ahli parlimen pertama diundang oleh Rahim menonton rakaman itu. Beliau mendakwa selepas menyaksikan video berkenaan Rahim memintanya untuk memujuk wakil rakyat PKR lain supaya keluar dari parti itu.


    NONE

    Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata trio 'Datuk T' kemungkinan akan didakwa mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah apabila mengaku menjadi dalang penayangan video seks terbabit.

    Namun keputusan muktamad akan dibuat oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (kiri).

    Johari berkata, tindakan polis seharusnya berlandaskan undang-undang dengan pengakuan ketiga-tiga individu terbabit dijadikan asas penangkapan bersandarkan laporan yang dibuat oleh Anwar sebagai mangsa fitnah.Qazaf


    Beliau turut menyarankan agar ketiga-tiga individu terbabit disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Keselamatan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 bersabit Qazaf.Akta itu memperuntukkan mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syarak, empat orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan.

    azlanJelasnya lagi, kabinet pimpinan Perdana Menteri Najib Razak dilihat teragak-agak dan terikat kepada pertimbangan politik sama ada untuk mengambil tindakan terhadap ketiga-tiga individu terbabit.

    "Ini adalah isu berprofil tinggi. Saya rasa kerajaan di bawah pimpinan Datuk Najib harus menghadapi hakikat bahawa jika anda tidak ambil apa-apa tindakan, rakyat tetap akan buat keputusan. Lebih baik anda ambil tindakan. Apa yang kita minta adalah tindakan yang berlandaskan undang-undang," katanya./Malaysiakini

    KES ROGOL AMAH, JIKA BUKAN RAIS ORANG JELEBU TENTU SERONOK

    Buku Skandal Seks Rais Yatim? Oleh: VIVIEN SAKUNTALA (Koresponden Sabahkini.net di Jakarta)

    DIKHABARKAN bahawa penulis kontroversi, Mutalib M.D akan menerbitkan sebuah buku terbaru berhubung Skandal Seks seorang Menteri Kabinet Malaysia dan kini masih berada di luar negara mengumpul bukti dan alibi sensasi.

    Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada buku tersebut mencerita Skandal Seks Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Mohd Rais Yatim yang melibatkan Pembantu Rumah Tangga (PRT), Robengah, atau tokoh lain. Kisah Rais disebarkan secara meluas di Sabahkini.net sehingga Rais bertindak memfailkan saman pada 10 Februari lalu.

    Kelmarin, Peguam Rais, Norhani Nordin mewakili plaintif memberitahu pemberita, pengurusan kes itu akan didengar pada 6 Mei ini, namun ketika dihubungi melalui email, Mutalib menyatakan beliau tidak mempedulikan saman yang difailkan Rais kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis dan menyalahgunakan prosiding mahkamah.

    “Beban bukti terletak pada Rais kerana beliau harus membuktikan kepada mahkamah bahawa beliau tidak merogol Robengah sebagaimana yang didakwa Robengah kepada Koresponden Jakarta Post, Migrant Care dan Tenaganita. Saya hanya melaporkan apa yang dinyatakan oleh mangsa dan keluarganya dan rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran. Apakah Rais mahu menembak pembawa berita?,” tanya Mutalib dalam emailnya.

    Mutalib turut menolak dakwaan Rais sebelum ini bahawa pihak pembangkang sengaja mahu menjatuhkannya melalui artikel fitnah kerana beliau adalah Ahli UMNO di Parlimen Silam dan Rocky Bru adalah pemimpin akhbar Pro-Kerajaan.

    Tambah Mutalib lagi, oleh kerana Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat laporan polis pada 5 Januari 2011 di Balai Polis Seremban, melalui laporan bernombor 000357/11, namun sehingga kini polis masih belum menyelesaikan siasatan.

    “Sehubungan itu, saya tidak mahu mengganggu atau mempengaruhi siasatan polis dengan melayan karenah ‘menteri yang cacat akal’ tersebut kerana telah menyalahguna kuasa dan kedudukannya untuk mengheret para blogger yang menjadi ‘Whistleblower’ ke mahkamah sebelum polis menyelesaikan siasatan,” kata Mutalib yang menggesa Hakim Mahkamah Tinggi, Amelia Tee Hong Geok Abdullah tidak melayan saman Rais yang telah ditetapkan pada 6 Mei 2011 selagi siasatan polis belum diumumkan kepada umum.

    Tambahan pula, kata Mutalib, sebagai pegawai awam iaitu menteri yang dibayar gaji menggunakan wang rakyat, Rais tidak boleh diwakili oleh peguam sendiri melainkan Peguam Negara Malaysia atau dengan izin Peguam Negara.

    Mutalib menjelaskan beliau hanya akan melayan saman Rais sekiranya Polis Seremban telah melengkapkan siasatan dan menyerahkan hasil siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut; sama ada untuk mendakwa Rais atau para blogger yang mendedahkan Skandal berkenaan.

    “Yang boleh menentusahkan sama ada kes jenayah rogol berlaku ialah mahkamah. Jika kes ini dibawa ke mahkamah, maka amat baik untuk rakyat dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia; kerana saya berpeluang untuk mensapena Migrant Care, Tenaganita, SAMM, Robengah, Adik Robengah, Rakan Robengah, Kedutaan Indonesia, malah Rais dan isterinya sebagai saksi untuk berkata benar di mahkamah,” ujar Mutalib yang tidak akan tunduk kepada desakan demi desakan Rais agar artikel mengenai beliau dikeluarkan daripada arkib Sabahkini.net yang boleh diakses pada bila-bila masa.

    Mutalib menegaskan, ‘CCTV’ Tuhan tidak pernah padam, sekalipun Rais telah berusaha memadamkan semua bukti yang boleh mengaitkan beliau dengan Robengah dan menggunakan kedudukannya untuk mengheret para blogger ke mahkamah, kononnya untuk membersihkan nama beliau yang dikotorkan melalui skandal berkenaan.

    “Jika Rais ‘Anak Jantan’, bukan ‘belut yang licik’ atau ‘Menteri yang hilang akal’, maka beliau sewajarnya mengheret punca pendedahan awal Skandal tersebut iaitu Migrant Care, Tenaganita, Rocky Bru dan sebagainya. Sabahkini.net hanya menyiarkan berita tersebut berdasarkan siasatan rapi dan tidak akan berganjak daripada fakta,” ujar Mutalib M.D yang sedang menyiapkan sebuah Video Klip berhubung isu berkenaan sebagai persediaan untuk menghadapi Rais di Mahkamah kelak.

    Ketika ditanya sama ada buku Skandal Seks yang disiapkannya mengenai Rais atau menteri lain, Mutalib mengatakan bahawa, “Tunggu siap percetakan dan pendedahan penuh eksklusif. Saya tidak mahu komen buku yang belum diterbitkan.”

    Sebelum ini Mutalib telah menerbitkan dua buah buku Skandal Seks Orang Ternama berjudul VIP dan YB serta 23 judul lagi yang belum diterbitkan. Mutalib juga adalah penulis buku IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah; Pengundi Untuk Di Sewa; IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir; 007-Lelaki Malaysia Terakhir dan lebih 20 buku lain.

    Kes Skandal Seks Orang Ternama: ‘YB’ kini sedang disiarkan secara bersiri di Sabahkini.net kerana buku yang dicetak telah habis dijual dan Sabahkini.net memperoleh hak untuk menerbit buku berkenaan dalam versi e-book dan ada pihak yang telah berjumpa Mutalib untuk mengadaptasi Skandal Seks berkenaan ke layar perak.

    Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah menfailkan satu lagi saman fitnah terhadap penulis blogger Sabahkini.net, Abdul Mutalib Mohamed Daud untuk menuntut ganti rugi dan injunksi setelah mendakwa difitnah dalam beberapa siri artikel antara 1 dan 7 Januari lalu.

    Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan Shahabudin dan Rozima di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu.

    Dalam pernyataan tuntutan, Rais berkata, defendan pada 1 Januari lalu telah menerbitkan artikel berunsur fitnah bertajuk ‘Pak Lah halalkan rogol, UMNO halalkan zina?’ dan ‘PKR cabar Rais sumpah laknat’ dipaparkan pada 3 Januari lalu.

    Sementara pada 5 dan 7 Januari berjudul ‘Rais Yatim seperti belut’ dan ‘Video pengakuan rakan Robe Ngah’ di http://sabahkini.net/v1 bersama gambar plaintif. Peguam Norhani Nordin mewakili plaintif memberitahu pemberita, pengurusan kes itu akan didengar pada 6 Mei ini.

    Dalam pada itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) telah membuat laporan polis terhadap Rais dan ekoran daripada itu, Penyelaras SAMM, Norazizi A Aziz telah menulis surat kepada Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Seremban pada 7 Mac 2011 berhubung kedudukan laporan polis yang dibuat pada 5 Januari 2011. Berikut adalah sedutan surat beliau.

    ____________________________________________________________________

    Tarikh : 7 Mac 2011

    Kepada;

    Insp. Zuraidah Bte Abd. Hamid
    Ibu Pejabat Polis Daerah,
    70300 Seremban,
    Negeri Sembilan

    Pengarah
    Jabatan Siasatan Jenayah
    Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
    50560 Kuala Lumpur

    Saudara ;

    MERUJUK KEPADA LAPORAN SAYA BERTARIKH ,
    (NO REPORT: SEREMBAN/000357/11)

    Pada tarikh 05 Januari 2011 yang lepas, saya telah membuat laporan bernombor Seremban/000357/11.

    Laporan ini bagi tujuan mendesak satu siasatan kepada pendedahan dokumen-dokumen yang mengaitkan YB Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan & Kesenian dalam kejadian merogol pembantu rumah warga Indonesia. Dalam laporan tersebut kami sediakan dokumen lampiran dan saya sendiri telah memberikan kerjasama dalam memberikan rakaman percakapan selama sejam lebih (anggaran: dari jam 1130 pagi hingga 1245 tengahari). Seperti yang pihak tuan janjikan akan segera bertindak atas laporan ini dan akan memberikan maklum balas mengenainya namun sehingga kini tiada maklum balas.

    Tuduhan ini merupakan tuduhan serius. Jika benar tindakan wajar yang serius harus diambil kerana nama yang dikaitkan bertaraf menteri iaitu kedudukan atau kedudukan yang strategik negara. Jika tidak benar polis juga harus tampil membersihkan nama yang dikaitkan dengan penjelasan yang munasabah dan mencari sumber dokumen 'palsu' tersebut.

    Dengan polis mendiamkan perkara ini maka ia seolah sesuatu yang tidak kena. Imej negara dan institusi pelaksana hukum boleh tercalar dengan persepsi cuba melindungi tuan-tuan besar. Kes ini amat sensitif khasnya dalam keadaan hubungan negara yang sering tegang.

    Kami tampil membuat laporan atas kesedaran anak muda yang ingin melihat keadilan tergegak. Kami tidak mahu kes ini hanya dijadikan modal politik sahaja tanpa tindakan konkrit ke arah melaksana keadilan. SAMM boleh sahaja menimbulkan kes ini dan laporan polis tersebut dalam siri pilihanraya kecil yang diadakan tetapi kami memilih untuk mensenyapkan kerana mahu kes ini dilihat bukan dari segi kepentingan politik semata - mata.

    Saya mohon respon terbuka PDRM mengenai laporan kami.

    Sekian dan terima kasih.

    Norazizi A. Aziz
    Penyelaras SAMM

    Selasa, 19 April 2011

    VIDEO SEKS - JERAT MAKAN TUAN

    Oleh: WFAUZDIN NS

    APABILA diberitahu pihak Polis kini menumpukan kepada kes siapa yang menayangkan video lucah di Seri Carcosa, maka terasa `panas' pula geng `three strooges' @ Datuk T dibuatnya. Kenyataan yang menampakkan gelabah itu datangnya dari Datuk Shuib Lazim yang mendakwa `ketidakadilan' berlaku terhadap trio mereka.

    Petikan Malaysiakini menyebut, " Salah seorang daripada trio 'Datuk T', Datuk Shuib Lazim berkata, mereka tidak berniat untuk menyebarkan video lucah yang didakwa melibatkan seorang tokoh utama pembangkang. Oleh sebab itu, Shuib menyifatkan sebarang tindakan yang mungkin dikenakan ke atas mereka sebagai "tidak adil" kerana mereka tidak sepatutnya didakwa atas tuduhan berkenaan. "Kita rasa kita bukan dedah kepada orang ramai, kita cuma tunjuk kepada pemberita. Pemberita yang akan jadi saksi (dalam kes tayangan video berkenaan) - Malaysiakini.

    Kununnya mereka tiada niat untuk sebarkan video lucah berkenaan. Jika sudah semua editor akhbar ternama termasuk dari media Pembangkang pun dipanggil, kalau bukan untuk dihebahkan untuk apa lagi? Untuk jadi Saksi? Jika untuk jadi Saksi, mengapa perlu ugut pemimpin pembangkang dan isterinya agar meletakkan jawatan di dalam politik? Jika pemimpin itu meletakkan jawatan, maka kes video berkenaan akan ditutup. Maka, perlu apanya Saksi lagi? Saksi untuk apa? Bukankah peringkat awalnya Trio ini bertegas tidak mahu menyerahkan video lucah tersebut kepada pihak Polis. Jika tiada niat untuk diserahkan kepada Polis, bermakna mereka tidak mahu kes ini dipanjangkan untuk siasatan.

    Maka lojiknya Saksi itu untuk apa? Jawapannya mudah, iaitu untuk menghebahkan kepada umum darihal video tersebut dan terbukti video berkenaan didedahkan juga melalui media bahkan tanpa segan silu ditayangkan sedikit babaknya melalui TV. Itulah yang mereka mahu sebenarnya. Jadi, tidak perlulah mereka untuk berselindung lagi.

    Melucukan pula, mereka mahu diadakan ujian DNA (jika ada daki yang terlekat) pada jam Omega yang kununnya kepunyaan pemimpin Pembangkang tersebut. Selepas ini jangan hairan jika ada sekumpulan songkok tinggi yang bebal itu akan berhimpun dan menyalak meminta Anwar serahkan DNA lagi untuk dipadankan dengan `daki' pada jam Omega yang telah diserahkan kepada pihak Polis itu. Kali ini mereka akan kata DNA Anwar yang baru diserahkan kepada mahkamah di dalam kes fitnah Liwat II telah `luput tarikh'...

    Tertawa dunia kepada negara kita yang tiada kerja lain melainkan mengumpul DNA Anwar, sedangkan dunia luar sibuk membangunkan ekonomi negara mereka. Ini semua adalah kerana di negara kita masih ada golongan yang tiada kerja lain selain dari berfikir untuk menjatuhkan orang lain hatta dengan tipu daya dan fitnah jahat mereka. Mungkin juga kerana di TV kita semakin banyak menayangkan filem hantu maka semakin bercambah manusia berperangai hantu Iblis.

    Syabas buat kali ini kepada pihak Polis yang telah mula peka kepada kehendak rakyat agar mengambil tindakan kepada manusia berperangai hantu yang menayangkan video lucah ini. Kita harap tiada `drama' lain dimainkan di dalam isu ini melainkan mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan./wfauzdin.blogspot .com

    Kemenangan PAS dicemburui

    Situasi politik dan budaya di Malaysia masih lagi berlegar disekitar faham perkauman sempit malah BN sangat selesa dengan "tradisi" ini. Isu kaum sering kedengaran di negara ini untuk mengalih perhatian rakyat kepada isu sebenar. Sepertimana yang telah diungkapkan oleh Syed Husin Ali dalam bukunya Orang Melayu: Masalah dan Masa Depan menyatakan bahawa "persaingan kelompok atasan diberi wajah kaum".

    Masyarakat Bumiputera dan Melayu harus disedarkan dari salah faham ini. Ayuh kita lihat sebagai contoh; Jika PAS yang memenangi sesebuah kawasan atau negeri, orang Melayu akan dituduh sebagai golongan yang tidak mahu bersyukur dengan jasa kerajaan, jika PKR yang menang, rakyat akan dituduh pula sebagai menyokong pengkhianat bangsa dan jika kemenangan itu di pihak DAP (sudah tentu kawasan Cina), kemenangan itu ditafsir sebagai "kebangkitan Cina" Dan menunjukkan seolah-olah masyarakat Cina tidak tahu berterima kasih kepada kerajaan atas dominasi ekonomi yang diperoleh. Apakah kita rakyat Malaysia juga perlu termakan dengan isu-isu sebegini?

    Bukan kaum, tapi diskriminasi politik

    Saya ingin bertanya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi; apakah rakyat tidak punya hak untuk memilih sehingga jika ia tidak berpihak kepada pemerintah mereka akan dituduh sedemikian rupa? Haruskah rakyat di negara ini terus diperbodohkan dengan pandangan-pandangan berbaur perkauman yang tidak sihat dan ia dibiarkan berleluasa?

    Kita masih lagi dalam bahang suasana PRN Sarawak. Kemenangan besar DAP sebenarnya menjelaskan bahawa masyarakat Cina mahu untuk berubah dan berani melakukan perubahan. Apa yang berlaku kepada masyarakat Bumiputera pula, mereka punya azam untuk berubah tetapi masih terperangkap dengan hegemoni Melayu-Melanau dan dibatasi dengan sikap sinikal dan takut apatah lagi masih dimainkan dengan politik projek "jalan raya" yang nampaknya masih belum selesai.


    Soalnya sekarang bukanlah "kebangkitan Cina". Orang Cina telahpun bangkit dari kemiskinan mereka sejak selepas merdeka lagi. Keputusan PRN Sarawak sebenarnya menunjukkan bahawa masyarakat Cina cuba bersikap lebih realistik dan berani melakukan perubahan. Selain itu, ia juga membuktikan kepada kita bahawa masyarakat Cina lebih sensitif dan peka terhadap perkembangan politik tanah air. Saya bukanlah memuji tetapi inilah yang harus kita semua fikirkan bersama. Ya, agar kita seluruh rakyat Malaysia lebih realistik dan berani menyatakan pendirian terhadap isu-isu penyelewengan dan salah urus tadbir pemimpin-pemimpin negara.

    Memang, Bumiputera-apalagi orang Melayu diutamakan dalam arus pembangunan nasional agar dapat bersaing dengan masyarakat yang lain. Akan tetapi, dilema yang dihadapi bukan diskriminasi dari sisi kaum tetapi apa yang berlaku adalah diskriminasi politik. Lihat sahaja apa yang pernah berlaku di Terengganu berkaitan royalti minyak yang ditukar kepada Wang Ihsan apabila PAS berjaya membentuk kerajaan di sana. Begitu juga diskriminasi berbelas-belas tahun kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri Kelantan dalam hal peruntukan kewangan dalam projek bekalan air bersih yang sehingga kini menjadi tanda soal.

    Nampaknya isu perkauman ini sengaja terus dibangkit dalam mempertahan monopoli politik BN agar dilihat perjuangan mereka relevan sehingga sekarang. Apakah kemiskinan sebahagian masyarakat bumiputera di bandar dan di kawasan pedalaman di hadapan mata kita membuktikan BN benar-benar memperjuangkan nasib golongan ini? Dan apakah kita masih tidak malu kerana masih dicengkam dengan hegemoni kaum ini? Sejarah telahpun membuktikan kebenaran dan telah sampai masanya untuk kita merevolusikan minda!

    *Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas./MerdekaReview

    RESTOREN MAMAK AHLI KIMMA DIBOIKOT ?


    BOIKOT RESTORAN MILIK KIMMA!



    Nota Tukartiub:

    Sesiapa yang tahu mana lagi restoran kimma sila ambil gambar untuk dipaparkan kepada umum. Masanya telah sampai untuk kita semua bangun dan sedar agar jangan ditipu oleh mamak kimma di Pulau Pinang.

    Pada Awal kemenangan Pakatan Rakyat dahulu para eee telah membuat demo, apa yang berlaku masyarakat china dan penyokong Pakatan telah memboikot nasi kandar. Akhirnya kedai nasi kandar minta maaf dan mengatakan bahawa mereka bulan dalang demo tersebut.

    Apa yang penting ialah semua penyokong Pakatan Rakyat wajib memboikot restauran SYED DAN KHALIFA dua restoran ini telah dibuktikan sebagai penyokong tegar kimma.

    Lagi contoh restoran kimma
    Arrow http://semutmalaysia.blogspot.com/2011/04/boikot-restoran-mamak-kimma.htm

    Sumber: Forum Tranungkite

    AKIBAT KEBODOHAN PRESIDEN KIMMA, RESTOREN MAMAK MUNGKIN DIBOIKOT

    Oleh: WFAUZDIN NS

    PRESIDEN KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia) ternyata seorang yang pengampu nombor wahid serta mempunyai kejahilan teramat sangat dan lebih dahsyat lagi seorang mamak yang berhati busuk. Kesemuanya itu kita boleh lihat di dalam kenyataannya yang dipetik di dalam akhbar Berita Hairan seperti berikut:-

    DI Batu Pahat, Presiden KIMMA Datuk Syed Ibrahim Kadeer menjelaskan, " Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) tetap setia bersama Barisan Nasional (BN) walaupun parti itu pernah ditawarkan wang berjuta ringgit, dijanjikan jawatan penting dalam kerajaan pembangkang serta pelbagai insentif dan projek jika menyertai pembangkang".

    Apa perjuangan KIMMA sebenarnya? Jika setakat berjuang untuk menjadi penjilat kepada Umno saya rasa KIMMA lebih baik mendaftar sebagai satu lagi komponen di dalam Bn untuk bersaing dengan MIC. Apa sumbangan KIMMA kepada golongan mamak yang kebanyakan berniaga membuka restoren di merata tempat itu? Daripada melalak dan merapu buat fitnah ke atas Pembangkang, lebih baik beliau periksa kesemua restoren mamak yang terdapat di negara ini yang mencekik darah pelanggan dengan harga minuman dan makanan yang tinggi. Itu belum lagi dikira di dalam aspek kebersihan pekerja-pekerja dan restoren-restoren berkenaan.

    KIMMA usah perasan kununnya Pembangkang tergilakan kumpulan kecil sepertinya yang tidak langsung memberi kudis jika kumpulan ini menyokong Umno sampai kiamat. Apa bijak sangatkah KIMMA ini sehingga Pembangkang sanggup mahu rasuah jutaan ringgit beserta projek hanya kerana mahukan sokongan dari pihaknya? Siapa orang di dalam KIMMA yang hebat sangat sehingga Pembangkang mahu beli itu? Adakah Presidennya sendiri mamak Syed? Kirim salam, wahai KIMMA. Pembangkang punyai tokoh yang lebih hebat dari seorang penebar roti canai, maka usahlah sanggup tebar fitnah hanya kerana mahu membodek Umno. Saya bimbang, akibat kebodohan Presiden KIMMA ini dikhuatiri restoren-restoren mamak akan dipulau atau diboikot orang ramai.

    Harus kita sedar, bukan semua ahli KIMMA berfikiran dan sejahil mamak Syed itu. Mungkin juga ramai di antara mereka yang malu dengan perangai bodoh Presiden mereka itu. Jika Presiden mereka itu berkata demikian hanya kerana ingin publisiti murahan agar boleh dicalonkan bertanding di dalam PRU Ke 13 nanti, atau setidak-tidaknya boleh menjadi Senator lantikan seperti Ezam sesumpah, maka saya rasa mamak Syed ini perlu belajar dari Ezam sesumpah terlebih dahulu./wfauzdin.blogspot.com